Showing posts with label JPJ. Show all posts
Showing posts with label JPJ. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Habislah... JPJ akan keluarkan nombor plat di Malaysia?

Sekejap rasa setuju, sekejap rasa tak setuju. Tapi juga kebaikannya! Sekarang ini ramai mat-mat rempit buat nombor plat ikut saiz suka hati sendiri saja. 

Yang kapcai design plat nombor rapat-rapat sampai susah nak baca walaupun dari jarak dekat.. Huruf guna yang berkilat macam cermin, jenis ada tapi macam tak ada.. Ini kelebihan untuk jenayah ragut...

Yang mat-mat motor besar pula, nombor pendaftaran jenis sticker letak bawah tempat duduk, sampai kena lindung tayar belakang pun ada.. Kadang-kadang orang tak tahu pun adanya nombor pendaftaran. Contoh macam gambar di bawah...



Eloklah JPJ buat peraturan itu. Di negara barat dengan nombor plat standard tak ada pula kes terbabas sampai masuk gaung.. Cuma satu sahaja yang kita tak mahu, janganlah sampai JPJ melebih-lebih pula..

Itulah korang, hari tu troll JPJ dengan isu plat nombor sampai buat agensi u-turn.. Sekarang kita juga yang risau takut-takut nanti dorang pula balas dendam troll tu dulu. Buatnya saiz seragam plat nombor sebesar A4 paper, mampus kita...hodoh gila rupanya.... 

Habislah kereta dengan motor di Malaysia semuanya ada plat penghadang angin di belakang buat sapu pasir, daun kering ke tepi jalan..  Main-mainlah lagi korang dengan KP PJ itu... kekeke....

P/S: Macam 'ada trick' di sebalik cadangan itu - satu lagi projek juta-juta ringgit akan dibolot orang tertentu.. Siapa yang untung ye?


Cadangan hanya JPJ keluarkan nombor plat 
- Elak pemilik kenderaan langgar undang-undang.



BATU PAHAT 14 Nov. - Kementerian Pengangkutan bercadang menjadikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai agensi tunggal yang diberikan kuasa mengeluarkan nombor plat kenderaan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pihaknya akan mengkaji semula pelaksanaan itu agar semua kenderaan menggunakan nombor plat yang seragam meliputi jenis dan saiz.

Menurutnya, langkah tersebut bertujuan untuk mengelak pemilik kenderaan menggunakan nombor plat yang pelbagai sehingga melanggar undang-undang yang ditetapkan.

“Ketika ini, pemilik kenderaan dibenarkan membuat nombor plat sendiri sehingga ada segelintirnya menyalahgunakan kelebihan itu dengan menggunakan huruf dan nombor yang bersambung. Tindakan itu turut menyukarkan pihak berkuasa lain melaksanakan tugas penguatkuasaan kerana terdapat kekeliruan ketika mengesan nombor plat yang pelbagai,” katanya selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Parlimen Sri Gading, di sini hari ini.

Ab. Aziz berkata, sekiranya cadangan tersebut diluluskan, langkah berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat supaya hanya JPJ yang mengeluarkan nombor plat kenderaan. “Kaedah ini telah dilaksanakan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Singapura dan Indonesia yang menggunakan nombor plat seragam tanpa bentuk yang pelbagai.

“Selain itu, kepelbagaian nombor plat yang digunakan pemilik di negara ini menyebabkan mereka gagal diambil tindakan sekiranya melanggar had laju atau lampu merah,” katanya sambil memberitahu pihaknya turut akan mengkaji semula kaedah dan tatacara pelaksanaan penguatkuasaan serta operasi JPJ supaya dijalankan secara berhemah, teratur dan tidak menyebabkan kesesakan jalan raya.

“Kajian ini penting bagi memastikan kelancaran lalu lintas tidak terhalang selain pengguna jalan raya pula tidak terperangkap dalam kesesakan akibat operasi penguatkuasaan yang dijalankan,” katanya.

 - utusan malaysia

Wednesday, November 12, 2014

Tidak tahan respon rakyat, JPJ akhirnya mengalah dalam bab nombor plat..


Berikutan rungutan dan aduan rakyat terhadap spesikifasi nombor plat kenderaan secara terperinci oleh ketua pengarah JPJ, akhirnya satu surat pekeliling dikeluarkan bagi menangguhkan peraturan kontroversi tersebut.

Menurut respon orang ramai, penggunaan plat nombor yang tidak mematuhi standard tidak ada kena mengena langsung dengan faktor yang menyumbang kepada statistik kemalangan di negara ini. Penguatkuasaannya dilihat menyusahkan rakyat, malah terdapat aduan kenderaan baru juga turut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman.

Berikutan arahan penguatkuasaan KP JPJ tempoh hari, sebahagian besar pengguna laman media sosial telah mengkritik beliau selain mempersenda-sendakannya dengan pelbagai versi lawak jenaka yang ditujukan khas kepada jabatan itu.

Surat yang bertarikh 12hb Nov ini mengarahkan supaya penguatkuasaan JPJ ke atas kesalahan tidak mempamirkan nombor plat yang tidak mengikut peraturan ditangguhkan serta merta dari tarikh surat dikeluarkan.

Bagaimanapun, operasi penguatkuasaan terhadap kesalahan penggunaan lampu HID dan Strobe Light diteruskan.





Monday, November 10, 2014

JPJ mahu orang ramai mati 5,358 orang sahaja? Apa jenis punya statement daa..

Cuba dengar kenyataan pengarah JPJ melalui astro awani..

Semacam tak kena tempat apa yang dia cakap. Dengan operasi yang dibuat, JPJ cuma nak orang ramai mati seramai 5,358 sahaja...

Penonton dengar pun pelik... sepatutnya dia kata mengurangkan risiko kemalangan maut, bukannya kata nak kematian sekian sekian ramai...

Mungkin dia bercakap dalam keadaan separa sedar...


JPJ buat operasi bersepadu yang melibatkan kerjasama dengan SPAD dan PDRM. Menurut pengarah JPJ, ancaman utama kepada negara ini adalah kemalangan maut.

Operasi tersebut mensasarkan kepada 3 matlamat utama iaitu ;

1. No plat yang tidak mematuhi spesifikasi.
2. Kadar ketelusan cermin gelap.
3. Penggunaan lampu HID.

Operasi tersebut akan bertempat di 100 lokasi yang berbeza melibatkan seluruh Malaysia. Sebanyak 211 pasukan khas ditubuhkan untuk memastikan pemilik kenderaan mematuhi undang2 jalanraya.

Tujuan utama operasi dilakukan adalah untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan. Pada tahun 2013, kematian maut akibat kemalangan ialah sebanyak 6,915 nyawa. Ia melibatkan 477,500 jumlah kemalangan yang direkodkan.

Maka, JPJ mahu mengurangkan jumlah kematian tersebut memandangkan mereka ada KPI yang perlu dipatuhi. Menerusi KPI yang disasarkan oleh JPJ, jumlah mereka2 yang perlu mati akibat kemalangan jalanraya menjelang 2020 adalah sepatutnya tidak melebihi dari angka 5,358 sahaja.

JPJ mahu melakukan operasi agar jumlah yang perlu mati akibat kemalangan ialah sebanyak 5,358 sahaja. Ini adalah teori on paper. Menerusi prediction JPJ, jika operasi ini tidak dijalankan, jumlah yang akan mati akibat kemalangan adalah sebanyak 10,716.

Tujuan utama adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan automotik mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan di jalanraya.