Thursday, February 11, 2016

Aktivis mati ditembak jarak dekat di Pulau Pinang

Inna Lillahi wa inna ilaihi roji'un

Amin beyond carwash mati di tembak di hadapan kedai motosikal Ducati berdekatan gama. Sebanyak 6 das tembakan.

Arwah antara aktivis yg aktif mempertahankan kampung melayu dan gerai2 melayu yg dirobohkan oleh majlis tempatan seperti MBPP Moga jasa2 arwah akan dikenang oleh orang Melayu.


Al Fatihah.

Sumber: https://www.facebook.com/penangkini/?fref=ts & https://www.facebook.com/penangdaily/




GEORGETOWN - Seorang pengusaha restoran nasi kandar maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam satu kejadian di Jalan Dato Keramat di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang dikenali Syed Amin Jainul Abidin, 46, mati ditempat kejadian selepas terkena lima das tembakan di bahagian kepala, badan dan tangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,Datuk Zakaria Ahmad berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Mercedes dikatakan berhenti di hadapan sebuah kedai selepas menyedari dia diekori dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

Menurutnya, salah seorang suspek dikatakan turun dari motosikal tersebut dan melepaskan enam das tembakan ke arah mangsa.

"Mangsa ditembak dari jarak dekat dan lima das tembakan terkena pada mangsa manakala satu lagi tersasar.

"Suspek juga dikatakan cuba menembak dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia yang bertugas mengawal premis perniagaan berhampiran namun tembakan itu juga tersasar,"katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Zakaria berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif pembunuhan.

Katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berhampiran dengan tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

"Kita akan menyiasat dari semua sudut dan kes akan disiasat mengiukut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Difahamkan, selain mengusahakan restoran nasi kandar, mangsa juga memiliki sebuah pusat mencuci kenderaan di Jelutong.

Mangsa sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lalu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.


P/S: 
Rasanya macam orang sama yang viral kes maki JPJ sebelum ini..




Wednesday, February 10, 2016

Mat Sabu mengamok baling mic

Presiden Parti AMANAH, Mat Sabu yang terbaik...


Begini rupanya ciri-ciri kepimpinan melalui teladan. Baling membaling itu kan small matter bagi pemimpin tertinggi parti.. Nafsu marah melonjak-lonjak tak terkawal.

Parti kamu nak bertanding kerusi DUN di Sarawak. Kami rakyat Sarawak tak pandang politik cara kasar. Dari garang berucap boleh jadi ke bertumbuk.

Pandai DAP jadi perancang. Kamu burukkan parti tempatan, parti AMANAH kamu mahu jadi penggantinya.

Nama saja parti AMANAH rupanya parti AMARAH.



Monday, February 8, 2016

Usul Pindaan OSA - Penjara seumur hidup dan 10 sebatan

Cadangan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan bagi pesalah-pesalah yang membocorkan dokumen atau rahsia negara melalui pindaan akta OSA mungkin amat sesuai bagi mengekang unsur-unsur mensabotaj kestabilan dan kedaulatan negara.

Tidak ada satu negara dalam dunia ini yang membenarkan sesiapa pun dengan sewenang-wenangnya mendedahkan rahsia kerajaan kepada pihak luar dengan tujuan untuk menjatuhkan kepimpinan yang memerintah.

Secara logiknya, peranan pembangkang dalam arena politik negara adalah menegur serta memperbaiki kekurangan mengikut perlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen. Bukannya bersifat politik hatred untuk 'menjatuhkan' atau 'merampas' kerajaan seperti yang diamalkan kini.

Sudah sampai masanya untuk mengekang tindak-tanduk yang melampaui batas sehingga mendedahkan negara kepada rampasan kuasa menggunakan kuasa politik.

Perbuatan membocorkan maklumat rahsia kerajaan yang makin serius boleh menjejaskan keselamatan negara, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak. — Foto Bernama 

Usul ketatkan OSA tanda maklumat bocor kian serius, kata Salleh

KOTA BELUD, 8 Feb — Cadangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 adalah bukti kebocoran maklumat rahsia kerajaan semakin serius, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berpendapat cadangan untuk meminda akta itu bagi tujuan mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara atau kerajaan jelas membuktikan kerajaan serius untuk menangani permasalahan itu.

