Monday, February 1, 2016

3 Jambatan untuk rakyat Sarawak buat DAP semakin kepanasan.


Terdapat 3 jenis Jambatan dibina untuk kemudahan rakyat Sarawak dan satu daripadanya sedang giat dijalankan dan akan siap tidak lama lagi. Pembinaannya pula bukan calang-calang. Akan merupakan yang terpanjang dan kedua terpanjang di negeri ini. 

Kini ia terpulang kepada rakyat untuk menilai pihak mana yang menyediakan kemudahan terbaik di negeri ini tanpa bercakap banyak dan pihak mana yang meraih sokongan dengan kaedah budaya politik bangkangan yang dibawa daripada Semenanjung Malaysia.

1) Jambatan Batang Sadong (Panjang 774 meter)

Jambatan Batang Sadong merupakan jambatan yang terpanjang di Sarawak dengan kos pembinaannya bernilai RM230 juta. Ia menghubungkan Daerah Asajaya dan Daerah Simunjan.

Kepada yang bertanya tentang projek ini, kerja pembinaan telah pun bermula pada tahun 2012 dan kini telah 91.3% siap. Dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini.

Merupakan Jambatan terpanjang di Sarawak dan akan menjadi pelengkap kepada laluan dari Kuching ke Muara Tuang-Asajaya-Sadong Jaya- Simunjan dan Sebuyau tanpa perlu lagi menggunakan perkhidmatan feri.

Sambutan rakyat yang mendapat manfaat dengan pembinaan Jambatan seperti di fb wall..





2) Jambatan Batang Lupar 

Kerajaan pusat dan negeri merancang membina jambatan merentasi Batang Lupar, lebih panjang daripada Jambatan Batang Sadong termasuk membangunkan keseluruhan kawasan pantai di negeri ini sehingga ke bahagian Bintulu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek itu elok dilaksanakan melalui kerjasama erat pusat dan negeri dengan perbelanjaannya ditanggung 50 peratus kerajaan pusat dan 50 peratus kerajaan negeri.

Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar di sungai Batang Lupar, Sri Aman yang dianggarkan bernilai RM1 bilion. Pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia ini juga akan menjadi sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Bagaimanapun, wakil DAP Melayu, Aziz Isa cuba untuk mempolitikkan isu pembinaan jambatan ini demi kelansungan partinya yang ibarat 'hidup segan mati tak mahu' di kawasan tersebut. Antaranya projek Jambatan Samarahan dan isu award tender projek.




3)  Jambatan Batang Sadong

Mungkin saudara Aziz Isa, 'bakal calon Melayu DAP kawasan N6 Tupong' sangat prihatin dengan masalah jambatan namun tidak peka dengan keadaan sekeliling beliau. Atau mungkin beliau tidak tahu langsung apa yang berlaku di depan batang hidungnya sendiri.

Soal beliau, mengapa Jambatan Batang Samarahan tidak diumumkan ketika pemimpin kerajaan merancang pembinaan Jambatan Batang Lupar yang merupakan jambatan terpanjang di Sarawak semalam?

Untuk makluman pihak DAP di kawasan N6 DUN Tupong, perlaksanaan pembinaan projek telah pun bermula pada tahun lepas. 

Majlis pecah tanah pembinaan Jambatan Batang Samarahan itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di tapak pembinaan, Kampung Baru, Kota Samarahan pada awal Febuari 2015.




Tempoh pembinaan Jambatan Batang Samarahan akan memakan selama masa 3 tahun dan dijangka siap pada Januari 2018. Syarikat yang menerima award projek ini ialah Piasau Konkerit Sdn. Bhd.

Tidak ada dominasi projek oleh syarikat kroni seperti yang berlaku di negeri-negeri pimpinan parti pembangkang. Yang diamalkan di Sarawak cuma kerja untuk rakyat, buat rakyat dan hanya kepada rakyat.

Rakyat Sarawak tidak perlukan parti yang sekadar mampu memburukkan lawan dan mengharapkan undi protes dengan tidak perlu berbuat apa-apa untuk kebaikan bersama. Politik di negeri Sarawak ialah politik bekerja, bukannya politik spekulasi, benci-membenci, politik angan-angan dan sebagainya..

1 comment:

  1. Syabas kpd kerajaan BN kerana memberi penekanan kpd pembangunan bandar dan luar bandar.Bukan senang nak membangunkan negeri Sarawak yg begitu luas.Namun,bak kata org tua "sikit sedikit lama-lama jadi bukit".Pembangunan memerlukan masa,komitmen dan perancangan.Bersabarlah.Kita baharu 50 tahun lebih merdeka.Tempoh tersebut telah menyaksikan banyak perubahan dan pembangunan dlm kehidupan kita.Bandingkan dgn pembangunan di bawah Brooke dan Koloni British (1842-1946)LEBIH 100 TAHUN.Buka mata kita.Kehidupan kita lebih maju sekarang.Sekurangnya ada juga anak kita berjaya sehingga ke Universiti.Dapat juga menikmati kehidupan moden yg lebih menyakinkan.Masa depan terjamin.Bersyukurlah.

    ReplyDelete