Tuesday, March 15, 2016

Berbini orang Iban - Adenan Satem memohon maaf



Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hari ini menyatakan permohonan maaf beliau kepada masyarakat Iban dengan gurauan 'Berbini orang Iban' dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Minda di Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu lepas.

Menurut beliau, ia hanyalah sebagai gurauan semata-mata dan tidak bermaksud sama sekali untuk menyinggung perasaan kaum dan masyarakat Iban yang lain.

Gurauan beliau itu bagaimanapun telah disalah tafsir oleh segelintir masyarakat yang menganggap ia merendahkan martabat kaum Iban, sekaligus telah dijadikan modal politik oleh pakatan pembangkang untuk menyerang kredibiliti dan kepimpinan beliau.

"Jika masyarakat salah anggap dengan gurauan saya itu, saya dengan ikhlas hati mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dan terasa hati.

"Saya berharap ianya sampai di sini sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan satu sidang media di Wisma Bapa di sini, pagi tadi.



No comments:

Post a Comment