Showing posts with label sarawak report. Show all posts
Showing posts with label sarawak report. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

Malaysia akan tersungkur di tangan Yahudi? Semoga Kerajaan Bani Jawi dipelihara Allah

Tiga orang Khalifah Islam iaitu Umar al-Khattab r.a. Usman Ibn Affan r.a. dan Ali Ibn Abi Talib kwjh mati terbunuh kerana angkara fitnah yang disebarluaskan di kalangan umat pada zaman tersebut.

Saidina Hassan dan Hussein r.a., cucu Baginda RasuluLLAH saw juga terbunuh angkara fitnah yang berleluasa.

Kejatuhan Empayar Kesultanan Bani Jawi Melaka juga bermula dari fitnah di kalangan para pembesar mereka.

Republik Rakyat Iraq dan kejatuhan Presiden Saddam Hussein bermula dari fitnah rakyatnya sendiri yang bersekongkol dengan kuasa asing bahawa wujudnya senjata pemusnah besar-besaran yang sedang dibangunkan oleh Iraq.

Kesemua tragedi tersebut telah dan sedang berlaku di Malaysia. Sesungguhnya fitnah itu lebih tajam dari mata pedang.

Sarawak Report media dajjal

Sejak kelmarin sudah tersebar dilaman laman sosial dan rangkaian pesanan mesej Whatsapp kononnya sudah ada bukti sahih berlaku transaksi urusan bank dimana ada pindahan wang besar kepada YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.

Tanpa usul periksa, juak juak anti Najib mendabik dada mula menyalak sakan melalak dan berkompang riuh rendah menyerbarkannya.

Pada kiraan mereka, sudah pasti rakyat akan percaya dan dokumen dokumen tersebut menjadi bukti kukuh memang benar berlakunya penyelewengan dana besar berkait rapat dengan 1MDB dan Najib Razak.

Dokumen Transaksi Bank Milik Najib Pendedahan Wall Street Journal KANTOI Menipu.... Kesian !   Klik link  http://medan-info-kita.blogspot.com/2015/07/dokumen-transaksi-bank-milik-najib.html

*****
Jangan Mudah terpedaya dengan muslihat jahat Media Barat yang mahukan Malaysia tersungkur sepertimana Timur Tengah yang tidak berpaksikan kepada kuasa mereka.



Asakan demi asakan dilemparkan Barat kepada pemimpin pemerintah Malaysia - mykmu

Kita tertanya-tanya, mengapakah media-media pro-barat menyasarkan Perdana Menteri Najib Razak sebagai “target” sekaligus membawa motif yang jelas; gulingkan beliau at all cost.

Jika hendak difikir-fikirkan, melalui pembacaan penulis, Perdana Menteri Najib Razak bukanlah selantang mantan perdana menteri, yang berjaya melabelkan dirinya sebagai anti-semitik, dan tidak mesra dengan Barat.

Apa yang sebenarnya ditakuti oleh Barat?

Bermula dari Sarawak Report, yang mengembar-gemburkan isu 1MDB dengan fakta yang tidak benar, sehingga membawa kepada penangkapan seorang bekas eksekutif PetroSaudi yang dikhabarkan sebagai punca segala-galanya. Perlu diingatkan, Malaysia tidak terbabit di dalam penangkapan tersebut.

Sedang pembohongan itu hampir lenyap, Wall Street Journal pula tampil dengan carta kononnya berlakunya pemindahan wang ke akaun peribadi Perdana Menteri yang berjumlah RM700 juta. Tersedak penulis mendengar jumlah itu, dan tergelak membaca apabila sejumlah wang yang begitu banyak dengan selamba masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri. Ada juga yang percaya bulat-bulat.

Samada suratan atau kebetulan, yang mana penulis fikir ia adalah satu konspirasi, pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak dihujani dengan serangan-serangan maha hebat dari barat.

