Friday, March 21, 2014

Panas! Ceramah PKR DUN Balingian di Kampung Petanak lengang



Ceramah bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri seramai lebih kurang 30 orang. Penduduk tempatan yang hadir cuma sekitar 10 orang sahaja. Agak memalukan kerana kebanyakan mereka golongan belia bawah umur (belum cukup usia sebagai pengundi) .Selebihnya ahli PKR dari luar dan agensi risikan.

Turut hadir dalam ceramah itu ialah Ketua Cabang PKR Balingian - En. Kassim, Ketua Wanita PKR Negeri Sarawak - Puan Nurhanim, Calon PKR DUN Balingian - En. Abdul Jalil dan Hj. Baharuddin Dato' Mukhsin.


Lengang, hambar dan dingin. Begitulah persekitaran ceramah PKR pada malam  tadi


Sepanjang program dijalankan, tiada kejadian yg tidak diingini berlaku. Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 8.30mlm terpaksa ditunda ke pukul 9mlm kerana terpaksa menunggu kehadiran penduduk kampung dan tamat jam 10.26mlm. Majlis yang hambar/tidak mendapat sambutan & turut kedengaran suara provokasi dari audien semasa calon & mc berceramah.

Amat ketara kelihatan penduduk sekitar tegar penyokong BN walaupun sedikit-sebanyak kecewa kerana calon BN bukan dari kampung tersebut.

No comments:

Post a Comment