Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

Gara-gara stiker #TangkapNajib, wanita ditahan polis di Kuching..

Tak perlu jadi 'macai' semata-mata nak tunjuk awak itu peka politik. Kalau tak suka Najib, apa untungnya yang kamu dapat dengan iklan untuk bagitau satu dunia kononnya kamu nak Najib ditangkap? Ada duit hasil iklan? elaun kempen?

Akhirnya susah yang datang mengundang..

Rakyat Sarawak tinggi budi bahasa, kalau berpolitik bukan dengan cara provokasi. Ini bukan budaya kita. Jangan jadi HIPOKRIT mengata politik orang semenanjung tidak beretika sedangkan kamu yang duduk di Sarawak melebih-lebih daripada orang bekerjaya yang makannya, tidurnya, hidupnya dikelilingi oleh politik segalanya..


Syabas PDRM.


Wanita ditahan polis untuk diambil keterangan.

Gambar sticker yang dimaksudkan


10 Ogos - KUCHING : Pihak polis semasa membuat rondaan pada pukul 2.55 petang, di hadapan Tabung Haji Travel, Jln Kulas, terserempak dengan sebuah kenderaan yang diletakan di tepi jalan.
Pemeriksaan lanjut oleh pihak polis mendapati terdapat perkataan ‪#‎TangkapNajib‬ berwarna putih dibelakang cermin kenderaan tersebut.

Pemilik kenderaan tersebut, seorang wanita berumur 31 tahun, telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk membantu siasatan polis.

Kes disiasat dibawah Sek 504 Kanun Keseksaan ( Dengan sengaja mengaibkan dgn niat hendak membangkitkan pecah keamanan ).


Hukuman sekiranya didapati bersalah :-

Boleh dihukum penjara sampai 2 tahun atau denda atau Kedua-duanya.
Pihhak polis nenasihatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana orang yang melanggar peraturan ini. Dan Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mempamerkan pelekat yang seumpamanya dimana-mana bahagian kenderaan.

KPD KUCHING.

Sumber artikel 

Saturday, November 29, 2014

Dr Mashitah di'bogel'kan oleh Dyana dan Rara

Laporan polis dibuat oleh MP DAP, Teo Ni Ching terhadap Dr Mashitah berikutan ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung UMNO di PWTC berkenaan isu pembakaran beberapa cebisan helaian Al-Quran oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut mereka, kenyataan Dr Mashitah tersebut mengundang rasa tidak senang dan boleh menimbulkan huru-hara dan berpecah belah. Difahamkan, laporan polis itu dibuat kerana dalam ucapan Dr. Mashitah menyeru perwakilan supaya jangan menjadi majoriti senyap atas kejadian bakar Al-Quran di Kedah yang turut mengandungi perkataan 'Rasa tercabar atau tidak?'

Artikel seterusnya di astroawani

Sugul saja raut wajah kedua ahli melayu DAP.. Rasa bersalah ke?

Sedih melihat dua gadis melayu beragama Islam yang merelakan diri mereka diperalatkan oleh DAP sekehendak hati.

Saat ini kita bukan lagi memperkatakan soal parti atau ideologi politik, tetapi kedudukan maruah bangsa dan agama sendiri. DAP tidak mungkin mempunyai kekuatan untuk mempolitikkan isu yang melibatkan agama, jika bukan dengan bantuan orang melayu itu sendiri.

Maka, apakah mereka sangkakan laporan polis yang dibuat oleh DAP terhadap Dr Mashitah itu sekadar bersuka-suka kemudian dilupakan, atau tujuannya untuk mencari publisiti? Dan apabila DAP mengajak bergambar bersama dengan dokumen dan laporan polis itu, adakah ia semata-mata untuk kenang-kenangan di hari tua?

Tidakkah mereka sedar apabila DAP mengambil tindakan ke atas isu seperti ini, ia dibuat dengan matlamat untuk menggambarkan kepimpinan orang Islam tidak lagi relevan buat rakyat di negara ini?

Apa sahaja bentuk serangan terhadap pemimpin-pemimpin kita pada hari ini akan dijadikan alasan untuk DAP mempertikaikan kredibiliti kepimpinan Islam di negara kita pada hari besok.

Semua yang dilakukan tercatat dalam laporan harian mereka dan direkodkan untuk strategi DAP pada masa depan. DAP cukup pakar dalam bab strategi, ahli melayunya tahu apa?

Jadi, apa sebenarnya yang diperjuangkan kedua ahli melayu ini bersama DAP?

Tanyalah diri, apabila orang Islam digunakan sebagai simbolik untuk menentang pendirian pemimpin Islam lain dalam perkara melibatkan maruah agama sendiri, pihak manakah sebenarnya yang dimalukan? UMNO atau Islam?


DAP mengajar orang melayu supaya membenci UMNO. Atas apa perkara pun, kaitannya dengan sentimen perkauman atau agama mesti ada diselitkan. Walhal UMNO tidak pernah sekelumit pun mengajak kaum India dan Cina menolak DAP melalui isu perkauman mahupun agama, jauh sekali untuk membuatkan mereka membenci pemimpin agama masing-masing.

