Showing posts with label demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label demonstrasi. Show all posts

Sunday, April 3, 2016

Gambar Himpunan Bantah GST menyaksikan peserta sebenarnya lebih zalim

Perhimpunan 'undur Najib' dan bantah GST di Dataran Merdeka siang tadi menjadi kebanggaan puak pembangkang pemakan dedak. Kata mereka, himpunan sebegini merupakan isyarat kononnya rakyat mahukan Najib berundur dari jawatan sebagai Perdana Menteri.

Macai PKR dan Pro-Madey begitu teruja dengan demonstrasi seperti ini. Hakikatnya himpunan Mega itu tak seramai mana pun..

Fenomena ekuinoks/suhu panas melampau yang melanda Malaysia dengan 3 kes kena strok, 1 kematian, bukan masalah. Yang penting janji hati puas...

Beginilah didikan pro-pembangkang politik mencarut ajaran pembangkang pada zaman sekarang. Anak-anak yang tidak berdosa dipergunakan dalam perkara yang paling tidak berfaedah sekadar untuk meramaikan penyertaan.

Mereka mendakwa Najib zalim terhadap rakyat, tetapi sebenarnya siapa yang lebih zalim daripada ibubapa yang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam kempen sampah dengan mendedahkan mereka kepada risiko strok haba seperti ini?



Thursday, August 27, 2015

BERSIH 4.0 lebih patriotik? NGO pun mabuk ketum..

Mereka yang sertai BERSIH 4.0 lebih patriotisme tinggi kerana bukan partisan?

Fikirkan semula.... jangan kerana tidak faham impak ekonomi yang merundum akibat kejatuhan harga minyak dunia, kita pula yang mahu 'menang sorak kampung tergadai' akibat kedangkalan dalam permainan politik pihak yang cuba menangguk di air keruh.

Siapa sebenarnya penaja BERSIH 4.0 yang begitu gah di seluruh negara? NGO mana yang terlalu banyak peruntukan untuk kempen seperti ini?

Patriotisme jenis apa yang dimaksudkan jika tujuannya untuk mewujudkan ketegangan dan ketidakstabilan politik sehingga menakutkan para pelabur-pelabur luar yang juga majikan-majikan kepada puluhan ribu anak tempatan di negara kita?

Jangan jadi alat kepada dakyah DAP yang hanya mahu berkuasa dengan menjatuhkan kerajaan sedangkan mereka sendiri sarat dengan skandal dalam pemilihan parti yang lalu.

Tak faham mainan politik, NGO Politiking ke laut....

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/turun-ke-bersih-4-satu-patriotisme-kata-ngo-pesara-tentera





Saturday, August 22, 2015

Bersih 4.0 di Padang Merdeka, Kuching diharamkan!

Rakyat Sarawak diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan BERSIH 4.0 yang akan dibuat di Padang Merdeka, Kuching.

Sekali lagi rancangan pembangkang untuk menyebar propaganda anti-BN melalui kempen politik jalanan sebagai kaedah untuk mewujudkan kepimpinan yang bersih (kata mereka)...

Antara yang hadir adalah MASTERMIND pembangkang yang penulis yakin kempen ini ditunjangi oleh DAP.

Kebiasaannya perhimpunan seperti ini akan berakhir dengan demonstrasi luar kawal, tak pun berlaku Vandalisme seperti yang kita lihat terjadi di Kuala Lumpur sebelum ini.



Mari kita lihat siapa yang akan datang nanti.. sebelum ini majoriti pro-pembangkang Sarawak kononnya tolak 100% budaya 'politik kecoh' di semenanjung.

UMNO tidak wujud di Sarawak, jadi sudah tentu UMNO bukan punca kecelaruan politik di Sarawak.

Apabila kerajaan negeri menyekat beberapa individu yang boleh membawa budaya politik tidak sihat daripada semenanjung, terdapat segolongan rakyat Sarawak pro-pembangkang menghentam kepimpinan BN Sarawak. Kononnya salah guna kuasa, takut kepada kebenaran dan bermacam lagi..

