Friday, August 14, 2015

Tiada yang baik tentang Najib?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. Seolah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM4 per USD1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2015/08/1998-2015.jpg

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksud dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,

Amin bin Yatim
Petaling Jaya.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/08/warkah-buat-rakyat-malaysia-najib-razak-umpama-kain-buruk-kita-sedang-memusnahkan-negara-sendiri/

4 comments:

  1. Orang baik selalu ada cobaan dan cabaran. Najib kena terus istiqomah dengan perkara yg baik inshallah ada ganjarannya. Pun begitu persepsi buruk dan fitnah yg disemai oleh pembangkang dan TDM perlu terus ditangani dan diberikan penerangan yg pantas, mencukupi dan berterusan. Selain itu tindakan saman hendaklah dilaksanakan di mana sesuai. Jika tidak, fitnah dianggap suatu kebenaran. Ini budaya yg merosakkan.

    ReplyDelete
  2. Ujian Allah... Kalau bersalah dah tentu dibukakan aib akhlak buruk nya satu persatu sepertimana pemimpin pembangkang sehingga merengkok ke dlm penjara.

    ReplyDelete
  3. Satu lagi artikel yg. BERNAS oleh Amin Yatim - TERIMAKASIH!

    Puak TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-EJEN/KULI-CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1 - memang nak MENUMBANGkan YAB PM BUMIPUTERA Islam/Melayu kita, UMNO/mana-mana institusi BUMIPUTERA kita serta KERAJAAN di NEGARA ISLAM KITA ni!

    Ingat, MAJORITI Bumiputera Islam/Melayu sama sekali TIDAK akan MELUPAkan LEGASI-amat-GEMILANG Ayahanda YAB PM, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita - di mana tanpa FELDA, tanpa DEB, tanpa MARA dsbnya, MAJORITI kaum BUMIPUTERA (terutamanya BUMIPUTERA Islam/Melayu MISKIN yg. amat diBENCI Penjajah British/ZIONIS dan EJEN-EJEN depa dr. puak PENDATANG) mungkin ramai akan terus menjadi KULI-KULI Pengutip/Penyapu SAMPAH, dan diANIAYA “middle-man“ ke atas kaum PETANI/NELAYAN kita dsbnya, dr. satu jenerasi ke jenerasi lain, SELAMAnya, akibat hanya dapat peluang bersekolah rendah, melainkan menjadi askar dan polis waktu itu!

    Begitulah nasib yg. MENIMPA nasib nek moyang dan mak dan bapak aku yg. tak dak peluang ke Tingkatan Satu (sek. menengah ketika di zaman PENJAJAH-British/ZIONIS-KEPARAT tu hanya utk. golongan ELIT terutamanya dr. kaum Pendatang)! Bayangkanlah tanpa DEB, mungkin aku juga menerima nasib yg. sama; begitu juga MAJORITI kaum BUMIPUTERA, yg. MAJORITI adalah golongan MISKIN waktu itu!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  4. Siapa ni Amin anak Yatim. Persoalan mudah Amin, apapasal duit yang dikatakan derma pada parti masuk akaun peribadi? Kata lebih selamat itu jawapan paling bodoh. Akaun parti tak selamat? kalau macam tu pindahkan semua duit dari akaun parti ke akaun peribadi presiden hari supaya lebih selamat.

    Takda siapa bodoh nak mampus nak hentam PM kalau takda hal. Pembankang tentang dari dulu, semua PM, apa saja. Hari ini, jangan kata pembankang, rakyat biasa, malahan majoriti ahli UMNO sendiri tak puas hai. So apa bende? takda siapa nak niyakan Najib bukan dia sendiri yang menjahanamkan dirinya dengan duit.

    Jawab solan pertama dulu sebelum komen yang lain-lain, okay? Terima kasih.

    ReplyDelete