Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts

Friday, September 30, 2016

Hasrat pembangkang melihat Malaysia ditadbir Najib bankrupt PUNAH!

Apple (syarikat pengeluar iPhone) telah memilih untuk memindahkan operasi syarikat mereka ke Battersea Power Station, iaitu tanah untuk pembangunan yang dimiliki kerajaan Malaysia di London sejak 2012.

Pelan pemindahan Apple dijangka bakal menempatkan ibupejabat mereka yang baru, beserta kemudahan (fasilities) kediaman di kawasan seluas 500,000 kaki persegi.

Tak tercapai lagi nampaknya hasrat puak Pembangkang untuk melihat Malaysia jatuh bankrupt di bawah pentadbiran DS Najib.


P/S: Sekurang-kurangnya DS Najib tidak menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan harga tanah di bawah pasaran untuk membina banglo sendiri.

Wednesday, September 7, 2016

Tun Mahathir jumpa Anwar - Gambar salam erat yang penuh dengan makna!

Gambar pertemuan dua bekas pemimpin kontroversi negara. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan bekas musuh politik beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mereka dilihat bersalam erat dalam pertemuan yang dikatakan sangat bersejarah itu.

Anwar ke mahkamah hari ini untuk memfailkan tuntutan mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari sudut perlembagaan.

Sementara Tun Dr Mahathir pula dikatakan datang ke mahkamah bersama para penyokong beliau bagi memberikan sokongan kepada Anwar.


Bagi penyokong-penyokong yang selama ini begitu taksub dengan Anwar, sila jelaskan. 

Adakah Anwar:

- difitnah oleh Mahathir sehingga pernah dipenjarakan 

atau

- memang betul dia telah melakukan perbuatan itu dan terpaksa rela dipenjarakan.

Kerana jika benar Anwar difitnah, adakah dia sanggup menggengam erat tangan orang yang pernah memfitnahnya itu?


Atau

Ia sekadar satu sandiwara, bersalaman tetapi genggam dengan luar biasa erat.. apakah maksudnya itu?

Wednesday, August 3, 2016

Thursday, July 14, 2016

Tawaran Gencatan Senjata - Jerat maut untuk PAS

Gencatan senjata yang diusahakan Pakatan Harapan menunjukkan mereka sememangnya tidak berkemampuan bersaing dengan Barisan Nasional tanpa berdepan PAS. Sebelum ini mereka begitu angkuh mempersendakan perjuangan PAS dan mempersendakan pemimpin-pemimpin mereka.

Penulis percaya, cerita sebenarnya cuma untuk menentukan siapa yang bertanding di kerusi DUN dan Parlimen menentang BN pada pilihanraya umum kelak. Akhirnya PAS dituntut agar menurut segala kemahuan mereka.


‘Gencatan senjata’ ditawar Tuan Ibrahim bakal menikam PAS semula


JIKA benar PAS bersedia ‘gencatan senjata’ dengan Pakatan Harapan (PH) semata-mata bagi menumbangkan Barisa Nasional (BN), keputusan itu bukan sesuatu yang pelik memandangkan sikap flip flop parti itu sebelum ini.

Sudah tentu PKR yang masih ada hubungan dengan PAS menyambut baik tawaran Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana masing-masing mempunyai kepentingan sendiri khususnya di Selangor.

Ini dapat dilihat apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali segera memuji rakan sejawatnya sebagai seorang pemimpin yang matang serta memiliki visi jauh, apabila meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepartian.

Menteri Besar Selangor itu melihat perpecahan dikalangan pembangkang hanya menguntungkan BN apabila memenangi dua pilihan raya kecil baru-baru ini dengan majoriti di luar jangka.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad juga senada dengan Tuan Ibrahim demi menumbangkan BN dan mengelak pertelagahan sesama sendiri.

Katanya, jika suasana itu berlarutan kemungkinan BN akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.

Itulah suara kebimbangan Pesuruhjaya PAS Selangor yang mungkin lebih sayang jawatan sebagai Exco di Selangor sekiranya kerjasama PKR, DAP dan PAS yang sedia ada di dalam pentadbiran kerajaan negeri terkubur pada PRU 14.

DAP yang selama ini bertelagah dan memperkudakan PAS tentu ‘malu alah’ dan ‘benci tapi mahu’ dengan kesediaan bekas sekutu ketika bersama Pakatan Rakyat itu kembali bersama di gelanggang pembangkang.

PAS sebelum ini menamatkan kerjasama politik dengan DAP menyebabkan PR berkubur dan tertubuh PH dengan PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (PAN) sebagai sekutu baharu.

Persoalan sekarang, bersediakan PAN yang merupakan serpihan PAS menerima gencatan senjata yang ditawarkan Tuan Ibrahim?

Parti itu tentu akan menentang hasrat PAS itu kerana menerima kembali PAS di dalam barisan pembangkang hanya akan menyempitkan peluang PAN bertanding pada PRU 14.

Sudah tentu PKR dan DAP tidak akan mengorbankan kerusi mereka untuk PAN, sekaligus menyebabkan parti pimpinan Mohamad Sabu itu hanya boleh berharap bertanding di kerusi milik PAS.

Namun, ada desas desus bahawa pimpinan lain serta penyokong-penyokong tegar PAS tidak bersetuju dengan saranan Tuan Ibrahim.

Lebih malang, keputusan itu dikatakan tidak dibincangkan di peringkat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak parti itu.

Lalu, timbul persoalan kenapa Tuan Ibrahim yang sebelum ini dilihat lebih ‘mesra’ PH tiba-tiba mengemukakan tawaran itu ketika pemimpin lain masih merasai luka ditikam DAP, PKR dan PAN pada pilihan raya negeri Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

Tentu ramai tertunggu-tunggu pendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din mengenai ‘gencatan senjata’ yang dilihat ramai pihak hanya senjata yang akan memakan PAS jika bersedia menyertai PH.-bnbbc

Sunday, June 19, 2016

7 sebab kemungkinan Pembangkang KALAH di Kuala Kangsar dan Sungai Besar

Syabas kepada calon-calon serta semua petugas yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan kerusi parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kekal milik Barisan Nasional.

Barisan Nasional bukan hanya sekadar menang di kedua kawasan parlimen, tetapi menang bergaya dengan majoriti yang lebih besar. Pada PRK kali ini, BN telah meraih peningkatan sokongan rakyat kepada majoriti 9,191 di Sungai Besar dan 6,969 di Kuala Kangsar.



Ia membuatkan ramai pihak pembangkang dalam dan luar negara terkejut dengan keputusan yang tidak disangka-sangka ini sekaligus meranapkan angan-angan mereka untuk melihat Barisan Nasional kalah sehingga hilang deposit.

Setiap hari rakyat didendangkan di media sosial dan internet dengan fitnah, cerita buruk tentang kerajaan, PM malah segala usahanya diperlekehkan, sehingga membuatkan rakyat sudah menjadi biasa mendengar semua bahan-bahan provokasi pembangkang.

Kepada segelintir macai pakatan yang mengejek keputusan PRN Sarawak yang lalu, kali ini mereka sedar faktor pakai cawat, tinggal dalam hutan atau atau bodoh bukan penyebab kepada kekalahan yang begitu mengaibkan pembangkang..

Sebaliknya, antara punca yang mungkin menyumbang kepada kekalahan teruk pembangkang mungkin disebabkan berikut;

1 - Tindakan pembangkang menggunakan kaedah kempen zaman batu (dengan pelbagai provokasi) kepada masyarakat yang mempunyai tahap pemikiran intelektual tinggi menyebabkan mereka gagal mendapat sokongan rakyat.

2 - Kempen-kempen seperti memburuk-burukkan pihak lain, memaki-hamun, memfitnah, mengadu-domba dan sebagainya dihidang sebagai keperluan kerja pembangkang bukannya usaha untuk memajukan kawasan dan menaiktaraf kehidupan rakyat.

3 - Campurtangan melampau DAP dalam kempen PAN membuatkan rakyat malah penyokong mereka sendiri melihat siapa sebenarnya yang berkuasa jika dipilih.

4 - Menganggap pengundi terpegun dengan dedak primitif seperti sayur sawi, resepi bingka ubi dan berasa yakin dengannya, mereka boleh menang pilihanraya..

5 - Hasil bantuan TunM, dan para pemakan dedak beliau sebagai liabiliti Pembangkang yang memecah-belahkan penyatuan pembangkang daripada menentang Barisan Nasional kepada menentang rakan sepakatan yang menyokong dan menentang beliau.

6 - Tidak ada visi, misi, tujuan dan usaha yang jelas untuk para pengundi melihat relevannya calon parti pembangkang sebagai ahli parlimen mereka.

7 - Kebijaksanaan Barisan Nasional yang meletakkan calon sesuai bagi kedua kawasan parlimen. Calon berpendidikan tinggi sahaja bukan ukuran siapa yang lebih layak, kerana ia tidak menjanjikan nasib pengundi yang lebih baik sesudah dipilih.



Tuesday, June 7, 2016

Calon BN, Datin Mastura sudah 27 tahun berkhidmat di Kuala Kangsar



Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar menyaksikan kepada kita fesyen kempen buruk-memburukkan calon lawan, memaki hamun, mengata orang lain tidak cukup Islam dan sebagainya sudah ketinggalan zaman.

Rakyat saban hari, saban tahun semakin matang dalam mainan politik sebegini. Emosi saja tidak menjamin sokongan tanpa disertai dengan tanggungjawab serta menunaikan janji-janji yang pernah diberikan kepada rakyat. Era reformasi, era tsunami politik, era 'menang sorak kampung tergadai' itu sudah berlalu.

PAS dan PAN bertelingkah sesama sendiri dalam pertembungan di Kuala Kangsar pada kali ini. Walhal keduanya berasal dari satu kelompok yang sama dalam Pakatan Rakyat. Taksub kepada pemimpin menjadikan parti-parti mereka caca-marba.

Semalam ceramah PAS meraih 200 orang, PAN pula cuma sekadar 50 orang. Bagi kita, itu memadai untuk menjadi penentu ukur di tingkat mana kekuatan parti mereka.

Buat calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, kita mendoakan kemenangan kepada beliau. Meskipun difitnah dengan pelbagai tuduhan yang tidak baik oleh pihak lawan, biarlah para pengundi yang menentukan.. Baik buruk parti yang bertanding itu dilihat dari tutur kata pemimpin-pemimpinnya ketika berucap. Itu fitrah biasanya hanya disedari oleh orang lain yang selain diri mereka sendiri..

Undilah BN, parti yang menjanjikan harapan sebenar kepada rakyat. Kepada Kak Mas, semoga tabah menghadapi hari-hari berkempen bersama anak-anak sehinggalah ke hari pembuangan undi..

Kami penyokong Barisan Nasional, akan terus berjuang bersama anda.

*****

Gambar dan artikel di bawah - sumber fb https://www.facebook.com/1Agenda/?fref=nf



Kak Mas Sudah 27 tahun Berkhidmat Bersama Suami Di Kuala Kangsar.

“Saya wanita Kuala Kangsar dan telah 27 tahun berkhidmat bersama arwah suami untuk masyarakat di sini,” demikian tegas calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid.

Balu kepada penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu menambah, soal ‘orang luar’ tidak timbul dalam pencalonan beliau pada PRK ini kerana beliau bukan orang baharu di kawasan tersebut.

“Saya berkahwin dengan orang sini dan telah bekerja bersama arwah suami, untuk masyarakat Kuala Kangsar .

“Biarlah apa orang mahu kata, masyarakat di sini lebih tahu cara kerja kami dan saya yakin serta serahkan kepada orang Kuala Kangsar untuk membuat pilihan yang bijak,” kata beliau dalam sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, keempat-empat anak Mastura, iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohd. Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.

Mastura menjelaskan, beliau dengan rela hati menerima pencalonan daripada pucuk pimpinan parti kerana ini adalah satu peluang untuk meneruskan kerja-kerja arwah suami dan memberi fokus kepada isu-isu tempatan.

Beliau yakin masyarakat di Kuala Kangsar lebih bijak menilai berdasarkan kerja-kerja pembangunan yang telah dilakukan sejak 27 tahun lalu bersama arwah suami.


Sunday, April 24, 2016

Tangan yang memberi atau tangan yang mengemis beserta maki hamun, mana satu pilihan anda?



Akhlak pembangkang dan pemimpin mereka yang memperlekehkan serta mempersendakan pemberian kerajaan kepada rakyat. Gambar sumbangan kerajaan untuk penduduk Kuala Penyu di Sabah ini biarpun sedikit tetapi sekurang-kurangnya rakyat dapat memanfaatkan penggunaannya.

Berbanding PKR, AMANAH, DAP mahupun PAS yang menetapkan jumlah derma dalam tabung yang kononnya untuk membantu rakyat. Dalam kempen pilihanraya Negeri Sarawak pada kali ini, Pakatan Harapan dan PAS menetapkan derma minima untuk tabung politik mereka.



Kemana pergi duit sumbangan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Bermula dari Barisan Alternatif kemudian Pakatan Rakyat, kini Pakatan Harapan.. nama sahaja berbagai pakatan, tetapi tetap mengemis duit daripada rakyat untuk kerja parti mereka.

Beginikah caranya pakatan pembangkang membantu rakyat yang susah?

Akhirnya selepas pilihanraya mereka kembali meneruskan urusan masing-masing di Semenanjung, meninggalkan penyokong-penyokong mereka tanpa bertanya khabar dan berita. Jauh sekalilah untuk meninggalkan sesuatu walaupun satu tong biru.


Monday, April 11, 2016

Status halau Dr. Zakir Naik, ADUN DAP dikecam ratusan Netizen


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga ADUN DAP Perai, Dr Ramasamy telah memuat naik status dalam wall facebook beliau, menggesa masyarakat supaya menolak dan mengusir seorang ulama Islam terkenal yang juga merupakan seorang hafiz kitab dan pakar Hadith, Dr Zakir Naik daripada terus berceramah di Malaysia.

"Let's us get Zakir Naik out from this country" gesanya dalam facebook beliau.

Katanya, kehadiran Zakir Naik tidak lain hanyalah mengundang kebencian di kalangan bukan Islam dan telah diharamkan daripada memasuki beberapa negara Barat seperti Canada dan UK.

Malah katanya lagi, segelintir umat Islam di India sendiri melabelkan Zakir Naik sebagai seorang pendusta, seorang penyampai separuh kebenaran dan seorang pengundang kebencian kepada non-muslim.

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ...



Sumber Facebook beliau, sila scoll sendiri..


Beliau dilihat begitu tidak selesa dengan kehadiran Zakir Naik sebelum ini turut menggesa agar laporan polis dibuat supaya ulama Islam tersebut dihalau daripada negara ini.

