PAS dah terkena badi PKR. Entah apa tangkal yang PKR guna, masalah perpecahan yang teruk mula merebak kepada PAS. Ada ugut nak keluar parti, minta dipecat, tubuh satu parti dalam parti dan bermacam-macam lagi..
Suara-suara sumbang mula kedengaran memaki golongan ulama PAS dan tok guru mereka. Manusia politaik yang satu ketika dulunya rakan, satu per-satu serang Presiden PAS. Besar sungguh bahana murka Anwar kalau tak ikut cakapnya suruh lantik bininya menjadi Menteri Besar.
Apa tok guru boleh buat sekarang? Nak maki PKR terang-terang takut umno gelak. Akhirnya, pendam saja dalam hati sampai berkarat.
Satu hari datang satu mamat berjumpa Pok Nik. Punya girang hatinya bertemu idola hati yang terkenal dalam PAS. Niatnya mulia... cuma nak salam, peluk dan cium tanda sayang yang amat padanya.
Tapi masanya salah... tempat pun salah. Pok Nik mungkin 'bad mood' time tu. Hampir-hampir dilayangkan penampar buaya pada mamat tu. Kesian..
Ini semua PKR punya pasal.. dorang punya salah, penyokong PAS pula hampir-hampir kena lempang mursyidul amnya sendiri..
Mungkin itulah yang berlaku... :) :) :)
Ni dia sumber rakaman video tu..
https://www.facebook.com /video.php?v=541857262611039
Monday, September 8, 2014
Sunday, September 7, 2014
Habislah.. Benarkah ini gambar Cikgu Bard masuk umno?
Yang ni bagi borang masuk umno ke, atau bagi memorandum? Tambah-tambah lagi dengan kehadiran Rahimi di sebelah itu. Dia datang macam nak serah diri saja.
Sebelum ini kita pernah dengar luahan kekecewaan Cikgu Bard terhadap parti 'nepotisme' PKR.
Apapun, kelihatannya mereka tetap mesra dan senyum-senyum saja. Mesti ada sesuatu kan.. Betul tak?
Sebelum ini kita pernah dengar luahan kekecewaan Cikgu Bard terhadap parti 'nepotisme' PKR.
Apapun, kelihatannya mereka tetap mesra dan senyum-senyum saja. Mesti ada sesuatu kan.. Betul tak?
PKR dan DAP memang 'tak reti' bahasa.
Presiden PAS, Dato Seri Hadi Awang sudah jelas menolak Wan Azizah sebagai pengganti TSKI. Bukan hanya tolak calon tunggal PKR, tetapi menempelak PKR yang tak faham bahasa.
Beliau membidas usaha sesetengah puak di dalam parti Islam itu yang mahu PAS hanya mengikut arahan dan telunjuk dua rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat.
"Surat dari istana minta kita hantar lebih dari dua nama. Orang kata kita tak reti (faham bahasa), maka kena hantar lebih dari dua. PAS reti (faham bahasa), yang lain terpulanglah nak hantar satu atau dua nama.
"Orang PAS nak minta pemimpin jadi bodoh ke? Orang minta kita hantar dua nama kenapa minta (hantar) satu nama? Kita tak begitu. Kalau ada pihak media pun tulislah berita ini," katanya di Program Dialog dan Penjelasan Isu Terkini yang diadakan semalam.
"Kalau nak hantar satu nama Sultan nak pilih macamana? Kemudian kita terima surat dari Istana, istana tulis surat pada saya semua parti hendaklah menghantar lebih dari dua nama," ujarnya.
Malah Hadi turut menepis dakwaan PAS menolak Wan Azizah kerana isu jantina.
"Yang sebenarnya sebab kita tolak calon (MB) di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi tidak layak bukan sebab di perempuan...bukan sebab itu, tak boleh dan tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan kerajaan negeri Selangor ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor itu yang sebenarnya bukan sebab dia (Wan Azizah) perempuan."
"Sebab isu perempuan ini boleh muzakarah banyak, rasa Sultan pun dia ada mufti di Selangor dan dia (Baginda) boleh tanya mufti Selangor dalam bab ini," demikian menurutnya.
Wan Azizah Tidak Cukup Syarat Untuk Jadi Menteri Besar Selangor?
Demikian pandangan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali yang turut menekankan lapan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang calon jika hendak menjadi menteri besar.
