Showing posts with label Jabatan Kerja Raya. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Kerja Raya. Show all posts

Monday, September 19, 2016

Jambatan terpanjang di Sarawak akan dibuka kepada orang ramai pada 1 Oktober

Jambatan Batong Sadong akan dibuka kepada orang ramai pada 1 Oktober.

Setakat ini, kerja-kerja penyiapan adalah 99.5%.

Tinjauan Ahli Parlimen P200 Batang Sadong, YB Datuk Hajah Nancy Shukri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri ke atas Jambatan Batang Sadong pagi tadi mendapati tiang lampu sepanjang jambatan berkenaan telahpun didirikan.

Setakat ini, beliau berpuas hati dengan perkembangan pembinaan Jambatan Batang Sadong.

Panjang Jambatan Batang Sadong ialah 1.48 km dan merupakan jambatan terpanjang menyeberangi sungai di Malaysia bernilai RM211.3 juta. Pembinaannya dimulakan pada 5 Julai 2012


Sumber: RTM Sarawak

Thursday, March 10, 2016

Lebuhraya PAN Borneo. Pembangkang cuma tahu putar-belit..

Pembohongan pembangkang ke atas Kementerian Kerja Raya Malaysia.



Lebuhraya PAN Borneo bukan baru hendak dibina. Ia telah dimulakan sejak 1989 melalui Rancangan Malaysia ke-6 dengan jarak sepanjang 928km di Sarawak dan 1159km di Sabah.

Rujuk arkib akhbar berkenaan Lebuhraya PAN Borneo tahun 2004 di sini.

Setelah siap, lebuhraya tersebut digunakan sepenuhnya oleh rakyat dengan tanpa tol (lebuhraya) sehinggalah melalui tol jambatan di Lanang, Sibu dan tol jambatan Baram, Miri dan yang akhir sekali tol di jambatan Tun Salahuddin, Kuching. Namun kesemua kutipan tol yang melalui jambatan tersebut telahpun dimansuhkan oleh kerajaan negeri.

Apabila tahun berganti tahun, dengan penambahan kenderaan baru dan penggunaan kenderaan lama, jalanraya sedia ada perlu dilebarkan sesuai dengan keadaan sesama. Lebuhraya PAN Borneo yang kebanyakannya 1 lorong, ditambah kepada 2 lorong, 2 hala. Bukannya PAN Borneo akan mula dibina seperti dilaporkan pembangkang.

Melalui Kementerian Jabatan Kerja Raya juga beberapa projek untuk kemudahan rakyat di Sarawak ditambah lagi dengan pembinaan jalan-jalan baru serta pengubahsuaian bulatan kepada laluan 'traffic light' terutama di kawasan bandar yang sentiasa sesak pada waktu puncak.



Sunday, February 7, 2016

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina daripada Menteri JKR bersama pembantu beliau.

Selamat Tahun Baru Cina saya ucapkan kepada seluruh masyarakat Tionghua. Adalah diharapkan sambutan tahun baru ini membawa bersamanya kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada kita semua.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, gunakanlah kesempatan ini untuk kunjung mengunjung antara satu sama lain. Eratkanlah tali silaturahim yang telah sedia terjalin.

Kepada yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya. Patuhi had laju serta arahan dari pihak berkuasa. Semoga perjalanan anda semua selamat.

Gong Xi Fa Cai!
Fadillah Haji Yusof
Menteri Kerja Raya Malaysia
Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya


To all families and friends..



Friday, November 13, 2015

Gambar-gambar Menteri JKR meninjau kerja pembersihan kawasan runtuhan di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof bersama menaiki cerun bukit dan melawat tapak runtuhan bagi meninjau situasi serta kerja-kerja pembersihan yang sedang dijalankan di kawasan kejadian sekitar tengahari semalam.

Tanah runtuh serta banjir lumpur telah menjejaskan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur pada malam hari Rabu yang lalu.







Thursday, October 29, 2015

Kenapa PAN BORNEO Sarawak tidak ada TOL?




Menjawab Persoalan kenapa Lebuh Raya Pan Borneo tidak dikenakan tol telah dijawab Menteri Kerja Raya Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof dalam 'TOL: Mengimbangi Realiti, Kehendak dan Masa Hadapan' di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, Kelana Jaya malam kelmarin.

Rujuk video ringkas di bawah:



Persoalan dijawab dengan jelas. Bukan melalui cara perlekeh orang lain atau membuat spekulasi tin kosong dengan bertujuan untuk mengelirukan rakyat yang telah menjadi darah daging dalam politik pembangkang. 

