Sunday, January 24, 2016

Gambar-gambar Majlis Rumpun Silat Sarawak di Kuching malam tadi

YAB Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem telah merasmikan Malam Pendekar Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching 2016. Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Dato Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Kerja Raya Dato Fadillah Yusof, ADUN N5 Demak Laut YB Dr.Hazland, ADUN N6 Tupong Dato Daud Abd Rahman dan ADUN N7 Semariang Dato Sharifah Hasidah.

Turut bersama jawatankuasa penganjur yang menjayakan majlis malam tadi ialah penyelaras aktiviti belia kawasan DUN N6Tupong, saudara Fazzruddin Abd Rahman.

Syabas, semoga usaha mengangkat warisan seni mempertahankan diri seperti ini sentiasa dijunjung tinggi oleh barisan pemimpin anak jati Sarawak pada masa depan.

Majlis mempersembahkan aksi seni pertahan diri oleh wira dan wirawati muda yang turut disaksikan oleh para hadirin serta para guru persilatan masing-masing.

Gambar-gambar keraian majlis yang dirakam pada malam tadi.


Gambar penuh boleh dirujuk ke laman facebook 
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10153877817066950.1073741929.38987481949&type=3&hc_location=ufi




Friday, January 22, 2016

Autonomi - Sarawak dapat 13 kuasa


Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem menyatakan Kerajaan Sarawak telah memulakan siri perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri berhubung dengan apa-apa hak di bawah Perjanjian Perlembagaan, Malaysia.

Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold dan kedudukan autonomi Sarawak di Malaysia.

Rundingan akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa pertama adalah pada kuasa pentadbiran dan peringkat kedua mengenai hak-hak kami di bawah perlembagaan. Hasil fasa pertama ceramah diadakan semalam di sebagai pejabat Perdana Menteri seperti yang diperincikan di bawah agak positif:

Penyediaan kuasa pentadbiran kepada Kerajaan Negeri Sarawak.



PEMBERIAN EMPOWERMENT SECARA PENTADBIRAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

1) Pegawai undang-undang negeri (PUU) diberi kuasa oleh pendakwa raya di bawah Kanun Tatacara Jenayah untuk menjalankan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah ordinan negeri daripada peringkat pertuduhan di mahkamah rendah sehingga ke peringkat rayuan.

2) Dipersetujui penurunan kuasa kepada pegawai negeri bagi mewakili SPA dan SPP untuk melantik pegawai ke Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk ke perkhidmatan perguruan dan kesihatan.

3) Perjawatan di Jabatan Imigresen Negeri Sarawak diperkukuhkan bagi menambahbaik fungsi penguatkuasaan di negeri berkenaan dengan pertambahan 100 jawatan baharu, penempatan sepenuhnya pada akhir Februari 2016.

4) Jumlah guru anak kelahiran Sarawak bertugas di Negeri Sarawak akan ditingkatkan kepada ratio 90% daripada jumlah keseluruhan guru di Negeri Sarawak menjelang tahun 2018. Sebagai langkah memastikan sasaran ini tercapai, maka guru sandaran daripada pasaran terbuka akan dipertimbangkan dari masa ke semasa.

5) Pemberian kuasa warden lalulintas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri Sarawak akan diberi kepada Majlis Bandaraya Miri selain daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

6) Kerajaan Negeri akan dirujuk sebelum permohonan mendapatkan Permit Perikanan Laut Dalam dibawa ke pertimbangan dalam Jawatankuasa Penilaian Permit Laut Dalam (JPPLD).

7) Kerajaan Negeri akan dirujuk dalam proses penggubalan undang-undang Persekutuan yang mempunyai implikasi kepada Negeri Sarawak dimana diperuntukkan oleh undang-undang.

8) Perancangan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Negeri Sarawak akan memberi keutamaan kepada Pelan Pembangunan 5 Tahun Negeri Sarawak berdasarkan kepada peruntukan yang diluluskan. Pelaksanaan projek akan dirujuk/dirunding bersama antara Kementerian dan Kerajaan Negeri seperti penentuan lokasi sekolah, hospital serta pelaksanaan projek-projek pembangunan yang lain.

9) Kementerian akan mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar dari kalangan anak-anak Negeri Sarawak ke program ijazah sarjana muda perubatan di universiti awam tempatan. Anak-anak negeri akan diberi peluang yang lebih besar bagi memasuki program pengajian foundation di UNIMAS.

10) Bersetuju untuk mengenalpasti bidang-bidang berkaitan yang boleh diwakilkan Kuasa Ketua Pengarah Di Bawah Seksyen 49 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pegawai / jabatan negeri.

11) Pelaksanaan pembangunan projek perumahan awam di Sarawak dilaksanakan semula melalui Joint Committee Meeting (JCM), agar agensi negeri dapat terlibat sepenuhnya dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program-program perumahan awam di negeri Sarawak.

12) Bersetuju supaya pembangunan sukan di Negeri Sarawak ditadbir bersama dengan Kerajaan Negeri. Kementerian Belia dan Sukan juga sedang dalam proses menambahbaik Akta Pembangunan Sukan 1997 dan dijangka selesai pada akhir tahun 2016.

13) Bersetuju supaya Kerajaan Negeri akan melaksanakan semua fungsi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua perjawatan akan dipindahkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri. Kerajaan Persekutuan akan menyumbang 50% kos yang ditanggung seperti diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara.


Laporan penuh boleh didapati di http://www.theborneopost.com/2016/01/22/sarawak-dapat-13-kuasa/


Wednesday, January 20, 2016

Kenyataan tergempar Pengerusi DAP Sarawak mengenai Rasis..

Mengejutkan..

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen kini melabelkan BN Sarawak sebagai rasis..

Kenyataan beliau dalam paparan BorneoPost hari ini merujuk kepada pendirian Ketua Menteri, Tan Sri Adenan berkenaan Barisan Nasional Sarawak yang menolak parti-parti politik daripada luar khususnya Semenanjung Malaysia daripada bertapak di negeri ini..

http://www.theborneopost.com/2016/01/20/chong-label-bn-sarawak-sebagai-rasis/



Masalahnya, dalam kempen pilihanraya negeri dan PRU yang lalu, DAP menyokong penuh sentimen Sarawak for Sarawakian di negeri ini. Kononnya menolak parti UMNO dan mana-mana pemimpin BN daripada Semenanjung dari mencampuri urusan kepimpinan Kerajaan negeri Sarawak.

Bagi meraih sokongan masyarakat tempatan terutama Bumiputera Sarawak, Pakatan Rakyat memainkan sentimen tolak BN Sarawak = Tolak UMNO.. Walhal UMNO tidak pernah wujud di Sarawak. Begitu juga tidak ada penguasaan pemimpin BN Semenanjung dalam sebarang hal-ehwal pentadbiran kerajaan negeri.

Chong Chieng Jen lupa, beliau sendiri pernah memberi sokongan kepada gerakan S4S (Sarawak For Sarawakian) yang jelas menyanjungi sentimen kenegerian berbanding semangat 1Malaysia. Jadi, mengapa timbul isu rasis apabila BN mengajak untuk menolak parti-parti Pembangkang Semenanjung daripada mendapat tempat di hati rakyat Sarawak? 

Sudah lupakah Chong?


DAP sokong pergerakan Sarawak For Sarawakian.. Pernahkah Chong melabelkan S4S sebagai rasis? 

BN Sarawak sejak dulu menolak mana-mana parti komponen Semenanjung daripada bertapak di negeri ini. Tidak membenarkan bukan kerana tidak mempercayai UMNO tetapi peranan dan tanggungjawab terhadap BN telah digalas dengan jayanya oleh PBB (Pesaka Bumiputera Bersatu).

Namun, Chong mencabar kepimpinan kerajaan negeri untuk mengeluarkan resolusi halang UMNO ke Sarawak dalam satu sidang DUN. Atas alasan apakah perlunya resolusi sedangkan UMNO tidak wujud di Sarawak? Tidakkah ia menunjukkan kita sebagai rasis?




Kesimpulannya, DAP terlalu ghairah meraih sokongan dengan memainkan isu rasis terhadap kepimpinan Barisan Nasional sedangkan ia secara tidak langsung mendedahkan hipokrasi diri mereka sendiri, seolah-olah mereka sahaja di pihak benar, lawannya di pihak yang sentiasa salah..

Inilah modal politik rasis.. BN bukan baru sepenggal memegang amanah dalam Kerajaan Persekutuan. Nampaknya DAP sudah semakin terhimpit dengan agenda anti-umno berlebihan yang diperjuangkan di Negeri Sarawak..





Sunday, January 17, 2016

Perkauman DAP, tolak cadangan 50 peratus ahli melayu dan bumiputera dalam parti.



Parti DAP yang kononnya terbuka untuk semua rakyat tanpa memilih kaum kini menghadapi dilemma oleh ahli-ahli sendiri..

Sokongan kaum Bumiputra dan Masyarakat Melayu begitu penting dan sangat kritikal untuk menentukan dominasi Pakatan Harapan menghadapi BN dalam pilihanraya.

Berbagai slogan telah dibuat, DAP terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Wanita Melayu DAP dijadikan icon parti, Pemimpin Bumiputera/Melayu DAP dijadikan contoh, diberikan tempat dalam kepimpinan tertinggi parti. Semua itu kononnya menunjukkan keterbukaan DAP.

Kemudian mereka menghebahkannya secara besar-besaran, memaksimakan penggunaan semua jenis arus media yang dikuasai penyokong-penyokong mereka.

Malangnya, sifat perkauman masih tebal menguasai parti. Segelintir kalangan pemimpin dan ahli-ahlinya tidak dapat menerima penyertaan besar kaum bumiputera dalam komuniti mereka. Malah ia belum mengambil kira di pihak mana dalam DAP, yang sudah pasti mengutamakan kuncu-kuncu rapatnya dalam Dinasti Lim Kit Siang.

Sesuatu yang tidak menghairankan.

Bagi penulis, DAP adalah parti dominan milik kaum Cina seperti juga UMNO untuk Melayu, MIC untuk kaum India dan MCA untuk masyarakat Cina dalam Barisan Nasional.

Jika hanya kerana disertai oleh segelintir kecil kaum lain tidak bermakna parti itu parti untuk semua kaum..

Hala-tuju sesebuah parti itu ditentukan oleh majoriti ahlinya. Merekalah yang memilih siapa ketua, pemimpin tertinggi parti, ahli tetap dan sebagainya. Jika majoriti ahli dan pemimpin mereka tidak bersetuju keahlian sebanyak 50% bukan cina dalam DAP, hentikanlah bercita-cita untuk meraih kejayaan dalam parti bersama mereka.

Video di bawah adalah penjelasan oleh Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming. 

Mungkin pengajaran terbaik untuk kita agar hidup biar berpijak di bumi nyata;



Ada Ahli DAP Tak Senang Melayu Masuk DAP

PETALING JAYA: Usaha DAP menarik lebih ramai orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai DAP tidak disenangi segelintir pemimpin dan ahli parti sendiri, kata Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata, kebanyakan pemimpin DAP mahu lebih banyak orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak menyertai parti itu.

“Tetapi apabila cadangan untuk menambah ahli Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sehingga 50 peratus keahlian parti dibentangkan di peringkat dalaman, ada pemimpin dan ahli sendiri yang mungkin tidak begitu senang dengannya.

“Dan jika kami berjaya tambah keanggotaan, mungkin ada juga pihak di luar yang tidak merasa tidak senang,” katanya lagi dalam forum bertajuk ‘Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14′ di sini malam tadi.

Beliau merujuk cadangan Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zulkefly Ahmad agar DAP tidak meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau menyifatkan perkara ini sebagai ‘dilema dalaman dan luaran’ yang dihadapi DAP dalam usaha mengurangkan persepsi negatif dalam kalangan pengundi Melayu.

“Dan ini mesti ditangani sebagai satu cabaran jika DAP dan rakan dalam Pakatan Harapan mahu memenangi lebih banyak undi Melayu pada PRU akan datang,” katanya lagi.- FMT

Saturday, January 16, 2016

Parti-parti Malaya harus diNyahkan dari Negeri Sarawak

Retorik Pembangkang S4S (Sarawak For Sarawakian) serta geng 'memorandum S4S',

"tolak parti-parti Malaya dari Negeri Sarawak"..

