Saturday, September 13, 2014

Doris Jones diburu Polis!



Petualang SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia) kini diburu polis. Doris Jones, rakyat Sabah kini dipercayai melarikan diri ke Britain bagi mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang kerana menghasut.

Ternyata Akta Hasutan 1948 benar-benar memberi tekanan kepada penghasut sehingga tidak boleh berbuat sesuka hati untuk mencapai matlamat jahat mereka.

Britain kebiasaan menjadi pilihan pengkhianat negara dan mereka mahukan Sabah-Sarawak kembali di bawah pentadbirannya seperti ketika sebelum merdeka. Itulah sebabnya begitu ramai penyokong SSKM amat yakin Sabah-Sarawak boleh berdikari tanpa Malaysia.

Sebelum ini aktivis anti kerajaan di Sarawak seperti Peter John Jaban juga menyembunyikan diri di Britain. Kebanyakan aktiviti anti kerajaan amat aktif, semua yang kita lihat berpusat di Britain. Malah seorang rakyat Britain, Clare Rewcastle Brown juga amat aktif dalam kempennya terutama dalam memburuk-burukkan kepimpinan Negeri Sarawak dan Kerajaan Malaysia. Hakikatnya kita percaya mereka adalah daripada kumpulan yang sama.

Amat sedih, kerana ada kelompok kecil manusia pengkhianat ini lebih mahukan negara kita berpecah belah. Mereka langsung tidak memandang pengorbanan pasukan keselamatan kita di Sabah yang sedang mempertaruhkan nyawa, meninggalkan anak serta keluarga bagi melindungi persempadanan negara daripada dicerobohi penceroboh bersenjata asing.

Tahniah PDRM, berkat ketegasan dan ketelusan dalam menguatkuasakan undang-undang, gerakan kumpulan pemisah, militan, pelampau politik dapat dibendung di negara kita - sarawakia.blogspot.com


KOTA KINABALU - Polis sedang memburu seorang wanita tempatan dikenali sebagai Doris Jones bagi membantu siasatan berhubung isu mengenai Sabah keluar dari Malaysia yang menimbulkan suasana kurang senang penduduk di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, wanita berkenaan yang menjadi jurucakap kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) sudah meninggalkan negara ini dan dipercayai ‘bersembunyi’ di Britain.

“Polis cuba menghubungi wanita ini untuk tujuan merakamkan keterangannya, namun gagal dan sehingga kini tidak dapat dikesan.

 “Serahkan kepada polis dan biar kami (polis) jalankan siasatan dulu,” katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Cawangan Khas Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzer, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman.

Jalaluddin berkata, usaha memanggil wanita itu akan diteruskan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948, namun enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, Jalaluddin mengesahkan sudah menerima 12 laporan membabitkan isu berkenaan.


“Laporan diterima termasuklah daripada individu dan pihak tertentu yang mahukan polis menjalankan siasatan terhadap mereka yang sengaja mahu menimbulkan isu ini.

“Setiap laporan dibuat termasuk mereka yang menyokong isu ini akan disiasat merangkumi pelbagai aspek termasuk memanggil pengadu, saksi dan mereka yang terbabit,” katanya.

Menurut Jalaluddin, pihaknya sudah mewujudkan satu pasukan khas dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara khususnya di negeri ini.

“Pasukan khas ini akan memantau aktiviti dilakukan segelintir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mengadakan perhimpunan secara terbuka dan sebagainya.

“Ini termasuklah bagi menghadapi sebarang perhimpunan dan perarakan haram bakal dilakukan setengah pihak menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan,” katanya.

Terdahulu, Jalaluddin memberitahu, indeks jenayah di negeri ini sepanjang lapan bulan pertama tahun ini menurun 359 kes atau 9.10 peratus dengan 3,584 kes berbanding 3,943 kes bagi tempoh sama tahun lalu, lapor Hmetro.


Read more: http://www.kualalumpurpost.net/doris-jones-diburu-polis/#ixzz3D9uAHOBK



Friday, September 12, 2014

Jentera PAS sudah berbohong!

Kata Parti Islam, belum kempen lagi dah mula berdusta. Apapun, terimalah hakikat Pakatan Rakyat memang dan biasa letak calon daripada luar untuk bertanding. 