Contohnya, 'PAN Borneo tidak ada train untuk dikenakan tol..' ataupun, 'PM beli kasut jogging jenama asics guna duit derma 1MDB?' - Mentaliti Pembangkang.




Thursday, May 14, 2015

Menteri tolak cadangan PKR agar motosikal dikenakan Tol


Sifat terdesak pihak pembangkang untuk memutarbelitkan fakta dengan menuduh Menteri Kerja Raya yang mencadangkan motosikal dikenakan tol ibarat meludah ke langit, kerana hansard perbahasan tersebut jelas tercatat apa sebenarnya yang berlaku, siapa sebenarnya yang mencadangkan agar motosikal dikenakan tol.

Hakikatnya ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh yang cuba mempertikai keputusan kerajaan yang tidak mengenakan tol terhadap motosikal, dan telah dijawab oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah ketika menjawab soalan ahli Parlimen Kuantan itu semasa sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada November 2013 berkata, Kadar Tol di lebuh raya negara ini tidak ditentukan mengikut kapasiti enjin ataupun CC, sebaliknya dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan.

“Motorsikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk dibawah kategori kenderaan dua gandar atau dua roda (motorsikal) yang dikecualikan dari kutipan tol.

“Penetapan untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 dan keputusan ini ditetapkan adalah berdasarkan akta dan perundangan.” katanya.

Fauziah yang jelas tidak berpuas hati meminta agar keputusan tersebut dikaji semula kerana menurut ahli Parlimen PKR itu, kewajaraan untuk mengenakan tol terhadap motosikal ialah kerana terdapat motosikal berkuasa tinggi yang setaraf dengan kereta.

Walau bagaimanapun, Fadillah yang juga ahli Parlimen Petra Jaya menolak gesaan tersebut ketika itu berkata, jika kerajaan mahu mewujudkan kutipan tol kepada motorsikal, mereka perlu mewujudkan lorong-lorong kutipan tol untuk motorsikal.

“Jika ingin juga dilaksanakan ianya akan mengakibatkan penggunaan belanja yang agak besar.” katanya.

Meskpun isu ini sudah lama, namun akibat ketandusan itu ianya terpaksa dikitar semula demi untuk mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan.

Namun disini jelas terbukti siapa atau pihak mana sebenarnya yang mahu motosikal dikenakan tol...?

Kredit kepada suaramassa.blogspot

Friday, February 20, 2015

KIDEX penuhi syarat tapi dibatalkan. Apa masalahnya?

Projek Lebuhraya Kidex penuhi semua prasyarat - Fadillah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah memenuhi semua prasyarat yang ditetapkan dalam projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX), kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam satu kenyataan, Rabu, beliau berkata semua proses, prosedur dan prasyarat telah dipatuhi dan dikemukakan keseluruhannya kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, yang telah mendapat kelulusan prinsip bersyarat pada 23 Feb 2012 daripada kerajaan negeri.

Penilaian Impak Lalu lintas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar juga telah dikemukakan pada 7 Julai 2014, katanya.

Fadillah berkata Kidex merupakan satu penyelesaian bagi menangani kesesakan lalu lintas kawasan Lembah Klang dan Petaling Jaya, selain beberapa lebuh raya lain yang dicadangkan untuk mewujudkan jaringan jalan raya/lebuh raya dan pengangkutan awam yang lebih sistematik.

"Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan akan merujuk kepada Pejabat Peguam Negara daripada sudut perundangan berhubung keputusan kerajaan negeri Selangor membatalkan projek lebuh raya tersebut bagi mendapatkan input berkaitan undang-undang memandangkan perjanjian konsesi telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan syarikat konsesi," jelasnya.

Fadillah berkata kementerian akan bertemu dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk berbincang lebih lanjut berhubung pembatalan projek Lebuhraya Kidex dan memastikan apa jua keputusan yang dibuat akan memanfaatkan rakyat majoriti.

Isnin lepas, Azmin mengumumkan pembatalan pembinaan projek Lebuh Raya Kidex itu kerana pihak konsesi gagal mematuhi tiga syarat khusus yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga tamat tempoh Sabtu lepas.

Azmin berkata antara syarat yang gagal dipatuhi ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar.

