Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Saturday, October 15, 2016

PKR Sarawak terdesak untuk menjual baju BERSIH5 yang tidak laku

Kumpulan Pro-BERSIH 5 sudah mula menyebarkan wabak politik hatred di Sarawak.

Seperti kebiasaan, tujuannya ialah untuk mengajak rakyat bangkit memprotes pemimpin negara termasuklah wakil-wakil rakyat kawasan yang sebumbung dengannya.

Parti-parti politik yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan Bersih mempunyai agenda tersendiri demi kelansungan survival politik mereka. Mereka sanggup mengeksploitasi program pasar malam belia anjuran pemuda PBB untuk menyebarkan baju Bersih 5 ketika orang ramai mula mengerumuni kawasan tersebut.

Jika perhimpunan Bersih dibuat untuk kepentingan rakyat, mereka haruslah terlebih dahulu menendang keluar pemimpin korup mereka di Pulau Pinang yang sedang rancak bergelumang dalam skandal penyalahgunaan kuasa serta sering menipu rakyat.

Muka-muka tak tahu malu


Kumpulan Bersih 5 Diingatkan Tidak Menimbulkan Kekacauan - Fazzruddin

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman mengingatkan kumpulan sukarelawan Bersih 5 yang mengedar risalah di kawasan Pasar Malam Belia N6 Metrocity, di sini agar tidak menimbulkan kekacauan atau sebarang perkara negatif.

Katanya meskipun hak mengedar risalah tentang Bersih 5 itu merupakan hak mereka, namun beliau berharap tiada sebarang perkara tidak baik berlaku sehingga boleh menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga di situ.

“Kita sering mendengar program-program berkaitan promosi Bersih sebelum ini, malah ada juga sehingga terjadinya perkara-perkara negatif.

Jika tidak pun perkara (negatif) itu dimulakan oleh mereka sendiri, ia mungkin dimulakan oleh orang lain tetapi yang akhirnya menanggung akibat adalah peniaga-peniaga dan bukannya mereka, tidak kiralah kumpulan Bersih atau kumpulan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita sebagai mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Sarawak Nurhanim Hanna Mokhsen yang berhasrat untuk mengedar risalah Bersih 5 di kawasan itu selepas mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.

Nurhanim bersama kumpulan sukarelawan Bersih 5 sebelum ini dilarang menjual baju Bersih 5 di bahu jalan menuju masuk ke pasar malam itu, kerana dibimbangi ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengunjung yang berkunjung di situ, tetapi mereka mendapat kebenaran untuk mengedar risalah Bersih 5.

Tambah Fazzrudin, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas sekiranya perkara negatif berlaku sehingga menjejaskan peniaga di kawasan tersebut.

“Pasar Malam Belia N6 Metrocity merupakan antara usaha kami (kerajaan Barisan Nasional) untuk mempertingkatkan ekonomi belia kita selain menyediakan tempat untuk keluarga menghabiskan masa bersama mengunjungi pasar tersebut.

“Saya akan menyokong apa juga usaha untuk mempertingkatkan jumlah kehadiran pengunjung ke pasar itu, justeru, saya tidak mahu ber-lakunya perkara negatif yang boleh mengganggu-gugat kesejahteraan di kawasan tersebut,” tegasnya.

-klxpress.com.my/sarawak

Thursday, July 14, 2016

Tawaran Gencatan Senjata - Jerat maut untuk PAS

Gencatan senjata yang diusahakan Pakatan Harapan menunjukkan mereka sememangnya tidak berkemampuan bersaing dengan Barisan Nasional tanpa berdepan PAS. Sebelum ini mereka begitu angkuh mempersendakan perjuangan PAS dan mempersendakan pemimpin-pemimpin mereka.

Penulis percaya, cerita sebenarnya cuma untuk menentukan siapa yang bertanding di kerusi DUN dan Parlimen menentang BN pada pilihanraya umum kelak. Akhirnya PAS dituntut agar menurut segala kemahuan mereka.


‘Gencatan senjata’ ditawar Tuan Ibrahim bakal menikam PAS semula


JIKA benar PAS bersedia ‘gencatan senjata’ dengan Pakatan Harapan (PH) semata-mata bagi menumbangkan Barisa Nasional (BN), keputusan itu bukan sesuatu yang pelik memandangkan sikap flip flop parti itu sebelum ini.

Sudah tentu PKR yang masih ada hubungan dengan PAS menyambut baik tawaran Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana masing-masing mempunyai kepentingan sendiri khususnya di Selangor.

Ini dapat dilihat apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali segera memuji rakan sejawatnya sebagai seorang pemimpin yang matang serta memiliki visi jauh, apabila meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepartian.

Menteri Besar Selangor itu melihat perpecahan dikalangan pembangkang hanya menguntungkan BN apabila memenangi dua pilihan raya kecil baru-baru ini dengan majoriti di luar jangka.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad juga senada dengan Tuan Ibrahim demi menumbangkan BN dan mengelak pertelagahan sesama sendiri.

Katanya, jika suasana itu berlarutan kemungkinan BN akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.

Itulah suara kebimbangan Pesuruhjaya PAS Selangor yang mungkin lebih sayang jawatan sebagai Exco di Selangor sekiranya kerjasama PKR, DAP dan PAS yang sedia ada di dalam pentadbiran kerajaan negeri terkubur pada PRU 14.

