Showing posts with label PBDS. Show all posts
Showing posts with label PBDS. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

15 Pembohongan Sarawak Report nukilan Clare Rewcastle



Sekali anda baca Sarawak Report mungkin anda tertarik pendedahannya tetapi jika anda mengkaji secara mendalam, ingin lampirkan dengan bukti dan fakta disebalik etika dan undang-undang negara, supaya anda faham dan nampak bertapa bodohnya pengarang Sarawak Report yang bercita-cita membangkitkan rasa benci rakyat terutama melayu islam, kepada Kerajaan Barisan Nasional.

1. HSL adalah sebuah public listed company, Berdasarkan Takrifan Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang.

Dari sini kita kena faham sebarang keputusan untuk menggunakan dana dan khidmat dari HSL perlu mendapat kelulusan lembaga pengarah termasuk Eastbourne Corporation Berhad. Apatah mengeluarkan dana bagi kegunaan dan kepentingan syarikat individu. Tentu boleh mencetus pertelingkahan dan tentangan lembaga pengarah. 

ADAKAH SARAWAK REPORT MEMPUNYAI BUKTI YANG ANTARA LEMBAGA PENGARAH BANGKIT MELAPURKAN PENYELEWENGAN DALAM SYARIKAT?

2. Semua accounts dan aspek2 pengurusan di audit dengan terperinci mengikut piawaian antarabangsa oleh Firma Audit yang dibenarkan dan di awasi oleh Bursa Saham mengikut Undang-undang termasuk Undang-undang Anti- Rasuah.

Dari itu jika Sarawak Report mempunyai bukti-bukti yang jelas kenapa tidak bawa kemuka aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM. Kalau ada-ada yang beralasan tidak mempercayai SPRM, jangan berdalih kerana berapa banyak kes aduan Pakatan Rakyat dalam pembicaraan dan ada yang sudah disabit kesalahan.

MALAH BELUM PERNAH SEBARANG PENULISAN DARI SARAWAK REPORT DIGUNA PAKAI SEBAGAI BUKTI SESUATU KES MEMBABITKAN BN SARAWAK?

3. Audit Public Listed Company di buat secara telus dan transparent oleh Pengaudit Bebas yang terkemuka dan arif tentang selok belok Undang-undang dan pengumuman apa-apa jua tentang Kewangan dan konntrak-kontrak yang di perolehi di buat tiap-tiap 3 bulan kepada umum/public.

Dari sini Sarawak Report tidak berani menyentuh dan menyangkal akan ketulusan ini. Jika Sarawak Report mempunyai bukti keatas soal audit. PecahPalakMikir percaya awal-awal lagi puak-puak Pakatan Rakyat berlumba-lumba membuat aduan polis dan SPRM.

4. Kedapatan kontrak dan sebagainya adalah mengikut undang-undang, amalan serta etika terbaik. Oleh itu tiada unsur-unsur rasuah berlaku didalam apajua kontrak-kontrak yang di perolehi.

Bolehkah pihak Sarawak Report buktikan salah guna kuasa ini?
Part2, Sarawak Report memfitnah tanpa had, hingga pengarangnya mempamerkan kebodohan yang melampau tanpa memahami peranan dan etika Baitumal Sarawak mengikut syara.

Tujuan sebenar Clare mainkan isu ini dengan harapan timbul perasaan syak wasangka masyarakat islam terutama warga Sarawak, bangkit dengan penuh kemarahan, kerana penyelewengan wang zakat dan wakaf adalah perkara paling sensitif dikalangan umat islam. 

ISTILAH KEWANGAN ISLAM ADALAH ISTILAH PALING DIBENCI APATAH MENJADI PENJANA KEMAJUAN, PERPADUAN DAN KEMAKMURAN MASYARKAT UMAT ISLAM DI MALAYSIA KESELURUHAN BOLEH BERSATU.

Dengan harapan pepecahan ummah sudah pasti kemenangan besar PRU13 DAPAT DINAFIKAN PADA PRN SARAWAK YANG AKAN DATANG INI. Part 2 membuktikan 6 perkara.


