Berlaku semalam. Rakaman video menunjukkan keadaan ketika Kuala Lumpur dilanda hujan batu yang menakutkan berlaku di kawasan Bukit Jalil dan Sungai Besi.
Pertama kali melihat hujan batu yang memusnahkan beberapa struktur bangunan terutama pada bahagian atap dan siling. Warga kota digemparkan dengan kejadian luar biasa, sebahagian besar tidak pernah mengalaminya seumur hidup.
Bencana seperti ini biasa kita lihat berlaku di luar negara. Ketulan-ketulan air batu yang terkumpul beserta hujan lebat serta angin ribut boleh menyebabkan kemusnahan teruk pada harta benda. Sama-samalah kita mendoakan agar tidak berlaku lagi di negara kita.
*****
Artikel Astro Awani
KUALA LUMPUR: Penduduk di Bukit Jalil di sini petang tadi dikejutkan dengan kejadian hujan air batu di beberapa kawasan, berikutan cuaca ribut yang turut menumbangkan beberapa batang pokok besar termasuk di Taman Teknologi Malaysia.
Hujan ribut itu bermula pada jam 6 petang hingga mencetuskan panik dalam kalangan pekerja pejabat kerajaan dan swasta di sekitar kawasan berkenaan
Beberapa pekerja pejabat yang baru hendak pulang dari kerja terkejut apabila melihat beberapa buah kenderaan turut rosak teruk akibat dihempap pokok.
“Kami sedang berada dalam pejabat ketika terdengar bunyi yang kuat di luar bangunan. Seperti ada kekecohan berlaku, saya dan teman pejabat bergegas untuk melihat apa yang berlaku.
“Kami terkejut apabila mendapati kira-kira 10 buah kenderaan di kawasan pejabat saya dihempap pokok. Kira-kira dua atau tiga kenderaan mengalami kerosakan teruk ,” ujar seorang pengarang radio, Mogan Muniandy kepada Astro AWANI.
Sementara itu, jurucakap Prasarana Berhad memberitahu Astro AWANI, perkhidmatan LRT terjejas antara stesen Cheras dan Sri Petaling akibat gangguan bekalan kuasa.
Pihak Prasarana menyediakan bas perantara bagi kemudahan penumpang yang terjejas.
Ketika ini, beberapa pihak difahamkan mula mengalihkan serpihan objek yang menghalang laluan.
Showing posts with label bencana alam. Show all posts
Showing posts with label bencana alam. Show all posts
Saturday, June 4, 2016
Monday, February 8, 2016
Banjir di Matang - Gambar serta bantuan PBB ranting Malihah dan Taman Alamanda
Pusat pemindahan banjir Malihah. Terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat dan PBB Ranting Malihah 1, Malihah 2 dan Alamanda di atas tindakan pantas menyediakan bantuan, bermasak dan lain-lain lagi. Semoga keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini.
Pusat permindahan banjir, Matang Malihah bersama Saudara Fazzrudin A Rahman setiausaha politik Menteri Kerja Raya pada malam tadi.
Update Terkini Banjir Kuching Sarawak - 8 Feb 2016.
Beginilah keadaan terkini banjir di sekitar Matang, Kuching. Keadaan hujan yang tidak berhenti, serta air pasang menjadikan keadaan lebih teruk di beberapa kawasan kediaman. Air naik pada paras pinggang, malah di sesetengah tempat ia melebihi paras dada.
Update dari WhatsApp Admin fb pages Sarawak
Di bawah, ialah keadaan paras air yang mula naik di jalan Matang berikutan hujan dari pagi dan berhenti sekejap kemudian mula hujan kembali. Penduduk yang terjejas sudah mula dipindahkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.
Di bawah, keadaan banjir di Jalan Matang - Daerah Bau. Beberapa warga terputus hubungan berikutan air naik menenggelamkan separuh jalan yang menjadi laluan utama penduduk kampung.
Terbaru, bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat bencana banjir di Malihah (jam 10.50pm) ialah seramai 1,126 orang daripada 239 keluarga. Kelihatan keadaan dewan penempatan sementara yang agak sesak.
