Showing posts with label Lim Kit Siang Lim guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Kit Siang Lim guan Eng. Show all posts

Saturday, October 19, 2013

DAP mahu bawa Singapura masuk Malaysia?

DAP kempen buruk-burukkan UMNO, mereka sengaja mahu membuatkan rakyat kita terutama Bumiputra agar lupa agenda sebenar mereka.

Sejarah telah menunjukkan bagaimana orang melayu dilantik sebagai Presiden pertama Singapura namun sebaik diambil alih oleh Benjamin Henry Sheares, tiada lagi orang Melayu/Bumiputra dilantik untuk memegang sebarang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Begitu juga jawatan Perdana Menteri, tidak pernah dipegang orang Melayu walhal Singapura sebelumnya adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Perkara sama juga mereka akan lakukan terhadap negara kita sekiranya kita tidak melihat kepada diskriminasi sebenar kaum seolah-olah bumiputra seperti warga third-class dan sering diperlekehkan.

Orang Melayu/Bumiputra Islam bukan kaum yang menguasai ekonomi,  selama ini pun hanya tegas terhadap kepimpinan Islam yang dipertahankan. Itupun cuba dipertikaikan oleh DAP yang mahu pemimpin kalangan bukan Islam untuk memimpin negara kita.

Di Sarawak, hak tanah adat dipertahankan oleh karajaan negeri sehingga menyukarkan taikun-taikun cina memiliki tanah sepertimana dilakukan di negeri lain. Tidakkah kita rasa sesuatu perlu diakukan DAP untuk mengubah keadaan ini?

Ia akan diubah, perlembagaan kerajaan negeri Sarawak akan diubah. Bagi DAP, tanah adat sepatutnya milik semua rakyat yang berkemampuan untuk memilikinya. Selagi kita tidak lupa, kita tidak akan termakan umpan dengan slogan UBAH DAP, kerana apa yang hendak diubah sebenarnya ialah penguasaan mereka yang lebih layak dari segi ekonomi dan taraf pendidikan, bukan untuk menambahbaikkan taraf kehidupan rakyat yang sedia ada.

Renungkan kupasan artikel di bawah yang harus kita tahu;


APAKAH AGENDA SEBENAR INGIN BAWA SINGAPURA MASUK MALAYSIA??

Adakah pengibaran bendera ini tanda bahawa pakatan pembangkang di Selangor bersedia bergabung dengan Singapura? Namun persoalannya kenapa hendak dibawa masuk Singapura ke Malaysia dan kenapa kena tunggu Pakatan Rakyat berkuasa di Malaysia. Kalau Singapura nak masuk balik dengan Malaysia boleh sahaja diadakan rundingan dengan Kerajaan yang sedia ada? Apa agenda sebenar dengan kemasukkan Singapura ke Malaysia ini sekiranya benar?


Dan bendera ala Singapura ini juga sedang dikibarkan di seluruh negeri Selangor.Baca Selanjutnya


Sudah pasti dengan kemasukkan Singapura ke Malaysia maka kerusi-kerusi Parlimen di Singapura yang sebanyak 87 kerusi tersebut akan turut dibawa masuk. Sudah pasti rakyat Singapura yang rata-rata rakyat import Cina dari Hong Kong dan China yang kaya-raya yang membeli kewarganegaraan Singapura dengan jumlah beratus ribu SGD itu juga akan dibawa masuk bersama.

Dengan masuknya Singapura kembali ke Malaysia DAP dan PAP akan secara automatik mempunyai kerusi deposit lebih kurang 81 kerusi parlimen yang mana itulah jumlah kerusi parti PAP menang di parlimen dari 87 kerusi yang dipertandingkan untuk kerusi-kerusi parlimen di Singapura pada PRU ke-16 Singapura pada 7 Mei 2011.

Bayangkan PR rakyat dah ada 81 kerusi Parlimen deposit yang jumlah tersebut lebih kurang 1/4 daripada jumlah kerusi yang akan dipertandingkan untuk PRU di Malaysia sekiranya Malaysia digabungkan dengan Singapura. Di Malaysia kita ada 222 kerusi Parlimen campur dengan 87 kerusi Parlimen Singapura jumlah 309 jumlah keseluruhan.