  
Kalau dah bukan calon tempatan dan dilahirkan di Kedah, bagitau la perkara yang sebenar. Jangan kerana nak menyaingi calon BN yang terbukti anak tempatan di situ, PAS cuba membohongi pengundi-pengundi Pengkalan Kubor

Sumber : Anti Pakatan Rakyat..

Gambar-gambar latihan tentera US-TDM Malaysia yang dikecohkan pencacai PR



12 SEPT: Kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani  latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia.
Mereka tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Perhubungan Raya Tentera Darat pada Jumaat memaklumkan kehadiran Anggota Tentera United States Army Pacific Command (USARPAC) dari Hawaii adalah untuk melaksanakan eksesais Keris Strike Siri 18/2014.
Eksesais ini akan dijalankan mulai 13 hingga 26 September September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.
“Eksesais ini merupakan siri eksesais gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen.
“Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan dalam senario bencana banjir,” kata kenyataan itu.
Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam, dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, eksesais ini juga mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah Negara serta memberi pendedahan kepada prosedur operasi medan di antar pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.
“Dengan penjelasan ini diharap dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran kehadiran tentera US sepertimana yang telah dilaporkan di kebanyakan media sosial tempatan,” menurut kenyataan itu lagi.
Sebelum ini ketibaan tentera tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan rakyat Terengganu khususnya dan Kelantan amnya.
Ini kerana pesawat boeing 777 yang mendarat di Terengganu itu dilihat lengkap dengan alatan perang dari Amerika.











Laporan Utusan Malaysia pada tahun lepas

SUNGAI PETANI 17 Sept. - Eksesais Keris Strike Siri 17 antara Tentera Darat Malaysia dan pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) akan memberi penekanan terhadap cara mengendalikan kes perubatan (Medical First Responder-MFP) dan menghadapi periuk api (C-IED) terutama ketika menyertai misi pengaman di kawasan krisis.

Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Shukuri Ahmad berkata, eksesais tersebut merupakan kesinambungan hasil perjanjian latihan bilateral antara kedua- dua negara.

Katanya, kali ini latihan dilaksanakan berorientasikan kepada Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Latihan ini membolehkan kedua-dua pasukan tentera bertukar ilmu pengetahuan dan pengalaman berguna.

"Lebih penting lagi, pegawai dan anggota terlibat akan diajar tentang teknik-teknik mengendalikan kes-kes kecemasan terutamanya berhubung pengendalian khidmat perubatan di kawasan bencana," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Eksesais Keris Strike Siri 17/2013 di Padang Kawad 52 Rejimen Artileri, Kem Lapangan Terbang di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Komander 25, Divisyen Infantri AS, Brigedier Jeneral P. Johnson.

Seramai 120 pegawai serta anggota tentera darat dan 75 tentera AS menyertai eksesais yang berlangsung bermula hari ini hingga 27 September ini.

Menurut Mohd. Shukuri, eksesais terbabit hanya melibatkan aspek arahan berpusat dan tidak melibatkan logistik serta aset tentera darat.

"Aspek latihan adalah hanya berbentuk dalaman kem. Para peserta diberikan satu situasi genting yang perlu diadaptasikan semasa latihan," jelasnya.

Sementara itu, Johnson berkata, eksesais tersebut dilihat mampu memperkukuhkan hubungan baik antara kedua-dua pihak di samping mampu memberi pendedahan mengenai pelaksanaan misi pengaman.

"Latihan ini memberi banyak manfaat kepada kedua-dua negara malah, pihak tentera AS sendiri dapat mempelajari pelbagai aspek termasuk sosiobudaya masyarakat negara ini," katanya.


Untuk gambar aktiviti-aktiviti mereka sila rujuk SINI






PAS vs DAP vs PKR vs PASMA vs UMNO vs Wan Azizah





Kajang pak malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu
Dah DUN kajang, MB pun dia nak dapat,
Bila disanggah nangisnya mendayu-dayu...

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kerusi antara nampak,
Esok jangan rayu-rayuan…

Anak Cina pasang lukah,
Lukah dipasang di tanjung jati,
Parti Cina dah bukak langkah,
Langkah Kajang yang buat PAS mati..

Putik pauh delima batu 
Anak sembilang di tapak tangan 
PAS tak serik berkepala batu,
Hilang di mata di PR jangan





Dulu di hujung Hutan sekarang di Bali
Bertongkat kayu penat berjalan kaki
Dulu disanjung Pakatan sekarang diperli
Well, You pay peanut you’ll get monkey


ADUN Tupong raikan Jemaah Haji ke Tanah Suci di Kuching, Sarawak

Gambar-gambar YB Datuk Hj Daud ADUN N6 Tupong meraikan bakal-bakal haji yang akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan rukun Islam yang ke-5.

Majlis keberangkatan Jemaah Haji Sarawak bagi Musim Haji 1435H/2014 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam. Semoga Para Jemaah Haji mendapat Haji yg Mabrur. Amin







Memang Jahat. Mungkin ini sebenarnya strategi PAS di Selangor.

Dulu kata umno pengkhianat rakyat, Islam plastiklah bagai... PAS lebih sanggup tidur sebantal dengan DAP daripada hidup bersama dengan kepimpinan UMNO. 

Dendam punya dendam, akhirnya Allah Azzawajalla balikkan dendam itu pada diri mereka juga. PAS kini dihentam teruk fanatik politik, bukan saja oleh DAP dan PKR, malahan dari kelompok ahli parti mereka sendiri.

Bila dah kena serang depan belakang, luar dan dalam, buat Press Conference minta simpati kata dikhianati. Tapi jangan percaya bulat-bulat. PAS ini spesis parti u-turn then merry go round... hari ini cakap lain, besok cakap lain.. 




Sebelum pilihanraya 2008 dulu, Pakatan Rakyat tidak wujud. UMNO pernah cuba pujuk PAS untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan Selangor dengan PAS sebagai Menteri Besarnya. 

Malangnya PAS ketika itu sombong. Ada beberapa pemimpin PAS yang gelap mata dengan perundingan serta persetujuan awal dibuat dengan beberapa orang pemimpin utama DAP, walaupun merugikan PAS yang sepatutnya memegang jawatan Menteri Besar Selangor bersama UMNO.


Tak jadi MB masa itu tak apa... Selepas PRU ke-13, PKR sekali lagi diberi tempat ambil tampuk kepimpinan sebab DAP tiada wakil Melayu/ Islam. (PAS ada 15 kerusi DUN, PKR 14 kerusi, DAP 15 kerusi)

Untuk pengetahuan, dalam kebanyakan demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP dan PKR sebelum ini, PAS yang paling banyak menyumbangkan ahli. Yang meriah turun padang sampai berguling-guling di atas bitumen pun golongan mereka juga. 

Tanpa ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, demonstrasi takkan menjadi, contohnya Demonstrasi Black 505 yang konon-kononnya untuk membantah kejadian terputus bekalan elektrik sebagai bukti penipuan UBN dalam PRU-13. Sebaliknya PKR dapat malu besar oleh bilangan ahli peserta yang hambar..

Jadi PAS yakin, mereka tiada masalah untuk ketepikan Pakatan Rakyat. Tapi pada masa sama, sumbangan PKR/DAP diperlukan untuk mengekang kuasa UMNO daripada mengambil alih sokongan rakyat. Ibarat menarik rambut dalam tepung.. rambut tak putus, tepung tak berselerak.


Jika PAS mahu ambil alih kepimpinan kerajaan negeri Selangor, inilah masanya. Cukup-cukuplah dengan sandiwara yang dilakonkan selama ini. 

Siapa yang tak gelap mata bila tahu rizab yang dimiliki Selangor sekarang RM2.712 Bilion, jumlah tertinggi dicatatkan dalam sejarah negeri itu. Dengan duit sejumlah itu, 3 kali kempen pilihanraya pun tak habis... 

Sudah tentu PAS tak perlu pada Pakatan Rakyat. Biarlah Pakatan Rakyat pula yang akan berlutut pada mereka kelak....




Thursday, September 11, 2014

Profile ringkas calon BN, PRK Pengkalan Kubor



Nama panggilan : Ustaz/Cikgu Mat Razi:
Nama penuh : MAT RAZI BIN MAT AIL 651119035219 
Pekerjaan : PENOLONG PEG.PPD TUMPAT PENGURUSAN SKOLAH.

Kelulusan : BA(Hons)Sejarah& persuratn melayu UKM (1999), maktb perguruan sultan abdl halim kedah(1988)
Bergiat politik : semenjak 1990 sbgai SU Cawangan Simpangan. 
Jawatan: AJK PEMUDA bermula 2005. AJK BAHAGIAN bermula 2009.