“Pertama, dia mestilah ada ilmu, iaitu ilmu untuk mengurus, bukan mengurus organisasi tetapi sebuah negeri yang mana saiznya besar.
“Yang kedua, dia juga hendaklah mempunyai pengalaman mentadbir sebuah badan korporat atau sebagai pegawai tadbir diplomatik,” katanya ketika dihubungi.
Selain itu, Dr Hasan juga berkata calon tersebut mestilah mempunyai ilmu pengurusan tanah yang tahu bagaimana hendak mentadbir tanah, mengutip hasil, bayaran dan sebagainya.
“Keempat, dia perlu mempunyai kebolehan mengurus kakitangan kerajaan negeri yang bilangannya ramai. Oleh itu dia perlu tahu bagaimana hendak mengurus mereka dari peringkat atas hingga ke bawah,” jelas beliau yang juga bekas naib presiden PAS.
Katanya lagi, calon itu perlu memiliki personaliti yang dapat diterima oleh Sultan kerana seseorang menteri besar harus mempunyai hubungan yang intim dan erat dengan Istana.
Jelas beliau, sekiranya hubungan itu layu, ia boleh mencacatkan pentadbiran negeri.
“Yang keenam, dia mestilah mempunyai trek rekod yang baik dan berintegriti serta tidak mempunyai sebarang rekod yang boleh merosakkan imejnya sebagai menteri besar.
“Yang ketujuh, seseorang MB itu bukan sahaja perlu dapat sokongan dari ketiga-tiga parti tetapi dia kena pandai urus tadbir rakan-rakannya dalam parti-parti tersebut supaya segala keputusan yang dibuat mendapat sokongan padu dari mereka,” kata Dr Hasan.
Akhir sekali, beliau menekankan bahawa calon tersebut seorang yang beragama Islam yang boleh melancarkan pentadbiran berkaitan agama Islam.
“Kena ada imbangan dengan agama, hubungan baik dengan mufti, JAIS dan MAIS. Pengalaman sebagai exco, MB perlu hadir konvensyen berkaitan agama, kena ada sebelah Sultan. Jadi untuk acara-acara tersebut, jika dia perempuan ada sedikit halangan,” jelasnya.
Katanya jika Wan Azizah dapat memenuhi kesemua ciri-ciri tersebut, beliau tiada masalah. Bagaimanapun katanya jika masih ada pilihan, biarlah calon tersebut seorang lelaki.
Sementara itu, menyentuh kepada kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Wan Azizah ‘tidak ada kebolehan’, Dr Hasan merasa perkara itu ada kebenarannnya.
“Kalau Hadi kata Wan Azizah tak ada kelayakan, saya rasa (betul) mungkin ciri-ciri itu tiada dalam Wan Azizah. Sebab kalau kelapan-lapan itu dirumuskan, ia termasuk dalam ‘kebolehan’,” katanya.
Selain itu, Dr Hasan berkata beliau tidak mahu jawatan tersebut diuruskan secara ‘jarak jauh’, iaitu dengan adanya individu tertentu yang menguruskannya di belakang tabir.
Katanya PAS sebagai parti Islam, dalam hal besar dan penting seperti ini, harus utamakan apa kehendak Allah, seperti yang dilakukan oleh Abdul Hadi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng perlu menghormatinya.
“Kalau sunnah kata begitu (utamakan lelaki), kalau ulamak kata begitu, takkan dia nak kata perempuan boleh. Kalau dia kata boleh juga, nanti akan ditempelak oleh ramai,” kata Dr Hasan.
Tambahnya, PAS juga dilihat amat berhati-hati dalam isu ini dan dalam masa yang sama menjaga hubungannya dengan Istana.
Abdul Hadi dalam kenyataanya pada Jummat, mengatakan PAS tidak menamakan Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu kerana merasakan beliau (Wan Azizah)tidak berkebolehan.
Katanya Wan Azizah ditolak bukan disebabkan gender tetapi syarat melantik pemimpin mestilah seorang yang mempunyai kebolehan.
Kredit kepada www.suara.tv
Saturday, September 6, 2014
Rumah-rumah Myhome berkonsep mewah mampu milik di seluruh negara. Tak rugi kita cuba mohon...
Bagi yang belum mempunyai rumah dan ingin memiliki rumah sendiri, marilah penuhi impian kita. Jangan tak cuba, setiap usaha pasti ada hasilnya...
