Thursday, February 19, 2015

Sambutan dingin rakyat Sarawak terhadap Mat Sabu



Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di Sarawak dalam lawatannya bagi bersama pengundi PAS di Sarawak tidak mendapat sambutan.

Pada pagi tadi bertempat di Perkarangan Gerai, MDB Pekan Pusa, Mat Sabu bersama dengan Penasihat Undang-Undang PAS Sarawak, Ahmad Kerdee telah mengadakan ceramah bagi memperjelaskan isu Anwar Ibrahim.

Mat Sabu dalam ucapannya mengatakan tindakan Anwar Ibrahim dipenjarakan disebabkan konspirasi Barisan Nasional (BN) yang sememangnya mahu menjatuhkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Di samping itu, Mat Sabu selepas mendapat keterangan daripada PAS Sarawak memberitahu persempadanan 11 kawasan DUN Baru di Sarawak yang dilihat tidak adil dan menguntungkan BN.

Menjadi impian PAS Sarawak untuk terus bertanding di Beting Maro berdasarkan keputusan PRN Sarawak Ke-10 lepas yang hanya kalah tipis kepada calon BN-PBB.

Dalam majlis itu, Mat Sabu telah menyumbangkan sebanyak 6 buah basikal kepada anak-anak di kawasan Beting Maro.


Dianggarkan sekitar 50 orang penduduk sahaja yang hadir dengan kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berumur 50 tahun ke atas yang kebetulan melepak di kedai tersebut. - cetusankenyalang


2 comments:

  1. Tak yahlah nak jual temberang pasai PELIWAT kat orang Sarawak untuk dapatkan sedikit sokongan politik murahan. Mereka pun tahu apa bala yang ALLAH SWT akan berikan sekiranya mengangkat PELIWAT dan PENYOKONG TEGARNYA sebagai pemimpin. Benang yang basah sukar nak ditegakkan!

    ReplyDelete
  2. Aik...lepas pulak monyet nih k srwak..?

    ReplyDelete