Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Tuesday, May 31, 2016

Selamat Hari Gawai dan Kaamatan daripada Datuk Seri Fadillah Haji Yusof




Assalamualaikum WBT,

Salam sejahtera dan Salam sehati sejiwa,

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua kepada masyarakat Dayak di Sarawak dan Kotobian Tadao Tagazo Do Kaamatan kepada masyarakat Kadazandusun di Sabah.

Rakyat Sabah dan Sarawak memang dikenali dengan keharmonian kita dalam hidup bermasyarakat. Inilah yang menjadi contoh kepada mereka yang lain betapa kita mampu hidup dengan aman damai, bertolak ansur dan saling hormat menghormati. Lebih-lebih lagi di musim perayaan ini dimana sanak saudara serta sahabat handai berkumpul dan berkunjung antara satu sama lain. Inilah yang harus kita banggakan dan kekalkan dalam jati diri kita kerana hanya dengan perpaduan kita dapat mengecapi kemajuan dan kemakmuran.

Kepada yang bakal memandu balik ke kampong halaman masing-masing, pandulah dengan selamat. Patuhilah peraturan dan arahan pihak berkuasa agar perjalanan kita semua selamat.

Sekali lagi bagi pihak keluarga serta seluruh warga Kementerian Kerja Raya Malaysia, Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak dan Pergerakan Pemuda BN Sarawak, saya ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua dan Kotobian Tadao Tagazo Do Kaamatan. Semoga tuaian pada tahun ini membawa bersamanya kemewahan serta kemakmuran kepada rakyat dan negara kita Malaysia.

Sekian,
Fadillah Haji Yusof
Menteri Kerja Raya Malaysia
Ahli Parlimen P194 Petra Jaya

Wednesday, March 25, 2015

Dewan Rakyat - Ucapan Dato' Fadillah Yusof berkaitan isu-isu yang dibangkitkan kepada JKR

Ucapan penggulungan oleh Ahli Parlimen Petra Jaya merangkap Menteri Kerja Raya. Dato' Hj Fadillah Yusof di dewan rakyat. 

Ada beberapa isu yang disentuh dalam ucapan beliau dengan penjelasan seperti dalam 'point-point' yang dipetik penulis di bawah. Antaranya ;
  • Isu Jalan Persekutuan.
  • Isu pengambilan tanah untuk projek membina jalan baru di Kg. Banggol Donas, Kuala Terengganu. (No.9 - 10)
  • Isu kesesakan dari Teluk Likas ke Indah Permai melalui Jalan Sulaman, Kota Kinabalu (No.12)
  • Status pelaksanaan projek Jalan Tuaran – Kudat (No.14)
  • Status projek membaiki keruntuhan cerun berhampiran Jalan Lapangan Terbang Tawau. (No.16)
  • Status projek jalan Pan Borneo (No.19 - 20)
  • Isu Projek KIDEX (No.21 - 25)
  • Isu jajaran lebuh raya DASH (No.26 - 28)
  • Isu kualiti jalan Lebuhraya Pantai Timur, Fasa 2 Negeri Terengganu / LPT2 (No.29 - 31)
  • Penjelasan Projek Kerajaan yang dikategorikan sakit atau terbengkalai (No.21 - 35)
  • Isu agihan kontrak-kontrak kecil Kerajaan (No.36 - 38)
  • Isu status pembinaan Rumah Kekal kepada mangsa banjir. (No.39 - 42)
  • Isu kos per katil hospital awam yang dilihat amat tinggi (No.43 - 45)

- Sarawakianmarks




UCAPAN PENGGULUNGAN Y.B. MENTERI KERJA RAYA PERBAHASAN KE ATAS USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA YANG DIPERTUAN AGONG DI DEWAN RAKYAT

24 MAC 2015

PENDAHULUAN


Tuan Yang Di-Pertua,

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan turut menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Segala cadangan, pandangan dan teguran mengenai isu-isu yang dibangkitkan itu amatlah dihargai dan akan diberikan perhatian oleh kementerian ini.

ISU JALAN PERSEKUTUAN

Tuan Yang Di-Pertua,

2.  Dalam sesi perbahasan yang lalu, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan pelaksanaan projek Jalan Persekutuan. Antaranya Ahli Yang Berhormat dari LABUAN yang merayu supaya Kerajaan mempertimbangkan semula dan memberi keutamaan terhadap cadangan projek membina dan menaik taraf jalan raya di Pulau Labuan dalam senarai projek RMKe-11 (2016 – 2020). Perkara ini sememangnya diambil maklum oleh kementerian ini.

3.  Sebagaimana Ahli Yang Berhormat telah sedia maklum penetapan untuk membina dan menaik taraf jalan-jalan utama di negara ini dibuat berasaskan kepada Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau HNDP.

Walaupun dokumen HNDP ini dianggap sebagai sumber rujukan utama bagi membangunkan sistem rangkaian jalan raya di negara kita, namun ia tidaklah sebegitu ‘rigid’, sebaliknya ia digunakan sebagai garis panduan untuk tujuan perancangan Kerajaan sahaja.

4.  Hakikatnya hanya lebih kurang 60% sahaja projek-projek jalan raya dalam RMKe-10 ini mengikut rekomendasi HNDP, manakala 40% lagi tiada dalam perancangan asal HNDP.

Dengan perkataan lain, di samping dokumen HNDP, kementerian ini turut mempertimbangkan permintaan projek-projek baru yang tidak tersenarai dalam HNDP dari Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan atau pemimpin-pemimpin setempat.

5.  Dalam konteks untuk Labuan, Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan kepada Agensi Pusat bagi melaksanakan 7 projek baru pada RMKe-11 ini.

Projek-projek tersebut ialah Menaik Taraf Jalan Pohon Batu ke Panchur Hitam (Fasa 2); Jalan Nagalang ke Tg. Taras; Jalan Kinabenuwa ke Rancha Rancha; Jalan Tg. Aru ke Nagalang; Jalan Sg. Bedaun ke Jalan Kinabenuwa; Jalan Mohd Salleh ke Pancur Hitam; dan membina jalan baru dari Taman Pearl ke Rancha Rancha.

Selain cadangan jalan persekutuan di bawah bidang kuasa kementerian ini, Yang Berhormat juga boleh menggunakan saluran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) untuk menambah baik perkhidmatan rangkaian jalan raya di pulau Labuan.

6.  Ahli Yang Berhormat dari JASIN pula meminta Kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan fasa kedua dan ketiga projek menaik taraf jalan Bemban – Jasin – Tangkak.

Kementerian ini mengambil maklum tentang kepentingan pelaksanaan projek ini berikutan fasa pertama dan fasa keempat projek berkenaan telah disiapkan pada tahun 2012 lalu. Sehubungan itu, cadangan fasa kedua dan ketiga projek ini akan dipohon untuk dilaksanakan dalam tempoh RM Ke-11.

7.  Ahli Yang Berhormat dari JERANTUT pula meminta kementerian ini mengambil tindakan yang lebih tegas berkaitan kelewatan pelaksanaan projek menaik taraf Jalan Benta – Jerantut – Maran.

8.  Untuk makluman Ahli yang Berhormat, pelaksanaan projek ini mengalami kelewatan berikutan terdapat 2 kontrak projek berkenaan terpaksa ditamatkan pada tahun 2009 dan 2010 lalu. Berikutan itu, kementerian ini telah mengemukakan permohonan kepada Agensi Pusat untuk melantik kontraktor yang baru.

Namun kelulusan peruntukan yang diterima daripada Agensi Pusat adalah terhad dan mencukupi untuk menggantikan 8 unit jambatan serta membaiki struktur jalan di lokasi tertentu sahaja. Projek ini telah diberikan keutamaan yang tinggi oleh pihak kementerian dan Kerajaan Negeri untuk kelulusan RMKe-11.