UMNO cuma lantang memperjuangkan hak melayu/bumiputera dan agama Islam, begitu juga pemimpin-pemimpin parti lain yang sudah tentu mengutamakan hak bangsa masing-masing, jadi di mana salahnya? Wajarkah ia diamalkan secara hipokrit dengan melakukannya secara senyap-senyap sahaja?

DAP tidak sekadar membenci pemimpin-pemimpin UMNO sahaja, mereka mempertikaikan kedudukan Islam dalam pentadbiran negara dan keistimewaan bumiputera/melayu secara terang-terangan.


Ingatlah, tidak ada perjuangan yang lebih besar daripada mempertahankan syiar Islam di negara kita. Biarpun umno koyak rabak direntap lawan, Islam sama sekali tidak dijajanya bagi meraih sokongan politik kaum bukan melayu. Nafsu DAP itu buas dan rakus, walau diberi air seluas lautan ia takkan mampu menghilangkan dahaga mereka yang tak pernah puas.

Politik melayu adalah politik yang seimbang. Seimbangnya ialah kerana akan sentiasa wujud segolongan orang melayu bangang yang sanggup menentang dan mempertikaikan hak-hak keistimewaan yang dikecapi oleh bangsa sendiri. Bangsa melayu bukan rasis... yang rasisnya ialah orang yang tidak melihat apa yang orang melayu buat untuk menjatuhkan orang melayu yang berkuasa demi kepentingan politik bangsa lain...

Friday, November 28, 2014

Banner mencabar kedaulatan negara. Patutkah dibiarkan?

Majlis meraikan parti komunis malam besok ? Mengapa Dewan Serbaguna Cina?

Diharap pihak bertanggungjawab menyiasat siapa dalang yang semakin berani cuba mengembalikan ideologi komunis di negara kita. Kelihatan gambar pemimpin pembangkang turut digunakan untuk menarik sokongan golongan yang membenci kerajaan.




Perjungan yang berteraskan dendam kesumat sama sekali tidak akan menyumbang kepada keamanan lebih-lebih lagi perpaduan rakyat.

Buat barua pro-komunis yang lupa daratan... sumber daripada millitaryofmalaysia.net


KOMUNIS VS ANAK MELAYU ISLAM

1. Tidak kira siapa mereka, berambut gondrong atau berserban, apabila sudah mengangkat senjata menentang kerajaan Islam yang sah dan membunuh orang Islam yang lain, mereka ini tidak lebih dari banjingan dan pengacau.

2. Anda (Komunis) mengaku bahawa anda telah berjuang dengan penuh ikhlas untuk membebaskan negara ini dan kini anda kecewa kerana sudah dilupakan. Bagaimana dengan ribuan tentera Melayu Islam serta kaum-kaum bumiputera lain yang putus kakinya, patah lehernya, pecah dadahnya dan yang mati di atas taktik kamu yang pengecut dengan menanam ranjau pada laluan mereka.

3. Hari ini, kamu mahu kami mengiktiraf kamu, bagaimana pula dengan bapa saudara saya yang kamu belah isi perutnya hingga terburai di padang sekolah di bandar Segamat pada tahun 1946 dahulu kerana beliau seorang anggota polis dan kakitangan kerajaan.

4. Bagaimana dengan ribuan Melayu seperti aruah nenek saya, yang kamu taruh najis dan digaulkan bersama nasi untuk dimakan ketika beliau ditahan. Di mana kamu? wahai Komunis Melayu ketika rakan-rakan berbangsa Cina kamu menganiaya guru-guru agama kami dan anak-anak muda kami yang enggan mengikuti perjuangan kamu.

5. Bagaimana ribuan nasib anak bangsa yang tidak pernah minta diiktiraf dari zaman Datuk Bahaman, Mat Kilau sehingga ke penubuhan Rejimen Askar Melayu Pertama dan pahlawan kami seperti Leftenan Adnan yang mati tanpa lelah berjuang untuk negara ini.

6. Mereka di atas turut menentang penjajah, sultan-sultan kami juga menentang penjajah. Bagaimana nasib askar-askar kami yang menentang kamu apabila negara ini sudah mencapai kemerdekaan sedangkan kamu terus-terusan masih mengangkat senjata dan membakar hingga rentung daging anggota polis kami di Bukit Kepong pada 23 Feb 1950.

7. Kamu kata kamu berjuang untuk nusa, agama dan negara. Jika demikian bagaimana dengan ulamak kami, seperti Kiai Salleh, seorang guru mengaji yang mengangkat senjata menentang kekejaman soldadu kamu di Bandar Muar, Johor pada 1945.

8. Kamu pasti ingat bagaimana ulamak dan wali-wali Melayu ketika itu mengirimkan parang terbang untuk memutuskan urat nadi komunis kamu bukan?, Mengapa ya ketika itu ulamak dan wali-wali serta ribuan pendekar Melayu mengangkat selendang merah dan mengasah keris pusaka mereka untuk menentang kamu. Adakah mereka ini tali barut British?.

