Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts

Wednesday, September 7, 2016

Tun Mahathir jumpa Anwar - Gambar salam erat yang penuh dengan makna!

Gambar pertemuan dua bekas pemimpin kontroversi negara. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan bekas musuh politik beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mereka dilihat bersalam erat dalam pertemuan yang dikatakan sangat bersejarah itu.

Anwar ke mahkamah hari ini untuk memfailkan tuntutan mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari sudut perlembagaan.

Sementara Tun Dr Mahathir pula dikatakan datang ke mahkamah bersama para penyokong beliau bagi memberikan sokongan kepada Anwar.


Bagi penyokong-penyokong yang selama ini begitu taksub dengan Anwar, sila jelaskan. 

Adakah Anwar:

- difitnah oleh Mahathir sehingga pernah dipenjarakan 

atau

- memang betul dia telah melakukan perbuatan itu dan terpaksa rela dipenjarakan.

Kerana jika benar Anwar difitnah, adakah dia sanggup menggengam erat tangan orang yang pernah memfitnahnya itu?


Atau

Ia sekadar satu sandiwara, bersalaman tetapi genggam dengan luar biasa erat.. apakah maksudnya itu?

Sunday, April 3, 2016

Gambar Himpunan Bantah GST menyaksikan peserta sebenarnya lebih zalim

Perhimpunan 'undur Najib' dan bantah GST di Dataran Merdeka siang tadi menjadi kebanggaan puak pembangkang pemakan dedak. Kata mereka, himpunan sebegini merupakan isyarat kononnya rakyat mahukan Najib berundur dari jawatan sebagai Perdana Menteri.

Macai PKR dan Pro-Madey begitu teruja dengan demonstrasi seperti ini. Hakikatnya himpunan Mega itu tak seramai mana pun..

Fenomena ekuinoks/suhu panas melampau yang melanda Malaysia dengan 3 kes kena strok, 1 kematian, bukan masalah. Yang penting janji hati puas...

Beginilah didikan pro-pembangkang politik mencarut ajaran pembangkang pada zaman sekarang. Anak-anak yang tidak berdosa dipergunakan dalam perkara yang paling tidak berfaedah sekadar untuk meramaikan penyertaan.

Mereka mendakwa Najib zalim terhadap rakyat, tetapi sebenarnya siapa yang lebih zalim daripada ibubapa yang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam kempen sampah dengan mendedahkan mereka kepada risiko strok haba seperti ini?



Tuesday, March 29, 2016

Gambar dan Video bukti Kempen Himpunan 'Tumbang Najib' Gagal secara total.

Perhimpunan 'Tumbang Najib' di Pandan berlangsung dengan 'jaya'nya malam tadi. Tersenyum puas wajah puak-puak pemakan dedak pakatan dengan kehadiran yang mereka rasa dah cukup ramai.

Gembira tak terkata, dengan jumlah sebegini bagi mereka sudah pasti Najib akan tumbang terbalik pada PRU akan datang daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Berbondong-bondonglah datang penyokong mereka malam tadi. Ada yang kata 100 ribu, ada yang kata 10 ribu, ada yang kata 3 ribu, hatta ada yang tergamak dengan auta tidak cukup padang..

Hakikatnya yang kita lihat..


Ini videonya.. katanya jumlah 100 ribu penyokong yang hadir.



Pemimpin parti pembangkang dan kumpulan ‘Anti-Najib’ mula yang di ketuai Rafizi Ramli dengan vip ternama politik Tun.Mahathir, Lim Kit Siang,Wan Azizah ,Azmin Ali serta Lim Guan Eng dan Mat Sabu tentu tidak dapat melelapkan mata.

Seramai ini sahaja kumpulan 'anti Najib' yang dapat dikumpulkan? 

Pengunjung Konsert Akim and The Majistret lebih ramai lagi daripada ini. Tak percaya, lihat di bawah..


Jika menilai daripada kehadiran pengunjung, adakah ini bermakna Akim AF lebih popular daripada Tun Mahathir, Mat Sabu, Lim Kit Siang, Azmin, Rafizi dan ramai lagi?

