Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, June 6, 2016

Kenyataan Muhammad Ali yang mengemparkan dunia satu ketika dulu

Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa pada hari yang pertama ini dan hari-hari berikutnya sehinggalah menjelangnya Syawal. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan beserta ibadah mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan di sini Allah. Amin.

*****

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan pemergian lagenda tinju dunia, Muhammad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 3hb Jun 2016. Beliau bukan sahaja terkenal dengan karier tinjunya, tetapi juga disebabkan penghijrahan beliau kepada Islam serta dakwah yang cuba disampaikan kepada masyarakat Amerika ketika hayatnya.


39 tahun yang lalu beliau pernah menggemparkan para peminatnya dengan kenyataan-kenyataan beliau tentang alam selepas kematian, nasib beliau setelah mati dan arah tujunya samada ke syurga atau neraka.

Apa yang dikuatiri beliau pada 39 tahun yang lalu, bagaimana nasibnya selepas mati kini mula dilalui beliau. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui keadaan setiap hambanya yang telah mati, wallahualam.

Sebagai umat Islam, bersamalah kita mendoakan keselamatan beliau moga-moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Di bawah ialah terjemahan video beliau yang diringkaskan apabila ditanya oleh salah seorang peminatnya mengenai apa yang akan dibuat beliau setelah meninggalkan sukan boxing/tinju dunia..




Soalan Peminat :

Saya ingin tahu apakah yang anda akan buat setelah bersara daripada sukan Boxing?

Muhammad Ali :

Setelah saya bersara daripada Boxing, saya benar-benar tidak tahu.. Saya mahu menyatakan sesuatu di sini, ia mungkin akan membuatkan anda semua terfikir… kehidupan ini benar-benar singkat.

Jika diambil kira kesemua perjalanan anda, semua waktu tidur anda, persekolahan anda, hiburan anda, berkemungkinan separuh daripada kehidupan anda itu tidak berbuat apa-apa (sia-sia). Saya sudah berusia 35 tahun sekarang.. dalam 30 tahun lagi, saya akan berusia 65 tahun. Kita tidak lagi mempunyai pengaruh, kita tidak mampu berbuat apa-apa pada usia 65, isteri anda akan memberitahukan itu kepada anda kelak.

Dan apabila anda berusia 65 tahun, tidak banyak lagi perkara yang boleh dibuat. Jadi, sedarkah anda yang saya akan berusia 65 pada 30 tahun akan datang?

Dalam 30 tahun itu, saya mengambil masa untuk tidur selama 9 tahun. Saya tidak mempunyai 30 tahun waktu siang. Saya kena berangkat pulang ke Amerika dan ia mengambil masa 6/7 jam. Kesemua perjalanan saya, mungkin mengambil masa 4 tahun untuk 30 tahun yang akan datang. Television, movie, hiburan, kesemuanya mengambil masa sekitar 3 tahun.. Daripada 30 tahun tersebut, saya berkemungkinan hanya mempunyai lebih kurang 16 tahun sahaja waktu produktif.

Jadi beginilah keadaannya apabila kita membahagikan kehidupan kita satu persatu. Apa yang saya akan buat dalam 16 tahun akan datang? Apakah perkara terbaik yang saya boleh buat?

- Mempersiapkan diri untuk menghadapi Tuhan (Allah Azzawajalla)

Pulang ke kampung halaman, menguruskan perniagaan, mengajar para peninju, kesemuanya tidak akan membawa saya ke syurga (al Jannah). Berapa ramai kalangan di sini yang percaya wujudnya Maha Pencipta, percaya wujudnya Tuhan? Berapa ramai yang percaya terdapatnya satu kuasa yang mencipta matahari, bulan, bintang?

Berapa ramaikah yang percaya bahawa kesemua ini tidak akan wujud dengan sendirinya? Ada sesuatu yang lebih bijak daripada kita yang telah menciptanya.

Berapa ramaikah yang percaya akan kewujudan tuhan?
Berapa ramai pula yang percaya tuhan tidak wujud?

Baiklah, jika saya memberitahukan anda, gelas ini wujud secara tersendiri.. gelas ini mencipta dirinya sendiri, tiada manusia yang membuatnya adakah anda akan percaya? Adakah anda akan percaya benda ini membuat dirinya sendiri?

Tidak…

Bila saya memberitahu anda, anda tentu tidak akan mempercayainya, bukan?

Jika saya memberitahu yang stesen television ini wujud dengan sendirinya, tanpa dibuat manusia, anda akan mengatakan yang Muhammad Ali sudah gila…

Baiklah, jika gelas ini tidak mampu membuat dirinya sendiri, jika saya memberitahu pula bahawa pakaian yang anda pakai itu menganyam dirinya sendiri, tiada sesiapa menciptanya, serta membuat dirinya sendiri, sudah tentu anda tidak akan percaya..

Tetapi, jika pakaian itu tidak membuat dirinya sendiri, gelas itu pula tidak mampu membuat dirinya sendiri, jika bangunan ini tidak dibuat dengan sendirinya, bagaimana pula Bulan boleh wujud di luar sana? Bagaimana bintang dan Jupitar, Neptune dan Marikh dan matahari, bagaimana dengan alam semulajadi?

Bagaimana kesemua ini boleh datang jika tiada kebijaksanaan, sesuatu perancang yang mengatur segalanya? Jadi apa yang ingin saya katakan di sini, ialah saya percaya bahawa kita semua akan diadili. Haruskah orang seperti Hitler yang telah membunuh kesemua kaum Yahudi terlepas begitu sahaja?

Seseorang akan menghukumnya.. mungkin dia tidak dibalas pada masa ini, tetapi dia akan dihukum apabila dia sudah mati kelak. Dalam neraka selama-lamanya..

Jadi, apa yang saya akan buat bila saya meninggalkan sukan Boxing?

- Ialah membuat persiapan untuk menemui Tuhan, kerana pesawat saya mungkin boleh meletup (bila-bila masa). Bukankah pesawat kadang-kala meletup di negara ini dan terhempas? Bukankah manusia mati setiap hari? Ia sesuatu yang menakutkan untuk memikirkan yang saya akan ke neraka dan dibakar selama-lamanya.

Jadi apakah yang akan saya buat?

Sebab kenapa saya ambil keputusan berikut, saya akan terangkan kepada anda persoalan tadi.. Anda bertanyakan soalan yang tidak boleh saya jawab dengan begitu sahaja..

Apabila saya meninggalkan sukan Boxing atau apabila saya melaluinya.. saya akan buat segala yang termampu untuk membantu orang ramai, itulah sebabnya saya berada di sini bersama Johnny Walker. Di sini terdapat lelaki miskin, sepanjang perjalanannya untuk datang ke Amerika.. Terdapat juga segolongan budak lelaki yang memerlukan sedikit wang.. dan ‘seseorang’ telah menyeru saya untuk membantu mereka.

Tuhan sedang memerhatikan saya.. Tuhan tidak memuji saya kerana telah menewaskan Joe Frazier. Tuhan tidak memberikan sesuatu apapun kerana Joe Frazier..

Tuhan tidak kisah satu apapun tentang England atau Amerika sepertimana kita yang mengambil berat tentangnya.. Ia semua adalah milikNya. Dia mahu melihat bagaimana perlakuan kita terhadap orang lain, bagaimana kita membantu orang lain..

Jadi, saya akan dedikasikan (meluangkan) hidup saya, menggunakan nama dan pupolariti saya untuk membantu badan kebajikan, membantu orang ramai, menyatukan manusia.. manusia mengebom antara satu dengan yang lain disebabkan perbezaan agama, kita mahukan seseorang dalam dunia ini membantu wujudkan keamanan. Jadi bila saya mati, jika syurga itu ada, saya mahu melihatnya.
Kerana berapa lama kita boleh hidup? 80 tahun?

Kebarangkalian sebahagian daripada kita dalam bilik ini mungkin akan mati dalam 20 tahun akan datang, sebahagian mungkin akan mati 50 tahun akan datang, sebahagian akan mati 30 tahun, sebahagian lagi mungkin akan mati 60, 70 tahun akan datang.. Lambat laun, kita semua akan mati juga.

Dan jika anda hidup, katakan untuk 125 tahun ianya tidak mungkin bukan? Katakan anda hidup sehingga 250 tahun dan mengecapi seks untuk 145 tahun dalam waktu tersebut, akhirnya anda akan sampai ke penghujungnya juga selepas itu.  Jadi kita tidak mempunyai usia melainkan 80 tahun di atas muka bumi. Inilah ujian bagi melihat bagaimana kita menggunakan kehidupan kita, ke arah syurga atau neraka..

