Showing posts with label Kerajaan BN. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan BN. Show all posts

Thursday, March 19, 2015

Royalti minyak Sarawak - Malaysiakini putar-belit kenyataan Tan Sri Adenan

Kredibiliti penyampaian berita oleh Malaysiakini sudah lama dipersoalkan. Kebanyakannya diputar-belitkan sehingga rakyat menjadi keliru.

Penulis merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkenaan tuntutan royalti minyak sebanyak 20%, iaitu kenaikan daripada 5% yang diberikan oleh Petronas kepada negeri Sarawak ketika merasmikan Persidangan Pekebun Kecil dan Usahawan Komoditi Kebangsaan pagi semalam.


Dalam ucapan Ketua Menteri Sarawak itu, beliau berkata rundingan dengan Petronas "belum berjaya." Belum dapat bersetuju berapa peratusan naik daripada 5 ke 20 %". Itulah yang sebenarnya yang dikatakan oleh Tan Sri Adenan ketika berucap kepada ribuan pekebun-pekebun kecil pagi itu.


Berita Bohong!

Tetapi Malaysiakini melaporkan berita dengan tajuk 'Adnan sahkan rundingan royalti minyak gagal'. Samada pemberita mereka spesis memandai atau jenis yang tidak berapa faham bahasa melayu ataupun mereka sememangnya pekak, berita yang disampaikan seolah-olah mahu melagakan rakyat negeri dengan kerajaan persekutuan.

Dengar betul-betul kenyataan beliau di bawah..



Antara kenyataan Tan Sri Adenan dalam video di atas..,
"Rondeng (rundingan) kita dengan Petronas, belum berjaya lah.. belum dapat setuju pasal peratusan 5 sampai 20.. Tapi sementara ya, nya (sementara itu, mereka) beri jaminan 2.1 Billion, bukan million.. Bilion.."
"Satu Bilion seribu Million.. jadi 2 Billion, 2 ribu Million. Mun di-ngkah (jika diletakkan) duit kertas kamek dalam dewan tok penuh ngangkat.. "
"Kontrak (2.1 Billion) khusus untuk kompeni-kompeni urang Sarawak..Kita sik maok urang ngambik minyak kita, ngambik gas kita, kita tengok-tengok jak nangga (lihat). We don't want to be spectator.. we want to be participant.."

Adenan Satem telah menegaskan Sarawak tidak akan mengalah dalam tuntutan 20% royalti minyak. "Nyiur Gading tinggi mahligai, ketupat jua berisi inti. Hancur daging tulang berkecai, belum dapat belum berhenti."

Monday, December 1, 2014

Mak Lampir nak saman kerajaan Negeri Sarawak? Dipersilakan...

Nak saman kerajaan Negeri Sarawak? Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Bulan lepas, Ambiga juga dihalang daripada memasuki Sarawak. Difahamkan dia juga nak bawa perkara ini ke mahkamah dan ambil tindakan undang-undang ke atas pemimpin negeri.

Percayalah, baik di pihak BN mahupun pembangkang tempatan Sarawak, keduanya tidak mahu orang luar datang ke negeri ini buat hal.

Jangan lupa Sabah dan Sarawak adalah negeri yang punya autonomi sendiri. Kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengawal kemasukan orang awam lebih-lebih lagi atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Padan dengan mukamu mak lampir...



Zuraida ambil tindakan atas Kerajaan Sarawak




Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Sarawak kerana menghalangnya masuk ke negeri itu tanpa sebab.

Ketika bercakap kepada The Rakyat Post, Ahli Parlimen Ampang itu turut mempersoalkan sekiranya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, yang dikenali sebagai seorang yang demokratik dan liberal, cuba mengulangi tindakan Gabenor Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

“Sebagai ahli politik dan ahli Parlimen, saya sepatutnya diberi kebebasan untuk pergi ke mana saja kecuali sekiranya saya ada kes jenayah,” kata Zuraida yang kecewa dengan halangan itu.

“Apa yang mereka takutkan?”

Katanya, ini adalah kali kedua dia dihalang masuk di mana kali pertama adalah ketika pilihan raya kecil pada Mac tahun ini.

“Tetapi, saya tidak menghadapi masalah ketika ke Kuching, sebulan selepas itu.”

Menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang membingungkan, Zuraida berkata kerajaan negeri sepatutnya membuat pengumuman senarai nama individu yang tidak dibenarkan masuk supaya mereka tidak terpaksa menghadapi kesusahan untuk menguruskan perjalanan kemudian diberitahu bahawa mereka dilarang masuk.

