Saturday, December 26, 2015

Penipuan tentang sejarah kegemilangan Melayu?

Sebelum ini ramai di kalangan kita percaya kejatuhan empayar Melayu Melaka ke tangan Portugis adalah disebabkan ketidakupayan orang Melayu ketika itu menentang senjata moden penjajah Barat tersebut.

Itulah yang kita faham selama ini. Namun daripada apa yang dijelaskan dalam video di bawah menunjukkan beberapa fakta tersembunyi yang kita percaya selari dengan era kegemilangan bangsa Melayu satu ketika dulu.

Antara kesimpulan yang dikupas dalam video,


  • Orang Melayu Melaka mempunyai angkatan laut yang handal serta berpengetahuan tinggi dalam teknologi pelbagai bidang termasuklah senjata pertahanan yang amat canggih pada zaman mereka.
  • Penjajah Barat Portugis sebenarnya tidak mampu menembusi bentang pertahanan Melaka.
  • Orang Melayu zaman silam adalah peneroka terkemuka dan mempunyai kisah mashyur tentang kewujudan mereka di seluruh pelosok dunia.
  • Keruntuhan Empayar Melaka adalah disebabkan pengkhianatan yang dilakukan oleh orang Melayu sendiri.
  • Hang Tuah menghilangkan diri sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.


Walaubagaimanapun, pada pendapat penulis, ia hanyalah sebahagian daripada kisah tentang lagenda kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Terpulanglah untuk menilaikannya sendiri.

Moralnya, sekuat mana pun sesuatu kerajaan itu dibentuk, pasti akan runtuh jika wujud perpecahan di kalangan sendiri. Pemimpin-pemimpin tidak mampu menerajui sesebuah negara jika terdapat usaha untuk ditumbangkan oleh rakyat yang membencinya.

Sejarah Melaka tidak dijadikan iktibar. Tatkala orang Melayu berpecah dulu, mereka dijajah oleh bangsa asing. Kini, sejarah dilihat bakal berulang. Ketika melayu bertelagah merebut kepimpinan kerajaan, akhirnya orang lain dijulang sebagai pemerintah.

Sesungguhnya, serangan fitnah dan pembohongan pada zaman ini lebih dahsyat daripada tusukan senjata di medan perang. Hina pemimpin dengan ulama. Semuanya atas nama kebebasan berpolitik.

Marilah kita berdoa agar negara kita dilindungi Allah dan dijauhkan daripada pengkhianatan oleh rakyat sendiri. Sama-sama kita mengambil iktibar daripada video di bawah..


3 comments:

  1. Rosli Dhobi dilupa janganDecember 27, 2015 at 3:24 AM

    Jangan lupa pejuang kemerdekaan Sarawak oleh anak Melayu Rosli Dhobi yang dengan single handed membunuh Duncan Stewart wakil Queen Inggeris untuk menjajah Sarawak...

    Patut ada filem dibuat, kerana keberanian pemuda melayu ini sungguh menakjubkan diumur yang begitu muda.

    Surat-surat kepada ibunya sebelum dibunuh oleh Inggeris semuanya pasti menaikan semangat Melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yg, sungguh BERNAS "Rosli Dhobi dilupa jangan"! BUMIPUTERA Islam/Melayu harus BERSATU di Sarawak!

      Tetapi kita JANGAN terperangkap dgn. MO Ejen-Ejen/Kuli-Kuli-ZIONIS terutamanya dari ekoq-ekoq PENGGANAS BANGKAI BABI kat JAMBAN PENDATANG KAPIRDAJAL TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-EJEN/KULI-Barat/ZIONIS/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1 - utk. MENGHASUT kebencian di antara umat Kristian keseluruhannya dan umat Islam (melalui MO "divide and rule")! Untuk menjadikan penganut Kristian di Sabah/Sarawak terutamanya, menukar fahaman depa terutamanya dari agama Katolik tradisional (yg. telah lama hidup harmoni bersama umat Islam) menjadi puak Kristian pro-Zionis/ISrael yang amat membenci Islam/umatnya, supaya akhirnya Sabah/Sarawak yang kaya minyak-gas, dapat digabungkan dengan SingaPORK (pusat Zionis/MOSSAD-CIA/NATO di Asia Tenggara - lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)!

      Nek Tempoyak.

      Delete
  2. Malangnya, ramai dari bangsa Bumiputera Islam/Melayu terutamanya yg. berpangkat serta kaya raya-tak kenang budi-nak mampos, yang begitu ANGKUH dan TAMAK spt. si BANGSAT-BANGSAT si PENJILAT-PENJILAT si DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey tu serta KULI-KULI BANGKAI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO/RASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1- yg. sanggup MENKHIANATI agama, bangsa dan negara!

    Maka kemungkinan besaq Tanah Melayu, pusaka nenek moyang berzaman kita ni bakal kembali menjadi spt. sejarah durjana Melaka jatuh ke tangan PENJAJAH Barat/Zionis, akibat KEANGKUHAN, KETAMAKAN dan KERAKUSAN puak PENGKHIANAT ala-sejarah Melaka ni - lihat kembali sejarah di http://besiwaja.blogspot.com/2012/11/si-kitul.html , Si Kitul, November 22, 2012!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete