Showing posts with label tol. Show all posts
Showing posts with label tol. Show all posts

Wednesday, December 30, 2015

Syabas Sarawak! Persediaan Pemansuhan Tol di Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin pada 31 Disember 2015

Terima Kasih di atas keprihatinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang telah membantu rakyat khususnya di sekitar Petra Jaya - Pending - Sejingkat - Bintawa dengan memansuhkan satu-satunya Tol yang masih aktif di Bandaraya Kuching ini.

Kadar kutipan sebelum ini adalah RM1.60 bagi setiap kereta, RM2.20 untuk kenderaan pacuan 4 roda atau van untuk satu arah perjalanan yang hanya sekitar 3 km sebelum bersambung ke jalan persekutuan di kedua belah arah.

Syabas diucapkan kepada barisan Pemuda PBB yang telah berusaha membawa usaha penghapusan tol ini sehingga mendapat perhatian kepimpinan utama kerajaan negeri.

Usaha Pemuda PBB seperti dilaporkan Borneopost pada 27, May 2015 yang lepas..


ZECON BERHAD DISERU HAPUSKAN TOL DI KUCHING


Gambar dipetik dari laman Borneopost
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching menyeru Zecon Berhad (Zecon) mencontohi syarikat konsesi Jambatan Lanang dengan menghapuskan tol.

Pengerusinya Datuk Wan Hamzah Wan Paie berkata, penghapusan tol perlu demi kepentingan rakyat dan pihaknya percaya syarikat terbabit sudah memperolehi pulangan daripada pelaburan.

“Kami (Pergerakan Pemuda PBB Zon Kuching) membawa cadangan Pemuda Cawangan khasnya Pantai Damai, Demak Laut, Samariang dan Tupong menyeru agar Zecon Berhad mencontohi syarikat konsesi Jambatan Lanang,” katanya menerusi kenyataan yang dibacakan oleh Ketua Pemuda PBB Cawangan Tupong Shahrazi Edwin Abdullah.

Menurutnya, Pergerakan Pemuda PBB Sarawak berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem atas usaha dan kejayaan rundingan bersama syarikat pemegang konsesi tol Lanang.

“Tol di Jambatan Lanang dimansuhkan berkuat kuasa 25 Mei lepas dan Jambatan ASEAN dijangka akan dimansuhkan pada bulan Jun.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat Woodville Development Sdn Bhd kerana sanggup mengetepikan hak mereka bagi mengutip tol dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan memansuhkan perkhidmatan ini (tol),” ujarnya.

Beliau berkata, ia menunjukkan usaha berterusan Ketua Menteri dalam meneruskan transformasi pembangunan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat.

“Kita sedia maklum rundingan ini telah diadakan dahulu oleh Ketua Menteri dan seperti biasa DAP mengambil kesempatan untuk menempah nama atas usaha dan kejayaan Ketua Menteri,” jelasnya.

Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda PBB Ripin Lamat menjelaskan, DAP seperti tiada modal kerana selalu ambil kredit dan mengambil kesempatan daripada usaha Ketua Menteri.

“Ia termasuk pembalakan haram dan pemansuhan tol. Mereka seperti tiada modal,” kata Ripin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir percaya usaha DAP itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat negeri ini.

Hadir sama Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda PBB Fazruddin Abdul Rahman dan Bendahari Pergerakan Pemuda PBB Hamzah Ibrahim.

Sumber: TheBorneopost.com

*****


Terkini...

Sambutan Tahun Baru Besar-besaran Di Tol Jambatan Salahuddin



Kuching : Sebuah majlis khas sambutan Tahun Baru akan diadakan secara besar-besaran di Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin, Petra Jaya pada malam 31 Disember ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu MIsnu Taha berkata, majlis tersebut diadakan sempena meraikan pemansuhan Tol Jambatan Salahudin yang akan berkuatkuasa menjelang 1 Januari 2016 sekaligus tiada lagi kutipan tol di Sarawak.

Katanya, dijangka 10,00 ribu pengunjung akan menghadiri majlis tersebut yang akan bermula dari pukul 9 malam dan dimeriahkan juga dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah dan Datuk Jamal Abdillah dan pertunjukan bunga api.

“Majlis sambutan ini merupakan julung kalinya diadakan secara besar-besaran yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan juga sebagai meraikan pemansuhan tol terakhir di Sarawak selepas tol Jambatan Lanang di Sibu dan tol Jambatan ASEAN Baram ,”

“Apa yang menarik, satu gimik khas melambangkan kutipan terkakhir tol akan diadakan,” katanya

“Ini juga adalah salah satu pencapaian yang ketara di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Si Adenan Satem sejak beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak,”

Terdahulu, Adenan mengumumkan pemansuhan tol Jambatan Salahuddin dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak minggu lepas.

Jalan utama menghala arah tol akan ditutup seawal pukul 6 petang untuk memberi laluan kepada persiapan dan acara sambutan pada hari berkenaan.- Sarawakiana

*****

Tol Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin...





Wednesday, October 21, 2015

Guan Eng nak hapuskan Tol Utara/Selatan



Janji dulu belum tertunai.. sekarang Guan Eng buat janji baru. Serupa berhutang juga.. hutang lama belum langsai, sekarang nak buat hutang baru.. jadi tak jadi, belakang kira.. yang penting janji sedap telinga orang dengar !

 Hawau punya politiking...

Tuesday, October 20, 2015

Gambar Lim Guan Eng berdemo di Tol Sungai Nyior.

Macai spin isu tol.. Pembangkang juga pernah berjanji tetapi GAGAL menunaikan janji. Siapa yang pernah tuding jari kepada mereka? Tiada..

Pertama sekali, sedarkah anda bahawa pakatan pembangkang kini menguasai secara 2/3 DUA negeri paling KAYA di Malaysia, iaitu Selangor dan Pulau Pinang?!! Mengapakah tiada siapa yang mempersoalkan apa yang mereka lakukan untuk memastikan kos hidup rakyat tidak terus terbeban?!!

Ada MACAI yang bagi alasan, Kerajaan Pusat yang berkuasa penuh, Kerajaan Negeri ikut sahaja. Pada kami, ini barulah standard yang sepatutnya ditunjukkan sebagai MACAI. Tiada ilmu dan tidak mahu berfikir menggunakan otak!

Tahukah anda semua, hampir separuh daripada syarikat konsesi yang bercadang mahu menaikkan kadar Tol merupakan kroni dan 'GLC' yang ada kaitan dengan Kerajaan Negeri pembangkang sendiri?!!

Jadi, mengapakah Kerajaan Negeri yang dipimpin parti pembangkang tidak mahu membayar sahaja pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut bagi mengelakkan kadar tol dinaikkan demi rakyat?!!

Malah, bukankah mereka juga yang kuat berkempen mahu menghapuskan TOL sebelum PRU-13 yang lalu?!! Jadi, kenapa tidak beli sahaja konsesi-konsesi TOL tersebut, sepertimana yang mereka lakukan kepada Alam Flora, dan sediakan lebuhraya percuma di seluruh Selangor?!!

Pulau Pinang..

Tol Sungai Nyior.. Sebelum DAP menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, pada September 2007 kadar tol di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth Outer Ring Road (BORR), telah dikurangkan dari RM0.90 ke RM0.50.

Kemudian ketika menjelang PRU12, Lim Guan Eng telah berjanji kepada pengundi untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior dalam masa tiga tahun jika mereka mentadbir kerajaan negeri.

Tidak cukup dengan itu, Lim dan gerombolan DAP turut sama berdemonstrasi bersama penduduk setempat membantah kutipan tol tersebut. Mereka mencipta sejenis wayang bagi menunjukkan ciri-ciri 'pemimpin berjiwa rakyat'.

Komitmen Guan Eng seperti dalam gambar di bawah..



Kredit kepada blog pisau. Artikel penuh rujuk sini

Gambar diambil pada 8 tahun yang lalu. Sehingga sekarang tol sungai Nyior masih dikutip dan sudah naik daripada 50sen ke RM1.20. Janji hapus dalam masa tiga tahun tidak ke mana dan kini sudah 2 penggal berkuasa, CM Lim Guan Eng masih lagi tidur. Hapusnya tidak juga... Alternatif lain nampaknya hanya akan datang menjelang PRU nanti.