Pada PRU 12 tempoh hari Pakatan Rakyat telah berjaya mendapatkan 75 kerusi Parlimen kalau dicampur dengan 81 kerusi parlimen PAP. Maka sampai bila-bila mereka akan pasti mendapat majoriti mudah kerana mereka ada deposit 81 kerusi parlimen di Singapura melalui parti PAP. Dengan ini mereka telah mempunyai 156 kerusi parlimen.

Inilah sahaja cara bagaimana DAP untuk merampas kuasa dari tangan orang Melayu di Malaysia ini dan seterusnya dapat menukar negara Malaysia ini kepada negara Republik dengan kemasukkan semula Singapura ke Malaysia.

Bayangkanlah Singapura yang mempunyai 3.26 juta rakyat mengikut statistik pada bulan Jun 2011 yang mana lebih kurang 76% adalah berbangsa Cina dan hanya 13.8% berbangsa Melayu dan 9.2% bangsa lain. Bermakna lebih kurang 2.5 juta rakyat Singapura berbangsa Cina juga turut masuk Malaysia menjadi rakyat Malaysia dan secara automatik akan menjadikan bangsa Cina sebagai kaum minoriti di Malaysia ini.

Ekonomi pula, lebih ramai mereka yang sudah pasti teramat kaya raya terutama jutawan dari Hong Kong dan Tanah Besar Cina yang menjadi warganegara ekspress Singapura akan menjadi rakyat Malaysia-Singapura dan ini akan menyebabkan secara automatik lebih kuat cengkaman ekonomi oleh mereka. Maka apa akan jadi kepada orang Melayu yang majoriti di Malaysia-Singapura nanti?

Apa dah jadi dengan kaum minoriti Melayu di Singapura?

Nauzubillah. Ya-Allah jangan lah Engkau benarkan perkara ini berlaku di Tanah Barakah Malaysia ini. Kau Lindungi lah Tanahairku ini dan Kau Laknat dan kau Azab lah mereka yang cuba menghancurkan Tanahair ku ini.

Sunday, October 13, 2013

Rahsia kenapa DAP guna Maskot Kenyalang



Dalam Malaysia setiap negeri ada ikon negeri masing-masing. Kebanyakan yang kita tahu, gambar haiwan tertentu digunakan dan diberi penghormatan oleh pemimpin kita, kerana kekuatan, keberanian dan juga kerana kecerdikannya, dengan menjadikannya sebagai lambang-lambang negeri dan ikon dalam acara-acara sukan.

Sebagai contoh, Negeri Melaka menggunakan lambang kancil kerana digambarkan sebagai binatang yang pintar, serta mampu memperdayakan haiwan-haiwan yang besar dan gagah, serta bengis. Negeri Kelantan dengan Kijangnya, kerana pemerintah pada zaman dulu amat menyayangi binatang ini lalu dijadikan sebagai lambang negeri. Negeri Sabah pula dengan Burung Raja Udangnya kerana ia melambangkan sifat-sifat kemerdekaan, kerajinan dan ketetapan rakyat Sabah.

Bagaimana dengan Sarawak?

Seperti yang kita tahu, Burung Enggang ataupun dalam panggilan lainnya Burung Kenyalang berkait-rapat dengan identiti negeri Sarawak. Bagi sesetengah orang Dayak Kenyalang ialah Dewa Perang mereka dan menjadi burung negeri Sarawak. Di Malaysia, sebut sahaja negeri Kenyalang, serta-merta orang tahu ia merujuk kepada negeri Sarawak. 


Dan mengapa ikon-ikon ini sangat penting hingga memainkan peranan terhadap persepsi rakyat di negara kita dan juga di mata dunia? Ia sebenarnya adalah simbol  kebesaran dan penyatuan rakyat dalam sesebuah negeri. Jelas sekali Ia tidak dibuat untuk bersuka-suka dan disebarkan tanpa membawa apa-apa maksud disebaliknya..

Maka sebab itulah DAP menggunakan Burung Kenyalang sebagai maskot dalam kempen politik mereka. Mereka cuba mendoktrin pemikiran rakyat supaya melihat Kenyalang sebagai satu ikon kebangkitan parti mereka sekarang. Bukan hanya lambang rasmi kerajaan negeri dan acara sukan menggunakannya, tetapi juga sebagai lambang penguasaan politik pembangkang di negeri Sarawak. 