Ini bukanlah kehidupan.. kehidupan sebenar ialah dalam diri anda. Tubuh anda akan menjadi tua. Sebahagian daripada anda akan melihat cermin, anda tidak lagi mempunyai gigi, rambut anda akan mulai gugur, tubuh anda semakin uzur, tetapi roh dan jiwa anda tidak akan mati..ia akan hidup selamanya. Jadi tubuh hanyalah perumah bagi roh dan jiwa anda.

Tuhan sedang menguji kita, bagaimana perlakuan kita terhadap orang lain.. bagaimana kita menjalani kehidupan untuk menuju tempat tinggal sebenar, di syurga. Benda-benda fizikal tidak selamanya akan kekal. Kereta saya, bangunan ini akan berada di sini sedangkan manusia yang membinanya telah pun mati.

Terdapat ramai raja-raja serta permaisuri terdahulu di England, kesemua mereka sudah mati. Selepas ini satu akan pergi sementara yang satu lain akan bakal mengganti. Jadi, kita tidak tinggal di sini, kita cuma pemegang amanah. Kita tidak memiliki apa-apa pun, bahkan anak-anak bukanlah milik anda… jika anda fikir saya berbohong, isteri anda bukan milik anda. Anda tidak memiliki anak-anak anda, anda juga tidak memiliki keluarga anda, jadi apakah yang saya maksudkan?

Perkara yang paling penting ialah apa bakal terjadi kepada diri anda sekiranya anda mati, adakah anda akan ke syurga atau ke neraka..  dan ia adalah untuk selama-lamanya (kekal). Berapa lamakah, selama-lamanya itu?

Bayangkan, ambil contoh gurun sahara.. ia mengandungi pasir yang luas bukan? Kemudian bayangkanlah sebutir pasir yang kita ambil daripada gurun tersebut, mewakili 1000 tahun.. dan sekiranya anda mati dan  dimasukkan ke dalam neraka, anda akan terbakar selama-lamanya, kekal abadi. Tiada pengakhiran..

Berapa lama (tiada pengakhiran)?

Ambil gurun sahara, saya akan menyuruh anda menunggu untuk 1000 tahun dan 1000 tahun selepas itu, saya mahu anda ambil lagi sebutir pasir demi sebutir sehinggalah tiada lagi tinggal pasir di gurun tersebut. Bayangkanlah berapa lamanya tempoh itu..

Maksud saya, Amerika telah wujud kini 200 tahun usianya. Terdapat 800 tahun lagi untuk mencapai 1000 tahun tersebut, ia benar-benar menggerunkan saya untuk memikirkan sekiranya saya mati satu hari kelak kemudian pergi ke neraka. Kapal terbang saya mungkin boleh meletup, saya sentiasa mengembara dan Tuhan akan mengadili roh saya.

Kepada pihak polis, saya berkemungkinan membunuh orang lain, saya berkemungkinan merompak orang lain, pihak berkuasa mungkin tidak dapat menangkap saya. Pihak FBI, Scotland Yard, mungkin tidak dapat menangkap saya, tetapi apabila saya mati kelak, seseorang yang memerhatikan saya akan mencatat segalanya dan SAYA TIDAK AKAN DAPAT MELEPASKAN DIRI.

Saya akan dibakar selamanya, saya dihantar ke neraka. Jadi apa yang saya akan lakukan bila meninggalkan Boxing, saya hanya mempunyai 16 tahun untuk menjadi produktif, mempersiapkan diri untuk bertemu Tuhan dan kembali ke tempat yang lebih baik. Adakah ia masuk akal?

Terima Kasih..


Wednesday, June 1, 2016

Penjelasan DR ASYRAF WAJDI DUSUKI berkenaan RUU Akta Mahkamah Syariah

Berikut adalah antara persoalan yang dijawab dengan teliti oleh Dr Asyraf. Beliau merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam (Hal Ehwal Agama). Antara hadirin yang hadir mengikuti penjelasan beliau ialah daripada kalangan bukan Islam yang tidak faham dengan pindaan RUU tersebut.

Semoga dengan penjelasan sebegini, masyarakat pelbagai kaum dan agama akan faham dan tidak mudah dikelirukan oleh segelintir pihak yang berniat jahat untuk memburukkan sistem perundangan dan kepimpinan negara.

Di bawah, adalah gambar-gambar sesi bersoal jawab dan artikel yang dipetik daripada timeline FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

*****



MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355

Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin2 Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan:

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

Jawapan:

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Monday, April 11, 2016

Status halau Dr. Zakir Naik, ADUN DAP dikecam ratusan Netizen


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga ADUN DAP Perai, Dr Ramasamy telah memuat naik status dalam wall facebook beliau, menggesa masyarakat supaya menolak dan mengusir seorang ulama Islam terkenal yang juga merupakan seorang hafiz kitab dan pakar Hadith, Dr Zakir Naik daripada terus berceramah di Malaysia.

"Let's us get Zakir Naik out from this country" gesanya dalam facebook beliau.

Katanya, kehadiran Zakir Naik tidak lain hanyalah mengundang kebencian di kalangan bukan Islam dan telah diharamkan daripada memasuki beberapa negara Barat seperti Canada dan UK.

Malah katanya lagi, segelintir umat Islam di India sendiri melabelkan Zakir Naik sebagai seorang pendusta, seorang penyampai separuh kebenaran dan seorang pengundang kebencian kepada non-muslim.

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ...



Sumber Facebook beliau, sila scoll sendiri..


Beliau dilihat begitu tidak selesa dengan kehadiran Zakir Naik sebelum ini turut menggesa agar laporan polis dibuat supaya ulama Islam tersebut dihalau daripada negara ini.

Status beliau itu sebaliknya memakan diri apabila ia mengundang kemarahan ratusan para netizen yang memaki hamun dan mencela peribadi beliau dalam ruang komentar.

Inilah dia pemimpin DAP..

Adakah Dr Ramasamy mahu mengajak umat Islam di Malaysia untuk membenci ulama sendiri dan mengagungkan politikus demi keharmonian bersama?

Masalahnya, apa salah Dr Zakir Naik? Benarkah keharmoian kaum di Malaysia boleh tergugat dengan kehadiran beliau ke negara ini?


Friday, July 24, 2015

TTPA perjanjian paling kotor abad ini - Naib Presiden ISMA

Tolak TTPA jika ia lebih banyak mudarat kepada rakyat daripada manfaatnya.

Ketepikan pendirian politik, rakyat harus peka sebarang keputusan yang boleh merugikan negara pada masa depan.


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemimpin-yang-kuat-akan-tolak-tppa-kata-dr-mahathir-kepada-najib-39616


BANGI, Khamis – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dijadual masuk fasa akhir dua minggu lagi disifatkan konspirasi paling kotor di abad ini.

Naib Presiden Isma, Abdul Rahman Mt Dali berkata, negara-negara yang terlibat dalam perjanjian ini akan kehilangan daulat apabila kuasa pemutus diserah bulat-bulat kepada Amerika Syarikat (AS).

“Malah keputusan mahkamah Agung boleh dicabar dan diterbalikkan oleh ‘mahkamah kangroo’ di AS,” katanya

Risalah bantah TPPA yang diedar di masjid-masjid seluruh negara.

Beliau berkata, sehingga kini majoriti rakyat di 12 negara yang terlibat dengan TPPA ini, tidak tahu tentang isi kandungan perjanjian.

Bagaimanapun, ada sebahagiannya mendapat tahu daripada maklumat bocor, dan mereka menolak keras perjanjian ini kerana disifatkan berat sebelah dan merugikan negara.

“Perjanjian ini dirangka secara rahsia kcuali sgelintir manusia yang boleh dicucuk hidung mereka.

“TPPA adalah satu konspirasi tertinggi zaman ini,” katanya.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam mengakui bahawa rundingan TPPA bakal memasuki fasa akhir dalam masa dua minggu lagi.


Sekalipun belum pasti bila akan ditandatangan, yang pastinya ia semakin hampir untuk dimuktamadkan.

Sebanyak 12 negara menyertai rundingan TPPA iaitu Australia, Brunei, Chile, Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Tindakan Malaysia menyertai rundingan TPPA menimbulkan kebimbangan banyak pihak khususnya terhadap kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung rakyat, akibat perjanjian itu.

Ia termasuk NGO Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang melancarkan kempen ‘Rakyat Bersatu Tolak TPPA’ awal bulan ini.

Selain menyebarkan hampir 200,000 ribu risalah ‘10 sebab mengapa TPPA mesti ditolak’, mereka juga mendesak kerajaan Malaysia tidak menandatangani perjanjian yang disifatkan akan mempertaruhkan Malaysia ke tangan Yahudi.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/07/tppa-perjanjian-paling-kotor-abad-ini/

Monday, December 1, 2014

Kristian dipaksa bersembahyang di bawah pokok, kata Daily Express



Mohon pihak berkuasa menyiasat dakwaan penganut Kristian yang dipaksa bersembahyang di bawah pokok seperti yang dilaporkan di dalam akhbar di atas. Menurut laporan Daily Express, perkara tersebut telah dirujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Yap menyifatkan dakwaan tersebut sebagai serius dan memberitahu pegawai kolej tersebut diarah menjalankan siasatan.