9. Kamu tahu kamu siapa? Buku merah komunis yang kamu gunakan dan diletakkan tinggi tarafnya dengan Bible serta Al Quran. Siapa yang mengarangnya, jika bukan Karl Marx, rakyat Jerman yang berketurunan Yahudi dan merupakan sebahagian dari agenda Dajal Al Masehi yang turut melaksanakan gerakan revolusi ke atas keluarga di raja Russia, Peranchis dan Amerika Syarikat sepaya mudah tangan-tangan halus ini menguasai dunia melalui perancangan yang sudah bermula ribuan tahun lepas.

10. Kamu pejuang kemerdekaan? Bagaimana kamu kata kamu pejuang kemerdekaan, sedangkan selepas 1957 kamu masih menyembelih dan mencungkil serta mencacatkan jenazah-jenazah askar Melayu yang beragama Islam sepanjang mereka berjuang menentang kamu di antara tahun 60, 70an dan 80an.

11. (UNTUK ORANG MELAYU BUKAN KOMUNIS) — Kamu pun satu bodoh…di mana kamu berada ketika negara ini diperjuangkan oleh orang Umno sehingga terpacaknya sebuah kerajaan Melayu Islam di rantau ini.

12. Kamu kata ini perjuangan kemerdekaan negara ini merupakan dakyah Umno, jadi kamu yang tolol dan buta sejarah ini sanggup menerima jika satu hari ada orang kata yang KAMU ORANG MELAYU BUKAN BERASAL DARI TANAH INI.

13. dan bahawasanya negara ini bukan dimerdekakan oleh pemimpin Melayu Islam dalam parti Umno tetapi KAUM LAIN yang tidak meletakkan diri mereka setaraf seperti kamu.

14. Hairan dengan kaliannnn…kamu membenci parti yang mewakili kaum kamu dan agama kamu sendiri, hari ini kamu menyokong partai pengganas yang berpaksikan kepada komunis, digerakkan oleh seorang lelaki bukan Melayu dan di dalam kitab komunisnya menolak semua kepercayaan beragama. Kamu patut ke neraka kerana fahaman inilah yang menerapkan ideologi bahawa “AGAMA ITU ADALAH CANDU MASYARAKAT” dalam erti kata lain, agama itu melalaikan.

15. Hari ini kamu kata sejarah yang ditulis menipu kamu???? Kamu sudah membaca sejarah Singapura? Apa perasaan kamu di mana buku-buku teks sejarah di Singapura menyatakan bahawa pulau itu ditemui oleh Stamford Raffles, TANPA MENYEBUT SEDIKIT PUN MENGENAI SANG NILA UTAMA dan kerajaan Melayu yang sudah sedia ada di situ.

16. Buku sejarah Singapura menipu kamu, orang Melayu Singapura disebabkan kepentingan-kepentingan kaum satu lagi yang kini menjadi semakin dominan apabila Kamu, duhai anak Melayu yang tolol berpecah.

17. Sejarah negara ini tidak pernah menipu kamu kerana kalendar dan memo negara ini ditulis oleh orang Melayu sendiri. Gampang kamu ini kerana tidak mahu membaca sejarah kamu sendiri yang ditulis dengan tinta airmata dan darah, kamu tahu peristiwa Kalabakan??? Kamu tahu Kiai Salleh? Kamu tahu peristiwa Natrah? Kamu tahu 13 Mei, Kamu tahu Konfrantasi? Kamu tahu peristiwa Bukit Payung? Kamu tahu tragedi Batu Pahat Okt 1980, Mana letaknya maruah kamu wahai Melayu.

18. (UNTUK SEGELINTIR PEJUANG MELAYU ISLAM) — Biarkan mereka ini. Hari ini kuasa kita mengecil tetapi apa yang berlaku merupakan aturan Allah Taala. Nampak gayanya pada saat kita berpecah, semakin banyak fahaman asing yang masuk dan meracuni pemikiran yang dikatakan “Open Mind” anak-anak muda kita yang masih merangkak di universiti.

19. Mereka ini memang tolol, secara tidak langsung. Menyokong kembalinya seorang komunis seperti Chin Peng. Sebenarnya, agenda sebenar kaum satu lagi ini ialah untuk mengangkat lagenda Chin Peng sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

20. Cuba kalian bayangkan impaknya 20-30 tahun lagi, sejarah akan tertulis semula bahwa Chin Peng pejuang dan kaum satu lagi ini sudah membuktikan sumbangan mereka kepada kemerdekaan dan dengan mudahnya, sejarah dirombak meminggirkan lagi orang Melayu.

21. Kalian harap bersabar, ini bukan saat kita meraung, rapatkan saf dan susun juzuk perjuangan, kita mungkin pernah melakukan kesilapan tetapi segala yang berlaku adalah urusan Allah Taala.

22. Kepada pejuang Melayu Islam, bangkit saudara…ini bukan masa untuk berdiam. Jangan malu memakai songkok.

Saturday, November 22, 2014

Langkah BIJAK! PDRM, ATM nak serbu PATI.. dia kantoikan pula...