Keterujaan DAP pada maskot Kenyalang. Walhal burung Kenyalang tidak sedikitpun melambangkan apa-apa pada parti DAP

Dari sini kita lihat DAP sebenarnya tidak mampu menggunakan ikon roket mereka sendiri  kerana ia lebih membawa maksud 'untuk Malaysia'. DAP sedar, masyarakat bumiputra Sarawak cukup sensitif dalam isu tanah, maka kempen pilihanraya DAP pada kali ini seolah-olah mahu membebaskan diri daripada persepsi parti kecinaan oleh bumiputra disamping cuba membuatkan rakyat lupa yang mereka adalah parti yang berpusat di Semenanjung Malaysia. 

Sejak daripada dahulu lagi, rakyat Sarawak melihat DAP sebagai parti dominasi Cina yang hanya bertumpu di kawasan bandar-bandar sahaja tetapi pada kali ini mereka mahu mengubah penampilan agar kononnya lebih bersifat kenegerian melebihi identiti sebagai parti kaum Cina.

Gambar yang membawa seribu satu maksud. Mengapa Dr. John Brian memegang papan 'Impian Malaysia' dan bukan 'Impian Sarawak' seperti yang dipegang Chong Chieng Jen dan Lim Guan Eng? Tidak sedarkah dia...?
 
Banyak cara halus yang digunakan DAP antara lain ialah dengan memperkudakan bumiputra Sarawak untuk mencapai apa yang dihajati. Bumiputra Sarawak sejak dulu menolak kemasukan DAP, tetapi kempen buruk-burukkan peribadi pemimpin BN boleh menjadi barah dalam daging tanpa counterback daripada BN membuatkan mereka kelihatan berjaya. Undi protes, adalah satu-satunya harapan DAP untuk melihat sokongan rakyat beralih arah.

 

Beautiful!  Look.. so bright! What is that? Oh.. it Sarawak...

Sungguh megah DAP dengan ikon Sarawak, gemilang cahayanya pada waktu malam. Indah sungguh pemandangan untuk nikmati. Penyokong DAP melihat ini sebagai satu wawasan, negeri Sarawak akan dirempuhi dengan kekuatan undi protes nanti hasil pembohongan yang telah mereka jaja. Akhirnya tanah Sarawak bakal diteroka  sebagaimana tanah-tanah negeri di bawah jajahan politik mereka. 

Ramai yang mulanya sokong kini merana. Janji dulunya untuk rakyat kini beralih tanpa harapan. Kepada siapa mereka mengadu, kerajaan yang dulu tidak dapat membantu. Orang Sarawak bangsa pahlawan, tidak menangis dan tidak akan mengalah.. tanah Sarawak tidak lagi dijajah. 

DAP Penang, you all can keep dreaming all day at all time. No more land grabbing under the name of your infrastructure development. That is an oldfashion tricks to cheat poor innocent native residents. They are aware now... if you really want to help, please start with those people in kampung where you make them to abandoned their own home like below links,


Gembiranya pengundi DAP, tidak dapat dibayangkan dengan seribu perkataan, hanya gambar di bawah menjadi saksi..

 



 

Most Dayak probably can read and understand very well what is written on the maskot's beak. It could means, Sarawak for Dayak people, eh?
Guan Eng for Dayaks. DAP to ensure no more massive land grabbing by BN and to secure Dayaks previllage in the country at once. Right..?

Sarawak bukan untuk dirampas parti politik. Sarawak hanya untuk diamanahkan kepada pemimpin yang rakyat pilih. Bukan dengan cara undi protes, tetapi undi kepercayaan terhadap parti. 
     
Berhati-hatilah dengan slogan UBAH DAP. Ia juga bermaksud untuk mengubah apa yang dinikmati oleh rakyat khususnya Bumiputra Sabah dan Sarawak. Janganlah kita tertipu dengan lakonan DAP yang sentiasa tersasul dengan skrip yang direka oleh mereka sendiri....

