Wednesday, November 19, 2014

Kenaikan harga Tol - KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KERJA RAYA


Merujuk kepada laporan media pada hari ini bahawa tol tidak akan naik pada 2015.



Dengan ini, Kementerian Kerja Raya ingin membuat penjelasan mengenai laporan tersebut.

Apa yang dijawab oleh Timbalan Menteri Kerja Raya semasa Penggulungan Bajet 2015 Peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Kerja Raya adalah berkaitan peruntukan Bajet 2015 sejumlah RM558.69 juta  telah dipohon sebagai pampasan jika kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol pada 2015.

Kementerian Kerja Raya ingin menjelaskan bahawa ini adalah prosedur biasa untuk permohonan bajet supaya peruntukan tersedia sekiranya keputusan tidak ada kenaikan tol ini diputuskan oleh kerajaan.

Untuk makluman, tidak ada sebarang kenyataan dalam jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya yang menyatakan bahawa 2015 tidak akan berlaku kenaikan tol.

Mengikut perjanjian konsesi untuk 2015, sebanyak 20 lebuh raya yang berkelayakan untuk mendapat kenaikan tol. Syarikat tersebut seperti yang telah disenaraikan dalam penggulungan bajet adalah seperti berikut:

Bilangan Lebuh Raya

  1. Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH)
  2. Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
  3. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  4. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
  5. Storm Water Management and Road Tunnel (SMART)
  6. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  7. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  8. Lebuhraya Senai Desaru (SDE)
  9. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
  10. Lebuhraya Koridor GUTHRIE (GCE)
  11. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  12. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  13. Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  14. Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  15. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB)
  16. Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)
  17. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
  18. Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
  19. Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)
  20. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

Untuk makluman, keputusan sama ada tol akan naik atau tidak, Kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang akan memperincikan semua aspek, sama ada dari segi sudut kewangan dan kos sara hidup rakyat dan seterusnya akan mencadangkan kepada Kabinet untuk keputusan berkaitan dengan sama ada tol akan dinaikkan atau tidak.

Jawatankuasa ini juga boleh mencadangkan opsyen lain dalam mengurangkan bebanan rakyat sekiranya kenaikan tol diluluskan.

Untuk itu, dimaklumkan 2015 tiada sebarang keputusan hingga kini berkaitan sama ada akan dibenarkan kenaikan tol atau pun tidak seperti dilaporkan oleh pihak media. Permohonan peruntukan hanya sebagai prosedur bajet sahaja.


Keputusan terbaik CM. Tarif Elektrik Negeri Sarawak akan diturunkan.

Dikhabarkan Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Adenan Satem telah mengumumkan tarif elektrik di seluruh negeri akan diturunkan berkuatkuasa 1hb Januari 2015.

Pengumuman itu dibuat dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, sebentar tadi.

Ini bermakna rakyat di negeri Sarawak akan menikmati kadar elektrik yang lebih murah berbanding sebelum ini.

Terima kasih kepada Ketua Menteri..



During his winding up speech just now, YAB CM announced that the state governnent will revised,downwards , electricity tariff effective 1st January 2015.

'Electirical tariff will be reduced.. it is because this is the right thing to do. ' - YAB Datuk Patinggi Adenan Satem.

Orang Cina tidak tahu bahasa melayu adalah PATI?

Sekadar untuk renungan.. dipetik daripada laman sosial facebook, tidak pasti kesahihannya...

Mungkin boleh dikaitkan dengan laporan kehilangan 50,000 pelancong asing di Malaysia pada tahun 2005 (sini). Kini sudah hampir 9 tahun ia berlalu, agaknya berapakah jumlah terkumpul pendatang haram China yang sudah menetap di negara kita?

- SarawakianMarks

Gambar hiasan

Apa Sudah Jadi, Bangsa Cina, Tidak Boleh Berbahasa Melayu, Ada Mykad, Boleh Mengundi?

Malaysia mungkin dilanda skandal kewarganegaraan terbesar jika benar dakwaan bahawa banyak individu berbangsa Cina dari luar negara masuk secara haram ke negara ini kini mempunyai kad pengenalan Malaysia yang sah.

Jika sebelum ini kenyataan ini hanya sebagai gosip tepi jalan, namun penemuan krew 999 TV3 dalam serbuan ke pusat hiburan di Melaka baru-baru ini membuka satu pendedahan yang mengejutkan.

Menurut pendedahan 999 malam tadi, wanita berketurunan cina bekerja Pegawai Perhubungan Pelanggan yang diperiksa oleh penguatkuasa langsung tidak boleh berbahasa Melayu meskipun mempunyai mykad atau kad pengenalan warganegara Malaysia yang sah.

“Beliau langsung tidak boleh berbahasa Melayu. Kita minta kira satu hingga sepuluh pun tidak boleh. Ini sangat meragukan. Kita serahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk tindakan,” kata pegawai penguatkuasa kepada TV3.

Menurut laporan 999 TV3, Gadis berbangsa cina ini juga mempunyai wajah berlainan dari gambar dalam Mykad dan tidak dapat mengingati nombor mykad sendiri.

Jika selama ini kita merasa hairan dengan peningkatan jumlah pengundi Cina biar pun mempunyai kadar kelahiran yang rendah, mungkin inilah yang sebenarnya berlaku. Tulisan ini bukan bersifat perkauman, kita cuma mahu kerajaan menyiasat dengan serius mengenai situasi ini.

Sudah banyak cakap-cakap bahawa terdapat usaha terancang menambah jumlah kaum Cina di negara ini melalui pemberian mykad milik orang orang cina lain yang telah meninggal. Jika beliau sudah ada mykad sudah tentu beliau juga layak mengundi. Soalnya berapa seperti gadis ini dan apakah ini punca kekuatan DAP??? -


Tuesday, November 18, 2014

Beginilah akhlak pemimpin DAP Sarawak

Akhlak orang sebegini yang dipilih penduduk DUN Pending untuk menjadi wakil rakyat.. Sungguh memalukan. Langsung tidak ada ciri-ciri sebagai seorang pemimpin walau sedikitpun.

Emosional, angkuh, biadap dan celupar... Mungkin berpunca daripada pemakanan hariannya.


Akibat Keceluparan, ADUN DAP Dirujuk Ke Jawatankuasa Tatatertib Keistimewaan DUN Sarawak


DUN Pending (DAP) Violet Yong akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada persidangan DUN Sarawak penggal ini.

Violet enggan menarik balik kenyataan yang dikatakan "mengaibkan" Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan.

Dalam kenyataan Violet, beliau menyatakan,

"Sekiranya beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab (Awang Tengah) beliau akan merasa malu dan "membunuh diri" kerana gagal dan tidur dalam melaksanakan tanggungjawabnya."

Awang Tengah, yang juga ADUN Bukit Sari telah membuat membuat usul agar Violet di rujuk ke Jawatankuasa Tatatertib Keistimewaan DUN Sarawak selepas membaca ucapan pergulungan kementeriannya di Persidangan DUN Sarawak di DUN berdekatan Petra Jaya di sini sebentar tadi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajah Fatimah Abdullah yang juga ADUN Dalat telah menyokong usul tersebut dan selepas pengundian, seramai 30 ADUN menyokong usul berkenaan sementara hanya 12 ADUN menentang.