Langkah kerajaan mengarahkan pasukan PDRM dan ATM untuk membanteras pencerobohan warga asing di Cameron Highlands merupakan satu keputusan yang amat dialu-alukan. Laporan berita melalui link di bawah;

Polis, tentera akan gempur Cameron Highlands waktu malam - astroawani

Ia susulan luahan kecewa baginda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang murka dengan kejadian pencerobohan tanpa kawalan di negeri naungannya sehingga menjadi punca kepada tragedi yang mengorbankan nyawa berikutan banjir lumpur baru-baru ini.

Bagaimanapun, secara tidak langsung ia menggambarkan keadaaan di Genting Highland dalam keadaan darurat. Kali terakhir kerjasama membanteras pencerobohan secara besar-besaran melibatkan kedua pasukan itu ialah ketika di Lahad Datu, Sabah.

Cuma yang kita persoalkan tindakan DS Najib itu ialah,

1.  KENAPA MESTI NAK BAGITAHU SATU DUNIA ATM DAN PDRM AKAN BUAT OPERASI SERBUAN TERHADAP PATI PADA WAKTU MALAM?

2. KENAPA TIDAK DITERANGKAN SEKALI LOKASI, MASA DAN JUMLAH KEKUATAN ANGGOTA YANG TERLIBAT DALAM OPERASI ITU?

Tindakan itu secara semulajadinya akan menghalang penangkapan PATI yang bermaharajalela di Pahang jika mereka awal-awal lagi dapat melarikan diri, mengelak daripada diserbu. Ayam yang buta malam pun akan lari jika tahu akan ditangkap.

Apapun, pilihan terbaik ialah dengan menggunakan kekuatan pasukan pertahanan kita untuk mengawal kegiatan PATI yang semakin menjadi-jadi di negara kita. Malangnya, pihak ketiga yang menjadi dalang sebagai penggalak kemasukan PATI ini tidak pula diberi perhatian dalam media.

Contohnya,

Siapa majikan yang menggaji PATI
Siapa yang melakukan urusan perniagaan dengan PATI
Siapa yang menjadi dalang sindiket pencerobohan PATI
Siapa yang membantu memasarkan produk hasil kerja PATI

Mereka inilah yang wajib dibanteras sehingga ke akar umbi. Harus diingat, selagi ada permintaan yang tinggi terhadap penggunaan tenaga kerja PATI selagi itulah masalah pencerobohannya tidak akan selesai sampai bila-bila.




Thursday, November 20, 2014

Selepas PPS, wujud NGO menyerupai PDRM menggemparkan negara

Bermacam-macam cara pihak tertentu cuba nak wujudkan pasukan keselamatan sendiri.. Sebelum ini PPS pro-DAP di Pulau Pinang disiasat kerana menyalahgunakan nama NGO untuk membuat pasukan berunifom sendiri seperti PDRM.

Kali ini Briged PPPM atau nama NGOnya Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia muncul dengan penampilan lebih berani. Persatuan yang asalnya ditubuhkan sebagai sukarelawan untuk membantu pasukan keselamatan mencegah jenayah di kawasan mereka. Tetapi kini lain pula jadinya.. Mereka dilihat sudah ada jawatan pegawai, dengan tag pengenalan, entah mungkin bergaji bulan seperti kakitangan kerajaan juga.

Sekali pandang tak ubah seperti PDRM.. uniform gelap lengkap dengan epaulet dan ribbon bar.  Apa pandangan anda?


Mereka juga dilihat menjalankan penguatkuasaan memeriksa premis dan kedai-kedai. Rujuk pada gambar bawah.. Penulis kurang faham, adakah sebuah persatuan NGO mempunyai kuasa untuk menjalankan tanggungjawab seperti pihak penguatkuasa kerajaan? Sekiranya pemilik premis enggan bekerjasama, apa pula bentuk tindakan yang akan diambil mereka? 


Kes terbaru, 2 orang daripada anggota mereka telah ditahan lengkap dengan kereta peronda mirip MPV pasukan peronda PDRM. Dalam kad beliau jelas tertera nama Briged PPPM yang mengandungi maklumat nombor ahli, cawangan dan jawatan - Ketua Inspektor dan Konstable? Cukup hebat, apa sebenarnya yang sedang berlaku di negara kita?

 
Kereta 'polis' PPPM?
Negara kita sekarang terancam bukan oleh anasir daripada luar sahaja, bahkan terdapat segelintir pihak yang menggunakan NGO sebagai lesen untuk melakukan kerja-kerja tertentu bagi pihak yang berkepentingan. Tidak pasti samada PPPM yang sebenarnya terlibat atau sebaliknya. Tetapi melihat daripada gambar yang ada menunjukkan nama PPPM jelas digunakan.

Kita tidak mahu wujud satu pasukan mirip pasukan keselamatan sendiri yang boleh mengelirukan orang awam yang dibentuk kononnya untuk kepentingan masyarakat. Akhirnya nanti mereka tubuhkan unit bersenjata pula. Diminta pihak berkuasa siasat tindakan seperti ini sehingga ke akar umbi.

Di bawah adalah laporan kosmo berkenaan penahanan seorang anggota PPPM


Polis siasat Briged PPPM - Kosmo


KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Briged Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) kerana didapati menggunakan kenderaan mirip kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Peta­ling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menjalankan siasatan itu selepas seorang anggota pa­sukan kereta peronda polis membuat laporan mengenai kehadiran kenderaan yang digunakan NGO itu di sebuah kawasan Seksyen 17, Petaling Jaya, Se­langor baru-baru ini.

Mengikut laporan itu, anggota polis terbabit mendapati kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki ahli NGO tersebut menggunakan corak petak-petak warna ku­ning dan biru yang seakan-akan sama dengan kereta peronda polis.

“Belum ada laporan polis mengenai kekeliruan ini, bagaimanapun pihak kami sedang menyiasat kesalahan yang mungkin dilakukan pihak ber­kenaan (Briged PPPM),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Briged PPPM ditubuhkan Julai lalu bertujuan mengawasi kawasan perumahan di seluruh negara yang didakwa mempunyai masalah jenayah.

Setiap ahli Briged akan memakai pakaian sera­gam berwarna hitam serta lambang pangkat seakan-akan pasukan keselamatan.



Monday, November 10, 2014

JPJ mahu orang ramai mati 5,358 orang sahaja? Apa jenis punya statement daa..

Cuba dengar kenyataan pengarah JPJ melalui astro awani..

Semacam tak kena tempat apa yang dia cakap. Dengan operasi yang dibuat, JPJ cuma nak orang ramai mati seramai 5,358 sahaja...

Penonton dengar pun pelik... sepatutnya dia kata mengurangkan risiko kemalangan maut, bukannya kata nak kematian sekian sekian ramai...

Mungkin dia bercakap dalam keadaan separa sedar...


JPJ buat operasi bersepadu yang melibatkan kerjasama dengan SPAD dan PDRM. Menurut pengarah JPJ, ancaman utama kepada negara ini adalah kemalangan maut.

Operasi tersebut mensasarkan kepada 3 matlamat utama iaitu ;

1. No plat yang tidak mematuhi spesifikasi.
2. Kadar ketelusan cermin gelap.
3. Penggunaan lampu HID.

Operasi tersebut akan bertempat di 100 lokasi yang berbeza melibatkan seluruh Malaysia. Sebanyak 211 pasukan khas ditubuhkan untuk memastikan pemilik kenderaan mematuhi undang2 jalanraya.

Tujuan utama operasi dilakukan adalah untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan. Pada tahun 2013, kematian maut akibat kemalangan ialah sebanyak 6,915 nyawa. Ia melibatkan 477,500 jumlah kemalangan yang direkodkan.

Maka, JPJ mahu mengurangkan jumlah kematian tersebut memandangkan mereka ada KPI yang perlu dipatuhi. Menerusi KPI yang disasarkan oleh JPJ, jumlah mereka2 yang perlu mati akibat kemalangan jalanraya menjelang 2020 adalah sepatutnya tidak melebihi dari angka 5,358 sahaja.

JPJ mahu melakukan operasi agar jumlah yang perlu mati akibat kemalangan ialah sebanyak 5,358 sahaja. Ini adalah teori on paper. Menerusi prediction JPJ, jika operasi ini tidak dijalankan, jumlah yang akan mati akibat kemalangan adalah sebanyak 10,716.

Tujuan utama adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan automotik mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan di jalanraya.



Thursday, November 6, 2014

Rancang Mansuhkan Akta Hasutan 1948 - Kesilapan terbesar Najib


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin sekali lagi mengecewakan pro-BN apabila menegaskan akan meminda Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional pada masa depan.

Katanya institusi raja-raja, agama Islam dan ketuanan melayu tidak akan tergugat dengan terhapusnya Akta Hasutan.

Adakah ini salah satu pelan transformasi politik negara yang diputuskan oleh Najib dan Hishammuddin, ataupun pelan yang telah dipersetujui oleh semua perwakilan BN di Parlimen?

Tidakkah mereka sedar trend pelampau politik di media sosial sekarang yang semakin berani mencabar kedudukan raja-raja, agama Islam dan hak Bumiputera? Tidakkah mereka sedar betapa agresifnya hasutan desakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) walaupun kini kempennya sedang dibuat secara senyap-senyap?

Akta Hasutan merupakan satu-satunya benteng terakhir kepada apa yang diperjuangkan oleh parti selama ini.

Jika kerajaan meneruskan hasrat memansuhkan Akta Hasutan, apa jaminan Hishammuddin dan Najib bahawa tidak berlakunya rakyat menghasut untuk meminda Perlembagaan dan mengancam institusi beraja?

