DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada Pakatan Rakyat berikutan keputusan PAS yang menetapkan pendirian dengan tegas untuk melaksanakan hudud di negeri Kelantan.
Agak pelik kerana DAP Pusat masih lagi bertarik tali akan bentuk tindakan terhadap PAS dalam Pakatan Rakyat, tetapi DAP Sarawak melalui pengerusinya, Chong Chieng Jen dilihat telah mendahului kepimpinan partinya sendiri.
Di sini apakah DAP pusat dengan DAP Sarawak adalah dua parti yang tidak sama?
Atau
Adakah DAP Sarawak bukan Pakatan Rakyat sementara DAP Pusat adalah gabungan Pakatan Rakyat?
Atau
Adakah ahli-ahli DAP Sarawak tidak tertakluk pada peraturan dan perlembagaan parti serta bebas membuat keputusan atas nama parti tanpa perlu merujuk kepada kepimpinan pusat?
Atau
Parti DAP memang jenis boleh ikut main suka-suka cakap, asal lawan tetap lawan dengan BN Sarawak?
Integriti parti adalah penting. Penting dilihat mempunyai susunan dalam kepimpinan. Kalau sebelah Utara kata 'kita' dalam Pakatan Rakyat, sebelah Timur sepatutnya kena ikut keputusan parti pusat. Ini seolah gabungan DAP-PR dianggap tidak sah di Sarawak sebaliknya digunapakai di Semenanjung Malaysia. Nampak seperti DAP ada dua parti yang berlainan ketua. Begini keadaannya jika jadi pemerintah kerajaan, robohlah Malaysia..
Kesimpulannya, DAP hanya alat untuk meraih undi bagi menentang BN di Sarawak. Ia bukan kerana prinsip atau atas dasar perjuangan parti yang dilaung-laungkan dan sudah tentu ia sama sekali bukan untuk perjuangan membela nasib masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.
Ubahlah sekarang!
-Sarawakianmarks
DAP Sarawak Keluar Pakatan Rakyat Sarawak
KUCHING, 27 Mac (Bernama) -- DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.
"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.
"Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.
Chong, yang juga anggota Parlimen Kuching MP dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, berkata resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.
Sementara itu, PAS Sarawak berkata ia menghormati keputusan DAP Sarawak untuk keluar daripada PR Sarawak.
Ketua Penerangannya Andri Zulkarnaen Hamden berkata beliau hairan dengan tindakan DAP Sarawak yang disifatkannya drastik dan merugikan.
"DAP Sarawak tahu undang-undang serta pluralisasi pelbagai etnik Sarawak tidak memungkinkan hudud dilaksanakan di negeri ini," katanya.
Katanya PAS Sarawak menyokong penuh keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu. - Bernama
Friday, March 27, 2015
Wednesday, March 25, 2015
Dewan Rakyat - Ucapan Dato' Fadillah Yusof berkaitan isu-isu yang dibangkitkan kepada JKR
Ucapan penggulungan oleh Ahli Parlimen Petra Jaya merangkap Menteri Kerja Raya. Dato' Hj Fadillah Yusof di dewan rakyat.
Ada beberapa isu yang disentuh dalam ucapan beliau dengan penjelasan seperti dalam 'point-point' yang dipetik penulis di bawah. Antaranya ;
- Isu Jalan Persekutuan.
- Isu pengambilan tanah untuk projek membina jalan baru di Kg. Banggol Donas, Kuala Terengganu. (No.9 - 10)
- Isu kesesakan dari Teluk Likas ke Indah Permai melalui Jalan Sulaman, Kota Kinabalu (No.12)
- Status pelaksanaan projek Jalan Tuaran – Kudat (No.14)
- Status projek membaiki keruntuhan cerun berhampiran Jalan Lapangan Terbang Tawau. (No.16)
- Status projek jalan Pan Borneo (No.19 - 20)
- Isu Projek KIDEX (No.21 - 25)
- Isu jajaran lebuh raya DASH (No.26 - 28)
- Isu kualiti jalan Lebuhraya Pantai Timur, Fasa 2 Negeri Terengganu / LPT2 (No.29 - 31)
- Penjelasan Projek Kerajaan yang dikategorikan sakit atau terbengkalai (No.21 - 35)
- Isu agihan kontrak-kontrak kecil Kerajaan (No.36 - 38)
- Isu status pembinaan Rumah Kekal kepada mangsa banjir. (No.39 - 42)
- Isu kos per katil hospital awam yang dilihat amat tinggi (No.43 - 45)
- Sarawakianmarks
UCAPAN PENGGULUNGAN Y.B. MENTERI KERJA RAYA PERBAHASAN KE ATAS USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA YANG DIPERTUAN AGONG DI DEWAN RAKYAT
24 MAC 2015
PENDAHULUAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan turut menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Segala cadangan, pandangan dan teguran mengenai isu-isu yang dibangkitkan itu amatlah dihargai dan akan diberikan perhatian oleh kementerian ini.
ISU JALAN PERSEKUTUAN
Tuan Yang Di-Pertua,
2. Dalam sesi perbahasan yang lalu, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan pelaksanaan projek Jalan Persekutuan. Antaranya Ahli Yang Berhormat dari LABUAN yang merayu supaya Kerajaan mempertimbangkan semula dan memberi keutamaan terhadap cadangan projek membina dan menaik taraf jalan raya di Pulau Labuan dalam senarai projek RMKe-11 (2016 – 2020). Perkara ini sememangnya diambil maklum oleh kementerian ini.
3. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat telah sedia maklum penetapan untuk membina dan menaik taraf jalan-jalan utama di negara ini dibuat berasaskan kepada Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau HNDP.
Walaupun dokumen HNDP ini dianggap sebagai sumber rujukan utama bagi membangunkan sistem rangkaian jalan raya di negara kita, namun ia tidaklah sebegitu ‘rigid’, sebaliknya ia digunakan sebagai garis panduan untuk tujuan perancangan Kerajaan sahaja.
4. Hakikatnya hanya lebih kurang 60% sahaja projek-projek jalan raya dalam RMKe-10 ini mengikut rekomendasi HNDP, manakala 40% lagi tiada dalam perancangan asal HNDP.
Dengan perkataan lain, di samping dokumen HNDP, kementerian ini turut mempertimbangkan permintaan projek-projek baru yang tidak tersenarai dalam HNDP dari Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan atau pemimpin-pemimpin setempat.
5. Dalam konteks untuk Labuan, Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan kepada Agensi Pusat bagi melaksanakan 7 projek baru pada RMKe-11 ini.
Projek-projek tersebut ialah Menaik Taraf Jalan Pohon Batu ke Panchur Hitam (Fasa 2); Jalan Nagalang ke Tg. Taras; Jalan Kinabenuwa ke Rancha Rancha; Jalan Tg. Aru ke Nagalang; Jalan Sg. Bedaun ke Jalan Kinabenuwa; Jalan Mohd Salleh ke Pancur Hitam; dan membina jalan baru dari Taman Pearl ke Rancha Rancha.
Selain cadangan jalan persekutuan di bawah bidang kuasa kementerian ini, Yang Berhormat juga boleh menggunakan saluran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) untuk menambah baik perkhidmatan rangkaian jalan raya di pulau Labuan.
6. Ahli Yang Berhormat dari JASIN pula meminta Kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan fasa kedua dan ketiga projek menaik taraf jalan Bemban – Jasin – Tangkak.
Kementerian ini mengambil maklum tentang kepentingan pelaksanaan projek ini berikutan fasa pertama dan fasa keempat projek berkenaan telah disiapkan pada tahun 2012 lalu. Sehubungan itu, cadangan fasa kedua dan ketiga projek ini akan dipohon untuk dilaksanakan dalam tempoh RM Ke-11.
7. Ahli Yang Berhormat dari JERANTUT pula meminta kementerian ini mengambil tindakan yang lebih tegas berkaitan kelewatan pelaksanaan projek menaik taraf Jalan Benta – Jerantut – Maran.
8. Untuk makluman Ahli yang Berhormat, pelaksanaan projek ini mengalami kelewatan berikutan terdapat 2 kontrak projek berkenaan terpaksa ditamatkan pada tahun 2009 dan 2010 lalu. Berikutan itu, kementerian ini telah mengemukakan permohonan kepada Agensi Pusat untuk melantik kontraktor yang baru.
Namun kelulusan peruntukan yang diterima daripada Agensi Pusat adalah terhad dan mencukupi untuk menggantikan 8 unit jambatan serta membaiki struktur jalan di lokasi tertentu sahaja. Projek ini telah diberikan keutamaan yang tinggi oleh pihak kementerian dan Kerajaan Negeri untuk kelulusan RMKe-11.
Tuan Yang Di-Pertua,
9. Ahli Yang Berhormat dari KUALA NERUS pula membangkitkan isu pengambilan tanah untuk projek membina jalan baru di Kg. Banggol Donas, Kuala Terengganu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek membina jalan baru itu ialah sebahagian daripada skop Projek Membina Jalan dan Jambatan dari Jeram ke Kampung Tok Kong ke Bukit Guntung, Kuala Terengganu. Ia merupakan projek Kerajaan Negeri Terengganu yang diselia oleh JKR Negeri. Pada masa kini kemajuan keseluruhan projek tersebut telah 90% siap.
Namun ia telah tertangguh sejak bulan Oktober 2013 yang lalu berikutan injunksi mahkamah yang difailkan oleh beberapa orang penduduk yang membantah proses pengambilan lot tanah di Kg. Banggol Donas, Kuala Terengganu.