“Kita bertanggungjawab menentukan amanah diberikan kepada kita itu harus disimpan baik-baik kerana perbuatan (membocorkan maklumat rahsia kerajaan) itu boleh menjejaskan keselamatan negara,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas cadangan peguam negara berhubung perkara itu, di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan dan memetik Mohamed Apandi sebagai berkata beliau sedang menimbang untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia kerajaan dan negara dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.

Peguam Negara berkata beliau melihat kepada kemungkinan mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan untuk pesalah.

Mohamed Apandi juga dilaporkan sebagai berkata wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat yang mereka perolehi juga boleh dikenakan tindakan itu.

Salleh, yang turut bersetuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar mana-mana pihak tidak mempolitikkan keputusan peguam negara itu, berkata kerajaan sudah tentu mengalu-alukan dan akan mendengar pendapat pelbagai pihak sebelum keputusan rasmi dikeluarkan.

“Sudah tentu sebarang cadangan dan pandangan daripada rakyat akan diteliti sebelum sesuatu tindakan diambil, apa yang penting kita tidak harus mempolitikkan isu ini seperti mana ditegaskan timbalan perdana menteri,” katanya.

Mengulas pengamal media akan dikenakan tindakan jika melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat diperolehi, Salleh berkata setiap wartawan di negara ini mesti mempunyai sikap bertanggungjawab dalam melaporkan berita dan mereka tidak seharusnya beranggapan tidak boleh mendedahkan sumber maklumat atas alasan

menjaga etika kewartawanan.

“Kadang-kadang (berita) ini bocor daripada maklumat kerajaan dan ia (kebocoran maklumat) adalah satu kesalahan.

“Jika wartawan melaporkan hal-hal yang salah di sisi undang-undang, maka (secara tidak langsung) wartawan terlibat dengan kesalahan itu,” katanya. — Bernama

Banjir di Matang - Gambar serta bantuan PBB ranting Malihah dan Taman Alamanda

Pusat pemindahan banjir Malihah. Terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat dan PBB Ranting Malihah 1, Malihah 2 dan Alamanda di atas tindakan pantas menyediakan bantuan, bermasak dan lain-lain lagi. Semoga keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini.

Pusat permindahan banjir, Matang Malihah bersama Saudara Fazzrudin A Rahman setiausaha politik Menteri Kerja Raya pada malam tadi.




Update Terkini Banjir Kuching Sarawak - 8 Feb 2016.

Beginilah keadaan terkini banjir di sekitar Matang, Kuching. Keadaan hujan yang tidak berhenti, serta air pasang menjadikan keadaan lebih teruk di beberapa kawasan kediaman. Air naik pada paras pinggang, malah di sesetengah tempat ia melebihi paras dada.

Update dari WhatsApp Admin fb pages Sarawak


Di bawah, ialah keadaan paras air yang mula naik di jalan Matang berikutan hujan dari pagi dan berhenti sekejap kemudian mula hujan kembali. Penduduk yang terjejas sudah mula dipindahkan oleh pasukan bomba dan penyelamat. 


Di bawah, keadaan banjir di Jalan Matang - Daerah Bau. Beberapa warga terputus hubungan berikutan air naik menenggelamkan separuh jalan yang menjadi laluan utama penduduk kampung. 



Terbaru, bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat bencana banjir di Malihah (jam 10.50pm) ialah seramai 1,126 orang daripada 239 keluarga. Kelihatan keadaan dewan penempatan sementara yang agak sesak. 


Turut ditemui bersama ialah setiausaha politik kepada Menteri Kerja Raya, En. Fazruddin Abd Rahman turut sama membantu serta meninjau keadaan beberapa mangsa banjir yang terjejas. 

Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada apa yang lebih merisaukan, selain memikirkan keadaan rumah yang terpaksa ditinggalkan. 


Kredit kepada RTM Sarawak fanpage, Info bencana Sarawak dan Kuching Traffic Info group.

MAKLUMAT TERKINI BENCANA BANJIR NEGERI SARAWAK

TARIKH : 7 FEB 2016
MASA : 2330 HRS

1. PP DEWAN SERBAGUNA TAMAN MALIHA, KUCHING
Tarikh dibuka : 7 Feb 2016
Masa dibuka : 1845 Hrs

Jumlah keluarga : 239
Jumlah mangsa : 1126

2. PP DEWAN SINARAN LUMUT, KG SUNGAI LUMUT KUCHING
Tarikh dibuka : 7 Feb 2016
Masa dibuka : 2045 Hrs

Jumlah keluarga: 7
Jumlah mangsa : 28

JUMLAH KESELURUHAN
Jumlah keluarga : 246
Jumlah mangsa : 1154

BAHAGIAN TERJEJAS :
Bahagian Kuching

SUMBER
Sekretariat JPBN
JPAM Negeri Sarawak

Sunday, February 7, 2016

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina daripada Menteri JKR bersama pembantu beliau.