Tuan Yang Di-Pertua,

9.  Ahli Yang Berhormat dari KUALA NERUS pula membangkitkan isu pengambilan tanah untuk projek membina jalan baru di Kg. Banggol Donas, Kuala Terengganu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek membina jalan baru itu ialah sebahagian daripada skop Projek Membina Jalan dan Jambatan dari Jeram ke Kampung Tok Kong ke Bukit Guntung, Kuala Terengganu. Ia merupakan projek Kerajaan Negeri Terengganu yang diselia oleh JKR Negeri. Pada masa kini kemajuan keseluruhan projek tersebut telah 90% siap.

Namun ia telah tertangguh sejak bulan Oktober 2013 yang lalu berikutan injunksi mahkamah yang difailkan oleh beberapa orang penduduk yang membantah proses pengambilan lot tanah di Kg. Banggol Donas, Kuala Terengganu.

10.  Untuk makluman Ahli yang Berhormat, kementerian ini baru sahaja dimaklumkan oleh Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu bahawa Mahkamah Rayuan pada 11 Mac 2015 yang lalu telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Jun 2014, iaitu menolak dengan kos bantahan penduduk terlibat. Ini bermakna mengikut prosedur undang-undang, pelaksanaan projek untuk kepentingan awam itu akan dapat disambung semula dalam tempoh masa yang terdekat ini.

11.  Ahli Yang Berhormat dari SEPANGGAR pula membangkitkan cadangan pembinaan jejambat yang baru sebagai laluan ketiga di Jalan Tuaran – Inanam, Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pembinaan jejambat tersebut telah sedia termasuk dalam skop projek menaik taraf Jalan Lintas, Kota Kinabalu (Fasa 1) yang kini sedang dalam peringkat pembinaan.

12.  Mengenai isu kesesakan dari Teluk Likas ke Indah Permai melalui Jalan Sulaman, Kota Kinabalu – untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari SEPANGGAR – berdasarkan kepada Pelan Induk HNDP Fasa 2 untuk Sabah dan Sarawak, kementerian ini telah mengenal pasti 2 projek untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut iaitu seperti berikut:
i. Menaik taraf Jalan Sulaman / UMS, Kota Kinabalu termasuk membina 3 persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan King Fisher, persimpangan Jalan UMS dan persimpangan Jalan Sepanggar (Indah Permai); dan
ii. Menaik taraf Jalan Lintas, Kota Kinabalu Fasa 2, termasuk membina 3 persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan Pintas Penampang, persimpangan Jalan Lido dan persimpangan Lintas Plaza.

13.  Kedua-dua projek ini telah dipohon untuk kelulusan RMKe-11. Walau bagaimanapun pelaksanaan kedua-dua projek ini masih tertakluk kepada kelulusan RMKe-11 yang dijangka akan diketahui pada bulan Jun 2015 ini.


Tuan Yang Di-Pertua,

14.  Ahli Yang Berhormat dari KALABAKAN pula telah membangkitkan status pelaksanaan projek Jalan Tuaran – Kudat sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini.

15.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kajian Kemungkinan projek berkenaan telah disiapkan pada bulan Februari 2014. Skop projek ini melibatkan pembinaan jalan 4 lorong 2 hala sepanjang 100 kilometer dengan reka bentuk piawaian JKR R5.

Walau bagaimanapun projek ini akan dilaksanakan secara berfasa berikutan ia melibatkan kos yang tinggi, iaitu dianggarkan 1.75 bilion ringgit. Kementerian ini telah memohon kelulusan Agensi Pusat untuk melaksanakan reka bentuk terperinci dalam RMKe-11. Manakala pelaksanaan projek ini akan dimulakan setelah proses reka bentuk terperinci disiapkan kelak.

16.  Ahli Yang Berhormat dari KALABAKAN juga telah membangkitkan mengenai isu status projek membaiki keruntuhan cerun berhampiran Jalan Lapangan Terbang Tawau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja pembaikan cerun di KM245.4 Jalan Tawau – Sandakan itu telah dimulakan pada bulan Mei 2014 yang lalu.

Projek dengan harga kontrak 5 juta ringgit itu telah mencapai kemajuan hampir 80% dan ia dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Mei 2015 ini.


Tuan Yang Di-Pertua,

17.  Isu berhubung dengan inovasi penggunaan getah dalam teknologi pembinaan jalan di negara ini telah disentuh oleh Ahli Yang Berhormat dari SEKIJANG. Kementerian ini mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat itu. Sememangnya tidak dinafikan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini pernah menggunakan getah sebagai campuran dalam turapan aspal di negara ini.

Teknologi getah sebagai campuran aspal ini sebenarnya telah dilaksanakan JKR untuk jalan-jalan seperti berikut, iaitu Jalan Kuala Lumpur – Seremban (Batu 17 – 18), dan Jalan Kuala Lumpur – Bentong (Batu 141/4 - 141/2) pada tahun 1968; Jalan Pelabuhan Klang (1988); Jalan Rembau – Tampin (1993); Jalan Pekeliling KLIA (1995) dan Jalan Kuantan – Gambang (2003).

18.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sememangnya mengambil maklum mengenai teknologi mesra alam seperti penggunaan getah asli dalam industri pembinaan jalan. Sehubungan itu melalui kerjasama antara kementerian ini dan Lembaga Getah Malaysia (LGM), kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mewujudkan Memorandum Persefahaman (MOA) bagi mengkaji penggunaan getah dalam campuran aspal.

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti prestasi dan mengkaji keberkesanan penggunaan getah untuk turapan jalan. Diharapkan melalui kerjasama ini akan dapat membantu meningkatkan penggunaan getah asli atau ‘cup lump rubber’ dalam industri pembinaan jalan, sekali gus membantu untuk menstabilkan harga getah di pasaran.


ISU STATUS JALAN PAN BORNEO


Tuan Yang Di-Pertua,

19.  Ahli Yang Berhormat dari SIPITANG dan TUARAN telah membangkitkan mengenai status pelaksanaan projek Jalan Pan Borneo yang akan dilaksanakan secara penswastaan, khususnya di negeri di Sabah.

20.  Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, skop pelaksanaan dan butir-butir terperinci mengenai baki Jalan Pan Borneo yang belum dibina atau dinaikkan taraf akan dimuktamadkan setelah perjanjian konsesi ditandatangani antara syarikat konsesi dan Kerajaan.

Pada masa kini cadangan penswastaan Jalan Pan Borneo untuk negeri Sarawak sedang dalam peringkat akhir rundingan dan ia dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat ini. Manakala untuk negeri Sabah pula, ia masih sedang dalam peringkat rundingan awal dengan

Kerajaan Negeri dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Rundingan tersebut turut mengambil kira isu berkaitan penglibatan kontraktor tempatan dalam pelaksanaan projek berkenaan.



ISU BERKAITAN LEBUHRAYA


Tuan Yang Di-Pertua,

21.  Ahli Yang Berhormat dari PETALING JAYA SELATAN telah membangkitkan mengenai isu pembatalan pembangunan projek Lebuhraya Kinrara – Damansara (KIDEX) oleh Kerajaan Negeri Selangor dan meminta Kerajaan Pusat menghormati pendirian Kerajaan Negeri itu.

22.  Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perjanjian konsesi projek Lebuh Raya KIDEX telah ditandatangani antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi pada 15 November 2013.

Sebelum perjanjian ditandatangani, cadangan projek tersebut telah dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) dan ia telah menerima kelulusan bersyarat pada 23 Februari 2012.

