Ada eloknya parti pecahan daripada SPDP iaitu parti TERAS dibubarkan serta memberi sokongan padu kepada 4 komponen Barisan Nasional Sarawak (SPDP, PRS SUPP dan PBB).
Kenyataan Pemangku Presiden TERAS, Datuk Peter Nansian bahawa parti itu tidak mempunyai hala tuju yang kukuh amat tepat dan menepati gesaan Ketua Menteri yang tidak menerima parti lain sebagai parti komponen Barisan Nasional selain daripada 4 parti yang sedia ada.
Pilihanraya Negeri yang baru berlalu telah mengajar kita betapa pentingnya kesepakatan dalam kerjasama sesama parti komponen. Jangan seperti parti Amanah yang terbit daripada pecahan PAS yang akhirnya bersaing sesama sendiri dalam perebutan kerusi DUN yang dipertandingkan.
Pentingnya bersatu-padu dalam kepimpinan selain meyakinkan rakyat, ia dapat mengekang sebarang usaha orang berkepentingan daripada memecahbelahkan kerjasama di antara parti komponen dalam Barisan Nasional.
Parti mesra-BN mirip SWP sudah berlalu. Yang tinggal hanyalah Barisan Nasional diiktiraf oleh Ketua Menteri, Tan Sri Datuk amar Adenan Satem selaku penaung kerajaan Negeri Sarawak.
Artikel di bawah adalah petikan daripada Borneopost
Tiada lagi hala tuju, proses pembatalan pendaftaran sedang dijalankan: Nansian
KUCHING: Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) tidak lagi mempunyai hala tuju kukuh apabila wakil rakyatnya tidak boleh kembali ke parti selepas menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN).
Justeru, tidak ada sebab untuk parti mesra BN itu terus wujud, demikian menurut Pemangku Presiden TERAS Datuk Peter Nansian Ngusie.
Selepas berunding dengan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif, katanya, mereka bersetuju untuk membubar dan membatalkan pendaftaran TERAS dan proses itu sedang dijalankan.
“Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11, tiga YB (wakil rakyat) dipilih untuk bertanding, manakala dua lagi digugurkan. Apabila dipilih untuk bertanding, mereka berjanji untuk menyertai parti komponen BN sedia ada dan tidak boleh kembali kepada TERAS.
“Oleh itu, TERAS sudah tidak ada tujuan lagi dan tiada sebab untuk terus mewujudkan TERAS,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Tiga wakil rakyat yang dipilih sebagai calon langsung BN dalam ‘Pasukan Adenan’ ialah bekas Presiden TERAS Tan Sri William Mawan Ikom, Rosey Yunus dan Paulus Palu Gumbang yang masing-masing menang di kerusi Pakan, Bekenu dan Batu Danau.
Manakala, Nansian dan Datuk Sylvester Entri Muran tidak terpilih untuk mempertahankan kerusi masing-masing di Tasik Biru dan Marudi, apabila ia diberikan kepada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Nansian berkata, pembubaran parti itu dijangka akan terus mengukuhkan BN apabila kurang parti untuk ditangani oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi BN Negeri.
Menurut beliau, kesemua ahli TERAS yang dianggar lebih 20,000 orang akan mengikut langkah tiga bekas pemimpin parti iaitu Mawan, Rosey dan Paulus menyertai parti komponen BN yang dipilih.
“Ketiga-tiga YB dan kesemua ahli TERAS akan menyertai parti komponen BN secara satu kumpulan, seperti dipersetujui BN,” jelasnya.
Parti serpihan SPDP itu diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2013 selepas Nansian dan Entri dipecat dari parti susulan krisis pucuk pimpinan.
Bagaimanapun, pada 2014 Mawan yang merupakan Presiden SPDP ketika itu membawa mereka masuk semula ke dalam parti, namun keputusan itu ditentang pemimpin-pemimpin lain dalam parti.
Kelima-lima mereka kemudiannya mengumumkan pada satu sidang media pada persidangan Dewan Undangan Negeri 15 Mei 2014, keluar dari SPDP untuk menyertai TERAS.
Borneopost
Showing posts with label TERAS. Show all posts
Showing posts with label TERAS. Show all posts
Thursday, May 12, 2016
Friday, April 1, 2016
Calon DUN N2 Tasik Biru, siapa lebih layak?
Adenan Sifatkan Henry Lebih Layak Jadi Calon DUN Tasik Biru
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyifatkan Datuk Henry Harry Jinep dari Parti Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mempunyai kelebihan untuk dicalonkan bagi menggantikan Datuk Peter Nansian Ngusie dari Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) pada Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ini kerana beliau melihat Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Menteri di Kawasan Tasik Biru semalam dihadiri kira-kira 7,000 orang oleh penyokong daripada semua parti komponen BN (SPDP, PBB, SUPP dan PRS) berbanding majlis anjuran TERAS beberapa hari lepas yang hanya dihadiri penyokong mereka sendiri.
Walaupbagaimanapun Adenan berkata beliau akan menetapkan untuk berbincang dengan Henry dan Nansian yang juga merupakan ADUN Tasik Biru selama empat penggal sejak 1996 dengan memenangi kerusi menggunakan tiket SPDP, sebelum keluar daripada parti itu pada Januari 2012.
Katanya, beliau harus memilih salah seorang daripada mereka sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru pada pilihanraya akan datang.
Justeru itu, keputusan haruslah mendapat sepakat dari kedua-dua belah pihak kerana beliau perlu memilih seorang sahaja calon kerana tidak mahu dua orang bertanding dalam satu kerusi.
Beliau turut menegaskan sesiapa sahaja yang menjadi calon harus tetap menyokong Barisan Nasional untuk memeperoleh kemenangan sekaligus mendapat mandat yang kuat dari rakyat Sarawak. - Sarawakiana
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyifatkan Datuk Henry Harry Jinep dari Parti Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mempunyai kelebihan untuk dicalonkan bagi menggantikan Datuk Peter Nansian Ngusie dari Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) pada Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ini kerana beliau melihat Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Menteri di Kawasan Tasik Biru semalam dihadiri kira-kira 7,000 orang oleh penyokong daripada semua parti komponen BN (SPDP, PBB, SUPP dan PRS) berbanding majlis anjuran TERAS beberapa hari lepas yang hanya dihadiri penyokong mereka sendiri.
Walaupbagaimanapun Adenan berkata beliau akan menetapkan untuk berbincang dengan Henry dan Nansian yang juga merupakan ADUN Tasik Biru selama empat penggal sejak 1996 dengan memenangi kerusi menggunakan tiket SPDP, sebelum keluar daripada parti itu pada Januari 2012.
Katanya, beliau harus memilih salah seorang daripada mereka sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru pada pilihanraya akan datang.
Justeru itu, keputusan haruslah mendapat sepakat dari kedua-dua belah pihak kerana beliau perlu memilih seorang sahaja calon kerana tidak mahu dua orang bertanding dalam satu kerusi.
Beliau turut menegaskan sesiapa sahaja yang menjadi calon harus tetap menyokong Barisan Nasional untuk memeperoleh kemenangan sekaligus mendapat mandat yang kuat dari rakyat Sarawak. - Sarawakiana
Wednesday, November 12, 2014
11 kerusi DUN baru Sarawak, milik siapa?
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan usul penambahan kerusi DUN daripada 71 kepada 82 keseluruhan, hari ini. Bermakna ada sebelas DUN baru Negeri Sarawak.
PR sebelum ini membantah penambahan kerusi DUN kerana ia disifatkan terlalu drastik. Bagaimanapun, usul penambahan kerusi DUN akhirnya telah disepakati oleh 8 ADUN BN dan 7 ADUN Pembangkang.
Kedudukan DUN Sarawak selepas PRN ke-10 mengikut mandat parti adalah seperti berikut;
(BN - 55 kerusi)
(Pakatan Rakyat - 14 kerusi + Pembangkang Swak - 2 kerusi)Beza adalah 39 kerusi..
Berikut adalah sedikit fakta yang penulis faham dan diringkaskan untuk memudahkan kita memahami tentang usul penambahan kerusi DUN dan kedudukan terkini ADUN-ADUN negeri Sarawak.
Orang yang mengemukakan usul penambahan kerusi DUN
- ADUN Satok, Datuk Amar Abang Johari Openg merangkap Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak.
Waktu diusulkan dan tempat
- pada hari kedua persidangan DUN di Bangunan DUN baru, di Kuching.
Sebab penambahan kerusi DUN
- Peningkatan populasi yang boleh mengundi, berikutan kepesatan pembangunan dan aktiviti ekonomi di negeri ini sejak semakan semula kawasan pilihan raya pada 2005.
Rasional keputusan penambahan kerusi DUN
- Dari segi perlembagaan, kawasan pilihan raya disemak selang tidak kurang lapan tahun, bergantung peningkatan populasi, kepesatan pembangunan dan kegiatan ekonominya.
Tarikh berkuatkuasa
- Sebaik sahaja rang undang-undang itu diluluskan, ordinan baharu akan dikuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Yang Dipertua Negeri sebelum pilihan raya negeri akan datang.
Parti Komponen BN Sarawak sebelum ini mengalami perpecahan, akibatnya kehilangan 6 ADUN (dari parti SPDP) dan 4 ADUN (dari parti SUPP), sementara DAP kehilangan 1 ADUN yang dipecat dan kini menjadi Bebas.
Jumlah keseluruhan ADUN BN kini dalam parti komponen - 45 orang
Jumlah keseluruhan ADUN PR kini dalam parti komponen - 13 orang
Kesemua ADUN BN yang keluar parti, menubuhkan parti baru - TERAS (Parti Tenaga Rakyat Sarawak) dan UPP (Parti Rakyat Bersatu) telah mengisytihar untuk menyokong kepimpinan Barisan Nasional. Bagaimanapun, TERAS yang didaftarkan pada September 2013 dan UPP yang ditubuhkan Julai 2014 belum lagi disahkan sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional.
Bantahan keras SUPP dan SPDP terhadap penerimaan UPP dan TERAS sebagai parti komponen BN sememangnya telah diduga sejak dari awal penubuhan parti baru itu lagi. Penjelasannya mudah, kerana UPP adalah daripada serpihan SUPP, sementara TERAS pula adalah serpihan SPDP.
Apapun, SUPP dan SPDP sememangnya pincang akibat masalah kemelut dalaman parti sementara UPP dan TERAS pula tak pernah diuji dan dibuktikan kemampuannya lagi.
Antara keburukan jika TERAS dan UPP menyertai BN sebelum PRN ialah kekangan oleh pembahagian kerusi. Dengan bertanding atas tiket sendiri, TERAS dan UPP boleh bersaing di sebahagian tempat yang turut dipertandingkan SPDP dan SUPP.
| Pemimpin TERAS dan UPP, Tan Sri William Mawan dan Datuk Seri Wong Soon Koh bersama ahli parti dalam sidang media baru-baru ini |
Menjelang Pilihanraya Negeri akan datang, BN dijangka akan mengalami kemerosotan undi berbanding keputusan PRN ke-10. Bagaimanapun, itu terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin-pemimpin BN Sarawak dalam merangka perancangan awal untuk mengelak sebarang tragedi dalam keputusan PRN kelak.
Oleh itu, satu kejutan telah dirangka bagi melonjak impak sokongan rakyat terhadap BN Sarawak.
Rujuk dalam link janji Ketua Menteri..
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/11/09/kejutan-menanti-pembangkang-sarawak/
Pendapat peribadi penulis, harap-harapnya di bawah berikut BUKAN ' kejutan buat pembangkang pada PRN ' yang dimaksudkan Tan Sri Adenan Satem dalam akhbar baru-baru ini.
- Yang pertama, usul penambahan 11 kerusi DUN baru ini tidak ada kena-mengena dengan apa-apa jenis kejutan yang dicanangkan oleh Ketua Menteri.
- Yang kedua, penubuhan UPP dan TERAS tidak ada kena mengena dengan prestasi buruk SUPP dan kepincangan SPDP.
- Yang ketiga, kemungkinan 'pertembungan kalah mati' di kerusi DUN yang sama di antara parti komponen BN menentang parti mesra BN bagi menentukan tempat dalam barisan kabinet kerajaan negeri..
- Yang keempat, pengumuman bajet belanjawan negeri Sarawak sebanyak RM6,359 Bilion pada tahun 2015 tidak ada kena-mengena dengan projek rakyat sebagai persediaan menghadapi tarikh pembubaran DUN bagi Pilihanraya Negeri yang ke-11 kelak.
Kami sebagai rakyat Sarawak sentiasa menanti kejutan yang tulen memandangkan PR juga menghadapi masalah sesama parti. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui siapa calon BN yang akan bertanding di 11 kerusi DUN Sarawak yang baru kelak.
Sekadar pandangan..
Labels:
DAP,
Pakatan Rakyat,
PBB,
PKR,
Politik Sarawak,
SPDP,
SUPP,
TERAS,
UPP
Subscribe to:
Posts (Atom)