Atas tindakan yang yang enggan menarik kenyataan beliau biarpun ditanya berulangkali oleh Speaker DUN Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nasar, Violet mungkin berhadapan dengan pengantungan untuk menghadiri sesi sidang DUN yang sedang berlangsung. - Sarawakiana


Video Fahmi Zainol kena basuh



Kesian pula bila tengok budak ini kena tenyeh hidup-hidup....

Jiwa remaja memang nak memberontak jer memanjang... usah katakan kepada kerajaan, kadang-kadang dengan mak bapak sendiri pun mereka tak reti nak membalas jasa. Perit jerih orang tua kumpul duit buat belanja hantar anak masuk universiti langsung tak dihargai.

Akhirnya mereka buat perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah walau satu sen pun... Kawan-kawan semua pakat sukalah, sokong bagai nak rak sebab kononnya berani... Tapi yang berisiko kena akta hasutan, masuk penjara nanti bukannya mereka.. ada ke tak antara mereka yang sanggup menggadaikan masa depan kerana Anwar?

Bangga ke mak bapak bila kena heret ke dalam masalah seperti ini tak pasal-pasal? Satu Malaysia tahu dah anak mereka buat hal...

Kepada mahasiswa pro-Anwar yang lain, fikir-fikirlah..



Amaran keras dari CM Sarawak kepada syarikat bodoh, bacul dan korup..

Amaran Tan Sri Adenan Satem kepada syarikat-syarikat yang bertanggungjawab terhadap aktiviti pembalakan di negeri ini benar-benar memberi kejutan buat pertama kali sejak beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Selama ini terdapat banyak kegiatan penerokaan haram oleh syarikat pembalak dilaporkan malah ada di antara mereka berani menjual nama kerajaan negeri untuk memperdayakan penduduk setempat.

Walhal kerajaan tidak sekali-kali pernah mengarahkan kerja-kerja penerokaan sehingga mengambil balak atas sebab kononnya untuk aktiviti pembangunan.

Syarikat pembalak yang tidak bertanggungjawab semakin rakus, mereka menceroboh tanah NCR milik orang kampung, merosakkan kebun dan sawah padi, merosakkan sungai dan sumber semulajadi dan sebagainya.

Ia akhirnya menyebabkan penduduk kampung mengamuk, lalu berlakulah kejadian kem-kem, lori balak dan aset mereka dirosakkan dan dimusnahkan. Kes seperti ini telah beberapa kali berlaku terutama di bahagian pedalaman Sarawak.

Kesempatan ini kemudiannya digunakan sepenuhnya oleh pembangkang tempatan yang menggunakan isu pembalakan haram seperti ini untuk memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan negeri. Mereka buatkan banner, merancangkan perhimpunan serta mengambil gambar penduduk yang sedang marah kemudian memaparkan di media sosial seolah-olah mereka telah dianiaya oleh kerajaan Barisan Nasional.

Contoh yang kita dapat lihat di sini btmmari,blogspot,com  dan www.thebornepost.com

Penulis percaya Tan Sri Adenan tidak akan membiarkan perkara seperti ini berlaku. Maka sebab itulah beliau mengeluarkan amaran yang cukup keras secara 'direct' kepada sarikat pembalakan sehingga membuatkan mereka malu untuk merasa gah seperti kebiasaan yang kita lihat.


KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK diberi "AMARAN" oleh KM Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.


Sungguh luarbiasa dan sekali lagi Ketua Menteri Sarawak membuatkan rakyatnya "terkesima" apabila Ketua Menteri Sarawak secara langsung memberi satu. Amaran berbentuk lisan iaitu “jangan main-main dengan saya” pastinya akan menusuk kalbu sehingga menguris sekelumit hati para pembalak dalam satu perhimpunan mengenai pembalakkan di Sarawak.

Malah bukan itu sahaja, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengejutkan hadirin apabila mengatakan bahawa Industri Pembalakkan di Sarawak adalah Industri yang "Korup" tatkala Perhimpunan itu disertai oleh hartawan atau orang kaya melalui industri balak Sarawak.

“Sebahagiannya, sudah tentu bukan semua, berlagak tidak tahu apa-apa."

"Alasannya sangat mudah, sama ada mereka (syarikat balak) bodoh, bacul atau korup,” - The Star

Kenyataan itu Ia mengejutkan hadiri yang terdiri daripada anggota kabinet negeri, penjawat awam dan beberapa individu terkaya di Sarawak. “ikrar integriti” mengambil peluang itu memberi amaran tegas terhadap kegiatan pembalakan haram.

Beliau malah menamakan enam syarikat itu sebagai KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK dan memberitahu mereka supaya “jangan main-main dengan saya”.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem & Menteri Tan Sri James Jemut Masing adalah menteri yang paling lantang di Sarawak.


Sumber:http://www.pengerindu.com/

Monday, November 17, 2014

Tiada ayat sesuai untuk gambarkan perbuatan TERKUTUK Red Bean Army ini..


Gambar DS Najib diubah menjadi sami hindu. Admin FB 'Bolehland' sungguh berani sehingga mengeluarkan posting seperti ini.

Harap ada pihak ambil tindakan terhadap satu fb wallpage milik Red Bean Army..  Tidak sabar rasanya hendak melihat wajah sebenar pemilik fb 'bolehland' tersebut.

Wall mereka penuh dengan posting-posting anti-Islam dan bahasanya pula sarat dengan sentimen perkauman.

Rasanya tidak ada bangsa lain lagi yang boleh digambarkan siapa mereka. Rujuk link di bawah, anda tentu akan faham apa yang penulis maksudkan..

https://www.facebook.com/bolehland.malaysia

Lihat bagaimana RBA juga gunakan akaun fb dengan nama rekaan 'Farouk Ismail' kononnya berbangsa melayu untuk menghina agama hindu bertujuan untuk melaga-lagakan kaum India dan Melayu..

Cuba teliti... beginikah pertuturan orang melayu?

Malangnya, ada pihak yang terasa dan menyalahkan kaum melayu serta orang Islam berikutan provokasi yang dibuat dengan sangat biadap seperti ini. Apakah begitu bodoh orang melayu beragama Islam sehingga tergamak melakukan perkara seperti ini?


Kemudian satu lagi mereka guna nama Surren Neru kononnya seorang berbangsa India.. Adakah begini juga pertuturan melayu kaum India? Penulis harap pembaca dapat bezakan,. 

Perkara begini banyak dilakukan terhadap rakyat Sarawak, mereka gunakan nama melayu kononnya orang Semenanjung menghina kaum pribumi di Sarawak.  Tujuannya, untuk melaga-lagakan kaum bumiputera Sarawak dan melayu di Semenanjung. Inilah cara mereka berpolitik...

Semoga Allah membalas perbuatan mereka. Kepada Allah kita berserah, kepada Dialah juga kita memohon perlindungan.
  

Panas! Kuasa ghaib dalam kabinet kerajaan Datuk Seri Najib?

Bantahan ramai pihak terhadap cadangan kerajaan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 sedikit sebanyak memberikan ruang kepada rakyat untuk menyatakan sokongan yang lebih kuat terhadap penguatkuasaan akta tersebut.

Terbaru pengerusi biro perlembangaan Majlis Perundangan Melayu (MPM), Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman membantah cadangan pihak tertentu yang mendesak supaya akta hasutan dihapuskan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.



Menurut beliau jika merujuk artikel 159 Perlembagaan Persekutuan, sebarang pindaan atau memansuhkan Akta Hasutan perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

Katanya lagi, 2 cadangan perlu ditambah ke dalam Akta Hasutan 1948 bagi menambah baik penguatkuasaannya bukan menggantikan dengan satu akta yang lain. Antara yang dicadangkan beliau ialah;
1)  Menambah isu agama - Bukan agama Islam sahaja, tetapi apa-apa yang melibatkan agama lain supaya orang ramai tak boleh sentuh hal-hal keagamaan yang menjadi isu sensitif serta boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat negara ini.
2)  Isu SSKM - Cadangan untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang membangkitkan isu berkaitan memisahkan Sabah dan Sarawak supaya keluar daripada persekutuan Malaysia.
MPM akan mengadap Majlis Raja-Raja untuk menyerahkan memorandum supaya Akta Hasutan 1948 dikekalkan.


Sebelum itu pada minggu lepas, Wanita UMNO telah mengadakan forum serta program di Kuala Lumpur bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung risiko terhadap ancaman keselamatan dan keharmonian negara sekiranya akta terbabit dimansuhkan.

Melalui perjumpaan itu pihaknya juga akan mengumpul sejuta tandatangan sebagai tanda sokongan rakyat yang tidak setuju dengan pemansuhan akta berkenaan. Ketetapan dibuat hasil perbincangan bersama pemimpin serta wakil Wanita UMNO seramai 500 orang dari seluruh negara, yang mahu kerajaan mengkaji semula cadangan pemansuhan akta terbabit.


Kenyataan Najib mansuh Akta Hasutan



Agak menghairankan, sekalipun didesak oleh ramai pihak daripada pro-kerajaan dan beberapa NGO supaya mempertahankan Akta Hasutan, respon hambar yang ditunjukkan kepimpinan kerajaan pusat menunjukkan seolah-olah Datuk Seri Najib sudah 'dikunci' oleh keputusan untuk meneruskan hasrat memansuhkan akta tersebut.

Apabila disemak kembali untuk melihat siapa di belakang Perdana Menteri yang 'berpotensi' mempengaruhi beberapa keputusan beliau, penulis teringat kembali pada satu majlis yang dibuat pada tahun lepas,


 - Penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau NUCC.


Ditubuhkan pada 11 September 2013, susulan daripada Pilihanraya Umum ke-13. Terdiri daripada 29 anggota, antaranya Marina Mahathir (SIS), Wardina Safiyah, Saifudin Abdullah dan lain-lain.

Kalangan anggota yang dipilih daripada pelbagai pihak termasuk NGO dan pro-pembangkang sebagai penasihat kerajaan dalam mempromosikan perpaduan keharmonian negara kepada rakyat. Panel tersebut juga berperanan mengesyorkan cadangan penyatuan nasional kepada kerajaan sebelum dibincangkan kepada mesyuarat kabinet.



Pertubuhan MKPN ini telah menghantar cadangan supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian yang merangkumi 3 jenis undang-undang baru iaitu,
  • Jenayah Kebencian Kaum dan Agama (JKKA)
  • Keharmonian dan Ketenteraman 
  • Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi

Masalahnya, apakah MKPN bebas daripada dipengaruhi pihak lain?

Satu-satunya menteri dalam kerajaan yang pernah menyatakan sokongan untuk hapus akta hasutan secara terbuka ialah Datuk Saifudin Abdullah. Beliau juga antara orang yang membawa usul menggantikan Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Nasional ke Putrajaya. Rujuk link



Pembangkang dalam Barisan Kepimpinan Kerajaan BN?

Peranan Saifudin Abdullah agak besar dalam MKPN. Namun siapa Saifudin Abdullah?

Kadang-kadang penulis keliru, di pihak mana Saifudin sebenarnya? Bagaimana seorang MP UMNO yang juga seorang timbalan menteri dibenarkan mempunyai pendirian bercanggah dengan parti dan beberapa dasar kerajaan dalam kabinet Datuk Seri Najib? 

Kami sebagai penyokong BN bimbang dengan keadaan jika PR diberikan kedudukan istimewa dalam barisan kepimpinan kerajaan lebih-lebih lagi apabila ditunjukkan secara terang-terangan tanpa mengira perasaan pihak parti di peringkat akar umbi..

Menyokong ketua aktivis BERSIH?


Ia boleh disalah tafsir, menjadi bom jangka dalam parti jika dieksploitasikan oleh musuh ketat UMNO iaitu DAP. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, malangnya tiada siapa boleh pastikan di mana dan bagaimana hendak mengelakkan sifat pro-pembangkang dialu-alukan dalam kerajaan lebih-lebih lagi apabila melibatkan Presiden dan KP UMNO itu sendiri.. 

Saifudin Adullah dilihat lebih liberal dan terbuka kepada pembangkang. Tanyalah pada diri sendiri, siapa yang mula-mula membuka ruang untuk para mahasiswa untuk bergerak sebagai aktivis politik yang menentang dasar-dasar kerajaan sehingga ke hari ini? 

Apakah kebebasan bersuara itu hanya dapat diterjemahkan melalui demonstrasi atau rusuhan?



Saifudin Abdullah dilihat akrab dengan Marina Mahathir yang merupakan aktivis Sisters in Islam. Beliau juga salah seorang daripada wakil dalam kenyataan media bersama SIS yang mempertahankan NGO itu daripada fatwa 'sesat' oleh MAIS, Kerajaan Negeri Selangor di Kuala Lumpur pada 6 November yang lalu.


Beliau juga dilihat seperti membuka ruang kepada rakyat untuk mengadakan demonstrasi bantahan kenaikan kos sara hidup sebelum ini.


Beliau merupakan anggota MKPN, satu pertubuhan yang bertanggungjawab mengekalkan perpaduan, keharmonian negara dan ketenteraman rakyat. Tetapi jika dilihat daripada kelibat beliau bersama aktivis-aktivis pro-pembangkang (BERSIH, PKR, pergerakan mahasiswa, KS Bawani) dan NGO Sisters in Islam, penulis merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Ada yang mendakwa MKPN diwujudkan hanya untuk selama 6 bulan sahaja. Ada juga yang mendakwa ia memainkan peranan penting dalam pembentukan Rang Undang-undang Baru menggantikan Akta Hasutan 1948. Persoalannya, adakah MKPN berperanan sebagai penggubal undang-undang yang melibatkan soal keselamatan untuk negara?

Bagaimana jika Pembangkang yang sebenarnya mencorakkan pentadbiran Kerajaan Pusat melalui MPKN yang selama ini kita anggap amat diperlukan dalam transformasi kepimpinan DS Najib? Apakah ini satu bentuk kepimpinan kerajaan perpaduan di antara kerajaan pusat bersama pembangkang secara senyap?


Sunday, November 16, 2014

Pemandu2 Sarawak lebih tahu keadaan jalanraya di negeri ini.

