Showing posts with label mahkamah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah. Show all posts

Wednesday, September 7, 2016

Tun Mahathir jumpa Anwar - Gambar salam erat yang penuh dengan makna!

Gambar pertemuan dua bekas pemimpin kontroversi negara. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan bekas musuh politik beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mereka dilihat bersalam erat dalam pertemuan yang dikatakan sangat bersejarah itu.

Anwar ke mahkamah hari ini untuk memfailkan tuntutan mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari sudut perlembagaan.

Sementara Tun Dr Mahathir pula dikatakan datang ke mahkamah bersama para penyokong beliau bagi memberikan sokongan kepada Anwar.


Bagi penyokong-penyokong yang selama ini begitu taksub dengan Anwar, sila jelaskan. 

Adakah Anwar:

- difitnah oleh Mahathir sehingga pernah dipenjarakan 

atau

- memang betul dia telah melakukan perbuatan itu dan terpaksa rela dipenjarakan.

Kerana jika benar Anwar difitnah, adakah dia sanggup menggengam erat tangan orang yang pernah memfitnahnya itu?


Atau

Ia sekadar satu sandiwara, bersalaman tetapi genggam dengan luar biasa erat.. apakah maksudnya itu?

Tuesday, December 2, 2014

Datuk Lee Chong Wei saman Razif Sidek


Pada 11 November lalu,  Razif Sidek bekas pemain beregu negara mengeluarkan kenyataan di akhbar Kosmo yang mengatakan  tentang perbuatan Chong Wei menggunakan dadah.

Kini Lee Chong Wei akan memfailkan saman ke atas Razif Sidek ekoran kenyataan tersebut.

“Peguam saya sudah menghantar surat kepada Razif beberapa hari lalu dan kes ini akan diselesaikan di mahkamah. Dia (Razif) ada menghubungi saya untuk meminta maaf selepas menerima surat itu, tetapi apa yang berlaku sudah berlaku,” kata Chong Wei The Malay Mail.

Menurut Chong Wei lagi, sejak berita itu didedahkan beliau cuba menghubungi Razif beberapa kali namun gagal.

“Saya tidak boleh membiarkan sahaja perkara ini kerana ia memalukan saya.

“Sebagai seorang bekas pemain kebangsaan, saya pasti dia lebih arif berbanding membuat tuduhan palsu kepada saya, khususnya dalam saat begitu menduga ini, dia bukan sahaja mengguris hati saya tetapi hati seluruh rakyat Malaysia dengan komen itu,” katanya.

Chong Wei kemudian meminta wartawan cuba menghubungi Razif dan lihat apa pula reaksinya kali ini.

Sunday, November 9, 2014

Perhimpunan gagal di UIA, macaisewel Fahmi Zainol kini terjah Universiti Sabah Malaysia

Kumpulan mahasiswa UM yang pro-Anwar dilihat semakin agresif, kini cuba untuk menghidupkan gerakan protes mahasiswa menentang kerajaan seperti yang berlaku di Hong Kong.

Di Hong Kong, tekanan demonstrasi yang dibuat oleh puluhan ribu mahasiswanya memaksa China mengadakan rundingan dengan beberapa pemimpin mahasiswa tersebut. Inilah yang dimahukan segelintir macai yang menggunakan kapasiti sebagai mahasiswa untuk mencapai cita-cita peribadi dalam politik.

Mungkin itu angan-angan mereka untuk mencipta short-cut, siapa tahu kalau-kalau dapat menjadi wakil rakyat pembangkang atau sekurang-kurangnya mendapat jawatan lantikan dalam parti pembangkang dalam masa terdekat.

Lihat Dyana Sofya, tidak perlu bersusah payah seperti ahli parti lain sehingga terpaksa berhempas-pulas untuk mendapat kepercayaan dengan meraih sokongan di peringkat cabang dan cawangan.

