Showing posts with label Keadilan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Keadilan Rakyat. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Bangang! Demo yang memalukan terpalit ke muka sendiri...

Tian Chua bersama NGO dilihat mengadakan protes dengan kain rentang bertulis 'DICTATOR NOT WELCOME' bagi membantah kedatangan Perdana Menteri Thailand ke Malaysia. Antara NGO yang disebutkan turut bersama dalam protes itu ialah Suara Anak Haram dan Parti Sosialis Malaysia.



Inilah gelagat paling bangang di dunia dan memalukan rakyat Malaysia. Sibuk nak campurtangan urusan politik negara orang, walhal pemimpin mereka sendiri itu adalah kepala dictator nombor satu di Malaysia. Mana pernah kita dengar dalam mana-mana negara berdemokrasi, seorang ketua parti pecat menteri besarnya kemudian paksa ahli dan kawan sepakatan lantik bini sendiri sebagai pengganti? Benda macam ini hanya berlaku di Malaysia saja...

Anwar merancang mengadakan kunjungan ke Bangkok untuk Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) pada 3 Disember 2014. Bagaimanapun atas sebab tertentu, difahamkan ia telah dibatalkan.

Nasihat kita kepada rakyat Thailand kalau mereka tahu, suruh mereka pula buat demo seperti ini kalau-kalau Anwar jadi pergi ke Bangkok. Tak perlu ramai orang, memadai sekadar 5-6 orang saja tapi syaratnya kena pang pung kuat-kuat dalam media sosial, kerana itu cara mereka nak malukan orang lain.

Sewaktu Obama datang ke Malaysia, puak ini juga yang buat kacau, kemudian PM Thailand. Bendera Jepun pun pernah dibakar oleh mereka.. kecoh!

Singapura yang terang-terang amalkan dictator dalam demokrasinya kenapa tak pernah diprotes?

NGO bantah lawatan PM 'haram' Thai

Monday, December 1, 2014

Mak Lampir nak saman kerajaan Negeri Sarawak? Dipersilakan...

Nak saman kerajaan Negeri Sarawak? Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Bulan lepas, Ambiga juga dihalang daripada memasuki Sarawak. Difahamkan dia juga nak bawa perkara ini ke mahkamah dan ambil tindakan undang-undang ke atas pemimpin negeri.

Percayalah, baik di pihak BN mahupun pembangkang tempatan Sarawak, keduanya tidak mahu orang luar datang ke negeri ini buat hal.

Jangan lupa Sabah dan Sarawak adalah negeri yang punya autonomi sendiri. Kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengawal kemasukan orang awam lebih-lebih lagi atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Padan dengan mukamu mak lampir...



Zuraida ambil tindakan atas Kerajaan Sarawak




Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Sarawak kerana menghalangnya masuk ke negeri itu tanpa sebab.

Ketika bercakap kepada The Rakyat Post, Ahli Parlimen Ampang itu turut mempersoalkan sekiranya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, yang dikenali sebagai seorang yang demokratik dan liberal, cuba mengulangi tindakan Gabenor Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

“Sebagai ahli politik dan ahli Parlimen, saya sepatutnya diberi kebebasan untuk pergi ke mana saja kecuali sekiranya saya ada kes jenayah,” kata Zuraida yang kecewa dengan halangan itu.

“Apa yang mereka takutkan?”

Katanya, ini adalah kali kedua dia dihalang masuk di mana kali pertama adalah ketika pilihan raya kecil pada Mac tahun ini.

“Tetapi, saya tidak menghadapi masalah ketika ke Kuching, sebulan selepas itu.”

Menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang membingungkan, Zuraida berkata kerajaan negeri sepatutnya membuat pengumuman senarai nama individu yang tidak dibenarkan masuk supaya mereka tidak terpaksa menghadapi kesusahan untuk menguruskan perjalanan kemudian diberitahu bahawa mereka dilarang masuk.

“Saya tidak dibenarkan masuk pada jam 9.30 pagi semalam apabila mereka memberitahu sistem komputer tergendala.
Biasanya saya akan menggunakan kad Ahli Parlimen untuk masuk.”