10. Untuk makluman Ahli yang Berhormat, kementerian ini baru sahaja dimaklumkan oleh Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu bahawa Mahkamah Rayuan pada 11 Mac 2015 yang lalu telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Jun 2014, iaitu menolak dengan kos bantahan penduduk terlibat. Ini bermakna mengikut prosedur undang-undang, pelaksanaan projek untuk kepentingan awam itu akan dapat disambung semula dalam tempoh masa yang terdekat ini.
11. Ahli Yang Berhormat dari SEPANGGAR pula membangkitkan cadangan pembinaan jejambat yang baru sebagai laluan ketiga di Jalan Tuaran – Inanam, Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pembinaan jejambat tersebut telah sedia termasuk dalam skop projek menaik taraf Jalan Lintas, Kota Kinabalu (Fasa 1) yang kini sedang dalam peringkat pembinaan.
12. Mengenai isu kesesakan dari Teluk Likas ke Indah Permai melalui Jalan Sulaman, Kota Kinabalu – untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari SEPANGGAR – berdasarkan kepada Pelan Induk HNDP Fasa 2 untuk Sabah dan Sarawak, kementerian ini telah mengenal pasti 2 projek untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut iaitu seperti berikut:
i. Menaik taraf Jalan Sulaman / UMS, Kota Kinabalu termasuk membina 3 persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan King Fisher, persimpangan Jalan UMS dan persimpangan Jalan Sepanggar (Indah Permai); dan
ii. Menaik taraf Jalan Lintas, Kota Kinabalu Fasa 2, termasuk membina 3 persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan Pintas Penampang, persimpangan Jalan Lido dan persimpangan Lintas Plaza.
13. Kedua-dua projek ini telah dipohon untuk kelulusan RMKe-11. Walau bagaimanapun pelaksanaan kedua-dua projek ini masih tertakluk kepada kelulusan RMKe-11 yang dijangka akan diketahui pada bulan Jun 2015 ini.
Tuan Yang Di-Pertua,
14. Ahli Yang Berhormat dari KALABAKAN pula telah membangkitkan status pelaksanaan projek Jalan Tuaran – Kudat sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini.
15. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kajian Kemungkinan projek berkenaan telah disiapkan pada bulan Februari 2014. Skop projek ini melibatkan pembinaan jalan 4 lorong 2 hala sepanjang 100 kilometer dengan reka bentuk piawaian JKR R5.
Walau bagaimanapun projek ini akan dilaksanakan secara berfasa berikutan ia melibatkan kos yang tinggi, iaitu dianggarkan 1.75 bilion ringgit. Kementerian ini telah memohon kelulusan Agensi Pusat untuk melaksanakan reka bentuk terperinci dalam RMKe-11. Manakala pelaksanaan projek ini akan dimulakan setelah proses reka bentuk terperinci disiapkan kelak.
16. Ahli Yang Berhormat dari KALABAKAN juga telah membangkitkan mengenai isu status projek membaiki keruntuhan cerun berhampiran Jalan Lapangan Terbang Tawau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja pembaikan cerun di KM245.4 Jalan Tawau – Sandakan itu telah dimulakan pada bulan Mei 2014 yang lalu.
Projek dengan harga kontrak 5 juta ringgit itu telah mencapai kemajuan hampir 80% dan ia dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Mei 2015 ini.
Tuan Yang Di-Pertua,
17. Isu berhubung dengan inovasi penggunaan getah dalam teknologi pembinaan jalan di negara ini telah disentuh oleh Ahli Yang Berhormat dari SEKIJANG. Kementerian ini mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat itu. Sememangnya tidak dinafikan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini pernah menggunakan getah sebagai campuran dalam turapan aspal di negara ini.
Teknologi getah sebagai campuran aspal ini sebenarnya telah dilaksanakan JKR untuk jalan-jalan seperti berikut, iaitu Jalan Kuala Lumpur – Seremban (Batu 17 – 18), dan Jalan Kuala Lumpur – Bentong (Batu 141/4 - 141/2) pada tahun 1968; Jalan Pelabuhan Klang (1988); Jalan Rembau – Tampin (1993); Jalan Pekeliling KLIA (1995) dan Jalan Kuantan – Gambang (2003).
18. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sememangnya mengambil maklum mengenai teknologi mesra alam seperti penggunaan getah asli dalam industri pembinaan jalan. Sehubungan itu melalui kerjasama antara kementerian ini dan Lembaga Getah Malaysia (LGM), kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mewujudkan Memorandum Persefahaman (MOA) bagi mengkaji penggunaan getah dalam campuran aspal.
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti prestasi dan mengkaji keberkesanan penggunaan getah untuk turapan jalan. Diharapkan melalui kerjasama ini akan dapat membantu meningkatkan penggunaan getah asli atau ‘cup lump rubber’ dalam industri pembinaan jalan, sekali gus membantu untuk menstabilkan harga getah di pasaran.
ISU STATUS JALAN PAN BORNEO
Tuan Yang Di-Pertua,
19. Ahli Yang Berhormat dari SIPITANG dan TUARAN telah membangkitkan mengenai status pelaksanaan projek Jalan Pan Borneo yang akan dilaksanakan secara penswastaan, khususnya di negeri di Sabah.
20. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, skop pelaksanaan dan butir-butir terperinci mengenai baki Jalan Pan Borneo yang belum dibina atau dinaikkan taraf akan dimuktamadkan setelah perjanjian konsesi ditandatangani antara syarikat konsesi dan Kerajaan.
Pada masa kini cadangan penswastaan Jalan Pan Borneo untuk negeri Sarawak sedang dalam peringkat akhir rundingan dan ia dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat ini. Manakala untuk negeri Sabah pula, ia masih sedang dalam peringkat rundingan awal dengan
Kerajaan Negeri dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Rundingan tersebut turut mengambil kira isu berkaitan penglibatan kontraktor tempatan dalam pelaksanaan projek berkenaan.
ISU BERKAITAN LEBUHRAYA
Tuan Yang Di-Pertua,
21. Ahli Yang Berhormat dari PETALING JAYA SELATAN telah membangkitkan mengenai isu pembatalan pembangunan projek Lebuhraya Kinrara – Damansara (KIDEX) oleh Kerajaan Negeri Selangor dan meminta Kerajaan Pusat menghormati pendirian Kerajaan Negeri itu.
22. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perjanjian konsesi projek Lebuh Raya KIDEX telah ditandatangani antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi pada 15 November 2013.
Sebelum perjanjian ditandatangani, cadangan projek tersebut telah dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) dan ia telah menerima kelulusan bersyarat pada 23 Februari 2012.
23. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Pusat telah memastikan pihak syarikat konsesi mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan pihak Kerajaan Negeri. Ini termasuklah hasil laporan penilaian impak lalu lintas (TIA), penilaian impak alam sekitar (EIA) dan penilaian impak alam sosial (SIA) yang telah dikemukakan kepada pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 7 Julai 2014 dan 26 Januari 2015.
Di samping itu, kementerian ini menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi juga telah mengadakan sesi ‘engagement’ yang dibuat secara berterusan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan dan persatuan penduduk yang terlibat.
24. Namun demikian permohonan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan dokumen perjanjian konsesi termasuk kadar tol tidak dapat dipenuhi. Ini kerana ia melibatkan aspek ‘confidentiality’ atau kerahsiaan di mana ini memerlukan persetujuan daripada kedua-dua pihak untuk mendedahkan perjanjian tersebut.
Di samping itu, cadangan pendedahan perjanjian tersebut memerlukan kelulusan bagi maksud pengklasifikasian daripada Jemaah Menteri, iaitu selaras dengan klausa yang terdapat perjanjian berkenaan.
Perjanjian KIDEX ini juga masih belum dikuatkuasakan (‘activate’) kerana syarikat konsesi belum memenuhi semua prasyarat atau ‘condition precedent’ yang telah ditetapkan.
25. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek KIDEX ini merupakan sebahagian daripada skim perancangan jangka panjang Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang, di samping pelaksanaan projek MRT yang sedang dan akan dibina.
Cadangan pelaksanaan projek KIDEX ini perlu dilihat secara holistik di mana ia bukan sahaja akan mengurangkan masalah kesesakan trafik, tetapi juga ia memberikan manfaat dan kesan limpahan sosioekonomi kepada Kerajaan Negeri dan juga negara secara keseluruhan.
Ia juga menepati dasar Kerajaan Pusat untuk mengimbangi perancangan dan pembangunan Greater Kuala Lumpur – Lembah Klang pada masa hadapan dengan mengambil kira pandangan majoriti rakyat.
26. Ahli Yang Berhormat dari SUBANG pula telah mendesak supaya Kerajaan meminda jajaran projek Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH), khususnya di kawasan Damansara Perdana dan Mutiara Damansara.
27. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jajaran lebuh raya DASH telah beberapa kali dipinda dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Di samping itu beberapa siri penerangan mengenai projek ini juga telah diadakan dengan persatuan penduduk dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), termasuk memberikan maklumat berkaitan laporan penilaian impak projek.
28. Hampir keseluruhan jajaran DASH ini disokong oleh majoriti pengguna, kecuali untuk jajaran di kawasan Damansara Perdana sahaja yang menerima bantahan. Sehubungan itu kementerian ini telah mengambil kira pandangan semua pihak yang terbabit (persatuan penduduk, NGO) – dan seterusnya kini sedang mempertimbangkan opsyen-opsyen jajaran yang terbaik dari segi aspek teknikal dan juga impak sosioekonomi di kawasan yang terlibat itu.