23.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Pusat telah memastikan pihak syarikat konsesi mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan pihak Kerajaan Negeri. Ini termasuklah hasil laporan penilaian impak lalu lintas (TIA), penilaian impak alam sekitar (EIA) dan penilaian impak alam sosial (SIA) yang telah dikemukakan kepada pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 7 Julai 2014 dan 26 Januari 2015.

Di samping itu, kementerian ini menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi juga telah mengadakan sesi ‘engagement’ yang dibuat secara berterusan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan dan persatuan penduduk yang terlibat.

24.  Namun demikian permohonan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan dokumen perjanjian konsesi termasuk kadar tol tidak dapat dipenuhi. Ini kerana ia melibatkan aspek ‘confidentiality’ atau kerahsiaan di mana ini memerlukan persetujuan daripada kedua-dua pihak untuk mendedahkan perjanjian tersebut.

Di samping itu, cadangan pendedahan perjanjian tersebut memerlukan kelulusan bagi maksud pengklasifikasian daripada Jemaah Menteri, iaitu selaras dengan klausa yang terdapat perjanjian berkenaan.

Perjanjian KIDEX ini juga masih belum dikuatkuasakan (‘activate’) kerana syarikat konsesi belum memenuhi semua prasyarat atau ‘condition precedent’ yang telah ditetapkan.

25.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek KIDEX ini merupakan sebahagian daripada skim perancangan jangka panjang Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang, di samping pelaksanaan projek MRT yang sedang dan akan dibina.

Cadangan pelaksanaan projek KIDEX ini perlu dilihat secara holistik di mana ia bukan sahaja akan mengurangkan masalah kesesakan trafik, tetapi juga ia memberikan manfaat dan kesan limpahan sosioekonomi kepada Kerajaan Negeri dan juga negara secara keseluruhan.

Ia juga menepati dasar Kerajaan Pusat untuk mengimbangi perancangan dan pembangunan Greater Kuala Lumpur – Lembah Klang pada masa hadapan dengan mengambil kira pandangan majoriti rakyat.

26.  Ahli Yang Berhormat dari SUBANG pula telah mendesak supaya Kerajaan meminda jajaran projek Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH), khususnya di kawasan Damansara Perdana dan Mutiara Damansara.

27.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jajaran lebuh raya DASH telah beberapa kali dipinda dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Di samping itu beberapa siri penerangan mengenai projek ini juga telah diadakan dengan persatuan penduduk dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), termasuk memberikan maklumat berkaitan laporan penilaian impak projek.

28.  Hampir keseluruhan jajaran DASH ini disokong oleh majoriti pengguna, kecuali untuk jajaran di kawasan Damansara Perdana sahaja yang menerima bantahan. Sehubungan itu kementerian ini telah mengambil kira pandangan semua pihak yang terbabit (persatuan penduduk, NGO) – dan seterusnya kini sedang mempertimbangkan opsyen-opsyen jajaran yang terbaik dari segi aspek teknikal dan juga impak sosioekonomi di kawasan yang terlibat itu.


Tuan Yang Di-Pertua,

29.  Ahli Yang Berhormat dari KUALA NERUS pula membangkitkan isu kualiti permukaan jalan yang beralun dan tidak rata di Lebuhraya Pantai Timur, Fasa 2 Negeri Terengganu atau LPT2.

30.  Sebagaimana Ahli Yang Berhormat telah sedia maklum, LPT2 sepanjang 184 kilometer ini telah dibuka secara keseluruhan kepada pengguna pada 31 Januari 2015 lalu. Kualiti turapan di lebuh raya ini secara umumnya adalah baik dan ia mematuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan.

Walaupun begitu kementerian ini telah mengenal pasti beberapa lokasi yang agak beralun atau tidak rata, iaitu di KM276.5, KM280.6 dan KM413.0. Keadaan ini disebabkan jajaran lebuh raya itu dibina di kawasan tanah berpaya yang memerlukan masa untuk proses pemadatan tanah. Masalah jalan beralun itu bukanlah melibatkan kegagalan struktur asas jalan, tetapi ia merupakan satu kecacatan atau ‘defect’ sahaja.

31.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek LPT2 ini masih di bawah tanggungan kerosakan oleh pihak kontraktor yang terlibat. Sehubungan itu pihak kontraktor telah dan sedang mengambil tindakan untuk menurap semula lokasi yang terlibat. Keseluruhan kerja-kerja pembaikan tersebut dijangka akan disiapkan dalam tempoh masa terdekat.


ISU PROJEK SAKIT


Tuan Yang Di-Pertua,

32.  Ahli Yang Berhormat dari JERANTUT telah membangkitkan saranan supaya Kerajaan memantau dengan lebih teliti terhadap projek Kerajaan yang dikategorikan sakit atau terbengkalai.

33.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dalam tempoh RMKe-10 ini, JKR terlibat melaksanakan sebanyak 5,076 bilangan projek Kerajaan dengan nilai keseluruhan projek sebanyak 26.8 bilion ringgit.

Daripada jumlah tersebut ialah sebanyak 4,292 bilangan projek atau 84% telah disiapkan, 347 projek sedang dalam peringkat pembinaan dan 437 projek lagi masih dalam peringkat perancangan atau pra pembinaan. Manakala projek yang dikategorikan sebagai Projek Sakit pula berjumlah kurang daripada 1%, iaitu melibatkan 47 bilangan sahaja.

34.  Projek Sakit ini merujuk kepada projek yang melebihi tempoh 60 hari atau 20% lewat daripada jadual asal. Kebiasaannya JKR akan mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak bagi Projek Sakit ini setelah mengadakan proses perbincangan dan mengeluarkan surat amaran kepada pihak kontraktor.

Sehubungan itu, projek yang telah ditamatkan itu perlu melalui proses lantikan kontraktor yang baru di mana ia akan mengambil tempoh masa antara 6 bulan hingga 1 tahun sebelum kontraktor yang baru dapat dilantik dan memulakan semula baki kerja.

35.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat jawatankuasa pengurusan projek peringkat pra-pembinaan dan jawatankuasa pengurusan projek peringkat pembinaan yang ditubuhkan secara dalaman oleh Pengurusan Atasan JKR.

Jawatankuasa ini berperanan untuk memantau prestasi projek-projek yang sedang dalam peringkat pra-pembinaan dan peringkat pembinaan dan seterusnya membuat intervensi terhadap isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh projek berstatus lewat jadual supaya ia tidak termasuk dalam kategori Projek Sakit.


ISU AGIHAN KONTRAK-KONTRAK KECIL KERAJAAN


Tuan Yang Di-Pertua,

36.  Ahli Yang Berhormat dari SIPITANG telah membangkitkan mengenai dakwaan kontraktor kecil di Sabah yang tersisih daripada kerja kontrak pusat di negeri tersebut. Beliau memberi contoh kerja-kerja mekanikal dan elektrik (M&E) bagi projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, Sabah.

37.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembinaan IPD Sipitang ialah projek Kerajaan Pusat di mana tender untuk projek ini diuruskan oleh Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur. Oleh itu tender untuk kerja-kerja elektrik dibuat oleh Ibu Pejabat JKR secara kaedah ‘Nominated Sub Contractor’ (NSC).

Ia dibuat berasaskan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan bilangan 2 tahun 2013 (2/2013). Iklan tender tersebut telah disiarkan di akhbar-akhbar utama termasuk The Borneo Post, manakala dokumen tender boleh juga dibeli dan diperoleh di Pejabat JKR Kota Kinabalu.

38.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kontrak untuk kerja-kerja elektrik IPD Sipitang tersebut telah ditawarkan dan diawad kepada kontraktor tempatan yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah.

Manakala kontrak untuk kerja-kerja mekanikal pula – iaitu bagi Kerja Sistem Pencegah Kebakaran dan Sistem Penyaman Udara dan Pengudaraan – telah ditawarkan kepada kontraktor yang memberikan nilaian terbaik dan paling kompetitif, iaitu secara meritnya ialah kontraktor dari Semenanjung.


ISU RUMAH KEKAL MANGSA BANJIR


Tuan Yang Di-Pertua,

39.  Ahli Yang Berhormat dari KUBANG KERIAN, LIPIS, BALING dan SIPITANG telah membangkitkan mengenai isu status pembinaan Rumah Kekal kepada mangsa banjir.

40.  Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah menubuhkan sekretariat khas bagi mengurus selia pembinaan dan pembaikan rumah mangsa banjir. Sekretariat ini dibantu oleh dua jawatankuasa kecil, iaitu Jawatankuasa Rumah Kekal yang diterajui oleh Kementerian Kerja Raya dan Jawatankuasa Pembaikan Kerosakan Rumah yang diselaraskan bersama oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

41.  Sehubungan itu Kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara telah meluluskan peruntukan sebanyak 174 juta ringgit kepada kementerian ini untuk membina unit-unit rumah kekal dan 40 juta ringgit lagi kepada KKLW untuk pembaikan rumah yang mengalami kerosakan.

Untuk mempercepatkan pelaksanaan projek, Kerajaan telah membenarkan Kementerian Kerja Raya untuk membuat lantikan terus di kalangan kontraktor tempatan kelas G1, G2 dan G3 yang berwibawa dan berdaftar dengan CIDB dengan menggunakan Jadual Kadar Harga semasa JKR.

42. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sehingga 20 Mac 2015 sebanyak 2,185 unit rumah kekal telah dikenal pasti bagi maksud dibina baru, iaitu 1,918 unit di Kelantan, 224 unit di Pahang, 17 unit di Terengganu dan 26 unit lagi di Perak.

Daripada 2,185 unit itu, 1,497 unit atau 68% akan dibina menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat, 573 unit atau 26% di bawah peruntukan Kerajaan Negeri, dan 115 unit lagi atau 5% tidak memenuhi pra-syarat rumah kekal yang ditetapkan.

Pada masa kini 172 unit rumah kekal sedang dibina menerusi peruntukan Kerajaan Pusat manakala 1,070 unit lagi belum dimulakan kerana JKR perlu menunggu maklum balas daripada Kerajaan Negeri mengenai status tapak (tanah ragu status / tiada tanah) bagi mangsa banjir yang terlibat.


ISU KOS PEMBINAAN HOSPITAL AWAM


Tuan Yang Di-Pertua,

43.  Ahli Yang Berhormat dari PENGERANG telah membangkitkan isu kos per katil hospital awam yang dilihat amat tinggi, iaitu 1 juta ringgit per katil dan meminta Kerajaan untuk mengkaji cadangan mengurangkan kos berkenaan.

44.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JKR telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan bagi meneliti aspek-aspek yang membezakan kos pembangunan hospital awam dan hospital swasta di negara ini.

Berdasarkan kajian tersebut didapati kos per katil hospital awam lebih tinggi berbanding kos per katil hospital swasta disebabkan faktor-faktor berikut:
i. Perkhidmatan yang disediakan di hospital awam adalah lebih komprehensif selaras dengan keperluan penduduk setempat dan juga untuk menangani wabak penyakit seperti denggi di mana ia memerlukan ruang yang lebih besar;
ii. Hospital awam menyediakan semua jenis perkhidmatan untuk memudahkan pesakit mendapatkan rawatan. Sebaliknya hospital swasta tidak menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu di mana ia diperoleh secara sumber luaran atau ‘outsourcing’;
iii. Piawaian sistem kejuruteraan dan peralatan perubatan yang dipasang di hospital awam mempunyai tahap kualiti, keselamatan dan daya tahan yang tinggi bagi menampung bilangan pesakit yang ramai; dan
iv. Hospital awam turut menyediakan kemudahan latihan bagi tujuan pembangunan kerjaya untuk setiap lapisan anggota perkhidmatan.

45.  Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan daripada masa ke semasa sentiasa memperhalusi kaedah untuk mengurangkan kos pembinaan hospital awam, iaitu melalui kajian semula konsep reka bentuk yang lebih ringkas dan optimum tanpa menjejaskan standard keperluan dan ‘funcionality’ hospital.


HAL-HAL LAIN


Isu Pengasingan Pentadbiran JKR Daerah Sik dan Kuala Muda


Tuan Yang di-Pertua,

46.  Akhir sekali, Ahli Yang Berhormat daripada SIK sekali lagi telah membangkitkan mengenai cadangan pemisahan pentadbiran JKR Daerah Sik/Kuala Muda, Kedah.

47.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah telah mengemukakan kertas cadangan penstrukturan semula Jabatan Kerja Raya (JKR)

Negeri Kedah kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada bulan Ogos 2014. Cadangan penstrukturan semula tersebut termasuklah permohonan untuk mengasingkan entiti pentadbiran antara JKR Daerah Kuala Muda dan Daerah Sik.

Perkara ini sedang dalam peringkat pertimbangan pihak JPA. Oleh itu, kementerian ini menerusi Ibu Pejabat JKR bersedia untuk mengisi perjawatan pegawai dan kakitangan yang terlibat jika permohonan oleh Kerajaan Negeri tersebut diluluskan JPA.


PENUTUP


Tuan Yang di-Pertua,

48.  Setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya.

Kementerian ini akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Mana-mana pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diambil perhatian untuk tindakan susulan.

Sekian, terima kasih.




Monday, December 1, 2014

Kristian dipaksa bersembahyang di bawah pokok, kata Daily Express



Mohon pihak berkuasa menyiasat dakwaan penganut Kristian yang dipaksa bersembahyang di bawah pokok seperti yang dilaporkan di dalam akhbar di atas. Menurut laporan Daily Express, perkara tersebut telah dirujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Yap menyifatkan dakwaan tersebut sebagai serius dan memberitahu pegawai kolej tersebut diarah menjalankan siasatan.

Jika berita tersebut tepat seperti dilaporkan Daily Express, pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab. Namun, merujuk gambar yang dipampangkan di dada akhbar tersebut, beberapa perkara yang kurang jelas harus dipastikan terlebih dahulu.

Kebiasaannya Misa Kudus mengikut resam dalam doktrin Katolik di gereja memerlukan beberapa elemen antaranya penggunaan Altar, ruang berlutut, communion service, candles dan sebagainya. Begitu juga pembacaan Bible dan penyampaian khutbah dalam sembahyang.

Sembahyangnya perlu diimami oleh paderi atau pastor yang ditauliahkan oleh pihak gereja.

Adapun kadang-kala Misa kudus juga dibuat di tempat persendirian atau kediaman bergantung kepada keadaan mengikut majlis yang diadakan. Bagaimanapun ia dilakukan secara tertib dan tidak dibuat sembarangan apa lagi ditinggalkan setengah jalan.

Akhbar tersebut ia tidak menjelaskan secara terperinci tentang sembahyang yang dilaporkan itu. Juga tidak meletakkan kenyataan daripada ketua sembahyang atau pelajar yang terlibat sebagai sokongan dalam laporannya.

Artikelnya pula diselitkan insiden lain yang tiada kaitan dan kontroversi agama dengan hanya bersandarkan laporan dan aduan-aduan yang tidak dipastikan kebenarannya. Tetapi sudah dipampang di muka hadapan Daily Express...




Ini bukan perkara kecil. Hal ini boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat. Pihak akhbar juga harus bertanggungjawab terhadap laporan mereka sebelum menyebarkannya.

