Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Monday, June 6, 2016

Kenyataan Muhammad Ali yang mengemparkan dunia satu ketika dulu

Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa pada hari yang pertama ini dan hari-hari berikutnya sehinggalah menjelangnya Syawal. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan beserta ibadah mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan di sini Allah. Amin.

*****

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan pemergian lagenda tinju dunia, Muhammad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 3hb Jun 2016. Beliau bukan sahaja terkenal dengan karier tinjunya, tetapi juga disebabkan penghijrahan beliau kepada Islam serta dakwah yang cuba disampaikan kepada masyarakat Amerika ketika hayatnya.


39 tahun yang lalu beliau pernah menggemparkan para peminatnya dengan kenyataan-kenyataan beliau tentang alam selepas kematian, nasib beliau setelah mati dan arah tujunya samada ke syurga atau neraka.

Apa yang dikuatiri beliau pada 39 tahun yang lalu, bagaimana nasibnya selepas mati kini mula dilalui beliau. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui keadaan setiap hambanya yang telah mati, wallahualam.

Sebagai umat Islam, bersamalah kita mendoakan keselamatan beliau moga-moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Di bawah ialah terjemahan video beliau yang diringkaskan apabila ditanya oleh salah seorang peminatnya mengenai apa yang akan dibuat beliau setelah meninggalkan sukan boxing/tinju dunia..




Soalan Peminat :

Saya ingin tahu apakah yang anda akan buat setelah bersara daripada sukan Boxing?

Muhammad Ali :

Setelah saya bersara daripada Boxing, saya benar-benar tidak tahu.. Saya mahu menyatakan sesuatu di sini, ia mungkin akan membuatkan anda semua terfikir… kehidupan ini benar-benar singkat.

Jika diambil kira kesemua perjalanan anda, semua waktu tidur anda, persekolahan anda, hiburan anda, berkemungkinan separuh daripada kehidupan anda itu tidak berbuat apa-apa (sia-sia). Saya sudah berusia 35 tahun sekarang.. dalam 30 tahun lagi, saya akan berusia 65 tahun. Kita tidak lagi mempunyai pengaruh, kita tidak mampu berbuat apa-apa pada usia 65, isteri anda akan memberitahukan itu kepada anda kelak.

Dan apabila anda berusia 65 tahun, tidak banyak lagi perkara yang boleh dibuat. Jadi, sedarkah anda yang saya akan berusia 65 pada 30 tahun akan datang?

Dalam 30 tahun itu, saya mengambil masa untuk tidur selama 9 tahun. Saya tidak mempunyai 30 tahun waktu siang. Saya kena berangkat pulang ke Amerika dan ia mengambil masa 6/7 jam. Kesemua perjalanan saya, mungkin mengambil masa 4 tahun untuk 30 tahun yang akan datang. Television, movie, hiburan, kesemuanya mengambil masa sekitar 3 tahun.. Daripada 30 tahun tersebut, saya berkemungkinan hanya mempunyai lebih kurang 16 tahun sahaja waktu produktif.

Jadi beginilah keadaannya apabila kita membahagikan kehidupan kita satu persatu. Apa yang saya akan buat dalam 16 tahun akan datang? Apakah perkara terbaik yang saya boleh buat?

- Mempersiapkan diri untuk menghadapi Tuhan (Allah Azzawajalla)

Pulang ke kampung halaman, menguruskan perniagaan, mengajar para peninju, kesemuanya tidak akan membawa saya ke syurga (al Jannah). Berapa ramai kalangan di sini yang percaya wujudnya Maha Pencipta, percaya wujudnya Tuhan? Berapa ramai yang percaya terdapatnya satu kuasa yang mencipta matahari, bulan, bintang?

Berapa ramaikah yang percaya bahawa kesemua ini tidak akan wujud dengan sendirinya? Ada sesuatu yang lebih bijak daripada kita yang telah menciptanya.

Berapa ramaikah yang percaya akan kewujudan tuhan?
Berapa ramai pula yang percaya tuhan tidak wujud?

Baiklah, jika saya memberitahukan anda, gelas ini wujud secara tersendiri.. gelas ini mencipta dirinya sendiri, tiada manusia yang membuatnya adakah anda akan percaya? Adakah anda akan percaya benda ini membuat dirinya sendiri?

Tidak…

Bila saya memberitahu anda, anda tentu tidak akan mempercayainya, bukan?

Jika saya memberitahu yang stesen television ini wujud dengan sendirinya, tanpa dibuat manusia, anda akan mengatakan yang Muhammad Ali sudah gila…

Baiklah, jika gelas ini tidak mampu membuat dirinya sendiri, jika saya memberitahu pula bahawa pakaian yang anda pakai itu menganyam dirinya sendiri, tiada sesiapa menciptanya, serta membuat dirinya sendiri, sudah tentu anda tidak akan percaya..

Tetapi, jika pakaian itu tidak membuat dirinya sendiri, gelas itu pula tidak mampu membuat dirinya sendiri, jika bangunan ini tidak dibuat dengan sendirinya, bagaimana pula Bulan boleh wujud di luar sana? Bagaimana bintang dan Jupitar, Neptune dan Marikh dan matahari, bagaimana dengan alam semulajadi?

Bagaimana kesemua ini boleh datang jika tiada kebijaksanaan, sesuatu perancang yang mengatur segalanya? Jadi apa yang ingin saya katakan di sini, ialah saya percaya bahawa kita semua akan diadili. Haruskah orang seperti Hitler yang telah membunuh kesemua kaum Yahudi terlepas begitu sahaja?

Seseorang akan menghukumnya.. mungkin dia tidak dibalas pada masa ini, tetapi dia akan dihukum apabila dia sudah mati kelak. Dalam neraka selama-lamanya..

Jadi, apa yang saya akan buat bila saya meninggalkan sukan Boxing?

- Ialah membuat persiapan untuk menemui Tuhan, kerana pesawat saya mungkin boleh meletup (bila-bila masa). Bukankah pesawat kadang-kala meletup di negara ini dan terhempas? Bukankah manusia mati setiap hari? Ia sesuatu yang menakutkan untuk memikirkan yang saya akan ke neraka dan dibakar selama-lamanya.

Jadi apakah yang akan saya buat?