DAP yang selama ini bertelagah dan memperkudakan PAS tentu ‘malu alah’ dan ‘benci tapi mahu’ dengan kesediaan bekas sekutu ketika bersama Pakatan Rakyat itu kembali bersama di gelanggang pembangkang.

PAS sebelum ini menamatkan kerjasama politik dengan DAP menyebabkan PR berkubur dan tertubuh PH dengan PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (PAN) sebagai sekutu baharu.

Persoalan sekarang, bersediakan PAN yang merupakan serpihan PAS menerima gencatan senjata yang ditawarkan Tuan Ibrahim?

Parti itu tentu akan menentang hasrat PAS itu kerana menerima kembali PAS di dalam barisan pembangkang hanya akan menyempitkan peluang PAN bertanding pada PRU 14.

Sudah tentu PKR dan DAP tidak akan mengorbankan kerusi mereka untuk PAN, sekaligus menyebabkan parti pimpinan Mohamad Sabu itu hanya boleh berharap bertanding di kerusi milik PAS.

Namun, ada desas desus bahawa pimpinan lain serta penyokong-penyokong tegar PAS tidak bersetuju dengan saranan Tuan Ibrahim.

Lebih malang, keputusan itu dikatakan tidak dibincangkan di peringkat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak parti itu.

Lalu, timbul persoalan kenapa Tuan Ibrahim yang sebelum ini dilihat lebih ‘mesra’ PH tiba-tiba mengemukakan tawaran itu ketika pemimpin lain masih merasai luka ditikam DAP, PKR dan PAN pada pilihan raya negeri Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

Tentu ramai tertunggu-tunggu pendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din mengenai ‘gencatan senjata’ yang dilihat ramai pihak hanya senjata yang akan memakan PAS jika bersedia menyertai PH.-bnbbc

Tuesday, June 21, 2016

Bekas calon PKR DUN Bekenu Sarawak, Bill Kayong ditemui mati ditembak dalam kereta

Berita mengejutkan. Kita mengutuk pembunuhan yang dilakukan terhadap Bill Kayong, bekas calon PKR dalam pilihanraya negeri DUN Bekenu.

Negara kita semakin rancak dengan kes kejadian jenayah tembak mati di dalam kenderaan, seolah-olah menjadi trend pembunuh terkini. Satu kaedah harus dibuat bagi mencegah kejadian seperti ini daripada berulang.

Semoga pihak polis dapat menjejaki penjenayah tersebut dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

*****

Berikut adalah gambar-gambar yang dikumpulkan daripada Facebook, Borneopost serta Astroawani.

 
 
 
 
 
 
 

Bekas Calon PKR DUN Bekenu mati ditembak berhampiran E-Mart Miri

Setiausaha PKR Cabang Miri dan bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Bill Kayong, telah mati ditembak di Miri jam 9 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

"KEADILAN baru terima berita bahawa sdr Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak yang lalu, telah mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin, Miri," tulis mesej tersebut.

Difahamkan beliau telah ditembak di lampu trafik berhampiran pusat membeli belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

Kayong yang ketika itu sedang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota beserta logo PKR, ditembak dari sebelah tingkap pemandu sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Beliau dilaporkan ditembak pada leher dan ditemui rebah pada tempat duduknya kira-kira jam 9.20 pagi.

Kayong juga merupakan setiausaha PKR Cabang Miri dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teoh.

Semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, beliau telah bertanding di kerusi DUN Bekenu di mana beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Rosey Yunus dalam pertandingan empat penjuru.

Kayong dikenali sebagai seorang yang lantang dalam menyuarakan isu-isu masyarakat termasuk isu tanah adat.

Dalam pada itu, PKR dalam satu kenyataan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Parti itu juga menggesa pihak polis supaya memberkas dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

Monday, April 25, 2016

Pembangkang berada di tahap celaru tertinggi dalam sejarah politik tanahair.


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyifatkan pembangkang berada dalam situasi bercelaru apabila gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi hingga menyaksikan mereka bertanding sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 7 Mei depan.

Katanya, ketidakfahaman yang ditunjukkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan sikap sebenar kedua-dua komponen pembangkang itu.

"Saya percaya pembangkang gagal mencapai persetujuan apabila DAP dan PKR bertanding di kerusi yang sama atau mereka meletakkan calon bebas untuk menentang sesama sendiri.

"Ini menunjukkan wujud kecelaruan antara mereka," katanya pada sidang media selepas disahkan bertanding sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu di sini.

Wednesday, April 20, 2016

Gambar-gambar banner serangan PKR terhadap sifat rakus DAP di N2 Tasik Biru.

Gambar-gambar banner yang menggambarkan perasaan marah penyokong-penyokong PKR terhadap sifat tamak dan rakus DAP di Sarawak

Kempen serang sesama Pakatan telah pun muncul di DUN N2 Tasik Biru. Calon DAP, Mordi Bimol yang bertanding di kawasan tersebut nampaknya terpaksa bekerja keras meyakinkan masyarakat Bidayuh, Melayu dan Cina yang DAP bukan seperti yang disangkakan.

Namun segalanya harus didahului dengan penjelasan terhadap luahan masyarakat yang terdiri daripada kalangan penyokong Pakatan Harapan sendiri seperti yang ditunjukkan di bawah...


 
 
 
 
 
 



Puncanya dipercayai seperti yang berikut...