Jika berita tersebut tepat seperti dilaporkan Daily Express, pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab. Namun, merujuk gambar yang dipampangkan di dada akhbar tersebut, beberapa perkara yang kurang jelas harus dipastikan terlebih dahulu.

Kebiasaannya Misa Kudus mengikut resam dalam doktrin Katolik di gereja memerlukan beberapa elemen antaranya penggunaan Altar, ruang berlutut, communion service, candles dan sebagainya. Begitu juga pembacaan Bible dan penyampaian khutbah dalam sembahyang.

Sembahyangnya perlu diimami oleh paderi atau pastor yang ditauliahkan oleh pihak gereja.

Adapun kadang-kala Misa kudus juga dibuat di tempat persendirian atau kediaman bergantung kepada keadaan mengikut majlis yang diadakan. Bagaimanapun ia dilakukan secara tertib dan tidak dibuat sembarangan apa lagi ditinggalkan setengah jalan.

Akhbar tersebut ia tidak menjelaskan secara terperinci tentang sembahyang yang dilaporkan itu. Juga tidak meletakkan kenyataan daripada ketua sembahyang atau pelajar yang terlibat sebagai sokongan dalam laporannya.

Artikelnya pula diselitkan insiden lain yang tiada kaitan dan kontroversi agama dengan hanya bersandarkan laporan dan aduan-aduan yang tidak dipastikan kebenarannya. Tetapi sudah dipampang di muka hadapan Daily Express...




Ini bukan perkara kecil. Hal ini boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat. Pihak akhbar juga harus bertanggungjawab terhadap laporan mereka sebelum menyebarkannya.

Semoga pihak terlibat tidak terburu-buru menyalahkan komuniti Islam berikutan insiden ini. Tunggulah hasil siasatan, jika benar, kita harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap pegawai tersebut. Islam tidak pernah mengajar umatnya menganiaya umat lain, apa lagi nak memaksa sesiapa memeluk agamanya.




Kementerian siasat pelajar Kristian Sabah dipaksa beribadat di luar bangunan 

Kementerian Pelajaran mengarahkan Kolej Matrikulasi Labuan menyiasat dakwaan sekumpulan pelajar Kristian dipaksa menjalankan upacara ibadat mereka di bawah sebatang pokok di luar bangunan sekiranya mahu mengambil bahagian dalam program Parlimen Pelajar kolej itu.

Dalam laporan di lamannya hari ini, akhbar Daily Express yang berpengkalan di Sabah berkata dakwaan tersebut termasuk memaksa pelajar tersebut memakai tudung dan songkok.

Akhbar itu melaporkan pelajar juga dinafikan tempat di dalam bangunan, sebaliknya disuruh berkumpul di bawah pokok.

Turut dilaporkan adalah aduan pelajar dipaksa bertudung dan bersongkok sekiranya mahu turut sama di dalam Parlimen Pelajar, dan rasa tidak puas hati ibu bapa mereka.

"Pelajar tersebut dipaksa melakukan upacara ibadat mereka di bawah matahari atau pokok di halaman. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan mengganggu mereka dengan menyuruh mereka supaya cepat, memaksa mereka menamatkan upacara separuh jalan. Baca lagi

Sumber TMI


Tuesday, November 25, 2014

Awas! Kedah haramkan 15 perkataan bagi bukan Islam.



Kedah akan mewartakan 15 perkataan ekspresi dalam Islam yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam samada dalam bentuk cetakan ataupun pengucapan umum (ceramah).

Keputusan kerajaan Kedah sangat bertepatan bagi memelihara kesucian Islam yang sebelum ini banyak perkataan-perkataan dalam Islam sering digunakan oleh DAP bagi meraih sokongan orang-orang Islam yang pro-PR kepada parti itu, kononnya mereka adalah mesra Islam.

Antara perkataan tersebut ialah;
  1. Assalamualaikum 
  2. Insyaallah
  3. Allahu Akbar
  4. Subhanallah
  5. Alhamdulilah
  6. Lailahaillallah
  7. Masyaallah
  8. Astagfirullahalazim
  9. Auzubillahi
  10. Walillahilhamd
  11. Watallahi
  12. Tabarakaallah
  13. Wallahi
  14. Wabillahi
  15. La haula Walaquata lllabillahilaliyil Azim
Artikel lengkap http://www.kedahnews.com/2014/11/kedah-senarai-15-perkataan-larangan.html

Larangan ini bakal berkuatkuasa di Kedah setelah Enakmen 1988 dipinda bagi memelihara kesucian Islam daripada diserang di pelbagai sudut. Penulis percaya dengan pengukuhan undang-undang begini akan menyekat segelintir ahli DAP daripada mempergunakan Islam untuk kepentingan parti mereka.

Antara contoh yang kita perlu elak di masa depan ialah pengucapan yang pernah berlaku sebelum ini seperti yang kita lihat dalam rakaman di bawah;

<

Terdapat dua jenis manusia apabila menggunakan ayat-ayat Al Quran dalam ucapan umum di hadapan umat-umat Islam (majoritinya penyokong PAS) seperti ini.

  • orang bukan Islam yang membaca ayat Al-Quran
  • orang bukan Islam yang membacakan ayat Al-Quran.

Lebih menyedihkan, terdapat bijak pandai agama dalam PAS yang tidak tahu membezakan di antara keduanya malah menyokong penggunaan ayat-ayat suci oleh bukan Islam.

Dunia sekarang sudah terbalik. Yang kita lihat, para ulama dan mufti diperlekehkan, sedangkan orang bukan Islam dimuliakan malah disokong apabila membacakan ayat-ayat suci kepada orang Islam walhal dia sendiri tidak mahu beriman dengan ajaran Islam.

Apa yang dibuat oleh kerajaan Negeri Kedah adalah tepat. Langkah pencegahan perlu dibuat daripada awal. Peribahasa Melayu mengatakan, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekecil mana pun pintu perpecahan harus ditutup agar tiada lagi ruang untuk musuh-musuh Islam merosakkan perpaduan ummah yang terjalin di negara kita.


Wallahualam.

Sunday, November 16, 2014

Sebab kenapa Bible diserahkan MAIS dan Kerajaan Selangor kepada Kristian

Mohon jasa baik rakan-rakan supaya agar tidak mempolitikkan isu bible yang diserahkan oleh DYMM Sultan Selangor kepada wakil Persatuan Gereja-gereja Sarawak, Ketua Biskop Datuk Bolly Lapok.

Terdapat salah faham mengenai penahanan Bible ini, malangnya penahanannya telah diburukkan oleh para pembangkang yang menggunakannya sebagai satu isu untuk membangkitkan kemarahan penganut-penganut Kristian demi kepentingan politik dan agenda mereka.

Kelmarin, majlis penyerahan kitab Bible tersebut dibuat di Istana Alam Shah telah disaksikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Menteri Besarnya, Mohamed Azmin.

Antara yang turut hadir ialah Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan beberapa pemimpin gereja daripada Selangor, Sabah dan Sarawak.


Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh pihak MAIS selaku penasihat Sultan Selangor mengenai penyerahan Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' kepada wakil-wakil yang hadir dalam majlis tersebut.







Thursday, November 13, 2014

Petanda besar akan berlaku - umat Islam masih terleka

Masjid Al Aqsa sedang diceroboh. Umat Islam lain sibuk bertelagah sesama sendiri dengan urusan dunia. Bahkan sehingga ke tahap memuliakan kaum kafir lebih daripada saudara seakidah dan seagama. Semuanya untuk hal-hal yang tidak bermanfaat untuk kehidupan selepas mati kelak.

Sesuatu akan berlaku dalam masa terdekat. Hanya Allah maha mengetahui. Sudah lupakah kita, Allah sesekali tidak akan menzahirkan sesuatu kejadian tanpa maksud atau hanya sia-sia? 



Empat bulan darah berlaku dalam jangka masa lebih kurang enam bulan pada tarikh berikut :
  • 15 April 2014, 
  • 8 Oktober 2014  
  • 4 April 2015 
  • dan 28 September 2015. 

Dengan kekerapan itu, seseorang mungkin tersalah anggap bahawa ianya adalah perkara biasa.

Terdapat kira-kira dua gerhana bulan setiap tahun , NASA berkata. Sebahagian daripada mereka - gerhana penumbra - begitu halus , mereka samar-samar kelihatan dan pergi tanpa disedari.