Pernah pandu kereta daripada Kuching ke Miri non-stop? Sesampai sahaja di destinasi, badan akan terasa lenguh, bayangan rasa gegaran/beralun hasil memori yang disimpan sejak awal bertolak. Inilah keadaan jalan luar bandar di Sarawak.

Sarawak adalah negeri yang paling besar di Malaysia. Namun kebanyakan jalanraya yang menghubungkan satu bandar ke satu bandar yang lain masih banyak kekurangan lagi.

Itu belum lagi dikira kawasan-kawasan kampung yang masih ada belum ada kemudahan jalan raya di kedua buah negeri. Jalan yang sedia ada banyak beralun, tidak rata, bergelombang di sana sini.... kenderaan 4WD kalau dipandu laju memang mudah melambung..

Jalanraya di Sarawak juga masih lagi banyak lopak dan diturap setompok-setompok. Elok juga menteri sendiri naik bas untuk melihat sendiri keadaan jalanraya di negeri Sarawak.

Untuk pengetahuan, lori-lori kargo yang bersaiz besar kerap menggunakan laluan yang sama daripada Kuching ke Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Lawas. Dalam satu malam sampai berartus-ratus buah. Jadi tidak mustahil keadaan jalanraya tidak tahan lama terutama ketika musim hujan.

Bukan sahaja keutamaan diberikan kepada Projek Pan Borneo, tetapi juga penambahbaikan jalan-jalan raya yang sedia ada selain melebarkan kepada dua lorong sehala terutama di kawasan simpang kampung dan selekoh tajam.

Kualiti jalanraya Sarawak di kawasan luar bandar kebanyakannya seperti di bawah....


Sumber gambar daripada google. Jalan di atas terletak di kawasan antara Sadong Jaya ke Kota Samarahan.

Kita harap dengan Peruntukan lebih RM30 bilion dalam Bajet 2015 yang diperolehi Sabah dan Sarawak akan memberikan harapan kepada rakyat yang memerlukan banyak penambahbaikan dari segi infrastruktur seperti jalan raya dan bekalan elektrik.

Rakyat tidak akan melenting seperti pembangkang. Tetapi mereka akan merungut apabila ditanya masalah yang dihadapi. DAP bijak menggunakan isu jalanraya dan bekalan air untuk memancing undi. Biarpun jalan yang dibina setaraf laluan tikus, namun ia dipropagandakan seolah-olah mereka telah menyelesaikan masalah rakyat di negeri Sarawak.

Kita harap ADUN BN kawasan prihatin tentang keadaan ini. Jangan nanti dekat pilihanraya baru tergopoh gapah hendak selesaikan masalah dalam masa satu dua hari. Akibatnya nanti PR juga yang popular walaupun mereka hanya tahu membantu rakyat melalui berbagai-bagai perjumpaan yang sarat dengan cakap kosong dan ceramah-ceramah memburukkan pemimpin sahaja.

p/s: Bila projek lebuhraya Pan Borneo ini akan siap agaknya..

Gimik terbaru MB Selangor yang paling dahsyat !

Masuk longkang sudah, terjah lori sampah pun sudah, sekarang gali longkang? Dahsyat MB Selangor ini.. Tak pernah dibuat orang walau di mana-mana negara dalam dunia..

Nak buat gimik pun sampai begini jadinya...? Terbaiklah Azmin.. Asalkan besok gambar-gambar seperti ini tak kena backfire diri sendiri sudah la..  :D


Sebab kenapa Bible diserahkan MAIS dan Kerajaan Selangor kepada Kristian

Mohon jasa baik rakan-rakan supaya agar tidak mempolitikkan isu bible yang diserahkan oleh DYMM Sultan Selangor kepada wakil Persatuan Gereja-gereja Sarawak, Ketua Biskop Datuk Bolly Lapok.

Terdapat salah faham mengenai penahanan Bible ini, malangnya penahanannya telah diburukkan oleh para pembangkang yang menggunakannya sebagai satu isu untuk membangkitkan kemarahan penganut-penganut Kristian demi kepentingan politik dan agenda mereka.

Kelmarin, majlis penyerahan kitab Bible tersebut dibuat di Istana Alam Shah telah disaksikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Menteri Besarnya, Mohamed Azmin.

Antara yang turut hadir ialah Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan beberapa pemimpin gereja daripada Selangor, Sabah dan Sarawak.


Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh pihak MAIS selaku penasihat Sultan Selangor mengenai penyerahan Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' kepada wakil-wakil yang hadir dalam majlis tersebut.







Saturday, November 15, 2014

Ambiga diharamkan masuk ke Sabah dan Sarawak



Hanya sehari selepas menerima anugerah antarabangsa di Hong Kong, peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan diharamkan daripada memasuki Sabah menjelang lawatan yang beliau rancang ke negeri di timur Malaysia itu.

Satu surat memaklumkan bekas Presiden Majlis Peguam itu mengenai larangan tersebut menyambut beliau setibanya di Malaysia semalam, selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group ke-4 di Hong Kong pada Khamis.

Surat daripada Jabatan Imigresen Sabah itu ialah respons kepada surat Ambiga sendiri kepada mereka pada Selasa, memaklumkan mengenai hasratnya melawat Sabah pada 25 November bagi program bersama gerakan rakyat baru, Negara-Ku.

“Saya menulis surat kepada mereka kerana tidak mahu terbang jauh ke sana hanya untuk diberitahu saya tidak dibenarkan masuk. Ia hanya satu formaliti, bagi memastikan tiada sekatan.

"Tetapi kemudian, mereka menulis balik dan mengatakan mereka menolak permohonan saya – walaupun saya sebenarnya bukan memohon kebenaran memasuki Sabah," kata penaung Negara-Ku itu kepada The Malaysian Insider.

Lawatan ke Sabah itu sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara Negara-Ku bagi "memulih semula Malaysia" dan mengembalikan rasional, perbincangan terbuka dan sivil, kesederhanaan dan keharmonian kepada negara ini.

Ia bermula pada Rabu malam di Melaka dan akan meliputi 6 negeri lain: Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur.

Disokong lebih 60 kumpulan masyarakat sivil, penaung gerakan itu ialah Ambiga, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Simon Sipaun.

Ambiga dan Samad dahulunya pengerusi bersama kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0.

Dalam surat beliau kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Noor Alam Khan A Wahid Khan bertarikh 11 November, Ambiga menulis: "Menjadi hasrat saya pergi ke Sabah pada 25 November, 2014 (Selasa) bagi menyampaikan ucapan pada satu forum mengenai perpaduan negara bersama Simon dan Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan.

"Di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63, saya berhak memasuki Sabah kerana lawatan saya semata-mata bagi melibatkan diri dalam aktiviti komuniti yang sah dan non-partisan.

"Memandangkan saya ingin memuktamadkan rancangan saya, saya menghargai pengesahan segera anda yang tidak ada sekatan bagi saya memasuki Sabah pada hari itu."

Namun Alam menulis di dalam suratnya kepada Ambiga semalam yang "permohonan" beliau dipanjangkan kepada pihak berkuasa negeri, dan "amat dikesali yang permohonan memasuki Sabah itu ditolak."

Alam tidak memberi sebarang sebab mengenakan sekatan itu.