Sebelum ini pula, kita dikejutkan dengan dana yang terima oleh satu pertubuhan dari sebuah firma antarabangsa. Pertubuhan tersebut telah menggunakan isu yang juga berkait dengan media antarabangsa untuk memburuk-burukkan kerajaan dan Perdana Menteri. Setelah modus operandi mereka gagal akibat pembongkaran pembohongan dan seterusnya akaun tersebut telah dibekukan oleh kerajaan Malaysia.

Lenyap isu terbabit, kerajaan diserang pula dengan isu GST. Penulis tidak menafikan kecacatan perlaksanaanya, cuma GST terbukti penting dan efektif sehingga 160 buah negara telah melaksanakannya. Apa yang kita perlu tahu, isu GST sememangnya mampu menggoyahkan kerajaan. Malah, terbukti isu GST menjadi senjata utama politik di negara-negara seperti Australia dan Ghana.

Untung menjadi pembangkang di Malaysia, kerana dibantu oleh isu-isu berasaskan antarabangsa, yang hampir 100% bersifat spekulasi dan pembohongan sehingga setakat hari ini. Justeru itu, tidak perlulah kita terbawa-bawa dengan saranan terbaru mereka untuk adakan tunjuk perasaan besar-besar sekiranya Perdana Menteri Najib Razak enggan meletakkan jawatan.

Asas isu ialah pembohongan, dan memang sejak azali pembangkang sangat sinonim dengan pembohongan. Apa yang hendak kita hairankan?

Isu Scorpene, GST, 1MDB oleh Sarawak Report dan kemudiaannya penampilan Wall Street Journal sebagai pendesak untuk mengekalkan konsistensi asakan terhadap Malaysia sangat mencurigakan. Bagi penulis, paksinya ialah Barat. Apakah pembangkang di Malaysia sememangnya dibantu oleh kuasa asing yang telah lama mengidamkan Malaysia?

Perdana Menteri Najib Razak secara terbuka percaya dengan prinsip kesederhanaan, atau wassatiyyah. Maknanya, beliau tidak suka mencipta musuh, dan tidak dapat dinafikan, pelbagai usaha samada makro atau mikro dilaksanakan untuk mensejahterakan Malaysia.

Barat senantiasa dan tidak mudah putus asa untuk terus-terusan menyerang Perdana Menteri. Apa yang diharapkan ialah barisan kepimpinan akan hilang kepercayaan terhadapnya. Ini bukan rekayasa, kerana jarum-jarum fitnah yang tanpa henti telah berjaya meyakinkan ramai pimpinan, termasuklah mantan perdana menteri yang terkenal dengan imej anti-semitik dan anti barat.

Apa sebenarnya yang Barat takut dengan susuk tubuh seorang Perdana Menteri bernama Najib Razak?

Rakyat Malaysia perlu tahu, dalam praktis undang-undang, “innocent until proven guilty”, dan bukannya “guilty until proven innocent”.

Penulis tidak tahu samada Perdana Menteri Najib Razak boleh menggunakan taktik yang sama diguna oleh mantan Perdana Menteri Tun M dalam menangani asakan barat iaitu “jangan percaya laporan media asing yang dikuasai oleh Yahudi yang jahat”.


Saturday, July 4, 2015

Dakwaan WSJ - Kenyataan Najib terhadap tuduhan mereka


Dakwaan WSJ (Wall Street Journal) dan Sarawak Report berkenaan saluran dana berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib amatlah serius. Samada kebenarannya itu benar atau tidak, akan ada satu pihak yang bakal menghadapi tindakan berat.

WSJ sebelum ini cukup terkenal dengan reputasinya sebagai penyampai berita di mata dunia, berpangkalan di New York dan diterbitkan sejak 125 tahun lepas. Pernah memenangi Pulitzer Prize sebayak 36 kali dan merupakan akhbar terbesar di Amerika Syarikat.

Di sebelah pihak DS Najib pula, beliau merupakan antara pemimpin negara yang didakwa menerima kemasukan berbilion ringgit ke akaun peribadinya. Satu perkara yang dipertikaikan ialah benarkah begitu dangkal seorang ketua negara menggunakan akaun peribadinya untuk menerima dana yang sedemikian besar? Mengapa akaun peribadi?