Hakikatnya rakyat sudah muak dengan kempen memburuk-burukkan pemimpin lain dengan kata nista yang tidak enak didengar, mengagungkan tindakan sendiri dengan memperlekehkan orang lain. Syukur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak terikut-ikut cara begini. 

Beliau adalah pemimpin yang sangat matang, tidak emosional dan tidak pernah menghina orang lain demi survival politik sendiri. 

Saturday, March 5, 2016

Dedak TunM, macai DAP. Anggap Najib bodoh tetapi mereka sendiri terpedaya.


Jangan kita lihat orang yang kelihatan diam itu bodoh. Mereka adalah orang yang berfikir dan mempunyai strategi dalam senyap sehingga tidak seorang pun boleh meramal tindakan seterusnya.

Mereka tidak melatah dan menampakkan emosi ketika diserang keperibadiannya. Dituduh dengan pelbagai jenis fitnah yang tiada berkesudahan. 

Tidak pernah kita lihat Datuk Seri Najib menampakkan amarah, berlaku kasar walaupun sekali, apatah lagi mencampakkan microfon di khalayak umum seperti dilakukan oleh presiden Amanah, parti yang diuar-uarkan sebagai pengganti umno. 

UMNO dalam fasa pembersihan parti. Ramai pengkhianat parti yang terasa panas mula meninggalkan janji taat setia mereka untuk bersama pembangkang pimpinan DAP. Akhirnya yang tinggal itulah orang-orang yang boleh dipercayai.

Mari kita baca artikel yang dipetik daripada Malaysia Today di bawah. Cukup menarik. Agaknya inilah yang telah berlaku tanpa kita ketahui.

Mahathir, Muhyiddin Dan ANC “Menari” Ikut Rentak Najib

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

Pepatah mengatakan, jika anda boleh bertindak bodoh dan membuat orang percaya bahawa anda bodoh maka anda sebenarnya sangat bijak, lebih bijak daripada orang-orang yang berfikir yang anda adalah bodoh. Kemudian apabila kamu menentang musuh yang licik, khususnya musuh atau musuh-musuh dalam selimut , maka anda perlu mengambil kesempatan dengan pelbagai helah , ketangkasan, dan kelicikan untuk mendapatkan perkara yang lebih baik daripada mereka.

Pelajar-pelajar Sun Tzu akan memahami perkara ini dengan baik. Orang Melayu tidak memahami Sun Tzu tetapi mereka mempunyai peribahasa mereka sendiri untuk menggambarkan keadaan yang sama. Orang Melayu memanggilnya bodoh – bodoh sepat . Sepat adalah ikan yang bersembunyi dalam sawah padi. Ia akan duduk diam-diam, tanpa bergerak untuk memberi gambaran bahawa ia adalah ikan yang bodoh. Walaupun tangan dekat dengannya, ia masih kekal diam dan tidak bergerak. Namun kemudian, ia akan menyengat tangan anda dan berlalu pergi dengan tersenyum.

Baiklah, saya melebih-lebih di sini. Ikan tidak tersenyum. Tetapi jika mereka boleh, pasti sepat ini akan tersenyum memikirkan bagaimana mudah ia menipu anda untuk menganggap yang ia ikan yang bodoh dan kemudian menyengat anda yang cuba menangkapnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak inilah yang bersikap bodoh – bodoh sepat , manakala mereka yang memburu beliau adalah bodoh  sombong , yang bermaksud dahlah bodoh, sombong pulak .

Setelah 72 jam Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap Najib , Najib sudah tahu siapa yang berada di belakangnya . Ramai menyangka bahawa memandangkan Khairuddin bersekongkol dengan Matthias Chang, dan Matthias pula orang Tun Dr Mahathir Mohamad maka ini bermakna Khairuddin juga sudah tentu merupakan orang Dr Mahathir.

