Showing posts with label Krisis Menteri Besar Selangor. Show all posts
Showing posts with label Krisis Menteri Besar Selangor. Show all posts

Friday, February 20, 2015

KIDEX penuhi syarat tapi dibatalkan. Apa masalahnya?

Projek Lebuhraya Kidex penuhi semua prasyarat - Fadillah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah memenuhi semua prasyarat yang ditetapkan dalam projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX), kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam satu kenyataan, Rabu, beliau berkata semua proses, prosedur dan prasyarat telah dipatuhi dan dikemukakan keseluruhannya kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, yang telah mendapat kelulusan prinsip bersyarat pada 23 Feb 2012 daripada kerajaan negeri.

Penilaian Impak Lalu lintas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar juga telah dikemukakan pada 7 Julai 2014, katanya.

Fadillah berkata Kidex merupakan satu penyelesaian bagi menangani kesesakan lalu lintas kawasan Lembah Klang dan Petaling Jaya, selain beberapa lebuh raya lain yang dicadangkan untuk mewujudkan jaringan jalan raya/lebuh raya dan pengangkutan awam yang lebih sistematik.

"Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan akan merujuk kepada Pejabat Peguam Negara daripada sudut perundangan berhubung keputusan kerajaan negeri Selangor membatalkan projek lebuh raya tersebut bagi mendapatkan input berkaitan undang-undang memandangkan perjanjian konsesi telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan syarikat konsesi," jelasnya.

Fadillah berkata kementerian akan bertemu dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk berbincang lebih lanjut berhubung pembatalan projek Lebuhraya Kidex dan memastikan apa jua keputusan yang dibuat akan memanfaatkan rakyat majoriti.

Isnin lepas, Azmin mengumumkan pembatalan pembinaan projek Lebuh Raya Kidex itu kerana pihak konsesi gagal mematuhi tiga syarat khusus yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga tamat tempoh Sabtu lepas.

Azmin berkata antara syarat yang gagal dipatuhi ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar.

Dalam perkembangan sama, Fadillah berkata Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat konsesi telah mengadakan pelbagai sesi janji temu dengan 76 Persatuan Penduduk dan 172 Rukun Tetangga sejak Ogos 2014, dan sektor swasta serta perniagaan untuk menerangkan cadangan jajaran lebuh raya Kidex di samping mendapatkan maklum balas mereka.

Tambah menteri itu, pameran awam juga telah diadakan di MBPJ dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), diikuti pelaksanaan pewartaan di bawah Rancangan Tempatan MPSJ (Penggubahan 1) 2020 pada 9 Mei 2013.

Fadillah berkata pelbagai sesi perbincangan telah diadakan di antara ahli-ahli Majlis MBPJ, Bahagian Kejuruteraan, LLM dan syarikat konsesi untuk memberikan penjelasan yang menyeluruh mengenai cadangan jajaran Lebuhraya Kidex.

Jelasnya, MBPJ telah melantik Perunding dan Perancang Trafik MDS untuk menilai kesan trafik, kajian destinasi asal, analisis kos faedah dan beberapa aspek berhubung Penilaian Impak Trafik Kidex.

"Laporan itu telah dibentangkan kepada jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan MBPJ pada 21 Jan 2015, kepada ahli-ahli Majlis, dan pada 27 Jan 2015 kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen terlibat.

"Wakil teknikal LLM dalam taklimat tersebut telah mengutarakan pandangan dan penjelasan mereka berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dibangkitkan dalam laporan perunding," jelas Fadillah.

Mengikut laman web syarikat konsesi KIDEX Sdn Bhd, projek bernilai RM2.42 bilion yang dicadang dibina tahun ini bermula dari Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Damansara dan berakhir di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Kinrara.

Lebuh raya itu merangkumi laluan utama sepanjang 14.9km dan susur lebuh raya sepanjang 11.2km dan sebagai sebuah lebuh raya bertingkat sepenuhnya.

Kidex dipercayai mampu memenuhi keperluan penduduk kawasan utara-selatan Lembah Klang selain mengurangkan kesesakan lalu lintas Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sehingga 30 peratus.

Sumber: astroawani


Komen Sarawakian Marks
Satu lagi projek untuk kemudahan rakyat yang dipolitikkan oleh pihak pembangkang.

Sesi Pendengaran awam telah pun dijalankan oleh pihak KIDEX. Mengapa kerajaan negeri Selangor tidak mengadakan pendengaran awam bagi mendengar pandangan pihak yang menyokong perlaksanaan KIDEX?