Sunday, September 29, 2013

Kenyataan Media Pendaftaran Pertubuhan Behubung Penipuan Lim Guan Eng DAP


Pendaftar Pertubuhan di sini ingin menerangkan sekali lagi lagi tentang isu Pemilihan CEC DAP khasnya untuk pemahaman semua yang terlibat secara langsung dalam hal ini memandangkan tindakan pemimpin DAP yang mendukacitakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus belajar membaca dan memahami apa yang telah dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula CEC DAP. ROS tidak pernah menyatakan yang DAP tidak boleh mengadakan ‘Special Congress’ tetapi hanya telah mengingatkan DAP supaya mengikut peruntukan-peruntukan dalam Undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan semula tersebut. Dalam hal ini penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu sepertimana yang tercatat di dalam Undang-undangnya harus di patuhi.

Harus di tekankan disini bahawa DAP telah menghadapi tindakan mahkamah oleh ahli-ahlinya sendiri dan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan. Adalah tidak wajar ROS di kaitkan dalam hal ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri.

Namun demikian, walaupun Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966 menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya bila hak ahli-ahlinya terjejas.

Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya.

DATO’ ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN
Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Monday, September 23, 2013

10 pembohongan Media yang menyebabkan peperangan

Rakan pembaca yang dihormati sekalian,

Sekadar ingin berkongsi tentang bahaya pembohongan yang boleh meruntuhkan sesebuah negara. Pembohongan boleh merosakkan agama, pembohongan juga boleh membuatkan manusia menjadi tidak waras sehingga mudah termakan hasutan.

Kempen pembohongan melalui media adalah senjata paling ampuh Barat sering digunakan untuk meruntuhkan kepimpinan sesebuah negara yang mereka kehendaki. Antara contoh kita lihat di bawah;

10 peperangan yang bermula dengan pembohongan

Jika diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula.



Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama telah dimanipulasikan. Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran. Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan.

1) Perang Vietnam (1964-1975)


Pembohongan Media: 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera Amerika Syarikat di Teluk Tonkin.

Analisis Perang: Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media White House.

Matlamat: Untuk mencabar kemerdekaan Vietnam dan mengekalkan dominasi Amerika Syarikat di rantau ini.

Kesan: Berjuta-juta mangsa, kecacatan genetik (Agent Orange) dan berlaku masalah sosial besar-besaran.

Kawasan semburan Agent Orange

Kecacatan genetik disebabkan Agent orange

2) Perang Grenada (1983)


Pembohongan Media: Pulau Caribbean kecil telah dituduh membina pangkalan tentera Soviet dan untuk menyelamatkan doktor Amerika Syarikat.

Analisis Perang: Semuanya palsu. Presiden Amerika Syarikat Reagan mencipta semua alasan itu dari awal.

Matlamat: Untuk mencabar reformasi sosial dan demokratik Perdana Menteri, Maurice Bishop (yang telah dibunuh). Reagan berkata 'Kita tidak boleh membiarkan komunis apaches untuk mengambil alih taman peribadi kita'.

Kesan: Serangan US Marine, penindasan kejam dan pemulihan kawalan ke atas negara.

3) Perang Panama (1989)

Manuel Noriega menjadi kambing hitam kerakusan US.

Pembohongan Media: Pencerobohan oleh tentera marine Amerika Syarikat adalah dirancang untuk menangkap presiden Manuel Noriega yang dituduh mengedar dadah.

Analisis Perang: Ejen CIA Noriega mendakwa kedaulatan terusan Panama berada pada akhir pajakan. Ini tidak dapat diterima oleh Amerika Syarikat yang terus mahu menguasai terusan Panama.

Matlamat: Untuk mengekalkan kawalan Amerika Syarikat (komunikasi strategik).

Kesan: Amerika Syarikat telah mengebom dan membunuh 2000 hingga 4000 orang awam, berita yang diabaikan oleh media.

4) Perang Iraq (1991)


Pembohongan Media: Iraq mencuri inkubator di Kuwait (Bandar Materni).

Analisis Perang: Media ciptaan yang dihasilkan oleh Hill & Knowlton agensi pengiklanan, yang dibayar oleh Pemerintah Kuwait sendiri.

Liga Arab juga bersekutu dalam menyerang Iraq

Matlamat: Untuk mencabar Timur Tengah dan untuk mengekalkan dominasi Amerika Syarikat dan mengekalkan kawalan tentera Israel ke atas rantau tersebut.

