Monday, April 11, 2016

Lagi 2 Pemimpin PKR dan seorang ahli DAP dihalang daripada memasuki Sarawak.

Bertambah lagi bilangan senarai ekstremis politik dan fanatik parti dalam kumpulan yang diharamkan daripada memasuki Negeri Sarawak. 

Best 'filter' in the world...

 

Dua pemimpin PKR disekat daripada masuk Sarawak semalam. Mereka ialah ADUN Batu Maung, Datuk Abdul Malik Kassim dan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang menjadi pembangkang terbaru dilarang memasuki Sarawak selepas Teo Nie Ching baru-baru ini.

Abdul Malik telah ditahan di Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebaik mendarat di Kuching pagi semalam. Sementara pemeriksaan Sim Tze Tzin juga mendapati dirinya diharamkan daripada memasuki Sarawak.



Pada Sabtu lepas, pereka maskot DAP, Ooi Leng Hah juga dihalang daripada memasuki Sarawak apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memaklumkan bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang, anaknya iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, serta Presiden PKR dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mungkin akan diharamkan memasuki Sarawak.

Kerajaan negeri katanya, akan mengeluarkan senarai orang yang dilarang masuk ke Sarawak, dari semasa ke semasa.

“Adalah tidak benar bahawa kita hanya mengharamkan tokoh pembangkang daripada memasuki negeri ini, tetapi kita juga mengharamkan fanatik agama, pelampau, dan juga dari UMNO,” katanya.

Antara pemimpin pembangkang yang telah dilarang memasuki Sarawak ialah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok serta tiga Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang dan Rafizi Ramli. - Sarawakian Marks

No comments:

Post a Comment