Yang paling ketara pembohongan pengarang amat terang memperbodoh-bodohkan rakyat, adalah idea pembohongan kontrak yang lebih menunjukan Clare Rewcastle yang terlebih bodoh.

Hanya kerana ingin menghasut rakyat membenci Yb Daud, malah peluru sebenar kepada CM dan seterusnya untuk menghapuskan Barisan Nasional dan penguasaan kuasa politik bumiputera di bumi bertuah ini. Lihat 5 perkara yang paling mudah untuk memperdayakan rakyat.

Pembohongan besar oleh Sarawak Report yang berniat jahat semata-mata adalah saja membuat cerita untuk kepentingan politik pihak tertentu.

SESUNGGUHNYA CLARE REWCASTLE BROWN ADALAH JENTERA UPAHAN DENGAN BANTUAN DANA KUASA ASING,

FUNGSINYA UNTUK MENGHALANG PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA DAN SEBAB ITULAH BELUM PERNAH SARAWAK REPORT MENYERANG MANA-MANA CAUVINIS YANG KAYA-RAYA TERUTAMA DARI DAP DAN PKR.
 - Bujang Senang

Sunday, September 15, 2013

Kewujudan 5 Parti Baru ancaman BN?


Ringkasan..


Kewujudan 5 parti politik baru memasuki arena politik Sarawak baru-baru ini menunjukkan satu perubahan ketara di negeri ini. Semuanya berlaku seolah-olah ia satu fenomena yang dibuat sebagai persediaan khusus untuk mengubah fitrah landskap politik yang selama ini dikuasai PBB, PRS dan SPDP.

Rasionalnya, kemenangan majoriti 2/3 PRN lalu telah dibantu oleh bumiputra kalangan kaum Dayak Sarawak kepada BN kerana tidak yakin dengan gerak kerja pembangkang yang dilihat dibuat dalam masa yang terlalu singkat selain tidak mempunyai calon yang sesuai seperti dimahukan rakyat kawasan.

Dengan tertubuhnya PBDS Baru kini, ia mungkin diharap untuk memberi impak kepada keputusan pilihanraya akan datang menyaingi parti-parti lain sedia ada. Segelintir pemimpin pembangkang Dayak berusaha mewujudkan gelombang " Dayakism " iaitu satu sentimen yang sebenarnya tidak begitu serasi dengan dasar perpaduan di bawah komponen Barisan Nasional kerana ia lebih mengundang kepada perpecahan lebih-lebih lagi apabila melibatkan kelompok atau puak dalam kepimpinan parti.

Dengan sokongan daripada kepimpinan Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR, kaedah kempen dibuat dengan satu nada menggunakan propaganda kononnya memperjuangkan hak Bumiputra Sarawak daripada penguasaan kepimpinan BN Pusat. PBDS sebagai contoh, sudah pasti akan mendapat bantuan daripada rakan seperjuangan dalam PKR iaitu Baru Bian dan DAP iaitu Dr. John Brian, keduanya pemimpin pembangkang yang aktif menyebarkan sentimen 'Dayakism' dalam kebanyakan kempen politik mereka..

PRS, antara parti Dayak yang lebih kuat berbanding SPDP dan PBB dalam BN akan mengalami kemerosotan jika PBDS Baru berjaya memainkan peranan sebagai satu parti alternatif yang pro-Pembangkang tetapi kelihatan mesra-BN pada waktu yang sama, menjadikan mereka sebagai satu kumpulan tersendiri kepada kalangan kaum Dayak.

Apakah ia satu bentuk ancaman kepada BN jika PBDS Baru mengambil alih sokongan majoriti masyarakat Dayak seiring parti-parti komponen lain menjelang pilihanraya negeri? Pada PRN ke-10 yang lepas, Pakatan Rakyat menggunakan isu autonomi dengan agenda untuk menguasai pentadbiran kerajaan negeri tanpa campurtangan daripada kerajaan pusat.