“Saya tidak dibenarkan masuk pada jam 9.30 pagi semalam apabila mereka memberitahu sistem komputer tergendala.
Biasanya saya akan menggunakan kad Ahli Parlimen untuk masuk.”

“Apabila saya meminta mereka memerika menggunakan komputer yang lain, saya diberitahu bahawa nama saya tidak tersenarai di dalam sistem,” kata Zuraida.

Dia kemudian diberitahu bahawa disebabkan oleh “arahan” dia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa sebab dinyatakan.
“Saya sepatutnya hadir dalam satu majlis politik dan terpaksa mengambil penerbangan pulang pada jam 8.30 malam.”

Peguamnya kini menyiasat kes berkenaan dan akan mengambil tindakan ke atas kerajaan negeri kerana melarang Zuraida masuk ke Sarawak secara tiba-tiba.

Sumber

Saturday, October 25, 2014

Isu Sentuh Anjing! Rakyat Brunei resah dengan akidah Islam di Malaysia?

Jangan sampai ada orang berta'awuz dari fitnah bila disebutkan nama Malaysia..

Ada ahli agama di Malaysia yang ingin menjadi ahli politik merangkap pencacai Ketum baru-baru ini menyelar dan memburuk-burukkan para ulama dan ahli agama lain berkaitan isu kempen sentuh anjing.

Menyedihkan, isu melibatkan akidah umat rupanya tidak sepenting hal-hal melibatkan harta negara, salah laku pemimpin dan sebagainya kerana itulah yang diutamakan apabila orang bertanyakan pendapatnya. Apakah dunia itu lebih penting?




Akhirnya, wujudlah satu golongan jahil murakkab mempolitikkan isu dengan memperlekehkan orang Islam yang lain di negara kita.. Bila berlaku hal seperti ini, salah siapa? Bukan salah non-muslim itu tetapi salah individu Islam itu sendiri. Salahkan siapa puncanya...

Di bawah adalah rakaman yang dipetik daripada Berita di negara Brunei. Apakah Brunei juga terlibat bersekongkol dengan UMNO mengharamkan sesuatu yang pada kalian sepatutnya dipandang ringan?




Pandangan Kerajaan Brunei dalam isu 'I WANT TO TOUCH A DOG', yang jelas difatwakan haram di negara itu sebagai najis mughallazah tidak boleh dipandang ringan.

Perbuatan suka-suka menyentuh, membelai anjing kemudian sertu tanpa apa-apa sebab yang perlu, adalah dilarang kerana dikhuatiri akan menimbulkan keraguan dalam hal-hal yang melibatkan kesucian dalam Islam.

Ekoran kempen yang dianjurkan, ia telah mengundang keresahan umat Islam di negara itu.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei itu turut menyifatkan program seperti itu sebagai tindakan yang sama seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Program seperti itu bercanggah dengan hukum syara', amalan berugama, kepentingan awam, keharmonian berugama, tatasusila, kesopanan umum serta sensitivi umat Islam di negeri Brunei.

Tuesday, October 21, 2014

Terkini. Siapa Ahli Parlimen UMNO yang akan masuk PKR?

Khabar angin mengatakan MP UMNO di Sabah akan lompat parti masuk PKR.

Sinopsis rancangannya mudah.. Keluar BN, kemudian masuk PKR. Dalam PKR nanti akan diberi jawatan sebagai Naib Presiden Parti (Jawatan lantikan) yang dikatakan sengaja ditinggalkan kosong untuk MP tersebut.

Kononnya tidak berpuas hati dengan BN demi rakyat, tapi disogok pula dengan segala keistimewaan dalam parti.

Banyak cantik...! Ahli-ahli PKR lain sanggup bergaduh, baling kerusi sampai berdarah-darah kerana nak pastikan jawatan tertinggi parti untuk puak masing-masing. Dia pula boleh dapat jawatan ikut backdoor melalui kaedah 'demokrasi terpimpin' PKR.

Agaknya berapa lama dia boleh bertahan dengan jawatan itu, lebih-lebih lagi ketika Anwar kemungkinan dikembalikan ke penjara?

Apapun, kita harap ini cumalah propaganda angan-angan PKR dan Anwar Ibrahim.....


GEMPAR!! Ghafur Salleh Akan Umum Keluar UMNO Esok?

