Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

Gambar-gambar terkini projek rumah moden mangsa banjir Pahang dan Kelantan - Sumber JKR

Usaha JKR dalam projek-projek pembinaan rumah bagi menggantikan rumah-rumah yang terjejas teruk akibat bencana banjir pada tahun lepas menunjukkan kesungguhan kerajaan persekutuan untuk mengurangkan keperitan yang dihadapi rakyat.

Dalam masa beberapa bulan sahaja pembinaannya, rumah-rumah kini kelihatan hampir siap. Proses yang kebiasaannya mengambil masa sekitar 2 tahun kini dipercepatkan agar boleh diduduki sepenuhnya.

Selain bentuk rumah yang lebih selesa dan teratur, lokasi yang lebih selamat juga disediakan bagi melindungi rakyat daripada menghadapi musibah yang sama berulang. Bagi sesetengah tempat, tapak rumah yang sedia ada dibangunkan dengan bentuk rumah yang lebih kukuh dan tinggi daripada struktur rumah yang lama.

Tidak ada kepimpinan mana-mana negara maju di dunia pun yang sanggup menyediakan semua bantuan seperti ini tanpa perlindungan insuran atau kepentingan yang menguntungkan segelintir pihak. Kerajaan kita melakukan semuanya tanpa mengira perbezaaan ideologi politik atau latar belakang kaum mangsa yang terlibat.

Syabas..

1) Perkembangan Pembinaan Rumah Mangsa Banjir di Pahang ( sumber : JKR Pahang)



2) Perkembangan Projek Rumah Mangsa Banjir Terkini di Kelantan (Sumber Gambar : JKR Negeri Kelantan)


Thursday, November 6, 2014

Terkini - Gambar bencana banjir lumpur di Cameron Highland

Menakutkan... difahamkan ini adalah bencana kali yang kedua berlaku di Cameron Highland. Kali terakhir berlaku pada Oktober tahun lepas. Bencana tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 1 pagi di sekitar tebing Sungai Bertam, Ringlet Cameron Highlands. Tiga mangsa maut, dua lagi hilang. Kejadian berpunca apabila air di empangan Sultan Abu Bakar melimpah akibat hujan lebat.

Kali ini berlaku lagi, berpunca daripada limpahan air sungai disebabkan hujan lebat juga. 20 buah rumah dilaporkan terjejas di Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah. Banyak kereta turut hanyut.

Satu maut, satu lagi cedera.. laporan berita menyusul di bawah.. 


Seorang dilaporkan maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands, Pahang petang tadi.

Kejadian turut mengakibatkan lebih 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.

Turut cedera seorang lagi penduduk menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang, Morni Mamat ketika dihubungi oleh Astro AWANI.

Hujan lebat berterusan dikatakan menyebabkan kenaikan paras air Sungai Ringlet sehingga menyebabkan banjir lumpur dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands meminta penduduk di sekitar Lembah Bertam agar sentiasa peka dan waspada dengan loceng amaran pihak berkuasa berikutan peningkatan paras air di Empangan Bertam.

Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.

Dalam perkembangan yang sama, Bernama melaporkan kira-kira 150 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir kilat di Cameron Highlands malam tadi, manakala seorang pekerja kebun sayur dilaporkan maut akibat kejadian tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.

Kesemua mereka daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet, Cameron Highlands dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.

"Dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baru Ringlet itu, seorang lagi lelaki warganegara Indonesia turut cedera," katanya.

Manakala seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Kuala Kelah turut dilaporkan hilang dalam kejadian hujan lebat dan tanah runtuh itu.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit sedang giat dijalankan.

Morni berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 10 malam tadi berkenaan dua kawasan di Cameron Highlands mengalami banjir dan tanah runtuh iaitu di Kampung Bertam dan Kampung Baru Ringlet.

"Kita juga menerima laporan tiga lelaki turut tertimbus di sebuah bengkel di Ringlet. Seorang darinya hanya tertimbus separuh badan dua lagi terperangkap sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata mereka yang tertimbus itu terdiri daripada dua warga India dan seorang warga tempatan.

Ketiga-tiga mereka yang cedera parah itu berjaya diselamatkan dan kini dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.


Sumber: astroawani