Bulan Mac diramalkan akan menjadi tarikh keramat bagi penentuan hari pembubaran DUN Negeri Sarawak. Ramai yang mula mengalihkan tumpuan kepada pilihanraya negeri pada kali ini, kerana ia adalah penanda aras bagi kestabilan parti serta gabungan sekutu politik dalam kepimpinan di Malaysia.
Cuma yang menjadi persoalan, adakah pada bulan Mac, atau mungkin dibuat lebih awal?
Sama-samalah kita tunggu dan lihat...
Mungkinkah Pilihanraya Negeri Sarawak Akan Berlangsung Pertengahan Mac?
Teka teki berhubung Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka bakal diadakan pada tahun ini terus menjadi tanda tanya. Banyak spekulasi kini sedang tersebar dan majoritinya mengatakan, Pilihanraya Negeri ini bakal diadakan sekitar bulan April 2016.
Namun jika dinilai semula ucapan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adnan Satem semasa sambutan ambang tahun baru 2016 di Jambatan Tun Abang Mohammad Salahuddin baru-baru ini, beliau memberi bayangan yang Pilihanraya Negeri mungkin bakal berlangsung pada bulan Mac, sebulan lebih awal daripada jangkaan.
Kemungkinan itu ada berikutan sekitar bulan Mac merupakan musim cuti persekolahan yang dijangka jatuh pada 12 Mac hingga 20 Mac 2016. Ini sekaligus memberikan peluang yang lebih besar untuk pengundi di negeri Sarawak menunaikan tanggungjawab mereka pada kali ini.
Jika diselusuri apa yang berlaku di negeri Sarawak sejak setahun ini, banyak perkara telah dapat dicapai oleh pentadbiran Tan Sri Haji Adnan yang memungkinkan momentum Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) selaku parti tunjang yang mentadbir negeri Sarawak untuk mengekalkan kuasa mentadbir negeri Sarawak untuk penggal yang akan datang.
Malah imej dan populariti Ketua Menteri sendiri dilihat oleh ramai pemerhati politik berada pada aras tertinggi dimana kebanyakan rakyat negeri Sarawak jelas gembira sepanjang beliau mentadbir negeri ini.
Menurut ramalan yang dilakukan oleh kebanyakan pemerhati politik, hari penamaan calon berkemungkinan akan berlaku pada 8 Mac dan dikuti dengan hari berkempen selama 12 hari yang memungkinkan 19 Mac merupakan hari pengundian untuk seluruh negeri Sarawak. Semua ini bakal berlaku sepanjang mucim cuti sekolah dan kemungkinan itu besar kemungkinan ada.
Dengan kelulusan 11 kawasan DUN baru di negeri Sarawak sudah di perolehi, jelas sekali tiada apa yang perlu dinantikan oleh kerajaan negeri untuk memasuki “medan tempur” untuk kali ke 11.
Peluang untuk memenangi pilihanraya ini sememangnya ada. Cuma sejauh mana pengaruh Adenan dan kemajuan yang dibawa terhadap negeri Sarawak mampu memikat pengundi terutamanya di kawasan bandar memberikan mandat baru kepada Tan Sri Haji Adenan Satem untuk menerajui negeri ini sekali lagi.-pru14tv
No comments:
Post a Comment