Status beliau itu sebaliknya memakan diri apabila ia mengundang kemarahan ratusan para netizen yang memaki hamun dan mencela peribadi beliau dalam ruang komentar.

Inilah dia pemimpin DAP..

Adakah Dr Ramasamy mahu mengajak umat Islam di Malaysia untuk membenci ulama sendiri dan mengagungkan politikus demi keharmonian bersama?

Masalahnya, apa salah Dr Zakir Naik? Benarkah keharmoian kaum di Malaysia boleh tergugat dengan kehadiran beliau ke negara ini?


Sunday, April 10, 2016

Video Deklarasi Anak Muda Selamatkan Malaysia GAGAL!!!

Deklarasi Anak Muda Selamatkan Malaysia

Hasil yang diperolehi  : TIADA/GAGAL


Media pembangkang tidak sedikit pun menunjukkan keadaan sebenar sambutan masyarakat terhadap deklarasi sia-sia ini kononnya untuk selamatkan Malaysia. Bilangan yang hadir pun boleh dikira dengan jari kaki sahaja.

Lihatlah kalangan yang turut serta dan yang menjadi panel dalam perhimpunan tersebut. Itulah wajah-wajah orang yang kecewa dalam arena politik yang gagal menumbangkan Dato Seri Najib. Deklarasi ini merupakan ikhtiar terakhir mereka, namun hasilnya tetap gagal.

Rasanya mereka sendiri yang perlu diselamatkan daripada kemurungan yang akhirnya menyebabkan hilang kewarasan. Buat perhimpunan, lebih ramai jin daripada orang...



KUALA LUMPUR – Program ‘Deklarasi Mahathir – Lim Kit Siang’ anjuran kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai ‘Anak Muda Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan petang tadi, Sabtu.

Tinjauan pihak media yang hadir ketika membuat liputan program yang di adakan di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mendapati, anggaran kehadiran hanya sekitar 30 orang.

Program yang diadakan itu turut dihadiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam setiap ucapan yang disampaikan, mereka yang hadir turut merayu golongan belia untuk menandatangani deklarasi tersebut sambil menjelaskan sambutan yang diterima setakat ini tidak begitu menggalakkan.

Tun Dr Mahathir Mohammad pada 4 Mac lalu mengetuai majlis menandatangani deklarasi tersebut bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan 50 orang pimpinan parti pembangkang. – SuaraTV

Tuesday, March 29, 2016

Gambar dan Video bukti Kempen Himpunan 'Tumbang Najib' Gagal secara total.

Perhimpunan 'Tumbang Najib' di Pandan berlangsung dengan 'jaya'nya malam tadi. Tersenyum puas wajah puak-puak pemakan dedak pakatan dengan kehadiran yang mereka rasa dah cukup ramai.

Gembira tak terkata, dengan jumlah sebegini bagi mereka sudah pasti Najib akan tumbang terbalik pada PRU akan datang daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Berbondong-bondonglah datang penyokong mereka malam tadi. Ada yang kata 100 ribu, ada yang kata 10 ribu, ada yang kata 3 ribu, hatta ada yang tergamak dengan auta tidak cukup padang..

Hakikatnya yang kita lihat..


Ini videonya.. katanya jumlah 100 ribu penyokong yang hadir.



Pemimpin parti pembangkang dan kumpulan ‘Anti-Najib’ mula yang di ketuai Rafizi Ramli dengan vip ternama politik Tun.Mahathir, Lim Kit Siang,Wan Azizah ,Azmin Ali serta Lim Guan Eng dan Mat Sabu tentu tidak dapat melelapkan mata.

Seramai ini sahaja kumpulan 'anti Najib' yang dapat dikumpulkan? 

Pengunjung Konsert Akim and The Majistret lebih ramai lagi daripada ini. Tak percaya, lihat di bawah..


Jika menilai daripada kehadiran pengunjung, adakah ini bermakna Akim AF lebih popular daripada Tun Mahathir, Mat Sabu, Lim Kit Siang, Azmin, Rafizi dan ramai lagi?

Hakikatnya rakyat sudah muak dengan kempen memburuk-burukkan pemimpin lain dengan kata nista yang tidak enak didengar, mengagungkan tindakan sendiri dengan memperlekehkan orang lain. Syukur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak terikut-ikut cara begini. 

Beliau adalah pemimpin yang sangat matang, tidak emosional dan tidak pernah menghina orang lain demi survival politik sendiri. 

Tuesday, March 22, 2016

Mat Sabu dihalang masuk ke Sarawak

Mat Sabu dihalang daripada memasuki Sarawak pagi tadi.. Beliau merupakan orang yang kedua pada tahun ini yang disekat selepas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin pada 29 Januari yang lalu.

Satu usaha yang baik kerajaan negeri bagi mengekang budaya politik tidak sihat daripada meracuni pemikiran rakyat Sarawak. Politik benci membenci bukan amalan di negeri ini.

