Thursday, February 18, 2016

Pendatang asing jadi majoriti sekarang.?

Isu kemasukan 1.5 Juta warga Bangladesh ke Malaysia..

Kapsyen anak Timbalan Perdana Menteri kita, 


Rakyat tengah panas menggelegak. Sayugia kiranya mana-mana anak menteri berkenaan DIAM sahaja daripada menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan.

Hal datangnya pekerja daripada Bangladesh cari makan di Malaysia bukan masalah utama. Yang menjadi pertikaiannya ialah jumlah/bilangan pekerja asing yang dikatakan keperluan syarikat, dewan-dewan perniagaan, NGO, serta pengusaha ladang. 

Jumlah 1.5 Juta pekerja itu angka menakutkan. Pemahaman kita melalui MOU yang dibuat dengan kementerian sumber dari Bangladesh menjelaskan penghantaran secara berperingkat-peringkat ke negara ini bukannya datang secara sekaligus. 

Maknanya boleh jadi dalam sepuluh tahun jumlah maksimum mengikut perjanjian MOU itu mencecah 1.5 juta orang. Boleh jadi 5 tahun akan datang.. boleh jadi juga hujung tahun ini kesemua 1.5 juta itu akan berada di negara kita. Kita tidak tahu bila.. begitu juga Zahid Hamidi sendiri..

Penjawat awam Malaysia kalau dikira seramai 1.4 juta orang sahaja. Itulah polis, itulah juga tentera, bomba, guru, kakitangan hospital dan sebagainya..  Kaum Iban yang merupakan majoriti di Sarawak sekarang pun tidak sampai 1 juta orang. Kalau ikut statistik 2010 jumlahnya baru 713,421 orang.  

Daripada taburan penduduk Malaysia yang seramai 29 juta orang, warga Bangladesh dikira sebagai kumpulan terbesar selepas kaum Melayu, India dan Cina? Bagaimana mungkin?



Menteri Sumber Manusia, Dato Richard Riot sebelum ini mendedahkan pekerja asing di negara kita ialah seramai 5,8 juta orang. Yang ada permit seramai 2.9 juta orang. Selebihnya bekerja di negara kita secara haram iaitu 2.9 juta orang juga. Itu dilaporkan dalam Borneopost pada 2014.

Dengan bilangan lebih tanpa permit seramai 2.9 juta orang atau lebih intim dengan gelaran PATI, rasanya kerajaan perlu membuat perubahan dasar dengan mengawal kemasukan lebih ramai warga asing serta memproses PATI yang layak (selepas dihukum) untuk diberikan permit kerja dalam sektor yang diperlukan ataupun lebih baik dihantar pulang ke negara asal. Bukan dengan menambahkan lagi pendatang asing yang sedia ada.

Ada asasnya kebimbangan rakyat dengan kehadiran terlalu ramai pendatang asing ke negara kita. Jangan dianggap remeh. Mereka juga boleh merosakkan bahasa dan budaya kita.

Biarlah pekerja yang digajikan seimbang dengan permintaan serta keperluan pekerjaan oleh anak tempatan. Jika syarikat mengutamakan warga tempatan dengan gaji, elaun, kemudahan yang lebih baik, sudah pasti ramai yang akan tertarik. Bukan semata-mata meraih keuntungan tetapi menggadaikan keselesaan, keselamatan serta keharmonian hidup masyarakat tempatan.


No comments:

Post a Comment