Maksud yang jelas, tolak semua parti-parti semenanjung yang merosakkan minda rakyat Sarawak dari ekstrimis politik, perkauman, nepotisme dan sebagainya.

Malangnya, puak pembangkang suka menempelak diri sendiri. Negeri Sarawak mempunyai kuasa autonomi sendiri, tidak disentuh sedikitpun oleh kepimpinan BN Pusat apatah lagi parti-parti komponennya daripada Semenanjung.

Tidak ada satu pun komponen BN di Sarawak yang berasal dari Semenanjung Malaysia dalam kepimpinan Negeri Sarawak. Semuanya ditubuhkan di Sarawak dan beribu-pejabat di Sarawak serta dipimpin oleh pemimpin kelahiran negeri Sarawak.

Berlainan halnya dengan gabungan utama pembangkang Pakatan Harapan Sarawak. DAP merupakan serpihan parti PAP Singapura, ibu pejabat di Selangor. PKR ditubuhkan hasil reformasi pro-Anwar mempunyai ibu pejabat di Petaling Jaya, Kuala Lumpur. 

Begitu juga pembangkang lain seperti PAS dan PAN, masing-masing mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur. Jadi slogan S4S sepatutnya ditujukan kepada mereka bukan kepada parti komponen BN di Sarawak.

Apakah penubuhan parti Malaya seperti DAP mengutamakan keutamaan masyarakat Dayak di Sarawak? Apakah DAP bersedia untuk memberikan jawatan kepimpinan tertinggi kepada masyarakat Dayak di Semenanjung? 


Sejak dari penubuhan DAP sehingga sekarang Dinasti Lim bermaharajalela. Ini bukti sama rata dan adil tidak wujud dalam DAP. Adakah kita mahu lihat Malaysia diperintah oleh Dinasti Lim?

Secara logiknya, kita sendiri pun tahu...


Thursday, January 14, 2016

DAP masuk bertanding DUN N6 Tupong?

PRN Sarawak bakal diadakan tidak lama lagi.. harapan Parti PBB untuk mengekalkan undi majoriti terbesar DUN di Sarawak tetap kukuh. Bezanya kewujudan pakatan-pakatan pembangkang yang sentiasa berubah-ubah mengikut keakraban rakan-rakan parti masing-masing yang menjadi pesaing utama untuk BN.

Ramai muka baru ditampilkan dalam parti PBB. PKR sebelum ini menjadi pembangkang tetap bagi kawasan DUN dalam kawasan Parlimen Petra Jaya. Bagaimanapun, perbincangan dalam Pakatan Harapan kali ini masih berteka-teki untuk meletakkan dua calon dari parti PKR dan DAP di DUN N6 Tupong.

Aziz Isa, pembantu merangkap pencacai Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berangan-angan serta menguar-uarkan diri sebagai calon tunggal DAP di DUN N6 Petra Jaya. Banyak sumbangan yang telah dilakukan kononnya membantu rakyat selain memburuk-burukkan calon-calon BN, mempertikaikan peranan Baitulmal Sarawak, mempersendakan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan sebagainya.

Secara logiknya mengapa DAP hendak meletakkan calon bagi kawasan yang sudah pastinya dipunyai PKR? Dan PAS Sarawak dipinggirkan sebelum DAP Pusat membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan PAS Pusat sebelum ini.



Pakatan Harapan di Sarawak tidak mempunyai keyakinan di DUN kawasan Parlimen Petra Jaya, maka rancangan untuk meletakkan calon-calon 'pengacau' bertujuan untuk memecahkan undi untuk parti PBB.

Berangan-anganlah Aziz Isa wakil DAP kononnya berjasa kepada warga di DUN N6 Tupong.. Calon kanak-kanak hingusan yang mengharap kejatuhan lawan dengan memburuk-burukkan mereka serta memperlekehkan sumbangan yang pernah dibuat pemuda PBB.


Artikel berkaitan: http://www.theborneopost.com/2016/01/11/dun-tupong-rebutan-tiga-pencabar/

Sunday, January 10, 2016

SWP dedah usaha penggabungan dengan DAP di Sarawak temui kegagalan



SIBU: Parti Pekerja Sarawak (SWP) semalam mendedah  mengenai penggabungan mereka bersama  Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)  akan datang telah gagal.

Setiausaha Agung SWP Munan Laja berkata, parti akan terus meletak calon mereka sendiri pada PRN yang bakal diadakan pada masa terdekat.

Dalam pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan akhbar semalam, Munan bagaimanapun tidak memberikan sebab perancangan penggabungan dengan DAP menemui jalan buntu tetapi beliau berharap kedua-dua pihak masih mempunyai peluang bekerjasama.

Beliau berkata, SWP akan bertanding di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar.

“Ahli-ahli SWP telah pun turun padang sejak dua bulan ini. Kami semua sudah bersedia menghadapi PRN,” katanya lagi.

Munan bagaimanapun masih belum mengumum jumlah kerusi yang akan ditandingi SWP tetapi beliau menjamin bahawa mereka bertanding dengan logo parti mereka sendiri.

Sementara itu, beliau menggesa rakyat Sarawak untuk menjadi ahli parti sambil berkata, SWP sebuah parti cukup besar untuk rakyat Sarawak.

Beliau turut mengalu-alukan individu yang gagal dalam perjuangan politik mereka untuk menyertai SWP dan turut meminta calon berpotensi PRN yang ditolak sebelum ini supaya menyertai SWP

“Siapa tahu, SWP mungkin mempunyai tempat untuk anda berjaya, bersama kami,” tambahnya lagi - Borneopost

Saturday, January 9, 2016

Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 selang dua bulan lagi?

Bulan Mac diramalkan akan menjadi tarikh keramat bagi penentuan hari pembubaran DUN Negeri Sarawak. Ramai yang mula mengalihkan tumpuan kepada pilihanraya negeri pada kali ini, kerana ia adalah penanda aras bagi kestabilan parti serta gabungan sekutu politik dalam kepimpinan di Malaysia.

Cuma yang menjadi persoalan, adakah pada bulan Mac, atau mungkin dibuat lebih awal? 

Sama-samalah kita tunggu dan lihat...



Mungkinkah Pilihanraya Negeri Sarawak Akan Berlangsung Pertengahan Mac?

Teka teki berhubung Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka bakal diadakan pada tahun ini terus menjadi tanda tanya. Banyak spekulasi kini sedang tersebar dan majoritinya mengatakan, Pilihanraya Negeri ini bakal diadakan sekitar bulan April 2016.

Namun jika dinilai semula ucapan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adnan Satem semasa sambutan ambang tahun baru 2016 di Jambatan Tun Abang Mohammad Salahuddin baru-baru ini, beliau memberi bayangan yang Pilihanraya Negeri mungkin bakal berlangsung pada bulan Mac, sebulan lebih awal daripada jangkaan.

Kemungkinan itu ada berikutan sekitar bulan Mac merupakan musim cuti persekolahan yang dijangka jatuh pada 12 Mac hingga 20 Mac 2016. Ini sekaligus memberikan peluang yang lebih besar untuk pengundi di negeri Sarawak menunaikan tanggungjawab mereka pada kali ini.

Jika diselusuri apa yang berlaku di negeri Sarawak sejak setahun ini, banyak perkara telah dapat dicapai oleh pentadbiran Tan Sri Haji Adnan yang memungkinkan momentum Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) selaku parti tunjang yang mentadbir negeri Sarawak untuk mengekalkan kuasa mentadbir negeri Sarawak untuk penggal yang akan datang.

Malah imej dan populariti Ketua Menteri sendiri dilihat oleh ramai pemerhati politik berada pada aras tertinggi dimana kebanyakan rakyat negeri Sarawak jelas gembira sepanjang beliau mentadbir negeri ini.

Menurut ramalan yang dilakukan oleh kebanyakan pemerhati politik, hari penamaan calon berkemungkinan akan berlaku pada 8 Mac dan dikuti dengan hari berkempen selama 12 hari yang memungkinkan 19 Mac merupakan hari pengundian untuk seluruh negeri Sarawak. Semua ini bakal berlaku sepanjang mucim cuti sekolah dan kemungkinan itu besar kemungkinan ada.

Dengan kelulusan 11 kawasan DUN baru di negeri Sarawak sudah di perolehi, jelas sekali tiada apa yang perlu dinantikan oleh kerajaan negeri untuk memasuki “medan tempur” untuk kali ke 11.

Peluang untuk memenangi pilihanraya ini sememangnya ada. Cuma sejauh mana pengaruh Adenan dan kemajuan yang dibawa terhadap negeri Sarawak mampu memikat pengundi terutamanya di kawasan bandar memberikan mandat baru kepada Tan Sri Haji Adenan Satem untuk menerajui negeri ini sekali lagi.-pru14tv

Friday, January 8, 2016

SADIA Kuching menyokong penuh kepimpinan Adenan Satem

Semoga Allah merahmati pemimpin Negeri Sarawak kesayangan kami...




“Sejak Adenan mengambil alih pucuk kepimpinan negeri ini sebagai Ketua Menteri, banyak perubahan yang telah dilakukannya demi menjaga kepentingan rakyat terutama yang mendiami kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak". - Datuk Dr Anthony Nait


SADIA Kuching sokong penuh kerajaan pimpinan Adenan

KUCHING: Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) Cawangan Kuching menyokong penuh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Sokongan tersebut dinyata-kan oleh Pengerusi SADIA Cawangan Kuching Datuk Dr Anthony Nait yang mewakili ahli-ahlinya di bawah pimpinan beliau pada satu majlis ringkas bagi meraikan tahun baharu, baru-baru ini.

“Sejak Adenan mengambil alih pucuk kepimpinan negeri ini sebagai Ketua Menteri, banyak perubahan yang telah dilakukannya demi menjaga kepentingan rakyat terutama yang mendiami kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

“Justeru, kita dalam SADIA khasnya di cawangan Ku-ching akan terus menyokong penuh Ketua Menteri demi kesejahteraan rakyat dan negeri ini,” katanya.

Pada majlis itu, Anthony turut menasihati ahli-ahlinya terutama yang mempunyai tanggungjawab sebagai ibu bapa agar menekankan aspek pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka.

“Sebagai ibu bapa kita tidak boleh memandang remeh soal pendidikan anak-anak kita kerana pendidikan merupakan aset penting yang akan menentukan masa depan anak-anak kita pada masa akan datang,” katanya.

Majlis ringkas itu telah diadakan di kediaman Timbalan Pengerusinya Peter Moni di Taman Heng Guan, Matang di sini dan turut dihadiri Datin Laceylona yang merupakan isteri kepada Anthony.

Turut hadir pemimpin-pemimpin Iban yang lain antaranya Penghulu Jonathan Jelai, Penghulu Robin Jimbai, Tuai Rumah Sangi, Tuai Rumah Lia, Tuai Rumah Jijah, Tuai Rumah Robert Dino, Philip Sempurai serta yang lain.

Sambil menjamu selera dan berbual mesra antara satu sama lain, mereka yang hadir pada malam itu turut dihiburkan dengan tarian poco-poco dan persembahan karaoke.- Utusan Borneo

Wednesday, January 6, 2016

DAP Perlu Perjelas Dakwaan Ditawar RM1.2 Bilion - Reezal Merican



KEPALA BATAS: DAP sewajarnya tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan parti itu ditawarkan RM1.2 bilion dengan syarat pangkalan tentera Israel dibina di negara ini jika memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata DAP seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang membuat dakwaan itu sekiranya ia tidak benar kerana tuduhan itu adalah serius.

"Tindakan berdiam diri akan menyebabkan masyarakat beranggapan dakwaan berkenaan adalah benar," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Projek Surau Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, di sini hari ini.

Pada 2 Jan lepas, sebuah portal berita melaporkan pemimpin DAP yang juga Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata beliau akan mengemukakan saman terhadap 'seorang pemimpin kanan politik' yang mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion dan sebagai imbalannya membina sebuah pangkalan tentera Israel di negara ini sekiranya memenangi PRU13.