Sarawak Report pula, tidak lebih daripada satu portal yang tujuannya cuma untuk memburuk-burukkan pemimpin kerajaan, penyampaiannya pula tercemar dengan pelbagai jenis pemalsuan fakta, dokumen, malah pernah tersalah orang kononnya ahli keluarga Pehin Sri Taib Mahmud sebelum pilihanraya negeri yang lepas.

Pihak SPRM, Bank Negara, PDRM serta Jabatan Peguam Negara haruslah segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan WSJ yang amat berat seperti ini. Difahamkan, WSJ melaporkan mempunyai dokumen dan bukti kukuh terhadap dakwaan mereka dan tidak gentar dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh pihak Perdana Menteri.

Di bawah adalah penjelasan Datuk Seri Najib berkenaan tuduhan yang paling berat diterimanya sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri yang ke-6. Semoga Allah membuka kebenaran kelak, siapa sebenarnya yang bersalah dan patut dihukum. Moga-moga negara kita selamat serta dilindungi daripada tangan-tangan perosak yang sentiasa mencari ruang untuk memporak-perandakan negara kita seperti yang berlaku di Timur Tengah.

Amin Ya Robbal Alamiin..


Kenyataan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak
SABTU, 4 JULAI 2015 - 12:00AM

DAKWAAN terbaharu kononnya Dato Sri Najib Razak menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi, dianggap sebagai satu lagi pembohongan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjatuhkan kerajaan.

Justeru, Perdana Menteri memberi amaran, pihak yang terus menggunakan taktik sedemikian bakal berdepan tindakan undang-undang.

Berikut adalah kenyataan penuh Najib yang dikeluarkan malam ini.


1. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai tuduhan - semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut - dilakukan terhadap saya dan keluarga.

2. Serangan bermula apabila saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya enggan kerana berasa adalah tidak wajar bagi Malaysia ditadbir secara proksi.

3. Tun kemudian mencipta krisis apabila tanpa usul periksa mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan hakikatnya ia adalah hutang yang diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion.

4. Dakwaan terbaharu ialah kononnya saya mengambil dana berkaitan kerajaan untuk kepentingan peribadi. Saya percaya Tun berada di belakang pembohongan ini, berganding bahu dengan pihak asing termasuk blog politik Sarawak Report yang semakin diragui kredibilitinya.

5. Saya ingin berterus terang: Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi seperti didakwa seteru politik - baik daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti mana disahkan oleh semua syarikat terbabit.

6. Jelas sekali, tuduhan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen terancang sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.

7. Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang bukti. Apa yang kita dengar hanyalah dakwaan berasaskan kebocoran dokumen dan penyiasat tanpa nama. Tiada sekali pun sumber dokumen ini ditampilkan, manakala dokumen berkenaan juga tidak pernah dikemukakan untuk pengesahan pihak berkuasa.

8. Seperti diketahui, beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan kebelakangan ini dilaporkan telah diubah. Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya. Hakikat ini besar kesannya terhadap kesahihan dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk memburuk-burukkan kerajaan serta negara kita.

9. Mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia untuk berdepan tindakan berikutan perbuatan mereka. Taktik kotor - termasuk taktik jenayah dalam beberapa keadaan - untuk menumbangkan kerajaan akan gagal. Dalam beberapa keadaan, mereka bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

10. Malang sekali serangan palsu bertubi-tubi yang didorong kepentingan peribadi ini berlaku pada ketika Malaysia memiliki pelbagai kelebihan unik - kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan status negara maju yang semakin hampir dicapai. Saya kekal dengan fokus untuk membangunkan negara demi rakyat.

Friday, September 5, 2014

Serah 'mayat' kepada KDN

Mereka menamakan kumpulan mereka Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS).

Gambar diambil di luar pejabat KDN dengan sekumpulan anak muda berarak untuk menyerahkan memorandum 'mansuh Akta Hasutan' sambil membawa bersama replika jenazah sebagai simbolik 'demokrasi yang mati'.