Selamat Tahun Baru Cina saya ucapkan kepada seluruh masyarakat Tionghua. Adalah diharapkan sambutan tahun baru ini membawa bersamanya kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada kita semua.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, gunakanlah kesempatan ini untuk kunjung mengunjung antara satu sama lain. Eratkanlah tali silaturahim yang telah sedia terjalin.

Kepada yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya. Patuhi had laju serta arahan dari pihak berkuasa. Semoga perjalanan anda semua selamat.

Gong Xi Fa Cai!
Fadillah Haji Yusof
Menteri Kerja Raya Malaysia
Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya


To all families and friends..



Saturday, February 6, 2016

Jambatan Batang Lupar - JKR mula menggerakkan langkah ke arah pembinaan


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata satu pasukan JKR Malaysia dan JKR Sarawak dibentuk bagi menjalankan kajian terperinci atas pembinaan Jambatan Batang Lupar.

Menurutnya kajian dilakukan bagi mengenalpasti reka bentuk serta kos sebelum pembinaan jambatan sepanjang 5 kilometer itu dapat dilaksanakan.

Jambatan yang siap itu nanti merupakan yang terpanjang di Sarawak dan bakal menjadi penghubung untuk kawasan Sri Aman, Betong sehingga ke Sarikei.

Pada bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib bersetuju untuk melaksanakan projek pembinaan Jambatan Batang Lupar di sungai Batang Lupar, Sri Aman yang dianggarkan bernilai RM1 bilion.

Kerajaan Pusat dan negeri akan berkerjasama dalam pembinaan jambatan itu dan peruntukan bagi menanggung kos pembinaan akan dibahagikan sama rata. Ia juga akan menjadi sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Antara kenyataan Najib ketika melakukan lawatan kerja di Sarawak berkenaan Jambatan Batang Lupar seperti di bawah,


Pasukan JKR Malaysia, Sarawak akan kaji pembinaan Jambatan Batang Lupar


KUCHING: Satu pasukan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sarawak akan ditubuhkan untuk menjalankan kajian terperinci ke atas pembinaan Jambatan Batang Lupar.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia memandangkan kajian perlu dilakukan dari segi reka bentuk dan kos sebelum pembinaan jambatan sepanjang lima kilometer itu boleh dilaksanakan.

“Pasukan ini akan turun ke lapangan untuk membuat reka bentuk akhir dan menganggarkan berapa kos sebenar pembinaan jambatan ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada lebih 100 warga emas di kawasan Matang dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, Fadillah berkata pembinaan Jambatan Batang Lupar akan dilaksanakan selepas kajian reka bentuk dan kos diselesaikan.

Tambah beliau, ia memandangkan pembinaan jambatan tersebut telah dijadikan sebagai manifesto Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Maka itu, jambatan ini mesti disiapkan dalam tempoh selepas Pilihan Raya Negeri nanti… maknanya dalam tempoh lima tahun sebelum Pilihan Raya Negeri seterusnya,” katanya.

Namun demikian, katanya lokasi pembinaan jambatan berkenaan belum lagi ditetapkan.

“Kesesuaian tanah memang sudah kita kenal pasti secara kasar tetapi kita perlu ke lapangan untuk menjalankan kajian terlebih dahulu sebelum memuktamadkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata Jambatan Batang Lupar juga akan menjadi penghubung untuk kawasan Sri Aman, Betong sehingga ke Sarikei sekali gus memanfaatkan ratusan penduduk dari kawasan pesisir pantai berkenaan.

“Jambatan adalah menghubungkan kawasan pesisir pantai dan ia akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuh Raya Pan Borneo yang akan dibina.

“Ini kerana jarak perjalanan melaluinya adalah lebih singkat daripada Lebuh Raya Pan Borneo iaitu sejauh 100 kilometer,” katanya.

Beliau menambah, Jambatan Batang Lupar juga akan melengkapkan laluan penghubung dari Kuching ke Sri Aman setelah terbinanya Jambatan Samarahan dan Jambatan Batang Sadong yang dijangka siap pada Ogos tahun ini.