Menurut maklumat yang belum dapat disahkan lagi, Ahli Parlimen Kalabakan BN, Datuk Ghafur Salleh dijangka membuat pengumuman mengejut, keluar dari UMNO minggu depan dan menyertai PKR dengan serta merta.

Ini adalah lanjutan dari ketidakpuasan hatinya berikutan tindakan Najib mengenepikan Sabah dalam Bajet 2015 yang lepas selain pergolakan dalaman UMNO negeri itu. Ghafur juga dikatakan salah seorang penyokong kuat gerakan mengeluarkan Sabah dari Malaysia.

Menurut sumber, Ghafur sudah lama tidak berpuas hati dengan BN dan sepatutnya menjadi salah seorang ahli Parlimen yang mengumumkan untuk keluar dari UMNO bersama-sama dengan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing pada tahun 2012, tapi atas sebab tertentu, membatalkan hasrat tersebut pada saat akhir.

Bagaimanapun, peluang dicalonkan semula dan menang pula di Kalabakan, telah memberi Ghafur peluang yang dinanti-nantikannya selama ini untuk mengkhianati BN/UMNO.

Pakatan Rakyat menyambut baik keputusan ini dan Ghafur akan diberikan jawatan yang sesuai dalam PKR. Apatah lagi, satu jawatan Naib Presiden PKR (dilantik) masih belum diisi dan dikatakan sengaja dikosongkan untuk memberi ruang kepada Ghafur.

DAP mungkin tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut tapi yang penting sekarang ialah untuk melihat Pakatan Rakyat semakin kuat disamping menggantikan satu kerusi parlimen (Teluk Intan) yang terlepas dalam pilihanraya kecil yang diadakan disitu.

Sumber

Wednesday, September 10, 2014

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan turut dimansuhkan Kerajaan?





Transformasi yang dilakukan kepimpinan Barisan Nasional sudah menampakkan  beberapa kesan. Banyak cadangan-cadangan yang kurang praktikal untuk dilaksanakan didahului kepada pengetahuan rakyat jelata melalui khabar angin, akhirnya menjadi nyata.

Terbaru, cadangan memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) yang telah memberi manfaat kepada ramai penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri sejak ditubuhkan 50 tahun lalu.

Sikap kerajaan kita kini yang seperti main sorok-sorok berhubung isu pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) menggusarkan 1.5 juta penjawat awam. 

Sejak kebelakangan ini, terdapat ura-ura mengatakan Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan cadangan memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk digantikan dengan satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan melibatkan penjawat awam.

Sekiranya cadangan itu diluluskan, ia adalah malapetaka kepada 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara memandangkan Bahagian Pinjaman Perumahan merupakan satu-satunya entiti menjaga kebajikan mereka dalam soal pemerolehan pinjaman perumahan.

Umum tahu, majoriti di kalangan penjawat awam ialah Melayu dan Bumiputra. Kadar faedah 4.0% yang dinikmati kakitangan awam sebelum ini tentunya akan ditarik balik. 

BPP bakal digantikan dengan dengan institusi baru yang mengikut corak berasaskan keuntungan dan lebih berperanan mirip seperti bank.  



Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam (BPP) Diserahkan kepada CIMB?


CIMB Bank dikhabarkan akan mengambil alih menjadi satu badan yang akan menguruskan Bahagian Pinjaman perumahan kakitangan awam. Mengikut maklumat, syarat baru kepada kakitangan awam untuk pinjaman perumahan akan diubah, nilai downpayment untuk setiap harga rumah akan turut naik, begitu juga kadar faedah pinjaman rumah kakitangan 4% (reducing balance) akan diubah kepada satu kadar yang lain. 
Adakah ini salah satu cara untuk menghadkan pinjaman kakitangan awam? Apabila CIMB menguruskan pinjaman kakitangan kerajaan, sudah tentu akan masuk dalam laporan CCRiS sekaligus jika didapati komitmen si pemohon terlalu tinggi, pinjaman rumah akan sukar untuk diluluskan. Semuanya atas nama mengawal hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi.
Berita cadangan untuk memansuhkan BPP amatlah tidak wajar, seolah-olah kerajaan kurang prihatin akan permasalahan rakyat yang menghadapi masalah harga rumah yang semakin meningkat seperti tiada kawalan kini.
Apakah lagi jenis kejutan PM kita melalui transformasi yang banyak kali merisaukan rakyat kini? Setelah satu persatu akta terpenting kepada Melayu seperti ISA, EO, Atka Hasutan (Bakal) kini BPP pula...
Adakah kaedah pinjaman berkonsep Riba seperti pinjaman Bank Konvensional itu penyelesaian yang terbaik untuk rakyat? 

Apakah jalan penyelesaian yang disediakan oleh kerajaan pimpinan Dato Seri Najib untuk memudahkan rakyat memiliki rumah sendiri?

Monday, September 8, 2014

Peluang pekerjaan bagi yang sedang mencari..

Kepada rakan-rakan dan adik-adik kita yang sedang mencari peluang pekerjaan, mari cuba isi permohonan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Manalah tahu kalau-kalau dimurahkan rezeki oleh Allah, dapat kat kita pekerjaan yang baik-baik.

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 12,September. 2014.

Rujuk di sini: http://www.spa.gov.my/Portal/Pemohon_Pekerjaan



Saturday, September 6, 2014

Rumah-rumah Myhome berkonsep mewah mampu milik di seluruh negara. Tak rugi kita cuba mohon...

Bagi yang belum mempunyai rumah dan ingin memiliki rumah sendiri, marilah penuhi impian kita. Jangan tak cuba, setiap usaha pasti ada hasilnya...




SKIM MYHOME
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) telah pun dibuka tetapi ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedarinya. Ini adalah peluang yang terbaik bagi rakan-rakan yang tidak mempunyai tanah untuk mendapatkan rumah dengan harga yang berpatutan dan yang terpenting ada bantuan subsidi dari kerajaan.
Pasti ramai yang berminat untuk membuat permohonan dalam skim yang menawarkan insentif yang amat besar. Skim MyHome melibatkan peruntukan RM300 juta bagi membina 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
Butiran Bantuan Skim MyHome
Kerajaan menawarkan bantuan kewangan sehingga maksimum RM30,000 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan & RM6,000 untuk beli rumah pertama.
Skim MyHome terbuka kepada pembeli rumah pertama dengan pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah dan maksimum RM6,000 bagi kos sederhana.
Skim MyHome akan membantu anda yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
Contohnya, kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim Myhome ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan. Ingat.. Skim Myhome bernilai RM300 juta.. banyak tuu,,
Namun, ramai yang masih kurang jelas mengenai maklumat dan cara-cara membuat permohonan dalam skim ini. Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu:
Syarat, Kelayakan dan Jenis Skim MyHome:
■ Warganegara Malaysia
■ Berumur 18 tahun ke atas
■ Pembelian adalah rumah pertama
■ Bantuan(Subsidi) Maksimum: RM30,000
■ Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Untuk info, terdapat 2 jenis perumahan bagi Skim MyHome ini. Sila rujuk dibawah untuk info tentang jenis rumah bagi Skim MyHome 2014 ini.
■ MyHome 1:
 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 800 Kaki Persegi
 Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
Jualan harga rumah
 Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
 Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
■ MyHome 2:
 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 850 Kaki Persegi
 Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
Jualan harga rumah
 Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
 Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000
Cara Daftar MyHome Skim Perumahan Mampu Milik Swasta
1. Borang Skim Myhome Online
2. Isi borang dengan lengkap berserta salinan dokumen yang diperlukan.
3. Senarai Dokumen Yang Diperlukan & Wajib Dihantar Bersama Borang
 Salinan kad pengenalan pemohon
 Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri
 Salinan kad pengenalan anak
 Salinan slip gaji
 Salinan surat OKU jika ada
4. Borang yang sudah lengkap mestilah dihantar atau diposkan ke Jabatan Perumahan Negara seperti alamat berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Perumahan Negara (Unit Myhome)
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
Aras 34, No.51
Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Muat turun borang permohonan menerusi
Laman Web Jabatan Perumahan Negara
Klik Sini: http://ehome.kpkt.gov.my
Atau klik sini .. http://myhome.kpkt.gov.my/myhome/daftarpengguna atau dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (Seluruh Negara)
Borang permohonan dibuka: 1 APRIL 2014 (lama dah)
Pusat Panggilan MyHome:
03-8891 4322
03-8891 4317
03-8891 4313
Sila kongsikan kepada rakan-rakan lain yang belum tahu. Bagi yang memohon, semoga berjaya.

Tuesday, October 22, 2013

Kalimah Allah tidak dihalang di Sarawak



KUCHING: Rakyat Sarawak, khasnya yang beragama Kristian tidak disekat daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ meskipun penggunaannya telah dilarang oleh Mahkamah Rayuan dalam buletin mingguan The Herald.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, larangan tersebut sama sekali tidak melibatkan Sarawak kecuali terdapat perundangan yang mengambil kira kepentingan kita di Sarawak.