Ia sebagai respon kepada dakwaan terhadap pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom dan beberapa siri penangkapan kalangan ahli-ahli politik serta aktivis di bawah Akta Hasutan 1948.

Kumpulan mahasiswa tersebut berkumpul di lobi bangunan KDN dan berteriak "Mansuh-mansuh, Akta Hasutan!".

Namun seorang pegawai dari KDN yang sepatutnya menerima memorandum itu bagaimana pun memulangkan kembali memorandum tersebut.



Akta Hasutan 1948 adalah satu-satunya perisai dan dinding penghalang kepada usaha pihak-pihak dan anasir luar untuk menghuru-harakan kesejahteraan rakyat. Tanpanya, negara kita diancam perpecahan malah boleh menjadi bibit awal rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei yang menjadi titik hitam dalam sejarah kita.  

Golongan yang menggelarkan diri mereka GAMIS ini mungkin ditaja sepenuhnya oleh parti pembangkang, atau orang tertentu yang mempunyai kepentingan dengan penghapusan akta tersebut.

Apa yang mereka mungkin lupa, sekarang usaha anasir jahat untuk memisahkan Sabah dan Sarawak melalui kempen yang digelar SSKM begitu giat dilakukan tanpa kita sedar akan kemajuannya sekarang.

Mereka mempertikaikan Perjanjian Penubuhan Malaysia kononnya Sabah, Sarawak telah merdeka sebelum bergabung bagi membentuk Persekutuan Malaysia. Perlu kita tahu setiap gerakan anti-kerajaan mempunyai agenda tertentu bermula daripada pemansuhan beberapa penguatkuasaan akta yang dilihat berisiko tinggi terhadap usaha mereka.

ISA telah dimasuhkan, namun apakah yang kita lihat sekarang dengan provokasi melampau terhadap kaum, agama dan raja-raja dalam perlembagaan? Bukankah dengan mansuhnya akta hasutan kelak, maka setiap individu boleh berbuat sesuka hati serta kebal daripada sebarang tindakan undang-undang?

Biasanya hanya penjahat sahaja tidak sukakan undang-undang yang tidak memihak mereka. Kalau boleh, biar tidak tinggal satu pun lagi alasan untuk pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan pelampau-pelampau politik.

Itulah yang dibuat oleh golongan GAMIS ini tanpa mereka sedar dipergunakan oleh pihak berkepentingan walhal ia amat merugikan diri sendiri.

Sunday, October 13, 2013

Rahsia kenapa DAP guna Maskot Kenyalang



Dalam Malaysia setiap negeri ada ikon negeri masing-masing. Kebanyakan yang kita tahu, gambar haiwan tertentu digunakan dan diberi penghormatan oleh pemimpin kita, kerana kekuatan, keberanian dan juga kerana kecerdikannya, dengan menjadikannya sebagai lambang-lambang negeri dan ikon dalam acara-acara sukan.

Sebagai contoh, Negeri Melaka menggunakan lambang kancil kerana digambarkan sebagai binatang yang pintar, serta mampu memperdayakan haiwan-haiwan yang besar dan gagah, serta bengis. Negeri Kelantan dengan Kijangnya, kerana pemerintah pada zaman dulu amat menyayangi binatang ini lalu dijadikan sebagai lambang negeri. Negeri Sabah pula dengan Burung Raja Udangnya kerana ia melambangkan sifat-sifat kemerdekaan, kerajinan dan ketetapan rakyat Sabah.

Bagaimana dengan Sarawak?

Seperti yang kita tahu, Burung Enggang ataupun dalam panggilan lainnya Burung Kenyalang berkait-rapat dengan identiti negeri Sarawak. Bagi sesetengah orang Dayak Kenyalang ialah Dewa Perang mereka dan menjadi burung negeri Sarawak. Di Malaysia, sebut sahaja negeri Kenyalang, serta-merta orang tahu ia merujuk kepada negeri Sarawak. 