Dan apabila berada dalam keadaan seperti biasa, mereka inilah juga antara yang berlebih-lebihan dalam kempen Sarawak for Sarawakian (-Tolak budaya politik semenanjung, tolak Malaya dan seumpamanya..)

Memang hipokrit dah jadi darah daging pembangkang... sebusuk-busuk politik di semenanjung, tak pula pernah dengar kempen anti-Borneo, kempen benci orang Sarawak, kempen semenanjung for semenanjungian atau Johor for Johorian yang menyampah kepada warga selain negeri sendiri.

Sedarlah, jika tidak mahu budaya politik kotor di Malaya melanda Negeri Sarawak, jauhilah semua jenis kempen politik tidak sihat tajaan pembangkang.

Kalau nak juga lepas geram kepada kerajaan sedia ada, sila lakukan secara sah di peti undi ketika pilihanraya kelak. Tak perlu buang masa, buang tenaga, buang duit pada perkara yang tak berfaedah. Orang Sarawak bijak, bukan tukang kecoh yang melalak supaya individu tertentu dapat keuntungan dalam politik.


Kerajaan tidak benar Perhimpunan BERSIH 4.0 di Padang Merdeka

KUCHING: Kerajaan negeri mengeluarkan notis tidak membenarkan Perhimpunan BERSIH 4.0 diadakan di Padang Merdeka pada 29 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, Roslan Bek mengesahkan bahawa pejabatnya telah menerima notis tersebut sejak Khamis lalu.

“Penganjur Perhimpunan BERSIH 4.0 sebelum ini berkunjung ke Balai Polis bersama lapan orang pengiring jam 10 pagi kelmarin.

“Pertamanya saya maklumkan kepada mereka, niat mereka mengadakan perhimpunan di Padang Merdeka tidak terlaksana kerana kita telah menerima bantahan daripada kerajaan negeri.

“Surat datang dari Pejabat Ketua Menteri dan kita sudah melalui semua proses perundangan yang ditetapkan di bawah akta perhimpunan. Saya nyatakan apa terkandung di dalam surat itu perkara tersebut kita letakkan dalam syarat dan perhimpunan hanya dibenarkan oleh pemilik.

“Mereka diketuai Nicholas Mujah selaku yang menandatangani surat pemberitahuan di bawah seksyen 19 (1) untuk penganjuran perhimpunan itu,” katanya ketika mempengerusikan sidang media pada Perhimpunan Bulanan di Balai Polis Tabuan Jaya di sini semalam.

Menurutnya, setelah menerima notis pihaknya menampal di kawasan yang mana penganjur berniat membuat perhimpunan dan pemilik kepada kawasan tersebut pada 13 Ogos lalu.

Bagaimanapun, dalam tempoh 48 jam pihaknya menerima surat bantahan daripada kerajaan negeri menyatakan tidak membenar penggunaan padang tersebut atas alasan membaik pulih.

Pihak kami juga sudah menyerahkan 20 syarat termaktub dalam seksyen 15 termasuk tidak membawa senjata atau kanak-kanak dan banyak lagi undang-undang perlu dipatuhi.

“Paling mustahak perhimpunan itu hendaklah dilakukan di tempat tertutup dan mendapat kebenaran daripada pemilik kerana polis tidak mempunyai kuasa melarang sebarang perhimpunan aman melainkan terjadinya rusuhan,” jelasnya.

Roslan juga mencadangkan agar penganjur meneruskan niat mereka untuk diadakan di Stadium Perpaduan atau padang ragbi Song Keng Hai yang berkemungkinan bersesuaian.

Perhimpunan itu juga dipercayai diadakan melebihi 24 jam iaitu bermula jam 2 petang pada 29 Ogos sehingga 11.50 malam pada 30 Ogos ini.