Tuan Yang Di-Pertua,
29. Ahli Yang Berhormat dari KUALA NERUS pula membangkitkan isu kualiti permukaan jalan yang beralun dan tidak rata di Lebuhraya Pantai Timur, Fasa 2 Negeri Terengganu atau LPT2.
30. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat telah sedia maklum, LPT2 sepanjang 184 kilometer ini telah dibuka secara keseluruhan kepada pengguna pada 31 Januari 2015 lalu. Kualiti turapan di lebuh raya ini secara umumnya adalah baik dan ia mematuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan.
Walaupun begitu kementerian ini telah mengenal pasti beberapa lokasi yang agak beralun atau tidak rata, iaitu di KM276.5, KM280.6 dan KM413.0. Keadaan ini disebabkan jajaran lebuh raya itu dibina di kawasan tanah berpaya yang memerlukan masa untuk proses pemadatan tanah. Masalah jalan beralun itu bukanlah melibatkan kegagalan struktur asas jalan, tetapi ia merupakan satu kecacatan atau ‘defect’ sahaja.
31. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek LPT2 ini masih di bawah tanggungan kerosakan oleh pihak kontraktor yang terlibat. Sehubungan itu pihak kontraktor telah dan sedang mengambil tindakan untuk menurap semula lokasi yang terlibat. Keseluruhan kerja-kerja pembaikan tersebut dijangka akan disiapkan dalam tempoh masa terdekat.
ISU PROJEK SAKIT
Tuan Yang Di-Pertua,
32. Ahli Yang Berhormat dari JERANTUT telah membangkitkan saranan supaya Kerajaan memantau dengan lebih teliti terhadap projek Kerajaan yang dikategorikan sakit atau terbengkalai.
33. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dalam tempoh RMKe-10 ini, JKR terlibat melaksanakan sebanyak 5,076 bilangan projek Kerajaan dengan nilai keseluruhan projek sebanyak 26.8 bilion ringgit.
Daripada jumlah tersebut ialah sebanyak 4,292 bilangan projek atau 84% telah disiapkan, 347 projek sedang dalam peringkat pembinaan dan 437 projek lagi masih dalam peringkat perancangan atau pra pembinaan. Manakala projek yang dikategorikan sebagai Projek Sakit pula berjumlah kurang daripada 1%, iaitu melibatkan 47 bilangan sahaja.
34. Projek Sakit ini merujuk kepada projek yang melebihi tempoh 60 hari atau 20% lewat daripada jadual asal. Kebiasaannya JKR akan mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak bagi Projek Sakit ini setelah mengadakan proses perbincangan dan mengeluarkan surat amaran kepada pihak kontraktor.
Sehubungan itu, projek yang telah ditamatkan itu perlu melalui proses lantikan kontraktor yang baru di mana ia akan mengambil tempoh masa antara 6 bulan hingga 1 tahun sebelum kontraktor yang baru dapat dilantik dan memulakan semula baki kerja.
35. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat jawatankuasa pengurusan projek peringkat pra-pembinaan dan jawatankuasa pengurusan projek peringkat pembinaan yang ditubuhkan secara dalaman oleh Pengurusan Atasan JKR.
Jawatankuasa ini berperanan untuk memantau prestasi projek-projek yang sedang dalam peringkat pra-pembinaan dan peringkat pembinaan dan seterusnya membuat intervensi terhadap isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh projek berstatus lewat jadual supaya ia tidak termasuk dalam kategori Projek Sakit.
ISU AGIHAN KONTRAK-KONTRAK KECIL KERAJAAN
Tuan Yang Di-Pertua,
36. Ahli Yang Berhormat dari SIPITANG telah membangkitkan mengenai dakwaan kontraktor kecil di Sabah yang tersisih daripada kerja kontrak pusat di negeri tersebut. Beliau memberi contoh kerja-kerja mekanikal dan elektrik (M&E) bagi projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, Sabah.
37. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembinaan IPD Sipitang ialah projek Kerajaan Pusat di mana tender untuk projek ini diuruskan oleh Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur. Oleh itu tender untuk kerja-kerja elektrik dibuat oleh Ibu Pejabat JKR secara kaedah ‘Nominated Sub Contractor’ (NSC).
Ia dibuat berasaskan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan bilangan 2 tahun 2013 (2/2013). Iklan tender tersebut telah disiarkan di akhbar-akhbar utama termasuk The Borneo Post, manakala dokumen tender boleh juga dibeli dan diperoleh di Pejabat JKR Kota Kinabalu.
38. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kontrak untuk kerja-kerja elektrik IPD Sipitang tersebut telah ditawarkan dan diawad kepada kontraktor tempatan yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah.
Manakala kontrak untuk kerja-kerja mekanikal pula – iaitu bagi Kerja Sistem Pencegah Kebakaran dan Sistem Penyaman Udara dan Pengudaraan – telah ditawarkan kepada kontraktor yang memberikan nilaian terbaik dan paling kompetitif, iaitu secara meritnya ialah kontraktor dari Semenanjung.
ISU RUMAH KEKAL MANGSA BANJIR
Tuan Yang Di-Pertua,
39. Ahli Yang Berhormat dari KUBANG KERIAN, LIPIS, BALING dan SIPITANG telah membangkitkan mengenai isu status pembinaan Rumah Kekal kepada mangsa banjir.
40. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah menubuhkan sekretariat khas bagi mengurus selia pembinaan dan pembaikan rumah mangsa banjir. Sekretariat ini dibantu oleh dua jawatankuasa kecil, iaitu Jawatankuasa Rumah Kekal yang diterajui oleh Kementerian Kerja Raya dan Jawatankuasa Pembaikan Kerosakan Rumah yang diselaraskan bersama oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
41. Sehubungan itu Kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara telah meluluskan peruntukan sebanyak 174 juta ringgit kepada kementerian ini untuk membina unit-unit rumah kekal dan 40 juta ringgit lagi kepada KKLW untuk pembaikan rumah yang mengalami kerosakan.
Untuk mempercepatkan pelaksanaan projek, Kerajaan telah membenarkan Kementerian Kerja Raya untuk membuat lantikan terus di kalangan kontraktor tempatan kelas G1, G2 dan G3 yang berwibawa dan berdaftar dengan CIDB dengan menggunakan Jadual Kadar Harga semasa JKR.
42. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sehingga 20 Mac 2015 sebanyak 2,185 unit rumah kekal telah dikenal pasti bagi maksud dibina baru, iaitu 1,918 unit di Kelantan, 224 unit di Pahang, 17 unit di Terengganu dan 26 unit lagi di Perak.
Daripada 2,185 unit itu, 1,497 unit atau 68% akan dibina menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat, 573 unit atau 26% di bawah peruntukan Kerajaan Negeri, dan 115 unit lagi atau 5% tidak memenuhi pra-syarat rumah kekal yang ditetapkan.
Pada masa kini 172 unit rumah kekal sedang dibina menerusi peruntukan Kerajaan Pusat manakala 1,070 unit lagi belum dimulakan kerana JKR perlu menunggu maklum balas daripada Kerajaan Negeri mengenai status tapak (tanah ragu status / tiada tanah) bagi mangsa banjir yang terlibat.
ISU KOS PEMBINAAN HOSPITAL AWAM
Tuan Yang Di-Pertua,
43. Ahli Yang Berhormat dari PENGERANG telah membangkitkan isu kos per katil hospital awam yang dilihat amat tinggi, iaitu 1 juta ringgit per katil dan meminta Kerajaan untuk mengkaji cadangan mengurangkan kos berkenaan.
44. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JKR telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan bagi meneliti aspek-aspek yang membezakan kos pembangunan hospital awam dan hospital swasta di negara ini.
Berdasarkan kajian tersebut didapati kos per katil hospital awam lebih tinggi berbanding kos per katil hospital swasta disebabkan faktor-faktor berikut:
i. Perkhidmatan yang disediakan di hospital awam adalah lebih komprehensif selaras dengan keperluan penduduk setempat dan juga untuk menangani wabak penyakit seperti denggi di mana ia memerlukan ruang yang lebih besar;
ii. Hospital awam menyediakan semua jenis perkhidmatan untuk memudahkan pesakit mendapatkan rawatan. Sebaliknya hospital swasta tidak menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu di mana ia diperoleh secara sumber luaran atau ‘outsourcing’;
iii. Piawaian sistem kejuruteraan dan peralatan perubatan yang dipasang di hospital awam mempunyai tahap kualiti, keselamatan dan daya tahan yang tinggi bagi menampung bilangan pesakit yang ramai; dan
iv. Hospital awam turut menyediakan kemudahan latihan bagi tujuan pembangunan kerjaya untuk setiap lapisan anggota perkhidmatan.
45. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan daripada masa ke semasa sentiasa memperhalusi kaedah untuk mengurangkan kos pembinaan hospital awam, iaitu melalui kajian semula konsep reka bentuk yang lebih ringkas dan optimum tanpa menjejaskan standard keperluan dan ‘funcionality’ hospital.
HAL-HAL LAIN
Isu Pengasingan Pentadbiran JKR Daerah Sik dan Kuala Muda
Tuan Yang di-Pertua,
46. Akhir sekali, Ahli Yang Berhormat daripada SIK sekali lagi telah membangkitkan mengenai cadangan pemisahan pentadbiran JKR Daerah Sik/Kuala Muda, Kedah.
47. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah telah mengemukakan kertas cadangan penstrukturan semula Jabatan Kerja Raya (JKR)
Negeri Kedah kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada bulan Ogos 2014. Cadangan penstrukturan semula tersebut termasuklah permohonan untuk mengasingkan entiti pentadbiran antara JKR Daerah Kuala Muda dan Daerah Sik.
Perkara ini sedang dalam peringkat pertimbangan pihak JPA. Oleh itu, kementerian ini menerusi Ibu Pejabat JKR bersedia untuk mengisi perjawatan pegawai dan kakitangan yang terlibat jika permohonan oleh Kerajaan Negeri tersebut diluluskan JPA.
PENUTUP
Tuan Yang di-Pertua,
48. Setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya.
Kementerian ini akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Mana-mana pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diambil perhatian untuk tindakan susulan.
Sekian, terima kasih.
Sunday, March 22, 2015
Video 'Puting Beliung' kecil di Lumut Perak.
Kejadian fenomena alam yang kita panggil 'puting beliung'. Difahamkan rakaman diambil ketika ia sedang berlaku di tapak pembinaan Sapura Kecana di Lumut, Perak petang semalam.
Fenomena seperti in semakin kerap kita lihat berlaku di negara kita dalam skala kecil. Bagaimanapun jangan memandang ringan kuasa alam seperti ini. Mungkin orang kita belum lagi menyedari ancaman yang dibawa olehnya.
Orang Barat yang sudah biasa dengan keadaan ini di tempat mereka sudah tentu akan menjauhkan diri atau berlindung di tempat selamat bukannya mendekatkan diri dengan situasi seperti ini.
Orang Barat yang sudah biasa dengan keadaan ini di tempat mereka sudah tentu akan menjauhkan diri atau berlindung di tempat selamat bukannya mendekatkan diri dengan situasi seperti ini.
Saturday, March 21, 2015
Gambar Mogok Lapar demi Anwar Ibrahim
Fanatik Anwar sudah mula mengganas.. Bukan ganas apa, tapi ganas berlapar... Semua itu dilakukan demi Anwar yang sangat dipercayai.
Jangan lupa, setakat mogok lapar yang entah jujur entah tidak, ada orang yang lebih sanggup dipenjarakan demi Anwar satu ketika dulu. Cuba fikir di pihak mana beliau sekarang dan mengapa?
Difahamkan kumpulan '#kita bangkit kita lawan' yang dipimpin Chegu Sekar ini melakukan mogok bertujuan untuk memohon DYMM memanggil panel rayuan yang dikemukakan oleh keluarga Anwar secepat mungkin dan memohon KDN, pihak Penjara dan Peguam Negara membenarkan Anwar untuk menghadiri sidang Parlimen sementara menunggu pengampuan DYMM.
Rakaman video di bawah..
Beginilah yang kita lihat, seolah-olah memaksa DYMM untuk berbuat sesuatu yang hanya hak atas perkenan baginda sahaja dengan cara sedemikian. Bukankah ini agak keterlaluan?
Kenapa Anwar terlalu istimewa, sehingga Pakatan Pembangkang tidak sedikitpun berupaya untuk mencari penggantinya?
Beruntunglah Anwar jika permintaan mereka diperkenankan, di penjara pun dapat mengikuti sidang Parlimen kemudian yakin akan dibebaskan dengan mendesak DYMM YDP Agong, pada masa yang sama juga berjuang menjatuhkan kepimpinan kerajaan sedia ada.
Sungguh luar biasa. Tapi inilah demokrasi pembangkang di Malaysia..
Jangan lupa, setakat mogok lapar yang entah jujur entah tidak, ada orang yang lebih sanggup dipenjarakan demi Anwar satu ketika dulu. Cuba fikir di pihak mana beliau sekarang dan mengapa?
Demonstrasi ini dilakukan di perhentian bas, di luar kawasan penjara Sungai Buloh tempat Anwar menjalani hukuman. Banner memaparkan gambar Mahatma Gadhi, Aung San Suu Kyi, entah apa kaitan dengan Anwar tidak pula dinyatakan..
Rakaman video di bawah..
Beginilah yang kita lihat, seolah-olah memaksa DYMM untuk berbuat sesuatu yang hanya hak atas perkenan baginda sahaja dengan cara sedemikian. Bukankah ini agak keterlaluan?
Kenapa Anwar terlalu istimewa, sehingga Pakatan Pembangkang tidak sedikitpun berupaya untuk mencari penggantinya?
Beruntunglah Anwar jika permintaan mereka diperkenankan, di penjara pun dapat mengikuti sidang Parlimen kemudian yakin akan dibebaskan dengan mendesak DYMM YDP Agong, pada masa yang sama juga berjuang menjatuhkan kepimpinan kerajaan sedia ada.
Sungguh luar biasa. Tapi inilah demokrasi pembangkang di Malaysia..
Friday, March 20, 2015
Gambar yang sungguh mendukacitakan.. Ceramah solidariti untuk Anwar oleh Wan Azizah lengang!!
Gambar yang dirakam ketika Presiden PKR sedang memberikan sepatah dua kata. Keadaan cukup menyedihkan buat parti PKR yang sememangnya tunggu nak rebah. Tak boleh nak dibayangkan, Anwar tentu menangis dalam penjara jika tahu keadaan ini sekarang.
Rakyat sudah faham, perjuangan PKR tidak lebih hanya untuk kepentingan individu tertentu sahaja.
Mungkin ramai yang lebih seronok menyertai program PAS di Rusila malam tadi. Sementara DAP langsung tidak membantu baik PAS mahupun PKR ketika kedua parti itu memerlukan sokongan.
Dulu kata kerjasama erat bersama Pakatan Rakyat. Iyalah... kerjasama lah sangat..

Thursday, March 19, 2015
Royalti minyak Sarawak - Malaysiakini putar-belit kenyataan Tan Sri Adenan
Kredibiliti penyampaian berita oleh Malaysiakini sudah lama dipersoalkan. Kebanyakannya diputar-belitkan sehingga rakyat menjadi keliru.
Penulis merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkenaan tuntutan royalti minyak sebanyak 20%, iaitu kenaikan daripada 5% yang diberikan oleh Petronas kepada negeri Sarawak ketika merasmikan Persidangan Pekebun Kecil dan Usahawan Komoditi Kebangsaan pagi semalam.
Dalam ucapan Ketua Menteri Sarawak itu, beliau berkata rundingan dengan Petronas "belum berjaya." Belum dapat bersetuju berapa peratusan naik daripada 5 ke 20 %". Itulah yang sebenarnya yang dikatakan oleh Tan Sri Adenan ketika berucap kepada ribuan pekebun-pekebun kecil pagi itu.
Tetapi Malaysiakini melaporkan berita dengan tajuk 'Adnan sahkan rundingan royalti minyak gagal'. Samada pemberita mereka spesis memandai atau jenis yang tidak berapa faham bahasa melayu ataupun mereka sememangnya pekak, berita yang disampaikan seolah-olah mahu melagakan rakyat negeri dengan kerajaan persekutuan.
Dengar betul-betul kenyataan beliau di bawah..
Antara kenyataan Tan Sri Adenan dalam video di atas..,
Adenan Satem telah menegaskan Sarawak tidak akan mengalah dalam tuntutan 20% royalti minyak. "Nyiur Gading tinggi mahligai, ketupat jua berisi inti. Hancur daging tulang berkecai, belum dapat belum berhenti."
Penulis merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkenaan tuntutan royalti minyak sebanyak 20%, iaitu kenaikan daripada 5% yang diberikan oleh Petronas kepada negeri Sarawak ketika merasmikan Persidangan Pekebun Kecil dan Usahawan Komoditi Kebangsaan pagi semalam.
Dalam ucapan Ketua Menteri Sarawak itu, beliau berkata rundingan dengan Petronas "belum berjaya." Belum dapat bersetuju berapa peratusan naik daripada 5 ke 20 %". Itulah yang sebenarnya yang dikatakan oleh Tan Sri Adenan ketika berucap kepada ribuan pekebun-pekebun kecil pagi itu.
![]() |
| Berita Bohong! |
Dengar betul-betul kenyataan beliau di bawah..
Antara kenyataan Tan Sri Adenan dalam video di atas..,
"Rondeng (rundingan) kita dengan Petronas, belum berjaya lah.. belum dapat setuju pasal peratusan 5 sampai 20.. Tapi sementara ya, nya (sementara itu, mereka) beri jaminan 2.1 Billion, bukan million.. Bilion.."
"Satu Bilion seribu Million.. jadi 2 Billion, 2 ribu Million. Mun di-ngkah (jika diletakkan) duit kertas kamek dalam dewan tok penuh ngangkat.. "
"Kontrak (2.1 Billion) khusus untuk kompeni-kompeni urang Sarawak..Kita sik maok urang ngambik minyak kita, ngambik gas kita, kita tengok-tengok jak nangga (lihat). We don't want to be spectator.. we want to be participant.."
Adenan Satem telah menegaskan Sarawak tidak akan mengalah dalam tuntutan 20% royalti minyak. "Nyiur Gading tinggi mahligai, ketupat jua berisi inti. Hancur daging tulang berkecai, belum dapat belum berhenti."
Selangor akan jadi Darul Sampah..
Selangor bakal berhadapan pelbagai masalah. Banyak masalah yang tidak selesai...Mungkin tidak akan selesai pun sampai bila-bila.
Sebelum ini kalut dengan masalah air. Pembinaan loji yang baru untuk menyelesaikan masalah bekalan air dicaturi handalan politikus-politikus Pakatan Rakyat. Hari ini lulus usul, besok boleh batal tanpa alasan yang logik.
Kemudian datang masalah denggi. Tahun 2015 ini saja 17 kematian dilaporkan media dengan peningkatan kes sebanyak 75 peratus.. Secara asasnya nyamuk aedes berpunca daripada pengurusan sampah yang tidak teratur. Masalah sampah yang tidak diselenggarakan dengan baik akan menyebabkan rakyat mengambil jalan mudah membuang sampah di sungai, di bawah pokok, di tempat lain sesuka hati..
Sejak 2 tahun lepas macam-macam persoalan dilemparkan terhadap kerajaan negeri.. Pengurusan sampah kelam kabut, nak uruskan 20,000 tan sampah sehari tidak praktikal dibuat menggunakan lori jenis 1 tan dan kenderaan 4WD sahaja. Dulu PKR kata mereka beli 50 buah lori daripada China dengan kos RM14.5 juta. Mana hasilnya? sampah kian hari kian melambak...
Sekarang kualiti jalan raya pula dipersoalkan secara terbuka. Bagaimanapun. masalah ini tentu akan menjadi perkara biasa. Ada masalah yang lebih besar perlu ditangani PKR - sekat ruang untuk BN merampas kembali Selangor..
Uruskan masalah rakyat bukan satu tugas mudah. Jadi MB yang prihatin tak semestinya kena turun longkang, selongkar lori sampah, sembur racun nyamuk lagi bagai..
Apapun, mungkin inilah yang dimahukan oleh pengundi PR di Selangor. Nak sangat perubahan, tak semestinya daripada buruk menjadi elok, boleh jadi juga daripada buruk menjadi teruk..
Cuba baca di sini..

| Lori sampah PKR? |

| Masalah penyelenggaraan jalan raya dan sampah antara isu yang menjadi perhatian Adun Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mac, 2015. |
Sekarang kualiti jalan raya pula dipersoalkan secara terbuka. Bagaimanapun. masalah ini tentu akan menjadi perkara biasa. Ada masalah yang lebih besar perlu ditangani PKR - sekat ruang untuk BN merampas kembali Selangor..
Uruskan masalah rakyat bukan satu tugas mudah. Jadi MB yang prihatin tak semestinya kena turun longkang, selongkar lori sampah, sembur racun nyamuk lagi bagai..
Apapun, mungkin inilah yang dimahukan oleh pengundi PR di Selangor. Nak sangat perubahan, tak semestinya daripada buruk menjadi elok, boleh jadi juga daripada buruk menjadi teruk..
Cuba baca di sini..
Tuesday, March 17, 2015
Gempar! gambar perhimpunan solidariti untuk Nurul Izzah
PKR dengan lilin tidak boleh dipisahkan.. Asal sahaja ada perhimpunan untuk menunjukkan sokongan atau solidariti mesti ada lilin.
Gambar diambil semasa perhimpunan yang dibuat oleh penyokong PKR di depan lokap tempat Nurul Izzah direman malam tadi. Nurul Izzah sebelum ini ditahan di bawah akta hasutan.
Penahanan Nurul itu bagaimanapun telah mencetuskan kemarahan seramai 500 orang penyokong PKR dari seluruh Malaysia sehingga membuatkan BN dalam dilemma.
Akhirnya rakyat turut sama diheret ke dalam masalah anak beranak yang tidak henti-henti mempolitikkan semua isu untuk melepaskan diri.
Antara yang kelihatan hadir ialah presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, MB Selangor Azmin Ali dan beberapa ahli politik PKR lain.

500 sertai nyalaan lilin sokong Nurul Izzah
500 orang penyokong menyertai nyalaan lilin di luar balai polis Jinjang malam ini sebagai tanda sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditahan di lokap balai itu.
Mereka membawa plakad yang bertulis "Bebaskan Nurul Izzah", "Solidariti Bersama Nurul Izzah" dan "Kita Lawan".
Turut kedengaran ialah laungan kuat "bebas Nurul", "hidup Nurul" dan "Puteri Reformasi".
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba pada jam 9.30 malam dan meluahkan perasaan sedihnya kepada para penyokong yang hadir
"Memang sedih anak diperlakukan sebegitu. Apa salah dia, dia cuma menyuarakan suara hati rakyat.
"Kezaliman tidak akan berkekalan, kita akan kuat dan bersemangat untuk membela rakyat.
"Mungkin malam ini anak saya... tapi percayalah semangat yang ada pada kita akan lawan kezaliman sehabisnya," kata Azizah dalam ucapannya.
Wan Azizah seterusnya membimbing para penyokong melaungkan "lawan tetap lawan, lawan sampai malam".
Adik Nurul Izzah dan anak perempuan keempat Anwar, Nurul ilham turut hadir.
"Biar mereka menahan satu Nurul tapi mereka kena tahu, ada empat Nurul akan terus melawan," laung Nurul Ilham, disambut tepukan para penyokong.
Nurul Ilham berkata, penahanan kakaknya membuatnya sedar bahawa setiap perjuangan mesti ada pengorbanan.
Himpunan turut dihiburkan dengan lagu-lagu gubahan penyanyi muda seperti lagu "suara rakyat", "asal bukan Umno" dan lagu sindiran terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua Pemuda DAP,Teo Kok Seong yang dibebaskan semalam dan turut hadir dalam himpunan malam ini berkata beliau dapat merasai sendiri perasaan apabila dimasuk dalam lokap.
"Kita mahu Nurul dibebaskan segera," katanya.
MP PAS Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap berkata sebagai ahli Parlimen sepatutnya ada "imuniti" atau kekebalan.
Beliau kesal kerana mendakwa hak ahli Parlimen untuk bersuara dalam Dewan Rakyat telah dicabul dengan penahanan Nurul Izzah.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack turut muncul dalam himpunan dan melaungkan "kita mesti lawan balik".
"Kita telah bersama-sama dalam isu Lynas, sekarang kita bersama sekali lagi untuk menentang kezaliman," katanya. - Malaysiakini
Thursday, March 12, 2015
Panas! Terjemahan video Ketua Publisiti DAP yang gelar BN anjing..
Kata orang dia mempunyai pendidikan tinggi.. Ada PhD dengan CGPA 4. Dapat jawatan bagus dalam politik, kemudian diangkat menjadi seorang pemimpin. Kononnya dia dipandang mulia oleh penyokong DAP malangnya akhlak dia tidak lebih daripada seorang budak liar yang baru nak kenal dunia..
Inilah kualiti seorang pemimpin pembangkang yang ada dalam parti di Malaysia. Hari ini kamu gelar orang lain yang tak sealiran politik kamu dengan panggilan 'anjing'.. Andaikata kamu jadi pemimpin dalam kerajaan kamu, kamu nak panggil orang yang kamu tak suka dengan apa?
Kamu ajak orang buat rally #lawantetaplawan kumpul beramai-ramai depan SOGO untuk menyusahkan rakyat. Apa kena mengena rally 307 ini dengan BN makan daging dan Parti kamu pula makan sayur? Atau sebenarnya berjuang untuk orang yang sudah banyak kali 'makan sedap'?
Video 'terbaik' seorang pemimpin DAP tersohor bernama Hew Kuan Yau @ Suparman. Mungkin kerana sudah kebiasaan, cakap-cakap seperti ini tidak lagi menjadi hal baginya. Memang sesuailah dia dapat title PhD (Permanent head Damage)
Nilailah sendiri...

Monday, March 9, 2015
Gambar-gambar berikut menjadi saksi penyokong PR sudah hilang waras
Nampak sangat sudah terdesak tahap kronik.. Semenjak Anwar masuk penjara, penyokong-penyokong PKR seakan tidak mampu berfikir dengan waras sehingga menaikkan gambar Tun Mahatir sebagai pengganti untuk menjadi Ketua Pembangkang. Entah apa rasionalnya..
Dulu bukan main lagi kutuk sampai gelar 'mahafiraun'. Sekarang 'mahafiraun' juga yang mereka mahu sebagai pengganti Anwar.
Apa sudah jadi sebenarnya..? kenapa tidak pilih Tuan Guru Hadi Awang, Mat Sabu, Guan Eng, Kit Siang, Gobind Singh, Wan Azizah, Nurul Izzah atau Azmin sendiri sebagai Ketua Pembangkang?
Nampak sangat mereka nak melaga-lagakan Najib-Tun Mahathir. Ataupun ia petanda bahawa PR memang sudah tiada lagi pemimpin yang boleh dipercayai...?

Kredit gambar kepada https://www.facebook.com/pages/Kelab-Che-Det/165613420193002
Saturday, March 7, 2015
Gambar suram ceramah Solidariti Bersama Anwar di Taman Dato Senu
Ceramah solidariti untuk Anwar bersama Tian Chua dan pemimpin PKR lain pada malam tadi. Tidak kelihatan seorang pun kelibat orang PAS bersama mereka. Kini kita melihat kekuatan PKR melalui kehadiran penyokongnya.. LIVE...
Semakin lama parti ini semakin tenggelam.. akhirnya PKR tinggal pemimpinnya saja.
Suasana dingin, suram dan bosan menyelubungi mereka yang hadir...
Krik.. krik.. krik.. krik......
Thursday, February 26, 2015
Syabas Melayu Pakatan Pulau Pinang! Diskaun 5% bumiputera dilenyapkan..
Bila kita baca blog-blog pro-pakatan, mereka bermati-matian merasionalkan segala keputusan pemimpin DAP dengan segala macam hujah walaupun sebenarnya memakan diri.