Fenomena bulan berwarna merah yang seakan-akan berdarah ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. (Kali terakhir bulan penuh berwarna merah darah ini adalah sekitar tahun 2012 di Pulau Besar, Melaka. Cuma kali ini apa yang luar biasanya tentang fenomena ini ialah ianya bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini dan akan berlaku satu gerhana matahari di tengah-tengahnya.

Persoalannya,“Pernahkah fenomena seperti ini berlaku dalam sejarah peradaban manusia?”

Jawabannya; “Pernah! Tetapi (sehingga setakat kemampuan pengetahuan dari pakar falak dan sejarah) ianya bukan diselang dengan gerhana matahari di tengah-tengah peristiwanya.”

Jadi fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini agak lain sedikit kerana akan berlaku gerhana matahari di tengah-tengah antara 2 kali bulan berdarah tu..

Dalam 500 tahun kebelakangan ini, ianya baru berlaku sebanyak tiga kali.

Setiap kali berlakunya fenomena ini, ianya disusuli dengan peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian. Peperangan antara haq dan bathil!

•2hb April 1493-1494 – Kejatuhan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol. Tarikh ini juga merupakan penanda kebangkitan Kristian di seluruh Eropah. Kemunculan kuasa-kuasa besar baru di bawah hukum perintah Vaticcan seperti Portugal yang akhirnya menyerang Melaka (sayap kiri pemerintahan Khalifah Uthmaniah) pada tahun 1511. Sekitar tahun yang sama itu juga Christopher Columbus telah menemui Amerika Syarikat bagi mencari penempatan baru (New World Establishment) untuk kaum-kaum Yahudi yang dihalau keluar dari Eropah. 
•15hb Mei 1948-1949 – Pembentukkan negara Israel selepas berjaya memecah-belahkan negara-negara kesatuan Arab dengan bantuan dan gerakan ketenteraan dari ‘New World Establisment’ mereka iaitu Amerika Syarikat. 
•5hb Jun 1967-1968 – Berlaku peperangan yang berlangsung selama enam hari yang akhirnya menyaksikan kejatuhan Jerusalem ke tangan Israel sehingga ke hari ini.

Kesemua kejadian dan peristiwa di atas ini berlaku dalam tempoh 500 tahun sebelum ini ketika berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ dan kesemuanya keputusan yang terbit dari peristiwa di atas adalah amat merugikan umat Islam di seluruh dunia.

Akan tetapi, bukan semua peristiwa Four Blood Moons yang memihak kepada bukan Islam. Jika dirujuk di dalam lipatan sejarah dunia, kita anjakkan sedikit ‘timeline’ lebih dari 500 tahun dahulu, maka kita akan jumpa iaitu pada 2hb Oktober 1187, Salahuddin Al Ayubi dan angkatan Islam telah berjaya merampas Jerusalem dari penguasaan Kristian dan menguasai tanah keramat itu beratus tahun lamanya sebelum jatuh semula ke pihak Yahudi pada tahun 1967.

Kejadian peperangan tentera Islam Salahuddin Al Ayubi ini juga berlaku saat fenomena ‘Four Blood Moons’ (mengikut sumber rujukkan sejarah falak). Jadi bukanlah setiap kali berlakunya fenomena ini keputusan akan memihak kepada kumpulan penentang Islam (jika berlaku peperangan)

Jadi dipendekkan cerita, selepas sesi-sesi pengiraan dan kalkulus oleh ahli-ahli falak, ahli-ahli ramalan seluruh dunia, fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini bakal mencorakkan satu lagi perubahan dunia secara umum.

Perubahan ini akan bersifat global dan akan terpalit pada setiap umat manusia di seluruh dunia. Israel dan Amerika Syarikat akan terlibat sama dalam percaturan mereka secara besar-besaran dan secara tidak langsung umat Islam akhir zaman akan diuji secukupnya.

Banyak ramalan dan andaian serta spekulasi mengenai fenomena ini telah dibuat oleh pihak-pihak dari sebelah Yahudi dan Kristian, akan tetapi hampir tiada mana-mana ‘prophecy’ dari kalangan umat Islam dunia.

Barangkali umat Islam masih lena diulit mimpi-mimpi indah atau barangkali, kita masih tidak peka dengan persekitaran perlakuan dunia. Atau mungkin kita belum faham lagi tentang bahasa dan isyarat alam yang Allah Taala kirim dan tunjuk dalam sejarah.

Kaum Zionis sudah menguasai Al-Aqsa

Di saat Yahudi dan Illuminatis sibuk menggali-gali ‘King Solomon Mine’ di Jerusalem, mungkin kini mereka sudah tahu yang ‘Gedung Penyimpanan Harta Nabi Allah Sulaiman Alay’hisalam’ sebenarnya di sebelah timur sini.

Tidak jauh dari Solomon Islands di bawah ‘Kepulauan Bugis’. Oleh itu, jaga-jaga jugalah kerana kalau terjadi apa-apa, Tanah Melayu kita ini Tanah Pusaka. Bakal menjadi perhatian dunia.

Banyak menyimpan harta-harta untuk buat jadi mahar akhir zaman dan Imam mulia. Tengok-tengok sama di Pahang, di Hulu Terengganu, di Gunung Ledang dan juga di Danau Tok Uban juga Banjaran Titiwangsa. Jaga-jaga kita semua segala yang pusaka pustaka dan bersaka.

Simpanlah tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak NASA dalam ramalan perihal akan berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini iaitu:

  1. 15hb April 2014 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah 
  2. 8hb Oktober 2014 (Hari Sukkot Yahudi) – Bulan berdarah 
  3. 20hb Mac 2015 (Hari Adar Yahudi) – Gerhana matahari 
  4. 4hb April 2015 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah 
  5. 28hb September 2015 (Hari Sukkot Yahudi) - Bulan berdarah 


Apa yang bakal berlaku kali ini adalah di luar bidang pengetahuan kita semua. Prophecy dan ramalan berbagai-bagai. Teori konspirasi juga bermacam-macam. Mungkin iya-Mungkin tidak. Mungkin ada kejadian- Mungkin tidak ada langsung.

Kalau tiada, Alhamdulillah. Kalau ada, mungkin ianya lebih besar atau lebih kecil dari isu MH370?

Mungkin ada gempa bumi/tsunami/ meletupnya gunung berapi atau hujan meteor?

Mungkin ianya lebih besar dari isu Russia-Ukraine-Crimea?

Mungkin ianya lebih besar dari pergolakan Korea Utara-Korea Selatan?

Mungkin juga perang dunia global ke-3 bakal meletus?

Sebab bunga-bunga perang sudah ada. Atau mungkin Imam Mahdi akan muncul?

Jazirah Arab sudah terbakar. Dah keluar ‘asap’ di Syam-Syria dan Mesir sekarang, Arab Saudi dan Qatar pula menjadi ‘hijau-hijauan’ tidak disentuh langsung golongan Illuminatis dengan pembangunan mencakar langit menutupi Kaabah di sini sana.

Gambar tersebar di facebook hari ini. 
Petunjuk seperti awan sedang duduk istirahat sambil berdoa

Lihatlah apa yang berlaku di Palestin sekarang. Masjid Al Aqsa sedang dikuasai regim zionis. Penduduk tempatan dihalang daripada beribadat di dalamnya. Sebahagian ruang masjid sudah dicemari, Al Quran dibakar dan menunggu masa untuk dirampas keseluruhannya.

Ia petanda sesuatu yang lebih besar akan berlaku. Dan kita umat-umat Islam di seluruh dunia, hanya sibuk dengan keadaan persekitaran kita, memikirkan untung rugi keesokan hari.


INGAT! Ini adalah sebagai pandangan sahaja. Tidak paksa sesiapa pun untuk faham apatah lagi untuk percaya. Segalanya atas ketentuanNya jua.

Wallahu’alam

Friday, November 7, 2014

Masjid Al-Aqsa Kubah Emas sudah jatuh ke tangan Zionis

Masjid tempat suci ketiga Islam, bumi tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, Al-Aqsa sekarang sedang diceroboh. Berlaku pertempuran di antara penduduk Palestin dan puak Yahudi Israel, ruang sebelah dalam masjid tersebut dirosakkan. Zionis dan tentera mereka mula menyerbu Masjid Al-Aqsa, mengoyakkan Al-Quran dan melemparkannya ke tanah, mencemari ruang solat dengan kasut mereka seolah-olah mencabar seluruh umat Islam dengan tindakan mereka itu.

Penduduk Palestin pula dihalang daripada memasuki kawasan Al Aqsa, sementara pendatang haram Israel bebas menceroboh dan menunggu masa untuk merampas kawasan tersebut.