Walaubagaimanapun, 72 jam kemudian, Najib tahu bahawa Khairuddin ketika itu adalah orang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi Najib tidak bertindak balas terhadap perkara itu. Beliau tetap tenang dan tidak mendedahkan bahawa beliau tahu yang Khairuddin bekerja untuk siapa sebenarnya. Apabila Najib tahu siapa musuh sebenar beliau, dan individu tersebut berpura-pura menyokong beliau, sebenarnya adalah ‘pemegang pisau’, maka ia menjadi lebih mudah untuk beliau merancang strategi dan memasang perangkap.

Najib boleh ‘membunuh’ Muhyiddin sebelum ini, dalam minggu yang sama Muhyiddin membuat langkah beliau. Tetapi Najib tidak mahu berbuat demikian. Najib mahu Muhyiddin terus berfikir bahawa beliau tidak tahu peranan Muhyiddin dalam semua ini dan bahawa beliau adalah penggerak utama. Beliau mahu meredakan Muhyiddin sehingga beliau berpuas hati dan melihat siapa lagi yang akan muncul dan menunjukkan wajah sebenar mereka. Apabila anda menghendap mangsa, anda perlu menetapkan perangkap anda dan bersabar, tidak bergerak atau membuat bunyi. Apabila orang lain menghendap anda dan telah memasang perangkap mereka, dan anda mahu mereka berjalan ke dalam perangkap mereka sendiri, maka anda perlu kekal lebih sabar tanpa bergerak atau membuat bunyi.

Menjadikan pemburu kepada yang diburu dan memastikan bahawa anda tidak perlu menembak pemburu tetapi membuat pemburu yang menembak dirinya sendiri adalah kemahiran yang tidak dimiliki oleh ramai orang . Kemahiran inilah yang dimiliki Najib dan beliau menggunakan kelebihannya sejak tahun lepas lagi.

Menembak pemburu supaya menjadi yang diburu adalah mudah . Ramai orang boleh berbuat demikian. Membuat pemburu masuk ke dalam perangkap sendiri dan mengalami kematian paling menyeksakan adalah apa yang memisahkan antara lelaki dan budak lelaki . Najib telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang lelaki dewasa manakala yang lain masih lagi kanak-kanak lelaki.

Najib menulis skrip tentang bagaimana mereka yang mahu melihat darahnya, sebaliknya akan dapat melihat darah mereka sendiri tertumpah. Untuk berbuat demikian anda bukan sahaja perlu bijak tetapi anda juga perlu bersabar. Ini adalah permainan yang dimainkan Najib , permainan kesabaran. Beliau tidak mahu membunuh musuh-musuh yang menghendapnya. Beliau mahu mereka membunuh diri. Dan memang itulah apa yang mereka lakukan . Mereka membunuh diri seorang demi seorang.

Najib membuat mereka seperti kucing bermain dengan tikus. Beliau memberikan mereka ruang untuk membuat seberapa banyak kesilapan yang mereka kehendaki. Beliau mahu kesilapan ini menjadi kejatuhan mereka. Dan lebih banyak kesilapan yang mereka lakukan, lebih pasti kejatuhan mereka.

Dalam hal itu, Najib adalah lebih bijak daripada Dr Mahathir. Apabila Dr Mahathir mahu meneutralkan Anwar, beliau menyingkirkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden dan ahli Umno sekaligus. Najib tidak berbuat demikian. Beliau pada mulanya menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian membiarkannya. Apabila Muhyiddin terus dengan perbuatan mengarut beliau, Najib membiarkan parti menyingkirkannya sebagai Timbalan Presiden. Bagaimanapun , Muhyiddin tidak dikeluarkan sebagai ahli.

Memandangkan Muhyiddin terus menolak nasibnya maka beliau akan mengalami peringkat akhir kemusnahannya. Beliau akan melihat dirinya dikeluarkan sebagai ahli juga. Dan ia akan menjadi tiga ‘strike’ dan beliau perlu keluar.

Adakah Najib membunuh Muhyiddin sebagaimana Dr Mahathir membunuh Anwar? Najib hanya mengeluarkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang merupakan hak mutlak Perdana Menteri. Dan kemudian beliau berhenti di situ. Ini memberikan Muhyiddin gambaran bahawa beliau masih dalam zon selamat kerana Najib tidak berani meneruskan lebih dari itu.