“Apabila saya meminta mereka memerika menggunakan komputer yang lain, saya diberitahu bahawa nama saya tidak tersenarai di dalam sistem,” kata Zuraida.

Dia kemudian diberitahu bahawa disebabkan oleh “arahan” dia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa sebab dinyatakan.
“Saya sepatutnya hadir dalam satu majlis politik dan terpaksa mengambil penerbangan pulang pada jam 8.30 malam.”

Peguamnya kini menyiasat kes berkenaan dan akan mengambil tindakan ke atas kerajaan negeri kerana melarang Zuraida masuk ke Sarawak secara tiba-tiba.

Sumber

Sunday, November 16, 2014

Gimik terbaru MB Selangor yang paling dahsyat !

Masuk longkang sudah, terjah lori sampah pun sudah, sekarang gali longkang? Dahsyat MB Selangor ini.. Tak pernah dibuat orang walau di mana-mana negara dalam dunia..

Nak buat gimik pun sampai begini jadinya...? Terbaiklah Azmin.. Asalkan besok gambar-gambar seperti ini tak kena backfire diri sendiri sudah la..  :D


Friday, November 7, 2014

Anwar imam maghrib.. lagi ramai menonton dari ikut solat..

Penyokong Anwar yang berkumpul dianggarkan sekitar 600 orang. Awalnya dilaporkan dalam blog pembangkang kehadiran mereka dikatakan mencecah lebih seribu orang.

Kemudian Anwar dilihat sedang mengimamkan solat Maghrib di bawah khemah berhampiran bangunan Mahkamah Persekutuan sejurus selepas keluar dari pekarangan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 7.11 malam tadi.



Nama saja lautan manusia di bawah khemah. tetapi lagi ramai yang menonton daripada mengikut solat. Saf tak sampai pun sepuluh orang...

Hari ini boleh masuk frontpage Suara Keldaian. Anwar imam solat maghrib, setanding mursyidul am PAS, Nik Aziz.

Dah namanya puak pakatan rakyat, apa-apa saja propaganda mesti ada solat depan khalayak.


Tuesday, November 4, 2014

Anwar Mohon Maaf Sebelum Kembali Ke 'Kajang' - rakyatnews



PUTRAJAYA 4 Nov - Perbicaraan rayuan ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ketepikan hukuman penjara lima tahun memasuki hari keenam pada Selasa dan keputusan juga dijangka dibuat oleh lima panel hakim pada hari ini.

Sekiranya didapati bersalah, Anwar mungkin menjalani hukuman di Penjara Kajang di atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Beliau yang menjangkakan keputusan tidak berpihak kepadanya memohon maaf diatas perjuangan reformasi bersama Pakatan Rakyat.

"Saudaraku, esok 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi. Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara,"

"Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita," katanya menerusi sebuah kenyataan.

Prosiding perbicaraan rayuan liwat II bersambung hari ini dengan pihak pendakwaraya diketuai Tan Sri Shafee Abdullah akan menghabiskan baki hujahnya kepada mahkamah.

 Sumber

Lakonan Pak Jabit Hantu Mak Limah setanding Anwar malah lebih berani



Memang hebat ucapan Pakcik Man Kadir a.k.a Pak Jabit. Cuma kali ini lebih hebat dari filem komedi Hantu Mak Limah.

Ada sesiapa nasihatkanlah pakcik ini, cukuplah kaitkan kes liwat Anwar dengan DS Najib dan isterinya kalau tak tahu pokok pangkal cerita. Tak pasal-pasal saja pakcik dapat dosa kering memfitnah..

Kata Pakcik Man,

 "Jika Anwar didapati bersalah, saya harap pengamal undang-undang, peguam-peguam, pendakwaraya, hakim-hakim sila koyakkan seluruh ijazah saudara semua..."

 "sebab negara ini sudah tidak ada undang-undang dalam sebuah negara demokrasi.. yang ada undang-undang rimba yang diminati daripada zaman Mahathir Mohamad sehinggalah kepada Najib Razak yang dibantu oleh Rosmah Mansur..."