Dalam perkembangan sama, Fadillah berkata Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat konsesi telah mengadakan pelbagai sesi janji temu dengan 76 Persatuan Penduduk dan 172 Rukun Tetangga sejak Ogos 2014, dan sektor swasta serta perniagaan untuk menerangkan cadangan jajaran lebuh raya Kidex di samping mendapatkan maklum balas mereka.

Tambah menteri itu, pameran awam juga telah diadakan di MBPJ dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), diikuti pelaksanaan pewartaan di bawah Rancangan Tempatan MPSJ (Penggubahan 1) 2020 pada 9 Mei 2013.

Fadillah berkata pelbagai sesi perbincangan telah diadakan di antara ahli-ahli Majlis MBPJ, Bahagian Kejuruteraan, LLM dan syarikat konsesi untuk memberikan penjelasan yang menyeluruh mengenai cadangan jajaran Lebuhraya Kidex.

Jelasnya, MBPJ telah melantik Perunding dan Perancang Trafik MDS untuk menilai kesan trafik, kajian destinasi asal, analisis kos faedah dan beberapa aspek berhubung Penilaian Impak Trafik Kidex.

"Laporan itu telah dibentangkan kepada jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan MBPJ pada 21 Jan 2015, kepada ahli-ahli Majlis, dan pada 27 Jan 2015 kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen terlibat.

"Wakil teknikal LLM dalam taklimat tersebut telah mengutarakan pandangan dan penjelasan mereka berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dibangkitkan dalam laporan perunding," jelas Fadillah.

Mengikut laman web syarikat konsesi KIDEX Sdn Bhd, projek bernilai RM2.42 bilion yang dicadang dibina tahun ini bermula dari Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Damansara dan berakhir di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Kinrara.

Lebuh raya itu merangkumi laluan utama sepanjang 14.9km dan susur lebuh raya sepanjang 11.2km dan sebagai sebuah lebuh raya bertingkat sepenuhnya.

Kidex dipercayai mampu memenuhi keperluan penduduk kawasan utara-selatan Lembah Klang selain mengurangkan kesesakan lalu lintas Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sehingga 30 peratus.

Sumber: astroawani


Komen Sarawakian Marks
Satu lagi projek untuk kemudahan rakyat yang dipolitikkan oleh pihak pembangkang.

Sesi Pendengaran awam telah pun dijalankan oleh pihak KIDEX. Mengapa kerajaan negeri Selangor tidak mengadakan pendengaran awam bagi mendengar pandangan pihak yang menyokong perlaksanaan KIDEX?

Jangan tunggu sampai keadaan jadi parah baru tergadah nak rancang jalan penyelesaian seperti yang berlaku pada projek langat 2 sehingga menyusahkan rakyat.

Sama-samalah kita lihat apa alternatif Azmin untuk membantu rakyat terutamanya yang bukan dari golongan elit untuk menyelesaikan masalah kesesakan di Selangor.

Saturday, November 1, 2014

Jawapan YB Datuk Seri Haji Fadillah kepada 4 orang YB berkenan Tol



Pagi ini saya telah menjawab soalan daripada YB Tuan Ng Wei Aik, Ahli Parlimen Tanjong, Pulau Pinang, yang bertanya sama adakadar tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah akan diselaraskan dan rebat Touch 'n Go sebanyak 20% untuk warga Pulau Pinang yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang turut dipanjangkan kepada Jambatan Kedua Pulau Pinang serta statistik kenderaan-kenderaan pelbagai kelas yang menggunakan jambatan mengikut bulan, iaitu mulai Mac sehingga September 2014.

Untuk makluman, kadar tol bagi semua kadar tol bagi semua jenis kenderaan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah, Pulau Pinang ditetapkan berdasarkan kepada perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.

Penetapan kadar ini dibuat berasaskan kepada faktor-faktor seperti kos pembinaan, kos operasi, unjuran trafik, tempoh konsesi dan tempoh pembayaran balik pinjaman oleh syarikat konsesi. Oleh itu, kadar tol yang dikenakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah ini adalah berpatutan dengan mengambil kira kos keseluruhan projek ini, iaitu sebanyak RM4.5 bilion dan panjang jarak jambatan keseluruhan, iaitu 24km berbanding jarak 13.5km sahaja di Jambatan Pulau Pinang.

Kerajaan juga setakat ini tidak berhasrat untuk memberikan kadar diskaun sebanyak 20% kepada pengguna di Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah sebagaimana yang dinikmati oleh pengguna kad Touch ‘N Go di Jambatan Pulau Pinang. Ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang perlu ditanggung oleh pihak Kerajaan.