Terbaru,

Gerakan diketuai Fahmi Zainol gagal dalam rancangan mereka terjah UIA,

Malam kelmarin, rombongan macaisewel yang diketuai Fahmi Zainol dan Professor Aziz Bari telah cuba membuat perhimpunan di UIA pula. Bagaimanapun, pihak Universiti yang telah awal-awal lagi mengesan rancangan mereka, dengan segera mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengelak kejadian seperti rusuhan di UM berulang.


Akibatnya, perancangan mereka gagal. Mereka sekadar berhimpun di luar kampus dengan diperhatikan oleh pasukan polis dan pihak keselamatan kampus.

Laporan berita di http://btmmari.blogspot.com/2014/11/uia-dikunci-bergelap-untuk-halang.html

Sasaran seterusnya - UMS..

Kini Fahmi Zainol dan rakan-rakannya telah berangkat ke Sabah untuk membuat perhimpunan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula. Dipercayai malam ini, mereka akan turut mengadakan perhimpunan di sana bersama beberapa pelajar.

Seperkara yang perlu dijelaskan, budaya politik Sabah tidak sama seperti budaya politik diamalkan di Semenanjung. Melainkan perjuangan dibawa oleh anak-anak Sabah sendiri, mungkin ia memberi kesan kepada seluruh warga negeri itu.

Mungkin gerakan macaisewel tidak menyedari yang mereka sekarang bertindak di atas platform pembangkang yang didalangi PKR sehingga mengelirukan ramai pihak, apa sebenarnya yang diperjuangkan mereka.


Ramailah sangat anak mahasiswa yang diperkotak-katikkan.
Jangan perbodohkan orang ramai, kebanyakan mahasiswa Sabah belum berumahtangga lagi

Akhirnya kita tahu tujuan sebenar Fahmi Zainol memohon Lembaga Disiplin UM menunda prosiding ke atasnya ialah supaya dia boleh bergerak untuk mengadakan perhimpunan atas kapasitinya sebagai mahasiswa.

Kita berharap pihak pentadbiran universiti dan pihak berkuasa dapat membendung niat jahat mereka untuk menimbulkan huru-hara dalam kampus-kampus universiti. Kepada kumpulan pro-Anwar PPUM, jangan terlalu teruja membina populariti melalui cara begini kerana jika melampaui batas, Akta Hasutan 1948 akan dikenakan.

Nampaknya mereka seperti sudah tidak berminat lagi untuk menamatkan pengajian sebagai graduan. Apakah memadai sekadar gelaran mahasiswa itu untuk menjamin masa depan?


Saturday, November 8, 2014

Anwar kaku ketika doa dibacakan pengikut mereka?

Doa bersama Anwar Ibrahim ketika di luar Istana Kehakiman, Putrajaya..

Marilah kita sama-sama meng'Amin'kan doa mereka. Semoga Allah tunjuk kepada rakyat siapa sebenarnya yang telah berbuat zalim.

Yang nyata, mereka telah memfitnah DS Najib dengan mengaitkan beliau sebagai perancang dalam pendakwaan kes liwat tersebut. Mereka juga telah memfitnah para hakim dengan rasuah sedangkan mereka tidak tahu menahu langsung tentangnya malah tidak peduli akan kesahihannya.

Adakah Saiful Bukhari atau Anwar sebenarnya yang dizalimi? Jika benar Anwar dizalimi, mengapa tidak mahu serahkan DNA bagi membuktikan dia tidak bersalah? Mengapa pula tiada alibi ditunjukkan sebagai membuktikan Anwar tiada di tempat kejadian?

Ingatlah doa Saiful, sumpah laknat yang dilafaznya, sedangkan Anwar sekadar berani membuktikan kebenaran melalui perhimpunan beramai-ramai penyokongnya dan menggunakan 14 orang peguam menentang 2 orang pendakwaraya?

Kedengaran guruh yang kuat (1:19) mengiringi ketika doa sampai kepada "Ya Allah, kami serahkan kepada Engkau, orang yang buat zalim kepada kami.."... Semoga Allah mendengar doa mereka. Amin.

Adakah Anwar turut mengaminkan doa tersebut? Lihatlah sendiri..