“Kalau dibuat di kawasan terbuka berkemungkinan menyebabkan gangguan lalu lintas, perjalanan perniagaan dan sebagainya. Sebab itu, jika diadakan di stadium dengan meminta kebenaran terlebih dahulu mungkin bersesuaian.

“Sekiranya penganjur masih berkeras mahu mengadakan perhimpunan di Padang Merdeka ia sebenarnya melanggar Seksyen 15 dan Seksyen 20 dan pihak kita boleh menangkap tanpa waran.

“Kita bukan tangkap penganjur kerana perhimpunan itu tetapi kesalahan melanggar syarat-syarat lain dan sekiranya didapati bersalah boleh membawa hukuman tidak lebih RM10,000 denda.

“Jadi, saya minta mereka patuhi arahan seperti mana yang kami bincangkan.

“Pada saya penganjur mempunyai niat baik kerana mematuhi kehendak undang-undang dari peringkat awal, jangan saat akhir pada 29 Ogos mereka langgar undang-undang,” tambahnya.

Roslan menasihati agar orang ramai yang mengetahui perhimpunan itu dibatalkan tidak hadir kerana salah di sisi undang-undang.

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada orang ramai dan anggota yang menunjukkan kecemerlangan sepanjang Ogos.

Turut mengumumkan Timbalan KPD, DSP Fauzilan Abdul Aziz bertukar ke Universiti Malaya menjawat jawatan sebagai Pegawai Keselamatan di bawah Gred 48 bermula 1 September ini.

Upacara serah terima tugas kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuching, DSP Lim Bak Thai pada Isnin ini, jam 10 pagi.



Saturday, March 21, 2015

Gambar Mogok Lapar demi Anwar Ibrahim

Fanatik Anwar sudah mula mengganas.. Bukan ganas apa, tapi ganas berlapar... Semua itu dilakukan demi Anwar yang sangat dipercayai.

Jangan lupa, setakat mogok lapar yang entah jujur entah tidak, ada orang yang lebih sanggup dipenjarakan demi Anwar satu ketika dulu. Cuba fikir di pihak mana beliau sekarang dan mengapa?



Demonstrasi ini dilakukan di perhentian bas, di luar kawasan penjara Sungai Buloh tempat Anwar menjalani hukuman. Banner memaparkan gambar Mahatma Gadhi, Aung San Suu Kyi, entah apa kaitan dengan Anwar tidak pula dinyatakan..

Difahamkan kumpulan '#kita bangkit kita lawan' yang dipimpin Chegu Sekar ini melakukan mogok bertujuan untuk memohon DYMM memanggil panel rayuan yang dikemukakan oleh keluarga Anwar secepat mungkin dan memohon KDN, pihak Penjara dan Peguam Negara membenarkan Anwar untuk menghadiri sidang Parlimen sementara menunggu pengampuan DYMM.

Rakaman video di bawah..



Beginilah yang kita lihat, seolah-olah memaksa DYMM untuk berbuat sesuatu yang hanya hak atas perkenan baginda sahaja dengan cara sedemikian. Bukankah ini agak keterlaluan?

Kenapa Anwar terlalu istimewa, sehingga Pakatan Pembangkang tidak sedikitpun berupaya untuk mencari penggantinya?

Beruntunglah Anwar jika permintaan mereka diperkenankan, di penjara pun dapat mengikuti sidang Parlimen kemudian yakin akan dibebaskan dengan mendesak DYMM YDP Agong, pada masa yang sama juga berjuang menjatuhkan kepimpinan kerajaan sedia ada.

Sungguh luar biasa. Tapi inilah demokrasi pembangkang di Malaysia..




Monday, March 9, 2015

Gambar-gambar berikut menjadi saksi penyokong PR sudah hilang waras

Nampak sangat sudah terdesak tahap kronik.. Semenjak Anwar masuk penjara, penyokong-penyokong PKR seakan tidak mampu berfikir dengan waras sehingga menaikkan gambar Tun Mahatir sebagai pengganti untuk menjadi Ketua Pembangkang. Entah apa rasionalnya..