Jadi sekarang, siapa yang masih bercakap tentang tol Sungai Nyior? Rakyat juga...

Mari kita dengar apa yang kata salah seorang daripada mereka..









Sunday, October 18, 2015

Terbaru: Penjelasan isu kenaikan kadar TOL

Penjelasan tentang isu kenaikan kadar tol yang tengah hangat pada ketika ini. Bagaimanapun beberapa kriteria diperlukan sebagai syarat untuk menjadikan anda faham apa yang sedang berlaku dan dijelaskan di bawah. Antaranya;

1) Tidak mempolitikkan isu sebenar
2) Tidak dikuasai oleh rasa benci terhadap pihak yang bertanggungjawab
3) Tidak memutarbelitkan kenyataan atau penerangan.
4) Ikhlas membaca kerana hendak memahami keadaan bukan sebagai modal untuk menghentam. 

Terima kasih.

*****




SOALAN : MENGAPAKAH PENGUMUMAN KENAIKAN KADAR TOL DIBUAT OLEH SYARIKAT KONSESI?

Pengumuman mengenai kadar tol yang baru di 18 lebuh raya tol bermula 15 Oktober 2015 telah dibuat sendiri oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya yang berkaitan memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan lebuh raya masing-masing untuk satu tempoh masa berdasarkan Perjanjian Konsesi yang ditandatangani.

SOALAN : ADAKAH MELALUI PERJANJIAN KONSESI (CA) SESUATU KADAR TOL PERLU DINAIKKAN?



Didalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani, ada beberapa komponen seperti jadual kadar tol sepanjang tempoh konsesi di mana penentuan kadar tol dan tempoh kenaikan kadar tol adalah mengambil kira kos operasi, penyenggaraan, unjuran trafik dan kos pembiayaan kewangan (loan repayment).

Atas faktor-faktor inilah, tempoh kenaikan kadar tol perlu dikaji secara puratanya di antara 3 hingga 5 tahun. Oleh yang demikian, kenaikan kadar tol adalah diperlukan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat untuk membolehkan mereka menampung kos-kos operasi dan penyenggaraan di lebuh raya masing-masing demi memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan yang optimum.

SOALAN : APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA KERAJAAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KADAR KENAIKAN TOL PADA TAHUN 2015?

Bagi tahun 2015, kenaikan kadar tol telah dikaji dengan teliti dengan mengambil kira beberapa parameter. Antara parameter yang telah digunakan adalah penstrukturan semula dasar subsidi nasional di mana kenaikan kadar tol ini dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta yang seterusnya boleh digunakan untuk tujuan pembangunan lain yang lebih memerlukan.

SOALAN : APAKAH KESAN KENAIKAN TOL KEPADA KEWANGAN KERAJAAN ?

Kenaikan kadar tol mulai 15 Oktober 2015 seperti yang diumumkan oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya perlu dilihat dari segi penjimatan kepada kewangan negara. Setiap tahun, Kerajaan perlu membayar pampasan penangguhan kenaikan kadar tol kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan. Dalam hal ini, Kerajaan perlu membayar pampasan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan pada tahun 2015.

Penjimatan sebanyak RM580 juta ini boleh digunakan untuk membiayai perkara-perkara seperti berikut:

  • penurapan semula 380km jalan-jalan sediada; 
  • pembinaan sebanyak 380 buah jejantas baru;
  • pembinaan 19 jambatan baru; 
  • dan pembinaan 58 sekolah rendah yang baru. 

Kenaikan kadar tol adalah salah satu langkah awal yang perlu diambil oleh Kerajaan untuk mengawal bilangan kenderaan yang masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur. Sekiranya langkah ini tidak dilaksanakan, ianya dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan yang agak kritikal di Kuala Lumpur.

SOALAN : APAKAH KEBAIKAN PENJIMATAN PERBELANJAAN KERAJAAN HASIL DARIPADA KENAIKAN KADAR TOL?

Melalui penstrukturan semula dasar subsidi ini, Kerajaan dapat menumpukan perhatian dalam membangunkan ekonomi negara yang pada akhirnya akan memanfaatkan rakyat sekalian.

