Thursday, February 4, 2016

Calon PBB DUN Machan VS Calon PKR orang luar kawasan


Tahniah, Allan Siden Gramong merupakan calon pertama diumumkan untuk bertanding di DUN Machan mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menentang PKR pada Pilihanraya Negeri kelak.

Perkara ini diumumkan oleh Setiusaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi Utom pada Majlis Perjumpaan Khas di Kanowit, dekat sini hari ini.

Beliau adalah anak tempatan di kawasan tersebut, merupakan Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Ahli Exco Pemuda PBB Pusat. Allan menggantikan tempat bapanya Datuk Gramong Juna yang telah berkhidmat selama sembilan penggal sebagai ADUN Machan.

Semoga legasi Datuk Gramong dapat memberikan khidmat masyarakat dan kemajuan yang lebih baik untuk rakyat menjelang wawasan 2020 kelak.


*****

Sementara di pihak pembangkang,


Difahamkan, rata-rata penduduk DUN Machan tidak berpuas hati dengan keputusan kepimpinan PKR yang meletakkan George Chen sebagai calon di kawasan tersebut.

PKR seolah-olah tidak mempercayai kewibawaan anak tempatan untuk mewakili parti tersebut menentang BN.

Jika PKR benar-benar mahu menawan kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN) maka mereka perlulah meletakkan calon anak jati tempatan menentang calon BN yang juga orang tempatan.

Menurut salah seorang wakil mereka, Matthew Baba, PKR memilih calon bukan anak tempatan berbangsa Cina (yang pernah tewas di kerusi tersebut) bertanding di kawasan majoriti Iban sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan penyokong PKR di kawasan tersebut.

Katanya, jika difikirkan secara logik, kira-kira 96 peratus pengundi di Machan adalah Iban dan tidak wajar bagi calon bukan Iban bertanding di kawasan tersebut.

Kebanyakan isu-isu di Machan adalah isu tempatan lebih-lebih lagi berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang beliau amat yakin hanya mampu ditangani oleh calon tempatan kaum Iban di kawasan itu sendiri dan bukannya calon luar yang bukan Iban.

Persoalan pertama yang akan dibangkitkan penduduk dan pengundi di kawasan Machan ialah, “bolehkah kita mempercayai orang luar atau calon bukan Iban, memperjuangkan kepentingan kita di Machan?”.

Matthew memberitahu sidang media ketika mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PKR, See Chee How menekankan George Chen sebagai calon pilihan PKR di Machan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 ini jangka pada Mac depan.

Pada PRN 2011, Chen tewas di tangan penyandang kerusi Machan selama lapan penggal, Datuk Gramong Juna yang (BN-PBB) yang memperolehi 3,683 undi berbanding Chen (2,054) .

Artikel borneopost bertarikh 26/1/2016 di bawah turut mendedahkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap pencalonan PKR itu..

Sila rujuk link..

Ahli, penyokong PKR Machan hantar petisyen tolak pencalonan semula Chen


No comments:

Post a Comment