Semuanya bermula apabila DAP berkeras mahu menentukan kawasan DUN yang dibahagikan mengikut kaedah mereka. PKR Negeri Sarawak sebelum ini diugut supaya melepaskan 5 kawasan DUN kepada mereka sepertimana telah disepakati bersama kepimpinan PKR Pusat.

Desakan DAP disusuli dengan kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mengingatkan PKR negeri agar jangan mengingkari keputusan rundingan yang telah dibuat sehingga akan menyebabkan Pakatan terkubur.

Pertindihan tuntutan kerusi DUN yang tidak selesai akan menyaksikan pertembungan 3 penjuru di kawasan tersebut. Kenyataan Chong tersebut dipetik melalui pautan di bawah.

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/sarawak-hormat-dap-atau-pakatan-harapan-berkubur-kata-dua-untuk-pkr.html

Baru Bian selaku pengerusi PKR negeri enggan akur pada tuntutan DAP, juga mengugut untuk menggunakan kuasa veto PKR negeri untuk menolak keputusan pimpinan nasional PH.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan kemelut pertindihan tuntutan sebaliknya hanya menegaskan untuk fokus kepada kempen Pilihanraya Negeri tidak lama lagi.

PKR Sarawak enggan berganjak, tolak keputusan lepaskan lima kerusi DUN kepada DAP


***

Belum berkuasa lagi sudah huru-hara..Bagaimanakah masa depan rakyat boleh terjamin sekiranya kepimpinan Pakatan Harapan sendiri terumbang-ambing? Masih ada harapankah dalam Pakatan Harapan?

Sunday, April 17, 2016

Video kegagalan PKR. Peringatan paling sempurna buat pengundi Sarawak...



PKR tidak mampu dan hanya bergantung kepada ihsan DAP untuk membantu kawasan mereka.

PKR hanya gah dan gagah perkasa ketika pilihanraya. Namun mereka lemah longlai, tidak berdaya dan menjadi pengemis simpati walaupun untuk membantu kawasan sendiri.

Video ini adalah bukti kelemahan kepimpinan PKR untuk DUN Penanti yang ditadbir oleh Kerajaan DAP dari Pakatan Rakyat. Rakyat Sarawak tidak mahu keadaan seperti ini.

Kami adalah tuan di negeri sendiri, bukan penyembah ihsan kepada parti pembangkang Malaya..

Jangan fikir minyak motor percuma dengan air mineral 700ml memadai untuk memancing undi rakyat Sarawak buat PKR.

Maruah kami tidak semurah itu..

Thursday, April 14, 2016

Akhlak penyokong PKR

Datang Sarawak biar beradap. Jangan mencarut memaki orang lain macam yang biasa kamu buat pada orang tua kamu.

Ketua Menteri Sarawak tak pernah usik sejentik pun kehidupan kamu. Kenal kamu pun tak...

Kita reject cara berpolitik seperti ini..




Wednesday, April 13, 2016

Nurhanim calon PKR yang lesu di Tupong


Calon BN dari PBB DUN N6 Tupong
Calon Pakatan Harapan dari PKR DUN N6 Tupong

DUN N6 Tupong meletakkan calon baru Barisan Nasional, saudara Fazzrudin sebagai pengganti YB Datuk Daud Abdul Rahman. Calon lawan daripada parti PKR, Nurhanim Hanna Mokhsen bagaimanapun optimis untuk memperoleh kemenangan 50% bagi pihak Pakatan Harapan..

Ketika PRN ke-10, di bawah pentadbiran Pehin Sri Taib Mahmud, pembangkang menggunakan sentimen anti-Taib (politik kebencian) berkempen secara 'all-out' dengan dibantu aura Anwar Ibrahim selaku watak utama dalam siri jelajah seluruh Sarawak.

Kaedah itu walaubagaimanapun tidak mampu mengubah kedudukan penyandang asal, Datuk Daud Abdul Rahman daripada kerusi DUN N6 Tupong. Malah masyarakat tempatan mempersoalkan kewajaran PKR menggunakan sentimen memburukkan calon lawan lebih kerap berbanding dengan sumbangan yang dibuat parti itu di Tupong.

Penolakan rakyat Sarawak terhadap PKR amat jelas sehinggakan daripada 41 kerusi DUN yang ditandingi mereka, hanya 3 kerusi sahaja yang dapat dimenangi itupun dengan dibantu oleh DAP selaku penyokong utama bagi kawasan yang dipertandingi.

Datuk Daud Abdul Rahman akhirnya dipilih rakyat dengan majoriti 4,551 dan diumumkan sebagai ADUN untuk penggal yang ke-5 beliau.

Pada PRN kali ini, Nurhanim dilihat bertarung sendirian bersama beberapa rakan parti yang kurang menyerlah setanding Anwar Ibrahim. Krisis perebutan kerusi dan perang dingin terhadap DAP sedikit sebanyak menggugat kerjasama di antara mereka sekalipun mereka mendakwa masalah penetapan calon telah selesai sebelum pembubaran DUN.

Kaedah berkempen PKR yang agresif sebelum ini tidak mendatangkan kesan malah memburukkan lagi peluang untuk meraih undi. PKR tidak mempunyai rekod kerja yang cemerlang seperti PBB.

Nurhanim menggunakan taktik politik 'safe play'. Watak beliau cukup berbeza dengan cara calon PKR sebelumnya. Beliau dilihat tidak menyerang peribadi calon lawan. Mungkin kerana beliau sendiri cukup mengenali calon BN Tupong secara peribadi, mungkin juga Fazzrudin adalah sahabat baik beliau.

Namun perjuangan PKR yang sebenar tidak menepati kehendak dan citarasa masyarakat Tupong. PKR tidak pernah menjanjikan apa-apa pembangunan kepada penduduk setempat. Jauh sekali untuk membawa Tupong ke arah yang lebih baik daripada apa yang diusahakan oleh Barisan Nasional.

Dalam kempen ceramah PKR, mereka tidak bercakap tentang pembangunan yang telah dibuat. Juga tidak akan wujud cerita tentang sumbangan yang dihulurkan oleh PKR Pusat kepada Tupong. Mereka hanya akan menggunakan isu nasional dengan hanya mengharapkan undi protes bagi meraih kemenangan.

Isu GST, korupsi, ketidakmampuan Barisan Nasional menangani kos hidup rakyat akan menjadi hidangan utama dalam setiap ceramah kempen pilihanraya PKR. Tetapi keberkesanan PKR dalam menentu ukur kemampuan sendiri menjaga kebajikan rakyat contohnya di Selangor menunjukkan mereka hanya sekadar tahu bercakap.

Kerajaan Negeri Selangor tetap gagal menyelesaikan masalah air dan sampah yang sehingga kini tiada kesudahan. Sebahagian tempat mendapat kemudahan manakala sebahagian tempat lagi terus menderita ketiadaan sumber air. Manakala krisis kepimpinan dalam parti mengundang pelbagai persoalan akan kemampuan PKR bertindak adil kepada ahli-ahli yang bukan daripada kalangan keluarga elit.

Di sebalik kejayaan PKR menawan Selangor, dilihat pelbagai krisis kepimpinan tinggi kerajaan negeri dilihat telah berlaku. Ia termasuklah niat untuk meletakkan ahli keluarga sendiri sebagai pemimpin utama dalam kerajaan. Pertelingkahan berlaku akhirnya menyebabkan Datuk Khalid Ibrahim terpaksa meletak jawatan selaku Menteri Besar dan meninggalkan parti.

Rakyat sudah pasti tidak mahu keadaan sedemikian berlaku di negeri Sarawak. Biarlah parti Semenanjung menguruskan negeri-negeri mereka dengan cara mereka. Di Tupong, kami mengamalkan cara politik yang jauh lebih baik daripada kempen memburuk-burukkan orang lain iaitu, politik pembangunan dan kebajikan masyrakat.


Pemuda PBB juga tidak gentar berdepan PKR.

Nurhanim Hanna tidak gentar berdepan Fazruddin di Tupong

http://www.theborneopost.com/2016/04/12/nurhanim-hanna-tidak-gentar-berdepan-fazruddin-di-tupong/#ixzz45efsGgbX





Monday, April 11, 2016

Lagi 2 Pemimpin PKR dan seorang ahli DAP dihalang daripada memasuki Sarawak.

Bertambah lagi bilangan senarai ekstremis politik dan fanatik parti dalam kumpulan yang diharamkan daripada memasuki Negeri Sarawak. 

Best 'filter' in the world...

 

Dua pemimpin PKR disekat daripada masuk Sarawak semalam. Mereka ialah ADUN Batu Maung, Datuk Abdul Malik Kassim dan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang menjadi pembangkang terbaru dilarang memasuki Sarawak selepas Teo Nie Ching baru-baru ini.

Abdul Malik telah ditahan di Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebaik mendarat di Kuching pagi semalam. Sementara pemeriksaan Sim Tze Tzin juga mendapati dirinya diharamkan daripada memasuki Sarawak.



Pada Sabtu lepas, pereka maskot DAP, Ooi Leng Hah juga dihalang daripada memasuki Sarawak apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memaklumkan bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang, anaknya iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, serta Presiden PKR dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mungkin akan diharamkan memasuki Sarawak.

Kerajaan negeri katanya, akan mengeluarkan senarai orang yang dilarang masuk ke Sarawak, dari semasa ke semasa.

“Adalah tidak benar bahawa kita hanya mengharamkan tokoh pembangkang daripada memasuki negeri ini, tetapi kita juga mengharamkan fanatik agama, pelampau, dan juga dari UMNO,” katanya.

Antara pemimpin pembangkang yang telah dilarang memasuki Sarawak ialah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok serta tiga Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang dan Rafizi Ramli. - Sarawakian Marks

Sunday, April 10, 2016

Video Deklarasi Anak Muda Selamatkan Malaysia GAGAL!!!

Deklarasi Anak Muda Selamatkan Malaysia

Hasil yang diperolehi  : TIADA/GAGAL


Media pembangkang tidak sedikit pun menunjukkan keadaan sebenar sambutan masyarakat terhadap deklarasi sia-sia ini kononnya untuk selamatkan Malaysia. Bilangan yang hadir pun boleh dikira dengan jari kaki sahaja.

Lihatlah kalangan yang turut serta dan yang menjadi panel dalam perhimpunan tersebut. Itulah wajah-wajah orang yang kecewa dalam arena politik yang gagal menumbangkan Dato Seri Najib. Deklarasi ini merupakan ikhtiar terakhir mereka, namun hasilnya tetap gagal.

Rasanya mereka sendiri yang perlu diselamatkan daripada kemurungan yang akhirnya menyebabkan hilang kewarasan. Buat perhimpunan, lebih ramai jin daripada orang...