“Terdapat empat lagi jambatan yang perlu kita bina supaya keseluruhan negeri dapat dihubungkan menggunakan jambatan bagi menggantikan feri,” katanya - Borneopost



Friday, February 5, 2016

Pengajaran buat rakyat Sarawak - Jangan tersilap seperti mereka..

Memilih pemimpin yang betul, dengan parti yang betul, serta kepimpinan kerajaan yang betul adalah asas untuk kemakmuran dan kemajuan yang diidamkan semua rakyat.

Kurang satu pertimbangan daripada tiga perkara di atas akan menyebabkan kepincangan. Tugas mentadbir sesebuah negeri bukan hak bagi pihak yang berkepentingan. Dan kita pula tidak mahu menjadi mereka yang tersilap langkah seperti dalam rakaman di bawah.

Apabila wakil rakyat PKR sendiri merintih mengenang nasib disisihkan DAP, kepada siapa lagi hendak mengadu? Semoga menjadi pengajaran kepada kita..

*******

Kredit kepada SarawakToday.

[VIDEO] Rakyat Sarawak perlu tahu..kawasan PKR diabaikan dibawah pentadbiran DAP Pulau Pinang



Rakyat Sarawak mungkin tidak tahu bahawa di Pulau Pinang, kerajaan dibawah pentadbiran DAP mengabaikan pembangunan rakyat di kawasan pedalaman.

Apa yang menarik ialah kawasan DUN Menanti adalah dibawah kendalian ADUN PKR, rakan DAP dalam Pakatan Harapan!


ADUN PKR Pulau Pinang, Dr. Norlela Ariffin menangis kesedihan semasa sidang DUN Pulau Pinang kerana luahan dan persoalannya mengenai pembangunan penduduk kawasan Penanti diabaikan.

"Kawasan saya kawasan kampung yang terpinggir, saya bawa suara orang kampung...yang mendengar suara saya Padang Kota saja," luahnya sambil menangis.

Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata, semua 28 kawasan di DUN Penanti adalah kampung yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti pengangkutan, mesin ATM dan banyak lagi.

"Saya sedih sangat...sebab kerajaan ini (Pulau Pinang) sepatutnya...DAP adalah satu parti yang sosial demokrat...apa yang saya nak cakap dengan orang kampung bila balik, tanya pasal sungai jeti pun tak jawab," katanya.

Sebelum memerintah, DAP menabur janji manis kepada rakyat di kawasan tersebut; slogan UBAH menjadi bahan kempen. Namun apa yang terjadi, selepas menang, DAP meminggirkan kawasan tersebut.

Berbalik kita kepada keadaan atau senario politik di Sarawak, DAP menabur janji kepada rakyat seolah-olah segala masalah rakyat akan selesai apabila mereka (DAP) diberi peluang untuk memerintah.

Sedangkan rakyat di Sarawak tidak tahu keadaan sebenar; keluhan bukan setakat dari penyokong BN, malah rintihan penduduk di DUN PKR Pulau Pinang turut diabaikan oleh DAP.

DAP Sarawak fokus kepada kawasan pedalaman Sarawak yang mana menurut mereka semua kawasan pedalaman akan penuh dengan projek pembangunan sekiranya DAP atau Pakatan Harapan diberi peluang memerintah.

Bagaimana rakyat di Sarawak mahu percaya dengan janji manis DAP? Kawasan rakan sepakatan (PKR) diabaikan, inikan pula mahu membangunkan kawasan di Sarawak yang sekarang ini berada di dalam kawasan Barisan Nasional Sarawak.

Apa kemampuan DAP Sarawak? Walhal kawasan bandar yang dimegah-megah oleh DAP sebelum ini dibangunkan menggunakan peruntukan projek dari kerajaan Pusat dan Negeri Sarawak (Barisan Nasional).

Penyokong PKR Sarawak pula jangan jadi seperti PKR Pulau Pinang. Bukti video diatas sudah cukup untuk mengajar bahawa DAP bukan sekadar berjanji kosong, malah mereka (DAP) juga hanya mementingkan agenda parti, bukan membantu rakyat.-Sarawak Today


Thursday, February 4, 2016

Calon PBB DUN Machan VS Calon PKR orang luar kawasan


Tahniah, Allan Siden Gramong merupakan calon pertama diumumkan untuk bertanding di DUN Machan mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menentang PKR pada Pilihanraya Negeri kelak.

Perkara ini diumumkan oleh Setiusaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi Utom pada Majlis Perjumpaan Khas di Kanowit, dekat sini hari ini.

Beliau adalah anak tempatan di kawasan tersebut, merupakan Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Ahli Exco Pemuda PBB Pusat. Allan menggantikan tempat bapanya Datuk Gramong Juna yang telah berkhidmat selama sembilan penggal sebagai ADUN Machan.

Semoga legasi Datuk Gramong dapat memberikan khidmat masyarakat dan kemajuan yang lebih baik untuk rakyat menjelang wawasan 2020 kelak.


*****

Sementara di pihak pembangkang,


Difahamkan, rata-rata penduduk DUN Machan tidak berpuas hati dengan keputusan kepimpinan PKR yang meletakkan George Chen sebagai calon di kawasan tersebut.

PKR seolah-olah tidak mempercayai kewibawaan anak tempatan untuk mewakili parti tersebut menentang BN.

Jika PKR benar-benar mahu menawan kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN) maka mereka perlulah meletakkan calon anak jati tempatan menentang calon BN yang juga orang tempatan.

Menurut salah seorang wakil mereka, Matthew Baba, PKR memilih calon bukan anak tempatan berbangsa Cina (yang pernah tewas di kerusi tersebut) bertanding di kawasan majoriti Iban sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan penyokong PKR di kawasan tersebut.

Katanya, jika difikirkan secara logik, kira-kira 96 peratus pengundi di Machan adalah Iban dan tidak wajar bagi calon bukan Iban bertanding di kawasan tersebut.

Kebanyakan isu-isu di Machan adalah isu tempatan lebih-lebih lagi berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang beliau amat yakin hanya mampu ditangani oleh calon tempatan kaum Iban di kawasan itu sendiri dan bukannya calon luar yang bukan Iban.

Persoalan pertama yang akan dibangkitkan penduduk dan pengundi di kawasan Machan ialah, “bolehkah kita mempercayai orang luar atau calon bukan Iban, memperjuangkan kepentingan kita di Machan?”.

Matthew memberitahu sidang media ketika mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PKR, See Chee How menekankan George Chen sebagai calon pilihan PKR di Machan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 ini jangka pada Mac depan.

Pada PRN 2011, Chen tewas di tangan penyandang kerusi Machan selama lapan penggal, Datuk Gramong Juna yang (BN-PBB) yang memperolehi 3,683 undi berbanding Chen (2,054) .

Artikel borneopost bertarikh 26/1/2016 di bawah turut mendedahkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap pencalonan PKR itu..

Sila rujuk link..

Ahli, penyokong PKR Machan hantar petisyen tolak pencalonan semula Chen


Tuesday, February 2, 2016

Gambar-gambar yang dirakam ketika Program 1000 Belia, Dun Lambir di Miri


Gembira melihat komitmen anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin satu hari nanti.

Tahniah kepada penganjur DUN Lambir, Pergerakan Pemuda PBB Lambir, Miri K-Car Community dan Miri Amateur Radio Club atas kejayaan menghimpunkan lebih 1500 belia.






Fadillah bersama 1000 orang belia di DUN Lambir

Belia boleh bergantung kepada Barisan Nasional (BN) untuk merangka lebih banyak program pembangunan dan projek di Negeri Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memberi jaminan kepada belia bahawa hanya BN boleh berjuang untuk kepentingan rakyat Sarawak.

"Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti orang yang mampu melakarkan masa depan yang lebih baik dan cerah untuk diri anda. Dari perspektif politik, parti-parti politik negeri BN mampu berjuang untuk masa depan anda di Sarawak", beliau memberi jaminan itu ketika menutup kem belia yang digelar" 1000 Belia # Dun Lambir di ParkCity Everly Hotel Miri semalam.

Sehubungan itu, Fadillah yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu belia untuk memastikan calon-calon BN akan mencapai majoriti besar pada pilihan raya negeri yang akan datang pada tahun ini.

"Ketua Menteri kita Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mahu rakyat memberi mandat yang kuat supaya suaranya untuk memperjuangkan kepentingan Sarawak yang boleh didengar oleh Kerajaan Persekutuan.

"Sebab itu kita mesti menyokong Ketua Menteri untuk memastikan bahawa kerajaan persekutuan memberikan lebih banyak projek pembangunan untuk Sarawak," katanya.

Mengulas mengenai kem pemuda itu, beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur kerana mempunyai program yang bermakna itu untuk membangunkan sekumpulan belia dengan pemikiran yang positif.