SKIM MYHOME
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) telah pun dibuka tetapi ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedarinya. Ini adalah peluang yang terbaik bagi rakan-rakan yang tidak mempunyai tanah untuk mendapatkan rumah dengan harga yang berpatutan dan yang terpenting ada bantuan subsidi dari kerajaan.
Pasti ramai yang berminat untuk membuat permohonan dalam skim yang menawarkan insentif yang amat besar. Skim MyHome melibatkan peruntukan RM300 juta bagi membina 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
Butiran Bantuan Skim MyHome
Kerajaan menawarkan bantuan kewangan sehingga maksimum RM30,000 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan & RM6,000 untuk beli rumah pertama.
Skim MyHome terbuka kepada pembeli rumah pertama dengan pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah dan maksimum RM6,000 bagi kos sederhana.
Skim MyHome akan membantu anda yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
Contohnya, kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim Myhome ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan. Ingat.. Skim Myhome bernilai RM300 juta.. banyak tuu,,
Namun, ramai yang masih kurang jelas mengenai maklumat dan cara-cara membuat permohonan dalam skim ini. Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu:
Syarat, Kelayakan dan Jenis Skim MyHome:
■ Warganegara Malaysia
■ Berumur 18 tahun ke atas
■ Pembelian adalah rumah pertama
■ Bantuan(Subsidi) Maksimum: RM30,000
■ Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Untuk info, terdapat 2 jenis perumahan bagi Skim MyHome ini. Sila rujuk dibawah untuk info tentang jenis rumah bagi Skim MyHome 2014 ini.
■ MyHome 1:
3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 800 Kaki Persegi
Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
Jualan harga rumah
Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
■ MyHome 2:
3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 850 Kaki Persegi
Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
Jualan harga rumah
Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000
Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000
Cara Daftar MyHome Skim Perumahan Mampu Milik Swasta
1. Borang Skim Myhome Online
2. Isi borang dengan lengkap berserta salinan dokumen yang diperlukan.
3. Senarai Dokumen Yang Diperlukan & Wajib Dihantar Bersama Borang
Salinan kad pengenalan pemohon
Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri
Salinan kad pengenalan anak
Salinan slip gaji
Salinan surat OKU jika ada
Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri
Salinan kad pengenalan anak
Salinan slip gaji
Salinan surat OKU jika ada
4. Borang yang sudah lengkap mestilah dihantar atau diposkan ke Jabatan Perumahan Negara seperti alamat berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Perumahan Negara (Unit Myhome)
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
Aras 34, No.51
Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Jabatan Perumahan Negara (Unit Myhome)
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
Aras 34, No.51
Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Muat turun borang permohonan menerusi
Laman Web Jabatan Perumahan Negara
Klik Sini: http://ehome.kpkt.gov.my
Laman Web Jabatan Perumahan Negara
Klik Sini: http://ehome.kpkt.gov.my
Atau klik sini .. http://myhome.kpkt.gov.my/myhome/daftarpengguna atau dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (Seluruh Negara)
Borang permohonan dibuka: 1 APRIL 2014 (lama dah)
Pusat Panggilan MyHome:
03-8891 4322
03-8891 4317
03-8891 4313
03-8891 4322
03-8891 4317
03-8891 4313
Sila kongsikan kepada rakan-rakan lain yang belum tahu. Bagi yang memohon, semoga berjaya.
Cikgu Pa kena 'headshot'
Krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang dialami pakatan rakyat kini menunjukkan tanda-tanda perpecahan kalangan mereka semakin teruk.
Keengganan PAS mengiktiraf pencalonan isteri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon tunggal untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi punca kemarahan pemimpin serta penyokong-penyokong pakatan rakyat terutama daripada parti PKR dan DAP.
Berlakulah adegan tuding menuding sesama sendiri, menyalahkan antara satu sama lain. Tidak dapat tidak, akhirnya keluar juga kecaman mengaitkan konflik ini sebagai hasil perancangan, trojan horse, agen pemusnah dalaman parti dengan UMNO sebagai dalangnya.
Terbaru, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menjadi sasaran serangan dalam blog pro-pakatan.
Antara kenyataan-kenyataannya yang dirakam adalah seperti berikut;
●17 Ogos 2014 (10.30 pagi)
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan:
1. Wan Azizah
2. Azmin Ali
●17 Ogos 2014 (4 petang)
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan:
1. Wan Azizah
●25 Ogos 2014
Kenyataan Media Mustafa Ali (Setiausaha Agung Pas):
Menyerahkan perlantikan MB Selangor kepada Sultan.
