Saturday, April 16, 2016

Saya minta maaf BN tidak dapat bina jalanraya atas langit - Adenan Satem


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, memohon maaf kepada para pemilik tanah yang terbabit dengan pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Saya minta maaf kerana perlu melakukan pengambilan tanah ini. Barisan Nasional tidak dapat membuat jalan raya atas langit. Yang saya tahu buat jalan raya atas tanah, tapi mungkin pembangkang boleh buat jalan raya 1000 kilometer atas lagit.”

Beliau berkata demikian sebagai menyindir usaha pembangkang di Sarawak yang menghasut rakyat agar tidak mengundi Barisan Nasional kerana merampas tanah untuk tujuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak.

Dalam pertemuan bersama rakyat di Sibu Khamis lalu, Adenan turut melakukan penyerahan cek kepada 783 orang pemilik tanah yang terbabit dalam Fasa 1 pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. Proses pengambil alihan tanah untuk Fasa 1 ini membabitkan RM 25 juta.

Adenan turut menyelar propaganpa pembangkang di Sarawak yang mendakwa kerajaan mengambil tanah tanpa sebarang bayaran pampasan.

“Terdapat pihak-pihak tertentu yang membuat propaganda menyatakan kerajaan mengambil tanah orang tanpa bayaran. Cuba kamu semua lihat dalam majlis ini hari ini yang menerima cek. Jadi mereka ini berbohong sahaja.”-myKMU

No comments:

Post a Comment