Oleh itu, beliau mahu program ini menjadi program ikon kepada belia PBB dan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

Kira-kira 1,500 belia dari rumah panjang, kampung-kampung, dan menengah pelajar sekolah mengambil bahagian dalam kem. Lambir ADUN Ripin Lamat ketika berucap sebelum itu mengumumkan bahawa cawangan PBB Lambir telah menubuhkan Putera dan Puteri Briged.


Kredit artikel kepada TheBorneopost.

Monday, February 1, 2016

3 Jambatan untuk rakyat Sarawak buat DAP semakin kepanasan.


Terdapat 3 jenis Jambatan dibina untuk kemudahan rakyat Sarawak dan satu daripadanya sedang giat dijalankan dan akan siap tidak lama lagi. Pembinaannya pula bukan calang-calang. Akan merupakan yang terpanjang dan kedua terpanjang di negeri ini. 

Kini ia terpulang kepada rakyat untuk menilai pihak mana yang menyediakan kemudahan terbaik di negeri ini tanpa bercakap banyak dan pihak mana yang meraih sokongan dengan kaedah budaya politik bangkangan yang dibawa daripada Semenanjung Malaysia.

1) Jambatan Batang Sadong (Panjang 774 meter)

Jambatan Batang Sadong merupakan jambatan yang terpanjang di Sarawak dengan kos pembinaannya bernilai RM230 juta. Ia menghubungkan Daerah Asajaya dan Daerah Simunjan.

Kepada yang bertanya tentang projek ini, kerja pembinaan telah pun bermula pada tahun 2012 dan kini telah 91.3% siap. Dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini.

Merupakan Jambatan terpanjang di Sarawak dan akan menjadi pelengkap kepada laluan dari Kuching ke Muara Tuang-Asajaya-Sadong Jaya- Simunjan dan Sebuyau tanpa perlu lagi menggunakan perkhidmatan feri.

Sambutan rakyat yang mendapat manfaat dengan pembinaan Jambatan seperti di fb wall..





2) Jambatan Batang Lupar 

Kerajaan pusat dan negeri merancang membina jambatan merentasi Batang Lupar, lebih panjang daripada Jambatan Batang Sadong termasuk membangunkan keseluruhan kawasan pantai di negeri ini sehingga ke bahagian Bintulu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek itu elok dilaksanakan melalui kerjasama erat pusat dan negeri dengan perbelanjaannya ditanggung 50 peratus kerajaan pusat dan 50 peratus kerajaan negeri.

Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar di sungai Batang Lupar, Sri Aman yang dianggarkan bernilai RM1 bilion. Pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia ini juga akan menjadi sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Bagaimanapun, wakil DAP Melayu, Aziz Isa cuba untuk mempolitikkan isu pembinaan jambatan ini demi kelansungan partinya yang ibarat 'hidup segan mati tak mahu' di kawasan tersebut. Antaranya projek Jambatan Samarahan dan isu award tender projek.




3)  Jambatan Batang Sadong

Mungkin saudara Aziz Isa, 'bakal calon Melayu DAP kawasan N6 Tupong' sangat prihatin dengan masalah jambatan namun tidak peka dengan keadaan sekeliling beliau. Atau mungkin beliau tidak tahu langsung apa yang berlaku di depan batang hidungnya sendiri.

Soal beliau, mengapa Jambatan Batang Samarahan tidak diumumkan ketika pemimpin kerajaan merancang pembinaan Jambatan Batang Lupar yang merupakan jambatan terpanjang di Sarawak semalam?

Untuk makluman pihak DAP di kawasan N6 DUN Tupong, perlaksanaan pembinaan projek telah pun bermula pada tahun lepas. 

Majlis pecah tanah pembinaan Jambatan Batang Samarahan itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di tapak pembinaan, Kampung Baru, Kota Samarahan pada awal Febuari 2015.




Tempoh pembinaan Jambatan Batang Samarahan akan memakan selama masa 3 tahun dan dijangka siap pada Januari 2018. Syarikat yang menerima award projek ini ialah Piasau Konkerit Sdn. Bhd.

Tidak ada dominasi projek oleh syarikat kroni seperti yang berlaku di negeri-negeri pimpinan parti pembangkang. Yang diamalkan di Sarawak cuma kerja untuk rakyat, buat rakyat dan hanya kepada rakyat.