Ia bukanlah Najib tidak berani pergi lebih jauh. Beliau mahu Muhyiddin pergi lebih jauh dan masuk ke dalam perangkap sendiri. Beliau mahu Muhyiddin mati di tangan sendiri. Dan itulah yang Muhyiddin lakukan dan akan terus lakukan .

Dr Mahathir juga salah perkiraan mengenai Najib dan sentimen orang Umno. Beliau berpendapat bahawa selepas satu tahun isu mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion, sokongan terhadap Najib akan berkurangan. Justeru, Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC (Kempen Anti -Najib ) memainkan muslihat (trump card) mereka dalam bulan Julai 2015.

Kemudian Najib membuat langkah beliau selepas enam bulan bermain “bodoh – bodoh sepat”. Beliau melancarkan operasi pembersihan dan semua mereka yang ‘memegang pisau’ dijatuhkan. Ia adalah satu langkah yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC fikir tidak berani dilakukan oleh Najib dan walaupun beliau melakukannya, Umno tidak akan menyokongnya.

Namun Najib telah berani membuat langkah itu dan beliau melakukannya pada akhir Julai 2015. Dan Umno tidak bangkit protes. Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC telah salah percaturan dan mereka kalah. Penyingkiran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah satu peristiwa yang tidak memberikan kesan besar kecuali beberapa “bunyi” yang kurang enak .

Satu ‘strike’.

Kemudian Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC terus dengan serangan mereka. Plot Julai 2015 mereka telah gagal. Maka mereka merancang plot November 2015 – penyingkiran Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen. Itu juga gagal. Jadi mereka melancarkan rancangan seterusnya , plot untuk menjatuhkan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2015. Dan gagal juga. Tiga percubaan dan semuanya gagal.

Kemudian Najib membuat ‘strike’ kedua. Dan itu adalah apabila Umno menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Tetapi Najib tidak mahu menjadi orang yang melaksanakannya . Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah menyediakan surat peletakan jawatan Mukhriz dan Majlis Diraja Kedah atas perintah DYMM Sultan membuat beliau menandatanganinya.

Jadi Najib tidak memecat Mukhriz. Mukhriz meletak jawatan. Dan beliau meletakkan jawatan dengan titah diraja. Dan itu adalah langkah yang paling bijak lagi yang akan ditulis dalam sejarah dan diingati untuk masa akan datang .
Dua ‘strike’.

Dan kemudian Umno mengeluarkan Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti itu. Ya, parti, bukan Najib, yang menyingkirkan Muhyiddin.

Tiga ‘strike’. Dan sebagaimana yang mereka katakan : tiga ‘strike’ dan anda keluar.

Sekarang Muhyiddin mahu membawa kesnya ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mencabar penyingkirannya. Beliau juga mempertimbangkan untuk pergi ke mahkamah . Apabila ini berlaku, semuanya akan berakhir. Mereka yang telah membawa kes mereka kepada ROS atau ke mahkamah semuanya telah melihat kerjaya politik mereka berakhir. G. Palanivel , Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah  adalah antara contoh terbaik.

Anda berpegang kepada kedudukan anda melalui sokongan politik yang nyata. Anda tidak pergi menangis kepada mahkamah atau kepada ROS untuk mendapatkan mereka untuk membantu anda berpegang kepada kedudukan anda. Dan anda tidak cuba mendapatkan sokongan politik,  ahli atau pembangkang untuk membantu memastikan anda berkuasa. Dan ini adalah apa yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC cuba lakukan .

Ini seperti kerajaan Afghanistan, Libya atau Iraq yang cuba untuk terus berkuasa dengan sokongan tentera Amerika. Ia tidak akan berjaya kerana tidak mendapat sokongan daripada rakyat sendiri. Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC, bagaimanapun, berfikir bahawa Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan pimpinan DAP boleh membantu mereka menggulingkan Najib supaya Dr Mahathir dan proksi beliau boleh merebut kuasa.

Itu bukanlah yang dipanggil sebagai sokongan politik yang nyata. Itu dipanggil sokongan politik tidak ketara. Ketara boleh diukur. Tidak ketara adalah dalam minda. Ia bukan apa yang anda lihat. Ia adalah apa yang anda fikir yang anda lihat. Ia adalah fatamorgana yang hilang apabila anda semakin dekat.