Sememangnya mereka sudah tidak sabar lagi hendak menjadikan masjid itu sebagai kuil tempat sembahan mereka.

Berikut adalah antara gambar-gambar suasana terkini. Di manakah suara umat Islam dunia sekarang?


Serpihan dipercayai daripada grenade launcher dan peluru getah tentera zionist berselerak dalam kawasan masjid.


Ruang dalam masjid yang dirosakkan oleh puak zionist


Para ahli Parlimen, rabi dan rakyat negara haram Israel telah mengumumkan akan memasuki Masjid Al Aqsa secara beramai-ramai. Mereka akan memakai topeng 'Yehuda Glick' sebagai tanda solidariti kepadanya sebagai seorang aktivis berbangsa Yahudi yang konsisten memperjuangkan hak Yahudi untuk memiliki Masjid Al Aqsa.



Rakyat Palestin sedang membersihkan semula Masjid Qibli (masjid yang mempunyai kubah berwarna hijau tua) yang mengalami kerosakan setelah diserang oleh penceroboh Israel. Masjid Qibli adalah salah satu masjid yang terdapat di dalam kawasan Masjid Al Aqsa.

Kelihatan pada gambar di bawah, puak zionist sudah mula menguasai kawasan masjid kubah emas. Penduduk Palestin sudah tidak lagi dibenarkan masuk ke kawasan ini.

Masjid Al-Aqsa kini dalam situasinya yang paling merbahaya, dan apa sahaja cara adalah dibenarkan bagi menentang penjajahan kata Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaleed Meshaal.


Zionis sedang berkawal di masjid kubah emas. Ada banyak lagi berita terkini yang sentiasa dikemaskini dengan gambar, sila kongsikan fanpage https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial dan bersama mengambil tahu tentang keadaan di Palestin.



3 ahli Parlimen PAS pertahankan Sisters in Islam. Amina Wadud?


Telah sepakat ulama' mengatakan bahawa Islam liberal dan pluralisme agama adalah satu bentuk ajaran sesat yang diseludup masuk bagi menghancurkan pegangan agama yang murni kepada umat ini, yang hairannya mengapalah ada lagi yang masih 'kebingungan' terhadap istilah sebegini, sehingga perlu diadakan sidang akhbar mempertahankan NGO yang terang2an menentang Islam di atas nama Islam itu? - Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.


Drastik kepala mangkuk.. tunggu dah terbarai baru nak perbetulkan?

Tindakan 3 ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan majlis fatwa negeri, MAIS yang mengharamkan pertubuhan NGO (Sisters In Islam) dan diistiharkan sesat baru-baru ini menghairankan ramai umat Islam di negara kita.

Kata mereka, pihak berkuasa agama sepatutnya mengusahakan satu dialog untuk mengenalpasti maksud "pluralisme" dan "liberalisme" terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Pihaknya mahu penjelasan daripada MAIS berhubung Fatwa mengenai takrifan liberalisme dan pluralisme yang "tidak dijelaskan".

Nah, PAS sekarang jadi jurucakap bagi pihak Sisters in Islam pula.... Bab akidah jangan dibuat perkara mainan. Tak perlu hendak mempolitikkan isu dengan putar belit demi untuk meraih sokongan sebilangan pengundi. 

MAIS ialah penguatkuasa agama negeri Selangor dan penasihat kepada DYMM Sultan Selangor. Mereka adalah AHLI dalam bidang mereka. Sedangkan kamu semua cuma ahli politik, bukan ulama.. Jadi usahlah menjadi professor serba tahu dalam semua bidang. Serahkan perkara melibatkan hukum dan bab akidah kepada pihak yang bertanggungjawab.


Ada banyak lagi jenis fatwa bangang bertaraf tadika seperti 'haram solat berimamkan penyokong UMNO/BN', 'haram memakan sembelihan orang UMNO/BN' dan sebagainya. Kenapa tak dipertikaikan takrifan 'haram' yang dibuat PAS dulu? Apa dalil PAS menghukum kafir terhadap saudara seagama sendiri? Waktu itulah sepatutnya PC dibuat lepas sidang Parlimen, itupun kalau berani 'dikorbankan' demi Islam.. 

Jadi kita andaikan totok PAS yang masih berpegang pada ajaran seperti itu juga sama sesatnya. Orang sesat pasti akan tolong menyesatkan orang sesat yang lain dalam keadaan kedua-duanya sesat. 

Bukankah lebih baik cegah sebelum terkena daripada cegah sebelum parah..? 


Rujuk artikel berkaitan dalam posting terbaru www.rakyatnews. 

Lebih gempak lagi... Klik link

PAS Pertahan SIS Lawan Fatwa Selangor


Monday, November 3, 2014

Sisters in Islam (SIS) serang Putrajaya tapi gambar membuktikan mengapa keputusan Fatwa Negeri tepat.

Merujuk kepada portal TMI 

Putrajaya harus dipersalahkan kerana fatwa 'sesat' terhadap Sisters In Islam kata pengasasnya

Keputusan Jawatankuasa fatwa negeri yang mengisytiharkan SIS (Sisters in Islam) sebagai menyeleweng dan sesat membuatkan badan NGO itu menyalahkan Putrajaya kononnya memberikan kebebasan mutlak kepada badan agama di Malaysia menggunakan saluran fatwa untuk menentukan sesat atau tidak akidah seseorang itu.

Zainah Anwar, selaku ketua SIS berkata keputusan itu adalah satu contoh badan agama menggunakan fatwa bagi mengekalkan pemerintahan agama secara diktator.

Menurutnya sebarang perselisihan pandangan dalam Islam perlu didebat secara terbuka dan bukan dipaksa menggunakan saluran fatwa dan hukuman Enakmen Jenayah Syariah Selangor.


Penulis percaya Islam tidak sepatutnya dijadikan pentas untuk perdebatan terutama melibatkan hal-ehwal agama kerana ia akan menjurus ke arah putarbelit dan pemesongan hukum demi untuk membenarkan agenda duniawi masing-masing.

Menggunakan saluran perundangan untuk mempertikaikan majlis fatwa boleh mengelirukan umat Islam, sedangkan keputusan yang dibuat melibatkan para ulama dan ilmuan Islam yang berpandukan Hadis dan Al-Quran, bukannya berdasarkan keputusan individu di bawah satu badan yang dilantik kerajaan.

Gambar di atas menunjukkan salah satu sebab mengapa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Selangor harus memfatwakan pertubuhan itu sebagai sesat. 

Sudah dinyatakan dengan sangat jelas dalam surah Al-Ikhlas,
1) Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 
2) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 
3) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 
4) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Apakah Sisters In Islam seperti Nasrani yang beriktiqad bahawa manusia itu anak-anak Allah semuanya?



Saturday, November 1, 2014

Sisters in Islam mencabar majlis fatwa Selangor

Gerakan SIS atau lebih dikenali Sisters in Islam telah difatwakan sesat, antara sebabnya ada disebutkan di sini http://sekadarfikrah.blogspot.com/2012/11/islam-liberal-ancaman-kepada-aqidah-dan.html

Sister In Islam Cabar Fatwa Selangor Anggap Mereka Sesat



Sidang media yang dibuat (NGO) Sisters in Islam hari ini mencabar keputusan jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Selangor yang memfatwakan pertubuhan itu sebagai sesat.

Menurut laporan TMI, pertubuhan yang lebih dikenali sebagai SIS, menamakan tiga responden iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Selangor.

Semakan tersebut difailkan pada jam 10.30 pagi tadi dan dibuat melalui Tetuan Azzat dan Izzat. Dalam permohonnnya, SIS mahu membatalkan pengisytiharan haram itu.

Pertubuhan itu juga memohon supaya ia diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fakta itu.

Menurut Pengarah Eksekutif ISIS, Ratna Othman, SIS juga memohon mahkamah mengiktiraf NGO itu terjamin kedudukannya di bawah perlembagaan.SIS mahu jaminan supaya hak kami perlu dihormati mengikut perlembagaan persekutuan.

Mengulas lanjut tentang isu ini dalam sidang media yang didakan di Petaling Jaya sebentar tadi, Ratna berkata, dia hanya menyedari SIS diharamkan melalui laman e-fatwa milik JAKIM pada 20 Oktober lalu.

"Kami kecewa kerana tidak diberitahu atau dipanggil untuk memberi penjelasan sebelum jawatankuasa fatwa mengisytiharkan SIS sebagai menyeleweng."

Ratna berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai salah guna kuasa oleh badan agama kerana menggunakan fatwa bagi mengekalkan pemerintahan agama secara diktator.

Ujarnya, sebarang perselisihan pandangan dalam Islam perlu didebat secara terbuka dan bukan dipaksa menggunakan saluran fatwa dan hukuman Enakmen Jenayah Syariah Selangor

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Datuk Zaid Ibrahim, Datin Paduka Marina Mahathir dan Zainah Anwar.