Jangan tunggu sampai keadaan jadi parah baru tergadah nak rancang jalan penyelesaian seperti yang berlaku pada projek langat 2 sehingga menyusahkan rakyat.

Sama-samalah kita lihat apa alternatif Azmin untuk membantu rakyat terutamanya yang bukan dari golongan elit untuk menyelesaikan masalah kesesakan di Selangor.

Friday, September 26, 2014

Pendedahan berani ahli, PAS pecah tembelang di Selangor

Biarkanlah mereka membalun sesama sendiri. Kita tengok Pakatan Rakyat sekarang dah retak, tunggu nak terbelah saja. Semakin lama, semakin banyak pendedahan.

Senjata makan tuan... itulah istilah sesuai buat parti PKR dan PAS. Selagi mereka berjuang untuk dapatkan habuan untuk penuhkan isi periuk sendiri, selagi itulah mereka tidak akan puas telanjang-menelanjangi antara satu dengan yang lain.

Sebelum ini Presiden PAS mendedahkan Broker dan Barua dari puak Anwarinas, hari ini kita dihidangkan dengan pendedahan tembelang PAS di Selangor. Entah besok, entah lusa puak pro-presiden dan ulama dedahkan lagi wajah sebenar penentang-penentang mereka..

UMNO jangan gatal-gatal nak masuk campur, nanti bila mereka dah checkmate, orang kata ini semua permainan korang. Inilah drama politik yang paling sofisticated pernah kita lihat dalam sejarah. Ada kisah ahli pemimpin nak pecat presiden sendiri, penasihat ekonomi kena pecat, menteri besar kena pecat, exco negeri kena pecat, parti nak kena pecat..  Semuanya berlaku dalam satu episod sahaja.

Cuba tengok rakaman video, puak pakatan rakyat sedang mengagih-agihkan peluru untuk PRU14

Orang dalam pecah tembelang, punca utama kekalutan di Selangor tersebar!




Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.


Thursday, September 25, 2014

Azmin diramal hadapi krisis Menteri Besar

Azmin Ali baru saja diangkat menjadi Menteri Besar Selangor ke-15 menggantikan TSKI. Tanjak keramat yang diguna pun masih hangat. Lafaz sumpahnya pun masih lagi terngiang-ngiang di telinga...

Tiba-tiba muncul Zuraida Kamaruddin bagi cadangan supaya PAS diberi jawatan 'kesian' dalam kerajaan negeri. Alasannya sebab PAS telah mengkhianati keputusan Pakatan Rakyat yang menetapkan hanya satu nama (Wan Azizah) kepada Sultan Selangor walaupun baginda meminta lebih daripada 3 nama sebelum ini.

Isu siapa MB sepatutnya sudah selesai, tetapi suara-suara sumbang masih lagi mempertikaikan keputusan yang tidak menjadi seperti dirancangkan. Jika berterusan sikap 'restu tapi bantah' begini, Azmin akan berasa panas setiap hari.



Ahli Parlimen Ampang ini agak keterlaluan mengkritik PAS sampai terlupa dengan kewujudan angka.. jika dikira kerusi DUN dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, PKR lah selayaknya mendapat 'consolations' daripada PAS. Tolak DUN yang disandang TSKI, PKR cuma tinggal 13 kerusi sahaja. PAS sebaliknya mempunyai 15  kerusi. Ikut kaedah matematik yang ringkas, budak sekolah rendah pun tahu PAS sepatutnya menyandang Jawatan Menteri Besar itu, bukannya PKR.

Kenyataannya itu seolah-olah memperbudakkan PAS, tidak layak diiktiraf tempat dalam kabinet kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali. Sedangkan PAS membuat keputusan mengekalkan TSKI sebagai MB kerana bimbang DUN akan dibubarkan. Namun atas apa pun alasan, itulah hadiah Pakatan Rakyat kepada PAS yang masih dalam keadaan tak sedar diri lagi...

Rasanya Azmin tak segelojoh itu nak menghukum PAS, sedangkan dia sendiripun pening fikirkan cara nak stabilkan kembali Pakatan Rakyat bagi mengekalkan jawatannya sebagai orang nombor satu peneraju kerajaan negeri Selangor. Di mata kita nampak seakan dia gah dengan jawatan barunya, hakikatnya alam politiknya semakin bercelaru, mindanya tunggang-langgang oleh kekacauan di sekitarnya.

DAP terang-terang mahu Azmin ambil tindakan terhadap 4 exco PAS yang dianggap pengkhianat kepada Pakatan Rakyat. Ironinya, pengkhianatan itulah yang membolehkan PAS memilihnya sebagai Menteri Besar bagi menolak pencalonan Wan Azizah dulu. Orang-orang PAS serta Presiden dan Mursyidul amnya menyokong penuh perlantikan Azmin. Begitu juga DAP dan PKR biarpun sebilangan ahlinya tetap mahukan Wan Azizah dipilih sebagai Menteri Besar.  Azmin harus membuat keputusan bijak yang tidak akan mencacatkan sokongan antara kedua belah pihak..

Kita andaikan politik Selangor tidak akan sunyi dengan krisis. Melainkan PAS tiba-tiba jadi keldai merelakan diri diperlekehkan dan dihukum maka selesailah satu masalah. Tetapi jangan lupa seteru politik dalam PKR yang ramai mempunyai sindrom anti-Azmin, semuanya menunggu kesempatan untuk mengeluarkan Azmin daripada kedudukannya.

DAP pula dengan kerenah mereka, mencadangkan supaya ahli ecxo yang dipilih dalam barisan kerajaan pimpinannya bukan kalangan pro-Azmin dan mahu ahlinya dilayan istimewa.

Itulah nafsu dan selera DAP yang menyebabkan TSKI bertindak memecat adun mereka sebelum ini. Bolehkah seorang Menteri Besar bekerja dengan exco yang hanya akur arahan pemimpin tertinggi parti sahaja? Adakah ini cara bekerja kerajaan negeri di Pulau Pinang, yakni menerapkan kaedah 'exco remote control' dalam kepimpinan mereka? Jika begitu, kenapa tidak pilih kalangan umno sahaja sebagai exco kerajaan negeri mereka?

Kita belum dengar lagi apa diminta Anwar Ibrahim dan sekutunya.

Banyak lagi yang Azmin kena peningkan bila dah pegang jawatan.. itu belum lagi nak hadapi karenah ahli exco yang akan dilantik, belum lagi nak fikir kekalkan prestasi secemerlang TKSI, belum lagi dengan masalah nak uruskan rezab rm3 billion yang dikatakan menjadi motif Kajang Move, belum lagi nak tangani serangan seteru politik baik dalam PR mahupun BN, belum lagi tangani masalah risiko kamera CCTV atau alat perakam rahsia yang diletakkan orang tertentu di pejabat seperti dialami TSKI sebelum ini lebih-lebih lagi dalam tandas.., ... Belum lagi masalah Akta Hasutan yang dihadapinya bersama Anwar Ibrahim.. semua itu baru mukadimahnya sahaja..

Yang pastinya, seluruh mata rakyat di Malaysia yang mengikuti krisis di Negeri Selangor akan memerhatikan setiap tindakannya satu persatu dengan teliti...

Inilah lumrah.. Bukan senang bila dah jadi Menteri Besar pada kadar segera!


CCTV spy ke atas TSKI


CCTV spy orang yang mirip Azmin







Tuesday, September 23, 2014

Gempar! Azmin Ali akan disiasat Akta Hasutan bersama Ketum?


Belum panas lagi punggung Azmin duduk sebagai Menteri Besar yang baru, kali ini dia akan disiasat di bawah akta Hasutan 1948 berhubung ceramah pada tahun 2011. Katanya polis akan buka semula kes ini, lapor Keldaian Daily.





Turut sama disiasat di bawah kes sama ialah Ketum sendiri. Malaysian Insider pula mendedahkan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang akan menyoal siasat Anwar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada jam 3.00 petang Jumaat ini. 

Nampaknya, semacam ada yang tak betul dengan laporan Keldaian Daily dan Malaysian Insider. Menggambarkan seolah-olah ada pihak yang hendak keduanya ditangkap segera, ia tentu akan menimbulkan ketegangan khususnya penyokong PR jika isu ini dipolitikkan.

Aduhai, sekali lagi umno akan dituduh sebagai dalangnya.. memang dah lumrah pasti umno saja...! 

Apapun setakat yang penulis tahu, belum ada pihak di sebelah kerajaan mengesahkan perkara ini. Kita tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku nanti...




Monday, September 22, 2014

Surat Perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru

Teka-teki sudah terjawab. Memang Azmin Ali bakal Menteri Besar Selangor yang baru, hanya tunggu untuk angkat sumpah saja.

Difahamkan Azmin telah menerima surat rasmi perlantikan daripada istana sekitar jam 5 petang tadi.



Ramai yang kata Azmin bersilat kiri dan kanan, menafikan yang dia dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru, sekarang kita sudah tahu.. Gambar raptai itu memang sah..

PKR sekarang sudah boleh bertemasya!

Sunday, September 21, 2014

Open Secret - Astroawani dedah Azmin Menteri Besar Selangor

99% bakal Menteri Besar Selangor yang baru adalah Azmin Ali. Itulah yang disebut dalam laman astroawani.

Rujuk sini:http://www.astroawani.com/news/show/isu-mb-99-peratus-kemungkinan-mb-selangor-milik-azmin-sumber-44394?cp

Kurang 48 jam, kita akan lihat Azmin angkat sumpah dengan jawatan barunya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekaligus mengecewakan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mencipta sejarah Malaysia dengan kemunculan Menteri Besar wanita yang pertama.

Tahniah bakal MB Azmin Ali

Mungkin malam ini, Azmin sudah boleh mencanangkan siapa dia kepada seterunya, lebih-lebih lagi Chegu Bard. Mungkin malam ini juga Azmin sudah boleh berlatih tukar cara berjalan dan gaya persis watak Ali Baba sebagai orang kedua besar selepas Sultan..

Tahniah. Walaubagaimanapun, kita harapkan satu kejutan yang lebih besar akan menggegarkan dunia politik di Selangor pada kali ini. Orang yang dipilih tidak pernah disangka kita akan menjawat jawatan itu.

Langkah Kajang memang penuh dengan kejutan. Itulah punca kekacauan yang paling diingati dalam lebaran dunia politik Malaysia yang berwarna-warni. Antaranya;
  1. Wan Azizah dicalonkan sebagai Menteri Besar Wanita pertama Malaysia. Walaupun gagap, dia dipilih kerana dia adalah isteri kepada Ketua Umum PKR.
  2. TSKI kena pecat PKR, TSKI pecat 6 ADUN PKR/DAP
  3. Anwar muncul dengan rupa berserabai dan berserabut, tak pernah dilihat dalam media 
  4. PAS dikhianati ADUN sendiri. Baiah PAS tak sekebal mana pun..
  5. Pakatan Rakyat sudah tidak malu lagi dikecam amalkan nepotisme, satu amalan yang 10 kali lebih teruk daripada kronisme.
  6. PAS pecah dua kumpulan.. satu team bersama Presiden, satu lagi team Anwarinas.
  7. Ahli PAS yang berpecah tubuh satu lagi parti dalam PAS kerana nak sokong Wan Azizah.
  8. Tiba-tiba nama Azmin muncul MB bukannya WAWI.

Kita tunggulah seterusnya apa akan berlaku. Moga-moga Allah bagi petunjuk pada rakyat Selangor, siapa sebenarnya yang pergunakan rakyat untuk kepentingan sendiri.. BN atau PR.


Takut rupa Hadi Awang marah sungguh...

Tak ramai sedar kuasa Anwarinas dalam PAS sekarang dah nak sampai ke tahap meng'tong-sampah'kan Presiden, Mursidul Am, Majlis Syura Ulamanya..

Ini kita kena akui, Anwar seorang yang hebat berpolitik..bila dia marah bininya tak jadi menteri besar, parti yang menentang akan mendapat musibah protes oleh ahlinya sendiri...

PAS macam telur di hujung tanduk. Entah esok, entah lusa dengan presiden, dengan mursyidul am sekali melingkup kena tendang... kata orang, telan mati mak, luah mati bapa. Nak keluar pakatan tapi benci umno, nak bersama pakatan tapi benci Anwar..

Penggunaan 'broker' politik ini lama sudah kita dengar, bukan perkara baru. Yang baru itu cuma 'Barua' dalam kalangan sendiri. Biasanya Broker adalah orang yang berkepentingan. Masa pilihanraya, mereka inilah yang memainkan peranan cukup besar dalam mempengaruhi keputusan undi.

Letak saja harganya. Cuma tidak ada bukti tentang amalan broker ini yang kita boleh nampak dengan mata kasar.. Rasanya Hadi Awang sendiri pun tahu, itulah pasal dia dedahkan bila jadi marah yang amat..

Sekarang baru tersentak.. macam seolah dia tak percaya dikhianati. Bukankah satu Malaysia dah tahu PKR ni cukup terkenal sebagai longkang tempat katak lompat masuk dan lompat keluar bila tiba musimnya? Awat hang marah?

Dulu masa 16 September 2008, Anwar yakin sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen BN akan lompat parti, hampir-hampir saja dia membentuk 'kerajaan katak' sekelip mata. Dan nak tarik 30 ahli lompat parti perlukan strategi besar, bukan boleh dirunding sorang-sorang depan mata..! Lagi satu ia tak boleh dijual-beli hanya dengan air liur sahaja. Mereka perlukan broker/negotiator... Itulah yang difahamkan penulis..


Bab 2 adun PAS yang melanggar Baiat itu disebabkan broker politik. Kata Presiden PAS, pakatan rakyat mengkhianati Tahaluf siasi kerana mencuri adun PAS. Bagaimanapun, kerjasama PAS-Pakatan tidak terjejas oleh isu di Selangor dan akan tetap utuh menjelang pilihanraya... bagaimana itu?

Harap-harapnya Hadi Awang takkan bersedia sampai bila-bila bawa ahli PAS ke neraka Jahanam. Kalau dia dah bersedia, itulah yang kita takutkan... Semoga PAS insaf dan terima sahaja apa yang berlaku sebagai petunjuk daripada Allah untuk keluar daripada penggabungan sia-sia bersama pakatan serta berdiri di atas perjuangan sendiri bukan sebagai boneka.


Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. 

Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.

"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?

"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu.

Beliau turut memberi amaran kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain agar tidak menjadikan PAS sebagai tempat persinggahan demi mencapai tujuan dan matlamat mereka.

"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan.

"Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan. Ahli PAS mesti faham ada perbezaan," katanya.

Beliau juga menegaskan, PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk agenda politik mereka melalui nilai kesamaan, namun masih terdapat perbezaan daripada dasar-dasar asas parti.

"PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti, nak makan sama.

"Bersama dalam titik persamaan mendokong demokrasi yang adil untuk semua," katanya.

PAS juga katanya tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor.

"PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar, walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar. Walaupun tiada perjanjian bertulis.

"Tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja," katanya, dan menambah tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar tidak berlandaskan syarak.

"Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri.

"Lalu dilantik seorang kerana kecenderungan bukan kerana amanahnya. Saya tidak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam," kata Hadi.

Hadi berkata, pelantikan pemimpin seharusnya dibuat berdasarkan keupayaan mereka, dan bukannya kecenderungan dan strategi politik masing-masing.

"Jangan pandang ringan nak beri begitu sahaja, ada amanahnya.

"Jangan tengok ini strategi politik, harus lihat ini amanah Allah," katanya lagi.

Beliau dalam ucapannya turut memberi peringatan kepada ahli PAS untuk tidak menubuhkan jemaah baharu dalam PAS.

"Jangan tubuh jamaah dalam jamaah lain. Jangan tubuh parti dalam parti." – TMI 


Friday, September 19, 2014

Nama Menteri Besar Selangor yang baru didedahkan Media

Nama Wan Azizah tidak diperkenan Sultan, nama kedua yang paling hampir selepas beliau pula ialah Azmin Ali. Sumber mengatakan nama Azmin paling sesuai ialah kerana dia adalah Timbalan Presiden PKR, Namanya juga disebut-sebut oleh PAS dan dicalonkan PKR sendiri selepas nama Wan Azizah.

Walaupun katanya Azmin menolak pencalonan oleh parti PKR, dia tidak pernah mengatakan yang dia akan menolak perlantikan daripada istana.

Serangan Chegu Bard terhadap Azmin Ali dalam media baru-baru ini berpunca daripada tindakannya yang dikatakan melobi jawatan itu semakin jelas menunjukkan Azmin mahu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Akhirnya satu nama didedahkan BERNAMA semalam, rujuk pada sebahagian artikelnya yang dipetik di bawah;



SHAH ALAM, 18 Sept (Bernama) -- Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Bernama bagaimanapun enggan mendedahkan nama menteri besar yang baharu itu.

Beliau berkata perkara itu hanya akan diketahui pada hari mengangkat sumpah berkenaan.

Bernama difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali adalah calon yang bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Namun, ketika diminta mengulas perkara itu, Mohamad Munir enggan mengesahkannya.

Baca seterusnya..

Friday, September 12, 2014

Memang Jahat. Mungkin ini sebenarnya strategi PAS di Selangor.

Dulu kata umno pengkhianat rakyat, Islam plastiklah bagai... PAS lebih sanggup tidur sebantal dengan DAP daripada hidup bersama dengan kepimpinan UMNO. 

Dendam punya dendam, akhirnya Allah Azzawajalla balikkan dendam itu pada diri mereka juga. PAS kini dihentam teruk fanatik politik, bukan saja oleh DAP dan PKR, malahan dari kelompok ahli parti mereka sendiri.

Bila dah kena serang depan belakang, luar dan dalam, buat Press Conference minta simpati kata dikhianati. Tapi jangan percaya bulat-bulat. PAS ini spesis parti u-turn then merry go round... hari ini cakap lain, besok cakap lain.. 




Sebelum pilihanraya 2008 dulu, Pakatan Rakyat tidak wujud. UMNO pernah cuba pujuk PAS untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan Selangor dengan PAS sebagai Menteri Besarnya. 

Malangnya PAS ketika itu sombong. Ada beberapa pemimpin PAS yang gelap mata dengan perundingan serta persetujuan awal dibuat dengan beberapa orang pemimpin utama DAP, walaupun merugikan PAS yang sepatutnya memegang jawatan Menteri Besar Selangor bersama UMNO.


Tak jadi MB masa itu tak apa... Selepas PRU ke-13, PKR sekali lagi diberi tempat ambil tampuk kepimpinan sebab DAP tiada wakil Melayu/ Islam. (PAS ada 15 kerusi DUN, PKR 14 kerusi, DAP 15 kerusi)

Untuk pengetahuan, dalam kebanyakan demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP dan PKR sebelum ini, PAS yang paling banyak menyumbangkan ahli. Yang meriah turun padang sampai berguling-guling di atas bitumen pun golongan mereka juga. 

Tanpa ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, demonstrasi takkan menjadi, contohnya Demonstrasi Black 505 yang konon-kononnya untuk membantah kejadian terputus bekalan elektrik sebagai bukti penipuan UBN dalam PRU-13. Sebaliknya PKR dapat malu besar oleh bilangan ahli peserta yang hambar..

Jadi PAS yakin, mereka tiada masalah untuk ketepikan Pakatan Rakyat. Tapi pada masa sama, sumbangan PKR/DAP diperlukan untuk mengekang kuasa UMNO daripada mengambil alih sokongan rakyat. Ibarat menarik rambut dalam tepung.. rambut tak putus, tepung tak berselerak.


Jika PAS mahu ambil alih kepimpinan kerajaan negeri Selangor, inilah masanya. Cukup-cukuplah dengan sandiwara yang dilakonkan selama ini. 

Siapa yang tak gelap mata bila tahu rizab yang dimiliki Selangor sekarang RM2.712 Bilion, jumlah tertinggi dicatatkan dalam sejarah negeri itu. Dengan duit sejumlah itu, 3 kali kempen pilihanraya pun tak habis... 

Sudah tentu PAS tak perlu pada Pakatan Rakyat. Biarlah Pakatan Rakyat pula yang akan berlutut pada mereka kelak....




Tuesday, September 9, 2014

Beliaukah MB Selangor yang baru (tidak rasmi)?


Teka-teki akan berakhir.. politik perang dingin PAS - Pakatan Rakyat tentang siapa yang patut menjadi MB Selangor bakal 'reda sekejap' tidak lama lagi. Akan ada pihak yang ternganga, terduduk dan terguling lagi.

PAS  bijak berwayang kulit. 3 Tok Dalangnya memang hebat belaka. Tiap antaranya tahu bersandiwara dengan bicara masing-masing. Tapi pemilik pentasnya, Hadi Awang. Jangan terkejut, dah lumrah dorang main kat belakang... Andai kata PAS dipilih,  boneka PKR dan DAP itu dah tentu orang tak sudi nak junjung ..



Khabarnya Jumaat ini ada orang diperkenankan Sultan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan TSKI. Baginda sendiri pun belum lagi mencanang Gongnya, tapi semacam ada yang dah tahu apa bunyinya. Beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Ir Iskandar Abdul Samad.

Orangnya hensem, rasanya dia tak gagap dan tentunya bukan simbolik sebagai tukang kipas orang tertentu.... Betul atau tidak, kita tunggulah dan lihat nanti... Rujuk sini

Maaf cakap, Wan Azizah bukan pilihan Sultan Selangor.

PKR dan DAP ingkar titah Sultan, hantar cuma satu nama saja sampai buat baginda murka, jadi selayaknya mereka dianugerahi bertan-tan debu bertakhtakan angan-angan saja.

Terbentuklah kerajaan PAS Selangor. Bagi yang tak sudi, dibubarkanlah DUN Selangor kepimpinan PR itu. Andainya mereka terpaksa redha, maka Langkah Kajang itu sebenarnya Langkah Kejang hasil ciptaan kebodohan pakatan sendiri.

Kita ramalkan MB baru nanti akan menjadi MB yang paling singkat tempoh perkhidmatannya dalam sejarah Malaysia mengiringi Darul Ridzuan.. DUN Selangor akan mohon dibubarkan. Kalau itu berlaku, ia perang yang biasa. Tapi kalau itu tak berlaku, sesungguhnya ia amat Luar Biasa!