Friday, November 7, 2014

Mahkamah Rayuan iktiraf hak lelaki berpakaian perempuan

Sekarang mereka sudah mendapat hak. Maknanya bila-bila masa sahaja mereka boleh transform tanpa bimbang tindakan pihak berkuasa lagi. Convertible homosapien.

Tahniah.

Selepas ini giliran siapa... LGBT?



Mahkamah Rayuan iktiraf hak transgender




Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan. -mkini

Anwar imam maghrib.. lagi ramai menonton dari ikut solat..

Penyokong Anwar yang berkumpul dianggarkan sekitar 600 orang. Awalnya dilaporkan dalam blog pembangkang kehadiran mereka dikatakan mencecah lebih seribu orang.

Kemudian Anwar dilihat sedang mengimamkan solat Maghrib di bawah khemah berhampiran bangunan Mahkamah Persekutuan sejurus selepas keluar dari pekarangan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 7.11 malam tadi.



Nama saja lautan manusia di bawah khemah. tetapi lagi ramai yang menonton daripada mengikut solat. Saf tak sampai pun sepuluh orang...

Hari ini boleh masuk frontpage Suara Keldaian. Anwar imam solat maghrib, setanding mursyidul am PAS, Nik Aziz.

Dah namanya puak pakatan rakyat, apa-apa saja propaganda mesti ada solat depan khalayak.


Thursday, November 6, 2014

Pelawak Anwar beraksi di luar Istana Kehakiman

Mereka ada banyak jenis gimik.. Mereka datang dari salah satu parti yang paling busuk di Malaysia dalam menguruskan pemilihan parti.

Ahli-ahli parti merekalah yang bergaduh dan bertarung sesama sendiri bersenjatakan kerusi plastik... Mereka pakar dalam bab melunyai kerusi dan meja, kepala orang, hatta peti undi yang memegang maruah parti.

Puncanya?

Tabiat menipu dalam pengundian parti. Ada calon yang dinafikan hak, ahli-ahli peringkat cabang ramai dihalang mengundi dan sebagainya.

Sekarang mereka jadi Rakyat Hakim Negara. Hakim jenis yang berpandangan kalau Anwar bebas, mahkamah dah buktikan Anwar tak bersalah.. Kalau Anwar dipenjarakan, mahkamah yang membicarakan Anwar adalah zalim..

Tapi penulis setuju dengan Zunar. Memang betul apa yang dia kata, Hakim Negara Kartun... Sebabnya ahli-ahli PKR punya perangai memang serupa kartun.



Seronoknya mereka dengan duit elaun yang diterima sebagai upah berpeluh, berpanas serta mencacai untuk Anwar di luar Istana Kehakiman..





Tuesday, November 4, 2014

Kecoh! Seorang lelaki berang batalkan niat kumpulan fanatik PKR rempuh pagar

Hiburan petang....

Perbicaraan kes liwat Anwar telah pun ditangguhkan sehingga Khamis, penyokong Anwar disuruh bersurai namun mereka masih berdegil untuk terus berkumpul dan mendesak supaya dibenarkan masuk ke dalam kawasan khemah kerana keadaan yang panas di luar.

Berlaku sedikit kekecohan apabila tiba-tiba muncul seorang lelaki di tengah-tengah mereka dan menempelak kumpulan yang berada di depan kerana marah dengan tindakan provokasi yang cuba dicetuskan mereka. Katanya, mereka sepatutnya datang dengan aman bukan buat sial, rempuh pagar dan sebagainya.  (min 1:51)

Agak mengelikan hati, sergahan lelaki tersebut nampaknya berjaya membuat keadaan senyap seketika dan membantutkan niat kumpulan itu untuk beraksi, biarpun akhirnya berlaku tolak menolak sesama mereka sehingga menjauhi kawasan tersebut dengan sendirinya....

Inilah spesis kononnya pejuang keadilan.. baru kena sergah terus menggelabah.. senyap..