Sebab kenapa saya ambil keputusan berikut, saya akan terangkan kepada anda persoalan tadi.. Anda bertanyakan soalan yang tidak boleh saya jawab dengan begitu sahaja..

Apabila saya meninggalkan sukan Boxing atau apabila saya melaluinya.. saya akan buat segala yang termampu untuk membantu orang ramai, itulah sebabnya saya berada di sini bersama Johnny Walker. Di sini terdapat lelaki miskin, sepanjang perjalanannya untuk datang ke Amerika.. Terdapat juga segolongan budak lelaki yang memerlukan sedikit wang.. dan ‘seseorang’ telah menyeru saya untuk membantu mereka.

Tuhan sedang memerhatikan saya.. Tuhan tidak memuji saya kerana telah menewaskan Joe Frazier. Tuhan tidak memberikan sesuatu apapun kerana Joe Frazier..

Tuhan tidak kisah satu apapun tentang England atau Amerika sepertimana kita yang mengambil berat tentangnya.. Ia semua adalah milikNya. Dia mahu melihat bagaimana perlakuan kita terhadap orang lain, bagaimana kita membantu orang lain..

Jadi, saya akan dedikasikan (meluangkan) hidup saya, menggunakan nama dan pupolariti saya untuk membantu badan kebajikan, membantu orang ramai, menyatukan manusia.. manusia mengebom antara satu dengan yang lain disebabkan perbezaan agama, kita mahukan seseorang dalam dunia ini membantu wujudkan keamanan. Jadi bila saya mati, jika syurga itu ada, saya mahu melihatnya.
Kerana berapa lama kita boleh hidup? 80 tahun?

Kebarangkalian sebahagian daripada kita dalam bilik ini mungkin akan mati dalam 20 tahun akan datang, sebahagian mungkin akan mati 50 tahun akan datang, sebahagian akan mati 30 tahun, sebahagian lagi mungkin akan mati 60, 70 tahun akan datang.. Lambat laun, kita semua akan mati juga.

Dan jika anda hidup, katakan untuk 125 tahun ianya tidak mungkin bukan? Katakan anda hidup sehingga 250 tahun dan mengecapi seks untuk 145 tahun dalam waktu tersebut, akhirnya anda akan sampai ke penghujungnya juga selepas itu.  Jadi kita tidak mempunyai usia melainkan 80 tahun di atas muka bumi. Inilah ujian bagi melihat bagaimana kita menggunakan kehidupan kita, ke arah syurga atau neraka..

Ini bukanlah kehidupan.. kehidupan sebenar ialah dalam diri anda. Tubuh anda akan menjadi tua. Sebahagian daripada anda akan melihat cermin, anda tidak lagi mempunyai gigi, rambut anda akan mulai gugur, tubuh anda semakin uzur, tetapi roh dan jiwa anda tidak akan mati..ia akan hidup selamanya. Jadi tubuh hanyalah perumah bagi roh dan jiwa anda.

Tuhan sedang menguji kita, bagaimana perlakuan kita terhadap orang lain.. bagaimana kita menjalani kehidupan untuk menuju tempat tinggal sebenar, di syurga. Benda-benda fizikal tidak selamanya akan kekal. Kereta saya, bangunan ini akan berada di sini sedangkan manusia yang membinanya telah pun mati.

Terdapat ramai raja-raja serta permaisuri terdahulu di England, kesemua mereka sudah mati. Selepas ini satu akan pergi sementara yang satu lain akan bakal mengganti. Jadi, kita tidak tinggal di sini, kita cuma pemegang amanah. Kita tidak memiliki apa-apa pun, bahkan anak-anak bukanlah milik anda… jika anda fikir saya berbohong, isteri anda bukan milik anda. Anda tidak memiliki anak-anak anda, anda juga tidak memiliki keluarga anda, jadi apakah yang saya maksudkan?

Perkara yang paling penting ialah apa bakal terjadi kepada diri anda sekiranya anda mati, adakah anda akan ke syurga atau ke neraka..  dan ia adalah untuk selama-lamanya (kekal). Berapa lamakah, selama-lamanya itu?

Bayangkan, ambil contoh gurun sahara.. ia mengandungi pasir yang luas bukan? Kemudian bayangkanlah sebutir pasir yang kita ambil daripada gurun tersebut, mewakili 1000 tahun.. dan sekiranya anda mati dan  dimasukkan ke dalam neraka, anda akan terbakar selama-lamanya, kekal abadi. Tiada pengakhiran..

Berapa lama (tiada pengakhiran)?

Ambil gurun sahara, saya akan menyuruh anda menunggu untuk 1000 tahun dan 1000 tahun selepas itu, saya mahu anda ambil lagi sebutir pasir demi sebutir sehinggalah tiada lagi tinggal pasir di gurun tersebut. Bayangkanlah berapa lamanya tempoh itu..

Maksud saya, Amerika telah wujud kini 200 tahun usianya. Terdapat 800 tahun lagi untuk mencapai 1000 tahun tersebut, ia benar-benar menggerunkan saya untuk memikirkan sekiranya saya mati satu hari kelak kemudian pergi ke neraka. Kapal terbang saya mungkin boleh meletup, saya sentiasa mengembara dan Tuhan akan mengadili roh saya.

Kepada pihak polis, saya berkemungkinan membunuh orang lain, saya berkemungkinan merompak orang lain, pihak berkuasa mungkin tidak dapat menangkap saya. Pihak FBI, Scotland Yard, mungkin tidak dapat menangkap saya, tetapi apabila saya mati kelak, seseorang yang memerhatikan saya akan mencatat segalanya dan SAYA TIDAK AKAN DAPAT MELEPASKAN DIRI.

Saya akan dibakar selamanya, saya dihantar ke neraka. Jadi apa yang saya akan lakukan bila meninggalkan Boxing, saya hanya mempunyai 16 tahun untuk menjadi produktif, mempersiapkan diri untuk bertemu Tuhan dan kembali ke tempat yang lebih baik. Adakah ia masuk akal?

Terima Kasih..


Tuesday, June 30, 2015

Gambar-gambar pesawat C-130 Hercules milik TNI yang terhempas

JAKARTA, 30 Jun (Bernama) -- Sebuah pesawat tentera jenis Hercules dilaporkan terhempas di sebuah kawasan perumahan awam di Kota Medan, Sumatera Utara pada kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan tadi.