-- BERNAMA

Thursday, December 31, 2015

Amaran hujan lebat - Gambar banjir sekitar Kuching 31 Dec 2015

Sila rancang perjalanan anda dengan sebaik mungkin pada musim tengkujuh sekarang. Tiada antara kita yang boleh elak daripada terperangkap sekiranya berlaku banjir kilat. Bagi yang tinggal di kawasan rendah, sila perhatikan keadaan air di sekitar rumah anda.

Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada : 11:31am pada 30 Disember 2015

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak (Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong , Sarikei, Sibu dan Mukah) mulai dari Khamis, 31 Disember 2015 sehingga Jumaat, 01 Januari 2016.



Gambar-gambar suasana banjir di sekitar Kuching sekarang.


Kredit sumber gambar facebook: Sarawak Roads Updates 

1) Jalan Stephen Yong, Batu Kawa

 


2) Batu Lintang, Kuching

 


3) Merdeka Plaza / Padang Merdeka, Kuching



4) Jalan Kuching- Serian,  Batu 11

 


5) Jalan Matang - Malihah, Kuching

 
 

Wednesday, December 30, 2015

Syabas Sarawak! Persediaan Pemansuhan Tol di Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin pada 31 Disember 2015

Terima Kasih di atas keprihatinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang telah membantu rakyat khususnya di sekitar Petra Jaya - Pending - Sejingkat - Bintawa dengan memansuhkan satu-satunya Tol yang masih aktif di Bandaraya Kuching ini.

Kadar kutipan sebelum ini adalah RM1.60 bagi setiap kereta, RM2.20 untuk kenderaan pacuan 4 roda atau van untuk satu arah perjalanan yang hanya sekitar 3 km sebelum bersambung ke jalan persekutuan di kedua belah arah.

Syabas diucapkan kepada barisan Pemuda PBB yang telah berusaha membawa usaha penghapusan tol ini sehingga mendapat perhatian kepimpinan utama kerajaan negeri.

Usaha Pemuda PBB seperti dilaporkan Borneopost pada 27, May 2015 yang lepas..


ZECON BERHAD DISERU HAPUSKAN TOL DI KUCHING


Gambar dipetik dari laman Borneopost
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching menyeru Zecon Berhad (Zecon) mencontohi syarikat konsesi Jambatan Lanang dengan menghapuskan tol.

Pengerusinya Datuk Wan Hamzah Wan Paie berkata, penghapusan tol perlu demi kepentingan rakyat dan pihaknya percaya syarikat terbabit sudah memperolehi pulangan daripada pelaburan.

“Kami (Pergerakan Pemuda PBB Zon Kuching) membawa cadangan Pemuda Cawangan khasnya Pantai Damai, Demak Laut, Samariang dan Tupong menyeru agar Zecon Berhad mencontohi syarikat konsesi Jambatan Lanang,” katanya menerusi kenyataan yang dibacakan oleh Ketua Pemuda PBB Cawangan Tupong Shahrazi Edwin Abdullah.

Menurutnya, Pergerakan Pemuda PBB Sarawak berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem atas usaha dan kejayaan rundingan bersama syarikat pemegang konsesi tol Lanang.

“Tol di Jambatan Lanang dimansuhkan berkuat kuasa 25 Mei lepas dan Jambatan ASEAN dijangka akan dimansuhkan pada bulan Jun.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat Woodville Development Sdn Bhd kerana sanggup mengetepikan hak mereka bagi mengutip tol dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan memansuhkan perkhidmatan ini (tol),” ujarnya.

Beliau berkata, ia menunjukkan usaha berterusan Ketua Menteri dalam meneruskan transformasi pembangunan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat.

“Kita sedia maklum rundingan ini telah diadakan dahulu oleh Ketua Menteri dan seperti biasa DAP mengambil kesempatan untuk menempah nama atas usaha dan kejayaan Ketua Menteri,” jelasnya.

Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda PBB Ripin Lamat menjelaskan, DAP seperti tiada modal kerana selalu ambil kredit dan mengambil kesempatan daripada usaha Ketua Menteri.

“Ia termasuk pembalakan haram dan pemansuhan tol. Mereka seperti tiada modal,” kata Ripin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir percaya usaha DAP itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat negeri ini.

Hadir sama Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda PBB Fazruddin Abdul Rahman dan Bendahari Pergerakan Pemuda PBB Hamzah Ibrahim.