“Bagi kita ia bukan satu isu, kerana kita telah hidup dengan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa sejak beberapa dekad yang lalu malah sebelum pembentukan Malaysia.

“Saya tidak kisah untuk memberitahu anda, malah sebelum Malaysia apabila saya berkunjung ke rumah panjang, penduduk di rumah panjang akan mendapatkan tukang masak Muslim dari bandar dan membelikan saya sehelai sejadah untuk saya bersembahyang.

“Saya datang dari sekolah mubaligh dan saya tidak kisah rakan-rakan Kristian membuat tanda salib kerana itu adalah agama mereka dan cara mereka menunjukkan rasa hormat kepada Tuhan yang maha esa,” kata Taib.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira 5,000 perwakilan dan pemerhati daripada 71 cawangan PBB dari seluruh Sarawak.

Dalam pada itu, Perdana Menteri pada mesyuarat kabinet Rabu lepas, telah mengarahkan semua barisan menteri kabinet untuk memberi penjelasan yang tepat kepada rakyat di kawasan masing-masing mengenai isu tersebut.

Ini kerana menurut Najib, keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ hanya merujuk kepada penerbitan buletin minggunan The Herald dalam versi bahasa Melayu.

Justeru Najib menerusi Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem telah mengingatkan rakyat Sarawak khasnya yang beragama Kristian agar tidak keliru dengan larangan tersebut.

Utusan Borneo


Sunday, October 20, 2013

Terkini - Sultan Jamalul Kiram III meninggal dunia


MANILA: Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina pada jam 4.42 pagi tadi (waktu tempatan) selepas menghadapi masalah kegagalan pelbagai organnya berfungsi.

Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata, kehilangan bapanya bukan satu perkara yang sukar untuk diterima keluarga kerana kesemua ahli keluarga Kiram sudah ditanamkan dalam diri bahawa apa yang berlaku adalah kehendak Allah. - Inquirer.net 



Thursday, October 3, 2013

Kerajaan tidak sekat FACEBOOK dan Laman Web


KUANTAN, Rabu - Kerajaan tidak akan menyekat akses akaun laman sosial Facebook atau laman-laman web yang lain kerana ia memberi banyak faedah kepada masyarakat. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, walaupun terdapat pihak yang menyalahgunakan laman web atau laman sosial seperti Facebook untuk menyebar fitnah tetapi bukan semua terbabit dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Menyekat Facebook bukanlah satu pilihan yang baik. Ini kerana kita tahu ia banyak membawa faedah berbanding penyalahgunaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Di negara kita ada 16 juta pemilik akaun Facebook dan antara pemilik akaun itu ialah pelajar berumur lapan tahun, dan mereka ini tidak terlibat dalam penyalahgunaan media sosial seperti Facebook untuk melemparkan fitnah atau tohmahan kepada pihak lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di projek pemasangan gentian optik untuk jalur lebar sepanjang 10,000 kilometer dari Cherating ke Jepun oleh firma Time.com Berhad di Pelabuhan Kuantan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Time.com, Afzal Abdul Rahim. Ahmad Shabery diminta mengulas mengenai desas-desus yang mendakwa kerajaan akan mengikut jejak langkah negara lain yang menyekat akaun Facebook kepada rakyat berikutan penyalahgunaan akaun berkenaan yang membawa keburukan kepada masyarakat.

Mengulas perkara itu, Ahmad Shabery berkata ibu bapa adalah pihak yang bertanggungjawab menyemai dan mendidik anak-anak agar mereka dapat menggunakan media sosial dan internet dengan bijak dan lebih bertanggungjawab.

" K i t a kena pakat ramai-ramai tolak orang yang suka bercakap bohong dan melemparkan tohmahan serta fitnah menerusi laman sosial...orang seperti ini tidak ada integriti dan sentiasa akan diawasi pada masa akan datang," katanya. -- Bernama

P/S: Kebebasan media diamalkan dalam negara kita membuktikan rakyat Malaysia tidak pernah disekat daripada sumber maklumat pelbagai/alternatif selain daripada media perdana. Tujuannya, supaya rakyat dapat menilai sendiri baik buruk kerajaan yang memerintah, membandingkan di antara kebenaran atau pembohongan pihak tertentu yang dibuat atas nama kebebasan bersuara.