●02 Sept 2014
Tanpa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.
Pejabat Presiden PAS Hantar 3 nama Adun PAS:
1. Iskandar
2. Sallehin
3. Yunus.
●04 Sept 2014
Tanpa mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.
U-turn
Hantar 3 nama, 2 PKR, 1 PAS:
1. Yakub Sapari
2. Dr Idris
3. Iskandar (Pas)
Apa lagi yang boleh di perkatakan tentang Mustafa Ali selain dari menyebut beliau ialah agen Umno di dalam Pas yang cuba merosakkan Pas dari dalam dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.
Tujuan beliau amat jelas telah menguntungkan Umno. Pakatan beliau dengan Umno di dalam kelam makin nampak jelas. - Sumber
Tiada apa perlu nak dihairankan, parti PAS memang dikenali kepakaran flip-flopnya dengan kebanyakan tindakannya yang tidak pernah konsisten melalui satu keputusan. Hari ini kata hitam, besok kata putih.
Namun, kali ini PAS harus dipuji. Setidak-tidaknya mereka mula 'bertatih' untuk berdiri dan berjalan sendiri. Tidak perlu didukungi PKR dan DAP untuk bergerak ke matlamat sendiri.
Ramai menyifatkan tindakan PAS ini sebagai 'Langkah Hadi' di sebalik 'Langkah Kajang' yang telah rosak disyorkan PKR. Hikmahnya, dalam banyak-banyak langkah, langkah pada kali ini pastinya menjadi titik tolak kepada 'langkah keluar daripada PR' yang telah banyak membuli PAS sejak awal pembabitan mereka lagi.
Fenomena Langkah PR - Langkah Kajang (PKR), Langkah Hadi (PAS), Langkah Mayat (DAP)...

Friday, September 5, 2014
Serah 'mayat' kepada KDN
Mereka menamakan kumpulan mereka Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS).
Gambar diambil di luar pejabat KDN dengan sekumpulan anak muda berarak untuk menyerahkan memorandum 'mansuh Akta Hasutan' sambil membawa bersama replika jenazah sebagai simbolik 'demokrasi yang mati'.
Ia sebagai respon kepada dakwaan terhadap pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom dan beberapa siri penangkapan kalangan ahli-ahli politik serta aktivis di bawah Akta Hasutan 1948.
Kumpulan mahasiswa tersebut berkumpul di lobi bangunan KDN dan berteriak "Mansuh-mansuh, Akta Hasutan!".
Namun seorang pegawai dari KDN yang sepatutnya menerima memorandum itu bagaimana pun memulangkan kembali memorandum tersebut.
Akta Hasutan 1948 adalah satu-satunya perisai dan dinding penghalang kepada usaha pihak-pihak dan anasir luar untuk menghuru-harakan kesejahteraan rakyat. Tanpanya, negara kita diancam perpecahan malah boleh menjadi bibit awal rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei yang menjadi titik hitam dalam sejarah kita.
Golongan yang menggelarkan diri mereka GAMIS ini mungkin ditaja sepenuhnya oleh parti pembangkang, atau orang tertentu yang mempunyai kepentingan dengan penghapusan akta tersebut.
Apa yang mereka mungkin lupa, sekarang usaha anasir jahat untuk memisahkan Sabah dan Sarawak melalui kempen yang digelar SSKM begitu giat dilakukan tanpa kita sedar akan kemajuannya sekarang.
Mereka mempertikaikan Perjanjian Penubuhan Malaysia kononnya Sabah, Sarawak telah merdeka sebelum bergabung bagi membentuk Persekutuan Malaysia. Perlu kita tahu setiap gerakan anti-kerajaan mempunyai agenda tertentu bermula daripada pemansuhan beberapa penguatkuasaan akta yang dilihat berisiko tinggi terhadap usaha mereka.
ISA telah dimasuhkan, namun apakah yang kita lihat sekarang dengan provokasi melampau terhadap kaum, agama dan raja-raja dalam perlembagaan? Bukankah dengan mansuhnya akta hasutan kelak, maka setiap individu boleh berbuat sesuka hati serta kebal daripada sebarang tindakan undang-undang?
Biasanya hanya penjahat sahaja tidak sukakan undang-undang yang tidak memihak mereka. Kalau boleh, biar tidak tinggal satu pun lagi alasan untuk pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan pelampau-pelampau politik.