Ambiga berkata ini kali pertama beliau tidak dibenarkan masuk ke Sabah, sambil menambah kali terakhir beliau datang ke negeri itu ialah sebelum pilihan raya umum tahun lalu dan beliau tidak menghadapi sebarang masalah.

"Saya tidak akan merayu (kepada jabatan). Saya hanya akan bawa kes ini terus ke mahkamah. Saya pasti akan lawan. Ini negara saya, saya ada hak," tegasnya.

"Saya tahu negeri ada kuasa tertentu (menghalang orang masuk), tetapi pada pandangan saya, mereka tiada sebab menghalang saya. Mereka tidak boleh sesuka hati halang sesiapa tanpa alasan yang bagus."

Dengan larangan baru ini, pergerakan Ambiga di negaranya sendiri kini terhad kepada negeri di Semenanjung; pada 2011, pengarah Imigresen Sarawak menghalang beliau memasuki Sarawak dan usahanya mencabar notis itu ditolak Mahkamah Persekutuan pada 2012.

Beliau berkata tidak tahu jika pengharaman terhadapnya di Sarawak sudah ditarik balik atau tidak, kerana dia tidak pernah cuba memasuki negeri ini.

Ditanya mengenai anugerah yang dimenanginya pada Khamis, Ambiga tidak mahu membesar-besarkannya dan berkata, ia hanya "satu majlis yang kecil dan peribadi."

Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group 2014 disasarkan bagi meraikan pencapaian wanita di dalam bidang guaman di rantau ini.

Legal Media Group ialah sebahagian Euromoney Institutional Investor PLC yang berpengkalan di London, salah satu kumpulan media perniagaan antarabangsa yang tertumpu kepada sektor kewangan antarabangsa.

Majlis pada Khamis diadakan di Hotel JW Marriott di Hong Kong, dan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Ambiga turut membuat ucapan kepada tetamu yang hadir. – 15 November, 2014. - The Malaysian Insider


Komen penulis ;

- Ambiga boleh lawan dengan apa sahaja medium untuk masuk ke Sabah. Nak masuk rumah orang kena dipersetujui tuan rumah dahulu baru boleh masuk, Bukan ikut kehendak hati main rempuh macam kempen BERSIH dulu.

Jangan lupa Sabah dan Sarawak adalah negeri yang punya autonomi sendiri. Kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengawal kemasukan orang awam lebih-lebih lagi atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Sedikit maklumat untuk dikongsikan di bawah;

Perjanjian Perkara 18 & 20 Sabah dan Sarawak;
Perkara 6: Imigresen 
Kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo (Sarawak & Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk veto kemasukan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak & Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak & Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakan orang lain daripada orang awam Kerajaan Persekutuan dari bahagian-bahagian lain Malaysia Borneo (Sarawak & Sabah).

Turut diharamkan ke Sabah ialah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Tahun lepas, Ambiga mencabar keputusan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di mahkamah atas sebab sama apabila dihalang daripada memasuki Sarawak. Beliau bagaimanapun gagal dalam tuntutannya dan tidak lagi mempunyai peluang untuk ke Sarawak.

Jika Sabah menggunakan alasan yang sama sepertimana Sarawak, maka apa jenis tuntutan pun yang Ambiga buat, pasti tidak akan dapat mengubah keputusan pengharamannya ke negeri itu. Andaikata keputusan kerajaan negeri itu boleh dicabar, sudah tentulah Anwar dan Kit Siang awal-awal lagi sudah menjejakkan kaki ke negeri Sabah dahulu.

Ramai aktivis politik dihalang daripada memasuki Sabah dan Sarawak, Gobalakhrisnan contohnya pernah cuba memasuki Sarawak sekalipun dengan alasan untuk berkempen bagi pihak BN, tetapi beliau tetap diharamkan. begitu juga presiden PERKASA, pemimpin PKR seperti Rafizi, Tian Chua, Saifudin Nasution dan yang lain-lain.

Pendekkata, Sabah dan Sarawak tiada ruang untuk mereka yang mempunyai kontroversi untuk bebas berkeliaran dan mengganggu perpaduan rakyat di negeri ini.

Habislah... JPJ akan keluarkan nombor plat di Malaysia?

Sekejap rasa setuju, sekejap rasa tak setuju. Tapi juga kebaikannya! Sekarang ini ramai mat-mat rempit buat nombor plat ikut saiz suka hati sendiri saja. 

Yang kapcai design plat nombor rapat-rapat sampai susah nak baca walaupun dari jarak dekat.. Huruf guna yang berkilat macam cermin, jenis ada tapi macam tak ada.. Ini kelebihan untuk jenayah ragut...

Yang mat-mat motor besar pula, nombor pendaftaran jenis sticker letak bawah tempat duduk, sampai kena lindung tayar belakang pun ada.. Kadang-kadang orang tak tahu pun adanya nombor pendaftaran. Contoh macam gambar di bawah...



Eloklah JPJ buat peraturan itu. Di negara barat dengan nombor plat standard tak ada pula kes terbabas sampai masuk gaung.. Cuma satu sahaja yang kita tak mahu, janganlah sampai JPJ melebih-lebih pula..

Itulah korang, hari tu troll JPJ dengan isu plat nombor sampai buat agensi u-turn.. Sekarang kita juga yang risau takut-takut nanti dorang pula balas dendam troll tu dulu. Buatnya saiz seragam plat nombor sebesar A4 paper, mampus kita...hodoh gila rupanya.... 

Habislah kereta dengan motor di Malaysia semuanya ada plat penghadang angin di belakang buat sapu pasir, daun kering ke tepi jalan..  Main-mainlah lagi korang dengan KP PJ itu... kekeke....

P/S: Macam 'ada trick' di sebalik cadangan itu - satu lagi projek juta-juta ringgit akan dibolot orang tertentu.. Siapa yang untung ye?


Cadangan hanya JPJ keluarkan nombor plat 
- Elak pemilik kenderaan langgar undang-undang.



BATU PAHAT 14 Nov. - Kementerian Pengangkutan bercadang menjadikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai agensi tunggal yang diberikan kuasa mengeluarkan nombor plat kenderaan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pihaknya akan mengkaji semula pelaksanaan itu agar semua kenderaan menggunakan nombor plat yang seragam meliputi jenis dan saiz.

Menurutnya, langkah tersebut bertujuan untuk mengelak pemilik kenderaan menggunakan nombor plat yang pelbagai sehingga melanggar undang-undang yang ditetapkan.

“Ketika ini, pemilik kenderaan dibenarkan membuat nombor plat sendiri sehingga ada segelintirnya menyalahgunakan kelebihan itu dengan menggunakan huruf dan nombor yang bersambung. Tindakan itu turut menyukarkan pihak berkuasa lain melaksanakan tugas penguatkuasaan kerana terdapat kekeliruan ketika mengesan nombor plat yang pelbagai,” katanya selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Parlimen Sri Gading, di sini hari ini.

Ab. Aziz berkata, sekiranya cadangan tersebut diluluskan, langkah berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat supaya hanya JPJ yang mengeluarkan nombor plat kenderaan. “Kaedah ini telah dilaksanakan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Singapura dan Indonesia yang menggunakan nombor plat seragam tanpa bentuk yang pelbagai.

“Selain itu, kepelbagaian nombor plat yang digunakan pemilik di negara ini menyebabkan mereka gagal diambil tindakan sekiranya melanggar had laju atau lampu merah,” katanya sambil memberitahu pihaknya turut akan mengkaji semula kaedah dan tatacara pelaksanaan penguatkuasaan serta operasi JPJ supaya dijalankan secara berhemah, teratur dan tidak menyebabkan kesesakan jalan raya.

“Kajian ini penting bagi memastikan kelancaran lalu lintas tidak terhalang selain pengguna jalan raya pula tidak terperangkap dalam kesesakan akibat operasi penguatkuasaan yang dijalankan,” katanya.

 - utusan malaysia

Surau 'dihiasi' oleh ceramah politik bukan Islam

Keadaan yang nampak biasa tapi tidak sepatutnya berlaku.. Kini kita lihat kesucian masjid/surau yang menjadi tempat ibadat dan lambang perpaduan jemaah-jemaah Islam kerap dicemari. Dengan keadaan politik yang diamalkan di Malaysia sekarang, masjid dan surau bukanlah tempat sesuai untuk menyampaikan ideologi atau kempen politik masing-masing. 

Gambar dibawah menunjukkan seorang perempuan india, penulis percaya beliau adalah KS Bawani, yang terkenal dengan viral video 'listen, listen,listen' tidak lama dulu.. 

Nampaknya video tersebut telah menjadi inspirasi untuknya bersuara dengan lebih lantang lagi..

Tidak ada maklumat tentang apa yang disampaikannya di dalam surau ini, tetapi ia mungkin ada kaitan dengan kempen solidariti 4UM9 (hentikan intimidasi terhadap mahasiswa) yang dilaungkan kumpulan sosialis yang pro-pembangkang. 

Bawani adalah penyokong Fahmi Zainol jika menurut laman wall facebooknya. 


Gambar di bawah, mungkin pada siang yang sama atau mungkin hari yang berlainan tapi guna pakaian yang sama, sedang memberi ucapan dalam kempen solidariti di Occupy UM.


Rupanya Fahmi Zainol dibantu aktivis mahasiswa luar kampus yang aktif menentang dasar-dasar kerajaan kononnya menyekat kebebasan suara mereka. Malangnya, yang ramai di kalangan penyokongnya adalah pelajar Melayu sedangkan keistimewaan mereka dijaga oleh kepimpinan umno termasuk segala kemudahan pembelajaran mereka di institut pengajian tinggi.

Ada segelintir mahasiswa percaya suara mereka adalah keramat. Merekalah penentu kerajaan, mereka juga menentukan pemerintah dan masa depan negara. 

Kata mereka kerajaan salah guna kuasa, tetapi siapa pula yang menyalah guna kemudahan yang disediakan kerajaan?








Friday, November 14, 2014

Ketua Pemuda PAS dibelasah teruk oleh pengikut sendiri kerana menyokong Fahmi Zainol


Ketua Pemuda PAS pusat yang baru dilantik tahun lepas, Suhaizan Kaiat sebelum ini berkata Pemuda PAS Malaysia (PPM) akan membuat kutipan derma bagi membantu Fahmi Zainol jika JPA menarik biasiswa mahasiswa tersebut.

Kenyataannya itu bagaimanapun mengundang rasa tidak senang di kalangan ahli-ahli PAS yang lain, kebanyakannya berpendapat Suhaizan hanya bercakap di atas kapasiti sendiri selaku Ketua Pemuda.

Hubungan PAS dengan PKR sebelum ini retak berikutan isu MB Selangor, sehingga meleret kepada pembentukan PASma (pro-Anwar) yang bertanggungjawab memecah-belahkan perpaduan pemimpin serta penyokong-penyokongnya.

Fahmi Zainol adalah pro-Anwar, sudah tentulah kebanyakan ahli-ahli PAS di kalangan penyokong presiden parti dan golongan ulama mengecam tindakan Suhaizan itu.

Malang buat kumpulan-kumpulan mhasiswa bernama Fahmi Zainol, dia bukan sahaja berdepan tindakan tatatertib daripada Universiti, malah biasiswa tajaan JPA juga diancam untuk ditarik balik. Kemana sahaja kumpulan mahasiswa ini pergi mendapat kecaman keras rakyat, hatta penyokong PAS sendiri meluat dengan kelibatnya. Itu belum lagi termasuk wall facebook Fahmi sendiri malah wall pemimpin parti pembangkang yang menyokong gerakannya.. Semuanya penuh dengan sindiran, kata cacian akibat diserang orang ramai.

Kini Ketua Pemuda PAS umpama menempah bala.. Berikut adalah posting yang menyebabkan Suhaizan dikecam..

  



Di bawah pula posting Suhaizan yang lain.. lihatlah respon pengikut beliau sendiri hanya kerana bergambar bersama kumpulan Fahmi Zainol..




Hanya disebabkan gambar ini sahaja, begitu banyak komen-komen pedas pengkritik facebooker dalam wall page Suhaizan kerana tindakannya menyebelahi Fahmi Zainol,

Antaranya,

- Dhiaul-haya' B Shaifuddin Suhaizan..kalau kamu ajak mahasiswa pertahan tanah melayu kg chubadak kami sokong..tapu kalau kamu ajak mahasiswa rempuh pagar kami tentang..bertindak ikut akhlak Islam..jangan jadi Barua Anwar..jangan rosakkan Nama Pas..bantah arak kamu x ada..bantah pondan kamu x ada..bantah sis kamu x ada..senang ckp kalau isu Islam kamu mesti x ada..jgn main playsave suhaizan..kamu dah x ada identiti pas..tapi identiti pkr..adakah kamu golongan Pasma?

- Ghazali Mohd Salleh Dia ni bukan KP Pas tp KP Anwar.... Ketua Pemuda Pas yg tiada pendirian dan Idealisma....patutlah senang di perbo?hkan oelh PKR dan DAP...sedarlah diri melukut di tepi gantang

- Farhan Ismail Fbi Kohkohkoh .. hangpa pertahankan budak hingusan ni buat ape Suhaizan Kayat .. pas puas anwar pergunakan budak ni , hang dok pertahankan budak ni ilang JPA pasal ape ? Ade anwar dtg mai tlg dye ke ? X dak kan ? Yg hang dok sebok tlg dye pasal ape ? Alang presiden kita sndrik hang pas tu dok kalut terus lari g chubadak tanpa bersalaman dgn presiden kita , jumpa ka bg semangat .. aku dok kisah la hang nk p mana ponn pastu , tp bapak org hang bkn main hang peluk cium , bapak sndrik hang bg terkontang kanting .. KP jenis ape hang ni ?


Ada banyak lagi komen-komen panas sampai tak tertanggung untuk dimuatkan dalam posting blog.

Sila rujuk sendiri.https://www.facebook.com/suhaizankayat2013

Satu pertanyaan yang biasa untuk kita semua fikirkan.. di mana Anwar Ibrahim ketika saat Fahmi Zainol dilanda musibah? Bukankah kerana dia, Fahmi Zainol merisikokan pengajiannya?

