Tuesday, March 22, 2016

Mat Sabu dihalang masuk ke Sarawak

Mat Sabu dihalang daripada memasuki Sarawak pagi tadi.. Beliau merupakan orang yang kedua pada tahun ini yang disekat selepas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin pada 29 Januari yang lalu.

Satu usaha yang baik kerajaan negeri bagi mengekang budaya politik tidak sihat daripada meracuni pemikiran rakyat Sarawak. Politik benci membenci bukan amalan di negeri ini.

Harap-harap beliau tidak membaling mikrofon lagi untuk melepaskan geram akibat dari keputusan pengharaman beliau ke Sarawak pada hari ini. Satu peringatan kepada pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang lain, supaya tidak menjadi antara yang tersenarai bersama mereka yang telah dihalau.




Mat Sabu dihalang memasuki Sarawak

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu hari ini dihalang memasuki Sarawak.

Menurut Sekretariat Komunikasi parti itu, tindakan itu adalah atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

“Beliau bersama pegawai khasnya tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.40 pagi dan ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen,” kata satu kenyataan ringkas daripada Sekretariat Komunikasi Amanah.

Kenyataan itu turut berkata Mat Sabu kini dalam proses dihantar pulang ke Semenanjung.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan tindakan itu dan meminta Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meneliti semula sekatan terhadap mana-mana ahli politik.

“Dia (Mat Sabu) bukan ada buat apa-apa kekecohan. Kenapa dilarang masuk?’ tanyanya semasa satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Usaha untuk menelefon Mat Sabu untuk mendapatkan reaksinya tidak berjaya setakat ini.

1 comment: