Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

Awas! Kedah haramkan 15 perkataan bagi bukan Islam.



Kedah akan mewartakan 15 perkataan ekspresi dalam Islam yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam samada dalam bentuk cetakan ataupun pengucapan umum (ceramah).

Keputusan kerajaan Kedah sangat bertepatan bagi memelihara kesucian Islam yang sebelum ini banyak perkataan-perkataan dalam Islam sering digunakan oleh DAP bagi meraih sokongan orang-orang Islam yang pro-PR kepada parti itu, kononnya mereka adalah mesra Islam.

Antara perkataan tersebut ialah;
  1. Assalamualaikum 
  2. Insyaallah
  3. Allahu Akbar
  4. Subhanallah
  5. Alhamdulilah
  6. Lailahaillallah
  7. Masyaallah
  8. Astagfirullahalazim
  9. Auzubillahi
  10. Walillahilhamd
  11. Watallahi
  12. Tabarakaallah
  13. Wallahi
  14. Wabillahi
  15. La haula Walaquata lllabillahilaliyil Azim
Artikel lengkap http://www.kedahnews.com/2014/11/kedah-senarai-15-perkataan-larangan.html

Larangan ini bakal berkuatkuasa di Kedah setelah Enakmen 1988 dipinda bagi memelihara kesucian Islam daripada diserang di pelbagai sudut. Penulis percaya dengan pengukuhan undang-undang begini akan menyekat segelintir ahli DAP daripada mempergunakan Islam untuk kepentingan parti mereka.

Antara contoh yang kita perlu elak di masa depan ialah pengucapan yang pernah berlaku sebelum ini seperti yang kita lihat dalam rakaman di bawah;

<

Terdapat dua jenis manusia apabila menggunakan ayat-ayat Al Quran dalam ucapan umum di hadapan umat-umat Islam (majoritinya penyokong PAS) seperti ini.

  • orang bukan Islam yang membaca ayat Al-Quran
  • orang bukan Islam yang membacakan ayat Al-Quran.

Lebih menyedihkan, terdapat bijak pandai agama dalam PAS yang tidak tahu membezakan di antara keduanya malah menyokong penggunaan ayat-ayat suci oleh bukan Islam.

Dunia sekarang sudah terbalik. Yang kita lihat, para ulama dan mufti diperlekehkan, sedangkan orang bukan Islam dimuliakan malah disokong apabila membacakan ayat-ayat suci kepada orang Islam walhal dia sendiri tidak mahu beriman dengan ajaran Islam.

Apa yang dibuat oleh kerajaan Negeri Kedah adalah tepat. Langkah pencegahan perlu dibuat daripada awal. Peribahasa Melayu mengatakan, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekecil mana pun pintu perpecahan harus ditutup agar tiada lagi ruang untuk musuh-musuh Islam merosakkan perpaduan ummah yang terjalin di negara kita.


Wallahualam.

Wednesday, November 12, 2014

Menggerunkan! Puting Beliung melanda Kedah lagi..Gambar dan Video



Ribut puting beliung seakan menjadi kebiasaan di Kedah sejak kebelakangan ini. Setengah jam tadi berlaku sekali lagi ribut puting beliung di Kampung Sungai Nona, Kuala Sala, Kedah.

Beberapa rumah di Parlimen Kuala Kedah dan DUN Pengkalan Kundor telah rosak akibat bencana alam ini. Pokok-pokok besar banyak yang tumbang.

Semoga Allah melindungi mangsa-mangsa di sana. Diharap kejadian di Kedah ini tidak dipolitikkan memandangkan penduduk kampung ini adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PAS.






Sumber gambar dipetik daripada http://khairulryezal.blogspot.com/

Monday, November 4, 2013

Terkini PRK Sg. Limau - kempen ganas PAS

Inilah akhlak kepimpinan parti yang kononnya hebat sangatlaph Islam mereka. Tapi akhlak tak macam orang yang waras.

Gambar di bawah menunjukkan seorang wanita petugas jentera BN yang cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat dibaling dengan batu bata. Kejadian dipercayai dilakukan oleh ahli PAS yang taksub mungkin oleh orang PAS daripada luar.



Sumber menyatakan ahli PAS tempatan sudah tidak sependapat lagi dengan PAS dari luar kawasan DUN. Ini disebabkan oleh rasa tidak puas hati mereka terhadap campurtangan DAP yang  mengawal serta menyusun pergerakan kempen PAS sedangkan calon yang bertanding melibatkan kawasan majoriti Melayu dan Islam.

Bagaimana agaknya keadaan sekiranya Pakatan Rakyat jadi pemerintah agaknya.. belum apa-apa lagi telur mereka sudah digenggam oleh cina DAP. Di mana silapnya? Tanyalah pada Mat Sabu...

Tuesday, October 29, 2013

PRK Sg. Limau - Gambar edit PAS



Akhirnya PAS terpaksa mengaku pihaknya telah meng'edit'kan gambar sehingga memalsukan pertemuan antara Allahyarham dan calon PAS Sg.Limau. Peliknya Pengarah Operasi PAS PRK Sg. Limau hanya akan berbincang dengan kawan-kawan, bukannya berbincang dengan Jawatankuasa PAS Pusat tentang bentuk tindakan yang akan diambil berikutan pemalsuan gambar itu.

Jika gambar edit menjadi darah daging PAS dalam kempen PRK, maka usahlah nak mencipta seribu satu alasan mengapa perlu sesuatu gambar perlu diedit sebelum dilepaskan oleh Media PAS untuk tatapan umum.


Petikan dari Media tempatan;
 
YAN: PAS Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya adalah gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar berkenaan bukan asli dan PAS langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada,"

kata Pengarah Operasi PAS bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media, di sini.

Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

Beliau juga mengaku lazimnya sebelum bahan kempen dicetak, pereka grafik akan menyerahkan contoh profil kepada mereka untuk diedit dan ditambah baik sebelum diserah semula bagi tujuan pencetakan.
Katanya PAS Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan kempen PAS, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, berkata: "Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita."

Sinar Harian dalam laporan muka depannya hari ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK DUN Sungai Limau.
Laporan itu juga menyatakan Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar berkenaan memihak kepada mana-mana parti politik.

Sementara itu, Ketua Biro Edisi Utara Sinar Harian, Mohd Idros Mohd Ali yang merupakan seorang daripada dua pemberita kanan di dalam gambar tersebut, berkata adalah penting bagi akhbar berkenaan menjaga kredibilitinya sebagai media yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Kita nak mengekalkan kredibiliti akhbar yang sentiasa dijaga sebelum ini.Gambar ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa kita menyebelahi satu pihak sahaja," katanya kepada Bernama.

Katanya Sinar Harian menyerahkan kepada pembaca untuk menilai kenyataan yang dibuat oleh PAS hari ini.
PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azam dan calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim. - BERNAMA