Semoga pihak terlibat tidak terburu-buru menyalahkan komuniti Islam berikutan insiden ini. Tunggulah hasil siasatan, jika benar, kita harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap pegawai tersebut. Islam tidak pernah mengajar umatnya menganiaya umat lain, apa lagi nak memaksa sesiapa memeluk agamanya.




Kementerian siasat pelajar Kristian Sabah dipaksa beribadat di luar bangunan 

Kementerian Pelajaran mengarahkan Kolej Matrikulasi Labuan menyiasat dakwaan sekumpulan pelajar Kristian dipaksa menjalankan upacara ibadat mereka di bawah sebatang pokok di luar bangunan sekiranya mahu mengambil bahagian dalam program Parlimen Pelajar kolej itu.

Dalam laporan di lamannya hari ini, akhbar Daily Express yang berpengkalan di Sabah berkata dakwaan tersebut termasuk memaksa pelajar tersebut memakai tudung dan songkok.

Akhbar itu melaporkan pelajar juga dinafikan tempat di dalam bangunan, sebaliknya disuruh berkumpul di bawah pokok.

Turut dilaporkan adalah aduan pelajar dipaksa bertudung dan bersongkok sekiranya mahu turut sama di dalam Parlimen Pelajar, dan rasa tidak puas hati ibu bapa mereka.

"Pelajar tersebut dipaksa melakukan upacara ibadat mereka di bawah matahari atau pokok di halaman. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan mengganggu mereka dengan menyuruh mereka supaya cepat, memaksa mereka menamatkan upacara separuh jalan. Baca lagi

Sumber TMI


Sunday, November 16, 2014

Sebab kenapa Bible diserahkan MAIS dan Kerajaan Selangor kepada Kristian

Mohon jasa baik rakan-rakan supaya agar tidak mempolitikkan isu bible yang diserahkan oleh DYMM Sultan Selangor kepada wakil Persatuan Gereja-gereja Sarawak, Ketua Biskop Datuk Bolly Lapok.

Terdapat salah faham mengenai penahanan Bible ini, malangnya penahanannya telah diburukkan oleh para pembangkang yang menggunakannya sebagai satu isu untuk membangkitkan kemarahan penganut-penganut Kristian demi kepentingan politik dan agenda mereka.

Kelmarin, majlis penyerahan kitab Bible tersebut dibuat di Istana Alam Shah telah disaksikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Menteri Besarnya, Mohamed Azmin.

Antara yang turut hadir ialah Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan beberapa pemimpin gereja daripada Selangor, Sabah dan Sarawak.


Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh pihak MAIS selaku penasihat Sultan Selangor mengenai penyerahan Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' kepada wakil-wakil yang hadir dalam majlis tersebut.







Saturday, November 15, 2014

Ambiga diharamkan masuk ke Sabah dan Sarawak



Hanya sehari selepas menerima anugerah antarabangsa di Hong Kong, peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan diharamkan daripada memasuki Sabah menjelang lawatan yang beliau rancang ke negeri di timur Malaysia itu.

Satu surat memaklumkan bekas Presiden Majlis Peguam itu mengenai larangan tersebut menyambut beliau setibanya di Malaysia semalam, selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group ke-4 di Hong Kong pada Khamis.

Surat daripada Jabatan Imigresen Sabah itu ialah respons kepada surat Ambiga sendiri kepada mereka pada Selasa, memaklumkan mengenai hasratnya melawat Sabah pada 25 November bagi program bersama gerakan rakyat baru, Negara-Ku.

“Saya menulis surat kepada mereka kerana tidak mahu terbang jauh ke sana hanya untuk diberitahu saya tidak dibenarkan masuk. Ia hanya satu formaliti, bagi memastikan tiada sekatan.

"Tetapi kemudian, mereka menulis balik dan mengatakan mereka menolak permohonan saya – walaupun saya sebenarnya bukan memohon kebenaran memasuki Sabah," kata penaung Negara-Ku itu kepada The Malaysian Insider.

Lawatan ke Sabah itu sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara Negara-Ku bagi "memulih semula Malaysia" dan mengembalikan rasional, perbincangan terbuka dan sivil, kesederhanaan dan keharmonian kepada negara ini.

Ia bermula pada Rabu malam di Melaka dan akan meliputi 6 negeri lain: Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur.

Disokong lebih 60 kumpulan masyarakat sivil, penaung gerakan itu ialah Ambiga, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Simon Sipaun.

Ambiga dan Samad dahulunya pengerusi bersama kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0.

Dalam surat beliau kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Noor Alam Khan A Wahid Khan bertarikh 11 November, Ambiga menulis: "Menjadi hasrat saya pergi ke Sabah pada 25 November, 2014 (Selasa) bagi menyampaikan ucapan pada satu forum mengenai perpaduan negara bersama Simon dan Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan.

"Di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63, saya berhak memasuki Sabah kerana lawatan saya semata-mata bagi melibatkan diri dalam aktiviti komuniti yang sah dan non-partisan.

"Memandangkan saya ingin memuktamadkan rancangan saya, saya menghargai pengesahan segera anda yang tidak ada sekatan bagi saya memasuki Sabah pada hari itu."

Namun Alam menulis di dalam suratnya kepada Ambiga semalam yang "permohonan" beliau dipanjangkan kepada pihak berkuasa negeri, dan "amat dikesali yang permohonan memasuki Sabah itu ditolak."

Alam tidak memberi sebarang sebab mengenakan sekatan itu.

Ambiga berkata ini kali pertama beliau tidak dibenarkan masuk ke Sabah, sambil menambah kali terakhir beliau datang ke negeri itu ialah sebelum pilihan raya umum tahun lalu dan beliau tidak menghadapi sebarang masalah.

"Saya tidak akan merayu (kepada jabatan). Saya hanya akan bawa kes ini terus ke mahkamah. Saya pasti akan lawan. Ini negara saya, saya ada hak," tegasnya.

"Saya tahu negeri ada kuasa tertentu (menghalang orang masuk), tetapi pada pandangan saya, mereka tiada sebab menghalang saya. Mereka tidak boleh sesuka hati halang sesiapa tanpa alasan yang bagus."

Dengan larangan baru ini, pergerakan Ambiga di negaranya sendiri kini terhad kepada negeri di Semenanjung; pada 2011, pengarah Imigresen Sarawak menghalang beliau memasuki Sarawak dan usahanya mencabar notis itu ditolak Mahkamah Persekutuan pada 2012.

Beliau berkata tidak tahu jika pengharaman terhadapnya di Sarawak sudah ditarik balik atau tidak, kerana dia tidak pernah cuba memasuki negeri ini.

Ditanya mengenai anugerah yang dimenanginya pada Khamis, Ambiga tidak mahu membesar-besarkannya dan berkata, ia hanya "satu majlis yang kecil dan peribadi."

Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group 2014 disasarkan bagi meraikan pencapaian wanita di dalam bidang guaman di rantau ini.

Legal Media Group ialah sebahagian Euromoney Institutional Investor PLC yang berpengkalan di London, salah satu kumpulan media perniagaan antarabangsa yang tertumpu kepada sektor kewangan antarabangsa.

Majlis pada Khamis diadakan di Hotel JW Marriott di Hong Kong, dan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Ambiga turut membuat ucapan kepada tetamu yang hadir. – 15 November, 2014. - The Malaysian Insider


Komen penulis ;

- Ambiga boleh lawan dengan apa sahaja medium untuk masuk ke Sabah. Nak masuk rumah orang kena dipersetujui tuan rumah dahulu baru boleh masuk, Bukan ikut kehendak hati main rempuh macam kempen BERSIH dulu.