Dan kenapa Ketua Pemuda PAS pula yang sibuk-sibuk bersusah payah nak membantu walhal apa yang diperjuangkan Fahmi tidak kena mengena sedikitpun dengan perjuangan PAS?

Setakat mana kutipan tabung milo dapat menggantikan kemudahan biasiswa yang diberikan JPA kepada Fahmi Zainol selama ini? Dapatkah ia menjamin perbelanjaan pengajian sehingga tamat?



Thursday, November 13, 2014

Petanda besar akan berlaku - umat Islam masih terleka

Masjid Al Aqsa sedang diceroboh. Umat Islam lain sibuk bertelagah sesama sendiri dengan urusan dunia. Bahkan sehingga ke tahap memuliakan kaum kafir lebih daripada saudara seakidah dan seagama. Semuanya untuk hal-hal yang tidak bermanfaat untuk kehidupan selepas mati kelak.

Sesuatu akan berlaku dalam masa terdekat. Hanya Allah maha mengetahui. Sudah lupakah kita, Allah sesekali tidak akan menzahirkan sesuatu kejadian tanpa maksud atau hanya sia-sia? 



Empat bulan darah berlaku dalam jangka masa lebih kurang enam bulan pada tarikh berikut :
  • 15 April 2014, 
  • 8 Oktober 2014  
  • 4 April 2015 
  • dan 28 September 2015. 

Dengan kekerapan itu, seseorang mungkin tersalah anggap bahawa ianya adalah perkara biasa.

Terdapat kira-kira dua gerhana bulan setiap tahun , NASA berkata. Sebahagian daripada mereka - gerhana penumbra - begitu halus , mereka samar-samar kelihatan dan pergi tanpa disedari.

Fenomena bulan berwarna merah yang seakan-akan berdarah ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. (Kali terakhir bulan penuh berwarna merah darah ini adalah sekitar tahun 2012 di Pulau Besar, Melaka. Cuma kali ini apa yang luar biasanya tentang fenomena ini ialah ianya bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini dan akan berlaku satu gerhana matahari di tengah-tengahnya.

Persoalannya,“Pernahkah fenomena seperti ini berlaku dalam sejarah peradaban manusia?”

Jawabannya; “Pernah! Tetapi (sehingga setakat kemampuan pengetahuan dari pakar falak dan sejarah) ianya bukan diselang dengan gerhana matahari di tengah-tengah peristiwanya.”

Jadi fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini agak lain sedikit kerana akan berlaku gerhana matahari di tengah-tengah antara 2 kali bulan berdarah tu..

Dalam 500 tahun kebelakangan ini, ianya baru berlaku sebanyak tiga kali.

Setiap kali berlakunya fenomena ini, ianya disusuli dengan peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian. Peperangan antara haq dan bathil!

•2hb April 1493-1494 – Kejatuhan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol. Tarikh ini juga merupakan penanda kebangkitan Kristian di seluruh Eropah. Kemunculan kuasa-kuasa besar baru di bawah hukum perintah Vaticcan seperti Portugal yang akhirnya menyerang Melaka (sayap kiri pemerintahan Khalifah Uthmaniah) pada tahun 1511. Sekitar tahun yang sama itu juga Christopher Columbus telah menemui Amerika Syarikat bagi mencari penempatan baru (New World Establishment) untuk kaum-kaum Yahudi yang dihalau keluar dari Eropah. 
•15hb Mei 1948-1949 – Pembentukkan negara Israel selepas berjaya memecah-belahkan negara-negara kesatuan Arab dengan bantuan dan gerakan ketenteraan dari ‘New World Establisment’ mereka iaitu Amerika Syarikat. 
•5hb Jun 1967-1968 – Berlaku peperangan yang berlangsung selama enam hari yang akhirnya menyaksikan kejatuhan Jerusalem ke tangan Israel sehingga ke hari ini.

Kesemua kejadian dan peristiwa di atas ini berlaku dalam tempoh 500 tahun sebelum ini ketika berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ dan kesemuanya keputusan yang terbit dari peristiwa di atas adalah amat merugikan umat Islam di seluruh dunia.

Akan tetapi, bukan semua peristiwa Four Blood Moons yang memihak kepada bukan Islam. Jika dirujuk di dalam lipatan sejarah dunia, kita anjakkan sedikit ‘timeline’ lebih dari 500 tahun dahulu, maka kita akan jumpa iaitu pada 2hb Oktober 1187, Salahuddin Al Ayubi dan angkatan Islam telah berjaya merampas Jerusalem dari penguasaan Kristian dan menguasai tanah keramat itu beratus tahun lamanya sebelum jatuh semula ke pihak Yahudi pada tahun 1967.

Kejadian peperangan tentera Islam Salahuddin Al Ayubi ini juga berlaku saat fenomena ‘Four Blood Moons’ (mengikut sumber rujukkan sejarah falak). Jadi bukanlah setiap kali berlakunya fenomena ini keputusan akan memihak kepada kumpulan penentang Islam (jika berlaku peperangan)

Jadi dipendekkan cerita, selepas sesi-sesi pengiraan dan kalkulus oleh ahli-ahli falak, ahli-ahli ramalan seluruh dunia, fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini bakal mencorakkan satu lagi perubahan dunia secara umum.

Perubahan ini akan bersifat global dan akan terpalit pada setiap umat manusia di seluruh dunia. Israel dan Amerika Syarikat akan terlibat sama dalam percaturan mereka secara besar-besaran dan secara tidak langsung umat Islam akhir zaman akan diuji secukupnya.

Banyak ramalan dan andaian serta spekulasi mengenai fenomena ini telah dibuat oleh pihak-pihak dari sebelah Yahudi dan Kristian, akan tetapi hampir tiada mana-mana ‘prophecy’ dari kalangan umat Islam dunia.

Barangkali umat Islam masih lena diulit mimpi-mimpi indah atau barangkali, kita masih tidak peka dengan persekitaran perlakuan dunia. Atau mungkin kita belum faham lagi tentang bahasa dan isyarat alam yang Allah Taala kirim dan tunjuk dalam sejarah.

Kaum Zionis sudah menguasai Al-Aqsa

Di saat Yahudi dan Illuminatis sibuk menggali-gali ‘King Solomon Mine’ di Jerusalem, mungkin kini mereka sudah tahu yang ‘Gedung Penyimpanan Harta Nabi Allah Sulaiman Alay’hisalam’ sebenarnya di sebelah timur sini.

Tidak jauh dari Solomon Islands di bawah ‘Kepulauan Bugis’. Oleh itu, jaga-jaga jugalah kerana kalau terjadi apa-apa, Tanah Melayu kita ini Tanah Pusaka. Bakal menjadi perhatian dunia.

Banyak menyimpan harta-harta untuk buat jadi mahar akhir zaman dan Imam mulia. Tengok-tengok sama di Pahang, di Hulu Terengganu, di Gunung Ledang dan juga di Danau Tok Uban juga Banjaran Titiwangsa. Jaga-jaga kita semua segala yang pusaka pustaka dan bersaka.