Pada Julai lalu, Fatwa Selangor mewartakan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan dan institusi yang berpegang kepada fahaman agama sebagai sesat dan lari dari ajaran Islam sebenar.

Selain itu, bahan-bahan penerbitan yang mempunyai unsur sama juga diharamkan dan boleh dirampas.

Fatwa juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat laman yang menyebarkan doktrin tersebut.

Manakala bagi individu yang berpegang kepada dakyah berkenaan hendaklah bertaubat dan kembali ke Islam yang sebenar

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tindakan SIS yang mencabar majlis fatwa diibaratkan seperti mencabar institusi Raja Melayu serta Perlembagaan.

Katanya, Ia hanya meluaskan sengketa dan degil untuk menjebak masyarakat awam kepada aliran songsang yang dinamakan Islam. Inilah satu bentuk pelampau agama yang mesti ditangani pihak kerajaan agar tidak membarah dalam masyarakat. Sumber.


* Nota lain ;

12 Fakta tindakan SIS yang mengelirukan umat Islam dan bertentang dengan Majlis Fatwa

Kebebasan itu pada pandangan Islam perlulah mempunyai adab dan pertanggungjawaban. Sebab itulah masih ada elemen dosa pahala, wajib, sunat, hukum halal, haram, makruh dan harus dalam Islam sebagai panduan atas tindakan manusia.

Orang menyatakan, mengapa diperbesarkan isu Sisters In Islam? Apa yang saya paparkan dibawah adalah sebahagian kecil daripada tindakan SIS yang telah bertentangan sebagai sebuah organisasi Muslim :-

1. Menolak fatwa kebangsaan berkaitan dengan isu Yoga
Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga. “Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?”
2. Menyokong IFC
Bersama-sama dengan golongan Kuffar menyokong IFC Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) yang bertujuan meletakkan lunas perlembangaan Islam setara dengan agama lain di Malaysia. Ia akan menjadi kesan kemudharatan paling besar dalam sejarah akidah umat Islam Malaysia sekiranya permintaan mereka dipenuhi.
3. Menyokong Imam wanita dalam solat 
SIS telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada April 2005 berbunyi “Adakah konsep perempuan mengimami solat jamaah yang terdiri lelaki dan perempuan itu bertentangan dengan Al-Qur’an dan Sunnah serta tidak pernah berlaku langsung dalam sejarah Islam? Katanya, yang nyata, tiada ayat Al-Qur’an yang melarang perempuan menjadi imam solat yang jamaahnya terdiri dari lelaki dan perempuan. Kesemua ulama klasik dan ulama masakini secara majoritinya bersetuju tentang perkara ini. Tambahnya lagi, Khalifah Walid II dari Bani Umayyah telah mewatikahkan serban baginda kepada seorang perempuan di masjid Damsyik dan menitahkan perempuan itu untuk mengimamkan sembahyang Jumaat. Kisah ini tersebut dalam sejarah Damsyik dan telah dipetik oleh beberapa ulama Islam. (Justice Syed Ameer Ali, Short History of Saraceans Page No. 196). Rujuk artikel http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=440&Itemid=194
4. Melantik wanita sebagai hakim dalam mahkamah syariah
Menyokong pelantikan wanita sebagai Hakim di dalam mahkamah Syariah berdasar dalil tiada arahan dan dalil yang jelas di dalam Al-quran dan Sunnah dan ianya hanyalah berpandukan percanggahan pendapat di kalangan jumhur ulama. 23 June 1999 – “Sisters in Islam support the appointment of women as judges for the following reasons:There is no specific and direct injuction in the Qur’an and Sunnah concerning this matter. There are only conflicting opinions of the jurists.” http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=442&Itemid=194
5. Menentang hukum memakai tudung bagi Kes SMK Teluk Sentang
SIS telah menjadi pembela kepada kes individu-individu yang melanggar tatasusila aurat muslim dan mengaggapnya hak invidu.
27 February 2006 – “Sisters in Islam is opposed to any attempt by any government, public institution or the private sector, to force girls and/or women to cover or uncover their heads. In reference to the two recent cases of an employee of a five-star hotel’s decision to wear the tudung and the cutting of the schoolgirls’ tudungs in SMK Teluk Sentang, Kuala Krau, Temerloh, SIS maintains that the personal choices of the girls and women must be respected and no punitive measure or harsh treatment should be imposed.”  http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=400&Itemid=194
6. Menentang pandangan Ulama – Ust Abu Hassan Din Al-Hafiz apabila mengemukakan pandangan penggunaan cawat besi bagi mengelakkan rogol
16 February 2007 – “Sisters in Islam is shocked at recent comments by high-profile religious leaders this week blaming women for the allegedly uncontrollable sexual desires of men. Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz is recommending the use of chastity belts to prevent rape. What we are amazed with is that even Datuk Abu Hassan acknowledges not all men are potential rapists and that the majority of men out there are actually civilized and good.”
7. Menyokong Ayah Pin dan menentang hukuman yang dikenakan kepada Ayah Pin dan pengikutnya atas dasar kebebasan beragama!
27 July 2005 – “Sisters in Islam views with concern the punitive action taken by the Malaysian authorities on Ayah Pin and members of the Sky Kingdom. This attempt has resulted in detention of the 48 followers – including a three-year-old boy -without bail pending re-mention of their case on July 28th, and a state-wide police search for Ayah Pin. In addition, some quarters – including religious leaders and politicians – have even called for the use of detention without trial on the followers.” http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=402&Itemid=194
8. Menafsirkan hukum poligami berdasarkan pandangan bertentangan dengan Al-quran dan as-sunnah
8 January 2002 – Sisters in Islam (SIS) wish to point out that Islam neither invented nor encouraged polygamy. Unlimited polygamy was a pre-existing practice prior to the revelations of the Qur’an. The Qur’anic revelations relating to polygamy are clearly restrictive rather than permissive. http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=420&Itemid=194
9. Memohon hak kesamarataan gender dalam semua hal yang bertentangan dengan hukum syarak
13 Dis 2005 – Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) mengalu-alukan sikap Kerajaan, terutamanya Perdana Menteri dan Kabinet yang begitu peka dan prihatin terhadap suara rakyat, terutamanya golongan wanita, dalam isu Pindaan Rang Undang-Undang Keluarga Islam 2005 ini. Maka kami menyambut baik kenyataan Perdana Menteri tentang perlunya sistem Shariah dikaji semula bagi memastikan ianya selari dengan komitmen kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesamarataan gender (Star 13 hb Dis 2005).
10. Menentang tindakan JAIS dalam isu penangkapan pelayan bar
24 June 2000 – The decision of JAIS to charge a pub singer for insulting the religion of Islam by being in a premise that servers alcohol reflects the problem of using laws as a means to regulate the person’s conscience, faith and lifestyle. Section 10 of the Selangor Syariah Criminal Offences Enactment that makes it a crime for any person to insult Islam opens itself to abuse because it is a “catch all” provision that gives wide discretion for interpretation to enforcement officers. From the JAIS action, it appears that any Muslim, found in premises where sins are committed by other Muslims or non-Muslims, could be charged for “insulting Islam”. As has been pointed out, does this mean that a Muslim who is in an airplane or a restaurant or a hotel where alcohol is served or in a supermarket where alcohol and pork are sold is “insulting Islam”? Could it also mean that it is an offence for Muslims to live with non-Muslims housemates whose belief and lifestyle could be regarded as sinful in Islam?http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=429&Itemid=194
11. Membenarkan hukum perayaan Kongsi-Raya dan meminta Ulama’ Malaysia mempromosikannya!
16 June 2006 – SISTERS in Islam wish to urge the ulama in Malaysia to play an active role as bridge-builders among people of different faiths. They should take heed of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s personal commitment that as a Muslim Malaysian leader, he is responsible not just to fellow Muslims, but also to Malaysians who profess other religions as well.http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=431&Itemid=194
12. Terlibat dalam banyak forum-forum luar tajaan Barat yang bertentangan dengan etika sebuah organisasi Muslim
SIS juga banyak terlibat dengan organisasi-organisasi luar, forum-forum antarabangsa yang mempromosikan agenda kesamarataan gender atas dasar hak asasi manusia yang bertentangan dengan prinsip Islam yang qati’e dalam al-quran. ia juga menjadi duri dalam daging masyarakat Islam Malaysia apabila menjadi penentang utama dalam isu bertudung di Malaysia sejak pertengahan 90-an. Walaupun wanita UMNO tidak serius dalam isu aurat, ia tidak sampai mengeluarkan kenyataan rasmi menghalang organisasi kerajaan mengamalkan pemakaian muslim.
Oleh yang demikian, http://khairulrijal.wordpress.com/ menyeru para pengibar perjuangan ini mendokong sepenuhnya tindakan PAS agar tindakan tegas dan segera perlu diambil dengan serta-merta. Tindakan sewajarnya seperti menukar nama pertubuhan atau mengharamkan adalah disokong.