KUALA LUMPUR – Program ‘Deklarasi Mahathir – Lim Kit Siang’ anjuran kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai ‘Anak Muda Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan petang tadi, Sabtu.

Tinjauan pihak media yang hadir ketika membuat liputan program yang di adakan di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mendapati, anggaran kehadiran hanya sekitar 30 orang.

Program yang diadakan itu turut dihadiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam setiap ucapan yang disampaikan, mereka yang hadir turut merayu golongan belia untuk menandatangani deklarasi tersebut sambil menjelaskan sambutan yang diterima setakat ini tidak begitu menggalakkan.

Tun Dr Mahathir Mohammad pada 4 Mac lalu mengetuai majlis menandatangani deklarasi tersebut bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan 50 orang pimpinan parti pembangkang. – SuaraTV

Saturday, April 9, 2016

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching dilarang masuk Sarawak


Banned from entering Sarawak  
Seorang lagi ahli politik daripada Semenanjung dihalang daripada memasuki Sarawak. Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching menjadi ahli politik parti pembangkang terbaru dalam senarai yang dihalang ke Sarawak.

Beliau dihantar pulang ke Kuala Lumpur sejurus tiba di Lapangan Terbang Bintulu dalam penerbangan sama dengan Ahli Parlimen DAP Rasah, Teo Kok Seong.

Menurut Kok Seong, mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 5.10 Jumaat petang.

“Sebaik sahaja tiba di Bintulu sekitar jam 7.45 malam, saya menyedari bahawa dia tidak berada di kaunter imigresen, jadi saya anggap dia sudah melepasinya.

“Saya kemudian bertemu wakil rakyat tempatan dan Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chin Sing. Kami menunggunya di lapangan terbang. Saya menghantar mesej kepadanya, tetapi tidak sampai.

“Tidak lama selepas itu, saya mendapat mesej teks daripada Nie Ching menyatakan bahawa dia berada di pejabat imigresen dan pegawai-pegawai mahu berjumpa saya,” katanya menambah bahawa beliau bergegas ke pejabat imigresen di lapangan terbang namun dimaklumkan bahawa Nie Ching telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur melalui penerbangan jam 8 malam.

“Saya juga diberitahu bahawa namanya telah disenarai hitam. Entah bagaimana pada kali ini, saya dibenarkan (ke Sarawak),” katanya.

Nie Ching adalah antara beberapa anggota parti pembangkang yang disenarai hitamkan daripada memasuki Sarawak antaranya R. Sivarasa, Mohamad Sabu dan Tony Pua.

Beliau sebelum ini juga dikritik kerana memuatnaik video youtube mempersendakan Perdana Menteri serta memperlekehkan orang lain dalam video sambutan tahun baru cina.

Monday, April 4, 2016

Kempen Anti-GST PKR di Tasik Biru, BAU menyedihkan.



Kempen anti-GST PKR di Tasik Biru. Tiada sambutan. Tak ramai tapi nampak meriah..

Caranya mudah!

Hanya perlu 4-5 orang sahaja. Setiap orang perlu membawa 2 atau 3 bendera parti.

Contohnya;

5 orang X 3 bendera = 15 orang.
Jika 20 orang X 3 bendera = 60 orang..
Jika 50 orang X 3 bendera = 150 orang...
Jika 1000 orang X 3 bendera = 3000 orang....

Wah! Huru-hara politik Malaysia dibuatnya..

Saturday, March 26, 2016

Perang saraf penyokong PKR terhadap DAP




Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, ketidakserasian diantara parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) semakin jelas kelihatan lebih-lebih lagi jika dikaitkan isu perebutan kerusi.

Ini jelas berikutan salah satu parti 'Pakatan Harapan' telah menaikkan banner di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggugat kedudukan parti lain biarpun mereka bersama dalam satu pakatan.

Terbaru, kelihatan kain rentang dan bendera PKR di kawasan DUN Tasik Biru yang menggesa pengundi untuk memberi sokongan kepada PKR dan menolak kehadiran DAP dikawasan mereka.

Tidak mustahil situasi sebegini juga akan merebak di beberapa kawasan seperti DUN Batu Kitang, DUN Simanggang, DUN Senadin dan beberapa DUN lain yang kini menjadi rebutan antara kedua-dua parti.

Adakah mungkin ini merupakan salah satu strategi PKR untuk menggugat kedudukan parti DAP?

Walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pernah menyatakan bahawa akan terus berhubung dan berbincang dengan Pengerusi PKR bagi membincangkan pembahagian kerusi, namun ia kelihatan agak sukar apabila DAP juga turut meletakkan calon di kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan PKR.

Seperti biasa, situasi begini sememangnya sudah begitu sinonim dalam pakatan apabila menyaksikan pertandingan sesama sendiri dalam pilihanraya biarpun mereka bertanding diatas tiket yang sama.

Ternyata Pakatan Harapan hanya gah pada nama tetapi tidak pada persefahaman demi kebaikan parti masing-masing.

Untuk rekod, kawasan Singai-Bau merupakan kawasan DUN Tasik Biru yang disandang oleh Datuk Peter Nansian Ngusie (BN) selepas mengalahkan calon PKR John Tenewi Nuek@John Tenewi dan calon SNAP Frankie Jurem Nyamboi pada PRN ke 10 yang lepas. - Sarawakiana

Sunday, March 13, 2016

DUN Tupong - Video PKR terkantoi menipu janji..