Siaran stesen televisyen tempatan melaporkan pesawat itu terhempas di atas puluhan rumah awam di Royal Gardenia, Jalan Letjen Jamin Ginting, KM 9, Padang Bulan dan setakat ini 10 mayat dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan dibawa ke Rumah Sakit Adam Malik di Medan.

Setakat ini belum dapat disahkan mangsa yang ditemui terkorban itu sama ada tentera atau orang awam.

Pesawat Hercules A1310 jenis C-130 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) membawa 12 penumpang dan dilaporkan terhempas setelah beberapa minit berlepas dari Pangkalan Udara Soewondo, Kota Medan.

Pesawat itu dikendalikan juruterbang Kapten Sandy Permana dari Skuadron 32 Abdul Rahman Saleh, Malang, Jawa Timur dan antara nama pegawai dalam pesawat itu ialah Lt Udara Pandu Setiawan dan Lt Dian Sukma P.

Pembantu juruterbang ialah Kpt Riri Setiawan, Juru Radio Udara Bambang H, Juru Mesin Ibnu Kohar, serta dua pegawai muda Andik S dan Pelda Parijo.

"Jumlah korban mungkin banyak dan kerja-kerja mencari masih diteruskan dan setakat ini api yang membakar pesawat telah dipadamkan," seorang petugas pasukan keselamatan dipetik sebagai berkata dalam sebuah siaran berita televisyen.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi pihak berkuasa dan TNI AU mengenai tragedi ini.

Pada tahun 2005 sebuah pesawat komersial Mandala Airlines berjenis Boeing 737-200 yang membawa 112 penumpang dan lima anak kapal terbabit, terhempas dan dan meletup di tempat yang sama.

Sementara itu, Kepala Staf Komando Daerah Militer (Komdam) I Bukit Barisan Brig Jen TNI Cucu Sumantri dipetik oleh MetroTV sebagai berkata, dipercayai kesemua anak kapal pesawat itu terkorban dan kerja-kerja mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.

Katanya, pesawat itu menuju ke Tanjung Pinang, Kepulauan Riau dan membawa tentera dari Pangkalan Udara Soewondo, Medan, Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma (Jakarta) dan dari Pangkalan Udara Ranai di Natuna, Kepulauan Riau.

"Para perajurit hendak menjalankan misi rutin pergantian personel untuk pertahanan pangkalan di Tanjung Pinang," kata beliau.



Orang ramai berpusu-pusu mengerumuni kawasan nahas untuk melihat keadaan nahas dari dekat
Bahagian ekor pesawat sahaja yang masih dalam bentuk asal sementara bahagian lainnya telah berkecai
                                     
Keadaan dahsyat pesawat C130 TNI berpunca kegagalan enjin. Desas desus menyatakan ia dipercayai terbalik dan terjatuh ketika cuba membuat pusingan untuk berpatah balik ke lapangan terbang. 
Gerakan mencari dan menyelamat giat dijalankan untuk mengesan mangsa-mangsa nahas
Sebuah kenderaan mewah yang diparkir di tepi jalan turut musnah dalam tragedi ini. Turut musnah secara total ialah 2 buah rumah milik penduduk tempatan.
Gambar sebelum api marak tidak lama selepas pesawat terhempas
Pandangan udara keadaan pesawat malang C130 milik TNI yang terhempas 
                                       
Angka korban disahkan meningkat kepada 74 orang setakat ini. Bagaimanapun, jumlah sebenar masih tidak dapat dipastikan lagi. Sementara yang lain masih dalam usaha mengenalpasti identiti serta mengumpul bahagian sisa anggota tubuh  mangsa yang terlibat. Media tempatan melaporkan kesemua 113 penumpang dipercayai telah terkorban.
Anggota TNI mengalihkan roda pesawat malang dalam usaha mencari mangsa nahas
Kesukaran menghadapi keadaan serpihan pesawat sisa runtuhan bangunan yang bertaburan 



Wednesday, December 3, 2014

Nilai Ringgit Malaysia jatuh, rakyat Singapura bersorak-sorai..

Hebat propaganda Singapura dengan kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia. Bagi rakyat Singapura, kejatuhan nilai matawang ringgit merupakan satu berita baik untuk mereka berbelanja dan membeli hartanah di Malaysia.

Menurut Berita Harian Singapura, sehingga 4 petang semalam, $1 boleh membeli RM2.63 – kemerosotan sebanyak 2.3 peratus berbanding RM2.57 minggu lalu.

Agak aneh, kerana nilai matawang negara pengeluar minyak boleh terjejas lebih teruk berbanding sebuah negara kecil yang tidak ada satu pun sumber bahan mentah di tanahnya. 

Kita bukan ahli ekonomi, tetapi daripada logik akal ia menunjukkan seolah-olah ekonomi negara-negara di dunia hanya ditentukan oleh penguasaan matawang bukan pada kekayaan sumber aslinya. 
 

Lagi berita Singapura yang membuatkan keadaan bertambah panas..




Video 2 wanita membelasah pencabul di dalam bas

Penumpang-penumpang lelaki yang hanya melihat saja kejadian itu patut dibuang saja telur mereka untuk dimakan anjing.. Cuba kalau berlaku di negara kita, pasti ada yang sudah menjadi mayat oleh orang ramai. Golongan rakyat hakim negara cukup ramai di Malaysia.



Gadis dicabul, penumpang lain diam diri

HARYANA - INDIA. Situasi dua orang gadis yang dikatakan diserang secara seksual berjaya dirakam oleh seorang penumpang bas di Haryana, utara India.

Dua gadis berkenaan, Arati dan Pooja Kumar membelasah sekumpulan pencabul dengan tali pinggang selepas tiada penumpang yang menolong meleraikan kejadian tersebut.

Klip rakaman amatur tersebut yang dirakam oleh seorang wanita yang sedang mengandung telah dimuat-naik ke laman popular Youtube.

Wanita berkenaan memberitahu Times of India bahawa dia juga diserang secara seksual oleh kumpulan lelaki terbabit.