Semuanya semata-mata kerana sifat benci kepada UMNO dan juga BN selaku kerajaan yang memerintah. Akhirnya sedikit demi sedikit keistimewaan bumiputera dihakis DAP rasa tanpa segan silu.
BANGI, 25 Feb – Kerajaan DAP Pulau Pinang mula bertindak menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu apabila tidak memberi diskaun lima peratus bagi pembelian tiga kategori rumah khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Ini bermakna Bumiputera yang mahu membeli rumah kos rendah, sederhana rendah dan rumah mampu milik tidak lagi ditawarkan diskaun lima peratus seperti sebelum ini.
Dalam surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Bahagian Perumahan) bertarikh 23 Februari lalu menyatakan bahawa tiada diskaun lima peratus yang diluluskan bagi kaum Bumiputera.
Surat yang dihantar kepada Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang itu mengundang ketidakpuasan hati banyak pihak yang rata-ratanya berpendapatan rendah di Pulau Pinang.
Selain itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang diharapkan dapat memberi penjelasan terhadap 30 peratus kuota Bumiputera yang seharusnya diperuntukkan kepada Bumiputera, sama ada ianya masih terpakai dan wujud.
Sementara itu, sebuah lama facebook boikot barang Cina melaporkan penduduk Pulau Pinang resah dengan tindakan kerajaan DAP itu.
“Saya susah hati sampai sekarang. Saya juga buntu apa tindakan yang perlu diambil kerana sepanjang Gerakan memerintah tidak pula pernah terjadi begini. Saya mengundi DAP kerana ramai kata Cina juga memerintah apa beza?
“Tetapi ini kah balasan DAP terhadap kami? Kami memberi sokongan penuh kerana pada tahun 2012 mereka bersikap baik dengan menunjukkan guru Kafa menerima RM100,” kata Rojahan Ahmad yang mengundi DAP pada PRU-13 lalu.
Bagi Abdul Rahim Hamid, 51, dia mahu kerajaan negeri menyediakan rumah untuknya, tetapi sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang hanya mengatakan “Sila pindah ke negeri Kedah jika mahu rumah ganti”.
Abdul Rahim selaku pengundi Melayu yang menyumbang kepada kemenangan DAP di Bukit Bendera berkata:
“Mana kami mampu beli rumah di sini. Harganya semua dalam RM400k, dulu ada 5% diskaun kira baguslah. Gerakan walau parti Cina pun, tak la sekejam macam ni. Sampai diskaun 5% pun DAP mansuhkan. Saya rasa tertipu dengan slogan ‘ini kalilah’!” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim tidak menyangka kerajaan DAP Pulau Pinang akan berbuat begini.
Jamaludin adalah antara individu yang paling kuat memujuk orang Melayu di sekitar Pulau Pinang untuk mengundi PAS dan DAP.
“Apabila kami semua sudah sebulat suara mengundi DAP, rupanya ini balasan mereka dengan menghapuskan 5% diskaun kami. Parti Gerakan yang memerintah pun tidak sezalim ini,” katanya.
Sumber: ismaweb.net
Friday, February 20, 2015
KIDEX penuhi syarat tapi dibatalkan. Apa masalahnya?
Projek Lebuhraya Kidex penuhi semua prasyarat - Fadillah
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah memenuhi semua prasyarat yang ditetapkan dalam projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX), kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam satu kenyataan, Rabu, beliau berkata semua proses, prosedur dan prasyarat telah dipatuhi dan dikemukakan keseluruhannya kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, yang telah mendapat kelulusan prinsip bersyarat pada 23 Feb 2012 daripada kerajaan negeri.
Penilaian Impak Lalu lintas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar juga telah dikemukakan pada 7 Julai 2014, katanya.
Fadillah berkata Kidex merupakan satu penyelesaian bagi menangani kesesakan lalu lintas kawasan Lembah Klang dan Petaling Jaya, selain beberapa lebuh raya lain yang dicadangkan untuk mewujudkan jaringan jalan raya/lebuh raya dan pengangkutan awam yang lebih sistematik.
"Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan akan merujuk kepada Pejabat Peguam Negara daripada sudut perundangan berhubung keputusan kerajaan negeri Selangor membatalkan projek lebuh raya tersebut bagi mendapatkan input berkaitan undang-undang memandangkan perjanjian konsesi telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan syarikat konsesi," jelasnya.
Fadillah berkata kementerian akan bertemu dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk berbincang lebih lanjut berhubung pembatalan projek Lebuhraya Kidex dan memastikan apa jua keputusan yang dibuat akan memanfaatkan rakyat majoriti.
Isnin lepas, Azmin mengumumkan pembatalan pembinaan projek Lebuh Raya Kidex itu kerana pihak konsesi gagal mematuhi tiga syarat khusus yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga tamat tempoh Sabtu lepas.
Azmin berkata antara syarat yang gagal dipatuhi ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar.
Dalam perkembangan sama, Fadillah berkata Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat konsesi telah mengadakan pelbagai sesi janji temu dengan 76 Persatuan Penduduk dan 172 Rukun Tetangga sejak Ogos 2014, dan sektor swasta serta perniagaan untuk menerangkan cadangan jajaran lebuh raya Kidex di samping mendapatkan maklum balas mereka.
Tambah menteri itu, pameran awam juga telah diadakan di MBPJ dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), diikuti pelaksanaan pewartaan di bawah Rancangan Tempatan MPSJ (Penggubahan 1) 2020 pada 9 Mei 2013.
Fadillah berkata pelbagai sesi perbincangan telah diadakan di antara ahli-ahli Majlis MBPJ, Bahagian Kejuruteraan, LLM dan syarikat konsesi untuk memberikan penjelasan yang menyeluruh mengenai cadangan jajaran Lebuhraya Kidex.
Jelasnya, MBPJ telah melantik Perunding dan Perancang Trafik MDS untuk menilai kesan trafik, kajian destinasi asal, analisis kos faedah dan beberapa aspek berhubung Penilaian Impak Trafik Kidex.
"Laporan itu telah dibentangkan kepada jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan MBPJ pada 21 Jan 2015, kepada ahli-ahli Majlis, dan pada 27 Jan 2015 kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen terlibat.
"Wakil teknikal LLM dalam taklimat tersebut telah mengutarakan pandangan dan penjelasan mereka berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dibangkitkan dalam laporan perunding," jelas Fadillah.
Mengikut laman web syarikat konsesi KIDEX Sdn Bhd, projek bernilai RM2.42 bilion yang dicadang dibina tahun ini bermula dari Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Damansara dan berakhir di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Kinrara.
Lebuh raya itu merangkumi laluan utama sepanjang 14.9km dan susur lebuh raya sepanjang 11.2km dan sebagai sebuah lebuh raya bertingkat sepenuhnya.
Kidex dipercayai mampu memenuhi keperluan penduduk kawasan utara-selatan Lembah Klang selain mengurangkan kesesakan lalu lintas Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sehingga 30 peratus.
Sumber: astroawani
Komen Sarawakian Marks
Satu lagi projek untuk kemudahan rakyat yang dipolitikkan oleh pihak pembangkang.
Sesi Pendengaran awam telah pun dijalankan oleh pihak KIDEX. Mengapa kerajaan negeri Selangor tidak mengadakan pendengaran awam bagi mendengar pandangan pihak yang menyokong perlaksanaan KIDEX?
Jangan tunggu sampai keadaan jadi parah baru tergadah nak rancang jalan penyelesaian seperti yang berlaku pada projek langat 2 sehingga menyusahkan rakyat.
Sama-samalah kita lihat apa alternatif Azmin untuk membantu rakyat terutamanya yang bukan dari golongan elit untuk menyelesaikan masalah kesesakan di Selangor.

Thursday, February 19, 2015
Sambutan dingin rakyat Sarawak terhadap Mat Sabu
Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di Sarawak dalam lawatannya bagi bersama pengundi PAS di Sarawak tidak mendapat sambutan.
Pada pagi tadi bertempat di Perkarangan Gerai, MDB Pekan Pusa, Mat Sabu bersama dengan Penasihat Undang-Undang PAS Sarawak, Ahmad Kerdee telah mengadakan ceramah bagi memperjelaskan isu Anwar Ibrahim.
Mat Sabu dalam ucapannya mengatakan tindakan Anwar Ibrahim dipenjarakan disebabkan konspirasi Barisan Nasional (BN) yang sememangnya mahu menjatuhkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
Di samping itu, Mat Sabu selepas mendapat keterangan daripada PAS Sarawak memberitahu persempadanan 11 kawasan DUN Baru di Sarawak yang dilihat tidak adil dan menguntungkan BN.
Menjadi impian PAS Sarawak untuk terus bertanding di Beting Maro berdasarkan keputusan PRN Sarawak Ke-10 lepas yang hanya kalah tipis kepada calon BN-PBB.
Dalam majlis itu, Mat Sabu telah menyumbangkan sebanyak 6 buah basikal kepada anak-anak di kawasan Beting Maro.
Dianggarkan sekitar 50 orang penduduk sahaja yang hadir dengan kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berumur 50 tahun ke atas yang kebetulan melepak di kedai tersebut. - cetusankenyalang
Tuesday, February 10, 2015
Pendirian Pemuda PBB Negeri Sarawak Berhubung Isu MRSM Yang Dimainkan Oleh Pembangkang.
Sarawak adalah negeri yang sekian lama mempertahankan semangat toleransi yang tinggi antara kaum dan menjadikan keharmonian kaum sebagai teras utama perpaduan di kalangan rakyatnya.
Selain itu, perlu difahami bahawa Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di negata ini. Maka secara langsungnya, panduan MRSM adalah berlandaskan perkara 3 yang tidak langsung menganggu gugat amalan agama lain. Malah belum pernah ada sebarang tindakan drastik dari pihak MRSM sebagaimana yang dikhuatiri oleh pihak pembangkang.
Namun isu tersebut terus dijadikan polemic demi untuk menarik perhatian rakyat oleh pihak-pihak tertentu. Mereka merasakan isu agama atau kaum adalah yang paling mudah laris untuk dijaja, dan mudah mendapat perhatian masyarakat.
Terbaru, isu kemasukan pelajar ke MRSM yang dibangkit agak mengejutkan. Sedangkan sejak ditubuhkan pada 1972, MRSM telah melahirkan lebih 100 ribu graduan yang terdiri dari rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
Bahkan pernah ada pengetua dan timbalan pengetua MRSM yang terdiri dari kaum cina, portugis dan kadazan.
Guru-guru di MRSM juga terdiri dari pelbagai kaum seperti cina, india dan bumiputra bukan islam sabah dan sarawak. Maka tidak wujud isu pengasingan kaum dan agama di MRSM.
Samada pelajar mahupun kalangan guru-guru, mereka semua memahami dan menghormati amalan setiap agama di MRSM. Tidak pernah ada isu seumpamanya selama lebih 40 tahun kewujudan MRSM.
Tidak pernah ada arahan MRSM, untuk menghalang pelajar bukan islam mengamal agama masing-masing didalam batas tertentu.
Hanya Pembangkang yang sengaja mempolemikkan isu kaum dan agama untuk dijadikan propaganda politik mereka.
Sebagai rakyat Sarawak, sepatutnya sama-sama menjaga sensitiviti kaum di negeri ini bukan mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan.
Ini bukanlah kali pertama pembangkang memainkan isu agama dan kaum untuk menarik perhatian rakyat.
Justeri itu, Pergerakan Pemuda PBB negeri Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum berasa kesal dan mengecam permainan politik Pembangkang yang tidak henti-henti menjadikan isu kaum dan agama sebagai alat politik dan menyokong segaka usaha untuk memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan kaum seperti yang telah disarankan oleh YAB Ketua Menteri kita.

Monday, February 2, 2015
Sunday, February 1, 2015
Jambatan Golden Bridge Kuching bukan bahan politiking sampah
Jambatan Golden Bridge yang menghubungkan kampung seberang dengan pusat bandar raya melalui waterfront Kuching bukan untuk laluan kenderaan sebaliknya untuk pejalan kaki bagi mengukuhkan aktiviti ekonomi penduduk kampung serta menggalakkan pelancongan ke kawasan itu.
Projek pembinaan jambatan itu yang menelan belanja sekitar RM35 juta dijangka akan memberi impak yang besar terhadap kegiatan ekonomi penduduk tempatan yang tinggal di kampung-kampung seberang serta menjadi tarikan baru bagi pelancong-pelancong di Bandaraya Kuching.
Pembinaan ini tidak kena mengena langsung dengan agenda politik di negeri Sarawak mahupun kerajaan pusat di Putra Jaya. Rakyat Sarawak sudah matang dengan eksploitasi kebebasan bersuara pembangkang yang hanya mahu merencatkan pembangunan dan kemudahan yang dirancang semata-mata, supaya kerajaan pemerintah dilihat gagal dan korup dalam pentadbirannya.
Suara-suara sumbang politik sampah turut sama kedengaran ketika pembinaan KLCC, Litar Sepang, Putra Jaya, KLIA2 dan sebagainya kononnya ia satu pembaziran, namun lihatlah manfaatnya kepada rakyat sekarang.
Di bawah adalah berita baik buat warga-warga Matang dan sekitar Batu Kawa, kerajaan negeri telah merancang pembinaan jejambat bagi keselesaan pengguna jalanraya terutama ketika waktu puncak ke pusat Bandaraya.
RM145j bina jalan baharu dari Matang ke Batu Kawa
KUCHING: Kementerian Kerja Raya meluluskan peruntukan berjumlah RM145 juta untuk kerajaan negeri membina jalan baharu empat lorong dari Matang (Emart) menuju ke Batu Kawa.
Menteri Pembangunan Infrastuktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, projek tersebut turut melibatkan pembinaan jambatan atau baraj yang akan merentangi Sungai Sarawak bagi menghubungkan laluan alternatif itu.
“Hari ini (semalam) merupakan penetapan tapak bagi pembinaan jalan baharu ini dan akan dilaksanakan selepas perbincangan antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengkaji bentuk jambatan atau baraj yang akan dibina.
“Jalan baharu empat lorong dari Matang ke Batu Kawa berserta jambatan atau baraj ini merupakan fasa pertama di mana projek ini akan disusuli dengan fasa kedua melibatkan kerja-kerja pembinaan jalan dari Batu Kawa ke Jalan Kim Hin,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penepatan Tapak Jalan Baharu Empat Lorong Matang (Emart) ke Batu Kawa di pekarangan parkir kenderaan Pusat Komersial Lee Ling di sini, semalam.
Manyin berkata, selain pembinaan jalan baharu sebagai laluan alternatif kepada penduduk dari kawasan Matang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dan Kuching Sentral, kerajaan turut merancang untuk membina lima lagi jejambat di bandar ini.
“Satu daripada jejambat yang akan kita bina ialah di Bulatan Datuk Kipali yang menghubungkan Matang, Petra Jaya, Jalan Astana dan Satok yang mana telah kita kemukakan kepada pihak kementerian.
“Empat lagi jejambat masing-masing akan kita bina di Jalan Mendu, Batu Lintang, Jalan Keretapi, Rock Road dan di Stutong dengan anggaran kos RM70 juta bagi setiap jejambat.
“Bagaimanapun kos sebenar mungkin lebih rendah berdasarkan kepada jejambat Jalan Song yang hanya menelan perbelanjaan RM48 juta,” ujarnya.
Mengulas mengenai projek itu, ia akan melibatkan jarak sepanjang lapan kilometer (km) bermula dari bulatan Emart Matang menyeberangi Sungai Sarawak ke Stapok dan dihubungkan ke Jalan Stapok Utama.
Dari Jalan Stapok Utama, jalan baharu ini akan dihubungkan ke Jalan Batu Kawa seterusnya ke Jalan Kim Hin menuju ke LTAK dan Kuching Sentral.
Skop kerja melibatkan naik taraf jalan sedia ada iaitu Jalan Matang/Kampung Meroh dan membina jalan baharu pada jarak 1.5 km dari bulatan Emart ke jambatan baharu yang dicadangkan merentangi Sungai Sarawak.
Projek ini turut melibatkan kerja-kerja menaik taraf bulatan Emart kepada persimpangan lampu isyarat, menaik taraf persimpangan lampu isyarat dari Jalan Stapok Utama ke Jalan Batu Kawa serta pemasangan lampu jalan dan lain-lain.
Anggaran projek berjumlah RM145 juta melibatkan kerja-kerja mengenal pasti tapak, pembinaan jalan baharu, menaik taraf jalan sedia ada, membina Jambatan Sungai Sarawak, pampasan tanah, yuran perunding bagi rekaan dan penyeliaan serta lain-lain.
Dalam pada itu, cadangan jalan baha ru ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 pengguna jalan di kawasan ini untuk ke destinasi yang ditujui tanpa perlu melalui pusat bandar.
Turut hadir, Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Datuk Daud Abdul Rahman, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof serta yang lain. - Borneopost
Monday, January 26, 2015
Rotan Sehingga Menyebab Kecederaan Fizikal
25 Januari 2015
KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
ROTAN SEHINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL ATAU EMOSI KEPADA KANAK-KANAK
1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merujuk kepada liputan media berkaitan tindakan merotan anak menjadi kesalahan jenayah yang disiarkan oleh akhbar pada hari ini (25 Januari 2015) berdasarkan sidang media pada 24 Januari 2015 di Shah Alam.
2. Dalam sidang media tersebut, YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi penerangan bahawa cadangan di dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu akan merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC);
ii. Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah);
iii. Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep diversion; dan
iiii. Peruntukan baharu mengenai pelaksanaan deinstitutionalisation.
3. Pada masa ini seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, hukuman sebatan di Mahkamah adalah berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah. Hukuman sebatan di Mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang. Walau bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC Kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut.
4. Selaras dengan cadangan pemansuhan hukuman sebatan di Mahkamah tersebut, Kementerian telah meneliti perlakuan merotan kanak-kanak di kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa ini, peruntukan yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.
5. Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, sebenarnya perbuatan itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu atau kedua-duanya.
6. Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi. Di samping itu, Kementerian juga mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat atau kaunseling atau kursus ke ibubapaan.
7. Selaras dengan amalan konsultasi dan engagement secara berterusan dengan semua stakeholders dan pihak berkepentingan, Kementerian ini akan meneruskan tradisi tersebut dalam penggubalan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak ini.