 "Undang-undang mereka hanya untuk mengaut keuntungan, mencuri harta rakyat, menipu rakyat, rasuah.. inilah yang mereka lakukan dengan mengenepikan undang-undang demokrasi.."

Inilah fitrah PKR..

Baru tunjuk solidariti saja sudah jadi taksub, mereka lupa keadaan diri mereka sendiri. Jika pakcik sudah berani menuduh Najib dan Rosmah sebagai dalang dalam kes liwat Anwar, bermakna pakcik sudah bersaksi atas apa yang diucapkan itu. Termeterailah persaksian itu di hadapan dua malaikat pencatat amal.

Saiful sudah bersumpah atas nama Allah, dia telah diliwat. Jika ada sesiapa lebih yakin pada tertuduh mengatasi sumpah Saiful, itu terpulanglah...

Cuma kita rasa pelik, apa kaitan kes perbicaraan Anwar dengan rompak harta rakyat, menipu rakyat dan rasuah? Lebih pelik, jika Anwar didapati tidak bersalah, mahkamah dianggap adil. Jika sebaliknya mahkamah dianggap korup.. Jadi untuk apa ada perbicaraan?


Nak tahu bagaimana keadaan undang-undang rimba itu yang dimaksudkan pakcik Man Kadir tadi? Lihat gambar google di bawah, itulah undang-undang rimba...






Friday, October 31, 2014

Lagi gambar penyokong PKR pada hari ke-4 rayuan kes liwat Anwar

Gambar sekitar jam 9.00 pagi tadi. Lengang saja. Hanya dihadiri penyokong kira-kira 30 orang sahaja. Tidak ada laungan klip klap klip klap klip klap wanita muslimah PKR yang di ketuai MP Ampang. Mereka sudah letih berklip klap..

Sebelum ini banyak pertengkaran sesama sendiri di tempat perhimpunan seperti yang biasa kita lihat ketika pemilihan parti mereka. Salah menyalahi berlaku apabila masing-masing yang terlibat dalam program cuba mempertahankan diri daripada dipertikaikan. Akhirnya ada yang merajuk, hari ini kita nampak inilah yang terjadi.


Nampak sungguh tidak ada perancangan dan susun atur kerja yang baik. Semua kelam kabut.. Sedangkan hari seperti ini adalah hari penentuan hidup mati kerjaya politik penasihat PKR merangkap ketua umum Pakatan Rakyat. Bagaimana nak uruskan negara jika begini keadaannya?

Kata orang, ramai tak suka tindakan PKR selama ini kerana mereka terlalu angkuh.. pemecatan TSKI, penggantungan keahlian Chegu Bard, pembulian ke atas parti PAS, perlantikan kontroversi ketua AMK semuanya menjadi punca mengapa tidak ada penyokong yang mahu ambil peduli lagi..

Tema RAKYAT HAKIM NEGARA anjuran PKR nampaknya sangat-sangat tidak bertepatan dengan keadaan yang ditunjukkan rakyat terhadap parti itu.


- artikel berkaitan juga boleh dilayari di http://celahgelegar.blogspot.com/ 



Wednesday, October 29, 2014

Gambar 'RAKYAT HAKIM NEGARA' yang memalukan PKR dan Anwar Ibrahim

Dirakam pada hari perbicaraan Anwar Ibrahim..

Lebih ramai penyokong Mohd Saiful Bukhari datang bagi menyatakan solidariti kepada Saiful berhubung rayuan kes liwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Selain laungan mempertahankan Saiful, penyokong terbabit yang majoritinya adalah anak muda turut membawa sepanduk tertera tulisan "Justice for Saiful", "We are the people, we demand justice for the victim Saiful" serta "PKR, Anwar, don't threaten the court".

Slogan RAKYAT HAKIM NEGARA yang dicanangkan PKR kini mula menunjukkan apa yang rakyat mahukan.

Dijangkakan lebih ramai lagi yang akan turun padang menyokong Saiful, harapnya melebihi jumlah penyokong PKR yang kebanyakannya mungkin dipaksa datang untuk tunjuk solidariti kepada Anwar.

Persoalannya, adakah Anwar akan dimalukan oleh slogan 'rakyat hakim negara' ciptaan mereka sendiri?