Harap-harap beliau tidak membaling mikrofon lagi untuk melepaskan geram akibat dari keputusan pengharaman beliau ke Sarawak pada hari ini. Satu peringatan kepada pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang lain, supaya tidak menjadi antara yang tersenarai bersama mereka yang telah dihalau.




Mat Sabu dihalang memasuki Sarawak

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu hari ini dihalang memasuki Sarawak.

Menurut Sekretariat Komunikasi parti itu, tindakan itu adalah atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

“Beliau bersama pegawai khasnya tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.40 pagi dan ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen,” kata satu kenyataan ringkas daripada Sekretariat Komunikasi Amanah.

Kenyataan itu turut berkata Mat Sabu kini dalam proses dihantar pulang ke Semenanjung.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan tindakan itu dan meminta Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meneliti semula sekatan terhadap mana-mana ahli politik.

“Dia (Mat Sabu) bukan ada buat apa-apa kekecohan. Kenapa dilarang masuk?’ tanyanya semasa satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Usaha untuk menelefon Mat Sabu untuk mendapatkan reaksinya tidak berjaya setakat ini.

Monday, March 14, 2016

Ceramah Mat Sabu yang hanya tahu mencarut



Partinya baru sahaja ditubuhkan, terus masuk ke Sarawak dan mahu bertanding di Pilihanraya DUN ke-11. Sedang DAP sibuk memburuk-burukkan UMNO yang tidak ada kena mengena dengan politik di negeri ini, mereka mahu masyarakat melayu Islam menerima Parti Amanah.

Mengapa rakyat Sarawak harus menerima kepimpinan parti dari seorang yang berpewatakan kasar, suka mencarut dan mempromosi budaya berpolitik bangkangan dari semenanjung ke tanah Sarawak?

Pernah lihat pemimpin mana-mana komponen Barisan Nasional membaling microfon di atas pentas ceramah seperti beliau sebelum ini?

Itulah namanya Fanatik dalam politik dan apabila menjadi fanatik. seseorang itu akan mudah hilang pertimbangan dan mudah dikuasai oleh nafsu amarah.

Bukan cara kita...

Saturday, March 12, 2016

Video PKR kena amuk balu P.I Bala waktu sidang akhbar.

PKR sahaja. Janji tinggal janji, akhirnya orang lain yang teraniaya.

Menunjukkan modal minyak hitam motosikal sahaja tidak cukup untuk meyakinkan semua janji-janji PKR ditunaikan kepada rakyat Tupong di Kuching.



KUALA LUMPUR – Balu kepada bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, A Santamil Selvi mengamuk ketika sidang media yang diadakan di sini, sebentar tadi.

Selvi ketika sidang media tersebut berkata PKR tidak mampu menyediakan dana yang diperlukan untuk pendidikan anaknya.

“Sekarang saya rasa saya nak berhentikan saja sidang media ni, sebab saya datang sini untuk minta bantuan untuk anak saya sahaja bukan untuk buka cerita-cerita lain” kata sambil beredar meninggalkan sidang media tersebut.

Selvi dikatakan tidak berpuasa hati apabila ada dikalangan wartawan yang mempertikaikan tindakannya membuat sidang akhbar untuk menyatakan permohonan maaf terhadap Perdana Menteri atas tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

Bagaimanapun wartawan asing yang tidak berpuas hati dengan tindakan Selvi itu terus mengasak beliau dengan pelbagai soalan lain.

“Tiada lagi soalan, saya datang sini untuk dapatkan dana pendidikan untuk anak saya itu sahaja sebanyak RM20,000 tapi PKR tidak mahu bagi jadi saya terpaksa datang ke pejabat ini.

Saya datang sini hanya untuk duit bagi membiayai pelajaran anak saya itu sahaja” jeritnya pula sebelum beredar.

Anak kepada Selvi yang turut hadir dalam sidang media tersebut menggesa agar pihak wartawan berhenti bertanyakan sebarang soalan bagi mententeramkan keadaan.

– Kredit kepada SuaraTV


Saturday, March 5, 2016

Dedak TunM, macai DAP. Anggap Najib bodoh tetapi mereka sendiri terpedaya.


Jangan kita lihat orang yang kelihatan diam itu bodoh. Mereka adalah orang yang berfikir dan mempunyai strategi dalam senyap sehingga tidak seorang pun boleh meramal tindakan seterusnya.

Mereka tidak melatah dan menampakkan emosi ketika diserang keperibadiannya. Dituduh dengan pelbagai jenis fitnah yang tiada berkesudahan. 

Tidak pernah kita lihat Datuk Seri Najib menampakkan amarah, berlaku kasar walaupun sekali, apatah lagi mencampakkan microfon di khalayak umum seperti dilakukan oleh presiden Amanah, parti yang diuar-uarkan sebagai pengganti umno. 

UMNO dalam fasa pembersihan parti. Ramai pengkhianat parti yang terasa panas mula meninggalkan janji taat setia mereka untuk bersama pembangkang pimpinan DAP. Akhirnya yang tinggal itulah orang-orang yang boleh dipercayai.