Itulah yang dibuat oleh golongan GAMIS ini tanpa mereka sedar dipergunakan oleh pihak berkepentingan walhal ia amat merugikan diri sendiri.

Awas! Jangan sebarkan berita palsu MH370
Berita baru-baru ini tersebar meluas di laman sosial, kononnya penemuan MH370 telah pun ditemui terhempas di kawasan Pulau Perak. Perlu diingatkan, pencarian misteri kehilangan pesawat malang tersebut melibatkan ramai pihak terutamanya pakar-pakar penyiasat dan juga agensi kerajaan.
Jangan kita terlibat menyebarkan berita seperti ini kerana ia hanya akan menyusahkan pihak terlibat dan mengguris hati ahli keluarga dan waris mangsa yang sehingga kini tetap menaruh harapan tinggi agar orang tersayang kembali dengan selamat satu hari kelak.
Sentiasalah bertangggungjawab terhadap apa yang disebarkan, jangan hanya kerana hendak popular atau menjadi 'pemecah berita' akhirnya nanti kamu dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan.

Friday, March 28, 2014
PRK Balingian - Sabotaj DAP Terhadap Calon PKR Balingian Tersebar?!
Kemelut dalaman pakatan rakyat sememangnya terjadi namun ianya sengaja disembunyikan demi mempertahan benang yang basah; terutama sekali pada PRK DUN Balingian ini-semuanya nampak manis, namun pahit derita hanya pihak dalaman parti yang merasanya.
Pagi tadi, krew kami terjumpa satu risalah yang mungkin agak mengejutkan rakyat di DUN Balingian, khasnya di Mukah. Jika dilihat dan dibaca, sememangnya agak tidak logik jika benar calon PKR untuk PRK Balingian ini berniat seperti yang dinyatakan dalam risalah di bawah.
Dari risalah di atas, benarkah calon PKR ingin mempejuang hak bumiputera untuk orang cina? Atau dengan makna lain, hak istimewa bumiputera akan dihapuskan?
Memang benar perjuangan PKR adalah untuk keadilan, tetapi jika benar calon PKR ini berjuang untuk menghapuskan keistimewaan bumiputera yang terdiri daripada palbagai kaum di Sarawak, PKR jelas sudah lari dari landasan politik. Jika bukan, siapakah yang membuat risalah ini?
Pada bulan lepas, 1 artikel kami telah dedahkan mengenai niat sebenar perjuangan DAP di Sarawak. Artikel tersebut menyentuh satu perkara serius iaitu berkenaan perjuangan DAP mendapatkan status bumiputera untuk orang cina dan india di Sarawak.
Anda boleh lihat di [SINI].
Satu blog milik jurucakap DAP, seorang pembantu khas kepada ketua DAP Sarawak, menyatakan secara terang-terangan bahawa "Sudah Masanya Status Bumiputera Diberikan Kepada Orang Cina dan India".
Satu perjuangan nyata bertujuan memecahbelah kaum di Sarawak, tetapi sehingga kini pemilik blog itu bebas menyebarkan fahaman rasis nya; dan beliau ada di Mukah sekarang.
Jika dikaji dari segi jentera dan arah sokongan, di Mukah khasnya mencatat sokongan untuk DAP lebih banyak daripada parti PKR atau PAS. Semua penyokong pakatan rakyat menjangkakan bahawa calon DAP akan bertanding di PRK Balingian. Namun apa yang berlaku, calon PKR pula yang kena.
Adakah kerana kekecewaan penyokong DAP mendorong mereka untuk melakukan sabotaj terhadap calon PKR? Dimanakah perginya otai-otai DAP sepanjang kempen PRK Balingian ini? Baru semalam muka mereka muncul. Adakah kehilangan mereka selama tempoh kempen ini menunjukkan protes mereka terhadap keputusan pemilihan calon?
Walau apa pun, yang menjadi mangsa keadaan sekarang ialah calon PKR, Hj Abdul Jalil. Seorang yang warak, namun dijadikan 'kambing hitam' kesan daripada kemelut dalaman pakatan rakyat.
Tetapi jika benar poster tersebut adalah dari PKR sendiri semata-mata ingin mendapatkan undi orang cina, kami dengan lantangnya menyarankan agara semua etnik bumiputera Sarawak khasnya di DUN Balingian menolak calon PKR dan undilah calon BN agar status keistimewaan bumiputera sentiasa terjaga.