Perbicaraan disambung besok



Kredit foto kepada: hambaliabdullah.blogspot.com, malaysiakini

Tuesday, October 28, 2014

Akhirnya laporan polis dibuat UM terhadap siswa dan penceroboh Pro-Anwar



Laporan polis telah dibuat hari ini berikutan pencerobohan dan perhimpunan haram yang dianjurkan individu tertentu tanpa kebenaran pihak pentadbiran Universiti Malaya. Siasatan dalaman juga turut dibuat untuk mengenalpasti dalang yang menyebabkan rusuhan di kampus tersebut.

Sekarang tentu siswa-siswi yang terlibat akan resah memikirkan nasib dan masa depan mereka jika ditangkap kelak. Yang paling merugikan, ada yang hilang fokus terhadap pembelajaran oleh masalah yang tidak sepatutnya mereka tempuhi..

Keseronokan dan populariti untuk satu malam bersama Anwar tidak berbaloi jika nak dibandingkan dengan penat lelah dan segala usaha serta wang ringgit yang telah dilaburkan bagi mendapatkan segulung ijazah di Universiti. 

Kerana politik untuk sokong Anwar, pengajian terbarai... akhirnya jadilah seperti Adam Adli yang terus terjebak ke dunia politik kemudian didakwa di bawah akta hasutan dan dijatuhkan hukuman penjara.


Perhimpunan Haram: UM Buat Siasatan Dalaman, Laporan Polis


KUALA LUMPUR: Universiti Malaysa (UM)  membuat siasatan dalaman terhadap pelajar Universiti Malaya yang terlibat dalam perhimpunan haram di UM pada Isnin malam.

Dalam masa sama juga, UM turut membuat laporan polis di Balai Polis Pantai pada Selasa berhubung perhimpunan haram itu.

Keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.

Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan.

MStar

Prosiding kes liwat Anwat Ibrahim dilanjut sehingga Khamis



Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang dijadual berlangsung hari ini dan esok (28 & 29 Oktober) akan berlanjutan ke hari ketiga.

Setelah bertanya kepada peguambela kes atau pihak perayu mengenai tempoh masa yang diperlukan dalam penbentangan hujah, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memberi indikasi bahawa sesi prosiding rayuan berkemungkinan dilanjutkan sehingga Khamis (30 Oktober).

Ini berikutan hujah oleh ketua pasukan pembelaan iaitu Datuk Gopal Sri Ram masih belum selesai sejak prosiding bermula jam 9.20 pagi tadi.

Walaupun sudah berhenti rehat dua kali termasuk makan tengah hari, Gopal Sri Ram yang berhujah tentang kredibiliti saksi utama iaitu Saiful, masih berbaki dua jam.

Sesi hujah beliau didengar lagi selepas sidang bersambung semula pada jam 2.30 petang.

Selepas Gopal Sri Ram, ada tiga lagi perayu dalam pasukan pembelaan akan membentangkan hujah masing-masing.

Mereka ialah N. Surendran yang bakal berhujah tentang kes pembelaan, Sangeet Kaur Deo yang akan berhujah mengenai prosiding Mahkamah Rayuan dan Ramkarpal Singh yang berhujah tentang keterangan pakar dan bukti perubatan.

sumber

Sekitar hari perbicaraan Anwar di Mahkamah pada 28 Oktober 2014

Lebih 100 orang penyokong Anwar dilihat berkumpul di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini, sejak jam 7 pagi tadi.

Sebahagian besar daripada mereka datang menaiki bas dan dipercayai tiba sejak malam dan awal pagi tadi. Sekumpulan penyokong sudah mula berarak ke Istana Kehakiman dengan membawa sepanduk dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Turut dilihat bersama kumpulan penyokong itu ialah A Samad Said.




Di bangunan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 8:50, Anwar tiba dan disambut oleh penyokong dengan teriakan “Reformasi”.

Beliau diiringi oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR. Anak perempuan Anwar, Nurul Izzah Anwar, yang juga Naib Presiden PKR juga kelihatan di ruang sidang.