Selain itu, sekiranya tindakan kenyataan SIS sebelum ini terkeluar dari akidah Islam dan Ahli sunnah wal jamaah, maka hukuman setimpal berdasarkan peruntukan yang ada perlu dilaksanakan agar menjadi pengajaran kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Sumber artikel: http://mantiqo.wordpress.com/2009/06/13/12-fakta-tindakan-sis-yang-mengelirukan-umat-islam-dan-bertentang-dengan-majlis/

Saturday, October 25, 2014

Isu Sentuh Anjing! Rakyat Brunei resah dengan akidah Islam di Malaysia?

Jangan sampai ada orang berta'awuz dari fitnah bila disebutkan nama Malaysia..

Ada ahli agama di Malaysia yang ingin menjadi ahli politik merangkap pencacai Ketum baru-baru ini menyelar dan memburuk-burukkan para ulama dan ahli agama lain berkaitan isu kempen sentuh anjing.

Menyedihkan, isu melibatkan akidah umat rupanya tidak sepenting hal-hal melibatkan harta negara, salah laku pemimpin dan sebagainya kerana itulah yang diutamakan apabila orang bertanyakan pendapatnya. Apakah dunia itu lebih penting?




Akhirnya, wujudlah satu golongan jahil murakkab mempolitikkan isu dengan memperlekehkan orang Islam yang lain di negara kita.. Bila berlaku hal seperti ini, salah siapa? Bukan salah non-muslim itu tetapi salah individu Islam itu sendiri. Salahkan siapa puncanya...

Di bawah adalah rakaman yang dipetik daripada Berita di negara Brunei. Apakah Brunei juga terlibat bersekongkol dengan UMNO mengharamkan sesuatu yang pada kalian sepatutnya dipandang ringan?




Pandangan Kerajaan Brunei dalam isu 'I WANT TO TOUCH A DOG', yang jelas difatwakan haram di negara itu sebagai najis mughallazah tidak boleh dipandang ringan.

Perbuatan suka-suka menyentuh, membelai anjing kemudian sertu tanpa apa-apa sebab yang perlu, adalah dilarang kerana dikhuatiri akan menimbulkan keraguan dalam hal-hal yang melibatkan kesucian dalam Islam.

Ekoran kempen yang dianjurkan, ia telah mengundang keresahan umat Islam di negara itu.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei itu turut menyifatkan program seperti itu sebagai tindakan yang sama seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Program seperti itu bercanggah dengan hukum syara', amalan berugama, kepentingan awam, keharmonian berugama, tatasusila, kesopanan umum serta sensitivi umat Islam di negeri Brunei.

Friday, October 24, 2014

Kempen "Terlajak Nak Buat Baik" - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Salam Ma'al Hijrah 1436H.

Sempena tahun baru Islam, marilah kita sama-sama renungi apa yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri di bawah...

Moga-moga kita semua mendapat teladan daripadanya dan terlindung daripada tipu daya syaitan dan musuh-musuh Islam. Amiin.


Thursday, October 23, 2014

Malapetaka buat si tukang fitnah Ustaz Azhar Idrus! Amin!



Penulis mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan memfitnah pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus kononnya mempunyai video seks yang menjadi viral di media-media sosial.

Haiwan yang bertanggungjawab membuat video kemudian menyebarkannya, kalau dapat ditangkap, tahulah nanti apa hukumannya. Jangan sekali-kali berani mencuba, doa orang yang teraniaya tidak ada hijab di antaranya dengan Allah!!!  Tunggulah sedikit masa lagi, kita akan tahu siapa dalangnya.

Laporan polis telah pun dibuat, kita harap sangat mereka yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan.. Ini bukan lagi soal politik, ini soal maruah tokoh dan pendakwah Islam yang dipersenda-sendakan oleh manusia yang berhati syaitan!!

UAI bukan maksum, tetapi dia tidak layak diaibkan untuk meraih keuntungan dunia. Dia bukan ahli politik, bukan wakil rakyat walaupun dia penyokong PAS. Sekarang ini Islam diketawakan oleh orang lain, cukuplah dengan isu sentuh anjing, umat islam berlaga sesama sendiri hatta para ustaz dan ulama pun turut diheret sama ke dalam pertelagahan ini.

Takutlah pada Allah! Setiap perbuatan baik atau jahat, kecil atau besar, sengaja atau tidak, tentu akan dibalas seadil-adilnya tak kiralah samada pelakunya beragama Islam ataupun bukan-Islam!


Kepada Allah kita berserah, kepada Dia kita memohon ampun, kepada Dia tempat kita berlindung!



Wednesday, October 22, 2014

Video Jin sekolahkan Ustaz! Jangan RIAK dengan ilmu sampai nak menganjingkan Ulama lain..

Video di bawah sungguh menginsafkan, kerana ia menyedarkan kita betapa kerdilnya ilmu kita jika hendak dibandingkan dengan makhluk lain sedangkan manusia itu jadikan Allah lebih mulia di sisiNya.

Paparan video dirakam di makam Syeikh Maulana Rosidul Ibad Al Majafia atau lebih dikenali sebagai Kiyai atau Wali Allah bernama Mbah Mangku Jati. Beliau ialah salah seorang pejuang dan penyebar Islam yang hidup sekitar zaman 1500 tahun dahulu, ketika Nusantara dikuasai oleh Kerajaan Majapahit Hindu-Budha.

Kejadian berlaku ketika penggambaran rancangan Dua Dunia di kawasan makam Mbah Mangku Djati di Jati Malang, Indonesia. Krew penggambaran turut disertai dua orang ustaz yang berpengalaman dalam bab dunia ghaib dengan seorang pengacara wanita yang ditugaskan menemubual entiti yang merasuki tubuh salah seorang daripada lelaki (tidak pasti gerangannya).

Sekilas pandang, setelah seorang lelaki dipercayai telah dirasuk jin membuka silat sehingga terkoyak rabak pakaiannya lalu dengan segera mereka menemubualnya, bertanyakan siapakah yang merasuki itu.

Jin dalam tubuh lelaki itu segera menjawab, dia adalah penjaga di makam tersebut. Lalu bermulalah dialog di antara mereka bersama jin itu. Untuk makluman, rakaman video (bawah sekali) disertakan sarikata terjemahan ke bahasa melayu kerana kebanyakan dialog dituturkan dalam Bahasa Jawa...

Diringkaskan cerita, berikut adalah sedikit terjemahan dialog ke bahasa Malaysia (lebih kurang) yang menarik di antara manusia dan jin tersebut;

Jin     :Siapa awak semua? Apa tujuan awak semua kemari?
Ustaz : Assalamualaikum..
Jin     : Walaikumsalam…hmmmmm
Host  : Awak ini siapa?
Jin     : Saya Waringin Jati, Penjaga di sini!..Kamu Siapa??

Host  : Mbah Waringin Jati ini apa hubungannya dengan Mbah Mangku Jati?
Jin     : Saya yang disuruh menjaga tempat ini.
Host  : Sejak bila?
Jin     : Sejak dari zaman dulu!
Host  : Maaf mbah saya tidak berniat mengganggu, di sini saya ingin mengetahui sejarah Mbah Mangku Jati, Sejarah Penyebaran Agama Islam Mbah Mangku Jati..Benarkah Mbah Mangku Jati ini penyebar Agama Islam di desa ini ?
Jin     : benar..
Host  : Dengan cara yang bagaimana mbah?
Jin     : Dulunya manusia di sini belum punya Agama.
Krew : Mbah, dulu pengikut Mbah Mangku Jati itu ramai??
Jin     : tidak ada.
Host  : kenapa?
Jin     : tidak ada, kerana manusianya bodoh-bodoh semua!!
Host  : Halangan-halangan apakah di alami Mbah Mangkun Jati ini mbah??
Jin     : Mbah Mangku Jati dianggap perosak adat budaya di desa ini.
Host  : kenapa dianggap perosak? Bukankah niatnya itu baik, ya mbah?
Jin     : Loh.. baik itu kan menurut kamu yang berkata sekarang, yang hidup di zaman sekarang.
Host  : Memang dulu orang-orang di sini seperti apakah mbah??
Jin     : Dulu orang di sini belum ada agamanya. Tidak ada aturan & normanya, karena manusianya masih liar sepertimana haiwan!!
Host  : Bagaimana cara Mbah Mangku Jati menyebarkan agamanya?
Jin     : Orang2 di sini suka hal seperti ini ( berjoget-joget)

Ustaz: Mbah Mangku Jati dulu suka membantu ya mbah?
Jin     : Ya dibantu.
Krew : itu tadi seni apa ya mbah?
Jin     : itu yang di namakan silat..
Krew : Bererti mbah Mangku Jati sendri merekrut murid untuk silat ya mbah? Untuk perguruannya ya mbah??
Jin     : Tidak di ajari agama. Tidak di ajari agama dulu . tapi diajari ini dulu (silat)( sambil mempraktikan silat” ning nong ning nong ning nong “ dengan gending(lagu))

Jin     : Cuba, apa agamamu??
Host  : Agamaku Islam Mbah, Alhamdulillah.
Jin     : Tahu syarat masuk Islam ??
Host  : Membaca Syahadat..
Jin     : Apa yang kamu faham ertinya??
Host  : Tiada Tuhan selain Allah dan Nabiku adalah Muhammad utusan Allah.
Jin     : Bukan seperti itu.
Krew : Bagaimana mbah?
Jin     : Saya bersaksi tiada Tuhan Selain Allah, dan saya bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Kamu faham?