Rakyat Sarawak tidak perlukan parti yang sekadar mampu memburukkan lawan dan mengharapkan undi protes dengan tidak perlu berbuat apa-apa untuk kebaikan bersama. Politik di negeri Sarawak ialah politik bekerja, bukannya politik spekulasi, benci-membenci, politik angan-angan dan sebagainya..

Sunday, January 31, 2016

PAS Akui Rakyat Sarawak Suka Kepimpinan Adenan

Pemimpin yang amanah dan adil pasti akan disayangi rakyat dan disegani musuh...



KUCHING: PAS hari ini mengakui kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyukarkan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata hasil tinjauan rambang mendapati masih sukar bagi pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya negeri ke-11 itu.

"Jika ditanya senario politik ketika ini bagaimana serta kemungkinannya, sejujurnya selama saya berada di Sarawak, saya pun ada bertanya secara rambang bukan tinjauan khusus, dan berdasarkan tinjauan yang kita lakukan, nampaknya masih sukar bagi pembangkang menang pada PRN nanti," katanya.

Mustafa berkata sebagai anggota sebuah parti pembangkang, beliau sepatutnya tidak boleh menyebut sebegitu, namun beliau bersikap realistik tentang apa yang didengar daripada rakyat Sarawak.

"Mereka.. (rakyat) Sarawak kata tentang ini...saya gunakan istilah yang mereka guna 'terdapat beberapa perkara baik tentang Ketua Menteri'...itu kata mereka (rakyat). Ini bermakna tidak mudah (bagi pembangkang), namun PAS optimis mencapai atau berjaya menang satu kerusi pada PRN nanti," katanya.

Ketika diminta mengulas sama ada beliau memuji kepimpinan Adenan, Mustafa berkata: "saya tidak puji, tetapi saya kata apa yang saya dengar daripada rakyat Sarawak.

"Mereka (rakyat) kata, ada faktor-faktor yang baik tentang Adenan. Saya tanya pasal apa? Mereka kata ada program-program yang dahulunya tidak buat tetapi sekarang dibuat...itu kata mereka.

"Kalau begitu persepsi rakyat, ertinya tidak mudah bagi pembangkang mengalahkan BN untuk kuasai negeri," katanya.- BERNAMA

Friday, January 29, 2016

Zuraida Kamaruddin dihalau daripada memasuki Sarawak

Wanita Besi berkarat PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini dihalang daripada memasuki Sarawak melalui Lapangan Terbang Kuching. Beliau dijadualkan bertemu dengan wakil calon wanita PKR yang akan bertanding pada Pilihanraya Negeri tidak lama lagi.

Kali pertama dihalang masuk pada Mac 2014 ketika PRK Balingian. Marah sungguh Zuraida waktu itu sehingga hendak menyaman Kerajaan Negeri Sarawak. Beliau lupa, Anwar sendiri mengiktiraf Sarawak sebagai kerajaan autonomi sendiri dan sebuah Negara bukannya seperti negeri-negeri lain dalam Malaysia.

Kali kedua, beliau cuba masuk lagi pada Dec 2014 ketika hendak menyertai ceramah politik Anwar Ibrahim di Kota Samarahan, Sarawak. Marah lagi Zuraida sehingga bercadang untuk ambil tindakan ke atas Kerajaan Negeri. Beliau lupa kali pertama dihalang dulu katanya hendak menyaman kerajaan Sarawak. Tapi tiada kemampuan untuk menentang akta imigresen yang digunapakai di negeri Sarawak.

Kali ini kali ketiga beliau datang lagi ke Sarawak mencuba nasib, entah-entah Kerajaan Sarawak pelupa sepertimana kerajaan negeri Selangor (lupa janji pada rakyat)..

Sekali lagi beliau dihalau..


Rakyat Sarawak belum lupa.

Zuraida pernah datang ke Sarawak dulu buat demonstrasi jalanan kononnya justice walk.. Belum pernah dalam sejarah rakyat Sarawak gunakan bandar Kuching sebagai pentas politik untuk burukkan pemimpin sendiri.

Atas alasan itu, selayaknya budaya seperti ini disekat daripada meracuni pemikiran penduduk tempatan dengan apa cara sekalipun..

Semoga pengharaman memasuki Sarawak seperti ini menjadi amaran kepada mana-mana pihak luar yang mahu berpolitik, agar menjaga adab ketika memasuki negeri orang.

Add caption
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dihalang memasuki Sarawak

KUCHING: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini disekat oleh Jabatan Imigresen di sini daripada memasuki negeri Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 11 pagi ini.