Lima Panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria kini mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan terdiri daripada 14 peguam mewakili Anwar, diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sementara itu, difahamkan bahawa bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram akan menggantikan Sulaiman Abdullah sebagai peguam bela utama kerana dia (Sulaiman) tidak sihat dan tidak dapat hadir.

Difahamkan Gopal dilantik sebagai peguam utama pembelaan di saat-saat terakhir. Menurut Latheefa Koya, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri.

Senarai peguam-peguam yang mewakili Anwar 


Sekali lagi, perhimpunan besar-besaran rakyat menjelang perbicaraan Anwar pada hari ini tidak berjalan seperti dirancangkan. Sejak pagi tadi banyak dilaporkan kehadiran dalam beberapa ratus orang penyokong sahaja mungkin dijangka akan berkumpul di satu tempat.. 

Tiada kelibat penyokong PAS yang turun beramai-ramai seperti ketika perhimpunan BERSIH 2.0. Juga tiada kumpulan penyokong dan pemimpin DAP bersama mengikuti perbicaraan Anwar selaku Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Berita lain akan menyusul kemudian. Sementara itu, mari lihat gambar-gambar yang dipaparkan di bawah;

Lagi suasana dan telatah penyokong-penyokong PKR di bawah; Gambar dipetik daripada laman http://bm.therakyatpost.com/


Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin bersama penyokong Anwar Ibrahim menyarungkan sarung tangan dengan tulisan ‘Rakyat Hakim Negara’. Foto TRP R


Imam Hoslan Husin mengetuai bacaan doa dan diaminkan oleh penyokong yang mula memenuhi kawasan persekitaran Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Foto TRP


Kelihatan sebahagian daripada penyokong Anwar Ibrahim mula berkumpul di Mahkamah Persekutuan Putrajaya untuk menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu. Foto TRP



Antara yang menjadi Perbicaraan dalam kes liwat Anwar - Peguam minta mahkamah terima gambar Saiful hidang teh di kediaman Anwar.  

Pendengaran disambung semula dengan Gopal meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.

Katanya, Saiful bersetuju dia pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu.

Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim.

“Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima),” tambahnya.

Gopal mempersoalkan pelakuan Saiful yang tidak ke tandas selama dua hari dan dia dilihat berada di rumah Anwar pada hari berikutnya selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.

Beliau menyerahkan gambar Saiful yang dirakamkan di rumah Anwar.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Ariffin berkata gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti. 

Beliau meminta Gopal berhujah mengenai perkara itu, sama ada gambar tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti.


Foto-foto program Anwar di Stadium Mini Subang Jaya malam tadi yang kurang sambutan

Kekecohan yang berlaku di depan pintu pagar Universiti Malaya malam tadi dianggap 'selective event' mungkin dirancang untuk meraih publisiti untuk kali yang terakhir buat Anwar. Ia bertujuan untuk membina momentum sokongan penyokong yang akan membawa kepada demonstrasi Rakyat Hakim Negara anjuran AMK.

Menurut sumber sebahagian besar daripada yang menimbulkan huru-hara adalah penyokong PKR, orang dari luar kampus. Gerakan UM pro-Anwar hanya dipopularkan oleh beberapa individu yang mungkin diupah atau mempunyai kepentingan melalui isu yang dibangkitkan.

Di kawasan lain, pada malam yang sama juga telah dianjurkan program Rakyat Hakim Negara di Stadium Mini (MPSJ) di Subang Jaya, namun keadaan sebaliknya dilihat. Suasana agak suram tidak semeriah di Universiti Malaya yang dianggarkan telah menarik hampir 1000 orang.

Gambar dipetik daripada blogger CTS. Sumber




Lebih kurang sekitar 300 orang dilihat berkumpul pada malam yang dianggap sangat penting buat Anwar menjelang keputusan mahkamah ke atas kes liwatnya.

Sekalipun disertai beberapa pemimpin PKR yang lain, perhimpunan yang dibuat untuk Anwar selaku Ketua Pembangkang tidak disertai penyokong PAS dan juga DAP. Malah kelibat pemimpin utama mereka juga tidak kelihatan.