Inilah dia calon PKR untuk DUN Tupong, Nurhanim Hanna Mokhsen. Orangnya baik, peramah tetapi parti yang diwakilinya merupakan parti yang paling kuat menipu janji-janji kepada rakyat selepas pilihanraya. Slogan Cuba PKR katanya..



Sentimen kroni BN kaya, mainan PKR mungkin merujuk kepada majoriti calon BN Sarawak yang dipilih terdiri daripada kalangan orang yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing sehingga dipilih untuk membantu masyarakat kawasan yang kurang bernasib baik sepertinya.

Juga mempunyai 'networking' yang sangat baik dengan jabatan-jabatan serta badan-badan swasta bagi memastikan kesejahteraan di tahap terbaik disediakan untuk rakyat. Itulah 'kroni BN kaya' mengikut pemahaman penulis.

BN sudah pasti tidak akan memilih calon wakil rakyat yang hanya tahu merayu derma dan simpati para pengundi contohnya seperti wakil S4S di bawah...



Balik kepada Nurhanim, semoga beliau menyertai BN satu hari kelak dan meninggalkan parti yang terkontang kanting dalam Pakatan Harapan dan hanya mementingkan kroni sendiri sahaja serta tiada pelan untuk membantu seluruh rakyat di negeri Sarawak (bertanding cuma di kawasan tertentu sahaja).

Video ini menjelaskan kenapa PKR tidak boleh diharap untuk menunaikan janji.

Dengarlah apa katanya tentang janji PKR pada beliau dulu..


Ingatan kepada diri kita sendiri, jangan terpedaya dengan kempen minyak motosikal percuma bermusim PKR. Masyarakat di Tupong majoritinya sudah mempunyai kereta sendiri dan tidak memerlukan sogokan minyak motosikal sebagai tukar ganti kepada undi yang tetap kepada parti pemerintah.

Iboh terkait ngan sidak parti luar mok nyadi wakil kita. Sik ku pian ngan minyak sekali isik kitak ya.. you..you..



Saturday, March 12, 2016

Video PKR kena amuk balu P.I Bala waktu sidang akhbar.

PKR sahaja. Janji tinggal janji, akhirnya orang lain yang teraniaya.

Menunjukkan modal minyak hitam motosikal sahaja tidak cukup untuk meyakinkan semua janji-janji PKR ditunaikan kepada rakyat Tupong di Kuching.



KUALA LUMPUR – Balu kepada bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, A Santamil Selvi mengamuk ketika sidang media yang diadakan di sini, sebentar tadi.

Selvi ketika sidang media tersebut berkata PKR tidak mampu menyediakan dana yang diperlukan untuk pendidikan anaknya.

“Sekarang saya rasa saya nak berhentikan saja sidang media ni, sebab saya datang sini untuk minta bantuan untuk anak saya sahaja bukan untuk buka cerita-cerita lain” kata sambil beredar meninggalkan sidang media tersebut.

Selvi dikatakan tidak berpuasa hati apabila ada dikalangan wartawan yang mempertikaikan tindakannya membuat sidang akhbar untuk menyatakan permohonan maaf terhadap Perdana Menteri atas tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

Bagaimanapun wartawan asing yang tidak berpuas hati dengan tindakan Selvi itu terus mengasak beliau dengan pelbagai soalan lain.

“Tiada lagi soalan, saya datang sini untuk dapatkan dana pendidikan untuk anak saya itu sahaja sebanyak RM20,000 tapi PKR tidak mahu bagi jadi saya terpaksa datang ke pejabat ini.

Saya datang sini hanya untuk duit bagi membiayai pelajaran anak saya itu sahaja” jeritnya pula sebelum beredar.

Anak kepada Selvi yang turut hadir dalam sidang media tersebut menggesa agar pihak wartawan berhenti bertanyakan sebarang soalan bagi mententeramkan keadaan.

– Kredit kepada SuaraTV


Sunday, March 6, 2016

Cara PKR yang murah untuk raih sokongan masyarakat Tupong

Ini sahaja yang termampu dari PKR berbanding pemberian BR1M yang disediakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional kepada rakyat setiap tahun.

Walaupun bukan satu parti yang sesuai untuk masyarakat Tupong, sekurang-kurangnya kempen seperti ini tidak memburukkan sesiapa dalam mengekalkan sokongan ahli sendiri.


Menyediakan program menukar minyak hitam motosikal, serta kempen petrol percuma untuk penunggang motosikal tidak membolehkan rakyat untuk mengharap PKR sebagai parti rakyat. Ia terlalu sedikit jika dibandingkan dengan perbelanjaan jutaan ringgit hanya untuk memasang billboard dalam kempen 'bebaskan Anwar' di Selangor baru-baru ini.

Lihat sini.

Kita juga sudah melihat perebutan kuasa di Selangor dengan cubaan pemimpin tertinggi PKR untuk meletakkan kerabat keluarga sendiri sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, kita mahu melihat parti pembangkang lain terutamanya DAP mengamalkan budaya bersaing secara sihat di Sarawak, bukannya dengan memainkan sentimen perkauman, budaya hasut-menghasut serta memburukkan keperibadian orang lain tanpa perlu membuat apa-apa kebaikan kepada rakyat.


Friday, March 4, 2016

Gambar sedih kempen pemimpin anti-Najib. Takziah kepada Malaysia.

Bekas PM yang selama ini penulis sanjung, beliau pernah menjadi contoh kepada pemimpin negara-negara Islam yang lain. Masa itu telah berlalu. Tun Mahathir kini telah berubah. Entah di mana silapnya, tekadnya untuk menggulingkan Najib semakin menjadi-jadi.

Tun Mahathir tanpa disangka kini bersama pembangkang. Puak yang satu ketika dulu mencemuh beliau. Menggelar dengan bermacam gelaran yang terkutuk untuk seorang pemimpin negara. Tapi kerana mahukan Najib digulingkan, parti DAP yang disokong Israel menjadi sahabatnya.

Terus-terang, tindakan beliau membuatkan ramai orang sudah hilang hormat kepadanya.

Syabas kepada dedakian pro-Mahathir. Kamu sudah ada saudara baru - DAP, Ambiga dan lain-lain.




Gambar kenangan komplot saling mempergunakan di antara satu dengan yang lain. Slogan Selamatkan Malaysia, tetapi sebenarnya berniat jatuhkan Najib. Satu sejarah telah tercipta.


KUALA LUMPUR: Seramai 58 individu hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi ‘Selamatkan Malaysia’.

Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.

Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Maria Chin Abdullah
S Ambiga
Mustapa Ali
Zaid Ibrahim
Lim Kit Siang
Ling Liong Sik
Muhyiddin Yassin
Mahathir Mohamad
Mohamed Azmin Ali
Sanusi Junid
Muhkriz Mahathir
Mohamad Sabu
Husam Musa
Mahfuz Omar
Khairuddin Aman Razali
Tamrin Ghafar
Hishammudin Rais
Salahuddin Ayub
A Kadir Jasin
Muhammad Muhammad Taib
Elizabeth Wong
Kamaruddin Jaafar
Mujahid Yusof Rawa
Teresa Kok
Tian Chua
Anthony Loke
Hasanuddin Mohd Yunus
Khairuddin Abu Hassan

Sementara itu, pengacara majlis Syed Saddiq memberitahu terdapat beberapa pemimpin yang tidak hadir tetapi menyatakan sokongan mereka terhadap gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

Mereka termasuk, Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Zaman Khan, Mathias Chang dan Tony Pua.

Kredit gambar mysuara.net.

Wednesday, March 2, 2016

PKR Sudah Mengelabah Dan Tidak Mempunyai Modal - Fadillah


Dakwaan pemimpin PKR bahawa projek Hospital Petra Jaya hanya janji kosong kerajaan adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya ia membuktikan betapa pembangkang jelas sudah ketandusan modal menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, sehingga sanggup menyebarkan fitnah.

Pihak PKR sudah mengelabah dan tidak mempunyai modal lagi menjelang PRN akan datang, memandangkan prestasi amat cemerlang ditunjukkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, sehinggakan isu dibangkitkan secara semborono, tanpa usul periksa.

Ingin saya kongsi bersama bahawa Hospital Petra Jaya sedang rancak dalam pembinaan dan mengikuti jadual asal siap dan beroperasi menjelang 2017, manakala kalau YB See Chee How melapangkan sedikit masa untuk ke Sarikei mungkin beliau sedar bahawa Hospital Sarikei telah pun siap dan beroperasi sejak tahun 2005.



Pada masa yang sama, tender dokumen untuk kerja-kerja tanah Kilinik Kesihatan Serian sedang disediakan oleh Jabatan Kerja Rya (JKR) Sarawak.

BN pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak di peringkat Pusat dan YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di peringkat Negeri Sarawak, sentiasa berpegang kepada janji demi kesejahteraan rakyat.

Contoh paling jelas adalah Projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,300 km bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah sebagai sebahagian daripada janji Kerajaan dalam pilihan raya yang lalu.

Secara keseluruhannya, kos pembinaan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dianggarkan sebanyak RM16.488 bilion, manakala kos pembinaan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sabah pula dianggarkan sebanyak RM12.8 bilion dengan ia disasarkan siap sepenuhnya 2021 - 2022.

Justeru janganlah mana-mana pihak terutama pembangkang cuba mengelirukan rakyat sedangkan sudah jelas pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) sememangnya telah dirasai dan dinikmati oleh rakyat Sarawak dan kita yakin YAB Ketua Menteri akan membawa Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi lagi -klxpress.com


Tuesday, February 23, 2016

Pakatan Harapan Sarawak bermasalah

Tukarlah nama, sekutu atau logo apa sekalipun, selagi di dalamnya terdapat DAP, PKR dan Parti Pembangkang Semenanjung, pakatan mereka tetap tidak akan sepakat. Masing-masing mempunyai agenda dengan niat mempergunakan satu dengan yang lain.



PRN Sarawak : Pakatan Kian Serabut

KUCHING – Nampak gaya parti pembangkang yang tampil dijenamakan semula sebagai Pakatan Harapan semakin berserabut dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada April.

Terbaharu kisah PKR tetap enggan melayan tuduhan jahat pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, bahawa ‘PKR lebih pentingkan diri’ dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang PRN itu.

Naib presidennya, Dr. Shaharuddin Badaruddin bertegas PKR tetap mempertahan bilangan kerusi diperuntukkan kepada partinya sebelum ini pada PRN 2011 lalu dengan 49 kerusi manakala DAP sebanyak 15 dan PAS hanya 5.

