Monday, February 15, 2016

Negara mana di dunia yang paling tinggi subsidi untuk rakyatnya?

Hakikatnya, rakyat Malaysia sememangnya mudah lupa dan naik lemak..


Dalam ramai-ramai yang mempersoalkan ke mana aliran hasil cukai yang dipungut kerajaaan, tidak seorang pun mampu melihat apa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Ada yang memperlekehkan usaha kerajaan untuk menaiktaraf perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat. Lebih teruk, ada yang tergamak meluahkan perasaan kepada umum betapa menyesalnya dia dilahirkan sebagai rakyat Malaysia..

Politik melampau tanpa ilmu pengetahuan menyempitkan otak. Membangkang tanpa fakta hanya akan membuatkan kita lebih jauh daripada kebenaran.

Lihatlah persekitaran kita, bolehkah keperluan makan minum, keselesaan, kemewahan yang kita nikmati selama ini dicapai oleh satu kepimpinan kerajaan yang bodoh, yang korup, yang menipu untuk kepentingan diri sendiri?

Semoga kita mendapat iktibar terhadap apa yang berlaku pada tahun 2009, kepada mereka yang mengagung-agungkan kebebasan hidup di negara barat...

*****

Dipetik daripada arkib utusan 12/10/2009;

Warga kita terpaksa cuci pinggan di UK

LONDON 11 Okt. - Beratus-ratus rakyat Malaysia yang 'mengoyakkan' pasport mereka dan berlepas ke Britain dengan kepercayaan mereka boleh menuntut hak kerakyatan negara tersebut di bawah undang-undang kolonial yang aneh, mendapati diri mereka sekarang tidak mempunyai negara dan terdesak.

Dee, seorang arkitek terlatih dari Pulau Pinang, Malaysia kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran Cina di tengah London - yang juga seorang mangsa berkata, 'hak kerakyatan di Britain bukanlah sesuatu yang nyata'.

"Saya telah menjadi seorang pendatang haram... sebenarnya lebih teruk kerana mereka sekurang-kurangnya ada negara untuk mereka pulang, tetapi saya tidak,'' katanya yang berusia 34 tahun kepada AFP.

Satu klausa undang-undang memberikan penduduk Pulau Pinang dan Melaka status Kerakyatan Luar Negara Britain (BOC) apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Etnik Cina di dua negeri itu yang juga sebahagian tanah jajahan Britain di Tanah Melayu atau Malaya, yang sentiasa berhati-hati terhadap diskriminasi di bawah sebuah negara yang didominasi masyarakat Melayu Islam, diberi jaminan mereka boleh mengambil jalan keluar dengan menetap di Britain.

Aktivis imigrasi berkata, ratusan rakyat Malaysia memohon hak kerakyatan Britain, kebanyakannya diberi hak tersebut selepas menetap di Britain lebih lima tahun dalam tahun 1980-an dan 1990-an.

Undang-undang imigresen telah diperketat pada 2002, menyaksikan tamatnya polisi membenarkan rakyat Malaysia dengan status BOC untuk mendaftar sebagai warga Britain.

Namun, keliru dengan perubahan tersebut, ditambah dengan sikap tidak jujur peguam yang mencari keuntungan semata-mata, membuatkan ramai rakyat Malaysia terus membuat permohonan. Dee yang melihat ramai rakannya dengan status BOC berjaya mendapatkan hak kerakyatan turut memohon pada 2003.

Ben Scaro, seorang peguam bela Australia yang memperjuangkan hak golongan BOC berkata, situasi menjadi bertambah kusut apabila kes-kes terbabit dibiarkan tidak selesai selama bertahun-tahun dan surat yang dikirim pada tahun 2005 memberitahu pemohon, mereka tidak boleh meneruskan permohonan melainkan mereka dapat membuktikan mereka telah hilang kerakyatan Malaysia.

Kesannya, ramai individu dengan status BOC termasuk Dee melepaskan kerakyatan Malaysia - satu proses yang sangat sukar untuk diundurkan semula.

"Saya telah mengisi borang untuk melepaskan kerakyatan Malaysia dan pasport saya telah dipotong. Saya juga telah diberitahu pegawai Kedutaan Besar Malaysia di sini bahawa saya bukan lagi warga negara Malaysia.

"Apa yang membuatkan situasi bertambah buruk, kerajaan Britain masih menganggap kami rakyat Malaysia, sedangkan Malaysia menyatakan kami bukan lagi rakyatnya. Ini tidak masuk akal,'' katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment