Tuesday, October 27, 2015

Pan Borneo - Ketua Pembangkang ditanya lain, dijawab lain..

Beginilah sifat pembangkang.. Bila kerajaan wujudkan highway tanpa tol kepada rakyat melalui pembentangan bajet, mereka akan kata ia gula-gula untuk memancing undi. Bila dibiarkan jalan ber Tol, mereka spin kata kerajaan raih keuntungan daripada masalah rakyat.

Dibuat salah, dibiar salah...

Tapi yang penting, kena ada sifat pemimpin yang baik dan prihatin akan keluhan rakyat. Bukan dari jenis yang hanya tahu memburukkan semua usaha murni pihak lain dan membalun pakai serkap jarang.

Padanlah kenapa pembangkang bila disoal lain, dijawab lain.. mungkin sudah terbiasa 'divert' isu yang terpalit pada mereka sendiri..



Sunday, October 25, 2015

KAMEK ANAK SARAWAK TO ALL SARAWAKIANS!

The ORIGINAL ‪#‎kamekanaksarawak‬® video which was just officially launched by His Excellency Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud @LanBerambeh 24th Oct 2015 9pm, Dewan TAR, PWTC, KL.

We are proud of being Anak Sarawak and we are truly proud to show our UNITY in DIVERSITY in being a citizen of Sarawak..

Kamek Anak Sarawak!!!


Saturday, October 24, 2015

Ringkasan intipati kandungan bajet 2016


Bajet 2016 dibentangkan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada Jumaat 23 Oktober 2015 jam 4 petang oleh Perdana Menteri juga merangkap menteri kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.


  • Tumpuan utama kerajaan dalam Budget 2016 adalah menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat


Dalam pada itu, Bajet 2016 merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia sangat penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan.

Ramai pihak menyifatkan bajet 2016 adalah kritikal kerana ia merupakan belanjawan negara yang pertama dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan tahun pertama pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam suasana ekonomi mencabar di dalam dan luar negara.

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia sangat berharap kerajaan mengagihkan belanjawan secara bijaksana.


INTIPATI KANDUNGAN BAJET 2016

Berikut disertakan ringkasan intipati penting kandungan Bajet 2016 yang akan dikemaskini sepanjang pembentangan berlangsung,


Lima Tunjang Atau Strategi Utama Bajet 2016

  • Memperteguh ketahanan ekonomi negara 
  • Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau 
  • Mempersiaga modal insan 
  • Memperkasa agenda bumiputera 
  • Meringankan kos sara hidup rakyat

Tema Bajet 2016:  Mensejahtera Kehidupan Rakyat


  • Pembentangan Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding peruntukan RM260.7 bilion yang dipinda bagi tahun ini (2015).
  • Kerajaan bersedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas GST kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D.
  • GST kadar sifar ke atas tmbahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
  • GST kadar sifar atas barangan makanan seperti susu bayi & kanak-kanak berasaskan kacang soya & susu organik. 
  • Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional. 
  • Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. 
  • Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia. 
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf. 
  • Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000 daripada RM5,000 setahun. 
  • RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi.
  • Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak 
  • RM115 juta disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah & Sarawak. 
  • TEKUN sediakan RM600 juta yang meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera dan RM100 juta untuk 10,000 usahawan India. 
  • RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India. 
  • Tambahan RM200 juta kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40. 
  • RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosio-ekonomi Masyarakat India 
  • Tambahan RM90 juta sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina. 
  • Sebanyak RM300 juta disediakan bertujuan untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli. 
  • RM852 juta diperuntukan kepada RISDA &FELCRA untuk program peningkatan pendapatan dan produktiviti pesawah, pekebun kecil dan penoreh getah. 
  • Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion. 
  • Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dengan pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah. 
  • Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000- RM300,000 
  • Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT. 
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit. 
  • Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen & koridor LRT serta monorel. 
  • RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW. 
  • Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin.
  • RM180 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir RM50juta bagi tingkatkan langkah keselamatan penjara. 
  • RM20 juta untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda dgn peruntukan keseluruhan RM35 juta SPRM akan terus dimantapkan. 
  • Bil pegawai SPRM akan ditambah ikut keperluan Beri faedah pemindahan gaji penjawat awam bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta. 
  • Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam. 
  • Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan. 
  • Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. 
  • BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800. 
  • Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400. 
  • BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima berada dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan RM1,050. 
  • Skim Khairat Kematian diterus pada BR1M 2016 dengan pemberian sebanyak RM1,000. 
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah bagi mendapatkan bantuan deposit perumahan. 
  • Had pelepasan cukai bagi setiap anak bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000. 
  • Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak punyai pendapatan, naik daripada RM3,000 kepada RM4,000. 
  • Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tinggal bersama, diberi pelepasan cukai RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa. 
  • Had pelepasan cukai naik daripada RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang melanjutkan pengajian bagi 2016. 
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung. 
  • Gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pmbantu rumah. 
  • Penjawat awam akan terima pemberian khas RM500 pada Januari 2016 Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250


Pautan Sumber: mysumber.com






Wednesday, October 21, 2015

Guan Eng nak hapuskan Tol Utara/Selatan



Janji dulu belum tertunai.. sekarang Guan Eng buat janji baru. Serupa berhutang juga.. hutang lama belum langsai, sekarang nak buat hutang baru.. jadi tak jadi, belakang kira.. yang penting janji sedap telinga orang dengar !

 Hawau punya politiking...

Tuesday, October 20, 2015

Gambar Lim Guan Eng berdemo di Tol Sungai Nyior.

Macai spin isu tol.. Pembangkang juga pernah berjanji tetapi GAGAL menunaikan janji. Siapa yang pernah tuding jari kepada mereka? Tiada..

Pertama sekali, sedarkah anda bahawa pakatan pembangkang kini menguasai secara 2/3 DUA negeri paling KAYA di Malaysia, iaitu Selangor dan Pulau Pinang?!! Mengapakah tiada siapa yang mempersoalkan apa yang mereka lakukan untuk memastikan kos hidup rakyat tidak terus terbeban?!!

Ada MACAI yang bagi alasan, Kerajaan Pusat yang berkuasa penuh, Kerajaan Negeri ikut sahaja. Pada kami, ini barulah standard yang sepatutnya ditunjukkan sebagai MACAI. Tiada ilmu dan tidak mahu berfikir menggunakan otak!

Tahukah anda semua, hampir separuh daripada syarikat konsesi yang bercadang mahu menaikkan kadar Tol merupakan kroni dan 'GLC' yang ada kaitan dengan Kerajaan Negeri pembangkang sendiri?!!

Jadi, mengapakah Kerajaan Negeri yang dipimpin parti pembangkang tidak mahu membayar sahaja pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut bagi mengelakkan kadar tol dinaikkan demi rakyat?!!

Malah, bukankah mereka juga yang kuat berkempen mahu menghapuskan TOL sebelum PRU-13 yang lalu?!! Jadi, kenapa tidak beli sahaja konsesi-konsesi TOL tersebut, sepertimana yang mereka lakukan kepada Alam Flora, dan sediakan lebuhraya percuma di seluruh Selangor?!!

Pulau Pinang..

Tol Sungai Nyior.. Sebelum DAP menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang, pada September 2007 kadar tol di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth Outer Ring Road (BORR), telah dikurangkan dari RM0.90 ke RM0.50.

Kemudian ketika menjelang PRU12, Lim Guan Eng telah berjanji kepada pengundi untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior dalam masa tiga tahun jika mereka mentadbir kerajaan negeri.

Tidak cukup dengan itu, Lim dan gerombolan DAP turut sama berdemonstrasi bersama penduduk setempat membantah kutipan tol tersebut. Mereka mencipta sejenis wayang bagi menunjukkan ciri-ciri 'pemimpin berjiwa rakyat'.

Komitmen Guan Eng seperti dalam gambar di bawah..



Kredit kepada blog pisau. Artikel penuh rujuk sini

Gambar diambil pada 8 tahun yang lalu. Sehingga sekarang tol sungai Nyior masih dikutip dan sudah naik daripada 50sen ke RM1.20. Janji hapus dalam masa tiga tahun tidak ke mana dan kini sudah 2 penggal berkuasa, CM Lim Guan Eng masih lagi tidur. Hapusnya tidak juga... Alternatif lain nampaknya hanya akan datang menjelang PRU nanti.

Jadi sekarang, siapa yang masih bercakap tentang tol Sungai Nyior? Rakyat juga...

Mari kita dengar apa yang kata salah seorang daripada mereka..









Sunday, October 18, 2015

Terbaru: Penjelasan isu kenaikan kadar TOL

Penjelasan tentang isu kenaikan kadar tol yang tengah hangat pada ketika ini. Bagaimanapun beberapa kriteria diperlukan sebagai syarat untuk menjadikan anda faham apa yang sedang berlaku dan dijelaskan di bawah. Antaranya;

1) Tidak mempolitikkan isu sebenar
2) Tidak dikuasai oleh rasa benci terhadap pihak yang bertanggungjawab
3) Tidak memutarbelitkan kenyataan atau penerangan.
4) Ikhlas membaca kerana hendak memahami keadaan bukan sebagai modal untuk menghentam. 

Terima kasih.

*****




SOALAN : MENGAPAKAH PENGUMUMAN KENAIKAN KADAR TOL DIBUAT OLEH SYARIKAT KONSESI?

Pengumuman mengenai kadar tol yang baru di 18 lebuh raya tol bermula 15 Oktober 2015 telah dibuat sendiri oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya yang berkaitan memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan lebuh raya masing-masing untuk satu tempoh masa berdasarkan Perjanjian Konsesi yang ditandatangani.

SOALAN : ADAKAH MELALUI PERJANJIAN KONSESI (CA) SESUATU KADAR TOL PERLU DINAIKKAN?



Didalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani, ada beberapa komponen seperti jadual kadar tol sepanjang tempoh konsesi di mana penentuan kadar tol dan tempoh kenaikan kadar tol adalah mengambil kira kos operasi, penyenggaraan, unjuran trafik dan kos pembiayaan kewangan (loan repayment).

Atas faktor-faktor inilah, tempoh kenaikan kadar tol perlu dikaji secara puratanya di antara 3 hingga 5 tahun. Oleh yang demikian, kenaikan kadar tol adalah diperlukan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat untuk membolehkan mereka menampung kos-kos operasi dan penyenggaraan di lebuh raya masing-masing demi memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan yang optimum.

SOALAN : APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA KERAJAAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KADAR KENAIKAN TOL PADA TAHUN 2015?

Bagi tahun 2015, kenaikan kadar tol telah dikaji dengan teliti dengan mengambil kira beberapa parameter. Antara parameter yang telah digunakan adalah penstrukturan semula dasar subsidi nasional di mana kenaikan kadar tol ini dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta yang seterusnya boleh digunakan untuk tujuan pembangunan lain yang lebih memerlukan.

SOALAN : APAKAH KESAN KENAIKAN TOL KEPADA KEWANGAN KERAJAAN ?

Kenaikan kadar tol mulai 15 Oktober 2015 seperti yang diumumkan oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya perlu dilihat dari segi penjimatan kepada kewangan negara. Setiap tahun, Kerajaan perlu membayar pampasan penangguhan kenaikan kadar tol kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan. Dalam hal ini, Kerajaan perlu membayar pampasan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan pada tahun 2015.

Penjimatan sebanyak RM580 juta ini boleh digunakan untuk membiayai perkara-perkara seperti berikut:

  • penurapan semula 380km jalan-jalan sediada; 
  • pembinaan sebanyak 380 buah jejantas baru;
  • pembinaan 19 jambatan baru; 
  • dan pembinaan 58 sekolah rendah yang baru. 

Kenaikan kadar tol adalah salah satu langkah awal yang perlu diambil oleh Kerajaan untuk mengawal bilangan kenderaan yang masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur. Sekiranya langkah ini tidak dilaksanakan, ianya dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan yang agak kritikal di Kuala Lumpur.

SOALAN : APAKAH KEBAIKAN PENJIMATAN PERBELANJAAN KERAJAAN HASIL DARIPADA KENAIKAN KADAR TOL?

Melalui penstrukturan semula dasar subsidi ini, Kerajaan dapat menumpukan perhatian dalam membangunkan ekonomi negara yang pada akhirnya akan memanfaatkan rakyat sekalian.

SOALAN : APAKAH TINDAKAN MITIGASI OLEH KERAJAAN DALAM MENGURANGKAN KESAN KENAIKAN TOL KEPADA RAKYAT DI BANDAR ? DAN APAKAH SOLUSI UNTUK RAKYAT YANG MEMBAYAR TOL NAMUN MASIH TERPERANGKAP DENGAN KESESAKAN JALANRAYA?

Pemantapan sistem pengangkutan awam darat adalah antara usaha Kerajaan untuk mengurangkan kesan kenaikan tol ini dengan menggalakkan pengguna beralih kepada penggunaan pengangkutan awam. Ini kerana kadar tol untuk bas tidak akan dinaikkan dan akan kekal seperti mana sekarang. Rakyat mampu memperolehi penjimatan untuk urusan seharian mereka apabila mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk tol, kos bahanapi serta mampu meminimakan risiko kemungkinan berlakunya kemalangan akibat sikap pemandu di jalanraya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Government Trasnformation Programme : NKRA Urban Public Transport mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam darat.

Tiga (3) bentuk approach telah dikenal pasti iaitu:

  • pembangunan sistem rel (MRT, LRT & monorel); 
  • pembangunan hub pengangkutan awam darat (hub utara di Gombak, hub selatan di Bandar Tasik Selatan dan hub utara di Sungai Buloh); 
  • dan pembangunan sistem pengangkutan awam seperti teksi dan GoKL. 

Usaha ini mampu mengurangkan kesesakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Pembinaan Bus Rapid Transit (BRT) juga adalah salah satu aspek yang dikenal pasti untuk mengurangkan kesesakan di kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kepadatan penduduk yang tinggi.

Fasa pertama yang menghubungkan kawasan Subang, USJ dan Sunway telah siap dan buat masa ini, ridership BRT di kawasan tersebut sedang meningkat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membina dua (2) kawasan park-ride di Stesen LRT Sungai Besi dan Bandar Salak Selatan bagi kemudahan pengguna-pengguna LRT yang ingin ke bandaraya Kuala Lumpur.

Satu lagi kemudahan park-ride sedang dibina oleh DBKL berdekatan dengan Taman Segar, Cheras untuk kegunaan para pengguna MRT. Oleh yang demikian, Kerajaan berharap agar usaha penambahbaikan sistem pengangkutan awam darat ini mampu menyediakan prasarana yang boleh membantu mengurangkan beban perbelanjaan dan kos sara hidup atau sebagai alternatif kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya.




SOALAN : APAKAH USAHA KERAJAAN MENGURANGKAN BEBAN KEWANGAN PENGGUNA LEBUH RAYA?

Kerajaan pada dasarnya prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat. Oleh yang demikian, beberapa pendekatan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang berkaitan dengan kadar tol. 

Antara pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut: 

1) Penutupan Awal dan Pemansuhan Kutipan Tol Sejak 1993, Kerajaan telah melaksanakan penutupan serta pemansuhan kutipan tol di lapan (8) lokasi seperti berikut :
  • 11 Januari 1993 - penutupan Plaza Tol Slim River, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) 
  • 1 Mac 2004 -Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Senai, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); 
  • 18 Mac 2004 - Penutupan awal plaza tol di Jalan Pahang, Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah pada 31 Mac 2004); 
  • 14 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol PJS2 (arah Kuala Lumpur), Lebuhraya Baru Pantai (NPE); 
  • 24 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol Plaza Tol Salak Jaya di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA); 
  • 21 Disember 2009 - Penutupan awal Plaza Tol Teluk Kapas, Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah pada 29 Disember 2009); 
  • 16 Mei 2011- Pemansuhan kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac); 
  • dan 2 Mac 2012 - Pemansuhan kutipan tol di laluan ke Kuala Lumpur, Plaza Tol Batu 9 dan laluan Ke Kajang, Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA). 

2) Pengurangan Kadar Tol Sehingga kini, pengurangan kadar tol telah dilaksanakan di tiga lebuh raya, seperti berikut:
  • 1 September 2007 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth Outer Ring Road (BORR), dari RM0.90 ke RM0.50 sejak tahun 2007. 
  • 18 Februari 2011 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol PJS2 (arah Subang), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM1.60 ke RM1.00 sejak tahun 2011. 
  • dan 15 Januari 2013 - Pengurangan kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM2.20 ke RM2.00 bagi tempoh 2013 hingga 2015. 

3) Penstrukturan Semula Kenaikan Kadar Tol Kerajaan juga pada masa yang sama telah melaksanakan penstrukturan semula kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat Plus Expressways Berhad (PEB) dan Kumpulan MTD.

Penstrukturan ini dilaksanakan melalui tiada kenaikan tol bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB untuk tempoh dari 2011 hingga 2015. Manakala, bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD pula, tiada kenaikan tol dari tempoh 2011 hingga 2014. Lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB yang terlibat adalah seperti berikut: 
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE);
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA); 
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); dan Jambatan Pulau Pinang. 

Manakala lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD yang terlibat adalah seperti berikut: 
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK); 
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)


SOALAN : ADAKAH DENGAN KEPUTUSAN KENAIKAN KADAR TOL INI MENUNJUKKAN KERAJAAN TIDAK PRIHATIN DENGAN KOS SARA HIDUP RAKYAT YANG SEMAKIN TINGGI SEKARANG?

Tidak timbul isu Kerajaan membebankan rakyat kerana pada dasarnya Kerajaan sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. 

Pengumuman YAB Perdana Menteri pada 14 September 2015 yang antara lain menyatakan bahawa Kerajaan akan menambahkan bilangan kedai yang menyediakan perkhidmatan dan barangan pada harga yang berpatutan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia dan penyediaan sebanyak 16 buah lagi Klinik 1Malaysia pada 2015 dan 33 buah pada 2016 adalah antara bukti Kerajaan komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

-End


Format diubah sedikit untuk memudahkan pembacaan. Kredit kepada sarawakiana. Artikel asal boleh dirujuk di sini.

Thursday, October 15, 2015

Kenaikan Tol - Jangan menuduh sembarangan!!!

Merujuk kepada artikel FreeMalaysiaToday..

Anina: Toll hike shows ministers have no brains



Free Malaysia Today - http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/10/13/anina-toll-hike-shows-ministers-have-no-brains/

Sebagai ahli yang pernah bersama UMNO, penulis harap Anina lebih beretika dalam menyatakan pendirian. Kaji dulu sebelum menuduh. Jangan menggunakan bahasa kebiasaan dalam rumah sendiri untuk bercakap tentang soal keadilan dalam kepimpinan kerajaan.


Ini respon kepada artikel FMT...

*****


KAJI SEBELUM MENUDUH

Terang lagi bersuluh tindakan Anina umpama mencari publisiti murahan apabila mengeluarkan kenyataan mengenai kenaikan kadar tol baru-baru ini.. Jelas bahawa, beliau tidak mengkaji sistem pelaksanaan tol ini dengan teliti sebelum menuduh pihak kerajaan kerana jelas bahawa penjimatan yang diperoleh melalui pampasan tol ini membawa kebaikan kepada negara..

Perlu jelas bahawa pampasan yang dibayar kepada syarikat konsesi sekarang membawa manfaat kepada golongan berada berbanding dengan mereka yang lebih memerlukannya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Selain itu, pampasan ini tidak adil bagi rakyat negeri Sarawak dan Sabah di mana wang cukai yang dibayar oleh mereka turut digunakan untuk membayar pampasan tol yang hanya dinikmati oleh rakyat di Semenanjung Malaysia.

Menyentuh mengenai GST; pelaksanaannya adalah untuk pembangunan negara, bukan untuk membayar pampasan yang tidak memberi manfaat keseluruhannya kepada rakyat Malaysia.

Jumlah duit yang dapat dijimat, jelas sekali boleh disalurkan kepada pembangunan kawasan luar bandar dan pedalaman terutamanya kepada sektor pembinaan jalan, peningkatan fasiliti kesihatan dan pendidikan. Ini dapat membantu golongan yang benar-benar memerlukannya di luar sana.

Senang bagi sesetengah pihak menuduh daripada berfikir dan bertindak demi pembangunan rakyat dan negara.



ANALYSE BEFORE BLAME

It is clearly a cheap publicity stunt statement  by Anina regarding the toll hike issue since it  actually bring benefits to the country. The compensation is now being paid unnecessarily to the highway concessionaires where those who benefit out of it is the middle class people compare to those who might need it more in remote area.

It is also unfair for even Sarawak and Sabah people where the same tax paid by them is used to compensate the toll used by Peninsular people alone.

GST revenue cannot be used to pay the compensation where the main reason of GST implementation is for the nation development not to pay the concessionaires.

In the other hand, the amount of money that can be saved by thru the toll compensation can be channeled to the development of the nation as well especially to the outer city and remote location where road, medical and education facilities can be improved which will benefit those who really need it.

It is easy to play the blame game than to think and act wisely for the benefit of the nation. But then again, you're just eyeing for cheap publicity.

Wednesday, October 14, 2015

Perutusan Ma’al Hijrah 1437/2015 YAB Perdana Menteri


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

1. Alhamdulillah, fajar 1 Muharam 1437 takwim hijri kini menyingsing menerangi alam dan kita akan dihubungkan kembali kepada peristiwa agung yang memberikan impak yang tinggi kepada ketamadunan insan, iaitu peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda ke Kota Madinah. Kota bertuah ini yang sebelumnya bernama Yathrib yang bermakna ‘dukacita’ telah bertukar kepada Kota Yang Bercahaya (Madinah Munawarah). Cahaya yang memancar daripada Madinah inilah, yang telah menjadi sumber kepada transformasi ketamadunan dan kemakmuran manusia kemudiannya.

2. Limpahan cahaya ini akhirnya telah mewarnai serta mencorakkan Tanah Arab, Eropah, Afrika, benua kecil India hatta ke China. Sudah tentu gugusan Nusantara juga telah disinari dengan cahaya rahmat ini. Malah ada pakar-pakar sejarah menukilkan bahawa sejarah Islam di Nusantara ini telah bermula seawal zaman hayat baginda Nabi Muhammad SAW lagi.

3. Sesungguhnya, sejarah adalah sumber penting untuk kita mengorak langkah ke hadapan serta paksi dalam kita membentuk wawasan. Wawasan nasional kita adalah iaitu untuk menjadi sebuah Negara Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi. Manakala wawasan global kita pula ialah untuk menjadikan dunia yang mengandungi panca negara, bangsa, bahasa dan agama ini sebagai medan kehidupan yang sejahtera dan makmur.

4. Itulah juga yang telah saya tekankan semasa berucap dalam perbahasan umum Sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-70 di New York tempohari. Saya menegaskan sesebuah Negara Islam itu berperanan untuk mempromosikan perlumbaan dari segi kemuliaan, pengetahuan, kebaikan, simpati dan merendah diri – tetapi yang penting, tanpa paksaan.

5. Hari ini kita berhadapan dengan corak ekstrimisme yang pelbagai bentuk wajahnya. Di satu pihak, ekstrimis radikal seperti kumpulan IS membuat onar mencalar kesucian wajah Islam yang sebenar. Pada satu hujung yang lain, muncul pula kelompok pelampau yang menjadikan liberalisme sebagai akar-budi mereka. Pelampau liberalisme ini telah melonggarkan segalanya hatta agama. Ini juga satu ekstrim yang membawa ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan negara.