Apapun, kita doakan yang terbaik untuk rakyat Selangor khususnya kerajaan Baginda Sultan. Semoga Allah merahmati negeri Darul Ehsan serta melindunginya daripada tangan-tangan orang yang bukan ahlinya. Amin.


Monday, September 8, 2014

Kenapa Wan Azizah tidak boleh jadi MB Selangor?



Perlantikan Datin Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru akan mengundang lebih banyak masalah berbanding kebaikan terhadap rakyat di negeri ini. Penganalisis politik berkata, pentadbiran Wan Azizah kelak akan dibayangi Anwar Ibrahim selaku penasihat PKR.

Malah tidak mustahil peristiwa serah kuasa seperti yang pernah terjadi di Permatang Pauh satu masa dahulu akan berulang kembali sekiranya Anwar didapati bebas daripada sebarang hukuman mahkamah.

Kata penganalisis politik, Dr Ahmad Martadha Mohamed,

“Kita tahu Wan Azizah bukan seorang ‘willing-politician’. Beliau banyak mengambil tempat Anwar apabila Anwar dijatuhkan hukuman, dipenjarakan dan tidak dibenarkan bertanding dan sebagainya.”

“Oleh kerana beliau telah melalui pelbagai peristiwa di mana masalah yang timbul seperti di Permatang Pauh apabila beliau terpaksa bertanding, kemudian apabila Anwar mendapat kelayakan, beliau terpaksa meletakkan jawatan dan beri ruang kepada Anwar untuk bertanding.”

“Jadi ini semua adalah rentetan peristiwa yang menunjukkan bahawa sebenarnya meletakkan Dr Wan Azizah itu akan memberi  lebih banyak masalah berbanding  dengan kebaikan kepada masyarakat dan penduduk  Selangor terutamanya.”



Wan Azizah baru-baru ini telah menghantar surat memohon untuk mengadap Sultan Selangor untuk kali kedua, bagi memaklumkan dirinya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Terdahulu, Sultan menolak permohonan mengadap Wan Azizah. Majlis pimpinan pakatan rakyat sebulat suara bersetuju mengekalkan nama Wan Azizah sebagai calon menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Martadha menyelar kemampuan Adun Kajang itu untuk mentadbir negeri apatah lagi Wan Azizah sendiri mengakui tidak mempunyai pengalaman mengurus tadbir sesebuah negeri dan mengharapkan sokongan sebuah pasukan mantap untuk membantunya menguruskan Selangor.


Kata Dr Ahmad Martadha lagi,

“Apakah dengan kurangnya pengalaman dari sudut mentadbir sama ada sektor awam atau sektor swasta itu akan menjadikan Wan Azizah itu lebih baik? Saya rasa tidak..”


“Apabila seseorang itu tiada pengalaman dan kredibiliti di mana dua isu ini saya sifatkan sebagai penting bagi sebuah negeri maju seperti Selangor, maka mungkin nanti beliau mudah dimanipulasi. Kita tahu perlantikan Tan Sri Khalid sebelum ini dibuat atas dasar latar belakang beliau menerajui bidang korporat.”  




Sunday, September 7, 2014

PKR dan DAP memang 'tak reti' bahasa.

Presiden PAS, Dato Seri Hadi Awang sudah jelas menolak Wan Azizah sebagai pengganti TSKI. Bukan hanya tolak calon tunggal PKR, tetapi menempelak PKR yang tak faham bahasa.

Beliau membidas usaha sesetengah puak di dalam parti Islam itu yang mahu PAS hanya mengikut arahan dan telunjuk dua rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat.

"Surat dari istana minta kita hantar lebih dari dua nama. Orang kata kita tak reti (faham bahasa), maka kena hantar lebih dari dua. PAS reti (faham bahasa), yang lain terpulanglah nak hantar satu atau dua nama.

"Orang PAS nak minta pemimpin jadi bodoh ke? Orang minta kita hantar dua nama kenapa minta (hantar) satu nama? Kita tak begitu. Kalau ada pihak media pun tulislah berita ini," katanya di Program Dialog dan Penjelasan Isu Terkini yang diadakan semalam.

"Kalau nak hantar satu nama Sultan nak pilih macamana? Kemudian kita terima surat dari Istana, istana tulis surat pada saya semua parti hendaklah menghantar lebih dari dua nama," ujarnya.

Malah Hadi turut menepis dakwaan PAS menolak Wan Azizah kerana isu jantina.

"Yang sebenarnya sebab kita tolak calon (MB) di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi  tidak layak bukan sebab di perempuan...bukan sebab itu, tak boleh dan tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan kerajaan negeri Selangor ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor itu yang sebenarnya bukan sebab dia (Wan Azizah) perempuan."