Pelampau di kalangan rakyat akan bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Dan jika ini berlaku, DS Najib dan DS Hishammuddin adalah orang yang paling bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Jangan biarkan rakyat melihat ia sebagai tindakan demi kelansungan politik masing-masing. Puak Pembangkang tidak akan dapat dipuaskan. Mereka seperti serigala.. korban seekor ayam tidak mencukupi, korban seratus ekor ayam juga tidak mencukupi. Mereka mahukan Putrajaya, UMNO nyah darinya.. Jadi usah menjilat pembangkang kerana mahu dihormati.

Ramai pemimpin BN tidak bersetuju tindakan hapus Akta Hasutan..Ketua Polis Negara juga mahu supaya Akta Hasutan dikekalkan. Begitu juga penyokong dan pengundi BN, malah sebilangan rakyat yang mengutamakan keamanan tanpa provokasi kaum dan agama.

Jadi suara siapa lagi yang mahu didengari pemimpin tertinggi kita ini jika bukan suara pengundi dan penyokong mereka sendiri?


P/S: Akan seronoklah Ali Abd Jalil, Alvin Tan dan Doris Jones.. bebas daripada pertuduhan, mereka pun kembali ke tanah air dan meneruskan peranan menghasut dengan lebih agresif lagi..

Terima Kasih Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Hishammudin!


Pindaan Akta Hasutan Tidak Gugat Perjuangan Umno - Hishammuddin



KUALA LUMPUR 5 Nov - Tiang seri perjuangan UMNO, iaitu institusi Raja, agama Islam dan ketuanan Melayu tidak akan tergugat jika Akta Hasutan dipinda.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menegaskan Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini akan memberi penekanan kepada pengekalan tiang seri berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rakaman rancangan Soal Jawab terbitan TV3 di Sri Pentas sebentar tadi.

Menteri Pertahanan itu turut mengesahkan isu Akta Hasutan 1948 akan menjadi antara usul yang akan dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 yang berlangsung pada penghujung November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC).

Majlis Tertinggi UMNO turut melantik beliau untuk mempengerusikan Jawatankuasa Usul dan Jurucakap bagi mendekati jurucakap yang dipilih dan dilantik oleh kepimpinan negeri.

Untuk rekod, Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung pada 27 November hingga 29 November ini.

Najib pada tahun 2012 mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada pelan transformasi politik negara.

Wednesday, November 5, 2014

Gambar adik Ahmad Rafikin yang hilang ketika marathon

Kejadian kehilangan misteri adik Ahmad Rafikin Azman menimbulkan banyak persoalan kenapa ia boleh berakhir dengan tragedi. Bukan kita nak salahkan sesiapa cuma sedikit hairan, bagaimana marathon dipantau dan ada berapa check-point ditugaskan oleh pihak penganjur sehingga peserta boleh melencong keluar dari laluan?

Jungle trecking adalah salah satu sukan lasak yang ada risikonya tersendiri. Sudah banyak kes peserta tersesat melibatkan aktiviti-aktiviti lasak berlaku di negara kita lebih-lebih lagi di kawasan hutan dan gunung. Kehilangan peserta sebelum ini juga pernah melibatkan pelajar kolej, guru-guru, atlet malah warga asing yang dianggap berpengalaman dalam aktiviti lasak.

Semoga pihak yang menganjur tidak memandang remeh aspek keselamatan para peserta sekalipun laluan trek cuma di pinggir hutan atau kaki gunung.

Gambar di bawah menunjukkan adik Rafikin (berbaju hitam) sedang mengikuti larian Marathon pada 1hb Nov yang lalu.



Ucapan penghargaan kepada semua pihak bomba, polis, askar, penduduk kampung, individu dan pihak lain dalam membantu gerakan mencari arwah Rafiqin dari hari pertama sehingga hari keempat dijumpai.

Cuma terkilan ada beberapa page yang melaporkan info palsu yang sama sekali rekaan semata2 sehingga menimbulkan salah faham yang telah menyinggung perasaan keluarga mangsa. Al Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Rafiqin Azman semoga ditempatkan di kalangan orang beriman.


Ada banyak gambar-gambar lain yang lebih jelas serta pengalaman individu yang terlibat dalam operasi SAR untuk dikongsikan. 



Friday, October 31, 2014

Jenayah bom di Kuala Lumpur lagi...



Dua bahan letupan kecil telah dimusnahkan oleh skuad pemusnah bom di Jalan Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur,  petang semalam.

Bom tersebut diletakkan di dalam sebuah beg dan berada hanya 5 kaki di depan pintu pejabat Maybank, ditemui oleh staf bank yang bekerja di bangunan itu kira-kira jam 4 petang.

The Star Online melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asst Comm Zainol Samah berkata bahan letupan itu diletakkan di dalam beg bagasi berwarna kelabu.

Sepasukan skuad pemusnah bom yang dihantar ke tempat kejadian telah memusnahkan bom yang pertama pada pukul 7.30pm dan bom kedua, lima minit kemudian.

Kes sedang disiasat kerana melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kerosakan awam di bawah kanun keseksaan.


Kredit kepada siakapkeli.com dan thestar.com.my

2 ditembak mati - Gerakan pengganas sulu di Penampang, Sabah?

