Thursday, March 19, 2015

Royalti minyak Sarawak - Malaysiakini putar-belit kenyataan Tan Sri Adenan

Kredibiliti penyampaian berita oleh Malaysiakini sudah lama dipersoalkan. Kebanyakannya diputar-belitkan sehingga rakyat menjadi keliru.

Penulis merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkenaan tuntutan royalti minyak sebanyak 20%, iaitu kenaikan daripada 5% yang diberikan oleh Petronas kepada negeri Sarawak ketika merasmikan Persidangan Pekebun Kecil dan Usahawan Komoditi Kebangsaan pagi semalam.


Dalam ucapan Ketua Menteri Sarawak itu, beliau berkata rundingan dengan Petronas "belum berjaya." Belum dapat bersetuju berapa peratusan naik daripada 5 ke 20 %". Itulah yang sebenarnya yang dikatakan oleh Tan Sri Adenan ketika berucap kepada ribuan pekebun-pekebun kecil pagi itu.


Berita Bohong!

Tetapi Malaysiakini melaporkan berita dengan tajuk 'Adnan sahkan rundingan royalti minyak gagal'. Samada pemberita mereka spesis memandai atau jenis yang tidak berapa faham bahasa melayu ataupun mereka sememangnya pekak, berita yang disampaikan seolah-olah mahu melagakan rakyat negeri dengan kerajaan persekutuan.

Dengar betul-betul kenyataan beliau di bawah..



Antara kenyataan Tan Sri Adenan dalam video di atas..,
"Rondeng (rundingan) kita dengan Petronas, belum berjaya lah.. belum dapat setuju pasal peratusan 5 sampai 20.. Tapi sementara ya, nya (sementara itu, mereka) beri jaminan 2.1 Billion, bukan million.. Bilion.."
"Satu Bilion seribu Million.. jadi 2 Billion, 2 ribu Million. Mun di-ngkah (jika diletakkan) duit kertas kamek dalam dewan tok penuh ngangkat.. "
"Kontrak (2.1 Billion) khusus untuk kompeni-kompeni urang Sarawak..Kita sik maok urang ngambik minyak kita, ngambik gas kita, kita tengok-tengok jak nangga (lihat). We don't want to be spectator.. we want to be participant.."

Adenan Satem telah menegaskan Sarawak tidak akan mengalah dalam tuntutan 20% royalti minyak. "Nyiur Gading tinggi mahligai, ketupat jua berisi inti. Hancur daging tulang berkecai, belum dapat belum berhenti."

5 comments:

  1. MEMANG CELAKA YAHUDIKINI MALAYSIAKINI NI…. PEMBOHONG!!

    ReplyDelete
  2. Org kata portal malaysiakini mendpt tajaan drpd luar. Itulah agenda musuh negara utk memecahbelahkan perpaduan rakyat sarawak dgn kerajaan persekutuan. Samalah juga portal sarawak report sarat dgn pembohongan hasil rekaan puak dajjal laknatullah utk menjahanamkan negara kita.

    ReplyDelete
  3. Najib xkisah..jnji jgn kacau imdb... dia biarkn media yahudi rosakkn pemikiran rakyat!

    ReplyDelete
  4. Salah KDN bg permit nk buat kecoh bt apa?

    ReplyDelete