Friday, February 5, 2016

Pengajaran buat rakyat Sarawak - Jangan tersilap seperti mereka..

Memilih pemimpin yang betul, dengan parti yang betul, serta kepimpinan kerajaan yang betul adalah asas untuk kemakmuran dan kemajuan yang diidamkan semua rakyat.

Kurang satu pertimbangan daripada tiga perkara di atas akan menyebabkan kepincangan. Tugas mentadbir sesebuah negeri bukan hak bagi pihak yang berkepentingan. Dan kita pula tidak mahu menjadi mereka yang tersilap langkah seperti dalam rakaman di bawah.

Apabila wakil rakyat PKR sendiri merintih mengenang nasib disisihkan DAP, kepada siapa lagi hendak mengadu? Semoga menjadi pengajaran kepada kita..

*******

Kredit kepada SarawakToday.

[VIDEO] Rakyat Sarawak perlu tahu..kawasan PKR diabaikan dibawah pentadbiran DAP Pulau Pinang



Rakyat Sarawak mungkin tidak tahu bahawa di Pulau Pinang, kerajaan dibawah pentadbiran DAP mengabaikan pembangunan rakyat di kawasan pedalaman.

Apa yang menarik ialah kawasan DUN Menanti adalah dibawah kendalian ADUN PKR, rakan DAP dalam Pakatan Harapan!


ADUN PKR Pulau Pinang, Dr. Norlela Ariffin menangis kesedihan semasa sidang DUN Pulau Pinang kerana luahan dan persoalannya mengenai pembangunan penduduk kawasan Penanti diabaikan.

"Kawasan saya kawasan kampung yang terpinggir, saya bawa suara orang kampung...yang mendengar suara saya Padang Kota saja," luahnya sambil menangis.

Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata, semua 28 kawasan di DUN Penanti adalah kampung yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti pengangkutan, mesin ATM dan banyak lagi.

"Saya sedih sangat...sebab kerajaan ini (Pulau Pinang) sepatutnya...DAP adalah satu parti yang sosial demokrat...apa yang saya nak cakap dengan orang kampung bila balik, tanya pasal sungai jeti pun tak jawab," katanya.

Sebelum memerintah, DAP menabur janji manis kepada rakyat di kawasan tersebut; slogan UBAH menjadi bahan kempen. Namun apa yang terjadi, selepas menang, DAP meminggirkan kawasan tersebut.

Berbalik kita kepada keadaan atau senario politik di Sarawak, DAP menabur janji kepada rakyat seolah-olah segala masalah rakyat akan selesai apabila mereka (DAP) diberi peluang untuk memerintah.

Sedangkan rakyat di Sarawak tidak tahu keadaan sebenar; keluhan bukan setakat dari penyokong BN, malah rintihan penduduk di DUN PKR Pulau Pinang turut diabaikan oleh DAP.

DAP Sarawak fokus kepada kawasan pedalaman Sarawak yang mana menurut mereka semua kawasan pedalaman akan penuh dengan projek pembangunan sekiranya DAP atau Pakatan Harapan diberi peluang memerintah.

Bagaimana rakyat di Sarawak mahu percaya dengan janji manis DAP? Kawasan rakan sepakatan (PKR) diabaikan, inikan pula mahu membangunkan kawasan di Sarawak yang sekarang ini berada di dalam kawasan Barisan Nasional Sarawak.

Apa kemampuan DAP Sarawak? Walhal kawasan bandar yang dimegah-megah oleh DAP sebelum ini dibangunkan menggunakan peruntukan projek dari kerajaan Pusat dan Negeri Sarawak (Barisan Nasional).

Penyokong PKR Sarawak pula jangan jadi seperti PKR Pulau Pinang. Bukti video diatas sudah cukup untuk mengajar bahawa DAP bukan sekadar berjanji kosong, malah mereka (DAP) juga hanya mementingkan agenda parti, bukan membantu rakyat.-Sarawak Today


3 comments:

  1. dap nak memerintah sarawak bukan nak buat pembangunan, kalau dia buat pembangunan pun hanya kawasan cina saja, orang sarawak bukan semuanya cina. dap hanya nak jual tanah sarawak sebab tanah kat sarawak luas, penang yang kecil pun habis tanah dijual.

    ReplyDelete
  2. Kah kah lah...doktor lelah ipin kah kah tu la penduduuk kampung ko masih bertuah lagi sbb DAP tak bantu org kampung ko...sbb dasar DAP menipu dan nk hancurkan Melayu.... tapi bapak idola ko aljuboori dah lama kaki penipu tu yv ko ikut... sib baik ko tak di 'china doll' kan ko oleh aljuboori...

    ReplyDelete
  3. Satu je. Jgn undi Dap jgn bgi peluang kpd Dap. Npk je Dap ......terus undi parti lain.

    ReplyDelete