Isteri : Khairos Bt Husin 
Pekerjaan : Guru Sk. Simpangan Tmpat.
Anak : 6 org (3 lelaki 3 perempuan) - Ank 1 Zamir (uitam kos Art& Design) 2.Nur Izati (uia bahasa arab) 3. Aizat (maahad tmpat) 4.Nur Zahirah (maahad tahfiz tanah merah) 5.Nur Maisarah dan Zulfahmi (sk smpgn).

- mengasaskan sekolah pondok 9.11.2012 di tanah wakaf sendiri Kg.simpangan dgn pngambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org.pelajar semasa 20 org di bantu guru quran en daud ismail (bekas guru quran zi sndiri). Pondok di sumbg dato noor zahidi 50ribu 2013.Pengajian pelajar percuma makan percuma.

- Mula brkhdmat di 1988 sk bunohan(8 thn)1999(smk sri kurau perak)2002(smk ayer lanas jeli)2003-2008(smk geting)guru pemeriksa sejarah.

- Di maktb pernah johan Tilawah Al-quran taranum.

- mula mengaji di pondok tuan guru haji wan mat jal besar(1982 sehingga tuan guru meninggal 1994. pergi haji pertama 1994.haji ke 2-2008.Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011.

SELAMAT BERJUANG.

Bila politiking mencapai tahap pintu tertinggi...



Hina kaum dan agama, samakan orang-orang Islam dengan anjing, menggelar mangsa perang sebagai pengganas...

Israel itu sendiripun belum tentu suka pada kaum yang bukan sebangsanya. Kanak-kanak pun tak segan mereka bunuh...

Satu penghinaan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal.

Orang yang berperangai seperti ini hidup terlalu bahagia di Tanah Melayu yang tidak ada pertelagahan kaum, tidak pernah sedikit pun rasa terancam bila berada di kalangan orang-orang Melayu yang dia hina...

Dia tidak pernah diganggu oleh umat Islam, sama sekali tidak pernah dihina oleh orang-orang Islam, jauh sekali oleh penduduk Palestin.

Inilah hasil politik pembangkang yang disemai melalui kebencian terutama kepada kepemimpinan negara. Islam dan politik dicampur-aduk untuk kepentingan dalam kempen pilihanraya. Orang Islam serang orang islam dari satu pihak yang lain.

Hasilnya yang kita lihat di atas... Jangan salahkan dia sahaja, tetapi salahkan juga pemimpin-pemimpin melayu pembangkang. Merekalah punca segala karut marut yang kita tatap pada hari ini..

Rujuk sini


Wednesday, September 10, 2014

Terkini - Lagi ditahan di bawah Akta Hasutan

Tiap-tiap minggu ada saja seorang dua ditahan di bawah akta Hasutan ini. Baru kelmarin kalau tak silap seorang aktivis, Ali Abdul Jalil juga ditahan dibawah akta yang sama.

Penahanan Ali itu dikatakan telah menimbulkan rasa marah dan kecewa peguamnya, Michelle Yesudas sehingga meluahkan perasaan kalau boleh akta hasutan dibuang hari ini juga.

Bukan seorang tetapi ramai khususnya kalangan pihak pembangkang tertunggu-tunggu bila lagi Akta Hasutan nak dimansuhkan.

Kita pun mula rasa pelik.. Dato Seri Najib mengulangi pendirian akan memansuhkan akta ini dan menggantikannya dengan akta Keharmonian Nasional yang berfungsi lebih baik. Dengan kata lain, bermakna ianya lebih tegas.

Apa pula penjelasan pembangkang tentang kesediaan mereka untuk menerima satu akta yang lebih keras daripada akta yang sedia ada? Itupun jika benar Akta Keharmonian Nasional lebih mampu membendung masalah provokasi melampau seperti ini, nescaya tiada sesiapa mahukan ianya diganti.

Kerajaan berkata akta yang baru akan lebih bagus dari yang lama, tetapi macam ISA dan EO juga, akta yang baru tak boleh buat apa-apa pun, melainkan menghabiskan masa dan duit kerajaan untuk pendakwaan dan melayan karenah peguam-peguam mereka di mahkamah.

Hasilnya yang kita lihat sekarang, jenayah berprofil tinggi bukannya dibendung malah semakin kerap berlaku. Penjenayah seolah-olah bebas daripada ancaman hukuman keras daripada kerajaan yang memerintah.

Kita mahukan keamanan, tidak mahu provokasi melampau daripada isu politik melarat menjadi pertikaian isu perkauman dan agama di negara. 


Mudah-mudahan PM kita, Dato Seri Najib tidak mudah tunduk kepada desakan pembangkang hanya kerana mahu menyelamatkan keadaan dengan cara terlalu berlembut. 



Pendakwah bebas yang juga Ahli PAS, Wan Ji Wan Hussin hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut melalui satu tulisan di Facebook pada tahun 2012 yang dikatakan menghina sultan Selangor.

Wan Ji, 32 tahun, dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.


Status beremosi membawa padah!

Akibat terlalu mengikut perasaan tanpa memikirkan implikasi hasil perbuatannya menghina agama dan bangsa orang lain, akhirnya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara selama setahun. Menangis air mata darah sekalipun, tidak akan dapat mengembalikan masa seperti sediakala.

Sekarang ini ramai kalangan rakyat khususnya fanatik pembangkang melemparkan segala bentuk penghinaan yang diterjemahkan dalam bentuk sindiran melampau ke laman-laman sosial tanpa mengira perasaan pembaca yang lain.

Mungkin ini hasil gurauan seharian mereka.. Cuma mereka tidak menerima tindak-balas daripada orang sekitar yang berada di sampingnya. Dek kerana kurangnya sensitiviti ini maka mereka tidak lagi mengira posting yang dibuat, hanya untuk meluahkan perasaan geram terhadap sesuatu.

Negara kita mempunyai undang-undang. Kebebasan media yang diamalkan bukan bermakna itu hak untuk menghina kaum atau agama orang lain. Fikirkanlah jika nak beremosi, bermaki-makian pun silalah lakukan di tempat lain, contohnya di pejabat PPS atau markas Unit Amal PAS yang jelas haram lagi mencabar tugas penguatkuasa negara kita.


- Sumber dari perkongsian facebook



Seorang penyelia tapak pembinaan dipenjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat komen menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam menggunakan Facebook, Jun lalu.
Tertuduh, Chow Mun Fai, 37, yang juga menamakan nama ‘Chow Jack’ membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Chow dilihat menangis di dalam kandang tertuduh selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet iaitu Facebook dan menghantar komen bersifat jelik dihttps://www.facebook.com/cpm/chow.jack.982 (yang telah dipadam) dengan niat menyakitkan orang lain.
Chow didakwa melakukan perbuatan itu di Pentas Seni Kuala Lumpur, Sentul Park, di sini, pada jam 10.30 pagi 12 Jun lalu.
Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan turut dimansuhkan Kerajaan?





Transformasi yang dilakukan kepimpinan Barisan Nasional sudah menampakkan  beberapa kesan. Banyak cadangan-cadangan yang kurang praktikal untuk dilaksanakan didahului kepada pengetahuan rakyat jelata melalui khabar angin, akhirnya menjadi nyata.

Terbaru, cadangan memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) yang telah memberi manfaat kepada ramai penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri sejak ditubuhkan 50 tahun lalu.. 

Sikap kerajaan kita kini yang seperti main sorok-sorok berhubung isu pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) menggusarkan 1.5 juta penjawat awam. 

Sejak kebelakangan ini, terdapat ura-ura mengatakan Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan cadangan memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk digantikan dengan satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan melibatkan penjawat awam.

Sekiranya cadangan itu diluluskan, ia adalah malapetaka kepada 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara memandangkan Bahagian Pinjaman Perumahan merupakan satu-satunya entiti menjaga kebajikan mereka dalam soal pemerolehan pinjaman perumahan.

Umum tahu, majoriti di kalangan penjawat awam ialah Melayu dan Bumiputra. Kadar faedah 4.0% yang dinikmati kakitangan awam sebelum ini tentunya akan ditarik balik. 

BPP bakal digantikan dengan dengan institusi baru yang mengikut corak berasaskan keuntungan dan lebih berperanan mirip seperti bank.  



Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam (BPP) Diserahkan kepada CIMB?