Jangan lupa Sabah dan Sarawak adalah negeri yang punya autonomi sendiri. Kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengawal kemasukan orang awam lebih-lebih lagi atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Sedikit maklumat untuk dikongsikan di bawah;

Perjanjian Perkara 18 & 20 Sabah dan Sarawak;
Perkara 6: Imigresen 
Kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo (Sarawak & Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk veto kemasukan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak & Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak & Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakan orang lain daripada orang awam Kerajaan Persekutuan dari bahagian-bahagian lain Malaysia Borneo (Sarawak & Sabah).

Turut diharamkan ke Sabah ialah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Tahun lepas, Ambiga mencabar keputusan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di mahkamah atas sebab sama apabila dihalang daripada memasuki Sarawak. Beliau bagaimanapun gagal dalam tuntutannya dan tidak lagi mempunyai peluang untuk ke Sarawak.

Jika Sabah menggunakan alasan yang sama sepertimana Sarawak, maka apa jenis tuntutan pun yang Ambiga buat, pasti tidak akan dapat mengubah keputusan pengharamannya ke negeri itu. Andaikata keputusan kerajaan negeri itu boleh dicabar, sudah tentulah Anwar dan Kit Siang awal-awal lagi sudah menjejakkan kaki ke negeri Sabah dahulu.

Ramai aktivis politik dihalang daripada memasuki Sabah dan Sarawak, Gobalakhrisnan contohnya pernah cuba memasuki Sarawak sekalipun dengan alasan untuk berkempen bagi pihak BN, tetapi beliau tetap diharamkan. begitu juga presiden PERKASA, pemimpin PKR seperti Rafizi, Tian Chua, Saifudin Nasution dan yang lain-lain.

Pendekkata, Sabah dan Sarawak tiada ruang untuk mereka yang mempunyai kontroversi untuk bebas berkeliaran dan mengganggu perpaduan rakyat di negeri ini.

Tuesday, November 11, 2014

Rakaman kejadian Fahmi Zainol disekolahkan oleh mahasiswa-mahasiswa UMS

Nasihat yang sangat berguna....

"UM (Universiti Malaya) kau boleh buat itu macam la, ini Sabah pun kau mau buat itu macam? Saya bagi bet sama kau! kau buat, kau try!"

"kau datang sini mau menghasut mau bikin apa?"

"kasi habis la belajar kau dulu, ini bukan semenanjung kau mau bikin macam-macam... ini orang Sabah! Sial bah kau ni!!"

"Kami orang Sabah! Perpaduan kami tinggi!"



Kumpulan Fahmi Zainol hari ini mendapat pengajaran yang paling bermakna dalam hidup mereka. Mungkin selama ini mereka tidak pernah mendapat respon sebegini keras di sebalik niat mereka untuk mula berjinak-jinak dalam dunia politik.

Tidak seperti di Semenanjung, rakyatnya terbuka dengan cara berkempen sebegini.. Di Sabah dan Sarawak yang mempunyai sentimen kenegerian yang cukup kuat, perkara remeh bagi memecah-belahkan perpaduan seperti ini terutama oleh orang luar (bukan warga Sabah) benar-benar membuatkan mereka rasa meluat dan marah.

Sudah terbukti melalui kempen oleh mereka yang lebih berpengalaman dalam sepak-terajang politik daripada Pakatan Rakyat, mereka telah gagal dan kecundang di negeri itu. Sabah tidak boleh dipecah-belahkan melalui cara begini, bukan hanya di Pasar Tamunya ataupun di Kampus mereka, bahkan di mana-mana sekalipun di negeri itu..

Akhirnya, kumpulan Fahmi Zainol mendapat malu... Satu Malaysia tahu kegagalan yang mereka alami. Bukan itu saja, mereka juga telah menghabiskan wang, masa dan tenaga.. lebih-lebih lagi memperjudikan masa depan mereka sendiri hanya untuk sesuatu yang sia-sia.

Apakah PKR akan memandang pada mereka? Lihatlah mahasiswa pro-Anwar terdahulu seperti Safwan Anang, Adam Adli.. di manakah tempat mereka sekarang?

Belum cukupkah itu semua menjadi pengajaran kepada para pelajar taksub yang masih ber'standard' mahasiswa untuk bermain politik?


Monday, November 10, 2014

Mahasewel Fahmi Zainol hampir-hampir dibelasah sekumpulan pelajar UMS malam tadi

MALANG LAGI BUAT FAHMI ZAINOL, TIDAK HANYA DIHALAU PELAJAR UMS, HAMPIR DIBELASAH, BAHKAN DISAMAN KERANA KESALAHAN JALANRAYA!
- buletinsengal.blogspot.com



Penjilat Anwar Ibrahim dari UM yang bakal menjadi seorang lagi anak Melayu-Bumiputera keciciran dan gagal dalam akademik kerana terpedaya dengan kehidupan politik yang tidak sepatutnya dia campuri secara serius, mengalami malang yang berturut-turut.

Entah majal apa yang melanda dirinya, dia sentiasa ditimpa malang di mana-mana. Tujuannya mencari populariti atas nama perjuangan kononnya, sebagaimana mimpi kaum pelajar yang berasakan mereka bertanggungjawab membetulkan kepincangan masyarakat dan golongan pemerintah. Malangnya, dia tidak menimbulkan kekaguman. Cerita-cerita dongeng yang didengarnya tentang Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais yang pernah menjadi pemimpin pelajar yang cukup terkenal pada pertengahan 70-an, gagal diseimbangkan dengan perkembangan masakini yang memberikan akses maklumat yang lebih banyak berbanding 1970-an di mana Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais boleh mereka-reka pelbagai cerita bohong untuk menimbulkan minat dan sokongan kepada mereka.




Sebelah siang, sebaik-baik sahaja dia tiba di Kota Kinabalu, Fahmi dan rakan-rakannya cuba menimbulkan kekecohan dengan membuat ceramah atau flashmob di Pasar Tamu, tetapi Fahmi dan rakan-rakannya dari PRO M kemudiannya ditahan oleh pihak polis hasil laporan orang ramai. Mereka telah dibawa ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk proses dokumentasi dan saringan air kencing.

Kemudian mereka dibebaskan. Rancangan untuk menceroboh UMS diteruskan kerana Fahmi Zainol beranggapan, para pelajar UMS sudah tidak sabar-sabar ingin bertemu dengannya. Namun sekali lagi Fahmi Zainol kecewa kerana kedatangannya telah pun diketahui dan pembocoran tersebut dibuat oleh para pelajar UMS dan para pelajar UMS itu mempunyai rancangan mereka sendiri iaitu MENGHALAU dan MEMALUKAN FAHMI ZAINOL serta rakan-rakannya.

Dengan dibantu oleh para pengawal UMS, para pelajar UMS itu telah menahan dan menyekat Fahmi Zainol dan kawan-kawannya daripada memasuki pekarangan UMS. Berlaku pertikaman lidah dan Fahmi Zainol serta rakan-rakannya enggan keluar dengan memberi alasan, mereka telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada para pelajar UMS. Mujurlah para pengawal keselamatan itu ada, kalau tidak, Fahmi Zainol dah pecah muka dan bincut (benjol) kepala kalau tidak pun patah tulang dibelasah para pelajar UMS yang berang dengan sikap biadapnya.


Tontonilah video saat-saat memalukan Fahmi Zainol dan konco-konconya dihalau dari UMS kerana menceroboh! video blog

Para pengawal keselamatan UMS tidak ada pilihan lain kecuali menghubungi pihak polis dan meminta agar Fahmi Zainol dan rakan-rakannya dihalang daripada membuat kekacauan di UMS.




Jam 10:30 malam, kesemua mereka telah dibawa ke balai polis dan sekali lagi proses tersebut hanya berlangsung selama 10 minit. Jam 11:40 malam, Fahmi Zainol dan rakan-rakannya dibebaskan.

Mereka kemudiannya dijemput oleh para penyokong mereka yang van jenis PERODUA RUSA berwarna putih dengan nombor pendaftarannya adalah WKF 6154. Di dalam van itu sendiri, terdapat 10 orang penyokong Fahmi. Fahmi dan kawan-kawannya menaiki van tersebut menuju Hotel Hayat.


Namun dalam perjalanan, van yang ditumpangi itu telah ditahan oleh sebuah kereta peronda polis. Pemandu van tersebut telah disaman kerana membawa lebih muatan.

Tak fasal-fasal... dari satu masalah ke satu masalah yang ditimbulkan oleh Fahmi Zainol. Ternyata Sabah yang disangkakannya lebih mudah, sebenarnya jauh lebih susah. Barangkali semasa dia belajar di Universiti Malaya, para pensyarahnya telah tersalah ajar sehingga terlupa untuk memberitahu yang Sabah adalah negeri berautonomi yang undang-undangnya dan penguatkuasaannya berbeza berbanding Semenanjung.

Fahmi Zainol mahasewel UM kena kutuk warga Sabah


Sumber: http://mymassa.blogspot.com/

Kolej Kediaman E Selama Ini Aman Damai, Fahmi Datang Sabah Bikin Kacau- Bilau Saja Kehidupan Kami


Fahmi kamu ingat kamu tarbang datang sini Sabah kami sukakah? Phuiiii muka kau, hidung tak mancung muka tersorong-sorong. Kamu ingat kami orang Sabah bodoh-bodohkah mau dikasi bodoh sama orang macam kamu?

Kamu Fahmi sudahlah tak habis belajar, kamu mahu menghasut lagi kami pelajar-pelajar Sabah untuk mengikut cara kamu? Apa kamu pikir kamu siapa? Kamu ingat kamu hebatkah? Kamu pikir kamu boleh kasi maju ini negeri Sabah kah dengan tabiat kamu macam setan!

Kami di Sabah sudah lama hidup harmoni, kami di Sabah bukan suka bergaduh-gaduh macam cara kamu hasut kami. Sama ada kami PBS kah, UMNO kah, DAP kah, PAS kah, PKR kah bukan kami peduli semua itu. Jadi yang kamu datang ke UMS buat kacau apa pasal? Kami mahu belajar, kami mahu kampus kami tenang-tenang, bukan bikin ribut. Bullshit!

Orang Malaya macam kamu inilah bikin kami benci kamu tahukah? Kamu jangan datang bawa budaya samseng kamu sini, sadar sikit kamu sekolah pun tak habis mahu ajar kami sini.

Tambirang saja kau cakap pelajar UMS panggil kau berceramah sini, phuiiii muka kau. Siapa mahu dangar kau berucap sini, adalah 10 orang yang boleh kau kasi bodoh-bodoh.

Nasehat kami kepada kamu Fahmi, kalau sekolah pun kau tidak habis kau jangan tembirang mahu ceramah sini Sabah. Jangan karana kau baru satu hari sampai Sabah terus mahu jadi hero.

Kami di Sabah tidak suka orang macam kau datang sini buat kacau. Kalau kau mahu makan ambuyat kasi tahu, boleh sumbat di mulut kau. Kami di Sabah tidak suka orang macam kau datang negeri kami buat kacau, bikin semak fikiran saja. Kami ada banyak orang Malaya baik-baik di sini, tapi macam kau ini karana satu titik kamu kasi conteng muka di muka kawan-kawan kamu dari sana.

Jadi besok-besok kalau kamu sudah dihalau balik sana Semenanjung, jangan kamu datang Sabah lagi ya, nanti dimakan kau sama orang Utan di Sepilok. Sama perangai kau jua, suka menjerit-jerit macam orang gila.

From,
Simon and Semon,
Kota Kinabalu, Sabah

---------------------------------
*Surat dari kotak emel.

Sunday, November 9, 2014

JELAJAH HASUT MAHASEWEL BERAKHIR DI IPD KOTA KINABALU!

Sumber: buletinsengal.blogspot.com


Fahmi Zainol, Presiden PMUM yang semalam meminta agar UM menunda sebarang tindakan tatatertib ke atasnya, dengan bangganya membuat posting menerusi Twitter yang dia dalam perjalanan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melakukan hasutan bagi membangkitkan pemberontakan kaum pelajar.

Usahanya telah digagalkan di Universiti Malaya apabila tidak ramai pelajar yang mahu bersama-samanya menyambut dan meraikan Anwar Ibrahim. Dia juga gagal di Universiti Islam Antarabangsa. Dan kini, dia gagal pula di Universiti Malaysia Sabah.

Hasratnya untuk menceroboh UMS telah gagal dari awal lagi. Dan akhirnya, dia dan sekutu-sekutunya dari UMS melakukan flashmob di Pasar Tamu Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Bersama-samanya adalah Mohd Fathihie, Pengerusi GIM UiTM Sabah, Muhammad Ashraf Cik Ani Pengerusi Pro M UMS Kota Kinabalu, Adam Festival Pro Mahasiswa UM, Jamhuri Muhammad Pengerusi Pro M UMSKAL dan Ainulufti Azman Pengerusi GAMIS Sabah.



Flashmob tersebut diadakan antara jam 11:15 pagi sehingga 11:50 pagi di tengah-tengah bulatan air pancut Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Speaker Conner yang diadakan oleh para pemimpin Pro M itu sebenarnya bertujuan untuk membantah campurtangan politik semasa pilihanraya kampus UMS yang lalu. Dakwa mereka, wujud campurtangan daripada UMNO yang menyalurkan RM10,000 kepada kumpulan pelajar yang menentang Pro M. Mereka mempertikaikan campurtangan UMNO tetapi membela campurtangan Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang amat mereka sokong.

Sambutan bagaimanapun kurang menggalakkan kerana orang ramai sebenarnya tidak tahu isu apa yang dibawa oleh budak-budak mentah itu. Bahkan beberapa orang di kalangan orang ramai menjerit dan menyuruh budak-budak mentah itu balik belajar berbanding bercakap tentang hal politik kerana tindakan mereka hanya menghabiskan duit ibu bapa.




Jam 11:50 pagi, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu telah datang dan mengambil tindakan menahan kesemua mereka. Para pelajar yang teringin hendak menjadi orang politik itu dan mengkagumkan Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat, kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kota Kinabalu atas kesalahan membuat perhimpunan tanpa permit.

Perhimpunan gagal di UIA, macaisewel Fahmi Zainol kini terjah Universiti Sabah Malaysia

Kumpulan mahasiswa UM yang pro-Anwar dilihat semakin agresif, kini cuba untuk menghidupkan gerakan protes mahasiswa menentang kerajaan seperti yang berlaku di Hong Kong.

Di Hong Kong, tekanan demonstrasi yang dibuat oleh puluhan ribu mahasiswanya memaksa China mengadakan rundingan dengan beberapa pemimpin mahasiswa tersebut. Inilah yang dimahukan segelintir macai yang menggunakan kapasiti sebagai mahasiswa untuk mencapai cita-cita peribadi dalam politik.

Mungkin itu angan-angan mereka untuk mencipta short-cut, siapa tahu kalau-kalau dapat menjadi wakil rakyat pembangkang atau sekurang-kurangnya mendapat jawatan lantikan dalam parti pembangkang dalam masa terdekat.

Lihat Dyana Sofya, tidak perlu bersusah payah seperti ahli parti lain sehingga terpaksa berhempas-pulas untuk mendapat kepercayaan dengan meraih sokongan di peringkat cabang dan cawangan.