Sumber: http//:www.sematankelawas.com

Thursday, March 27, 2014
Anwar dicabar saman Ketua Menteri Sarawak
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman beliau dan kerajaan negeri jika tidak berpuas hati dengan tindakan melarang individu tertentu dari semenanjung memasuki Sarawak.
Adenan juga menyelar tindakan Anwar yang terus mempertikai keputusan kerajaan negeri walaupun beliau masih dibenarkan datang ke negeri ini.
Sarawak tidak memerlukan campur tangan orang luar untuk menentukan hala tuju dan masa depannya dan orang luar tidak perlu datang ke negeri ini untuk menimbulkan kekacauan, katanya ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Teh di Mukah hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, berkata negeri ini sudah cukup aman, malah rakyatnya hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni walaupun berbeza kepercayaan agama dan etnik budaya.
Sementara itu, penganalisis politik Datuk Peter Minos berkata Adenan melakukan perkara yang tepat dan rakyat Sarawak sentiasa bersama beliau yang sentiasa mahu memelihara keharmonian kaum dan kebebasan beragama di negeri ini sama ada waktu pilihan raya atau tidak.
Beliau turut menyokong tindakan melarang siapa sahaja dari Semenanjung yang memasuki negeri ini dengan niat untuk menimbulkan kekacauan.
Pada 21 Mac, Adenan berkata kerajaan negeri akan menggunakan hak Imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk menghalang kemasukan mana-mana ekstremis kaum atau agama atau menghantar mereka balik menurut undang-undang yang ada. - Bernama
Tuesday, March 25, 2014
Saifuddin Nasution dihalau dari memasuki Sarawak?
SETIAUSAHA AGUNG KEADILAN DISEKAT MEMASUKI SARAWAK
KEADILAN pagi ini dikejutkan dengan berita bahawa Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN telah disekat dari memasuki negeri Sarawak. Beliau telah tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon KEADILAN dalam kempen PRK Balingian.
Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari memasuki negeri Sarawak.
Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
Monday, March 24, 2014
Kenyataan Rasmi YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak #MH370
Kenyataan Rasmi YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak #MH370 - 24/03/14
Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu.
Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan mungkin. Oleh itu, adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa, menurut ini data baru, penerbangan MH370 berakhir di Lautan selatan India.
Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut. Dalam pada itu, kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal. Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini.
Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini. Bagi mereka, beberapa minggu lalu telah menyayat hati, saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.
TAMAT
Jom Sokong Kerajaan Malaysia Dalam Isu MH370 Ini.
Saturday, March 22, 2014
Krisis PKR dlm PRK Balingian
Maklumat mendedahkan berlaku ketidakpuasan hati beberapa petugas PKR khususnya dari Miri, Bintulu dan Sabah terhadap pengurusan kewangan yg diketuai oleh Hj.Baharudin Datuk Hj.Moksen - Pengarah PRK DUN Balingian.
Ketidakpuasan hati berapa petugas PKR timbul kerana sikap Hj.Baharudin dibantu oleh Abg Zulkifli Abg Engkeh - Pengarah strategi kempen dikatakan terlalu menyekat perbelanjaan sedangkan peruntukan sepanjang PRK mencukupi.
Calon PKR difahamkan hanya sebagai boneka sahaja termasuk petugas PKR kerana semua strategi mahupun kewangan perlu memohon restu dari Hj.Baharudin ataupun Abg Zulkifli. Selain dari itu hasil maklumat turut mendedahkan bantuan dari Miri yang diketuai Dr.Teo (MP Miri) & petugas dari Sabah difahamkan bergerak ke Kajang membantu jentera pilihanraya PKR.
Friday, March 21, 2014
Kenyataan gempar Mahfuz tentang penumpang MH370
Kata tulus dari hati seorang politician. Ikhlas atau sekadar untuk meraih sokongan dan simpati manusia, hanya Allah saja tahu.
Kalau betul-betul pesawat kena hijacked dan Mahfuz sanggup jadi galang ganti, maka tentu akan ada lagi satu pilihanraya kecil Parlimen.
Najib dan UMNO pasti suka. Sebabnya lanskap politik pembangkang akan terus berubah daripada berkempen burukkan BN, kepada kempen menggembar gemburkan jasa dan pengorbanan pemimpin Pakatan Rakyat kepada rakyat.
Sama-samalah kita berdoa semoga kerjasama bukan hanya antara 26 negara dalam pencarian MH370, tetapi juga antara BN dan PR.