Menurut media, dua penjenayah yang ditembak mati di Penampang, Sabah dipercayai pengganas sulu.. 

Sekarang masalah pengganas sulu sudah merebak dari Semporna dan Lahad Datu ke Kota Kinabalu? 



Penampang - Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menurut sumber polis, pihaknya membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu - (Sumber) di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.

"Suspek berusia 30-an dan 50-an berasal dari Kota Kinabalu. Mereka juga sedang cuba melakukan samun bersenjata di kawasan kedai itu. Polis kini sedang mengesan saki baki kumpulan ini dan mereka juga dipercayai mula aktif di luar kawasan pantai timur Sabah," katanya.

penduduk pekan itu panik seketika dengan insiden berbalas tembakan di kawasan perniagaan Penampang Baru itu.

Saksi kejadian seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang tidak ingin dikenali, mendakwa beliau mendengar tembakan dilepaskan di kawasan perniagaan itu.

"Saya sedang bekerja, terdengar bunyi seperti barang jatuh dan saya keluar dari kedai ternampak sekumpulan lelaki bersenjata memakai topeng melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Pekerja kedai makanan itu berkata, beliau bersembunyi di kawasan kedai itu dan sempat melihat sekumpulan anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa yang ditembak mati.

Beliau berkata, melihat anggota polis membawa masuk dua plastik hitam dipercayai mayat mangsa yang ditembak.

Tinjauan mendapati polis menutup dua blok perniagaan dengan memasang tali kuning bagi melarang mana-mana pihak memasuki kawasan itu.

artikel sumber

Thursday, October 30, 2014

Bantuan Interpol buru Alvin & Ali

Lari ke luar negara dan lambat sikit kena tindakan bukan bermakna boleh lepas hukuman sewenang-wenangnya. Negara kita ada undang-undang. Di negara orang pun ada undang-undang.. Tak mungkin dibenarkan tinggal di sana selama-lamanya..




KUALA LUMPUR 29 Okt - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan kepada Interpol di Perancis untuk membantu pihaknya menahan seorang aktivis Ali Abd Jalil dan penulis blog, Alvin Tan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, permohonan itu dibuat setelah kedua-dua mereka cuba memohon perlindungan politik di luar negara.

Ali memohon suaka di Sweden manakala Alvin di Amerika Syarikat.

"Polis telah memohon 'red notice' kepada Interpol. Jadi kita tunggu jawapan," katanya kepada pemberita pada Seminar Ketua Polis Daerah, di Maktab PDRM Cheras di sini, hari ini. 

Alvin, 26, dan teman wanitanya Vivian Lee, 25, telah didakwa mengikut Akta Hasutan kerana ucapan Ramadan di laman blog mereka, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini pada tahun lepas.

Kes mereka masih dalam perbicaraan.

Ali juga menghadapi tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya.

Sumber

Saturday, October 18, 2014

Memalukan! Demonstrasi peguam cara street justice!

Ini rupanya yang dinamakan ahli Majlis Peguam Malaysia atau Bar Council. Daripada perbuatan yang ditunjukkan, mereka langsung tidak mencerminkan diri sebagai pengamal undang-undang.

Terlalu banyak politikingnya mengalahkan parti politik. Tak ada etika. Tak ada gaya pengamal undang-undang yang rasional dan profesional. Saja nak jaja cara selesaikan masalah di jalan-jalan raya.

Mungkin dah sampai masanya kita desak kerajaan mansuhkan Bar Council yang menjadi kudis kepada institusi badan kehakiman negara. Mungkin ada di antara mereka yang terlibat itu mempunyai kepentingan peribadi bila Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

Betul kata YB Zul Nordin. Mereka amal politik dua alam atau politik luar tabie! Baca komen beliau di bawah ;





WALK - 2 - PENJARA
(Entri terbaru dipetik drpd zul4kulim.blogspot.com)

Salam 2 all.

Saya mencabar Bar Council dan penyokong pro pembangkang dan kumpulan extremis liberal yang ditaja dengan dana asing - make up your mind!

Mereka mengadakan bantahan dan demonstrasi termasuk Walk-4-Freedom untuk mendesak supaya Akta Hasutan dihapuskan!

Tetapi diwaktu yang sama, mereka mendesak supaya Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan kononnya atas dakwaan Datuk Ibrahim Ali mahu membakar bibel kristian versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah!

Dan mereka juga mendesak Abdullah Zaik Presiden ISMA dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan konon kerana menghina kaum Cina!

Tetapi bila penyokong mereka Aziz Bari dan Azmi Shahrom dikenakan tindakan, mereka dakwa Akta Hasutan undang-undang drakonian dan mesti dihapuskan!

Mana yang satu yang kamu mahu?

Apakah apabila Akta Hasutan kena batang hidung kamu, segera kamu minta ianya dihapuskan; tetapi bila ianya menguntungkan kamu dari segi politik, kamu pula mendesak Akta Hasutan digunakan?

Inilah amalan politik dualam cakap tak serupa bikin dan putar belit politik mainan pembangkang!