Sumber: TheBorneopost.com

*****


Terkini...

Sambutan Tahun Baru Besar-besaran Di Tol Jambatan Salahuddin



Kuching : Sebuah majlis khas sambutan Tahun Baru akan diadakan secara besar-besaran di Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin, Petra Jaya pada malam 31 Disember ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu MIsnu Taha berkata, majlis tersebut diadakan sempena meraikan pemansuhan Tol Jambatan Salahudin yang akan berkuatkuasa menjelang 1 Januari 2016 sekaligus tiada lagi kutipan tol di Sarawak.

Katanya, dijangka 10,00 ribu pengunjung akan menghadiri majlis tersebut yang akan bermula dari pukul 9 malam dan dimeriahkan juga dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah dan Datuk Jamal Abdillah dan pertunjukan bunga api.

“Majlis sambutan ini merupakan julung kalinya diadakan secara besar-besaran yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan juga sebagai meraikan pemansuhan tol terakhir di Sarawak selepas tol Jambatan Lanang di Sibu dan tol Jambatan ASEAN Baram ,”

“Apa yang menarik, satu gimik khas melambangkan kutipan terkakhir tol akan diadakan,” katanya

“Ini juga adalah salah satu pencapaian yang ketara di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Si Adenan Satem sejak beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak,”

Terdahulu, Adenan mengumumkan pemansuhan tol Jambatan Salahuddin dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak minggu lepas.

Jalan utama menghala arah tol akan ditutup seawal pukul 6 petang untuk memberi laluan kepada persiapan dan acara sambutan pada hari berkenaan.- Sarawakiana

*****

Tol Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin...





Saturday, December 26, 2015

Penipuan tentang sejarah kegemilangan Melayu?

Sebelum ini ramai di kalangan kita percaya kejatuhan empayar Melayu Melaka ke tangan Portugis adalah disebabkan ketidakupayan orang Melayu ketika itu menentang senjata moden penjajah Barat tersebut.

Itulah yang kita faham selama ini. Namun daripada apa yang dijelaskan dalam video di bawah menunjukkan beberapa fakta tersembunyi yang kita percaya selari dengan era kegemilangan bangsa Melayu satu ketika dulu.

Antara kesimpulan yang dikupas dalam video,


  • Orang Melayu Melaka mempunyai angkatan laut yang handal serta berpengetahuan tinggi dalam teknologi pelbagai bidang termasuklah senjata pertahanan yang amat canggih pada zaman mereka.
  • Penjajah Barat Portugis sebenarnya tidak mampu menembusi bentang pertahanan Melaka.
  • Orang Melayu zaman silam adalah peneroka terkemuka dan mempunyai kisah mashyur tentang kewujudan mereka di seluruh pelosok dunia.
  • Keruntuhan Empayar Melaka adalah disebabkan pengkhianatan yang dilakukan oleh orang Melayu sendiri.
  • Hang Tuah menghilangkan diri sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.


Walaubagaimanapun, pada pendapat penulis, ia hanyalah sebahagian daripada kisah tentang lagenda kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Terpulanglah untuk menilaikannya sendiri.

Moralnya, sekuat mana pun sesuatu kerajaan itu dibentuk, pasti akan runtuh jika wujud perpecahan di kalangan sendiri. Pemimpin-pemimpin tidak mampu menerajui sesebuah negara jika terdapat usaha untuk ditumbangkan oleh rakyat yang membencinya.

Sejarah Melaka tidak dijadikan iktibar. Tatkala orang Melayu berpecah dulu, mereka dijajah oleh bangsa asing. Kini, sejarah dilihat bakal berulang. Ketika melayu bertelagah merebut kepimpinan kerajaan, akhirnya orang lain dijulang sebagai pemerintah.

Sesungguhnya, serangan fitnah dan pembohongan pada zaman ini lebih dahsyat daripada tusukan senjata di medan perang. Hina pemimpin dengan ulama. Semuanya atas nama kebebasan berpolitik.

Marilah kita berdoa agar negara kita dilindungi Allah dan dijauhkan daripada pengkhianatan oleh rakyat sendiri. Sama-sama kita mengambil iktibar daripada video di bawah..