Jelaslah, slogan Rakyat Hakim Negara tidak lebih dari hanya untuk memperjuangkan nasib Anwar semata-mata. Mereka dilihat bersendirian dalam semua program yang telah dianjurkan..

Di bawah adalah sebahagian gambar dan luahan melalui artikel dari blog penyokong PKR yang mengakui kurangnya sambutan rakyat dan suasana mengecewakan dialami mereka. 

Dipetik daripada omakkau.blogspot.com,


LAGI PROGRAM PENERANGAN RAKYAT HAKIM NEGARA ANJURAN AMK PUSAT YANG KURANG MENDAPAT SAMBUTAN.






Amat jauh berbeza suasana di Universiti Malaya himpunan rempuh pagar anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dimana tidak kurang 1,500 para mahasiswa dan penyokong Parti KeADILan turun walaupun hujan renyai untuk mengikuti pidato Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program Penerangan Rakyat Hakim Negara tanda tunjuk solidariti kepada Anwar Ibrahim yang berdepan dengan kes rayuan Liwat II Mahkamah Persekutuan, yang berlangsung di Stadium Mini 3K MPSJ, Subang Jaya semalam, anjuran AMK Pusat amat mengecewakan sekali, kalau diambil kira angka yang hadir walaupun membariskan para penceramah terdiri dari pemimpin-pemimpin  peringkat tertinggi KeADILan.

Memberi mesej yang amat jelas betapa AMK kini dilihat gagal dalam memujuk dan menarik sokongan rakyat terutamanya anak-anak muda kepada PKR sedangkan anak-anak muda yang non partisan jumlah yang cukup ramai itu majoritinya menyokong perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat.

Apakah AMK masih enggan terima kenyataan dan kebenaran ini?????

KeADILan masih mengharapkan sosok tubuh Anwar Ibrahim dalam meraih sokongan rakyat ... laungan dan cerita kononnya jika Anwar masuk penjara akan timbul jutaan Anwar lawan kezaliman dan keadilan ternyata suatu retorik omong kosong yang tidak berpijak di alam nyata dan realiti jika suasana dan sambutan sebegini rupa berterusan.

Ternyata, AMK jika berdiri keseorangan dalam apa jua situasi dan keadaan untuk menghasut rakyat menyokong Pakatan Rakyat dalam bersolidariti menyokong Anwar Ibrahim hasilnya amat mengecewakan sekali.  Kekuatan AMK tidaklah sehebat mana jika di ambil kira dengan suara nyaring boleh runtuh siling tumbang dinding pada Kongres Nasional 2014 yang lalu.

Kena terima hakikat .. jika jumlah yang hadir di Istana Kehakiman Putrajaya perbicaraan kes rayuan Liwat II agak besar, itu bukan kerana daya usaha atau gerak kerja keras AMK, tetapi para NGO yang pro PR dan bersimpati dengan DSAI.

Monday, October 27, 2014

Gambar penyokong Anwar merempuh pintu pagar UM..

Entah apa nak jadi penuntut universiti sekarang.. Terlalu banyak tumpuan kepada aktiviti berpolitik sebelum tamat pengajian, akhirnya pelajaran terbarai.. 

Sekitar kejadian di depan pintu masuk ke UM sebentar tadi. 

Terdahulu, Universiti Malaya (UM) ditutup oleh pegawai keselamatan kampus itu sejam sebelum program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara" dijadualkan bermula. 

Ketiga-tiga pintu masuk universiti itu ditutup – dua dari arah Petaling Jaya, satu dari Kuala Lumpur – dan tidak satu pun kenderaan dibenarkan masuk. 

Terdapat kira-kira 50 orang berkumpul di pintu masuk utama UM di Jalan Universiti ketika ini. 

Terdahulu hari ini, Ketua Pembangkang mengatakan tetap akan datang ke universiti alma mater beliau dan menemui pelajar pada program itu walaupun pentadbiran universiti mengisytiharkannya tidak sah. 

Program anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu asalnya dijadualkan bermula jam 9 malam di Dataran Dewan Tunku Canselor dalam kawasan kampus. 