SOALAN : APAKAH TINDAKAN MITIGASI OLEH KERAJAAN DALAM MENGURANGKAN KESAN KENAIKAN TOL KEPADA RAKYAT DI BANDAR ? DAN APAKAH SOLUSI UNTUK RAKYAT YANG MEMBAYAR TOL NAMUN MASIH TERPERANGKAP DENGAN KESESAKAN JALANRAYA?

Pemantapan sistem pengangkutan awam darat adalah antara usaha Kerajaan untuk mengurangkan kesan kenaikan tol ini dengan menggalakkan pengguna beralih kepada penggunaan pengangkutan awam. Ini kerana kadar tol untuk bas tidak akan dinaikkan dan akan kekal seperti mana sekarang. Rakyat mampu memperolehi penjimatan untuk urusan seharian mereka apabila mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk tol, kos bahanapi serta mampu meminimakan risiko kemungkinan berlakunya kemalangan akibat sikap pemandu di jalanraya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Government Trasnformation Programme : NKRA Urban Public Transport mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam darat.

Tiga (3) bentuk approach telah dikenal pasti iaitu:

  • pembangunan sistem rel (MRT, LRT & monorel); 
  • pembangunan hub pengangkutan awam darat (hub utara di Gombak, hub selatan di Bandar Tasik Selatan dan hub utara di Sungai Buloh); 
  • dan pembangunan sistem pengangkutan awam seperti teksi dan GoKL. 

Usaha ini mampu mengurangkan kesesakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Pembinaan Bus Rapid Transit (BRT) juga adalah salah satu aspek yang dikenal pasti untuk mengurangkan kesesakan di kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kepadatan penduduk yang tinggi.

Fasa pertama yang menghubungkan kawasan Subang, USJ dan Sunway telah siap dan buat masa ini, ridership BRT di kawasan tersebut sedang meningkat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membina dua (2) kawasan park-ride di Stesen LRT Sungai Besi dan Bandar Salak Selatan bagi kemudahan pengguna-pengguna LRT yang ingin ke bandaraya Kuala Lumpur.

Satu lagi kemudahan park-ride sedang dibina oleh DBKL berdekatan dengan Taman Segar, Cheras untuk kegunaan para pengguna MRT. Oleh yang demikian, Kerajaan berharap agar usaha penambahbaikan sistem pengangkutan awam darat ini mampu menyediakan prasarana yang boleh membantu mengurangkan beban perbelanjaan dan kos sara hidup atau sebagai alternatif kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya.




SOALAN : APAKAH USAHA KERAJAAN MENGURANGKAN BEBAN KEWANGAN PENGGUNA LEBUH RAYA?

Kerajaan pada dasarnya prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat. Oleh yang demikian, beberapa pendekatan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang berkaitan dengan kadar tol. 

Antara pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut: 

1) Penutupan Awal dan Pemansuhan Kutipan Tol Sejak 1993, Kerajaan telah melaksanakan penutupan serta pemansuhan kutipan tol di lapan (8) lokasi seperti berikut :
  • 11 Januari 1993 - penutupan Plaza Tol Slim River, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) 
  • 1 Mac 2004 -Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Senai, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); 
  • 18 Mac 2004 - Penutupan awal plaza tol di Jalan Pahang, Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah pada 31 Mac 2004); 
  • 14 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol PJS2 (arah Kuala Lumpur), Lebuhraya Baru Pantai (NPE); 
  • 24 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol Plaza Tol Salak Jaya di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA); 
  • 21 Disember 2009 - Penutupan awal Plaza Tol Teluk Kapas, Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah pada 29 Disember 2009); 
  • 16 Mei 2011- Pemansuhan kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac); 
  • dan 2 Mac 2012 - Pemansuhan kutipan tol di laluan ke Kuala Lumpur, Plaza Tol Batu 9 dan laluan Ke Kajang, Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA). 