Sementara itu, Arati memberitahu wartawan, kumpulan lelaki berkenaan menyentuh Pooja yang juga adik beliau dan membuat aksi cium.

"Saya beritahu dia supaya jangan kacau atau saya akan ajar dia. Kemudian dia panggil seorang lelaki lain.

"Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan mereka menaiki bas ini," katanya.

Tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan dan pemandu bas juga telah digantung kerja kerana gagal mengambil tindakan ketika kejadian berlaku.

Video tersebut menjadi sensasi internet dan disiarkan di televisyen.

Kejadian tersebut memaksa langkah keselamatan diambil untuk memastikan keselamatan wanita di India. - Sinar Harian

Monday, December 1, 2014

Panas! Aktress Bollywood dilempang secara live depan penonton.

Patutlah kena lempang.. dengan pakaian separuh bogel sedemikian rupa tak sedikitpun menunjukkan akhlaknya sebagai seorang muslim. Yang melihat tak pasal-pasal dapat dosa kering..Kalau berlaku di Malaysia, lelaki yang melempang itu dah tentu lunyai dimaki oleh puak pencinta hak asasi manusia tajaan suara anak haram malaysia..


MUMBAI 2 Dis - Bintang Bollywood Gauhar Khan telah ditampar oleh seorang lelaki di khalayak penonton dalam sebuah rancangan pertandingan sebuah stesen televisyen  setelah berang dengan penampilan yang terlalu seksi.

Akil Malik,  24, bertindak balas selepas melihat model itu mengenakan pakaian yang  menjolok mata ketika mengendalikan progam acara kemuncak pertandingan nyanyian.

Suspek kemudiannya bertindak menyerang bintang beragama Islam itu di hadapan penonton  menuju ke pentas sebelum menyerang.

"Sebagai seorang wanita Islam, dia tidak sepatutnya berpakaian terlalu seksi dan singkat,' katanya.

Malik turut ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 354 dari Kanun Keseksaan India ekoran tindakan beraninya itu. - rakyatnews


Saturday, November 29, 2014

Permukaan sebesar sebuah pulau, setinggi Gunung Emei terbalik ke dalam laut.

Kebesaran Allah yang harus direnungi, menunjukkan betapa kerdilnya manusia..


Rakaman diambil pada tahun 2008 di Glacier Ilulissat, Barat Greenland.. Apa yang kita lihat dalam video ini ialah satu permukaan seluas bandar Manhattan di Amerika Syarikat, bergerak kemudian terbalik di tengah lautan.

Sumber menyatakan tinggi keseluruhan ketulan glacier ais tersebut sekitar 3000 kaki, lebih tinggi daripada puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan yang hanya mempunyai ketinggian 2,187 kaki.

Tinggi di permukaan ais itu pula dianggarkan sekitar 300-400 kaki yang menyamai ketinggian sebuah bangunan 22 tingkat. Fenomena pergerakan ais ini dirakamkan daripada jarak jauh menggunakan kamera beresolusi tinggi.

Pemandangan yang menggerunkan. Agaknya beginilah keadaan gunung ganang dan lembah Sodom kaum Lut yang diterbalikkan mengikut terjemahan al Quran.

Gambar bawah menunjukkan setinggi mana Gunung Emei

Mount Emei (Emeishan) 3000ft



Thursday, November 20, 2014

Demontrasi mahasiswa Indonesia diserang ribuan penduduk yang berang sekitar kampus


Presiden Jokowi yang baru dilantik, telah membuat satu keputusan yang paling sukar buat pertama kalinya sejak memegang jawatan sebagai presiden Indonesia. Kenaikan harga BBM (Bahan Bakar Minyak) telah mengundang rasa tidak senang segelintir rakyatnya.

Berikutan itu, berlaku protes terutama oleh gerakan mahasiswanya yang bergelar BEM (Badan Eksekutif Mahasiswa) yang menolak kenaikan harga minyak di negara itu.

Ketua BEM, gerakan mahasiswa yang diketuai oleh Mohamad Ivan Riansa pada Selasa lepas telah bercadang untuk mengepung Istana Presiden di Jakarta bersama gabungan mahasiswa daripada kampus lain dengan niat untuk memberi tekanan kepada Jokowi berikutan keputusan tidak popular tersebut.

Hari ini (Khamis), kumpulan mahasiswa merancang demonstrasi terhadap presiden. Dianggarkan sekitar seribu orang bersama para aktivis lain daripada seluruh Indonesia akan menyertai demonstrasi tersebut.

Bagaimanapun respon majoriti rakyat Indonesia dilihat tidak begitu terkesan oleh gesaan para mahasiswa untuk mengadakan bantahan terhadap Jokowi, berikutan sebahagian besar daripada mereka mempercayai tindakan beliau itu dibuat untuk kebaikan yang mana hasilnya hanya dapat dilihat selepas perlaksanaannya. Perspektif rakyat terhadap Jokowi cukup berbeza berbanding presiden sebelumnya kerana ramai di kalangan mereka mengenali beliau bukan berasal daripada keluarga yang senang.




Malam kelmarin berlaku pertempuran di antara para mahasiswa serta penyokong mereka dengan kumpulan penduduk tempatan di depan pintu masuk Universiti Hasanudin (Unhas) menggunakan batu, kayu, batang besi, panah (lastik) dan bom molotof sebagai senjata.

Puncanya, disebabkan protes yang dibuat secara melampau oleh kumpulan mahasiswa dengan menyekat akses jalanraya dan jambatan sehingga menyusahkan penduduk sekitar.  Perbuatan mahasiswa itu telah membuatkan ribuan warga penduduk mengamuk lalu bertindak menyerang mereka. Pertempuran itu berlanjutan sehingga merebak ke dalam kampus Universiti.

Ribuan penduduk yang merusuh menjadi tidak terkawal kemudiannya merempuh masuk kawasan kampus, merosakkan bangunan dan pos kawalan di laluan masuk kampus, membakar 2 kereta, 15 motosikal serta berpuluh-puluh basikal dipercayai milik mahasiswa di kawasan universiti tersebut.



Polis anti-rusuhan dengan bantuan pasukan TNI segera berkejar ke tempat kejadian dan meleraikan pertempuran itu. Tiada kemalangan jiwa berlaku di kedua belah pihak. Keadaan kemudiannya kembali menjadi tenang, namun kerosakan banyak dialami oleh pihak universiti dan para mahasiswa.