Dulu bukan main lagi kutuk sampai gelar 'mahafiraun'. Sekarang 'mahafiraun' juga yang mereka mahu sebagai pengganti Anwar.

Apa sudah jadi sebenarnya..? kenapa tidak pilih Tuan Guru Hadi Awang, Mat Sabu, Guan Eng, Kit Siang, Gobind Singh, Wan Azizah, Nurul Izzah atau Azmin sendiri sebagai Ketua Pembangkang?

Nampak sangat mereka nak melaga-lagakan Najib-Tun Mahathir. Ataupun ia petanda bahawa PR memang sudah tiada lagi pemimpin yang boleh dipercayai...?








Sunday, November 9, 2014

Perhimpunan gagal di UIA, macaisewel Fahmi Zainol kini terjah Universiti Sabah Malaysia

Kumpulan mahasiswa UM yang pro-Anwar dilihat semakin agresif, kini cuba untuk menghidupkan gerakan protes mahasiswa menentang kerajaan seperti yang berlaku di Hong Kong.

Di Hong Kong, tekanan demonstrasi yang dibuat oleh puluhan ribu mahasiswanya memaksa China mengadakan rundingan dengan beberapa pemimpin mahasiswa tersebut. Inilah yang dimahukan segelintir macai yang menggunakan kapasiti sebagai mahasiswa untuk mencapai cita-cita peribadi dalam politik.

Mungkin itu angan-angan mereka untuk mencipta short-cut, siapa tahu kalau-kalau dapat menjadi wakil rakyat pembangkang atau sekurang-kurangnya mendapat jawatan lantikan dalam parti pembangkang dalam masa terdekat.

Lihat Dyana Sofya, tidak perlu bersusah payah seperti ahli parti lain sehingga terpaksa berhempas-pulas untuk mendapat kepercayaan dengan meraih sokongan di peringkat cabang dan cawangan.

Terbaru,

Gerakan diketuai Fahmi Zainol gagal dalam rancangan mereka terjah UIA,

Malam kelmarin, rombongan macaisewel yang diketuai Fahmi Zainol dan Professor Aziz Bari telah cuba membuat perhimpunan di UIA pula. Bagaimanapun, pihak Universiti yang telah awal-awal lagi mengesan rancangan mereka, dengan segera mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengelak kejadian seperti rusuhan di UM berulang.


Akibatnya, perancangan mereka gagal. Mereka sekadar berhimpun di luar kampus dengan diperhatikan oleh pasukan polis dan pihak keselamatan kampus.

Laporan berita di http://btmmari.blogspot.com/2014/11/uia-dikunci-bergelap-untuk-halang.html

Sasaran seterusnya - UMS..

Kini Fahmi Zainol dan rakan-rakannya telah berangkat ke Sabah untuk membuat perhimpunan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula. Dipercayai malam ini, mereka akan turut mengadakan perhimpunan di sana bersama beberapa pelajar.

Seperkara yang perlu dijelaskan, budaya politik Sabah tidak sama seperti budaya politik diamalkan di Semenanjung. Melainkan perjuangan dibawa oleh anak-anak Sabah sendiri, mungkin ia memberi kesan kepada seluruh warga negeri itu.

Mungkin gerakan macaisewel tidak menyedari yang mereka sekarang bertindak di atas platform pembangkang yang didalangi PKR sehingga mengelirukan ramai pihak, apa sebenarnya yang diperjuangkan mereka.


Ramailah sangat anak mahasiswa yang diperkotak-katikkan.
Jangan perbodohkan orang ramai, kebanyakan mahasiswa Sabah belum berumahtangga lagi

Akhirnya kita tahu tujuan sebenar Fahmi Zainol memohon Lembaga Disiplin UM menunda prosiding ke atasnya ialah supaya dia boleh bergerak untuk mengadakan perhimpunan atas kapasitinya sebagai mahasiswa.

