Kadar kutipan sebelum ini adalah RM1.60 bagi setiap kereta, RM2.20 untuk kenderaan pacuan 4 roda atau van untuk satu arah perjalanan yang hanya sekitar 3 km sebelum bersambung ke jalan persekutuan di kedua belah arah.
Syabas diucapkan kepada barisan Pemuda PBB yang telah berusaha membawa usaha penghapusan tol ini sehingga mendapat perhatian kepimpinan utama kerajaan negeri.
Usaha Pemuda PBB seperti dilaporkan Borneopost pada 27, May 2015 yang lepas..
ZECON BERHAD DISERU HAPUSKAN TOL DI KUCHING
Gambar dipetik dari laman Borneopost |
Pengerusinya Datuk Wan Hamzah Wan Paie berkata, penghapusan tol perlu demi kepentingan rakyat dan pihaknya percaya syarikat terbabit sudah memperolehi pulangan daripada pelaburan.
“Kami (Pergerakan Pemuda PBB Zon Kuching) membawa cadangan Pemuda Cawangan khasnya Pantai Damai, Demak Laut, Samariang dan Tupong menyeru agar Zecon Berhad mencontohi syarikat konsesi Jambatan Lanang,” katanya menerusi kenyataan yang dibacakan oleh Ketua Pemuda PBB Cawangan Tupong Shahrazi Edwin Abdullah.
Menurutnya, Pergerakan Pemuda PBB Sarawak berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem atas usaha dan kejayaan rundingan bersama syarikat pemegang konsesi tol Lanang.
“Tol di Jambatan Lanang dimansuhkan berkuat kuasa 25 Mei lepas dan Jambatan ASEAN dijangka akan dimansuhkan pada bulan Jun.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat Woodville Development Sdn Bhd kerana sanggup mengetepikan hak mereka bagi mengutip tol dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan memansuhkan perkhidmatan ini (tol),” ujarnya.
Beliau berkata, ia menunjukkan usaha berterusan Ketua Menteri dalam meneruskan transformasi pembangunan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat.
“Kita sedia maklum rundingan ini telah diadakan dahulu oleh Ketua Menteri dan seperti biasa DAP mengambil kesempatan untuk menempah nama atas usaha dan kejayaan Ketua Menteri,” jelasnya.
Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda PBB Ripin Lamat menjelaskan, DAP seperti tiada modal kerana selalu ambil kredit dan mengambil kesempatan daripada usaha Ketua Menteri.
“Ia termasuk pembalakan haram dan pemansuhan tol. Mereka seperti tiada modal,” kata Ripin.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir percaya usaha DAP itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat negeri ini.
Hadir sama Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda PBB Fazruddin Abdul Rahman dan Bendahari Pergerakan Pemuda PBB Hamzah Ibrahim.
Sumber: TheBorneopost.com
*****
Terkini...
Sambutan Tahun Baru Besar-besaran Di Tol Jambatan Salahuddin
Kuching : Sebuah majlis khas sambutan Tahun Baru akan diadakan secara besar-besaran di Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin, Petra Jaya pada malam 31 Disember ini.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu MIsnu Taha berkata, majlis tersebut diadakan sempena meraikan pemansuhan Tol Jambatan Salahudin yang akan berkuatkuasa menjelang 1 Januari 2016 sekaligus tiada lagi kutipan tol di Sarawak.
Katanya, dijangka 10,00 ribu pengunjung akan menghadiri majlis tersebut yang akan bermula dari pukul 9 malam dan dimeriahkan juga dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah dan Datuk Jamal Abdillah dan pertunjukan bunga api.
“Majlis sambutan ini merupakan julung kalinya diadakan secara besar-besaran yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan juga sebagai meraikan pemansuhan tol terakhir di Sarawak selepas tol Jambatan Lanang di Sibu dan tol Jambatan ASEAN Baram ,”
“Apa yang menarik, satu gimik khas melambangkan kutipan terkakhir tol akan diadakan,” katanya
“Ini juga adalah salah satu pencapaian yang ketara di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Si Adenan Satem sejak beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak,”
Terdahulu, Adenan mengumumkan pemansuhan tol Jambatan Salahuddin dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak minggu lepas.
Jalan utama menghala arah tol akan ditutup seawal pukul 6 petang untuk memberi laluan kepada persiapan dan acara sambutan pada hari berkenaan.- Sarawakiana
*****
Tol Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin...
No comments:
Post a Comment