Simpanlah tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak NASA dalam ramalan perihal akan berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini iaitu:

  1. 15hb April 2014 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah 
  2. 8hb Oktober 2014 (Hari Sukkot Yahudi) – Bulan berdarah 
  3. 20hb Mac 2015 (Hari Adar Yahudi) – Gerhana matahari 
  4. 4hb April 2015 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah 
  5. 28hb September 2015 (Hari Sukkot Yahudi) - Bulan berdarah 


Apa yang bakal berlaku kali ini adalah di luar bidang pengetahuan kita semua. Prophecy dan ramalan berbagai-bagai. Teori konspirasi juga bermacam-macam. Mungkin iya-Mungkin tidak. Mungkin ada kejadian- Mungkin tidak ada langsung.

Kalau tiada, Alhamdulillah. Kalau ada, mungkin ianya lebih besar atau lebih kecil dari isu MH370?

Mungkin ada gempa bumi/tsunami/ meletupnya gunung berapi atau hujan meteor?

Mungkin ianya lebih besar dari isu Russia-Ukraine-Crimea?

Mungkin ianya lebih besar dari pergolakan Korea Utara-Korea Selatan?

Mungkin juga perang dunia global ke-3 bakal meletus?

Sebab bunga-bunga perang sudah ada. Atau mungkin Imam Mahdi akan muncul?

Jazirah Arab sudah terbakar. Dah keluar ‘asap’ di Syam-Syria dan Mesir sekarang, Arab Saudi dan Qatar pula menjadi ‘hijau-hijauan’ tidak disentuh langsung golongan Illuminatis dengan pembangunan mencakar langit menutupi Kaabah di sini sana.

Gambar tersebar di facebook hari ini. 
Petunjuk seperti awan sedang duduk istirahat sambil berdoa

Lihatlah apa yang berlaku di Palestin sekarang. Masjid Al Aqsa sedang dikuasai regim zionis. Penduduk tempatan dihalang daripada beribadat di dalamnya. Sebahagian ruang masjid sudah dicemari, Al Quran dibakar dan menunggu masa untuk dirampas keseluruhannya.

Ia petanda sesuatu yang lebih besar akan berlaku. Dan kita umat-umat Islam di seluruh dunia, hanya sibuk dengan keadaan persekitaran kita, memikirkan untung rugi keesokan hari.


INGAT! Ini adalah sebagai pandangan sahaja. Tidak paksa sesiapa pun untuk faham apatah lagi untuk percaya. Segalanya atas ketentuanNya jua.

Wallahu’alam

Azmin Ali cipta rekod MB paling banyak masa di Malaysia

Malaysia boleh mencatat satu lagi sejarah melalui PKR. Di Selangor, Azmin merupakan satu-satunya MB yang boleh bekerja sambil membaca keseluruhan sms yang dihantar oleh pengadu di seluruh negeri berkenaan masalah sampah.

Katanya dalam sehari dia menerima hampir 1000 aduan melalui sms sahaja. Lebih menakjubkan, dia mengharapkan lebih banyak sms aduan mengenai sampah selepas ini. Penulis tabik, memang banyak masa Azmin terluang untuk meneliti setiap sms yang dikirim kepadanya, itu belum lagi nak rekod kawasan dan jumlah sampah yang dimaksudkan.

Atau sebenarnya dia main tangkap muat sahaja.. Itulah kebiasaan propaganda politik PKR yang lebih indah khabar dari rupa. Azmin boleh baca 1000 sms dalam sehari?

Dengan mesej whatsapp yang jumlahnya beratus pun kebanyakan kita terus scroll ke bawah baca bahagian yang sempat.. Inikan pula seorang MB yang terima 1000 sms sehari... Memang luarbiasa komitmen Azmin Ali.


Tempat yang patut dimulakan dengan kempen kutipan sampah


MB Selangor Terima 1,000 SMS Sehari Lapor Sampah Tidak Dikutip

SEPANG: Menteri Besar Selangor, Azman Ali mendakwa telah menerima hampir 1,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh sehari selepas mempelawa penduduk negeri tersebut memaklumkan terus kepadanya mengenai masalah sampah yang tidak dikutip.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan jumlah tersebut kerana mensasarkan lebih banyak SMS sepatutnya diterima selepas membuat pelawaan berkenaan.

"Inilah sebenarnya yang rakyat mahukan dari kami...mahu sampah dikutip.

"Mereka tidak tanyakan tentang projek (tender). Mereka hanya mahukan kawasan perumahan yang bersih," katanya ketika menghadiri perhimpunan bulanan agensi-agensi kerajaan di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, Jumaat.

Pada Rabu lalu, Azmin telah memberikan nombor telefon bimbitnya menerusi laman sosial Twitter dengan berkata,"Kalau anda nampak ada sampah belum kutip, anda text saya. Ini nombor saya, 012-2052020. Saya mahu Selangor Bersih!."

Beliau menambah, kesemua SMS tersebut telah dihantar kepada pihak berkuasa tempatan mengikut kawasan masing-masing dan akan memastikan tindakan diambil secepat mungkin.

"Ini merupakan usaha berterusan dalam tempoh tiga bulan dan selepas itu kita akan berusaha memastikan kawasan perumahan menjadi bersih.

"Saya sentiasa mengharapkan lebih banyak SMS diterima selepas ini," ujar Azmin. - mstar

Wednesday, November 12, 2014

Tidak tahan respon rakyat, JPJ akhirnya mengalah dalam bab nombor plat..


Berikutan rungutan dan aduan rakyat terhadap spesikifasi nombor plat kenderaan secara terperinci oleh ketua pengarah JPJ, akhirnya satu surat pekeliling dikeluarkan bagi menangguhkan peraturan kontroversi tersebut.

Menurut respon orang ramai, penggunaan plat nombor yang tidak mematuhi standard tidak ada kena mengena langsung dengan faktor yang menyumbang kepada statistik kemalangan di negara ini. Penguatkuasaannya dilihat menyusahkan rakyat, malah terdapat aduan kenderaan baru juga turut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman.

Berikutan arahan penguatkuasaan KP JPJ tempoh hari, sebahagian besar pengguna laman media sosial telah mengkritik beliau selain mempersenda-sendakannya dengan pelbagai versi lawak jenaka yang ditujukan khas kepada jabatan itu.

Surat yang bertarikh 12hb Nov ini mengarahkan supaya penguatkuasaan JPJ ke atas kesalahan tidak mempamirkan nombor plat yang tidak mengikut peraturan ditangguhkan serta merta dari tarikh surat dikeluarkan.

Bagaimanapun, operasi penguatkuasaan terhadap kesalahan penggunaan lampu HID dan Strobe Light diteruskan.





Menggerunkan! Puting Beliung melanda Kedah lagi..Gambar dan Video



Ribut puting beliung seakan menjadi kebiasaan di Kedah sejak kebelakangan ini. Setengah jam tadi berlaku sekali lagi ribut puting beliung di Kampung Sungai Nona, Kuala Sala, Kedah.

Beberapa rumah di Parlimen Kuala Kedah dan DUN Pengkalan Kundor telah rosak akibat bencana alam ini. Pokok-pokok besar banyak yang tumbang.

Semoga Allah melindungi mangsa-mangsa di sana. Diharap kejadian di Kedah ini tidak dipolitikkan memandangkan penduduk kampung ini adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PAS.






Sumber gambar dipetik daripada http://khairulryezal.blogspot.com/