Mari kita baca artikel yang dipetik daripada Malaysia Today di bawah. Cukup menarik. Agaknya inilah yang telah berlaku tanpa kita ketahui.

Mahathir, Muhyiddin Dan ANC “Menari” Ikut Rentak Najib

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

Pepatah mengatakan, jika anda boleh bertindak bodoh dan membuat orang percaya bahawa anda bodoh maka anda sebenarnya sangat bijak, lebih bijak daripada orang-orang yang berfikir yang anda adalah bodoh. Kemudian apabila kamu menentang musuh yang licik, khususnya musuh atau musuh-musuh dalam selimut , maka anda perlu mengambil kesempatan dengan pelbagai helah , ketangkasan, dan kelicikan untuk mendapatkan perkara yang lebih baik daripada mereka.

Pelajar-pelajar Sun Tzu akan memahami perkara ini dengan baik. Orang Melayu tidak memahami Sun Tzu tetapi mereka mempunyai peribahasa mereka sendiri untuk menggambarkan keadaan yang sama. Orang Melayu memanggilnya bodoh – bodoh sepat . Sepat adalah ikan yang bersembunyi dalam sawah padi. Ia akan duduk diam-diam, tanpa bergerak untuk memberi gambaran bahawa ia adalah ikan yang bodoh. Walaupun tangan dekat dengannya, ia masih kekal diam dan tidak bergerak. Namun kemudian, ia akan menyengat tangan anda dan berlalu pergi dengan tersenyum.

Baiklah, saya melebih-lebih di sini. Ikan tidak tersenyum. Tetapi jika mereka boleh, pasti sepat ini akan tersenyum memikirkan bagaimana mudah ia menipu anda untuk menganggap yang ia ikan yang bodoh dan kemudian menyengat anda yang cuba menangkapnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak inilah yang bersikap bodoh – bodoh sepat , manakala mereka yang memburu beliau adalah bodoh  sombong , yang bermaksud dahlah bodoh, sombong pulak .

Setelah 72 jam Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap Najib , Najib sudah tahu siapa yang berada di belakangnya . Ramai menyangka bahawa memandangkan Khairuddin bersekongkol dengan Matthias Chang, dan Matthias pula orang Tun Dr Mahathir Mohamad maka ini bermakna Khairuddin juga sudah tentu merupakan orang Dr Mahathir.

Walaubagaimanapun, 72 jam kemudian, Najib tahu bahawa Khairuddin ketika itu adalah orang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi Najib tidak bertindak balas terhadap perkara itu. Beliau tetap tenang dan tidak mendedahkan bahawa beliau tahu yang Khairuddin bekerja untuk siapa sebenarnya. Apabila Najib tahu siapa musuh sebenar beliau, dan individu tersebut berpura-pura menyokong beliau, sebenarnya adalah ‘pemegang pisau’, maka ia menjadi lebih mudah untuk beliau merancang strategi dan memasang perangkap.

Najib boleh ‘membunuh’ Muhyiddin sebelum ini, dalam minggu yang sama Muhyiddin membuat langkah beliau. Tetapi Najib tidak mahu berbuat demikian. Najib mahu Muhyiddin terus berfikir bahawa beliau tidak tahu peranan Muhyiddin dalam semua ini dan bahawa beliau adalah penggerak utama. Beliau mahu meredakan Muhyiddin sehingga beliau berpuas hati dan melihat siapa lagi yang akan muncul dan menunjukkan wajah sebenar mereka. Apabila anda menghendap mangsa, anda perlu menetapkan perangkap anda dan bersabar, tidak bergerak atau membuat bunyi. Apabila orang lain menghendap anda dan telah memasang perangkap mereka, dan anda mahu mereka berjalan ke dalam perangkap mereka sendiri, maka anda perlu kekal lebih sabar tanpa bergerak atau membuat bunyi.

Menjadikan pemburu kepada yang diburu dan memastikan bahawa anda tidak perlu menembak pemburu tetapi membuat pemburu yang menembak dirinya sendiri adalah kemahiran yang tidak dimiliki oleh ramai orang . Kemahiran inilah yang dimiliki Najib dan beliau menggunakan kelebihannya sejak tahun lepas lagi.

Menembak pemburu supaya menjadi yang diburu adalah mudah . Ramai orang boleh berbuat demikian. Membuat pemburu masuk ke dalam perangkap sendiri dan mengalami kematian paling menyeksakan adalah apa yang memisahkan antara lelaki dan budak lelaki . Najib telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang lelaki dewasa manakala yang lain masih lagi kanak-kanak lelaki.

Najib menulis skrip tentang bagaimana mereka yang mahu melihat darahnya, sebaliknya akan dapat melihat darah mereka sendiri tertumpah. Untuk berbuat demikian anda bukan sahaja perlu bijak tetapi anda juga perlu bersabar. Ini adalah permainan yang dimainkan Najib , permainan kesabaran. Beliau tidak mahu membunuh musuh-musuh yang menghendapnya. Beliau mahu mereka membunuh diri. Dan memang itulah apa yang mereka lakukan . Mereka membunuh diri seorang demi seorang.