Dan mengapa ikon-ikon ini sangat penting hingga memainkan peranan terhadap persepsi rakyat di negara kita dan juga di mata dunia? Ia sebenarnya adalah simbol  kebesaran dan penyatuan rakyat dalam sesebuah negeri. Jelas sekali Ia tidak dibuat untuk bersuka-suka dan disebarkan tanpa membawa apa-apa maksud disebaliknya..

Maka sebab itulah DAP menggunakan Burung Kenyalang sebagai maskot dalam kempen politik mereka. Mereka cuba mendoktrin pemikiran rakyat supaya melihat Kenyalang sebagai satu ikon kebangkitan parti mereka sekarang. Bukan hanya lambang rasmi kerajaan negeri dan acara sukan menggunakannya, tetapi juga sebagai lambang penguasaan politik pembangkang di negeri Sarawak. 

Keterujaan DAP pada maskot Kenyalang. Walhal burung Kenyalang tidak sedikitpun melambangkan apa-apa pada parti DAP

Dari sini kita lihat DAP sebenarnya tidak mampu menggunakan ikon roket mereka sendiri  kerana ia lebih membawa maksud 'untuk Malaysia'. DAP sedar, masyarakat bumiputra Sarawak cukup sensitif dalam isu tanah, maka kempen pilihanraya DAP pada kali ini seolah-olah mahu membebaskan diri daripada persepsi parti kecinaan oleh bumiputra disamping cuba membuatkan rakyat lupa yang mereka adalah parti yang berpusat di Semenanjung Malaysia. 

Sejak daripada dahulu lagi, rakyat Sarawak melihat DAP sebagai parti dominasi Cina yang hanya bertumpu di kawasan bandar-bandar sahaja tetapi pada kali ini mereka mahu mengubah penampilan agar kononnya lebih bersifat kenegerian melebihi identiti sebagai parti kaum Cina.

Gambar yang membawa seribu satu maksud. Mengapa Dr. John Brian memegang papan 'Impian Malaysia' dan bukan 'Impian Sarawak' seperti yang dipegang Chong Chieng Jen dan Lim Guan Eng? Tidak sedarkah dia...?
 
Banyak cara halus yang digunakan DAP antara lain ialah dengan memperkudakan bumiputra Sarawak untuk mencapai apa yang dihajati. Bumiputra Sarawak sejak dulu menolak kemasukan DAP, tetapi kempen buruk-burukkan peribadi pemimpin BN boleh menjadi barah dalam daging tanpa counterback daripada BN membuatkan mereka kelihatan berjaya. Undi protes, adalah satu-satunya harapan DAP untuk melihat sokongan rakyat beralih arah.

 

Beautiful!  Look.. so bright! What is that? Oh.. it Sarawak...

Sungguh megah DAP dengan ikon Sarawak, gemilang cahayanya pada waktu malam. Indah sungguh pemandangan untuk nikmati. Penyokong DAP melihat ini sebagai satu wawasan, negeri Sarawak akan dirempuhi dengan kekuatan undi protes nanti hasil pembohongan yang telah mereka jaja. Akhirnya tanah Sarawak bakal diteroka  sebagaimana tanah-tanah negeri di bawah jajahan politik mereka. 

Ramai yang mulanya sokong kini merana. Janji dulunya untuk rakyat kini beralih tanpa harapan. Kepada siapa mereka mengadu, kerajaan yang dulu tidak dapat membantu. Orang Sarawak bangsa pahlawan, tidak menangis dan tidak akan mengalah.. tanah Sarawak tidak lagi dijajah. 

DAP Penang, you all can keep dreaming all day at all time. No more land grabbing under the name of your infrastructure development. That is an oldfashion tricks to cheat poor innocent native residents. They are aware now... if you really want to help, please start with those people in kampung where you make them to abandoned their own home like below links,


Gembiranya pengundi DAP, tidak dapat dibayangkan dengan seribu perkataan, hanya gambar di bawah menjadi saksi..

 



 

Most Dayak probably can read and understand very well what is written on the maskot's beak. It could means, Sarawak for Dayak people, eh?
Guan Eng for Dayaks. DAP to ensure no more massive land grabbing by BN and to secure Dayaks previllage in the country at once. Right..?