Kita berharap pihak pentadbiran universiti dan pihak berkuasa dapat membendung niat jahat mereka untuk menimbulkan huru-hara dalam kampus-kampus universiti. Kepada kumpulan pro-Anwar PPUM, jangan terlalu teruja membina populariti melalui cara begini kerana jika melampaui batas, Akta Hasutan 1948 akan dikenakan.

Nampaknya mereka seperti sudah tidak berminat lagi untuk menamatkan pengajian sebagai graduan. Apakah memadai sekadar gelaran mahasiswa itu untuk menjamin masa depan?


Tuesday, November 4, 2014

Protes cara Bogel - Budaya songsang penyokong PR yang terbaru?

Betullah apa yang orang kata, Lucah dan PR tak boleh dipisahkan.. Yang buat semua perkara-perkara lucah ialah penyokong Pakatan, yang kena tuduh lucah pula UMNO...

Pemimpin PAS, PKR DAP semua ada kontroversi masing-masing.. Penyokong mereka malah lebih 'daring'..

Inilah budaya songsang bawaan Pakatan Rakyat yang rakyat wajib tahu. Mereka sudah tidak segan silu lagi buat protes cara berbogel seperti orang gila di negara Barat.

Satu perkara lagi, kenapa kaum DAP sering mengaitkan semua isu dengan racis? Rakyat dedah penyelewengan DAP = Perbuatan Racis UMNO.... Harga minyak naik = kerajaan Racis UMNO.. isu Alvin Tan = Perbuatan Racis UMNO.. Mansuhkan Akta Hasutan = kerajaan Racis UMNO.... asal Racis saja UMNO, asal saja UMNO, Racis... Siapa sebenarnya yang LEBIH RACIS??

Sungguh... kepada pembaca budiman,

Perhatikanlah bila DAP atau sesiapa sahaja pro-PR mula timbulkan sesuatu isu, mesti kaitkannya dengan RACIST..



Memualkan - Protes Lynas konon, proteslah sepenuh badan kalau berani. Tak perlu acah-acah sambil tutup angry bird bertopi itu...


Lakonan Pak Jabit Hantu Mak Limah setanding Anwar malah lebih berani



Memang hebat ucapan Pakcik Man Kadir a.k.a Pak Jabit. Cuma kali ini lebih hebat dari filem komedi Hantu Mak Limah.

Ada sesiapa nasihatkanlah pakcik ini, cukuplah kaitkan kes liwat Anwar dengan DS Najib dan isterinya kalau tak tahu pokok pangkal cerita. Tak pasal-pasal saja pakcik dapat dosa kering memfitnah..

Kata Pakcik Man,

 "Jika Anwar didapati bersalah, saya harap pengamal undang-undang, peguam-peguam, pendakwaraya, hakim-hakim sila koyakkan seluruh ijazah saudara semua..."

 "sebab negara ini sudah tidak ada undang-undang dalam sebuah negara demokrasi.. yang ada undang-undang rimba yang diminati daripada zaman Mahathir Mohamad sehinggalah kepada Najib Razak yang dibantu oleh Rosmah Mansur..."

 "Undang-undang mereka hanya untuk mengaut keuntungan, mencuri harta rakyat, menipu rakyat, rasuah.. inilah yang mereka lakukan dengan mengenepikan undang-undang demokrasi.."

Inilah fitrah PKR..

Baru tunjuk solidariti saja sudah jadi taksub, mereka lupa keadaan diri mereka sendiri. Jika pakcik sudah berani menuduh Najib dan Rosmah sebagai dalang dalam kes liwat Anwar, bermakna pakcik sudah bersaksi atas apa yang diucapkan itu. Termeterailah persaksian itu di hadapan dua malaikat pencatat amal.