Najib membuat mereka seperti kucing bermain dengan tikus. Beliau memberikan mereka ruang untuk membuat seberapa banyak kesilapan yang mereka kehendaki. Beliau mahu kesilapan ini menjadi kejatuhan mereka. Dan lebih banyak kesilapan yang mereka lakukan, lebih pasti kejatuhan mereka.

Dalam hal itu, Najib adalah lebih bijak daripada Dr Mahathir. Apabila Dr Mahathir mahu meneutralkan Anwar, beliau menyingkirkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden dan ahli Umno sekaligus. Najib tidak berbuat demikian. Beliau pada mulanya menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian membiarkannya. Apabila Muhyiddin terus dengan perbuatan mengarut beliau, Najib membiarkan parti menyingkirkannya sebagai Timbalan Presiden. Bagaimanapun , Muhyiddin tidak dikeluarkan sebagai ahli.

Memandangkan Muhyiddin terus menolak nasibnya maka beliau akan mengalami peringkat akhir kemusnahannya. Beliau akan melihat dirinya dikeluarkan sebagai ahli juga. Dan ia akan menjadi tiga ‘strike’ dan beliau perlu keluar.

Adakah Najib membunuh Muhyiddin sebagaimana Dr Mahathir membunuh Anwar? Najib hanya mengeluarkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang merupakan hak mutlak Perdana Menteri. Dan kemudian beliau berhenti di situ. Ini memberikan Muhyiddin gambaran bahawa beliau masih dalam zon selamat kerana Najib tidak berani meneruskan lebih dari itu.

Ia bukanlah Najib tidak berani pergi lebih jauh. Beliau mahu Muhyiddin pergi lebih jauh dan masuk ke dalam perangkap sendiri. Beliau mahu Muhyiddin mati di tangan sendiri. Dan itulah yang Muhyiddin lakukan dan akan terus lakukan .

Dr Mahathir juga salah perkiraan mengenai Najib dan sentimen orang Umno. Beliau berpendapat bahawa selepas satu tahun isu mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion, sokongan terhadap Najib akan berkurangan. Justeru, Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC (Kempen Anti -Najib ) memainkan muslihat (trump card) mereka dalam bulan Julai 2015.

Kemudian Najib membuat langkah beliau selepas enam bulan bermain “bodoh – bodoh sepat”. Beliau melancarkan operasi pembersihan dan semua mereka yang ‘memegang pisau’ dijatuhkan. Ia adalah satu langkah yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC fikir tidak berani dilakukan oleh Najib dan walaupun beliau melakukannya, Umno tidak akan menyokongnya.

Namun Najib telah berani membuat langkah itu dan beliau melakukannya pada akhir Julai 2015. Dan Umno tidak bangkit protes. Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC telah salah percaturan dan mereka kalah. Penyingkiran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah satu peristiwa yang tidak memberikan kesan besar kecuali beberapa “bunyi” yang kurang enak .

Satu ‘strike’.

Kemudian Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC terus dengan serangan mereka. Plot Julai 2015 mereka telah gagal. Maka mereka merancang plot November 2015 – penyingkiran Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen. Itu juga gagal. Jadi mereka melancarkan rancangan seterusnya , plot untuk menjatuhkan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2015. Dan gagal juga. Tiga percubaan dan semuanya gagal.

Kemudian Najib membuat ‘strike’ kedua. Dan itu adalah apabila Umno menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Tetapi Najib tidak mahu menjadi orang yang melaksanakannya . Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah menyediakan surat peletakan jawatan Mukhriz dan Majlis Diraja Kedah atas perintah DYMM Sultan membuat beliau menandatanganinya.

Jadi Najib tidak memecat Mukhriz. Mukhriz meletak jawatan. Dan beliau meletakkan jawatan dengan titah diraja. Dan itu adalah langkah yang paling bijak lagi yang akan ditulis dalam sejarah dan diingati untuk masa akan datang .
Dua ‘strike’.

Dan kemudian Umno mengeluarkan Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti itu. Ya, parti, bukan Najib, yang menyingkirkan Muhyiddin.

Tiga ‘strike’. Dan sebagaimana yang mereka katakan : tiga ‘strike’ dan anda keluar.

Sekarang Muhyiddin mahu membawa kesnya ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mencabar penyingkirannya. Beliau juga mempertimbangkan untuk pergi ke mahkamah . Apabila ini berlaku, semuanya akan berakhir. Mereka yang telah membawa kes mereka kepada ROS atau ke mahkamah semuanya telah melihat kerjaya politik mereka berakhir. G. Palanivel , Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah  adalah antara contoh terbaik.

Anda berpegang kepada kedudukan anda melalui sokongan politik yang nyata. Anda tidak pergi menangis kepada mahkamah atau kepada ROS untuk mendapatkan mereka untuk membantu anda berpegang kepada kedudukan anda. Dan anda tidak cuba mendapatkan sokongan politik,  ahli atau pembangkang untuk membantu memastikan anda berkuasa. Dan ini adalah apa yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC cuba lakukan .