CIMB Bank dikhabarkan akan mengambil alih menjadi satu badan yang akan menguruskan Bahagian Pinjaman perumahan kakitangan awam. Mengikut maklumat, syarat baru kepada kakitangan awam untuk pinjaman perumahan akan diubah, nilai downpayment untuk setiap harga rumah akan turut naik, begitu juga kadar faedah pinjaman rumah kakitangan 4% (reducing balance) akan diubah kepada satu kadar yang lain. 
Adakah ini salah satu cara untuk menghadkan pinjaman kakitangan awam? Apabila CIMB menguruskan pinjaman kakitangan kerajaan, sudah tentu akan masuk dalam laporan CCRiS sekaligus jika didapati komitmen si pemohon terlalu tinggi, pinjaman rumah akan sukar untuk diluluskan. Semuanya atas nama mengawal hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi.
Berita cadangan untuk memansuhkan BPP amatlah tidak wajar, seolah-olah kerajaan kurang prihatin akan permasalahan rakyat yang menghadapi masalah harga rumah yang semakin meningkat seperti tiada kawalan kini.
Apakah lagi jenis kejutan PM kita melalui transformasi yang banyak kali merisaukan rakyat kini? Setelah satu persatu akta terpenting kepada Melayu seperti ISA, EO, Atka Hasutan (Bakal) kini BPP pula...
Adakah kaedah pinjaman berkonsep Riba seperti pinjaman Bank Konvensional itu penyelesaian yang terbaik untuk rakyat? 

Apakah jalan penyelesaian yang disediakan oleh kerajaan pimpinan Dato Seri Najib untuk memudahkan rakyat memiliki rumah sendiri?

Tuesday, September 9, 2014

Gambar-gambar suasana pilu ketibaan jenazah mangsa MH17, Allayarham Tambi Jiee di Kuching



Suasana terkini di Pengkalan TUDM Kuching di mana waris-waris terdekat, ahli keluarga serta orang ramai sedang menanti ketibaan pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang membawa jenazah Allahyarham Tambi Jiee, mangsa tragedi MH17 yang dijadualkan akan tiba di sini tengahari ini. -Sarawakiana





TERKINI DI MASJID JAMEQ ... Jenazah Allahyarham Tambi Jiee, mangsa tragedi MH17 tiba di Masjid Jamek Petra Jaya untuk di sembahyangkan.- Sarawakiana







Al Fatihah. Semoga roh arwah Sdr Tambi b Jiee ditempatkan bersama org org solihin. Amin.




Laporan penuh punca nahas pesawat malang MH17, mari ikuti di laman blog www.melanaublogger.com

Beliaukah MB Selangor yang baru (tidak rasmi)?


Teka-teki akan berakhir.. politik perang dingin PAS - Pakatan Rakyat tentang siapa yang patut menjadi MB Selangor bakal 'reda sekejap' tidak lama lagi. Akan ada pihak yang ternganga, terduduk dan terguling lagi.

PAS  bijak berwayang kulit. 3 Tok Dalangnya memang hebat belaka. Tiap antaranya tahu bersandiwara dengan bicara masing-masing. Tapi pemilik pentasnya, Hadi Awang. Jangan terkejut, dah lumrah dorang main kat belakang... Andai kata PAS dipilih,  boneka PKR dan DAP itu dah tentu orang tak sudi nak junjung ..



Khabarnya Jumaat ini ada orang diperkenankan Sultan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan TSKI. Baginda sendiri pun belum lagi mencanang Gongnya, tapi semacam ada yang dah tahu apa bunyinya. Beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Ir Iskandar Abdul Samad.

Orangnya hensem, rasanya dia tak gagap dan tentunya bukan simbolik sebagai tukang kipas orang tertentu.... Betul atau tidak, kita tunggulah dan lihat nanti... Rujuk sini

Maaf cakap, Wan Azizah bukan pilihan Sultan Selangor.

PKR dan DAP ingkar titah Sultan, hantar cuma satu nama saja sampai buat baginda murka, jadi selayaknya mereka dianugerahi bertan-tan debu bertakhtakan angan-angan saja.

Terbentuklah kerajaan PAS Selangor. Bagi yang tak sudi, dibubarkanlah DUN Selangor kepimpinan PR itu. Andainya mereka terpaksa redha, maka Langkah Kajang itu sebenarnya Langkah Kejang hasil ciptaan kebodohan pakatan sendiri.

Kita ramalkan MB baru nanti akan menjadi MB yang paling singkat tempoh perkhidmatannya dalam sejarah Malaysia mengiringi Darul Ridzuan.. DUN Selangor akan mohon dibubarkan. Kalau itu berlaku, ia perang yang biasa. Tapi kalau itu tak berlaku, sesungguhnya ia amat Luar Biasa!

Apapun, kita doakan yang terbaik untuk rakyat Selangor khususnya kerajaan Baginda Sultan. Semoga Allah merahmati negeri Darul Ehsan serta melindunginya daripada tangan-tangan orang yang bukan ahlinya. Amin.