Ini adalah politik hipokrit tahap gaban, atau lebih dikenali sebagai POLUT - Politik Luar Tabie!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
23 Zul-Hijjah 1435
17 Okt 2014



Friday, October 17, 2014

Terbaik!!! PDRM harus lebih banyak unit seperti ini!


Kejar penjenayah senang.. nak pintas belah mana tak ada masalah. Kejar mat rempit satu hal sekarang dah banyak kerenah. Mereka pakar bab 'cilok-mencilok' tempat sesak, malah sanggup redah jalan arah berlawanan.. Kalau berani, lumbalah dengan kuda yang tak takut longkang dan semak..

Naik kuda dapat hilangkan stress tugas. Minyak naik harga pun tak terkesan. Minyak tak ada pun kuda masih bebas bergerak.

Marilah ternak kuda banyak-banyak macam ternak lembu... .Lupakan saja unit kawasaki ninja250 yang tak laju itu...




Tuesday, October 14, 2014

Ancaman Ketua Polis Negara di Tong-Sampahkan!

Dia datang lagi dengan ujian buat IGP


Walaupun geram, dia berani mencabar Ketua Polis Negara tapi ada juga bagusnya.

Bagusnya ialah supaya membuka mata semua pihak, ia adalah penentu ukur sesungguh mana pihak PDRM dalam mencari pesalah atau hanya sekadar gah melalui media sahaja dan sehebat mana pihak PDRM itu dalam nak menjejaki mereka.

Pembangkang pasti sedang menahan gelak, lihatlah nanti sindiran mereka dalam media sosial.

Ada juga rakyat Malaysia lain yang melampau, buat provokasi dengan isu berbeza, tapi seolah-olah dibiarkan sahaja sampai sekarang.

Satu contoh Doris Jones SSKM. Tiada apa-apa tindakan, kenyataan polis pun sama.. Dulu kata Polis Sabah buru dan terus memburu tapi tiada kesudahan cerita.. Maka mereka pun merasakan diri mereka kebal mengatasi undang-undang Malaysia... Mereka mengiktiraf undang-undang negara asing tapi mempertikaikan undang-undang di negara sendiri. Bila Doris Jones mencabar kerajaan Malaysia ke mahkamah di luar negara, menteri-menteri kita pun senyap sahaja...

Tan Sri IGP sebelum ini menyatakan komitmen nak buru Alvin sampai ke lubang cacing, tapi apa tindakan yang telah dibuat? Jika berlaku begini sedangkan Alvin masih bebas melancong, tentu akan menjadi inspirasi kalangan spesis Ultra Kiasu lain untuk mencabar pihak berkuasa di luar negara.

Jangan ikut kegarangan Menteri KDN yang hanya seperti ayam berkokok di awal pagi, senyap di tengahari.. Walaupun zaman H2O dulu terkenal dengan 'amarannya', tetapi dia tetap beri amaran, amaran dan amaran dalam setiap isu sehingga akhirnya dia ditukarkan.. hehe..

Tak sabar rasanya tunggu berita Polis Di Raja Malaysia menangkap Alvin Tan bawa balik ke Penjara Malaysia. Dah tentu ramai rakyat Malaysia akan beratur menyambut kepulangannya dengan gembira sambil meludah budak ni sorang-sorang..

Sumber gambar: http://panggungopera.blogspot.com/2014/10/cari-si-celaka-ni-sampai-lubang-cacing.html

Wednesday, October 8, 2014

Siapa Gangster Pakatan yang kena tangkap pukul 2.30 pagi?



Hebat KL Gangster sorang nie. Dia mengaku dirinya berpangkat Dato' waktu ditahan polis selepas dikejar dengan kelajuan tinggi dari Nilai ke Serdang kelmarin.

Dia mengaku dirinya 'lawyer' dan rakan baik pemimpin pembangkang, naik mercedes guna tinted gelap pekat bawa kereta macam samseng. Padanlah polis tahan kereta serupa macam tu.

Jadi suku-sakat pembangkang ini ingat kebal undang-undang ke? Apa bagi pembangkang, undang-undang letak bawah tapak kaki ke?

Tailong, apa lu mau buat sekarang? Ini jer cara mau kasi lu ingat. King punya tempat lu tak bleh masuk, Dragon pulak lu mau backup ka? Ini macam lu mau main sama gua ar...? Ini macam lu sudah idup lama ka apa? (pinjam skrip kl gangster)

Syabas buat PDRM, tahanlah mana-mana kereta yang mencurigakan terutama waktu pagi buta pukul 2.30am, tak kira lah dia itu ketum ke, bapak ketum ke, atau bapak tiri kepada mak sedara ketum, selagi mereka tak ikut peraturan, polis boleh menahan mereka untuk diperiksa.

Sekarang ini polis kena bersiap siaga berdepan segala risiko. Kejadian jenayah bersenjata sangat kerap berlaku lebih-lebih lagi pada waktu dan keadaan yang sangat mencurigakan.

Cerita penuh di sini..http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/07/Suspect-claims-to-be-Datuk-to-avoid-arrest/