Zuraida dijadual mengadakan pertemuan dengan bakal calon wanita PKR bagi pilihan raya Sarawak.

Turut bersama Zuraida ialah Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha, yang bagaimanapun, diberi kebenaran untuk masuk ke negeri ini dan beliau kemudian menyambung penerbangan ke Miri.

Ketika ditemui pemberita, Naib Presiden Wanita PKR Kebangsaan Voon Shiak Ni yang berada di KIA untuk menyambut ketibaan Zuraida serta rombongan, berkata Zuraida telah diarah pulang semula ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 3.05 petang ini.

Katanya usaha untuk mendapat kepastian daripada Pejabat Ketua Menteri Sarawak gagal namun pihak Jabatan Imigresen di sini mengesahkan Zuraida berada dalam senarai mereka yang dihalang daripada memasuki Sarawak.

Pada 6 Dis lepas, Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut dihalang daripada memasuki negeri ini. - Astroawani

Tuesday, January 26, 2016

Calon misteri PBB diumum pada Mac nanti

Pilihanraya Negeri Sarawak akan menjelang tidak lama lagi. Ada yang meramalkan akan dibuat pada penghujung Mac, ada yang meramalkan pada April ini.

Apapun tarikh sebenar hanya akan diketahui apabila diumumkan oleh Ketua Menteri sendiri kelak. PRN kali ini penuh dengan teka-teki. Beberapa nama akan digugurkan dan digantikan dengan muka-muka baru. Ia selaras dengan dasar kepimpinan parti yang mahukan yang terbaik dengan misi dan visi yang lebih proaktif daripada wakil-wakil rakyat yang berbeza.

Spekulasi awal meramal beberapa nama baru bagi kerusi DUN PBB, namun seperti apa yang kita lihat pada pilihanraya yang lepas, kejutan boleh berlaku pada saat-saat akhir penamaan calon. Akhirnya orang yang tidak pernah disebut-sebut namanya tiba-tiba menjadi pilihan..

Percaturan PBB banyak diselangi kejutan demi kejutan. Siapapun mereka, ia adalah calon yang disenarai pendek dengan teliti dan merupakan kalangan yang diamanahkan dengan tanggungjawab yang sangat besar demi kemakmuran rakyat Negeri Sarawak.

Mari sama-sama kita baca laporan Borneopost berkenaan pengumunan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan di bawah..





KUCHING: Calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi dijangka diumumkan menjelang Mac.

Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata senarai nama yang akan dicalonkan kini hampir dimuktamadkan dengan sebahagian besar penyandang kerusi dikekalkan.

Dalam pada itu, katanya 10 daripada 40 kerusi yang diperuntukkan kepada PBB juga akan menampilkan muka baharu terutama daripada Sayap Pemuda dan Wanita.

“Pada masa ini, saya tidak boleh mendedahkan calon-calon kami tetapi yang pasti sebahagian besar penyandang akan kekal dan ramai juga yang meletak jawatan atau ditawarkan untuk bersara.

“Saya akan umumkan pada masa yang sesuai nanti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat PBB di sini, semalam.

Dalam pada itu, Adenan yang juga pengerusi BN Sarawak turut menegaskan akan memilih calon boleh menang untuk bertanding pada PRN nanti, tanpa melihat kepada parti.

“Tidak ada gunanya memberi kerusi kepada parti komponen dan mereka kalah,” katanya.

Justeru, beliau berkata tidak akan memandang mudah serta terlalu yakin untuk memenangi pilihan raya nanti.

“Setiap pilihan raya tidak mudah dan kita tidak boleh terlalu yakin,” katanya.

Selain itu, Adenan juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertukaran calon melibatkan penyandang kerusi Parlimen untuk bertanding di kerusi DUN.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi BN Negeri akan diadakan tidak lama lagi.

Mengenai Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB pula, beliau menjelaskan ia adalah untuk mengkaji semula dan memperbaiki langkah-langkah yang telah diambil bagi menghadapi PRN akan datang.

“Kami telah menubuhkan jawatankuasa induk dan pelbagai jawatankuasa kecil dari segi pengangkutan, logistik, publisiti, keselamatan, bilik operasi dan sebagainya.

“Arahan juga telah diberikan kepada semua cawangan PBB untuk bersedia menghadapi pilihan raya,” katanya.

Turut hadir Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof.

- The Borneo Post