Gambar - Kebakaran paling besar berlaku di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau Sabah

Difahamkan berlaku malam tadi. Doakan semoga keluarga mereka terselamat daripada musibah ini. 


TAWAU: Sekurang-kurangnya 100 rumah atas air di Kampung Tanjung Batu Laut di Logpond, dekat sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kejadian bermula pada jam 7 malam tadi mengakibatkan lebih 200 penduduk hilang tempat tinggal.
Sehingga jam 8.45 malam ini, bomba masih menjalankan operasi memadam kebakaran.


Kebakaran membabitkan rumah setinggan dan seramai 37 anggota bomba bersama tiga jentera dikejar ke lokasi kejadian

Difahamkan, bomba berdepan kesukaran untuk masuk ke kawasan kampung berkenaan berikutan laluan yang sempit.


Setakat ini, bomba masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian itu mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.









Artikel dipetik daripada: http://sukanstartv.blogspot.com/2014/09/video-kebakaran-di-tanjung-batu-laut.html

Sila ke laman ini untuk lihat rakaman video.

Monday, September 8, 2014

Kenapa Wan Azizah tidak boleh jadi MB Selangor?



Perlantikan Datin Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru akan mengundang lebih banyak masalah berbanding kebaikan terhadap rakyat di negeri ini. Penganalisis politik berkata, pentadbiran Wan Azizah kelak akan dibayangi Anwar Ibrahim selaku penasihat PKR.

Malah tidak mustahil peristiwa serah kuasa seperti yang pernah terjadi di Permatang Pauh satu masa dahulu akan berulang kembali sekiranya Anwar didapati bebas daripada sebarang hukuman mahkamah.

Kata penganalisis politik, Dr Ahmad Martadha Mohamed,

“Kita tahu Wan Azizah bukan seorang ‘willing-politician’. Beliau banyak mengambil tempat Anwar apabila Anwar dijatuhkan hukuman, dipenjarakan dan tidak dibenarkan bertanding dan sebagainya.”

“Oleh kerana beliau telah melalui pelbagai peristiwa di mana masalah yang timbul seperti di Permatang Pauh apabila beliau terpaksa bertanding, kemudian apabila Anwar mendapat kelayakan, beliau terpaksa meletakkan jawatan dan beri ruang kepada Anwar untuk bertanding.”

“Jadi ini semua adalah rentetan peristiwa yang menunjukkan bahawa sebenarnya meletakkan Dr Wan Azizah itu akan memberi  lebih banyak masalah berbanding  dengan kebaikan kepada masyarakat dan penduduk  Selangor terutamanya.”



Wan Azizah baru-baru ini telah menghantar surat memohon untuk mengadap Sultan Selangor untuk kali kedua, bagi memaklumkan dirinya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Terdahulu, Sultan menolak permohonan mengadap Wan Azizah. Majlis pimpinan pakatan rakyat sebulat suara bersetuju mengekalkan nama Wan Azizah sebagai calon menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Martadha menyelar kemampuan Adun Kajang itu untuk mentadbir negeri apatah lagi Wan Azizah sendiri mengakui tidak mempunyai pengalaman mengurus tadbir sesebuah negeri dan mengharapkan sokongan sebuah pasukan mantap untuk membantunya menguruskan Selangor.


Kata Dr Ahmad Martadha lagi,

“Apakah dengan kurangnya pengalaman dari sudut mentadbir sama ada sektor awam atau sektor swasta itu akan menjadikan Wan Azizah itu lebih baik? Saya rasa tidak..”


“Apabila seseorang itu tiada pengalaman dan kredibiliti di mana dua isu ini saya sifatkan sebagai penting bagi sebuah negeri maju seperti Selangor, maka mungkin nanti beliau mudah dimanipulasi. Kita tahu perlantikan Tan Sri Khalid sebelum ini dibuat atas dasar latar belakang beliau menerajui bidang korporat.”  




Peluang pekerjaan bagi yang sedang mencari..

Kepada rakan-rakan dan adik-adik kita yang sedang mencari peluang pekerjaan, mari cuba isi permohonan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Manalah tahu kalau-kalau dimurahkan rezeki oleh Allah, dapat kat kita pekerjaan yang baik-baik.

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 12,September. 2014.

Rujuk di sini: http://www.spa.gov.my/Portal/Pemohon_Pekerjaan