Setakat ini Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC melakukan sebagaimana yang Najib mahu mereka lakukan. Dan saya tidak nampak mengapa ia perlu berubah. Jika mereka terus melakukan apa yang Najib mahu mereka lakukan, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz akan melihat diri mereka dalam kesusahan. Dan Najib tidak akan berbuat apa-apa kepada mereka. Mereka akan melakukannya untuk diri mereka seperti mana Najib telah merancangnya.

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

– Malaysia Today

Friday, March 4, 2016

Gambar sedih kempen pemimpin anti-Najib. Takziah kepada Malaysia.

Bekas PM yang selama ini penulis sanjung, beliau pernah menjadi contoh kepada pemimpin negara-negara Islam yang lain. Masa itu telah berlalu. Tun Mahathir kini telah berubah. Entah di mana silapnya, tekadnya untuk menggulingkan Najib semakin menjadi-jadi.

Tun Mahathir tanpa disangka kini bersama pembangkang. Puak yang satu ketika dulu mencemuh beliau. Menggelar dengan bermacam gelaran yang terkutuk untuk seorang pemimpin negara. Tapi kerana mahukan Najib digulingkan, parti DAP yang disokong Israel menjadi sahabatnya.

Terus-terang, tindakan beliau membuatkan ramai orang sudah hilang hormat kepadanya.

Syabas kepada dedakian pro-Mahathir. Kamu sudah ada saudara baru - DAP, Ambiga dan lain-lain.




Gambar kenangan komplot saling mempergunakan di antara satu dengan yang lain. Slogan Selamatkan Malaysia, tetapi sebenarnya berniat jatuhkan Najib. Satu sejarah telah tercipta.


KUALA LUMPUR: Seramai 58 individu hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi ‘Selamatkan Malaysia’.

Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.

Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Maria Chin Abdullah
S Ambiga
Mustapa Ali
Zaid Ibrahim
Lim Kit Siang
Ling Liong Sik
Muhyiddin Yassin
Mahathir Mohamad
Mohamed Azmin Ali
Sanusi Junid
Muhkriz Mahathir
Mohamad Sabu
Husam Musa
Mahfuz Omar
Khairuddin Aman Razali
Tamrin Ghafar
Hishammudin Rais
Salahuddin Ayub
A Kadir Jasin
Muhammad Muhammad Taib
Elizabeth Wong
Kamaruddin Jaafar
Mujahid Yusof Rawa
Teresa Kok
Tian Chua
Anthony Loke
Hasanuddin Mohd Yunus
Khairuddin Abu Hassan

Sementara itu, pengacara majlis Syed Saddiq memberitahu terdapat beberapa pemimpin yang tidak hadir tetapi menyatakan sokongan mereka terhadap gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

Mereka termasuk, Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Zaman Khan, Mathias Chang dan Tony Pua.

Kredit gambar mysuara.net.

Monday, September 7, 2015

Kejayaan pentadbiran Najib yang telah dinafikan

Gesaan Tun M Untuk Turunkan Najib Bagi Pulihkan Ekonomi Adalah Dangkal

1. Kata Tun Dr Mahathir dalam blognya –"selagi Najib berkuasa selama itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalah gunakan.”

2. Secara terbaliknya, Tun M mendakwa "jika Najib dijatuhkan maka ekonomi akan meningkat, nilai Ringgit akan meningkat, saham akan meningkat, kos sara hidup menurun, hutang negara akan berkurangan, pengangguran akan berkurangan dan berbilion duit rakyat tidak disalah gunakan.”

3. Bunyinya macam hebat, tetapi sebenarnya kenyataan Tun M ini tidak bersandarkan realiti dan fakta. Realitinya bukan hanya ekonomi dan matawang Malaysia sahaja yang terjejas, sebaliknya ia adalah fenomena global dan serantau yang menjejaskan ekonomi dan matawang kebanyakan negara.