Wanita pulang dari umrah terlihat bangkai pesawat MH370
Seorang Rakyat M’sia Baru Pulang Umrah Dakwa Nampak Bangkai Pesawat Atas Laut Andaman
Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.
Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.
Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.
“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga,” kata ibu kepada 10 orang anak ini.
Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.
“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya,” ujarnya lagi.
Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.“Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah,” katanya lagi.
![]() |
| Salinan laporan polis yang dibuat oleh Raja Dalelah sebaik sahaja tiba di Malaysia dari umrah. |
Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.
Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.
“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.
“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis,” katanya sambil menambah “anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan.”
Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.
Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.
“Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air,” kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan.
Sumber: www.suara.tv
Panas! Ceramah PKR DUN Balingian di Kampung Petanak lengang
Ceramah bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri seramai lebih kurang 30 orang. Penduduk tempatan yang hadir cuma sekitar 10 orang sahaja. Agak memalukan kerana kebanyakan mereka golongan belia bawah umur (belum cukup usia sebagai pengundi) .Selebihnya ahli PKR dari luar dan agensi risikan.
Turut hadir dalam ceramah itu ialah Ketua Cabang PKR Balingian - En. Kassim, Ketua Wanita PKR Negeri Sarawak - Puan Nurhanim, Calon PKR DUN Balingian - En. Abdul Jalil dan Hj. Baharuddin Dato' Mukhsin.
![]() |
| Lengang, hambar dan dingin. Begitulah persekitaran ceramah PKR pada malam tadi |
Sepanjang program dijalankan, tiada kejadian yg tidak diingini berlaku. Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 8.30mlm terpaksa ditunda ke pukul 9mlm kerana terpaksa menunggu kehadiran penduduk kampung dan tamat jam 10.26mlm. Majlis yang hambar/tidak mendapat sambutan & turut kedengaran suara provokasi dari audien semasa calon & mc berceramah.
Amat ketara kelihatan penduduk sekitar tegar penyokong BN walaupun sedikit-sebanyak kecewa kerana calon BN bukan dari kampung tersebut.
Thursday, March 20, 2014
PRK DUN Balingian - reaksi kurang senang penduduk terhadap PKR
Program PKR berjemaah di Surau Hikmah, Kampung Petanak Seri tidak mendapat sambutan. Hanya dihadiri oleh kalangan mereka sahaja. AJK Surau keluar dari surau kerana kurang senang dengan kehadiran mereka menggunakan surau tanpa persetujuan mereka.
Dalam pada masa yang sama juga PKR mengambil kesempatan di atads majlis kenduri kahwin penduduk d situ untuk mengadakan ceramah umum pada malam ini.
Sementara itu menurut laporan rakan di ceramah PKR, calon mereka mula memainkan sentimen agama untuk meraih sokongan orang Islam di kawasan itu.
PRKBALINGIAN: SIAPA YANG NAK MEMURTADKAN ORANG ISLAM DI BALINGIAN NI?
Ingat tak kenyataan, “Hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang melayu yang beragama Islam”?
Siapa yang mengeluarkan kenyataan tu sebelum ini? Yang pastinya bukan calon BN PRK Balingian Yussibnosh Balo yang berkata demikian tetapi si Nurul Izzah anak Ketua Umum Pembangkang Anuar Ibrahim.
Kumpulan pembangkang yang sama ini jugalah yang menamakan calon mereka sendiri, Haji Jalil Bujang dan kumpulan pembangkang ini juga yang kini cuba memainkan sentimen murtad sebagai salah satu dari isu mereka semasa kempen PRK Balingian.
Kenyataan Nurul semasa ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang tidak berapa mampu menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati seluruh umat Islam.

Tuesday, March 18, 2014
Majlis perasmian program kebajikan dan 1 Azam.
(18/03/2014) - Jabatan kebajikan Masyarakat Malaysia
Pada 18 MAC 2014 bermula jam 0800 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Teh telah berlangsung majlis diatas. Kehadiran dianggarkan 300 orang.
Pada jam 1000 Datuk Hjh Fatimah Abdullah telah tiba di lokasi dan antara kenamaan yang hadir. Ketika ini ceramah motivasi bertajuk Kebahagiaan Rumahtangga telah berlangsung yg disampaikan profesor dr. Shafie logom.