Krew & Ustaz: Iya Mbah.

Jin     : Bila kamu bertemu dengan Nabi Muhammad?? Bertemu pun tidak pernah, boleh pula kamu bersaksi? Saksi itu harus dapat menyaksikan. Cuba dalam bahasa Indonesia bagaimana?
Host  : Aku bersaksi....
Jin     : Lho.. bila masa kamu bertemu? Bertemu pun tidak pernah bagaimana kamu boleh bersaksi? Ya Belajar mengaji dulu biar kamu faham.

                “Host terkejut dan merasa seperti di hakimi makhluk ini”

Ustaz : Maaf atas kekurangannya mbah. Ini masih belajar, umat Nabi ini masih belajar.
Jin     : Jadi kamu itu masuk Islam ini gara2 faktor keturunan? Itu namanya ikut2an. Kalau kata orang sekarang kamu seharusnya mula sedar. Jadi ,”kamu bersaksi tiada Tuhan Selain Allah, dan bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah”. Bersaksi bukan dengan mata, tapi bersaksi dengan hati, rasa & cipta. Maka dari itu, belajarlah dulu, dalami dulu apa yg ada dalam agamamu. Biar kamu tahu adab, agama itu adalah aturan & peraturan yg ditujukan untuk kebaikan anak cucu di tanah jawa ini.

Krew & Ustaz : ya, mbah.
Jin     : Jadi kalau masuk ke makam leluhur, makam keluarga, makam muslim, berziarah, sebaiknya wudhu dulu, karena manusia tidak ada yang sempurna, kesempurnaan itu hanya milik Allah.

Krew & Ustaz : ya, benar mbah
Krew : Apakah disini ada penziarah yg minta-minta?
Jin     : Ramai, manusia ini seperti haiwan semua! Kalau dalam bahasa sana “al insanu hayawan nathiq”
Jin     :Manusia tak ubahnya seperi haiwan kalau akal & pikirannya tidak dipakai. Kubur tidak boleh dijadikan tempat meminta. Tidak boleh! Jangankan di makam mbah, di makam Nabi pun kalau meminta tidak akan diberi. Kalau ingin kaya-raya, kerjalah, berhemah, teliti & berhati-hati. Nanti akan kaya dengan sendirinya.

Krew : Di sini apakah ada bangsa jin yang mengganggu manusia?
Jin     : Yang mengganggu manusia?
Krew : Yang memesongkan niat manusia yang ingin berziarah disini.
Jin     : Lho... manusia itu tidak perlu digoda, sudah melencong dengan sendirinya.
Krew & Ustaz : oh iya benar.
Jin     : Syaitan itu sekarang sedang bersenang-lenang, bersantai-santai, sebab manusia sendiri yang mencari syaitan bukan syaitan yang mencari manusia.
Jin     : Kamu ada masalah apa? Apakah kamu sendiri melakukan sholat? Apakah kamu yakin sudah mampu sholat sepenuhnya? Saya yakin kamu belum mampu sholat.

Jin     :Sekadar contoh ” Inna Sholati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahi Robbil 'aalamiin“ (Sesungguhnya Sholatku, Ibadahku, hidupku, dan Matiku hanya Untuk Allah. Tuhan sekalian alam). Cuba harta duniamu tak minta semuanya, boleh tidak?? Kalau masih berat ke arah dunia, ertinya niatnya tidak kepada Tuhan. Padahal kamu semua sudah berjanji, “Sesungguhnya Sholatku, Ibadahku, hidupku, dan Matiku hanya Untuk Allah. Tuhan sekalian alam”, tapi memang manusia itu munafik semua. Tidak ada manusia yang benar-benar bersih hatinya.

Jin     : Beruntung para nenek moyang dahulu mahu mengajarkan agama di Jawa ini. Kalau tidak, rosak semua manusia di sini. Wujudnya saja sebagai manusia tapi kelakuannya tak lebih baik dari haiwan. Tidak punyai adab kesopanan.

Ustaz : Apakah anda dulu mempunyai harta pusaka ketika menyebarkan Agama?
Jin      : Dalam menyebarkan agama, pusaka itu adalah lidah & tingkah laku. Manusia akan diikuti, jika baik bicaranya. manusia itu akan diikuti, jika tingkah lakunya baik, dengan kebaikan itulah semua manusia boleh menjadi guru. Maksudnya, manusia boleh didengar percakapannya, juga boleh diikuti tingah lakunya. Itulah senjata dalam menyebarkan Agama.
Ustaz : Biasanya dulu ada tak senjata pusaka yang dijampi serapah, dibawa ke mana-mana?
Jin      : Saya tidak menggunakan pusaka seperti itu. Pusaka saya adalah percakapan saya. Kalau para wali memakai senjata, itu hanya sekadar mengikuti adat di tanah jawa. Senjata itu tidak memberi manfaatnya, sekadar besi yang di tempa menjadi keris... Itu semua hanya buatan manusia. Manusia itu tidak berkemampuan apa-apa.

Ustaz  : Menurut mbah apakah ada nasihat untuk kebaikan kami pada masa depan?
Jin      : Jika manusia tidak mahu bertawasul kepada Nabi, semua doa tidak akan di dengar dan tidak akan di kabulkan.
Doa yang terkabul pertama, doa orang yg teraniaya hatinya. Kedua doa orang yg bertawasul kepada nabi Muhammad SAW.
Jika manusia berhenti bertawasul kepada Nabi Muhammad SAW, doanya akan ditolak. Kalau semua doa dikabulkan oleh Allah, semua manusia di dunia akan kaya semuanya. Faham, kamu semua?
Krew & Ustaz : ya mbah.
Host  : Mbah ada nasihat untuk kami semua sekarang?

Jin     : Nasihat mbah sedikit saja, kamu semua hidup di dunia diciptakan oleh Allah, illa liya’ budun.

“wa ma kholaqtul jinna wal insa illa liya’ budun” (Aku ciptakan jin & manusia, kecuali hanya untuk beribadah kepadaKU). Jadi manusia jika ingin hidup selamat, dan terkabul semua keinginannya, mendekatlah ke Guti Allah. Ertinya jangan tinggalkan sholat lima waktu. Pelajari syahadat dengan benar, biar faham, tidak hanya menjadi saksi palsu.
Jin    : Mengaji tidak perlu terlalu banyak, perdalamkan saja Al-Fatihah. Sampai mati, kamu semua tidak akan mampu memahami Al-Fatihah.

Jin    : Saya beri sedikit contoh,buat bekal kalian hidup (surah Al Fatihah) :
Bismillaahirrahmaanirrahiim, Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Jin    :Kamu semua mampu merasakan belas kasih Allah?  Belas kasih Allah maksudnya kita diberi mata, itu bentuk Maha Pengasih, kalau mata mampu melihat, itulah Ar-Rahim, wujud dari Maha Penyayang. Kita ada tangan, itu wujud sifat Ar-Rohman, & ketika tangan mampu berfungsi itulah bentuk sifat Ar-Rahim.  Menunjukkan sifat belas kasih Tuhan pun tidak mampu, bagaimana mahu meminta yang lain?

Alhamdulillaahirabbil’aalamiin, Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Jadi kalau manusia masih ingin di puji & disanjung, itu masih belum jadi hamba Allah.
Itu ertinya manusia masih ada sifat riya’ (ingin dipuji karena amalnya).
Bukalah kitab kamu semua & pelajarilah, kalau kamu ingin tahu rahsia alam semesta.

Host: Terima kasih banyak mbah

- Skrip dialog ditamatkan di sini sahaja. Sila ikuti video di bawah untuk perbualan yang lebih tepat lagi..

Wallahualam..