Thursday, December 4, 2014

Kenderaan Kastam Malaysia ditangkap oleh Kastam Brunei?

Apa yang berlaku pada kastam? Benarkah kenderaan yang ada logo jabatan digunakan untuk kerja penyeludupan? Sungguh memalukan..

Rujuk sumber: http://www.sematankelawas.com/2014/12/kastam-malaysia-kantoi-seludup-rokok-di.html

Menyeludup rokok dengan menggunakan kenderaan rasmi Kastam; ditangkap pula oleh Kastam Brunei, satu perkara yang amat memalukan negara Malaysia.

Walaupun dijatuhkan denda sebanyak B$ 130,000.00, namun imej negara tercalar teruk oleh aktiviti haram seperti ini. Mengapa perkara sebegini disenyapkan?

Apa pun kita pasti lebih banyak aktiviti sebegini telah lama dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi ianya bukan setakat memalukan nama jabatan malahan nama negara turut rosak.

Lagi persoalan yang timbul ialah mengapa hanya statistik jenayah atau statistik kematian kemalangan jalan raya dipertikai oleh sesetengah pihak terutama pembangkang; mengapa statistik penyeludupan tidak pernah dipersoal?

5 comments:

  1. betul ker kenderaan kastam? atau menyamar dengan pelekat kastam?

    ReplyDelete
  2. Mungkin betul KDRM yang punya atau palsu. Kalau palsu dah tentu kecoh masuk berita saluran perdana ada kes penyamaran. Tapi senyap ja... Lagi pula plat nombor tu bukan milik kereta tempatan

    ReplyDelete
  3. Klu Betul Dan Benar Berita Penyuludupan Beer & Rokok Menggunakan Kereta JKDM Oleh Anggoa JKDM Sendiru Itu Maka Adalah Patut Klu DS Najib Mahu Buat U-Turn Terhadap Pelaksanaan GST Oleh JKDM Dan Di Tunda Ke Tahun 2020 Sebab JKDM Belum Sempat Capai Perkhidmatan Bertaraf Dunia Sebagaimana Yang Terkandung Dalam Visi & Misi Semasa JKDM.

    ReplyDelete
  4. Dah namanya KASTAM...JAB. yg PALING BYK KENA TANGKAP SALAH LAKU selepas IMIGRESEN DGN JPJ....

    ReplyDelete


  5. A licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:(majidvijahlending@gmail.com)

    LOAN APPLICATION FORM.

    (1)Full Name:
    (2)Country:
    (3)State:
    (4)Address:
    (5)Sex:
    (6)Occupation:
    (7)Amount needed:
    (8)Loan duration:
    (9)Loan purpose:
    (10)Telephone

    Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)

    ReplyDelete