Presiden PMUM Fahmi Zainol yang baru tiba memberitahu media UM tidak mahu memberi persetujuannya kepada program itu walaupun selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tengahari ini. 


Sudah ada rupanya bakal pengganti Adam Adli.. masing-masing nak tunjuk kehebatan, popular dan mahu terkenal di kampus. Baka pencacai yang dimahukan PKR..












Lintas langsung dari lokasi program:

9.08 malam – Pelajar mula mengambil giliran bercakap, menghangatkan keadaan sementara menunggu ketibaan Anwar. "Ini universiti rakyat," kata seorang daripada mereka.

9.01 malam – Seseorang mula mengkritik UM kerana mengeluarkan arahan terdahulu hari ini supaya kakitangannya meninggalkan kampus jam 4 petang kerana 'masalah bekalan elektrik.' "Bagaimana UM boleh dakwa ia universiti nombor satu di Malaysia? Bagaimana ia kata ia ikut Perlembagaan Persekutuan jika ia tak benarkan Anwar masuk?"

8.57 malam – Orang ramai mula menyanyikan lagu pelajar, termasuk berterima kasih kepada UM. Bilangan yang hadir mencecah 600 hingga 700 termasuk pemerhati. Tiada pegawai polis kelihatan.

8.49 malam – Pensyarah undang-undang UM Prof Madya Dr Azmi Sharom kelihatan berada bersama orang ramai yang hadir.

8.48 malam – Pengurusan UM membuka pagar di tepi bagi membenarkan pelajar dari dalam keluar.

8.39 malam – Wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Fazril Saleh berkata: "Apa yang kami lakukan bukan satu kesalahan. Tolong benarkan pelajar masuk berkumpul."

8.37 malam – Dua kumpulan kelihatan di kawasan kampus – satu berhampiran pagar dan satu lagi tidak jauh dari situ apabila pengawal keselamatan meluaskan sempadan antara pagar dengan penghadang ke 200m dari pagar.

8.36 malam – Kekecohan di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur apabila pelajar cuba merempuh keluar.

8.32 malam – Orang ramai mencecah 500 di pintu masuk Kuala Lumpur, termasuk di dalam dan luar pagar. Pelajar mula melaungkan "Bangkit! Bangkit!"

8.30 malam – Johari cuba minta timbalan naib canselor membuka laluan tetapi nampaknya tidak berjaya. Aktivis pelajar Safwan Anang kelihatan berada di lokasi.

8.27 malam – Orang ramai mencecah 400 orang.

8.24 malam – Pelajar mula menjerit "Buka! Buka!" di hadapan pagar. Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul tiba. Beliau juga alumni UM.

8.22 malam – Sedikit kekecohan di hadapan pagar apabila pelajar dari dalam cuba keluar.

8.20 malam – Fahmi cuba berunding meminta mereka dibenarkan memasuki kampus. Timbalan naib canselor (pendidikan) juga hadir. Hujan makin lebat. Payung mula dibuka di sana sini.

8:15 malam – Pelajar dari asrama dalam UM dihalang keluar kampus. Mereka berkumpul di hadapan pagar yang dihalang pegawai keselamatan.

8:12 malam – Hujan mula lebat. Orang ramai mula mencari perlindungan. Kakitangan PKR masih cuba memasang sistem pembesar suara. Pikap PKR diparkir betul-betul di hadapan pagar utama UM di Kuala Lumpur.

8:04 malam – Pelajar dari UKM, UiTM dan UM antara yang hadir depan pagar utama. Khalilah Ismail, 22, berkata dia berada di situ bagi mendengar sendiri apa yang akan dikatakan Anwar, tidak hanya membaca mengenainya daripada sumber lain.

8:04 malam – Hujan rintik mula turun. Seorang lelaki kelihatan memasang sistem pembesar suara di atas trak pikap.

8:02 malam – Kira-kira 200 orang mula bergerak ke pintu pagar utama di Kuala Lumpur mengekori sebuah trak pikap PKR. Mereka berkumpul berhampiran trak itu, ingin tahu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalamnya.

7:57 malam – Lima pelajar dari HELP University mula sampai. "Ini negara kami dan kami mahu tahu apa yang berlaku." ~TMI