Untuk tempoh dari 1 Mac 2014 hingga 31 Ogos 2014, jumlah keseluruhan kenderaan yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah, Pulau Pinang ialah sebanyak 2.76 juta unit kenderaan. Daripada jumlah tersebut, 86% adalah dari kenderaan persendirian (Kelas 1).

Bagi soalan tambahan daripada YB Tuan Ng Wei Aik, Kerajaan Persekutuan sememangnya kerajaan yang bertanggungjawab.

Fly-over lebuhraya Batu Maong 
Di Pulau Pinang, bukan sahaja pihak Kerajaan Persekutuan telah membina jambatan kedua tetapi masih ada sambungan 4 projek bagi menyuraikan trafik yang kos keseluruhannya beranggaran 1.087 bilion iaitu menaiktaraf lebuhraya daripada Batu Maong ke Sungai Nibong, pembinaan ‘fly-over’ daripada bulatan Batu Maong ke persimpangan P10 Pulau Pinang, Batu Maong ke Jalan Sultan Azlan Shah dan menaiktaraf Jalan Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Bila siap nanti ia akan memudahkan lagi perjalanan dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah ke pusat bandar Georgetown.

Berkenaan dengan kos perjalanan, Jambatan Pulau Pinang memudahkan perjalanan bagi mereka yang berada di Seberang Prai dan mereka yang dari arah utara, manakala Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah memberi kemudahan dari segi masa perjalanan serta kos kepada mereka yang datang dari Batu Kawan serta arah selatan.

Untuk soalan tambahan daripada YB Dr. Haji Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), bagi perancangan masa panjang, pihak Kerajaan mulai tahun 2020 mengharapkan pengunaan secara keseluruhan Electronic Toll Collection (ETC). Buat masa ini kita sudah memperkenalkan penggunaan ETC di beberapa plaza tol dan ianya terbukti mampu mengurangkan kesesakan.

Menjawab soalan daripada YB Dato’ Wira Othman bin Abdul (Pendang) berkenaan kesesakan yang teruk di Plaza Tol Juru dan Sungai Dua terutamanya pada musim perayaan, pihak Kerajaan setakat ini tidak berhasrat untuk menghapuskan kutipan tol di Plaza Tol Juru dan Sungai Dua kerana ianya telah distruktur semula pada tahun 2011 di mana pengguna masih menikmati kadar tol yang lebih rendah berbanding dengan kadar yang sepatutnya mengikut perjanjian konsesi.

Laluan pintas Plaza Tol Juru dan Sg Dua sedang dikaji
Kementerian juga ambil maklum akan masalah kesesakan yang berlaku terutamanya di musim perayaan utama. Pengguna adalah dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan oleh pihak PLUS. Di samping itu, kementerian ini juga telah menetapkan perintah larangan kepada kenderaan berat dan mengarahkan semua kerja pembinaan dihentikan untuk tempoh masa tertentu semasa musim perayaan utama.

Untuk soalan tambahan, pembinaan 2 plaza tol tersebut adalah untuk memudahkan mereka yang menetap dan bekerja di Seberang Prai untuk menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan tanpa perlu membayar tol. Terdapat satu cadangan untuk membina lintasan yang akan memudahkan para pengguna yang ingin terus ke utara atau selatan umpamanya tanpa perlu melalui 2 plaza tol ini. (Rujuk sini)

Buat masa ini ianya masih diperingkat rundingan di Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Pada masa yang sama kita sedang mempertingkatkan konfigurasi tol dengan membina lebih banyak lorong tol bagi mempercepatkan urusan di plaza tol tersebut.

Bagi soalan tambahan daripada YB M. Kulasegaran (Ipoh Barat), pembinaan lebuhraya ini merupakan Private Finance Initiative (PFI) dimana pihak swasta mengambil pinjaman dan membina lebuhraya tersebut. Untuk pihak Kerajaan mengambil alih semua lebuhraya pastinya melibatkan implikasi kewangan yang amat tinggi kepada pihak kerajaan yang mana akan akhirnya ditanggung juga oleh rakyat.

Melihat akan implikasi ini, maka pihak kerajaan tidak bercadang untuk mengambil alih lebuhraya. Malah YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri memberi tahu media bahawa terowong bawah laut yang dicadang untuk dibina juga akan dikenakan bayaran tol.

Sekian.


Artikel dipetik dari https://www.facebook.com/fadillah.yusof/posts/886643718013324