Sunday, February 14, 2016

1.5 Juta Bangladesh ke Malaysia. Zahid Hamidi jelaskan kenapa?


Rata-rata rakyat memprotes kemasukan mendadak 1.5 Juta warga Bangladesh ke Malaysia seperti yang dilaporkan melalui media perdana serta media sosial kita. Mengapa pekerja asing diperlukan, bukannya orang kita sendiri?

Secara peribadi, penulis juga agak kurang senang dengan berita seperti ini. Namun, atas sebab-sebab tertentu mungkin kita terfikir apa rasionalnya kerajaan membuat keputusan sedemikian rupa..

Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan beberapa faktor yang menyebabkan keperluan pekerja tenaga asing yang tinggi untuk sektor-sektor khususnya sektor pembinaan atau pertanian/perladangan yang kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat tempatan.




Beberapa hari lalu, kabinet telah memperbincangkan mengenai masalah pekerja asing.

Antara isu yang dibangkitkan adalah mengenai levi, yang keduanya mengenai soal penggajian semula pekerja asing tanpa izin di Malaysia dan yang ketiga ialah mengenai keberadaan perjanjian yang akan dimeretai oleh menteri sumber manusia Malaysia dan menteri sumber manusia Bangladesh.

Perkara ini telah menimbulkan berbagai reaksi negatif dari rakyat dan makin dikelabukan dengan beberapa tafsiran yang dikelirukan.

Beliau telah mengeluarkan kenyataan yang cukup jelas mengenai perkara ini dan beliau memberi jaminan daripada segi penguatkuasaan akan dilakukan terhadap mereka yang berada di Malaysia tetapi tidak mempunyai dokumen ataupun telah melepasi tempoh tertentu di dalam permit kerja di negara ini.

Kementerian Sumber Manusia dan KDN hanya berikan tumpuan kepada sektor-sektor yang diluluskan sahaja. Dalam hal ini NGO dan dewan-dewan perniagaan hendaklah mencari langkah panjang bagi menentukan bahawa pekerjaan hendaklah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Yang kedua mereka harus mencari jalan supaya latihan terus diberikan bagi menarik lebih ramai rakyat tempatan untuk bekerja dalam pelbagai sektor yang berbeza, yang selama ini dikuasai oleh pekerja asing.

Yang ketiga, sistem automasi hendaklah dilakukan bagi sektor-sektor tertentu agar kebergantungan kepada pekerja-pekerja asing dapat dikurangkan.

Di samping itu kita harus mengetahui bahawa bukan kerajaan yang membawa pekerja-pekerja asing untuk masuk ke negara ini.

Tetapi ianya adalah atas permintaan industri, persatuan, dewan perniagaan dan kerajaan melalui kementerian sumber manusia, Jabatan Imigresen dan bahagian pekerja asing KDN hanya memenuhi kehendak dan permintaan pasaran sahaja.

Dalam hal ini, Zahid Hamidi mengalu-alukan perbedaan pendapat oleh orang ramai serta NGO yang memberikan lontaran yang pelbagai supaya bekerjasama dengan pihak kerajaan agar kebergantungan kepada pekerja asing ini bukan sahaja dapat dikurangkan malah untuk jangka panjang menggunakan tenaga pekerja tempatan.

No comments:

Post a Comment