Saiful sudah bersumpah atas nama Allah, dia telah diliwat. Jika ada sesiapa lebih yakin pada tertuduh mengatasi sumpah Saiful, itu terpulanglah...

Cuma kita rasa pelik, apa kaitan kes perbicaraan Anwar dengan rompak harta rakyat, menipu rakyat dan rasuah? Lebih pelik, jika Anwar didapati tidak bersalah, mahkamah dianggap adil. Jika sebaliknya mahkamah dianggap korup.. Jadi untuk apa ada perbicaraan?


Nak tahu bagaimana keadaan undang-undang rimba itu yang dimaksudkan pakcik Man Kadir tadi? Lihat gambar google di bawah, itulah undang-undang rimba...






Tuesday, October 28, 2014

Foto-foto program Anwar di Stadium Mini Subang Jaya malam tadi yang kurang sambutan

Kekecohan yang berlaku di depan pintu pagar Universiti Malaya malam tadi dianggap 'selective event' mungkin dirancang untuk meraih publisiti untuk kali yang terakhir buat Anwar. Ia bertujuan untuk membina momentum sokongan penyokong yang akan membawa kepada demonstrasi Rakyat Hakim Negara anjuran AMK.

Menurut sumber sebahagian besar daripada yang menimbulkan huru-hara adalah penyokong PKR, orang dari luar kampus. Gerakan UM pro-Anwar hanya dipopularkan oleh beberapa individu yang mungkin diupah atau mempunyai kepentingan melalui isu yang dibangkitkan.

Di kawasan lain, pada malam yang sama juga telah dianjurkan program Rakyat Hakim Negara di Stadium Mini (MPSJ) di Subang Jaya, namun keadaan sebaliknya dilihat. Suasana agak suram tidak semeriah di Universiti Malaya yang dianggarkan telah menarik hampir 1000 orang.

Gambar dipetik daripada blogger CTS. Sumber




Lebih kurang sekitar 300 orang dilihat berkumpul pada malam yang dianggap sangat penting buat Anwar menjelang keputusan mahkamah ke atas kes liwatnya.

Sekalipun disertai beberapa pemimpin PKR yang lain, perhimpunan yang dibuat untuk Anwar selaku Ketua Pembangkang tidak disertai penyokong PAS dan juga DAP. Malah kelibat pemimpin utama mereka juga tidak kelihatan.

Jelaslah, slogan Rakyat Hakim Negara tidak lebih dari hanya untuk memperjuangkan nasib Anwar semata-mata. Mereka dilihat bersendirian dalam semua program yang telah dianjurkan..

Di bawah adalah sebahagian gambar dan luahan melalui artikel dari blog penyokong PKR yang mengakui kurangnya sambutan rakyat dan suasana mengecewakan dialami mereka. 

Dipetik daripada omakkau.blogspot.com,


LAGI PROGRAM PENERANGAN RAKYAT HAKIM NEGARA ANJURAN AMK PUSAT YANG KURANG MENDAPAT SAMBUTAN.






Amat jauh berbeza suasana di Universiti Malaya himpunan rempuh pagar anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dimana tidak kurang 1,500 para mahasiswa dan penyokong Parti KeADILan turun walaupun hujan renyai untuk mengikuti pidato Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program Penerangan Rakyat Hakim Negara tanda tunjuk solidariti kepada Anwar Ibrahim yang berdepan dengan kes rayuan Liwat II Mahkamah Persekutuan, yang berlangsung di Stadium Mini 3K MPSJ, Subang Jaya semalam, anjuran AMK Pusat amat mengecewakan sekali, kalau diambil kira angka yang hadir walaupun membariskan para penceramah terdiri dari pemimpin-pemimpin  peringkat tertinggi KeADILan.

Memberi mesej yang amat jelas betapa AMK kini dilihat gagal dalam memujuk dan menarik sokongan rakyat terutamanya anak-anak muda kepada PKR sedangkan anak-anak muda yang non partisan jumlah yang cukup ramai itu majoritinya menyokong perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat.