"Sebab isu perempuan ini boleh muzakarah banyak, rasa Sultan pun dia ada mufti di Selangor dan dia (Baginda) boleh tanya mufti Selangor dalam bab ini," demikian menurutnya.


Wan Azizah Tidak Cukup Syarat Untuk Jadi Menteri Besar Selangor?


Kuala Lumpur – PKR dan DAP perlu menghormati keputusan PAS yang tidak menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Demikian pandangan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali yang turut menekankan lapan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang calon jika hendak menjadi menteri besar.

“Pertama, dia mestilah ada ilmu, iaitu ilmu untuk mengurus, bukan mengurus organisasi tetapi sebuah negeri yang mana saiznya besar.
“Yang kedua, dia juga hendaklah mempunyai pengalaman mentadbir sebuah badan korporat atau sebagai pegawai tadbir  diplomatik,” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, Dr Hasan juga berkata calon tersebut mestilah mempunyai ilmu pengurusan tanah yang tahu bagaimana hendak mentadbir tanah, mengutip hasil, bayaran dan sebagainya.

“Keempat, dia perlu mempunyai kebolehan mengurus kakitangan kerajaan negeri yang bilangannya ramai. Oleh itu dia perlu tahu bagaimana hendak mengurus mereka dari peringkat atas hingga ke bawah,” jelas beliau yang juga bekas naib presiden PAS.

Katanya lagi, calon itu perlu memiliki personaliti yang dapat diterima oleh Sultan kerana seseorang menteri besar harus mempunyai hubungan yang intim dan erat dengan Istana.

Jelas beliau, sekiranya hubungan itu layu, ia boleh mencacatkan pentadbiran negeri.
“Yang keenam, dia mestilah mempunyai trek rekod yang baik dan berintegriti serta tidak mempunyai sebarang rekod yang boleh merosakkan imejnya sebagai menteri besar.

“Yang ketujuh, seseorang MB itu bukan sahaja perlu dapat sokongan dari ketiga-tiga parti tetapi dia kena pandai urus tadbir rakan-rakannya dalam parti-parti tersebut supaya segala keputusan yang dibuat mendapat sokongan padu dari mereka,” kata Dr Hasan.

Akhir sekali, beliau menekankan bahawa calon tersebut seorang yang beragama Islam yang boleh melancarkan pentadbiran berkaitan agama Islam.

“Kena ada imbangan dengan agama, hubungan baik dengan mufti, JAIS dan MAIS. Pengalaman sebagai exco, MB perlu hadir konvensyen berkaitan agama, kena ada sebelah Sultan. Jadi untuk acara-acara tersebut, jika dia perempuan ada sedikit halangan,” jelasnya.

Katanya jika Wan Azizah dapat memenuhi kesemua ciri-ciri tersebut, beliau tiada masalah. Bagaimanapun katanya jika masih ada pilihan, biarlah calon tersebut seorang lelaki.

Sementara itu, menyentuh kepada kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Wan Azizah ‘tidak ada kebolehan’, Dr Hasan merasa perkara itu ada kebenarannnya.

“Kalau Hadi kata Wan Azizah tak ada kelayakan, saya rasa (betul) mungkin ciri-ciri itu tiada dalam Wan Azizah. Sebab kalau kelapan-lapan itu dirumuskan, ia termasuk dalam ‘kebolehan’,” katanya.

Selain itu, Dr Hasan berkata beliau tidak mahu jawatan tersebut diuruskan secara ‘jarak jauh’, iaitu dengan adanya individu tertentu yang menguruskannya di belakang tabir.

Katanya PAS sebagai parti Islam, dalam hal besar dan penting seperti ini, harus utamakan apa kehendak Allah, seperti yang dilakukan oleh Abdul Hadi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng perlu menghormatinya.

“Kalau sunnah kata begitu (utamakan lelaki), kalau ulamak kata begitu, takkan dia nak kata perempuan boleh. Kalau dia kata boleh juga, nanti akan ditempelak oleh ramai,” kata Dr Hasan.

Tambahnya, PAS juga dilihat amat berhati-hati dalam isu ini dan dalam masa yang sama menjaga hubungannya dengan Istana.
Abdul Hadi dalam kenyataanya pada Jummat, mengatakan PAS tidak menamakan Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu kerana merasakan beliau (Wan Azizah)tidak berkebolehan.

Katanya Wan Azizah ditolak bukan disebabkan gender tetapi syarat melantik pemimpin mestilah seorang yang mempunyai kebolehan.

Kredit kepada www.suara.tv