6. Marilah kita teruskan perjalanan transformasi kita, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertuah yang berpegang dengan pendekatan wasatiyyah bersendikan Maqasid Syariah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah adalah pegangan kita. Walau cabaran ekonomi dan politik menyergah kita, namun dengan izin Allah Taala, cita-cita kita untuk menjadi sebuah negara maju yang makmur akan kita teruskan.

7. Semoga dengan semangat hijrah ini menjadi sumber kesungguhan dan iltizam kita untuk menjadi umat yang terbaik dan mampu membawa rahmat risalah Islam ini keseluruh alam sepanjang zaman.

Sekian, wabillahittaufik wal hidayah wassalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.





Tuesday, October 13, 2015

Inikah Malaysia?

Gambar Hiasan

Want to know Malaysia, travel abroad, and at the end you will come back and love Malaysia. For some people, if they still think Malaysia is no good, well you are skunk.

Old post taken from Siao Kent Sing's facebook wall....

see if our government terrible enough and deserves to be replaced?

*****

I use to be one of the people that condemn the Government for “unfair” treatment being a Chinese. Let’s face the fact, we always felt that we are probably the eight class counting from the top e.g. UmnoPutra, MCAPutra, MICPutra, MalayPutra, BumiPutra etc… but as I dwell down trying to understand the situation in our country, it is not as bad as I thought.

Well, one thing for sure, if you have seen some of my photos, you would have guess that I travel quite a lot… especially to neighboring countries and this I must say thank to Tony Everyone Can Fly theme. As I travel further and more countries, I tend to realize how fortunate that my ancestor decided to land in Malaya and not other country.

As a Chinese, obviously I will be concern of Chinese welfare but when I compare the Chinese in Malaysia with others in this region, I truly could smile with what I had. Some of the observation that I had encountered over and over when I was abroad…

1. Name me one country in this region that has more Chinese school. Whoa… whenever I brought this up, my Chinese friends always will taruk me… “Wei… we build the school using private money lah. Government where got help?” Excuse me… I believe Government does have some allocation to the Chinese School but that is beside the point. The point here is that our Government deserves to be given credit to allow the Chinese to build Chinese school here. Are you telling me that the Chinese in Indonesia, Vietnam and Philippines are poorer than us? Think again. Being well to do and able to donate money to build school does not automatically qualify you to get permit to build. Try do that in Middle East? See… sometimes we tend to forget the most fundamental requirements.

2. Name me a country in this region that has more Chinese movies or drama shown on local TV. I still remember during my younger days, the only series that is available are 4 sekawan. Nowadays, the housewife is even entertain while doing their cooking. I still remember watching the Pao Ching Tian (Justice Pao) in Thailand and they talk in Thai… damn… I catch no ball. Did our Government force the Chinese to watch Justice Pao in Bahasa?

3. When I was in Indonesia, I saw a very sad sight. People putting tikar on the lawn in front of the hospital while waiting for their turn to consult with the doctor. And I am saying without shed… right under the burning sun. Try do that when you are not feeling well. Here? Aircond and fan. Oh… I need to mention this as well. Some of you may be aware that my mother-in-law was involved in a hot-and-run accident. Well… she recovered and guess what? Being a Malaysian Citizen, her bill from the General Hospital is only RM250. And the “fare” for the ambulance to bring her back from Seremban GH to Port Dickson only RM23.00. Bear in mind, she is still too weak to walk. Why don’t you people check how much to pay when you need to see a doctor in Indonesia, Vietnam etc. And my sister-in-law is a Vietnamese and she say if you do not give “Ang Pow” to the nurse or doctor there…. Then prepare to wait till the cow comes home for the treatment.

4. When I was in Philippines, in Makati district, when I was walking from the hotel to look for dinner, 2 young girls (Based on their feature, I would say they are either 14 or 15 years old. Could be younger) approached me and say this “Sir… sir… you want blow job? We give good blow job.” For those that do not know what is blow job… please write to Soi Lek and he can give you a crash course on this.

5. OK… how about Singapore. Well, when I retire, I want to stay retire. I do not want to end up in McD or serving the popular Singapore Hainanese Chicken Rice. Hell… if retiring in Singapore is so good, then our Johor friends will not have to worry about the hike in their housing. How to compete… just cross the bridge they are twice richer than us and can buy any property there for their retirement.

There are many more examples but you will need to experience that yourself. You will need to have the first hand experience in most of the things that we complaint here e.g. Education, Medical, Housing, Fuel etc etc. Thereafter, give that some deep thought. Afterall…. Everyone can fly nowadays. Haha.

Thursday, October 1, 2015

Serian Diisytihar Bahagian Ke-12 Sarawak



SERIAN: Serian melakar sejarah baru apabila hari ini secara rasminya diisytiharkan sebagai Bahagian Ke-12 di Sarawak.

Majlis Penyerahan Tugas Baru Pentadbiran Bahagian Serian telah berlangsung di Dewan Masyarakat Serian yang disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Mohd Morshidi Abdul Gani, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Dato Seri Michael Manyin ak Jawong dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot ak Jaem.

Michael Manyin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Adenan Satem yang bersetuju mengangkat Serian sebagai sebuah bahagian baru.

“Selama 5 tahun kita di Serian menyusun perancangan dan pembangunan yang pesat, akhirnya pada hari ini Serian secara rasminya dinaikkan menjadi sebuah bahagian baru yang dikenali Bahagian Serian.

“Kita akan memastikan Serian terus maju dan berkembang pesat dengan membina beberapa lagi infrastruktur antaranya Pejabat Residen Serian sebagai pusat pentadbiran dan membina kompleks pentadbiran yang akan menempatkan bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi tunjang kepada pembangunan mampan”, katanya.

Bagaimanapun, menurutnya lagi walaupun majoriti penduduk di Serian ini adalah berketurunan Bidayuh, tetapi Serian ini adalah milik semua kaum.

“Kita di Serian ini hidup bersama tanpa mengira kaum dan sebab itu Serian bukan sahaja milik orang Bidayuh, tetapi juga semua kaum”, ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 1,000 hadirin yang hadir di hari bersejarah itu.

Michael Manyin turut menggesa kepada seluruh penduduk Serian untuk terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak yang telah selama ini telah melaksanakan tugasnya dengan baik khususnya dalam membangunkan kawasan luar bandar.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Haji Morshidi bin Abdul Gani mengumumkan Residen Serian disandang Dahim Nadot dan dibantu Sinde Muling sebagai Pegawai Daerah Serian dan Suhandi bin Tugiman sebagai Pegawai Daerah Tebedu.

Turut sama hadir ialah Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Hj Mohd Naroden Haji Majais, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Jerip Susil, Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Haji Yahaya Basimin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup Martin Ben, ADUN Sadong Jaya Aidil Lariwoo dan ADUN Balai Ringin Snowden Lawan serta ketua-ketua masyarakat. -klekspress

Saturday, September 12, 2015

PBB Sarawak teramat malu diajar PKR? - Nurhanim Mokhsen



Bawa-bawalah mengucap Puan Nurhanim oi..

Nasib ahli PKR Sarawak sendiri pun tak hirau rasa nak jaga. Sepatutnya edarkan borang keahlian sekali macam DAP, barulah dianggap satu kebajikan yang lengkap...untuk rakyat, lebih-lebih lagi untuk parti.

Kalau setakat edar mask kepada pengguna jalan raya pun jadi modal cara ajar PBB, lebih baik lupakan saja niat nak jadi wakil rakyat.

Ada seribu satu macam kebajikan yang PBB buat sebelum ini tak pernah dipolitikkan. Kebanyakan kes, hanya sipenerima dan sipembantu sahaja yang tahu. Inilah budaya dan cara PBB berkhidmat.

Gambar bawah adalah salah satu aktiviti pemuda armada PBB di kawasan N6 Tupong. Ada banyak lagi... cuma penulis malas nak upload dan buat artikel cara berpolitik yang betul kepada PKR...

Armada Pemuda PBB edar topeng muka kepada warga Kuching


Memandangkan keadaan jerebu yang melanda kawasan Bandaraya Kuching telah mencecah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat, Armada Pemuda PBB hari ini telah mengambil initiatif mengedarkan topeng muka secara percuma kepada penduduk setempat.