Apakah AMK masih enggan terima kenyataan dan kebenaran ini?????

KeADILan masih mengharapkan sosok tubuh Anwar Ibrahim dalam meraih sokongan rakyat ... laungan dan cerita kononnya jika Anwar masuk penjara akan timbul jutaan Anwar lawan kezaliman dan keadilan ternyata suatu retorik omong kosong yang tidak berpijak di alam nyata dan realiti jika suasana dan sambutan sebegini rupa berterusan.

Ternyata, AMK jika berdiri keseorangan dalam apa jua situasi dan keadaan untuk menghasut rakyat menyokong Pakatan Rakyat dalam bersolidariti menyokong Anwar Ibrahim hasilnya amat mengecewakan sekali.  Kekuatan AMK tidaklah sehebat mana jika di ambil kira dengan suara nyaring boleh runtuh siling tumbang dinding pada Kongres Nasional 2014 yang lalu.

Kena terima hakikat .. jika jumlah yang hadir di Istana Kehakiman Putrajaya perbicaraan kes rayuan Liwat II agak besar, itu bukan kerana daya usaha atau gerak kerja keras AMK, tetapi para NGO yang pro PR dan bersimpati dengan DSAI.

Saturday, October 25, 2014

Himpunan Anwar di Jalanan - Elaun paling gila untuk peserta!

Menarik!!!! Kali ini, majoriti rakyat tak kira parti pun akan ikut berkumpul.. Tutup mata, tutup politik, ambil duit dulu.. Dan jangan lupa.. Ingat pesan PKR, ambil duit pihak lawan tapi sokong tetap sokong pihak kita.

Bagaimana caranya untuk dapatkan elaun RM200 ini? Di mana tempat berkumpul? Pukul berapa? kayu kena bawa atau tak? cangkul? lesung? molotop koktel? :D

Cadangan terdesak PKR buat kali terakhir, hidup mati karier politik seorang ketum yang tengah menggelupur keresahan...

Di bawah hanyalah pandangan peribadi Perak Today, khabar angin dari sumber tertentu dan perkara yang diramalkan akan berlaku...


Ucapan ‘berserah takdir dan pasrah situasi’ yang diungkapkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan penyokongnya di Ipoh, malam semalam nampaknya bukan lagi perkara asing yang didengar penyokongnya sejak kebelakangan ini.

Ini kerana pada 28 dan 29 Oktober nanti, keputusan rayuan Anwar bagi mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan Liwat II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambah hukuman itu akan diumumkan.

Pada tanggal 7 Mac 2014, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Justeru, Anwar tiada pilihan hingga sanggup turun padang dari satu negeri ke negeri yang lain untuk menagih simpati para penyokong untuk menyertai himpunan ‘Rakyat Hakim Negara’ yang dianjurkan bagi mendapatkan solidariti terhadap dirinya dalam kes liwat II.

Hakikatnya, sebelum Anwar tiba di majlis itu lagi, sudah terdengar cakap kurang enak di kalangan beberapa ketua cabang PKR di Perak yang mengakui sokongan anak muda terhadap Ketua Umum itu jatuh merudum.

Isu pemilihan PKR dan pelantikan Menteri Besar Selangor dikaitkan dengan kejatuhan populariti Anwar dan parti sejak kebelakangan ini.

Dalam satu mesyuarat tertutup yang dijalankan sebelum itu, jentera parti pada asalnya mahu menyediakan 10 buah bas untuk membawa penyokong untuk himpunan Rakyat Hakim Negara di Istana Kehakiman pada 28 dan 29 Oktober nanti.

Namun, beberapa pemimpin peringkat cabang bingkas menjelaskan buat masa ini, penyokong terutamanya generasi muda sudah hilang ‘mood’ terhadap Anwar dan PKR.

Malah tauke bas yang hadir sama menjelaskan jika 10 buah bas disediakan untuk penyokong dari Ipoh, beliau khuatir hanya 10 orang saja yang akan naik bas tersebut.

Justeru, mesyuarat akhirnya mencadangkan 10 bas yang sepatutnya membawa penyokong dari kawasan Ipoh dipecahkan kepada empat cabang lain di Perak.

Di sini, jelas dan nyata sekali penyokong parti sendiri sudah hilang keyakinan terhadap Anwar malah cadangan elaun RM100 yang dipersetujui para peringkat awal diminta ditambah menjadi RM200 seorang.

Kelibat Anwar yang tiba lewat di majlis tersebut juga mengundang rasa tidak senang di kalangan para penyokong yang terpaksa menunggunya selama lebih dua jam.

Namun, jelas dari gaya dan nada ucapannya, Anwar seolah-olah cuma menyampaikan amanat terakhir kepada penyokong dengan meminta ahli meneruskan agenda menguatkan parti jika keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya kelak.

– Salleh Harisnuri

* Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Perak Today.

Monday, October 13, 2014

Demonstrasi Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) bertukar kecoh kena gempur orang Melayu



Demonstrasi Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) anjuran SUARAM dibantu khidmad warga asing di Padang Kota Lama, Pulau Pinang digagalkan oleh kumpulan dari Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, yang memakai kemeja-t bertulis "Pertahankan Akta Hasutan".

Pertembungan dua kumpulan disekat anggota NGO dari Persatuan Mukabuku seramai 30 orang telah menghalang ahli GHAH untuk mewujudkan momentum demonstrasi bagi mengumpul juak pembangkang lain menyertai mereka.

Antara yang dihalau daripada Padang Kota pula termasuk aktivis Suaram Ong Jing Cheng dan Prema Devaraj serta Toh Kin Woon daripada BERSIH.

Sebelum ini, jurucakap Persatuan Mukabuku Pulau Pinang menggunakan pembesar suara dan berkata “selagi kumpulan itu ada, Akta Hasutan akan tetap diteruskan”.

Kedengaran suara keras menempelak kumpulan GHAH, "balik! balik!" dan berlaku kejadian tolak menolak antara kedua kumpulan. Antara yang dilihat ialah kelibat warga asing yang turut sama dalam demonstrasi itu.

Ramai percaya SUARAM mendapat dana kewangan daripada pihak asing bertujuan untuk mengkucar-kacirkan politik di negara supaya kerajaan menjadi lemah. Ini adalah antara agenda jahat pembangkang yang sering melibatkan pihak luar untuk mencampuri urusan dalam pentabiran kerajaan.

Syabas buat NGO dan Pertubuhan melayu yang terlibat, akhirnya agenda demonstrasi 'hapus akta hasutan' terbantut dan suasana di Padang Kota Lama kembali menjadi tenang.







Wednesday, October 8, 2014

Demo memalukan, PKR dan DAP menghilangkan diri...

Sekitar 70 orang yang ikut demo bantah GST, bantah kenaikan harga minyak 20sen. Yang ikut kebanyakannya daripada kalangan pemuda PAS, PSM, NGO (JERIT) dan kumpulan Asal Bukan Umno (ABU)

Angkatan Muda Keadilan dan DAP langsung tak nampak kelibat dalam demo ini. Bendera parti pun tak nampak seperti kebiasaannya.

Nampak agak kritikal penyertaan pada kali ini, kurang sambutan jika nak dibandingkan promosinya yang super grand. Hingga terpaksa bawa kanak-kanak untuk penuhkan ruang kosong di antara mereka.

Pelik-pelik gimik yang dibuat mereka. Selayaknya kumpulan pembangkang ini semuanya pandai berlakon belaka...






Gimik terbaik tahun ini. 4 thumbs up!


Pemimpin mewah, Rakyat menderita? 

Slogan Mantap!!! 

Patutlah PKR dan DAP tak berani langsung nak ikut demo tersebut.