Kerajaan Indonesia pernah ditukarkan melalui gelombang demonstrasi oleh gerakan mahasiswa sehingga menumbangkan pemerintahan Presiden Suharto yang berkuasa selama 32 tahun sebelum ini. Namun sejarah telah membuktikan sebarang bentuk demonstrasi untuk menumbangkan kerajaan sebenarnya memburukkan lagi masalah yang sedia ada.

Rakyat Indonesia mungkin telah nekad untuk tidak mahu lagi bertindak secara melulu sehingga akhirnya merugikan rakyat sendiri terutama golongan-golongan miskin.

Artikel lain boleh dirujuk dalam bahasa Indonesia di sini




Thursday, November 13, 2014

Petanda besar akan berlaku - umat Islam masih terleka

Masjid Al Aqsa sedang diceroboh. Umat Islam lain sibuk bertelagah sesama sendiri dengan urusan dunia. Bahkan sehingga ke tahap memuliakan kaum kafir lebih daripada saudara seakidah dan seagama. Semuanya untuk hal-hal yang tidak bermanfaat untuk kehidupan selepas mati kelak.

Sesuatu akan berlaku dalam masa terdekat. Hanya Allah maha mengetahui. Sudah lupakah kita, Allah sesekali tidak akan menzahirkan sesuatu kejadian tanpa maksud atau hanya sia-sia? 



Empat bulan darah berlaku dalam jangka masa lebih kurang enam bulan pada tarikh berikut :
  • 15 April 2014, 
  • 8 Oktober 2014  
  • 4 April 2015 
  • dan 28 September 2015. 

Dengan kekerapan itu, seseorang mungkin tersalah anggap bahawa ianya adalah perkara biasa.

Terdapat kira-kira dua gerhana bulan setiap tahun , NASA berkata. Sebahagian daripada mereka - gerhana penumbra - begitu halus , mereka samar-samar kelihatan dan pergi tanpa disedari.

Fenomena bulan berwarna merah yang seakan-akan berdarah ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. (Kali terakhir bulan penuh berwarna merah darah ini adalah sekitar tahun 2012 di Pulau Besar, Melaka. Cuma kali ini apa yang luar biasanya tentang fenomena ini ialah ianya bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini dan akan berlaku satu gerhana matahari di tengah-tengahnya.

Persoalannya,“Pernahkah fenomena seperti ini berlaku dalam sejarah peradaban manusia?”

Jawabannya; “Pernah! Tetapi (sehingga setakat kemampuan pengetahuan dari pakar falak dan sejarah) ianya bukan diselang dengan gerhana matahari di tengah-tengah peristiwanya.”

Jadi fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini agak lain sedikit kerana akan berlaku gerhana matahari di tengah-tengah antara 2 kali bulan berdarah tu..

Dalam 500 tahun kebelakangan ini, ianya baru berlaku sebanyak tiga kali.

Setiap kali berlakunya fenomena ini, ianya disusuli dengan peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian. Peperangan antara haq dan bathil!

•2hb April 1493-1494 – Kejatuhan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol. Tarikh ini juga merupakan penanda kebangkitan Kristian di seluruh Eropah. Kemunculan kuasa-kuasa besar baru di bawah hukum perintah Vaticcan seperti Portugal yang akhirnya menyerang Melaka (sayap kiri pemerintahan Khalifah Uthmaniah) pada tahun 1511. Sekitar tahun yang sama itu juga Christopher Columbus telah menemui Amerika Syarikat bagi mencari penempatan baru (New World Establishment) untuk kaum-kaum Yahudi yang dihalau keluar dari Eropah. 
•15hb Mei 1948-1949 – Pembentukkan negara Israel selepas berjaya memecah-belahkan negara-negara kesatuan Arab dengan bantuan dan gerakan ketenteraan dari ‘New World Establisment’ mereka iaitu Amerika Syarikat. 
•5hb Jun 1967-1968 – Berlaku peperangan yang berlangsung selama enam hari yang akhirnya menyaksikan kejatuhan Jerusalem ke tangan Israel sehingga ke hari ini.

Kesemua kejadian dan peristiwa di atas ini berlaku dalam tempoh 500 tahun sebelum ini ketika berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ dan kesemuanya keputusan yang terbit dari peristiwa di atas adalah amat merugikan umat Islam di seluruh dunia.

Akan tetapi, bukan semua peristiwa Four Blood Moons yang memihak kepada bukan Islam. Jika dirujuk di dalam lipatan sejarah dunia, kita anjakkan sedikit ‘timeline’ lebih dari 500 tahun dahulu, maka kita akan jumpa iaitu pada 2hb Oktober 1187, Salahuddin Al Ayubi dan angkatan Islam telah berjaya merampas Jerusalem dari penguasaan Kristian dan menguasai tanah keramat itu beratus tahun lamanya sebelum jatuh semula ke pihak Yahudi pada tahun 1967.

Kejadian peperangan tentera Islam Salahuddin Al Ayubi ini juga berlaku saat fenomena ‘Four Blood Moons’ (mengikut sumber rujukkan sejarah falak). Jadi bukanlah setiap kali berlakunya fenomena ini keputusan akan memihak kepada kumpulan penentang Islam (jika berlaku peperangan)

Jadi dipendekkan cerita, selepas sesi-sesi pengiraan dan kalkulus oleh ahli-ahli falak, ahli-ahli ramalan seluruh dunia, fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini bakal mencorakkan satu lagi perubahan dunia secara umum.

Perubahan ini akan bersifat global dan akan terpalit pada setiap umat manusia di seluruh dunia. Israel dan Amerika Syarikat akan terlibat sama dalam percaturan mereka secara besar-besaran dan secara tidak langsung umat Islam akhir zaman akan diuji secukupnya.

Banyak ramalan dan andaian serta spekulasi mengenai fenomena ini telah dibuat oleh pihak-pihak dari sebelah Yahudi dan Kristian, akan tetapi hampir tiada mana-mana ‘prophecy’ dari kalangan umat Islam dunia.

Barangkali umat Islam masih lena diulit mimpi-mimpi indah atau barangkali, kita masih tidak peka dengan persekitaran perlakuan dunia. Atau mungkin kita belum faham lagi tentang bahasa dan isyarat alam yang Allah Taala kirim dan tunjuk dalam sejarah.

Kaum Zionis sudah menguasai Al-Aqsa

Di saat Yahudi dan Illuminatis sibuk menggali-gali ‘King Solomon Mine’ di Jerusalem, mungkin kini mereka sudah tahu yang ‘Gedung Penyimpanan Harta Nabi Allah Sulaiman Alay’hisalam’ sebenarnya di sebelah timur sini.

Tidak jauh dari Solomon Islands di bawah ‘Kepulauan Bugis’. Oleh itu, jaga-jaga jugalah kerana kalau terjadi apa-apa, Tanah Melayu kita ini Tanah Pusaka. Bakal menjadi perhatian dunia.

Banyak menyimpan harta-harta untuk buat jadi mahar akhir zaman dan Imam mulia. Tengok-tengok sama di Pahang, di Hulu Terengganu, di Gunung Ledang dan juga di Danau Tok Uban juga Banjaran Titiwangsa. Jaga-jaga kita semua segala yang pusaka pustaka dan bersaka.

Simpanlah tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak NASA dalam ramalan perihal akan berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini iaitu:

  1. 15hb April 2014 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah 
  2. 8hb Oktober 2014 (Hari Sukkot Yahudi) – Bulan berdarah 
  3. 20hb Mac 2015 (Hari Adar Yahudi) – Gerhana matahari 
  4. 4hb April 2015 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah 
  5. 28hb September 2015 (Hari Sukkot Yahudi) - Bulan berdarah 


Apa yang bakal berlaku kali ini adalah di luar bidang pengetahuan kita semua. Prophecy dan ramalan berbagai-bagai. Teori konspirasi juga bermacam-macam. Mungkin iya-Mungkin tidak. Mungkin ada kejadian- Mungkin tidak ada langsung.

Kalau tiada, Alhamdulillah. Kalau ada, mungkin ianya lebih besar atau lebih kecil dari isu MH370?

Mungkin ada gempa bumi/tsunami/ meletupnya gunung berapi atau hujan meteor?

Mungkin ianya lebih besar dari isu Russia-Ukraine-Crimea?

Mungkin ianya lebih besar dari pergolakan Korea Utara-Korea Selatan?

Mungkin juga perang dunia global ke-3 bakal meletus?

Sebab bunga-bunga perang sudah ada. Atau mungkin Imam Mahdi akan muncul?

Jazirah Arab sudah terbakar. Dah keluar ‘asap’ di Syam-Syria dan Mesir sekarang, Arab Saudi dan Qatar pula menjadi ‘hijau-hijauan’ tidak disentuh langsung golongan Illuminatis dengan pembangunan mencakar langit menutupi Kaabah di sini sana.

Gambar tersebar di facebook hari ini. 
Petunjuk seperti awan sedang duduk istirahat sambil berdoa

Lihatlah apa yang berlaku di Palestin sekarang. Masjid Al Aqsa sedang dikuasai regim zionis. Penduduk tempatan dihalang daripada beribadat di dalamnya. Sebahagian ruang masjid sudah dicemari, Al Quran dibakar dan menunggu masa untuk dirampas keseluruhannya.

Ia petanda sesuatu yang lebih besar akan berlaku. Dan kita umat-umat Islam di seluruh dunia, hanya sibuk dengan keadaan persekitaran kita, memikirkan untung rugi keesokan hari.


INGAT! Ini adalah sebagai pandangan sahaja. Tidak paksa sesiapa pun untuk faham apatah lagi untuk percaya. Segalanya atas ketentuanNya jua.

Wallahu’alam

Friday, November 7, 2014

Masjid Al-Aqsa Kubah Emas sudah jatuh ke tangan Zionis

Masjid tempat suci ketiga Islam, bumi tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, Al-Aqsa sekarang sedang diceroboh. Berlaku pertempuran di antara penduduk Palestin dan puak Yahudi Israel, ruang sebelah dalam masjid tersebut dirosakkan. Zionis dan tentera mereka mula menyerbu Masjid Al-Aqsa, mengoyakkan Al-Quran dan melemparkannya ke tanah, mencemari ruang solat dengan kasut mereka seolah-olah mencabar seluruh umat Islam dengan tindakan mereka itu.

Penduduk Palestin pula dihalang daripada memasuki kawasan Al Aqsa, sementara pendatang haram Israel bebas menceroboh dan menunggu masa untuk merampas kawasan tersebut.

Sememangnya mereka sudah tidak sabar lagi hendak menjadikan masjid itu sebagai kuil tempat sembahan mereka.

Berikut adalah antara gambar-gambar suasana terkini. Di manakah suara umat Islam dunia sekarang?


Serpihan dipercayai daripada grenade launcher dan peluru getah tentera zionist berselerak dalam kawasan masjid.


Ruang dalam masjid yang dirosakkan oleh puak zionist


Para ahli Parlimen, rabi dan rakyat negara haram Israel telah mengumumkan akan memasuki Masjid Al Aqsa secara beramai-ramai. Mereka akan memakai topeng 'Yehuda Glick' sebagai tanda solidariti kepadanya sebagai seorang aktivis berbangsa Yahudi yang konsisten memperjuangkan hak Yahudi untuk memiliki Masjid Al Aqsa.



Rakyat Palestin sedang membersihkan semula Masjid Qibli (masjid yang mempunyai kubah berwarna hijau tua) yang mengalami kerosakan setelah diserang oleh penceroboh Israel. Masjid Qibli adalah salah satu masjid yang terdapat di dalam kawasan Masjid Al Aqsa.

Kelihatan pada gambar di bawah, puak zionist sudah mula menguasai kawasan masjid kubah emas. Penduduk Palestin sudah tidak lagi dibenarkan masuk ke kawasan ini.

Masjid Al-Aqsa kini dalam situasinya yang paling merbahaya, dan apa sahaja cara adalah dibenarkan bagi menentang penjajahan kata Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaleed Meshaal.


Zionis sedang berkawal di masjid kubah emas. Ada banyak lagi berita terkini yang sentiasa dikemaskini dengan gambar, sila kongsikan fanpage https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial dan bersama mengambil tahu tentang keadaan di Palestin.



Thursday, November 6, 2014

Misteri fenomena awan berlubang cetus panik di Australia

Cerita santai malam ini...

Awan pelik menyerupai UFO. Warga Australia menjadi panik..

2 fenomena aneh dan mustahil telah berlaku serentak dalam minggu ini. Pertama, kewujudan 'awan berlubang' sehingga ada yang mengatakan UFO telah muncul secara tiba-tiba di awan. Namun dinafikan supaya keadaan tidak menjadi kelam kabut. Kedua, air mani boleh muncul dalam dubur tanpa diliwat. Namun dinafikan pemiliknya yang juga merupakan seorang peliwat tegar supaya pendakwaan menjadi kelam kabut...

Di antara keduanya, kejadian air mani itulah yang paling misteri kerana ia merangkumi ciri-ciri mistik dan paranormal yang akhirnya bertukar menjadi sebuah kospirasi..... the end.


Berbalik kepada kisah awan sebenar,

Berikut adalah kejadian yang dipercayai telah dirakam pada 3hb Nov yang lepas. Menurut seorang saksi, awan itu berbentuk sebuah bot yang muncul di sebelah Tenggara Melbourne, Australia.

Ia seolah-olah seperti laluan ke dimensi lain, juga mirip seperti sebuah kapal angkasa yang terapung tetapi mempunyai pelangi seperti membelah dari sebelah dalam.

Agak menakutkan kerana menurutnya, dia tidak pernah melihat keadaan awan sebegitu rupa.


Laporan astroawani,

Fenomena awan berlubang ataupun fallstreak hole di sebuah pekan kecil Wonthaggi, Australia mencetuskan keadaan panik dikalangan penduduknya.

Kejadian berlaku tepat pukul satu petang waktu tempatan.

Ramai yang berkongsi di twitter dan menganggap ia angkara makhluk asing.

Malah ada seorang penduduk menelefon stesen radio tempatan bagi mendapatkan penjelasan.


Orang ramai mula berteka-teki mengenai fenomena itu sehinggalah seorang wakil jabatan meteorologi mengesahkan ia sebuah kejadian alam yang normal.

Kejadian pada awan ini berlaku apabila suhu air awan jatuh di bawah paras beku tetapi air tidak membeku, lalu jatuh atau terpisah dari awan dan membentuk sebuah lubang.

sumber: http://www.astroawani.com/news/show/fenomena-awan-berlubang-cetus-panik-47720?cp


Friday, October 31, 2014

Beginilah cara Indonesia mengajar pesawat yang menceroboh milik Singapura

Kes pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh Singapura bukan perkara baru bagi Malaysia. Malaysia adalah negara yang sangat menghormati negara-negara yang dianggap sahabat.

Namun, sifat hormat Malaysia kepada negara-negara jiran sentiasa diambil kesempatan oleh Singapura yang tidak sensitif dengan membiarkan pesawat terbangnya mencabuli kawasan sempadan ruang udara Malaysia.

Adalah menjadi tanggungjawab sesebuah negara untuk menjaga kedaulatan negaranya. Malaysia harus mencontohi ketegasan Indonesia dalam menjaga ruang udara mereka tanpa kompromi. Mana-mana pesawat yang menceroboh ruang udara harus dipintas dan dipaksa mendarat seperti yang kita lihat pada gambar-gambar di bawah.

Beginilah cara tentera Indonesia bertindak apabila menahan pesawat yang didapati menceroboh ruang udara mereka..





Wednesday, October 22, 2014

Sadis!! Kekejaman Yahudi ke atas masyarakat Amerika...

Kejahatan Yahudi memang tidak boleh dibayangkan. Rakaman video dipercayai daripada tahun lepas, asalnya menceritakan tentang populasi Yahudi di Amerika dan penguasaan mereka ke atas dunia..

Perbualan melalui telefon dibuat oleh James Wickstorm, seorang DJ Radio yang anti yahudi dalam temuramahnya bersama seorang pendita Yahudi yang bernama Rabbi Abe Finkelstein. Dalam perbualan itu, Finkelstein mendedahkan bagaimana yahudi menguasai minda masyarakat Amerika, melalaikan anak-anak mereka dengan muzik dan menggalakkan para remaja mengamalkan gaya hidup dengan kebebasan mutlak kemudian merosakkan mereka dengan dadah sehingga akhirnya menjadi lubuk kewangan bagi masyarakat yahudi..

Finkelstein turut menceritakan tentang ritual korban yang diamalkan sejak beribu tahun yang diturunkan daripada nenek moyang mereka. Kebanyakan mangsa yang dijadikan korban sebahagian besarnya adalah kanak-kanak yang diculik. Dan antara kekejaman yang paling dahsyat ialah tentang apa yang mereka buat terhadap mangsa setelah dikorbankan, bagaimana mereka melupuskan mayat-mayat itu. Hatta dengan mayat pun yahudi pergunakan untuk menjana ekonomi mereka.

James menyuarakan rasa terkejut dengan apa yang diperkatakan Finkelstein tentang ritual korban dan sebagainya, kerana kebiasaannya apa yang diceritakan itu hanya wujud dalam imaginasi lakonan wayang atau filem sahaja.

Finkelstein mengakui ia sememangnya telah lama berlaku malah dengan selamba mengatakan bahawa mereka pernah menyampaikan mesej itu melalui penulisan buku dan lisan tetapi masyarakat Amerika enggan mempercayainya.. Jadi itu bukan salah yahudi, katanya.

Kisah berlaku di Amerika Syarikat...


Sunday, October 5, 2014

Yaman sudah jatuh ke tangan Syiah, kerajaan bawa keluar rakyat Malaysia bermula esok



Ketika dunia asyik dengan agenda Barat memerangi kumpulan Negara Islam di Syria dan Iraq... Yaman, negara di pinggir Barat Daya Semenanjung Tanah Arab  dan bersempadan dengan Arab Saudi jatuh ke tangan pemberontak Syiah.

Agensi-agensi berita dunia baru melaporkan perkara tersebut setelah lebih 24 jam kejadian.

Dipercayai kejatuhan Sanaa berlaku dengan cepat berikutan tentera Yaman meninggalkan kem-kem mereka dan menukar uniform kepada pakaian awam.

Agensi berita dunia AP misalnya melaporkan, pemberontak Syi'ah Houti menguasai sepenuhnya bangunan-bangunan kerajaan, membuat sekatan jalan selepas merampas kuasa.

"Mereka melaungkan slogan mati Amerika dan mati Israel, menyumpah Yahudi dan melaungkan kejayaan Islam, - slogan popular di Iran dan kumpulan pejuang Hezbollah," lapor AP.

Lebih membimbangkan adalah pemberontah Syiah anti Amerika itu menguasai lapangan terbang dan bangunan kementerian pertahanan Yaman.

Koresponden Al Arabiya News Channel di Yaman melaporkan  bahwa pemberontak Syi'ah Houthi menguasai semua pos strategik, termasuk kes tentera dan balai berita.

Rakyat Malaysia kebanyakkan pelajar di Universiti Al Iman yang merupakan musuh utama pemberontak Syiah.

Mengambil kira semua itu, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar memutuskan untuk membawa keluar rakyat Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan di Yaman mulai Isnin.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan Ahad berkata, kedutaan Malaysia di ibu negara Yaman iaitu Sana?a telah menyediakan penginapan sementara kepada 449 rakyat Malaysia sejak 19 September lalu.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk membawa rakyat Malaysia pulang dengan secepat mungkin, kumpulan pertama dijangka bertolak dari Sana'a ke tanahair pada 6 Oktober.

"Pihak kedutaan akan terus menyediakan bantuan kepada semua rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman sehingga mereka selamat pulang ke tanah air," kata kenyataan yang dikeluarkan Ahad.

September lalu, Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) melahirkan kebimbangan terhadap pergolakan dan ketidakstabilan yang mulai berlaku di Yaman.

Menurut laporkan AFMY serangan dan pertempuran di antara askar dan puak pemberontak Syiah Houthi di Universiti Al-Iman, Sana'a memberikan isyarat bahawa krisis ini semakin merebak jika tiada penyelesaian segera.

Yaman merupakan sebuah negara republik yang terletak di pinggir Barat Daya Semenanjung Tanah Arab (Barat Daya Benua Asia). Ianya juga bersempadan dengan Arab Saudi di sebelah utara Laut Arab (jarak 1,458 km) dan Teluk Aden di selatan, Oman di sebelah timur, (288 km) dan Laut Merah di sebelah barat dan mempunyai anggaran populasi penduduk sebanyak kira-kira 13 juta orang.

Teruskan membaca artikel ini di http://www.agendadaily.com/Berita-Terkini/perang-saudara-kerajaan-bawa-keluar-rakyat-malaysia-dari-yaman-bermula-isnin.html

Kontroversi atlet India enggan terima pingat atas podium, Sukan Asia

Beginilah kualiti pengadilan Sukan Asia di Korea Selatan. Atlet India yang sepatutnya memenangi pingat perak dalam acara tinju itu dinafikan oleh juri keputusan dengan hanya memberikan tempat sebagai penerima pingat gangsa.

Atlet tersebut, Sarita Devi mencetuskan kontroversi apabila enggan menerima pingat ketika hendak dikalungkan oleh wakil penganjur di atas podium. Beliau sekadar mengambil pingat tersebut turun dari atas podium lalu mengkalungkannya pada atlet Korea pemenang pingat perak, sebagai tanda protes ke atas keputusan berat sebelah terhadapnya.

Atlet Korea itu bgaimanapun segera memulangkannya kembali kepada Sarita tetapi beliau enggan menyebabkan pingat gangsa tersebut ditinggalkan sahaja di atas lantai podium. Keadaan ini sungguh memalukan pihak penganjur.

Dalam komen yang lain, Sarita sepatutnya mempunyai peluang untuk meraih emas dalam sukan tersebut tetapi kemaraannya seolah-olah disekat pihak tertentu.

Kedengaran juga suara penyokong Sarita mengejek acara penyampaian pingat dengan menjerit, "shame on boxing... booo!" beberapa kali sehingga wakil penganjur menoleh kebelakang.




Nasib malang turut menimpa pemenang emas Wushu negara, Tai Cheau Xuen apabila penyertaannya dibatalkan serta merta dan kemenangannya ditarik balik oleh pihak penganjur setelah mendapati beliau gagal dalam ujian dopingnya. 

Bagaimanapun, pihak di Malaysia mempersoalkan cara pengendalian ujian doping yang dilakukan sehingga menyebabkan ramai peminat sukan negara yang kecewa.


Foto terakhir dirakam pendaki ketika letupan gunung berapi di Gunung Ontake, Jepun

Izumi Noguchi mengabadikan foto awan panas bercampur abu gunung berapi raksasa dari Gunung Ontake di Jepun, yang meletus pada Sabtu minggu lepas, 27 September 2014 ketika sesaat sebelum kepulan itu terhempas dan menamatkan hidupnya.

Gambar berkenaan menunjukkan saat-saat selepas Gunung Ontake meletus sehingga mengeluarkan kepulan gas dan abu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 47 orang disahkan telah terkorban, sementara 16 lagi masih belum ditemui.






Sebahagian besar mangsa yang terkorban ditemui berhampiran puncak adalah pendaki gunung. Salah seorang mangsa yang terkorban adalah Izumi Noguchi. Mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemui di berhampiran bangunan kuil di puncak Gunung Ontake. Pasukan penyelamat SAR yang menemui mayatnya, turut menjumpai kamera di sisinya.

Di antara foto-foto yang telah diambil mendiang adalah pemerhatian dari awan panas besar yang menghampiri kearahnya. Isteri mangsa, Hiromi, memutuskan untuk menerbitkan foto-foto terakhir yang diambil mendiang suaminya sebagai bentuk penghormatan atas kenangan terakhirnya.

Sementara itu, doktor membuat andaian seluruh korban yang kehilangan nyawa akibat kecederaan parah disebabkan hujan batu yang meletus dari gunung. Menurut mereka yang terselamat berkata, mereka lari lintang-pukang menyelamatkan diri dari 'hujan' batu dan serpihan yang menghujani mereka. Sementara hawa panas bercampur abu menerpa wajah mereka.