Turut ditemui bersama ialah setiausaha politik kepada Menteri Kerja Raya, En. Fazruddin Abd Rahman turut sama membantu serta meninjau keadaan beberapa mangsa banjir yang terjejas.
Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada apa yang lebih merisaukan, selain memikirkan keadaan rumah yang terpaksa ditinggalkan.
Kredit kepada RTM Sarawak fanpage, Info bencana Sarawak dan Kuching Traffic Info group.
MAKLUMAT TERKINI BENCANA BANJIR NEGERI SARAWAK
TARIKH : 7 FEB 2016
MASA : 2330 HRS
1. PP DEWAN SERBAGUNA TAMAN MALIHA, KUCHING
Tarikh dibuka : 7 Feb 2016
Masa dibuka : 1845 Hrs
Jumlah keluarga : 239
Jumlah mangsa : 1126
2. PP DEWAN SINARAN LUMUT, KG SUNGAI LUMUT KUCHING
Tarikh dibuka : 7 Feb 2016
Masa dibuka : 2045 Hrs
Jumlah keluarga: 7
Jumlah mangsa : 28
JUMLAH KESELURUHAN
Jumlah keluarga : 246
Jumlah mangsa : 1154
BAHAGIAN TERJEJAS :
Bahagian Kuching
SUMBER
Sekretariat JPBN
JPAM Negeri Sarawak
Sunday, November 15, 2015
Pengumuman Pembukaan Lebuhraya Kuala-Lumpur - Karak
Kenyataan Media YBM Kementerian Kerja Raya Dato' Sri Fadillah Yusof mengenai Pembukaan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (secara berperingkat).
Friday, November 13, 2015
Gambar-gambar Menteri JKR meninjau kerja pembersihan kawasan runtuhan di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur
Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof bersama menaiki cerun bukit dan melawat tapak runtuhan bagi meninjau situasi serta kerja-kerja pembersihan yang sedang dijalankan di kawasan kejadian sekitar tengahari semalam.
Tanah runtuh serta banjir lumpur telah menjejaskan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur pada malam hari Rabu yang lalu.
Tanah runtuh serta banjir lumpur telah menjejaskan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur pada malam hari Rabu yang lalu.
Tuesday, December 30, 2014
Gambar Suasana Dahsyat Kuala Krai selepas banjir
Kuala Krai kini sesudah air surut. Sebahagian tempat masih lagi dilanda banjir yang menunjukkan keadaan air menenggelami rumah sehingga mencecah ke aras bumbung.
Betapa besarnya kuasa alam yang Allah turunkan melalui air bah sehingga meranapkan kebanyakan rumah-rumah, memusnahkan harta benda serta menerbalikkan kereta dan jentera-jentera berat.
Keadaan yang sungguh menyedihkan, tidak ubah seperti dilanda Tsunami yang menjadikan beberapa kampung berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Ia menginsafkan kita, supaya kita tidak memandang ringan bahaya arus air ketika musim banjir.
Tinggalkanlah rumah dengan segera jika air naik mendadak, selamatkan apa yang perlu sahaja. Sesungguhnya nyawa kita adalah lebih utama daripada himpunan harta benda. Semoga mangsa-mangsa yang terlibat dicurahkan rezeki yang melimpah ruah setelah diuji dengan musibah dahsyat seperti ini.
Betapa besarnya kuasa alam yang Allah turunkan melalui air bah sehingga meranapkan kebanyakan rumah-rumah, memusnahkan harta benda serta menerbalikkan kereta dan jentera-jentera berat.
Keadaan yang sungguh menyedihkan, tidak ubah seperti dilanda Tsunami yang menjadikan beberapa kampung berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Ia menginsafkan kita, supaya kita tidak memandang ringan bahaya arus air ketika musim banjir.
Tinggalkanlah rumah dengan segera jika air naik mendadak, selamatkan apa yang perlu sahaja. Sesungguhnya nyawa kita adalah lebih utama daripada himpunan harta benda. Semoga mangsa-mangsa yang terlibat dicurahkan rezeki yang melimpah ruah setelah diuji dengan musibah dahsyat seperti ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)












