Terbaru,

Gerakan diketuai Fahmi Zainol gagal dalam rancangan mereka terjah UIA,

Malam kelmarin, rombongan macaisewel yang diketuai Fahmi Zainol dan Professor Aziz Bari telah cuba membuat perhimpunan di UIA pula. Bagaimanapun, pihak Universiti yang telah awal-awal lagi mengesan rancangan mereka, dengan segera mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengelak kejadian seperti rusuhan di UM berulang.


Akibatnya, perancangan mereka gagal. Mereka sekadar berhimpun di luar kampus dengan diperhatikan oleh pasukan polis dan pihak keselamatan kampus.

Laporan berita di http://btmmari.blogspot.com/2014/11/uia-dikunci-bergelap-untuk-halang.html

Sasaran seterusnya - UMS..

Kini Fahmi Zainol dan rakan-rakannya telah berangkat ke Sabah untuk membuat perhimpunan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula. Dipercayai malam ini, mereka akan turut mengadakan perhimpunan di sana bersama beberapa pelajar.

Seperkara yang perlu dijelaskan, budaya politik Sabah tidak sama seperti budaya politik diamalkan di Semenanjung. Melainkan perjuangan dibawa oleh anak-anak Sabah sendiri, mungkin ia memberi kesan kepada seluruh warga negeri itu.

Mungkin gerakan macaisewel tidak menyedari yang mereka sekarang bertindak di atas platform pembangkang yang didalangi PKR sehingga mengelirukan ramai pihak, apa sebenarnya yang diperjuangkan mereka.


Ramailah sangat anak mahasiswa yang diperkotak-katikkan.
Jangan perbodohkan orang ramai, kebanyakan mahasiswa Sabah belum berumahtangga lagi

Akhirnya kita tahu tujuan sebenar Fahmi Zainol memohon Lembaga Disiplin UM menunda prosiding ke atasnya ialah supaya dia boleh bergerak untuk mengadakan perhimpunan atas kapasitinya sebagai mahasiswa.

Kita berharap pihak pentadbiran universiti dan pihak berkuasa dapat membendung niat jahat mereka untuk menimbulkan huru-hara dalam kampus-kampus universiti. Kepada kumpulan pro-Anwar PPUM, jangan terlalu teruja membina populariti melalui cara begini kerana jika melampaui batas, Akta Hasutan 1948 akan dikenakan.

Nampaknya mereka seperti sudah tidak berminat lagi untuk menamatkan pengajian sebagai graduan. Apakah memadai sekadar gelaran mahasiswa itu untuk menjamin masa depan?


Monday, November 3, 2014

Ahli DAP kata Azan mengganggu orang tidur.

Bekas ahli Pas Tawau memuat-turun pertikaian penduduk terhadap calon ahli DAP, Jimmy Wong Sze Phin Parlimen Kota Kinabalu yang tidak membenarkan sebarang pembinaan masjid di kawasan itu. 

Sebelum itu penduduk di kawasan tersebut telah datang menemui beliau dan merungut tentang kesukaran untuk mendapat tapak bagi pembinaan masjid/surau yang amat diperlukan di kawasan yang mempunyai ramai penganut Islam. Sebaliknya ahli DAP itu menidakkan permintaan mereka atas alasan ia melibatkan ketenteraman penduduk bukan Islam lain yang turut sama tinggal di kawasan itu. Katanya Azan mengganggu tidur orang-orang bukan Islam pada waktu subuh.

Antara dialog yang jelas dirakam, penduduk bertanyakan kepada Jimmy Wong, “Bos, apa masalahnya kalau ada masjid..Apa masalahnya kalau ada surau? Kami menganggukah?"

Jawab Jimmy Wong, "Bukan... kalau lain bukan beragama Islam, ada gangguan..kerana pagi-pagi mau tidur pun susah!"

"Bos.. bos, sebenarnya ini negara Islam sebenarnya.. ramai orang Islam tinggal di sini.." sampuk salah seorang daripada kumpulan penduduk itu.

Selamba sahaja jawab Jimmy Wong.” walaupun ini negara Islam, tapi ini sama lain pun kita mau hormat sama hormat....kalau ini kita paksa, lain bukan ugama itu susah..!"

Alasan yang sama digunakan oleh pemimpin PAP ke atas rakyat beragama Islam di Singapura, yang satu ketika dahulu asalnya tanah milik melayu. Sekarang di Pulau Pinang pun azan dihadkan. Syukur, isu azan tidak pernah timbul di Sarawak. Kata mereka Azan itu mengganggu ketenteraman dan tidur mereka. Sekarang sedikit demi sedikit, ia mula dihadkan di kawasan-kawasan yang bermajoriti bukan Islam, bayangkan kelak di bandar-bandar besar azan tiada lagi kedengaran.

Inilah yang dikatakan PAS tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat. Maka apabila masalah seperti ini menjadi perkara kecil buat mereka, orang-orang Islam pun mula disekat daripada mengamalkan salah satu syiar Islam seperti azan meskipun di sebuah negara Islam. Bukan itu sahaja, bahkan mereka turut dihalang daripada membina rumah ibadat di kawasan yang bermajoriti agama Islam.


Video merakamkan insiden yang dipercayai berlaku pada tahun lepas...


Siapa Jimmy Wong yang dirakam dalam video di atas?

Berikut adalah kenyataan yang dipetik daripada Bernama mengenai ahli DAP ini.


PANAS! CINA DAP Jadi Bumiputera Dengan Cara Menipu? Kantoi Jugak Akhirnya.
http://mymassa.blogspot.com/2012/03/panas-cina-dap-jadi-bumiputera-dengan.html

YB DAP Sri Tanjong Jimmy Wong Sze Phin memalsu salasilah keturunannya
http://musramrakunman.blogspot.com/2012/03/yb-dap-sri-tanjong-jimmy-wong-sze-phin.html


Akuan batal Sijil Anak Negeri ADUN Sri Tanjong dikemukakan

Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong Jimmy Wong.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor berkata lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri anggota DAP tersebut atas beberapa faktor.

Beliau berkata ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.

"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh YB Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.

"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati YB Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada Selasa.

Bagaimanapun, Hajiji berkata keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas.-BERNAMA

Lagi rujukan mengenai ahli DAP ini di bawah


Friday, October 31, 2014

2 ditembak mati - Gerakan pengganas sulu di Penampang, Sabah?

Menurut media, dua penjenayah yang ditembak mati di Penampang, Sabah dipercayai pengganas sulu.. 

Sekarang masalah pengganas sulu sudah merebak dari Semporna dan Lahad Datu ke Kota Kinabalu? 



Penampang - Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menurut sumber polis, pihaknya membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu - (Sumber) di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.

"Suspek berusia 30-an dan 50-an berasal dari Kota Kinabalu. Mereka juga sedang cuba melakukan samun bersenjata di kawasan kedai itu. Polis kini sedang mengesan saki baki kumpulan ini dan mereka juga dipercayai mula aktif di luar kawasan pantai timur Sabah," katanya.

penduduk pekan itu panik seketika dengan insiden berbalas tembakan di kawasan perniagaan Penampang Baru itu.

Saksi kejadian seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang tidak ingin dikenali, mendakwa beliau mendengar tembakan dilepaskan di kawasan perniagaan itu.

"Saya sedang bekerja, terdengar bunyi seperti barang jatuh dan saya keluar dari kedai ternampak sekumpulan lelaki bersenjata memakai topeng melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Pekerja kedai makanan itu berkata, beliau bersembunyi di kawasan kedai itu dan sempat melihat sekumpulan anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa yang ditembak mati.

Beliau berkata, melihat anggota polis membawa masuk dua plastik hitam dipercayai mayat mangsa yang ditembak.

Tinjauan mendapati polis menutup dua blok perniagaan dengan memasang tali kuning bagi melarang mana-mana pihak memasuki kawasan itu.

artikel sumber