Namun ia tidak mendapat sambutan rakyat Sarawak ketika itu setelah menyedari kepincangan dalam kerjasama Pembangkang yang dilihat terlalu memihak Pakatan Rakyat berbanding pembangkang tempatan. Ramai yang tidak yakin kemampuan pembangkang untuk mentadbir kerajaan sekiranya diberi ruang, walaupun hakikatnya sebilangan rakyat Sarawak kini mahukan perubahan dan diberikan keutamaan oleh kerajaan.

Wajarkah parti komponen BN yang mewakili Bumiputra Dayak seperti PRS, SPDP dan  PBB memandang sepi kewujudan 5 parti secara serentak untuk pilihanraya akan datang? Kita tidak tahu siapa dan setakat mana kemampuan mereka. Yang pasti, mereka sudah mengorak langkah ke arah satu pembentukan untuk meraih kuasa majoriti rakyat.

Tidak mustahil kesemuanya bergabung dalam satu pakatan untuk menumbangkan BN Sarawak apabila tiba masanya kelak.

- Sarawakia

Friday, September 13, 2013

Senjata Rahsia Pembangkang Sarawak buat BN




PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK ke-11 akan datang adalah objektif utama Pakatan Rakyat sekarang dalam persaingan untuk merampas kerajaan daripada penguasaan BN. Keputusan Pilihanraya DUN yang lalu telah memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat dengan kejayaan merampas 8 kerusi daripada penguasaan BN. 

Kita jangan lupa sebenarnya kempen mereka telah berjaya sekalipun BN menang dengan majoriti 2/3. Sedikit sebanyak undi rakyat Sarawak telah beralih arah kepada pembangkang. Kempen pembangkang khususnya Pakatan Rakyat sebenarnya baru bermula, kemuncaknya daripada Tsunami Reformasi yang ditunjukkan pada PRU-12 (2008). 

Disebabkan itulah, data keputusan DUN Sarawak pada 2006 dan 2011 tidak boleh dijadikan dokongan bahawa BN akan berada dalam keadaan selesa di negeri ini. Kita tidak tahu lagi bagaimana sokongan rakyat pada PRN akan datang.

Strategi Baru  
Faktor kaum memainkan peranan yang besar dalam menentukan hala tuju politik di Negeri Sarawak. DAP cukup sedar tanpa sokongan masyarakat Dayak khususnya di kawasan pedalaman akan membantutkan rancangan dan usaha mereka daripada mengambil-alih kepimpinan kerajaan negeri, setidak-tidaknya mengurangkan majoriti besar sokongan rakyat terhadap BN dan sebagai penentu ukur kekuatan mereka bagi merancang gerak kempen untuk Pilihanraya Parlimen selepas itu.

Mengapa DAP, bukan Pakatan Rakyat? Ia disebabkan DAP mendominasi kerusi DUN pembangkang di Sarawak dengan kelebihan 12 kerusi berbanding PKR yang hanya 3 kerusi pada PRN yang lalu. Menunjukkan sokongan terhadap pembangkang terlalu lemah di kawasan Bumiputra berbanding kawasan-kawasan dalam bandar.

Pihak pembangkang tempatan yakin tidak ada cara lain selain menggunakan pengaruh DAP kerana PKR, SNAP, PAS dan BEBAS dilihat tidak mampu menyaingi penguasaan BN. Kerana itu, penglibatan pemimpin Bumiputra dalam DAP MESTI DILAKUKAN untuk mencapai objektif mereka. Bagaimana? Dan siapakah orang itu?

Dr John Brian Anthony
Salah seorang daripada pemimpin Dayak yang paling menonjol dan paling lantang menentang BN adalah Dr John Brian. Beliau seorang bekas ahli PBDS, bekas ahli SNAP, bekas ahli PKR dan kini menyertai DAP sebagai langkah awal parti itu untuk menembusi penguasaan BN di kawasan majoriti Dayak. Ada juga beberapa lagi nama-nama lain, namun setakat ini cuma beliau saja yang paling menonjol. 