4. Fakta (1), sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat dan kekal stabil. Kadar pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2008 adalah 4.8%, 2009 (-1.5%), 2010 (7.4%), 2011 (5.2%), 2012 (5.6%), 2013 (4.7%), 2014 (6.0%) dan 2015 (4.9% - terbaru). Dari segi perbandingan antara negara pula, kadar pertumbuhan ekonomi AS adalah pada 2.7%, China 7%, Jepun 0.7%, Thailand 2.8%, Indonesia 4.67%, Australia 2%, New Zealand 2.6%, Korea Selatan 2.2%, India 7%, Italy 0.7%, Jerman 1.6% dan Singapura 1.8%.

5. Fakta (2), bukan sahaja Ringgit jatuh tetapi matawang lain juga turut jatuh. Dollar Australia antara yang jatuh teruk. Nilai Ringgit pernah meningkat 6% dan Dollar Australia pula pernah meningkat 7% terhadap Dollar AS. Bagaimanapun sehingga pertengahan bulan Ogos, Ringgit telah mengalami penurunan sebanyak 13.33%, Rupiah Indonesia 9.88%, Won Korea Selatan 8.35%, Baht Thailand 6.99% dan Dollar Australia pula lebih 20%. Kenapa nilai matawang kebanyakan negara jatuh? Antara faktor paling utama, nilai Yuan China menurun, harga komoditi yang rendah dan spekulasi peningkatan kadar faedah AS. Matawang negara-negara Asia jatuh berikutan penurunan nilai matawang oleh China yang dikatakan sengaja dilemahkan bagi meningkatkan kembali pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Dijangka China akan menurunkan nilai Yuan sehingga 10%. Ketika ini, penurunan Yuan baru sekitar 4.61 %. Harga minyak mentah global, Brent yang turun sehingga 29% sejak bulan Mei memberi kesan kepada Malaysia yang sejumlah pendapatannya datang dari sumber minyak. Pengeksport komoditi lain seperti Australia, Kanada dan New Zealand juga mengalami kemerosotan kerana kebanyakan komoditi diniagakan menggunakan Dollar AS. Seperti Malaysia, Australia juga turut terjejas dengan penurunan Yuan kerana jumlah eksportnya  yang tinggi ke China.

6. Fakta (3), selain Bursa Saham Kuala Lumpur, pasaran saham di seluruh rantau ini juga jatuh dengan Indeks Komposit Jakarta mendahului dengan kejatuhan 3.1 peratus diikuti oleh Indeks Hang Seng Hong Kong yang turun 2.38 peratus. Analisis Indeks MSCI ke atas pasaran saham dunia sejak Januari sehingga Ogos 2015, menunjukkan penurunan global pasaran saham (dalam Dollar AS) sebanyak - 6.7%, 'Emerging Markets' (-16.7%), AS (-5.0%) dan UK (-9.7%). China mengalami penurunan sebanyak -15.0%, Korea Selatan (-14.1%), Taiwan (-14.7%), Australia (-19.7%), Singapura (-21.5%), Malaysia (-26.0%), Indonesia (27.3%), Germany (-6.4%) dan Sweden (-6.3%)

7. Fakta (4), jika Tun M mendakwa GST menjadi faktor peningkatan kos sara hidup, maka sudah tentu rakyat di negara lain yang mempunyai kadar GST yang lebih tinggi akan lebih terbeban. Kadar GST di Malaysia hanya 6%, sedangkan di Thailand (7%), Indonesia (10%), Singapura (7%), Korea Selatan (10%), India (12.36%), China (17%), Australia (10%) dan New Zealand (15%).

8. Fakta (5), dari segi Indeks Kos Sara Hidup, sehingga pertengahan tahun 2015, kedudukan Malaysia adalah di tangga 94, bermaksud kos sara hidup di Malaysia masih lebih rendah berbanding 93 buah negara lain di dunia. Berdasarkan Indeks Kos Sara Hidup Expatistan pula, kos sara hidup di KL hampir sama dengan Jakarta, lebih rendah 4% daripada di Manila, 6% lebih rendah daripada Bangkok dan 56% lebih rendah daripada Singapura.