Sarawak bukan untuk dirampas parti politik. Sarawak hanya untuk diamanahkan kepada pemimpin yang rakyat pilih. Bukan dengan cara undi protes, tetapi undi kepercayaan terhadap parti. 
     
Berhati-hatilah dengan slogan UBAH DAP. Ia juga bermaksud untuk mengubah apa yang dinikmati oleh rakyat khususnya Bumiputra Sabah dan Sarawak. Janganlah kita tertipu dengan lakonan DAP yang sentiasa tersasul dengan skrip yang direka oleh mereka sendiri....

Tuesday, September 24, 2013

The story behind Clare Rewcastle (Sarawak Report)


She is the founder of Sarawak Report and Radio Free Sarawak which are openly critical of the Barisan Nasional-led state government of Sarawak.

She left Sarawak at a young age and lived in London before becoming a journalist with BBC World Service in 1983.

Clare is married to Andrew Brown, the younger brother of former British Prime Minister Gordon Brown.
Andrew was implicated for accepting payments for a cleaner through the Prime Minister's expenses during the expenses scandal in May 2009.

The Telegraph, the newspaper which ran the story, later acknowledged that Andrew never received any improper benefit.

However, there are numerous scandals involving Andrew but he has never been proved guilty of any wrongdoing.

Clare, on the other hand, visited Sarawak more than 30 years later and suddenly became an ‘environmentalist’ because of the so-called destruction of forest and etc which she saw in Sarawak.

The real reason was something else, which we will explain below;


Clare set up Sarawak Report and Radio Free Sarawak to bring down Sarawak CM Abdul Taib Mahmud but she failed.

Clare, who is now a housewife, was creating a world of lies and deception for an ulterior purpose and she was willing to go any lengths for this.

It would also not be wrong to suggest that Clare could have been romantically involved with Radio Free Sarawak DJ Peter John Jaban, a Sarawakian with a well-known penchant for Caucasion women.


She even conspired with Cullen Johnson, a former Toronto police officer turned private eye to hack into private bank accounts for Taib Mahmud’s ex-daughter-in-law who is embroiled in a fierce divorce battle with Taib’s eldest son.

And why after whacking Taib, she moved to ruffle the feathers in Sabah, this time involving CM Musa Aman?

The real story behind Clare Rewcastle Brown

Former UK Premier Gordon Brown, his brother Andrew Brown and Clare Rewcastle Brown are associates of money chaser Ted S. Greenberg or better known as Theodore S. Greenberg.

bro-in-law...former UK premier gordon brown

husband...andrew brown

money chaser...ted s. greenberg

Ted is a former career prosecutor who investigated money laundering, fraud, corruption and financial violations as Chief of the Money Laundering Section and Deputy Chief of the Fraud Section, at the U.S. Department of Justice, and as an Assistant United States Attorney for the Eastern District of Virginia.

Ted was the man who helped the United States recover hundreds of millions that were stashed away hidden by former Philippine president Ferdinand Marcos.
The millions have since been returned to the Philippines Government and Ted was paid handsomely.

Ted is now working on a few high-profile cases including the recovery of nothing less than US$15 billion hidden by deposed Egyptian President Hosni Mubarak.

His job also includes the recovery of billions hidden by former Libyan leader Muammar Gadafi and Iraq’s Saddam Hussein.

Now, Clare Rewcastle and her people have a common link -  Malaysian Opposition leader Anwar Ibrahim.

Clare is a close advisor to opposition leader Anwar Ibrahim and any pretense that her campaign is independent, objective or non partisan is exposed as questionable as she receives and provides very regular briefings and instructions from him and his daughter.

Reports, including those that emerged from The Malay Messenger.com, suggest that Clare may be seeking to seek advantage for herself and others by suggesting that oil exploration concessions may be made available to those who provide Anwar Ibrahim support.

Clare has in an email (read at the Malay Messenger.com) suggested to Anwar that Ted’s services be engaged should Anwar topple the BN government and become PM before the recently-concluded General Elections 2013.