Friday, March 27, 2015

DAP Sarawak keluar Pakatan Rakyat, DAP Pusat termangu-mangu..

DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada Pakatan Rakyat berikutan keputusan PAS yang menetapkan pendirian dengan tegas untuk melaksanakan hudud di negeri Kelantan.

Agak pelik kerana DAP Pusat masih lagi bertarik tali akan bentuk tindakan terhadap PAS dalam Pakatan Rakyat, tetapi DAP Sarawak melalui pengerusinya, Chong Chieng Jen dilihat telah mendahului kepimpinan partinya sendiri.

Di sini apakah DAP pusat dengan DAP Sarawak adalah dua parti yang tidak sama?

Atau

Adakah DAP Sarawak bukan Pakatan Rakyat sementara DAP Pusat adalah gabungan Pakatan Rakyat?

Atau

Adakah ahli-ahli DAP Sarawak tidak tertakluk pada peraturan dan perlembagaan parti serta bebas membuat keputusan atas nama parti tanpa perlu merujuk kepada kepimpinan pusat?

Atau

Parti DAP memang jenis boleh ikut main suka-suka cakap, asal lawan tetap lawan dengan BN Sarawak?


Integriti parti adalah penting. Penting dilihat mempunyai susunan dalam kepimpinan. Kalau sebelah Utara kata 'kita' dalam Pakatan Rakyat, sebelah Timur sepatutnya kena ikut keputusan parti pusat. Ini seolah gabungan DAP-PR dianggap tidak sah di Sarawak sebaliknya digunapakai di Semenanjung Malaysia. Nampak seperti DAP ada dua parti yang berlainan ketua. Begini keadaannya jika jadi pemerintah kerajaan, robohlah Malaysia..

Kesimpulannya, DAP hanya alat untuk meraih undi bagi menentang BN di Sarawak. Ia bukan kerana prinsip atau atas dasar perjuangan parti yang dilaung-laungkan dan sudah tentu ia sama sekali bukan untuk perjuangan membela nasib masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Ubahlah sekarang!

-Sarawakianmarks


DAP Sarawak Keluar Pakatan Rakyat Sarawak


KUCHING, 27 Mac (Bernama) -- DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

"Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.

Chong, yang juga anggota Parlimen Kuching MP dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, berkata resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.

Sementara itu, PAS Sarawak berkata ia menghormati keputusan DAP Sarawak untuk keluar daripada PR Sarawak.

Ketua Penerangannya Andri Zulkarnaen Hamden berkata beliau hairan dengan tindakan DAP Sarawak yang disifatkannya drastik dan merugikan.

"DAP Sarawak tahu undang-undang serta pluralisasi pelbagai etnik Sarawak tidak memungkinkan hudud dilaksanakan di negeri ini," katanya.

Katanya PAS Sarawak menyokong penuh keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment