Friday, March 18, 2016

Pilihanraya Negeri Sarawak - DUN akan dibubarkan 2 minggu lagi?



Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan akan dibubarkan dalam tempoh dua minggu akan datang bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) ke 11.

Memetik kenyataan pemimpin veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos dalam satu laporan akhbar beliau memberitahu kepada pemberita The Star mengenai pembubaran itu dijangka berlaku minggu depan atau selewat-lewatnya minggu pertama bulan April.

Ini adalah kerana Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah mencadangkan tarikh 18 sebagai hari penamaan calon dan 30 April untuk hari mengundi.

Walaubagaimanapun, keputusan mengenai tarikh tsebut masih terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Minos juga menambah bahawa terdapat gambaran bahawa pilihan raya akan diadakan pada bulan April.

Akan tetapi SPR akan menentukan kesemuanya kerana ia berpandukan faktor-faktor lain seperti keselamatan, cuaca dan persiapannya sendiri, jadi tarikh itu tidak semestinya 18 dan 30 April.

Dalam pada itu, menurut seorang penganalisis politik Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) berkata pilihan raya berkemungkinan besar akan diadakan pada 7 Mei atau selewat-lewatnya 14 Mei.

Pada tahun 2011, DUN Sarawak dibubarkan pada 21 Mac, dengan penamaan calon pada 6 April dan pengundian pada 16 April.-Sarawakiana

No comments:

Post a Comment