2) Pengurangan Kadar Tol Sehingga kini, pengurangan kadar tol telah dilaksanakan di tiga lebuh raya, seperti berikut:
  • 1 September 2007 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth Outer Ring Road (BORR), dari RM0.90 ke RM0.50 sejak tahun 2007. 
  • 18 Februari 2011 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol PJS2 (arah Subang), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM1.60 ke RM1.00 sejak tahun 2011. 
  • dan 15 Januari 2013 - Pengurangan kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM2.20 ke RM2.00 bagi tempoh 2013 hingga 2015. 

3) Penstrukturan Semula Kenaikan Kadar Tol Kerajaan juga pada masa yang sama telah melaksanakan penstrukturan semula kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat Plus Expressways Berhad (PEB) dan Kumpulan MTD.

Penstrukturan ini dilaksanakan melalui tiada kenaikan tol bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB untuk tempoh dari 2011 hingga 2015. Manakala, bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD pula, tiada kenaikan tol dari tempoh 2011 hingga 2014. Lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB yang terlibat adalah seperti berikut: 
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE);
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA); 
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); dan Jambatan Pulau Pinang. 

Manakala lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD yang terlibat adalah seperti berikut: 
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK); 
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)


SOALAN : ADAKAH DENGAN KEPUTUSAN KENAIKAN KADAR TOL INI MENUNJUKKAN KERAJAAN TIDAK PRIHATIN DENGAN KOS SARA HIDUP RAKYAT YANG SEMAKIN TINGGI SEKARANG?

Tidak timbul isu Kerajaan membebankan rakyat kerana pada dasarnya Kerajaan sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. 

Pengumuman YAB Perdana Menteri pada 14 September 2015 yang antara lain menyatakan bahawa Kerajaan akan menambahkan bilangan kedai yang menyediakan perkhidmatan dan barangan pada harga yang berpatutan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia dan penyediaan sebanyak 16 buah lagi Klinik 1Malaysia pada 2015 dan 33 buah pada 2016 adalah antara bukti Kerajaan komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

-End


Format diubah sedikit untuk memudahkan pembacaan. Kredit kepada sarawakiana. Artikel asal boleh dirujuk di sini.

Thursday, May 14, 2015

Menteri tolak cadangan PKR agar motosikal dikenakan Tol


Sifat terdesak pihak pembangkang untuk memutarbelitkan fakta dengan menuduh Menteri Kerja Raya yang mencadangkan motosikal dikenakan tol ibarat meludah ke langit, kerana hansard perbahasan tersebut jelas tercatat apa sebenarnya yang berlaku, siapa sebenarnya yang mencadangkan agar motosikal dikenakan tol.

Hakikatnya ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh yang cuba mempertikai keputusan kerajaan yang tidak mengenakan tol terhadap motosikal, dan telah dijawab oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah ketika menjawab soalan ahli Parlimen Kuantan itu semasa sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada November 2013 berkata, Kadar Tol di lebuh raya negara ini tidak ditentukan mengikut kapasiti enjin ataupun CC, sebaliknya dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan.

“Motorsikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk dibawah kategori kenderaan dua gandar atau dua roda (motorsikal) yang dikecualikan dari kutipan tol.

“Penetapan untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 dan keputusan ini ditetapkan adalah berdasarkan akta dan perundangan.” katanya.

Fauziah yang jelas tidak berpuas hati meminta agar keputusan tersebut dikaji semula kerana menurut ahli Parlimen PKR itu, kewajaraan untuk mengenakan tol terhadap motosikal ialah kerana terdapat motosikal berkuasa tinggi yang setaraf dengan kereta.

Walau bagaimanapun, Fadillah yang juga ahli Parlimen Petra Jaya menolak gesaan tersebut ketika itu berkata, jika kerajaan mahu mewujudkan kutipan tol kepada motorsikal, mereka perlu mewujudkan lorong-lorong kutipan tol untuk motorsikal.

“Jika ingin juga dilaksanakan ianya akan mengakibatkan penggunaan belanja yang agak besar.” katanya.

Meskpun isu ini sudah lama, namun akibat ketandusan itu ianya terpaksa dikitar semula demi untuk mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan.

Namun disini jelas terbukti siapa atau pihak mana sebenarnya yang mahu motosikal dikenakan tol...?

Kredit kepada suaramassa.blogspot