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 35, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4,
62100 Putrajaya.
No.tel: 03-8323 1087

Friday, January 16, 2015
Syabas Kerajaan Negeri Sarawak
Ramai mengatakan kenapa baru sekarang baru hendak melaksanakannya. Kalau kita sentiasa melihat ke belakang, maka akhirnya kita akan sesat untuk mencari jalan ke destinasi seterusnya. Tahniah kita ucapkan kepada YAB KM Sarawak di atas usaha ini dan marilah kita bersama-sama melihat ke hadapan demi Negeri Sarawak yang tercinta.
http://www.theborneopost.com/2015/01/16/historic-step-against-corruption/
http://www.theborneopost.com/2015/01/16/historic-step-against-corruption/
Sunday, January 4, 2015
Ujian Allah untuk Datuk Seri Najib...
Kepimpinan Najib Razak sedang diserang bukan hanya daripada pembangkang malah dari dari kalangan parti dan pro-UMNO sendiri. Kritikan sepatutnya bukanlah sesuatu yang negatif, ia harus dipandang baik kerana tujuannya ialah untuk memperbaiki kelemahan dalam perancangan atau tindakan terhadap sesuatu keputusan. Namun jika ia diterjemahkan secara melampau, kesannya bukan hanya pada DS Najib sahaja, malah terhadap parti dan pada rakyat yang memilih beliau keseluruhannya.
Sudah fitrah, manusia itu tidak ada yang sempurna. Tentu ada sahaja kelemahan dan kekurangannya. Satu-satunya pemimpin yang sempurna kepimpinannya dalam sejarah peradaban manusia telahpun meninggalkan kita 1436 tahun dahulu.
Apapun, pemimpin yang hidup di zaman kita dalam meneruskan tanggungjawab sebagai seorang ketua negara bukan satu perkara yang mudah. Bukan sahaja di masa kini teknologi dunia multimedia menjadi semakin pintar dan semakin canggih, bahkan iklim politik dan penyebaran maklumat juga menjadi satu ujian kepada sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri.
Kita hidup pada zaman diambang fitnah. Ketika Tun Mahahthir memegang tampuk pemerintahan sebagai PM, akses maklumat dan berita dikawal sepenuhnya oleh media perdana. Tidak wujud medium yang dinamakan facebook, twitter, watssapp dan sebagainya. Tidak ada sentimen politik yang meletakkan seseorang itu berisiko untuk difitnah. Kini, keadaan jauh berubah. Pendek kata, apa sahaja yang PM kita lalui semuanya tertulis buat tatapan rakyat.
Zaman Pak Lah
Ketika Abdullah Badawi menjadi PM, ramai reformis, aktivis NGO, penulis blog, pelajar, anak muda telah menghentam Abdullah Badawi. Pak Lah (nama gelarannya) telah dijadikan bahan gelak ketawa. Beliau turut diperlekehkan, dijadikan ikon PM tidur. Sedihnya yang menyerang beliau pula bukan dari pakatan rakyat sahaja, tetapi orang parti sendiri. Zaman kejatuhan BN dilihat berpunca dari kelemahan sistem pentadbirannya. Beliau dilihat gagal, ramai percaya ia didalangi oleh penyokong-penyokong UMNO sendiri yang mensabotaj 22 DUN dan 14 Parlimen sehingga menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional di empat buah negeri..
Disebabkan tekanan daripada pelbagai pihak, Pak Lah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Datuk Seri Najib kemudian mengambil amanah untuk menggalas tanggungjawab yang sebelumnya disandang Pak Lah. Perlu diingat, keadaan politik dan dunia multimedia sudah berubah. Rakyat sudah semakin terdedah dengan lambakan maklumat daripada pelbagai pihak tidak kira daripada dalam mahupun luar parti, yang sahih hatta yang palsu pun turut sama disebarkan.
Di waktu inilah, kita lihat bagaimana seorang pemimpin diburuk-burukkan supaya kredibilitinya jatuh dan menjadi tidak popular di kalangan rakyat. Datuk Seri Najib pada kali ini menjadi sasaran atas semua isu yang berlaku di negara kita.
Tidak cukup dengan itu, beliau difitnah dan dikaitkan dengan segala amalan yang tidak baik walhal yang menghentam dasar beliau itu tidak pernah mengambil kira kesan positif yang terhasil daripada keputusan yang dibuat beliau.
Banyak keadaan harus dipertimbangkan untuk menjadikan umno sebuah parti yang terus relevan buat semua lapisan masarakat. Menjadi ketua yang bertanggungjawab dalam mencorakkan kepimpinan dengan didokong oleh parti-parti yang kepelbagaian bukan satu tugas yang mudah.
Pepatah melayu mengatakan, 'umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berciciran'.. Cuba nyatakan, jika sesiapa pernah mengaitkan Najib sebagai rasis secara terbuka? Baik kaum melayu mahupun Cina dan India semuanya menyenangi beliau. Beliau menangani keadaan sebaik mungkin di sebalik provokasi kaum dan agama yang semakin menjadi-jadi pada masa kini. Apakah akan berlaku pada negara kita jika pemimpin kita tidak bijak menangani keadaan sedemikian?
MH17, MH370
Mungkin ada di antara yang mengkritik beliau masih belum lupa bagaimana DS Najib mengharumkan nama negara apabila menjadi satu-satunya pemimpin yang berjaya melembutkan pemberontak pro-Rusia di Ukraine dalam penyerahan kotak hitam pesawat MH17 dan jaminan akses ke kawasan medan perang yang mengancam keselamatan pasukan mana-mana negara dalam dunia ini. Diplomasi beliau bagaimanapun berjaya untuk tampil sebagai pihak berkecuali dalam konflik-konflik yang biasanya menuntut pendirian berpihak sebelum memasuki kawasan mereka.
Tragedi MH370 merupakan sejarah hitam negara, namun negara kita berhasil menyatukan dua buah blok, pro-Amerika dan negara Komunis dalam satu kerjasama SAR membabitkan pelbagai jenis aset, teknologi serta kemampuan yang sepatutnya menjadi rahsia bagi negara-negara kuasa besar yang terlibat.
Sehingga kini, belum ada mana-mana negara yang mampu mengetuai operasi yang melibatkan beberapa buah negara sehingga menjadi misi mencari yang terbesar dan termahal dalam sejarah selepas operasi SAR Amelia Earhart pada 1937.
PRU-13 telah membuktikan keberkeasanan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang telah berjaya merampas kembali Perak, Kedah dan Terengganu daripada Pakatan Rakyat. Ini merupakan satu keputusan yang mengejutkan di sebalik Tsunami Pakatan Rakyat dengan gabungan PKR, PAS dan DAP yang ketika itu berada di puncak kebangkitannya.
Menjadi peneraju parti bukan mudah, mengekalkan penguasaan parti juga bukan mudah. Banyak kemungkinan boleh berlaku sekiranya DS Najib gagal dalam tugasnya sebagai Perdana Menteri, kita akan lihat berlakunya ahli-ahli merusuh dalam pemilihan parti, fenomena lompat parti, seperti yang kita lihat seolah-olah menjadi budaya dalam parti pembangkang.
Ujian Allah untuk DS Najib
2015 dijangkakan menjadi tahun yang mencabar buat negara kita dari segi ekonomi, sosial dan lain-lain. Dengan permulaan 2015 yang menguji negara satu demi satu - bencana alam, tragedi kemalangan dalam aviator, mata wang RM yang lemah, penurunan harga petrol dunia dan sebagainya, merupakan antara indikator yang boleh kita jangkakan bahawa ekonomi negara pada tahun ini berada di tahap yang agak sukar.
Pembangunan semula infrastruktur bagi negeri Kelantan yang dilanda bencana banjir teruk, dilaporkan sebanyak RM1 Bilion, belum lagi negeri2 lain yang dilanda banjir termasuk Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan lain2. Sungguhpun pelbagai ujian diberikan Allah bagi menguji rakyat di negara ini, negara kita masih di tahap baik.
Tidak ada tanda-tanda negara mengalami krisis ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 1997. Bagi rakyat yang tidak memahami keadaan semasa, DS Najib yang berperanan sebagai Menteri Kewangan sudah tentu lebih tahu keadaan yang terbaik untuk negara kita.
Tun Mahathir pemimpin disegani oleh rakyat dan masyarakat dunia. Beliau juga digeruni oleh politikus kuasa Barat yang sentiasa memperlekehkan Islam dan kepimpinan di negara kita. Namun setiap pemimpin mempunyai masa dan zaman kemuncaknya sendiri. Beliau yang banyak berjasa kepada negara sehingga dikenali sebagai ikon Bapa Pemodenan negara. Namun demikian, berapa ramaikah kalangan rakyat yang sentiasa menghargai segala hasil usahanya terutama pengkritik-pengkritik media sosial di zaman fitnah sedang berleluasa sekarang? Atau sepatutnya dianggap biasa sahaja untuk menjadi salah seorang daripada mereka?
DS Najib mempunyai kekuatannya tersendiri. Beliau disenangi oleh rakyat dan masyarakat dunia. Setiap hari beliau menyerap segala bentuk kritikan dan serangan peribadi melibatkan diri dan keluarganya demi untuk mengekalkan kepimpinan parti sebagai peneraju dalam pentadbiran negara.
Tidak memadaikah semuanya dikorbankan untuk kepentingan negara, bangsa dan agama kita? Tanyalah pada Pak Lah, sekuat manakah DS Najib sehingga mampu bertahan disebalik satu persatu dugaan menghurungi beliau?
Pada pendapat penulis, biarlah apa orang nak kata. DS Najib ialah pemimpin kita, orang yang kita sendiri amanahkan dengan tanggungjawab dan ujian yang berat seperti ini. Negara kita terus membangun, rakyat tetap hidup dalam sejahtera. Itulah yang paling penting...
Subscribe to:
Comments (Atom)