Malah PKR hanya akan bertolak ansur jika berlaku pertembungan di 11 kerusi DUN melibatkan pemecahan selepas persempadanan kawasan baharu seperti yang diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Awal bulan ini, Abdul Aziz Isa, pembantu Chong Chieng Jen mendakwa PKR “sangat mementingkan diri sendiri dan hanya memenuhi kehendak sendiri” selepas bertegas mahu mempertahankan kerusi DUN Tupong di Kuching.

Bukan itu sahaja, Abdul Aziz juga dilaporkan oleh portal propembangkang sendiri tergamak menuduh PKR sebagai parti yang ‘tanpa kepala, tanpa arah dan keliru dengan konsep’ serta ‘sentiasa sukar untuk didekati’.

Dia bagaimanapun kemudiannya menarik balik kenyataan tersebut tanpa memberi sebarang sebab munasabah menyebabkan Shaharuddin menyindir dengan berkata: “Suara itu (Abdul Aziz) datang daripada pemimpin kecil.

“Bukannya daripada peringkat tertinggi. Pemimpin tempatan yang berhasrat untuk bertanding di peringkat DUN, namun tidak memahami perjanjian dan perkara-perkara yang perlu diselesaikan di peringkat bawahan.

“Kalau bertindih pun, biarlah di 11 kawasan baharu. Tetapi kawasan-kawasan lain yang tradisinya ditandingi oleh PKR dan contohnya kini DAP pula nak bertanding di kawasan itu, maka kena diselesaikan melalui rundingan.

“Janganlah (Abdul Aziz) cuba buat kenyataan yang bukan-bukan dengan mendakwa PKR konon sebagai tidak boleh bertolak-ansur dan seumpamanya,” kata beliau lagi dipetik oleh sebuah portal tempatan.


Shaharuddin menambah, kerusi DUN Tupong yang diidamkan Abdul Aziz sebenarnya ialah kerusi tradisi PKR sejak 2011 dan ia kebetulan adalah kawasan majoriti pengundi Melayu dikuasai oleh PBB sebagai wakil BN.

DAP Sarawak dilaporkan merancang untuk menamakan Abdul Aziz sebagai calon DUN itu tetapi PKR bertindak pantas sebagai dimaklumkan dengan mencanang meletakkan ahli exco wanitanya, Nurhanim Hanna Mokhsen.

PKR juga bertegas mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada partinya pada PRN 2011 tidak boleh dirunding. Sikap sombong PKR menyaksikan ia hanya menang 3 kerusi berbanding DAP menang 12 kerusi pada PRN itu.

“Tupong merupakan kawasan yang PKR tandingi sejak 2001. Jadi tidak timbul soal PKR mengambil kerusi DAP kerana mereka pun tidak pernah bertanding di kawasan Melayu dan sering bertanding di kawasan majoriti Cina.

“Jadi isu yang kata PKR cuba ambil tempat pernah ditandingi DAP tidak betul. Sebelum DAP mengumumkan tempat yang mereka nak tandingi, kena berbincang dahulu di peringkat Pakatan Harapan,” ujar Shaharuddin.

Beliau memberitahu sehingga kini pakatan pembangkang masih berbincang mengenai pembahagian kerusi untuk PRN Sarawak tetapi tidak menyebut sama ada ia turut melibatkan penyertaan bekas sekutu mereka iaitu PAS.

Ini kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 19 Februari mengesahkan mereka akan bersaing di 11 kerusi, bukan lima seperti mana ketika PRN lalu dan ia diumumkan tanpa berunding dengan PKR, DAP atau PAN.

Ketika Shahruddin sibuk menasihati sekutunya agar bersabar dan tidak mengeluarkan kenyataan ‘bukan-bukan’ yang boleh menjejaskan kerharmonian kerjasama antara parti, persoalannya bolehkah mereka ini dipercayai?

Untuk rekod pada PRN 2011, BN yang bertanding di kesemua 71 kerusi telah kekal majoriti dua pertiga dengan 55 kerusi; namun hilang lapan kerusi manakala pembangkang menawan 15 kerusi iaitu bertambah lapan kerusi.

Dua komponen BN Sarawak iaitu SUPP dan SPDP masing-masing hilang enam dan dua kerusi kepada calon pembangkang sekali gus menyaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur pada 2014 lalu. – Agensi

Saturday, February 20, 2016

Video Tony Pua dan Teo Nie Ching melampau..



Beginilah cara DAP mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia. Dengan gaya mempersendakan pemimpin negara dengan fitnah rasuah RM2.6billion dalam lagu sambutan perayaan mereka.

Syabas kepada lelaki berbaju arab, yang pastinya bukan cina. Bangga dirimu diperbodohkan dengan berpakaian sunnah gimik hamba politik wang. Laknat sungguh perbuatan kamu itu!

Ahli politik seperti Tony Pua dan Teo Nie Ching berperangai seperti budak-budak. Sebati sifat kepimpinan cara DAP menyedarkan kita rupa-rupanya perayaan Tahun Cina boleh disambut dengan cara menghina orang lain.

A Happy New Year to all.. Inilah dia contoh kepimpinan DAP yang menjanjikan kemakmuran kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

Masihkah kita yakin pada parti yang pemimpinnya yang tidak matang seperti ini?

Sedarlah rakyat Sarawak... Sedarlah....