Ketika dihubungi, jurucakap Pemuda PBB berkata, selepas solat Jumaat sebentar tadi, lebih dari 2,000 keping topeng muka diedarkan di Masjid Kudei Lama, Masjid Attaqwa, Masjid Kampung Lintang dan kawasan-kawasan berdekatan masjid tersebut. Setakat jam 11 pagi tadi, bacaan IPU di Kuching telah mencecah 164 iaitu tahap tidak sihat. - Sarawakiana


Tuesday, September 8, 2015

DAP tenat dengan kekukuhan MALAYSIA hadapi KEGAWATAN Ekonomi global



Saya meneliti cadangan DAP berhubung Lima Jalan Keluar Menyelamatkan Ekonomi Malaysia. Cadangan tersebut dikemukakan oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong semasa berucap di Forum The Rocket di Kluang, Johor pada 13 Ogos 2015.

Pertamanya, beliau menyatakan bahawa YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak perlu berundur dari menjadi Perdana Menteri.

Beliau menyatakan bahawa;

"Kita patut akui bahawa Datuk Seri Najib Razak merupakan satu ‘masalah’ kepada Malaysia hari ini." Meski pun beliau mengakui walaupun terdapat faktor-faktor global lain yang menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara, Najib adalah punca kepada kehilangan keyakinan terhadap integriti institusi-institusi di Malaysia.

Pada saya beliau seharusnya menyatakan secara jujur bahawa Malaysia menduduki tangga ke 8 TERBAIK dari 144 buah negara di seluruh dunia yang diiktiraf oleh World Economic Forum 2014/15 dari aspek ketelusan, tadbir urus kerajaan dan ekonomi berdaya saing.

Selain dari itu beliau sewajarnya menerima hakikat bahawa agensi-agensi penarafan antarabangsa seperti Moodys Analytic memberi penilaian yang positif terhadap ekonomi dan kewangan Malaysia dan tiada seorang pun pakar-pakar ekonomi dan kewangan dunia yang menyatakan bahawa Malaysia berada dalam krisis ekonomi dan kewangan.

Selain dari itu International Monetary Fund (IMF) pula membuat unjuran bahawa tahun-tahun 2015-2020 merupakan tahun-tahun krisis kewangan dan ekonomi dunia dan hanya MALAYSIA, Chile dan Republik Rakyat China sahaja dijangka mampu bertahan.

YB Liew Chin Tong juga menambah dan menganggap bahawa YAB Dato' Seri Mohd Najib sebagai "bangkai bernyawa" dan mempertahankan Najib sebagai mengundang lebih banyak kemudaratan.

Saya berpendapat bahawa beliau dan parti DAP sedang tenat dan menjadi bangkai bernyawa setelah perpisahan dengan sekutunya PAS dan kegagalan ‪#‎BERSIH4‬.0.

Banyak kemudaratan yang diterima oleh syarikat-syarikat kepunyaan pemimpin dan kroni-kroni DAP apabila GST diperkenalkan di mana mereka gagal menipu dan memalsukan akaun syarikat serta mengelakkan diri dari membayar cukai yang sepatutnya bagi tujuan pembangunan negara.

1MDB pula dianggap sebagai musuh ketat yang perlu diperangi kerana ia berjaya mengembangkan sayap perniagaannya di seluruh dan membantu ekonomi serta usahawan Melayu/Bumiputera pada skala besar.

Saranan kedua beliau adalah dengan melantik Menteri Kewangan yang baru dan kompeten sedangkan beliau sepatutnya meneliti prestasi kewangan negara yang berjaya mengurangkan bajet defisit dari 1.3% hingga 7.6% tahun demi tahun.

Peningkatan rezab tunai Bank Negara Malaysia dari RM314 Billion (2014) kepada RM320 Billion pada tahun ini juga menjadi indikator penting kecemerlangan YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan.

Saranan ketiga beliau benar-benar melucukan hati saya di mana YB Liew mahu supaya kerajaan menetapkan GST pada kadar sifar (0%) dan ini menunjukkan kebodohan beliau di mana TIADA mana-mana dari 160 buah negara yang telah melaksanakan GST menetapkannya pada kadar sifar.

Satu perkara yang beliau tidak nafikan adalah ekonomi global hari ini tersekat dalam situasi yang tidak seimbang sambil memberikan contoh kebergantungan terhadap ekonomi Amerika Syarikat sebagai destinasi tunggal pengguna.

Beliau juga saya lihat begitu jahil dengan menyatakan bahawa, "Kita hanya memiliki potensi eksport yang terhad; itu pun jika ada!", sedangkan umum sedia maklum bahawa Amerika Syarikat bukanlah satu-satunya rakan dagang Malaysia.

Saranan keempat beliau adalah menghentikan projek mega melibatkan kroni dan YB Liew Chin Tong mahu semua projek mega melibatkan kroni diletakkan pada sebuah penilaian ‘kesan tukaran nilai matawang asing’.

Nampaknya beliau tidak ada keberanian mendedahkan siapakah kroni-kroni tersebut sebagaimana pihak Barisan Nasional mendedahkan kroni, penyelewengan dan salah urus tadbir projek terowong bawah laut Pulau Pinang serta Darul Ehsan Investment Group (DEIG), Selangor.

Bukankah lebih baik jika beliau mengakui tidak wujudnya kroni-kroni tersebut dan projek-projek berskala besar seperti tren berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura dan juga projek MRT telah lama dirancang bagi faedah kepentingan majoriti rakyat Malaysia?

Beliau juga seharusnya tidak menimbulkan isu suntikan dana kerajaan bagi membiayai projek-projek berskala besar untuk faedah majoriti rakyat, tetapi perlu lebih kritikal perompakan wang rakyat di Negeri Selangor.

Atas keprihatinan beliau terhadap pengimpotan tenaga buruh murah dari Bangladesh bagi membiayai projek-projek tersebut, saya sarankan agar beliau membantu pihak kerajaan mengesan lima puluh ribu pelancong asing dari Taiwan, Singapura, Hong Kong dan China yang dipercayai umum menjadi pengundi hantu kepada DAP pada Pilihanraya Umum 13 yang lalu.

Seterusnya saranan kelima beliau adalah menghentikan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir dan saya percaya saranan ini lebih bermotifkan sikap phobia beliau dan DAP terhadap potensi tenaga-tenaga buruh dari Bangladesh dan Indonesia yang beragama Islam dan bukannya tenaga buruh dari Philipina, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Republik Rakyat China. Beliau tidak lain dan tidak bukan hanya mengulangi saranan YB PJ Utara, Tony Pua untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya umum yang lepas. Mengapa? Anda fikirkanlah sendiri.

Pada penutup ucapan beliau menyatakan bahawa;

"Kita sedang berhadapan saat getir. Malaysia memerlukan pemimpin politik dan ekonomi yang kompeten dan berintegriti untuk mengatasi fasa yang sukar ini." Saya percaya DAP sedang menghadapi saat-saat getir dengan cara dan pendekatan kerajaan melalui agenda dan program transformasi yang memihak kepada rakyat marhaen berbanding kapitalis dan usahawan-usahawan kroni DAP.

Akhir kata, sukacitalah saya menyeru kepada rakyat Malaysia agar meneliti dengan data dan fakta sebelum menerima bulat-bulat apa yang disajikan kepada anda oleh mana-mana pemimpin.

Monday, September 7, 2015

Kejayaan pentadbiran Najib yang telah dinafikan

Gesaan Tun M Untuk Turunkan Najib Bagi Pulihkan Ekonomi Adalah Dangkal

1. Kata Tun Dr Mahathir dalam blognya –"selagi Najib berkuasa selama itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalah gunakan.”

2. Secara terbaliknya, Tun M mendakwa "jika Najib dijatuhkan maka ekonomi akan meningkat, nilai Ringgit akan meningkat, saham akan meningkat, kos sara hidup menurun, hutang negara akan berkurangan, pengangguran akan berkurangan dan berbilion duit rakyat tidak disalah gunakan.”