Kesan: Tak terkira jumlah mangsa semasa perang, diikuti oleh sekatan dalam tempoh yang lama termasuk ubat-ubatan.

5) Perang Somalia (1993)


Pembohongan Media: Bernard Kouchner mengakui dirinya sebagai wira kempen kemanusiaan di Somalia.

Analisis Perang: Empat syarikat besar Amerika Syarikat telah membeli satu perempat daripada Somalia yang kaya dengan hasil bawah tanah, terutamanya minyak.

Matlamat: Untuk mengawal ketenteraan di rantau strategik.

Kesan perang terhadap rakyat Somalia

Kesan: Tidak dapat mengawal Somalia, Amerika Syarikat mengekalkan negara ini di dalam huru-hara.

6) Perang Bosnia (1992 - 1995)


Pembohongan Media: Firma Amerika Syarikat Ruder Finn dan Bernard Kouchner mengecam panggilan 'kem-kem penghapusan Serbia'.

Analisis Perang: Ruder Finn dan Kouchner berbohong. Orang-orang kem tahanan perang bersedia untuk pertukaran. Presiden Muslim Bosnia Itzebegovic mengakuinya.

Matlamat: Menyerahkan kawasan tersebut untuk kawalan multinasional, mengawal Sungai Danube dan jalan Balkan.

Kesan: Empat tahun perang menakutkan untuk semua bangsa (Bosnia, Serb dan Croatia).

7) Perang Yugoslavia (1999)


Pembohongan Media: Telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di Albania dan Kosovo oleh tentera Serbia.

Analisis Perang: Pembohongan besar seperti mana yang diakui oleh Jamie Shea, jurucakap rasmi NATO.

Matlamat: Untuk mengenakan kawalan NATO ke atas kawasan Balkan dan transformasi sebagai Pasukan Polis. Juga untuk membina pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kosovo.

Kesan: 2000 mangsa pengeboman NATO. Pembersihan etnik Kosovo oleh Tentera Pembebasan Kosovo yang dilindungi oleh NATO.

8) Perang Afganistan (2001)


Pembohongan Media: Bush mahu membalas dendam selepas 9/11 dan menangkap Osama Bin Laden.

Analisis Perang: Tidak ada bukti kewujudan pertubuhan Al-Qaeda. Bagaimanapun, Taliban telah mencadangkan untuk mengekstradisi Bin Laden.

Matlamat: Untuk kawalan ketenteraan rantau Asia ini yang strategik, untuk membina satu saluran paip merentasi Afghanistan untuk mengawal pembekalan tenaga Asia Selatan.

Kesan: Pekerjaan jangka panjang dan peningkatan besar-besaran pengeluaran candu dan penyeludupan.

9) Perang Iraq (2003)

Media memainkan peranan awal dalam kejatuhan Saddam.

Pembohongan Media: Saddam telah menggunakan senjata kimia berbahaya yang mengakibatkan kemusnahan yang dinyatakan Colin Powel pada PBB.

Matlamat: Kawalan semua sumber minyak dan kemungkinan untuk memeras ugut pesaing seperti Eropah, Jepun dan China.

Kesan: Iraq dalam keadaan huru-hara dan perang saudara.

10) Perang Venezuela-Ecuador (2008)


Pembohongan Media: Hugo Chavez menyokong keganasan, mengimport senjata dan seorang diktator.

Analisis Perang: Chavez dijatuhkan kerana beliau seorang anti Semitik (anti yahudi).

Matlamat: Syarikat-syarikat utama Amerika Syarikat mahu mengekalkan kawalan ke atas minyak benua dan sumber-sumber lain. Mereka takut kebebasan demokrasi dan sosial Amerika Latin.

Kesan: Washington mengetuai dunia dalam memerangi seluruh benua selatan seperti sabotaj ekonomi, memeras ugut, pemasangan pangkalan tentera Amerika Syarikat di kawasan yang kaya dengan hasil bumi.

Kesimpulan


Bagaimanapun, setiap peperangan didahului dan dibenarkan oleh penipuan kempen media besar-besaran. Dan kita jauh daripada sumber cerita yang sebenarnya. Jangan kita mempercayai bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media. Kerana mereka sedang berurusniaga. Kekayaan dapat membeli 'cerita' dan didendangkan dengan menarik untuk tontonan semua.


[Sumber]