Ini seperti kerajaan Afghanistan, Libya atau Iraq yang cuba untuk terus berkuasa dengan sokongan tentera Amerika. Ia tidak akan berjaya kerana tidak mendapat sokongan daripada rakyat sendiri. Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC, bagaimanapun, berfikir bahawa Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan pimpinan DAP boleh membantu mereka menggulingkan Najib supaya Dr Mahathir dan proksi beliau boleh merebut kuasa.

Itu bukanlah yang dipanggil sebagai sokongan politik yang nyata. Itu dipanggil sokongan politik tidak ketara. Ketara boleh diukur. Tidak ketara adalah dalam minda. Ia bukan apa yang anda lihat. Ia adalah apa yang anda fikir yang anda lihat. Ia adalah fatamorgana yang hilang apabila anda semakin dekat.

Setakat ini Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC melakukan sebagaimana yang Najib mahu mereka lakukan. Dan saya tidak nampak mengapa ia perlu berubah. Jika mereka terus melakukan apa yang Najib mahu mereka lakukan, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz akan melihat diri mereka dalam kesusahan. Dan Najib tidak akan berbuat apa-apa kepada mereka. Mereka akan melakukannya untuk diri mereka seperti mana Najib telah merancangnya.

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

– Malaysia Today

Sunday, January 17, 2016

Perkauman DAP, tolak cadangan 50 peratus ahli melayu dan bumiputera dalam parti.



Parti DAP yang kononnya terbuka untuk semua rakyat tanpa memilih kaum kini menghadapi dilemma oleh ahli-ahli sendiri..

Sokongan kaum Bumiputra dan Masyarakat Melayu begitu penting dan sangat kritikal untuk menentukan dominasi Pakatan Harapan menghadapi BN dalam pilihanraya.

Berbagai slogan telah dibuat, DAP terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Wanita Melayu DAP dijadikan icon parti, Pemimpin Bumiputera/Melayu DAP dijadikan contoh, diberikan tempat dalam kepimpinan tertinggi parti. Semua itu kononnya menunjukkan keterbukaan DAP.

Kemudian mereka menghebahkannya secara besar-besaran, memaksimakan penggunaan semua jenis arus media yang dikuasai penyokong-penyokong mereka.

Malangnya, sifat perkauman masih tebal menguasai parti. Segelintir kalangan pemimpin dan ahli-ahlinya tidak dapat menerima penyertaan besar kaum bumiputera dalam komuniti mereka. Malah ia belum mengambil kira di pihak mana dalam DAP, yang sudah pasti mengutamakan kuncu-kuncu rapatnya dalam Dinasti Lim Kit Siang.

Sesuatu yang tidak menghairankan.

Bagi penulis, DAP adalah parti dominan milik kaum Cina seperti juga UMNO untuk Melayu, MIC untuk kaum India dan MCA untuk masyarakat Cina dalam Barisan Nasional.

Jika hanya kerana disertai oleh segelintir kecil kaum lain tidak bermakna parti itu parti untuk semua kaum..

Hala-tuju sesebuah parti itu ditentukan oleh majoriti ahlinya. Merekalah yang memilih siapa ketua, pemimpin tertinggi parti, ahli tetap dan sebagainya. Jika majoriti ahli dan pemimpin mereka tidak bersetuju keahlian sebanyak 50% bukan cina dalam DAP, hentikanlah bercita-cita untuk meraih kejayaan dalam parti bersama mereka.

Video di bawah adalah penjelasan oleh Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming. 

Mungkin pengajaran terbaik untuk kita agar hidup biar berpijak di bumi nyata;



Ada Ahli DAP Tak Senang Melayu Masuk DAP

PETALING JAYA: Usaha DAP menarik lebih ramai orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai DAP tidak disenangi segelintir pemimpin dan ahli parti sendiri, kata Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata, kebanyakan pemimpin DAP mahu lebih banyak orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak menyertai parti itu.

“Tetapi apabila cadangan untuk menambah ahli Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sehingga 50 peratus keahlian parti dibentangkan di peringkat dalaman, ada pemimpin dan ahli sendiri yang mungkin tidak begitu senang dengannya.

“Dan jika kami berjaya tambah keanggotaan, mungkin ada juga pihak di luar yang tidak merasa tidak senang,” katanya lagi dalam forum bertajuk ‘Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14′ di sini malam tadi.

Beliau merujuk cadangan Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zulkefly Ahmad agar DAP tidak meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau menyifatkan perkara ini sebagai ‘dilema dalaman dan luaran’ yang dihadapi DAP dalam usaha mengurangkan persepsi negatif dalam kalangan pengundi Melayu.

“Dan ini mesti ditangani sebagai satu cabaran jika DAP dan rakan dalam Pakatan Harapan mahu memenangi lebih banyak undi Melayu pada PRU akan datang,” katanya lagi.- FMT