Mungkin disebabkan desakan kuat untuk meraih sokongan Dr John Brian oleh DAP, maka beliau pun dilantik sebagai salah seorang daripada 7 orang anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baru, semasa Kongress yang ke-16 parti itu pada 15 Disember 2012. Bagaimanapun perlantikan ahli CEC ketika itu dipertikaikan sehingga sekarang kerana dikatakan tidak mendapat mandat penuh daripada perwakilan-perwakilan negeri yang lain. Dipercayai kebanyakan keputusan itu dipengaruhi oleh kepimpinan DAP daripada Pulau Pinang.

 Peranan utama Dr John Brian adalah sebagai duta masyarakat Dayak bagi parti itu. DAP tentu cukup berhati-hati dalam soal melibatkan sensitiviti masyarakat Dayak lebih-lebih lagi dalam isu hak tanah adat (NCR) kerana itulah satu-satunya modal yang paling ampuh sering digunakan pembangkang tempatan terhadap Barisan Nasional selain isu-isu kecil yang lain.

Tipu helah ke atas BN?
Baru-baru ini kita melihat kewujudan beberapa nama parti politik mendaftar di bawah ROS. Kesemuanya 5 parti, dikhaskan kepada negeri Sarawak sahaja. Masing-masing kini mengaku sebagai mesra-BN. Kesemua 5 parti tersebut.. Agak pelik peranan parti politik baru masa kini. Apa kesimpulan yang boleh kita lihat daripada hakikat ini?

Kepentingan parti – Tidak semua parti baru di Sarawak mampu meraih sokongan dalam masa pendek terutama menjelang pilihanraya. SNAP dan SWP sebagai contoh, tidak diterima rakyat Sarawak sepertimana komponen Pakatan Rakyat di negeri ini. Kebanyakan yang kita tahu, isyarat itu jelas ditunjukkan pada pilihanraya negeri dan parlimen sebelum ini.

Mengaku sebagai parti yang mesra-BN memberi gambaran kepada rakyat seolah-olah parti itu direstui BN sekalipun bertanding di kawasan yang sama. Kita sedar, majoriti besar rakyat percayakan BN, tetapi pada masa yang sama mereka juga mahukan pemimpin yang baru. Tidak dinafikan, faktor calon turut memainkan peranan dalam menentukan penguasaan di sesetengah kawasan.

Bermuka Dua – Satu strategi untuk memusnahkan kepimpinan parti komponen BN dari jarak dekat. Kaedah serangan terus kepada BN nampaknya tidak begitu memberi impak yang besar kepada sokongan masyarakat Dayak. Pihanraya Negeri dan Parlimen yang lalu telah menjelaskan. Begitu banyak blog-blog terkemuka pro-pembangkang membantu, telah banyak risalah-risalah propaganda disebarkan, malah mereka sanggup mengagihkan CD-CD seta video kempen ke setiap rumah yang dikunjungi, radio stesen gelombang pendek sepanjang masa digunakan, ceramah-ceramah oleh pemimpin tertinggi pembangkang aktif dijalankan, pendek kata semuanya dibuat secara ‘all-out’, namun keputusannya BN masih tetap berkuasa. Jika begini hasilnya, tentu ada kaedah yang diubah mereka. Serang dari arah mana pula kali ini?

Melihat kepada pendaftaran parti-parti politik yang baru seperti ini, tidak dipastikan siapakah sebenarnya di belakang mereka. Mengapa bumiputra sahaja yang menjadi perhatian, tiadakah kewujudan parti Baru bagi meraih sokongan kaum Cina terhadap BN? 

Tidak tertanyakah kita siapa sebenarnya menaja mereka ini?
 a. Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB),
       b. Parti Bumi Kenyalang (PBK),
       c. Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru),
       d. Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS)
       e. People’s Alliance for Justice of Peace (JUSTICE) 

Jika diberikan peluang, dengan segera sahaja mereka datang. Kononnya mesra-BN, ingin bekerjasama dengan BN. Rakyat pula tidak tahu siapakah sebenarnya pemimpin parti-parti tersebut. Bagi saya, motif mereka cuma satu - bertujuan mengucar-kacirkan barisan kepimpinan parti komponen BN Sarawak. BN perlulah berhati-hati terhadap mereka.