3. Bunyinya macam hebat, tetapi sebenarnya kenyataan Tun M ini tidak bersandarkan realiti dan fakta. Realitinya bukan hanya ekonomi dan matawang Malaysia sahaja yang terjejas, sebaliknya ia adalah fenomena global dan serantau yang menjejaskan ekonomi dan matawang kebanyakan negara.

4. Fakta (1), sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat dan kekal stabil. Kadar pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2008 adalah 4.8%, 2009 (-1.5%), 2010 (7.4%), 2011 (5.2%), 2012 (5.6%), 2013 (4.7%), 2014 (6.0%) dan 2015 (4.9% - terbaru). Dari segi perbandingan antara negara pula, kadar pertumbuhan ekonomi AS adalah pada 2.7%, China 7%, Jepun 0.7%, Thailand 2.8%, Indonesia 4.67%, Australia 2%, New Zealand 2.6%, Korea Selatan 2.2%, India 7%, Italy 0.7%, Jerman 1.6% dan Singapura 1.8%.

5. Fakta (2), bukan sahaja Ringgit jatuh tetapi matawang lain juga turut jatuh. Dollar Australia antara yang jatuh teruk. Nilai Ringgit pernah meningkat 6% dan Dollar Australia pula pernah meningkat 7% terhadap Dollar AS. Bagaimanapun sehingga pertengahan bulan Ogos, Ringgit telah mengalami penurunan sebanyak 13.33%, Rupiah Indonesia 9.88%, Won Korea Selatan 8.35%, Baht Thailand 6.99% dan Dollar Australia pula lebih 20%. Kenapa nilai matawang kebanyakan negara jatuh? Antara faktor paling utama, nilai Yuan China menurun, harga komoditi yang rendah dan spekulasi peningkatan kadar faedah AS. Matawang negara-negara Asia jatuh berikutan penurunan nilai matawang oleh China yang dikatakan sengaja dilemahkan bagi meningkatkan kembali pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Dijangka China akan menurunkan nilai Yuan sehingga 10%. Ketika ini, penurunan Yuan baru sekitar 4.61 %. Harga minyak mentah global, Brent yang turun sehingga 29% sejak bulan Mei memberi kesan kepada Malaysia yang sejumlah pendapatannya datang dari sumber minyak. Pengeksport komoditi lain seperti Australia, Kanada dan New Zealand juga mengalami kemerosotan kerana kebanyakan komoditi diniagakan menggunakan Dollar AS. Seperti Malaysia, Australia juga turut terjejas dengan penurunan Yuan kerana jumlah eksportnya  yang tinggi ke China.

6. Fakta (3), selain Bursa Saham Kuala Lumpur, pasaran saham di seluruh rantau ini juga jatuh dengan Indeks Komposit Jakarta mendahului dengan kejatuhan 3.1 peratus diikuti oleh Indeks Hang Seng Hong Kong yang turun 2.38 peratus. Analisis Indeks MSCI ke atas pasaran saham dunia sejak Januari sehingga Ogos 2015, menunjukkan penurunan global pasaran saham (dalam Dollar AS) sebanyak - 6.7%, 'Emerging Markets' (-16.7%), AS (-5.0%) dan UK (-9.7%). China mengalami penurunan sebanyak -15.0%, Korea Selatan (-14.1%), Taiwan (-14.7%), Australia (-19.7%), Singapura (-21.5%), Malaysia (-26.0%), Indonesia (27.3%), Germany (-6.4%) dan Sweden (-6.3%)

7. Fakta (4), jika Tun M mendakwa GST menjadi faktor peningkatan kos sara hidup, maka sudah tentu rakyat di negara lain yang mempunyai kadar GST yang lebih tinggi akan lebih terbeban. Kadar GST di Malaysia hanya 6%, sedangkan di Thailand (7%), Indonesia (10%), Singapura (7%), Korea Selatan (10%), India (12.36%), China (17%), Australia (10%) dan New Zealand (15%).

8. Fakta (5), dari segi Indeks Kos Sara Hidup, sehingga pertengahan tahun 2015, kedudukan Malaysia adalah di tangga 94, bermaksud kos sara hidup di Malaysia masih lebih rendah berbanding 93 buah negara lain di dunia. Berdasarkan Indeks Kos Sara Hidup Expatistan pula, kos sara hidup di KL hampir sama dengan Jakarta, lebih rendah 4% daripada di Manila, 6% lebih rendah daripada Bangkok dan 56% lebih rendah daripada Singapura.

9. Fakta (6), sejak Najib menjadi Perdana Menteri, biarpun jumlah hutang negara meningkat kerana Hutang Negara diberikan takrifan baru oleh IMF, namun usaha untuk mengurangkan hutang telah dilaksanakan dengan lebih bersungguh-sungguh dan konsisten. Defisit perbelanjaan tahunan menurun sejak Najib mengambil alih pentadbiran, iaitu dari 6.7% pada tahun 2009, kepada 5.4% (2010), seterusnya 4.8% (2011), 4.5% (2012), 3.9% (2013), 3.5% (2014) dan dalam bajet 2015, 3.0%, tetapi dinaikkan sedikit kpd 3.2% akibat penurunan harga minyak dunia dan bencana banjir besar.

10. Fakta (7), peratus hutang terhadap GDP Malaysia ini masih rendah, iaitu 52.8% berbanding AS (102%), Jepun (230%), Italy (132%), Singapura (99%), UK (89.4%) dan Jerman (74%).

11. Fakta (8), kadar pengangguran di Malaysia adalah 3.1%. Kadar ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan Australia (6.3%), China (4.04%), UK (5.6%), Jerman (4.7%), AS (5.3%), Jepun (3.3%), Indonesia (5.8%), New Zealand (5.9%), Korea Selatan (3.7%), India (4.9%) dan Itali (12%).

12. Fakta (9), sehingga hari ini Tun M masih gagal membuktikan Najib menyalah gunakan berbilion duit rakyat. Mulanya Tun M mendakwa RM42 bilion hilang, kemudian mendakwa hanya RM27 bilion hilang. Apabila dibuktikan kesalahan pengiraan Tun M, Tun M mendakwa sebanyak AS$1 bilion pula hilang. Kemudian Tun M mendakwa AS$700 juta dilesapkan ke dalam akaun Jho Low. Hari ini Tun M mendakwa kononnya RM2.6 bilion dilesapkan dan masuk ke dalam akaun Najib. Walaupun SPRM telah menyatakan bahawa duit tersebut bukan daripada 1MDB dan terdapat empat (4) keping surat yang membuktikan bahawa duit itu disumbangkan oleh penderma, Tun M masih lagi berkeras menuduh Najib menyalah gunakan wang rakyat walaupun tanpa sebarang bukti.

13. Jika Tun M bercakap benar dan berdasarkan fakta, Tun M sudah tentu sedar bahawa menjatuhkan Najib TIDAK AKAN memulihkan ekonomi Malaysia SECARA DRASTIK. Najib dan 1MDB TIDAK ADA di negara-negara yang disebutkan tadi tetapi pertumbuhan ekonomi di negara-negara tersebut tetap merosot, nilai matawang dan indeks saham juga terus jatuh, kos sara hidup dan kadar GST lebih tinggi, hutang negara jauh lebih banyak dan kadar pengangguran juga jauh lebih tinggi. Menjatuhkan Najib untuk pemulihan ekonomi segera hanya AUTA dan PEMBOHONGAN Tun M semata-mata.

Thursday, August 27, 2015

BERSIH 4.0 lebih patriotik? NGO pun mabuk ketum..

Mereka yang sertai BERSIH 4.0 lebih patriotisme tinggi kerana bukan partisan?

Fikirkan semula.... jangan kerana tidak faham impak ekonomi yang merundum akibat kejatuhan harga minyak dunia, kita pula yang mahu 'menang sorak kampung tergadai' akibat kedangkalan dalam permainan politik pihak yang cuba menangguk di air keruh.

Siapa sebenarnya penaja BERSIH 4.0 yang begitu gah di seluruh negara? NGO mana yang terlalu banyak peruntukan untuk kempen seperti ini?

Patriotisme jenis apa yang dimaksudkan jika tujuannya untuk mewujudkan ketegangan dan ketidakstabilan politik sehingga menakutkan para pelabur-pelabur luar yang juga majikan-majikan kepada puluhan ribu anak tempatan di negara kita?

Jangan jadi alat kepada dakyah DAP yang hanya mahu berkuasa dengan menjatuhkan kerajaan sedangkan mereka sendiri sarat dengan skandal dalam pemilihan parti yang lalu.

Tak faham mainan politik, NGO Politiking ke laut....

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/turun-ke-bersih-4-satu-patriotisme-kata-ngo-pesara-tentera





Saturday, August 22, 2015

Bersih 4.0 di Padang Merdeka, Kuching diharamkan!

Rakyat Sarawak diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan BERSIH 4.0 yang akan dibuat di Padang Merdeka, Kuching.

Sekali lagi rancangan pembangkang untuk menyebar propaganda anti-BN melalui kempen politik jalanan sebagai kaedah untuk mewujudkan kepimpinan yang bersih (kata mereka)...

Antara yang hadir adalah MASTERMIND pembangkang yang penulis yakin kempen ini ditunjangi oleh DAP.

Kebiasaannya perhimpunan seperti ini akan berakhir dengan demonstrasi luar kawal, tak pun berlaku Vandalisme seperti yang kita lihat terjadi di Kuala Lumpur sebelum ini.



Mari kita lihat siapa yang akan datang nanti.. sebelum ini majoriti pro-pembangkang Sarawak kononnya tolak 100% budaya 'politik kecoh' di semenanjung.

UMNO tidak wujud di Sarawak, jadi sudah tentu UMNO bukan punca kecelaruan politik di Sarawak.

Apabila kerajaan negeri menyekat beberapa individu yang boleh membawa budaya politik tidak sihat daripada semenanjung, terdapat segolongan rakyat Sarawak pro-pembangkang menghentam kepimpinan BN Sarawak. Kononnya salah guna kuasa, takut kepada kebenaran dan bermacam lagi..

Dan apabila berada dalam keadaan seperti biasa, mereka inilah juga antara yang berlebih-lebihan dalam kempen Sarawak for Sarawakian (-Tolak budaya politik semenanjung, tolak Malaya dan seumpamanya..)

Memang hipokrit dah jadi darah daging pembangkang... sebusuk-busuk politik di semenanjung, tak pula pernah dengar kempen anti-Borneo, kempen benci orang Sarawak, kempen semenanjung for semenanjungian atau Johor for Johorian yang menyampah kepada warga selain negeri sendiri.

Sedarlah, jika tidak mahu budaya politik kotor di Malaya melanda Negeri Sarawak, jauhilah semua jenis kempen politik tidak sihat tajaan pembangkang.

Kalau nak juga lepas geram kepada kerajaan sedia ada, sila lakukan secara sah di peti undi ketika pilihanraya kelak. Tak perlu buang masa, buang tenaga, buang duit pada perkara yang tak berfaedah. Orang Sarawak bijak, bukan tukang kecoh yang melalak supaya individu tertentu dapat keuntungan dalam politik.


Kerajaan tidak benar Perhimpunan BERSIH 4.0 di Padang Merdeka

KUCHING: Kerajaan negeri mengeluarkan notis tidak membenarkan Perhimpunan BERSIH 4.0 diadakan di Padang Merdeka pada 29 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, Roslan Bek mengesahkan bahawa pejabatnya telah menerima notis tersebut sejak Khamis lalu.

“Penganjur Perhimpunan BERSIH 4.0 sebelum ini berkunjung ke Balai Polis bersama lapan orang pengiring jam 10 pagi kelmarin.

“Pertamanya saya maklumkan kepada mereka, niat mereka mengadakan perhimpunan di Padang Merdeka tidak terlaksana kerana kita telah menerima bantahan daripada kerajaan negeri.

“Surat datang dari Pejabat Ketua Menteri dan kita sudah melalui semua proses perundangan yang ditetapkan di bawah akta perhimpunan. Saya nyatakan apa terkandung di dalam surat itu perkara tersebut kita letakkan dalam syarat dan perhimpunan hanya dibenarkan oleh pemilik.

“Mereka diketuai Nicholas Mujah selaku yang menandatangani surat pemberitahuan di bawah seksyen 19 (1) untuk penganjuran perhimpunan itu,” katanya ketika mempengerusikan sidang media pada Perhimpunan Bulanan di Balai Polis Tabuan Jaya di sini semalam.

Menurutnya, setelah menerima notis pihaknya menampal di kawasan yang mana penganjur berniat membuat perhimpunan dan pemilik kepada kawasan tersebut pada 13 Ogos lalu.

Bagaimanapun, dalam tempoh 48 jam pihaknya menerima surat bantahan daripada kerajaan negeri menyatakan tidak membenar penggunaan padang tersebut atas alasan membaik pulih.

Pihak kami juga sudah menyerahkan 20 syarat termaktub dalam seksyen 15 termasuk tidak membawa senjata atau kanak-kanak dan banyak lagi undang-undang perlu dipatuhi.

“Paling mustahak perhimpunan itu hendaklah dilakukan di tempat tertutup dan mendapat kebenaran daripada pemilik kerana polis tidak mempunyai kuasa melarang sebarang perhimpunan aman melainkan terjadinya rusuhan,” jelasnya.

Roslan juga mencadangkan agar penganjur meneruskan niat mereka untuk diadakan di Stadium Perpaduan atau padang ragbi Song Keng Hai yang berkemungkinan bersesuaian.

Perhimpunan itu juga dipercayai diadakan melebihi 24 jam iaitu bermula jam 2 petang pada 29 Ogos sehingga 11.50 malam pada 30 Ogos ini.

“Kalau dibuat di kawasan terbuka berkemungkinan menyebabkan gangguan lalu lintas, perjalanan perniagaan dan sebagainya. Sebab itu, jika diadakan di stadium dengan meminta kebenaran terlebih dahulu mungkin bersesuaian.

“Sekiranya penganjur masih berkeras mahu mengadakan perhimpunan di Padang Merdeka ia sebenarnya melanggar Seksyen 15 dan Seksyen 20 dan pihak kita boleh menangkap tanpa waran.

“Kita bukan tangkap penganjur kerana perhimpunan itu tetapi kesalahan melanggar syarat-syarat lain dan sekiranya didapati bersalah boleh membawa hukuman tidak lebih RM10,000 denda.

“Jadi, saya minta mereka patuhi arahan seperti mana yang kami bincangkan.

“Pada saya penganjur mempunyai niat baik kerana mematuhi kehendak undang-undang dari peringkat awal, jangan saat akhir pada 29 Ogos mereka langgar undang-undang,” tambahnya.

Roslan menasihati agar orang ramai yang mengetahui perhimpunan itu dibatalkan tidak hadir kerana salah di sisi undang-undang.

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada orang ramai dan anggota yang menunjukkan kecemerlangan sepanjang Ogos.

Turut mengumumkan Timbalan KPD, DSP Fauzilan Abdul Aziz bertukar ke Universiti Malaya menjawat jawatan sebagai Pegawai Keselamatan di bawah Gred 48 bermula 1 September ini.

Upacara serah terima tugas kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuching, DSP Lim Bak Thai pada Isnin ini, jam 10 pagi.



Saturday, August 15, 2015

Berhenti memfitnah saya - Fadillah

Kepimpinan tertinggi UMNO sudah berkali-kali menjelaskan bahawa parti itu sekali-kali tidak akan mengembangkan sayapnya ke Sarawak. Rasanya sejak bertahun-tahun yang sudah, kita telah menjadi saksi kepada kenyataan seperti ini. Malah sebelum Datuk Seri Najib memegang amanah sebagai Perdana Menteri.

Namun gerakan pembangkang tetap memainkan isu ini dengan niat untuk menyemarakkan rasa benci dengan sentimen anti-malaya khususnya parti UMNO yang menjadi tunjang kekuatan Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia.

Mungkin fitnah, politik benci menjadi sumber utama mereka untuk menjadi tokoh yang paling mulia di negeri Sarawak. Jadi usahlah para menteri kita bersusah payah cuba menerangkan perkara-perkara yang mereka tidak pernah buat. Pembangkang tegar amat suka menyebar fitnah, mereka bukan jenis yang risau tentang kebenaran. Otak mereka tenat..

Abaikan saja kenyataan orang-orang gila di pihak sebelah sana...


Berhenti memfitnah saya - Fadillah



Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusuf menegaskan beliau tidak pernah mempromosi UMNO untuk masuk ke Sarawak.

"Hentikan fitnah siber kononnya saya mempromosi UMNO ke Sarawak. Saya dan Pemuda PBB tidak akan pernah berbuat demikian."

"Seperti ditegaskan pucuk kepimpinan Pusat dan Negeri, UMNO tidak akan masuk ke Sarawak," tegasnya lagi.

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemuda PBB di Miri semalam.

Sejak kebelakangan ini, terdapat poster palsu yang tersebar di media sosial yang kononnya Fadillah sedang dalam usaha untuk membawa UMNO ke Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem (Presiden PBB) juga telah acap kali menafikan yang UMNO akan masuk ke Sarawak.

Fitnah tersebut dilihat sebagai usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecahbelahkan PBB serta mengganggu gugat hubungan rapat PBB dan UMNO. - Sarawakiana

Friday, August 14, 2015

Tiada yang baik tentang Najib?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. Seolah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM4 per USD1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2015/08/1998-2015.jpg

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksud dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,

Amin bin Yatim
Petaling Jaya.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/08/warkah-buat-rakyat-malaysia-najib-razak-umpama-kain-buruk-kita-sedang-memusnahkan-negara-sendiri/

Fakta kejatuhan nilai ringgit yang Macai tak tahu

Hari ini kalau buka saja facebook, rata-rata warga kita sudah bijak berbicara tentang ekonomi negara... daripada teori spekulasi sehingga ke bab hukum agama, kebanyakannya menghentam tanpa ada satu pun pandangan yang adil buat pemimpin negara.

Bukan nak pertahankan atau menghukum sesiapa, tetapi jika nak bercakap tentang tanggungjawab orang lain biarlah kita faham benda yang kita cakap.

Kejatuhan matawang ringgit negara tidak hanya dialami oleh Malaysia sahaja tetapi juga melibatkan matawang negara jiran yang lain.



KEJATUHAN NILAI RINGGIT

Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia. 

Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.

Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula. 
Ada juga yang menyalahkan Najib dan UMNO. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka’. 

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :

•    Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS 
•    Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS 
•    Indian Rupees hilang  38 peratus berbanding dolar AS 
•    Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS 
•    Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS 
•    Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS 
•    Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS 

Adakah saya perlu teruskan? 

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.

Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.

Apabila kita lihat pada Ringgit,

• kita  lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2 peratus) 

• kita lebih kukuh berbanding Rupiah India (10 peratus) 

• kita  lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14 peratus) 

• kita  lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18 peratus) 

Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.

Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20 peratus? 

Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini. 

Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998. 

Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88). 

Mungkin mereka yang rancak  menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu.  Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. 

Dulu, 

a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan 

b) Isi rumah yang membebankan 

b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus 

c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi. 

Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3 peratus hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999. 

Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12 peratus. Itulah yang berlaku pada masa itu. 

Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini. 

Tetapi dimasa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?

1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat? 

2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti? 

3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat? 

4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia? 

5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?

6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda? 

Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika. 

Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain. 

Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan "Stabil" kepada Malaysia.

Hakikat sebenar, tiada seorangoun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini.

Rencana asal dari
Goh Wei Liang

Tuesday, August 11, 2015

Gara-gara stiker #TangkapNajib, wanita ditahan polis di Kuching..

Tak perlu jadi 'macai' semata-mata nak tunjuk awak itu peka politik. Kalau tak suka Najib, apa untungnya yang kamu dapat dengan iklan untuk bagitau satu dunia kononnya kamu nak Najib ditangkap? Ada duit hasil iklan? elaun kempen?

Akhirnya susah yang datang mengundang..

Rakyat Sarawak tinggi budi bahasa, kalau berpolitik bukan dengan cara provokasi. Ini bukan budaya kita. Jangan jadi HIPOKRIT mengata politik orang semenanjung tidak beretika sedangkan kamu yang duduk di Sarawak melebih-lebih daripada orang bekerjaya yang makannya, tidurnya, hidupnya dikelilingi oleh politik segalanya..


Syabas PDRM.


Wanita ditahan polis untuk diambil keterangan.

Gambar sticker yang dimaksudkan


10 Ogos - KUCHING : Pihak polis semasa membuat rondaan pada pukul 2.55 petang, di hadapan Tabung Haji Travel, Jln Kulas, terserempak dengan sebuah kenderaan yang diletakan di tepi jalan.
Pemeriksaan lanjut oleh pihak polis mendapati terdapat perkataan ‪#‎TangkapNajib‬ berwarna putih dibelakang cermin kenderaan tersebut.

Pemilik kenderaan tersebut, seorang wanita berumur 31 tahun, telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk membantu siasatan polis.

Kes disiasat dibawah Sek 504 Kanun Keseksaan ( Dengan sengaja mengaibkan dgn niat hendak membangkitkan pecah keamanan ).


Hukuman sekiranya didapati bersalah :-

Boleh dihukum penjara sampai 2 tahun atau denda atau Kedua-duanya.
Pihhak polis nenasihatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana orang yang melanggar peraturan ini. Dan Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mempamerkan pelekat yang seumpamanya dimana-mana bahagian kenderaan.

KPD KUCHING.

Sumber artikel 

Sunday, August 9, 2015

Tol jambatan Tun Salahuddin, keputusannya akhir tahun 2015

Kutipan Tol di Jambatan Lanang sudah dimansuhkan. Ketika warga di semenanjung Malaysia mengalami kenaikan harga tol, di Sarawak pemimpin BN berusaha menghapuskan konsesi kutipan tol untuk rakyat. Terima Kasih Ketua Menteri Sarawak.


Sasar mansuhkan tol Jambatan 
Tun Salahuddin akhir tahun ini

KUCHING 3 Ogos – Rundingan bersama syarikat konsesi tol Jambatan Tun Salahuddin bagi memansuhkan kutipan diharap membuahkan hasil baik menjelang hujung tahun ini.

Menurut Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, beliau berharap syarikat tersebut akan mencontohi usaha syarikat konsesi Jambatan Lanang di Sibu yang memansuhkan tol bagi kepentingan rakyat.

“Sekarang, hanya tinggal satu lagi tol iaitu Tol Jambatan Tun Salahuddin belum dimansuhkan.

“Saya harap dapat keputusan bagus sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Pusat Sumber Tun Openg, Kampung Bandarsah di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Perumahan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nassar dan Pengerusi Pertubuhan Anak Seni Bandarsah, Abdul Rahman Zainuddin.

Adenan memperuntukkan RM100,000 kepada Pertubuhan Anak Seni Bandarsah disamping RM300,000 daripada Abang Johari bagi membeli sebidang tanah.

Tambah Adenan, beliau juga menyeru agar diberi mandat selama lima tahun lagi untuk meneruskan agendanya sebelum mengundur diri daripada politik.

“Walaupun dalam masa singkat ini, banyak yang kita dapat capai.

“Sebab itu, saya minta tempoh lima tahun lagi agar kita dapat mengecapi lebih banyak kejayaan untuk negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, Abang Johari memberitahu, beliau juga melahirkan harapan agar Adenan terus memimpin negeri ini dalam lima tahun akan datang.

“Kita harap, beliau yang meng­utamakan rakyat akan terus me­mimpin,” ujarnya.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/sasar-mansuhkan-tol-jambatan-8232-tun-salahuddin-akhir-tahun-ini-1.120074#sthash.PbzYiily.dpuf