9. Fakta (6), sejak Najib menjadi Perdana Menteri, biarpun jumlah hutang negara meningkat kerana Hutang Negara diberikan takrifan baru oleh IMF, namun usaha untuk mengurangkan hutang telah dilaksanakan dengan lebih bersungguh-sungguh dan konsisten. Defisit perbelanjaan tahunan menurun sejak Najib mengambil alih pentadbiran, iaitu dari 6.7% pada tahun 2009, kepada 5.4% (2010), seterusnya 4.8% (2011), 4.5% (2012), 3.9% (2013), 3.5% (2014) dan dalam bajet 2015, 3.0%, tetapi dinaikkan sedikit kpd 3.2% akibat penurunan harga minyak dunia dan bencana banjir besar.

10. Fakta (7), peratus hutang terhadap GDP Malaysia ini masih rendah, iaitu 52.8% berbanding AS (102%), Jepun (230%), Italy (132%), Singapura (99%), UK (89.4%) dan Jerman (74%).

11. Fakta (8), kadar pengangguran di Malaysia adalah 3.1%. Kadar ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan Australia (6.3%), China (4.04%), UK (5.6%), Jerman (4.7%), AS (5.3%), Jepun (3.3%), Indonesia (5.8%), New Zealand (5.9%), Korea Selatan (3.7%), India (4.9%) dan Itali (12%).

12. Fakta (9), sehingga hari ini Tun M masih gagal membuktikan Najib menyalah gunakan berbilion duit rakyat. Mulanya Tun M mendakwa RM42 bilion hilang, kemudian mendakwa hanya RM27 bilion hilang. Apabila dibuktikan kesalahan pengiraan Tun M, Tun M mendakwa sebanyak AS$1 bilion pula hilang. Kemudian Tun M mendakwa AS$700 juta dilesapkan ke dalam akaun Jho Low. Hari ini Tun M mendakwa kononnya RM2.6 bilion dilesapkan dan masuk ke dalam akaun Najib. Walaupun SPRM telah menyatakan bahawa duit tersebut bukan daripada 1MDB dan terdapat empat (4) keping surat yang membuktikan bahawa duit itu disumbangkan oleh penderma, Tun M masih lagi berkeras menuduh Najib menyalah gunakan wang rakyat walaupun tanpa sebarang bukti.

13. Jika Tun M bercakap benar dan berdasarkan fakta, Tun M sudah tentu sedar bahawa menjatuhkan Najib TIDAK AKAN memulihkan ekonomi Malaysia SECARA DRASTIK. Najib dan 1MDB TIDAK ADA di negara-negara yang disebutkan tadi tetapi pertumbuhan ekonomi di negara-negara tersebut tetap merosot, nilai matawang dan indeks saham juga terus jatuh, kos sara hidup dan kadar GST lebih tinggi, hutang negara jauh lebih banyak dan kadar pengangguran juga jauh lebih tinggi. Menjatuhkan Najib untuk pemulihan ekonomi segera hanya AUTA dan PEMBOHONGAN Tun M semata-mata.

Monday, March 9, 2015

Gambar-gambar berikut menjadi saksi penyokong PR sudah hilang waras

Nampak sangat sudah terdesak tahap kronik.. Semenjak Anwar masuk penjara, penyokong-penyokong PKR seakan tidak mampu berfikir dengan waras sehingga menaikkan gambar Tun Mahatir sebagai pengganti untuk menjadi Ketua Pembangkang. Entah apa rasionalnya..

Dulu bukan main lagi kutuk sampai gelar 'mahafiraun'. Sekarang 'mahafiraun' juga yang mereka mahu sebagai pengganti Anwar.

Apa sudah jadi sebenarnya..? kenapa tidak pilih Tuan Guru Hadi Awang, Mat Sabu, Guan Eng, Kit Siang, Gobind Singh, Wan Azizah, Nurul Izzah atau Azmin sendiri sebagai Ketua Pembangkang?

Nampak sangat mereka nak melaga-lagakan Najib-Tun Mahathir. Ataupun ia petanda bahawa PR memang sudah tiada lagi pemimpin yang boleh dipercayai...?