PRK DUN Balingian - Laporan isu kawasan
Laporan Pemantaun Isu Kawasan
Tarikh: 17 Mac 2014
PDM: Hulu/Kuala Balingian (Rumah Kumbong)
Bilangan Pengundi: 272 orang
Isu yang diperolehi:
1. Janji Ahli Parlimen untuk membina Gelanggang Futsal yang berjumlah RM70 ribu yang telah dijanjikan sejak PRU ke-13 masih belum ditunaikan sehingga kini.
Tarikh: 17 Mac 2014
PDM: Temesu
Isu yang diperolehi:
1. Rumah Grunah (17 pintu)-
Janji Ahli Parlimen pada musim PRU ke-13 untuk menggantikan atap rumah panjang masih belum ditunaikan.
2. Rumah Sibah-
Janji Ahli Parlimen pada PRU ke-13 untuk menyumbang geran sebanyak RM5 ribu kepada JKKK masih belum ditunaikan.
3. Janji Ahli Parlimen untuk membuat wiring rumah panjang iaitu sebanyak RM800 tiap-tiap pintu masih lagi belum ditunaikan.
Lain-Lain Isu:
1. Mohon agar Timbalan Pengarah Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya Barisan Nadsional, Encik Akit bin Sebli agar sama-sama turun padang untuk membantu aktiviti berkempen bersama dengan calon Barisan Nasional.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian,
Pada 29 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh Balo, 47, dan calon PKR, Abdul Jalil Bujang, 55. Perkara ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Balingian, Shafri Saili, sebentar tadi.
DUN Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus). Sementara itu, proses penamaan calon pagi ini berlangsung tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini, sekali gus memperlihatkan kematangan berpolitik di Sarawak. Hanya calon BN, PKR kemuka pencalonan.
Calon BN diwakili Yussibnosh Balo, 47, manakala PKR, Abdul Jalil Bujang, 55, dengan nama kedua-dua calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Balingian, Shafri Saili.
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Hj Abdul Jalil Bujang, 56, tiba di pusat penamaan calon Plihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balinginan, di Dewan Suarah, di sini, jam 9.05 pagi dengan diiringi kumpulan penyokongnya. Turut kelihatan mengiringinya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian. Abdul Jalil bin Bujang yang juga seorang ahli perniagaan adalah Naib Pengerusi PKR Cabang Bintulu dan pernah menjadi calon untuk DUN N.58 Jepak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 atas tiket pembangkang.
Calon BN tiba di pusat penamaan calon diiringi Muhyiddin,
Yussibnosh Balo, 47, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, di sini kira-kira jam 8.55 pagi bagi menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Udangan Negeri (DUN) Balingian. Mengiring beliau ialah kira-kira 3,000 penyokong BN diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang Timbalan Pengerusi BN.
Turut mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem; Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohammad Leo Toyad selaku Ahli Parlimen Mukah. Yussibnosh yang juga bekas Pegawai Daerah Dalat bersama lebih 3,000 penyokong BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berarak sejauh satu kilometer ke pusat penamaan calon.
Ulasan
PKR mempunyai peluang tipis untuk menang kerana Hj Abdul Jalil Bujang, 56 dikatakan mempunyai sedikit masalah dengan penduduk beragama Kristian kurang mesra dan seorang yang
Monday, March 17, 2014
Gambar sekitar penamaan calon DUN Balingian pagi tadi
Pertembungan penyokong PKR dan BN di tempat penamaan calon. Dianggarkan seramai 2000 orang penyokong calon BN, Yussibnosh dan sekitar 350 orang penyokong PKR turun padang memberikan sokongan kepada calon masing-masing.
Gambar di bawah menunjukkan suasana dan keadaan di tempat penamaan calon.
Gambar di bawah menunjukkan suasana dan keadaan di tempat penamaan calon.
Sunday, March 16, 2014
PRK DUN Balingian - Calon PKR
Sekitar persediaan penamaan calon PKR untuk PRK DUN Balingian. Calon adalah Hj. Jalil Bujang berasal daripada Kampung Sibiew, Bintulu. Beliau dijangka menentang calon BN, saudara Yussibnosh bekas pegawai daerah yang merupakan anak tempatan berasal dari kampung Tellian, Mukah.
Hj. Jalil Bujang pernah bertanding atas tiket PKR sebelum ini pada PRU10 menentang Datuk Talib Zulfilip namun tewas. Beliau dicalonkan semula di DUN Baligian untuk mencuba nasib buat kali kedua.
Di bawah adalah gambar yang sempat diambil siang tadi.

Subscribe to:
Posts (Atom)