Anwar Mohon Maaf Sebelum Kembali Ke 'Kajang' - rakyatnews



PUTRAJAYA 4 Nov - Perbicaraan rayuan ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ketepikan hukuman penjara lima tahun memasuki hari keenam pada Selasa dan keputusan juga dijangka dibuat oleh lima panel hakim pada hari ini.

Sekiranya didapati bersalah, Anwar mungkin menjalani hukuman di Penjara Kajang di atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Beliau yang menjangkakan keputusan tidak berpihak kepadanya memohon maaf diatas perjuangan reformasi bersama Pakatan Rakyat.

"Saudaraku, esok 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi. Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara,"

"Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita," katanya menerusi sebuah kenyataan.

Prosiding perbicaraan rayuan liwat II bersambung hari ini dengan pihak pendakwaraya diketuai Tan Sri Shafee Abdullah akan menghabiskan baki hujahnya kepada mahkamah.

 Sumber

Friday, October 31, 2014

Perhimpunan PKR suram. tanda sokongan politik Anwar semakin malap..

Berbeza suasana sebelum ini, kompleks Istana Keadilan di Putrajaya semakin tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan PKR. Rata-rata yang hadir untuk menunjukkan solidariti kepada Ketua Pembangkang merasa kecewa dengan jumlah penyokong yang memalukan itu. Tiada laungan reformasi yang menggegarkan persekitaran mahkamah dan sebagainya.

Difahamkan berlaku juga pertengkaran sesama ahli PKR berkenaan masalah logistik, masalah tambang dan sebagainya seperti yang didedahkan melalui youtube dan laman-laman sosial. Pada hari pertama perbicaraan dianggarkan seramai 800 orang hadir memberikan sokongan, namun berbeza keadaan semalam di mana hampir tidak ada orang selain penyokong kuat PKR sahaja yang datang memberi sokongan kepada Anwar.

Ada yang menjangkakan prosiding berakhir dengan bilangan penyokong yang lebih sedikit berbanding semalam dan hanya disertai oleh orang-orang PKR sendiri. Pemimpin PKR, Wong Chen memberitahu orang ramai pada hari Selasa bahawa perbicaraan akan dilanjutkan dan menggesa mereka bersedia satu hari lagi bagi meneruskan perhimpunan di hadapan mahkamah namun ramai yang tidak bersetuju lantas memboikot prosiding mahkamah hari ini.

 
 
 



Thursday, October 30, 2014

Video Mak Lampir buat demonstrasi paling lucu




Sejak PAS dah takde lagi ikut demo tiba-tiba pula ada group yang dinamakan muslimah PKR. Ketua muslimah pula mak lampir sendiri? Kenapa mesti mak lampir???

Orang lain sibuk demo, turun padang panas terik, peluh sampai basah baju semata-mata nak tunjuk solidariti kepada Anwar, dia plak ambik kesempatan cari pubilisiti murahan siap tayang banner dengan muka dia besar-besar padahal tak ada kena mengena pun dengan perbicaraan Anwar. Lol....

Pulak tu ada laungan klip klap klip klap klip klap, yang entah kejadah apa ke maksudnya hanya Tuhan dan dia saja yang tahu...

Aduhai... Syukur Ketua wanita PKR ni takde niat nak kempen sebagai orang nombor 1 PKR... pelik-pelik aksi PKR ni bila dah ketandusan idea...!

Warkah luahan hati Saiful Bukhari

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu (DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk "tunda" lagi.

Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada 'deal', harap tidak benar) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan.

Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.

Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.

Jika tidak didunia, di Masyar pasti…

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.

Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar.

MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

Wednesday, October 29, 2014

Peguambela mengaku DNA 'lelaki Y' dalam rektum Saiful bukan milik Anwar


ANWAR LIWAT: DNA 'lelaki Y' Dalam Rektum Mohd Saiful Bukan Milik Anwar - Peguam Bela


PUTRAJAYA, 29 Okt (Bernama) -- Profil DNA "Lelaki Y" yang dijumpai dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan milik pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Rabu.

Dalam hujahnya di hadapan lima panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Sangeet Kaur Deo berkata tiada bukti sama sekali untuk mengaitkan "Lelaki Y" dengan Anwar.