PBDS Baru


Saya baru keluarkan posting tentang mereka. http://sarawakia.blogspot.com/2013/09/pbds-baru-hidup-segan-mati-tak-mahu.html Rancangan untuk mendaftarkan PBDS Baru ini dibuat sebelum PRU13 lagi. Ia dilakukan setelah usaha pembangkang tempatan untuk mendaftarkan MDC (Malaysian Dayak Congress) sebagai pertubuhan politik tidak diluluskan ROS.

Ketika itu, keyakinan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk bersaing dan bertapak di Sarawak berada pada kedudukan yang cukup tinggi. Di mana-mana sahaja kedengaran slogan ‘change we must’ / Sarawak 4 Change' / Ubah dan berbagai lagi slogan ciptaan mereka. Cuma agak terlewat, baru kini dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan parti politik yang sah.

Dengan penubuhan parti-parti politik seperti ini, maka jadi sesaklah dunia politik Sarawak. Populasi rakyat Sarawak sekarang dianggarkan seramai 1.8 juta orang. Jumlah pengundi berdaftar pula sekitar 1,080 000 orang. Pada PRN yang lepas, 10 parti turut bertanding termasuk BEBAS. Masuk yang baru ini, sudah jadi 15 parti. 

Negeri Sarawak cuma ada 71 DUN, jadi bayangkanlah berapa jenis penjuru yang mereka hendak cipta bagi sesetengah kawasan.. Hasilnya? Undi BN akan terjejas. Memadailah buat pembangkang.. dengan cara ini boleh jadi Pakatan Rakyat menang, boleh jadi juga kalah. Namun, keputusan apapun yang mereka perolehi tentunya tidak merugikan DAP walau sedikitpun.

Propaganda memburukkan Ketua Menteri diteruskan
Belum pun lama 5 parti baru Sarawak didaftarkan, serta-merta tersebar desas-desus mengaitkan ia dengan Ketua Menteri Sarawak. Cukup hebat kononnya permainan politik Pehin Sri.. Salah satu daripadanya ialah kewujudan PBDS. Rancangan baru Ketua Menteri untuk mengekalkan kuasa? Maka, ramailah rakyat disajikan dengan propaganda bohong jenis baru seperti ini. 


Artikelnya tidak pula menuduh Pehin Sri secara langsung namun daripada apa yang kita nampak, secara otomatik ia menggambarkan seolah-olah Ketua Menteri Sarawak takut kehilangan kuasa.. Natijahnya, ia mengundang beberapa komen negatif daripada pelawat laman itu sendiri tanpa mereka mengetahui siapa sebenarnya dalang di sebalik permainan ini. 


Apakah pembangkang tiada cara yang lebih baik selain menyerang peribadi pemimpin-pemimpin kerajaan negeri?
 
Di bawah berikut adalah minit mesyuarat yang saya perolehi daripada facebook bagi pembentukan sebuah parti politik pada tahun 2009. 


Jika Joseph Tawie (no.7) itu adalah orang yang sama, bukankah yang mengulas dalam freemalaysiatoday itu adalah Joseph Tawie, ahli PBDS Baru mereka sendiri? Di bahagian mana pula Pehin Sri boleh terlibat dalam pembentukan parti baru (PBDS Baru) tersebut?

Adalah lebih baik dan dihormati jika kita melakukan cara berkempen yang lebih telus. Dengan cara begini, mudahlah bagi rakyat Sarawak mempercayai apa yang diperjuangkan kita untuk mereka. Jika tidak mampu juga, ubahlah diri kita dulu sebelum kita bercita-cita untuk mengubah Kerajaan.

‘Change we must’ is all about Dignity..