Beliau menjelaskan tiada seorang pegawai polis yang bertugas di lokap melihat Anwar menggunakan tiga barangan -- berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral - yang telah diberikan kepadanya oleh pihak polis ketika beliau ditahan semalaman dari 16 Julai 2008 hingga 17 Julai 2008.

Sangeet berkata seorang pegawai polis memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mendengar bunyi seolah-olah Anwar memberus giginya.

"Dia melihat Anwar menggunakan tandas sel tetapi dia tidak melihat perayu (Anwar) memberus gigi," katanya.

Oleh itu, beliau berkata, adalah tidak mungkin untuk menghubungkan profil DNA 'Lelaki Y' untuk Anwar kerana ia boleh menjadi sesiapa sahaja.

Ketika ditanya Hakim Arifin sama ada terdapat orang lain dalam sel itu, Sangeet berkata Anwar adalah penghuni tunggal.

Beliau berhujah bahawa pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan bahawa Anwar telah menggunakan barangan itu, bagaimanapun, pegawai polis tidak pernah melihat Anwar menggunakannya.

"Keterangan mengikut keadaan biasanya bergantung kepada bila tidak ada keterangan langsung. Tetapi dalam kes ini, kita mempunyai saksi yang melihat perayu tidak menggunakan barang-barang itu," katanya.

Namun, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong menjelaskan bahawa dalam undang-undang, keterangan mengikut keadaan boleh digunakan, tidak semestinya hanya mengarahkan keterangan, ia boleh menjadi kedua-duanya.

--BERNAMA



Video Tian Chua, Ketua AMK cuba rempuh halangan polis..

Marilah sekalian rakyat Malaysia, kita menonton aksi para pejuang Demokrasi cara PKR.. Beginilah caranya kalau nak tegakkan keadilan.. barulah dinamakan 'Demokrasi Terpimpin'...

Video berdurasi 0.23 saat menunjukkan Tian Chua dan Nik Nazmi kelihatan sedang 'sibuk berkhidmat' cuba memecahkan halangan polis pada hari kedua perbicaraan kes liwat Anwar. Kenapa ketika prosiding kes dijalankan, mereka pula buat kerja seperti ini?

Inilah mentaliti pemimpin PKR. Kalau setakat ahli biasa orang tak hairan sangat, tapi mereka pula yang berperangai seperti budak-budak..


Husan Musa kalah kes saman Utusan

Sekarang terbukti siapa di pihak yang benar. Sudahlah kalah saman, kena bayar kos RM45,000.00 pula.

PAS kena double slap. Presiden masuk mahkamah, naib timbalan pula kalah saman.

Sumber: www.rakyatnews.my



KUALA LUMPUR 29 Okt - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini bukan sahaja gagal dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan dua lagi malah beliau diperintah membayar RM45,000 sebagai kos.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan tersebut berhubung saman fitnah membabitkan penerbitan satu laporan bertajuk 'Husam Letak Jawatan? Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran' yang disiarkan pada 22 November 2009 di Mingguan Malaysia.

Pada 22 Februari 2010 Husam memfailkan saman itu dengan menamakan syarikat terbabit, wartawan Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Menerusi pernyataan tuntutan, Husam mendakwa kesemua defendan berniat jahat menulis, menyunting dan menerbitkan laporan tersebut dengan tujuan mempersenda serta memalukannya.

Beliau menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi.

Bagaimanapun menerusi pernyataan pembelaan defendan, kesemua mereka mendakwa bahawa perkataan dan kandungan laporan tersebut adalah bersifat semula jadi serta tidak berkeupayaan untuk membawa 'maksud fitnah' terhadap plaintif.

Tambah defendan, maklumat yang terkandung di dalam laporan itu juga adalah bermutu tinggi dan diperoleh menerusi sumber rasmi.

Sepanjang perbicaraan plaintif memanggil tiga saksi manakala defendan lima orang.

Husam diwakili peguam Dr Zulqarnain Lukman manakala kesemua defendan diwakili Mohana Kumar.