Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

Gambar-gambar terkini projek rumah moden mangsa banjir Pahang dan Kelantan - Sumber JKR

Usaha JKR dalam projek-projek pembinaan rumah bagi menggantikan rumah-rumah yang terjejas teruk akibat bencana banjir pada tahun lepas menunjukkan kesungguhan kerajaan persekutuan untuk mengurangkan keperitan yang dihadapi rakyat.

Dalam masa beberapa bulan sahaja pembinaannya, rumah-rumah kini kelihatan hampir siap. Proses yang kebiasaannya mengambil masa sekitar 2 tahun kini dipercepatkan agar boleh diduduki sepenuhnya.

Selain bentuk rumah yang lebih selesa dan teratur, lokasi yang lebih selamat juga disediakan bagi melindungi rakyat daripada menghadapi musibah yang sama berulang. Bagi sesetengah tempat, tapak rumah yang sedia ada dibangunkan dengan bentuk rumah yang lebih kukuh dan tinggi daripada struktur rumah yang lama.

Tidak ada kepimpinan mana-mana negara maju di dunia pun yang sanggup menyediakan semua bantuan seperti ini tanpa perlindungan insuran atau kepentingan yang menguntungkan segelintir pihak. Kerajaan kita melakukan semuanya tanpa mengira perbezaaan ideologi politik atau latar belakang kaum mangsa yang terlibat.

Syabas..

1) Perkembangan Pembinaan Rumah Mangsa Banjir di Pahang ( sumber : JKR Pahang)



2) Perkembangan Projek Rumah Mangsa Banjir Terkini di Kelantan (Sumber Gambar : JKR Negeri Kelantan)


Tuesday, December 30, 2014

Gambar Suasana Dahsyat Kuala Krai selepas banjir

Kuala Krai kini sesudah air surut. Sebahagian tempat masih lagi dilanda banjir yang menunjukkan keadaan air menenggelami rumah sehingga mencecah ke aras bumbung.

Betapa besarnya kuasa alam yang Allah turunkan melalui air bah sehingga meranapkan kebanyakan rumah-rumah, memusnahkan harta benda serta menerbalikkan kereta dan jentera-jentera berat.

Keadaan yang sungguh menyedihkan, tidak ubah seperti dilanda Tsunami yang menjadikan beberapa kampung berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Ia menginsafkan kita, supaya kita tidak memandang ringan bahaya arus air ketika musim banjir.

Tinggalkanlah rumah dengan segera jika air naik mendadak, selamatkan apa yang perlu sahaja. Sesungguhnya nyawa kita adalah lebih utama daripada himpunan harta benda. Semoga mangsa-mangsa yang terlibat dicurahkan rezeki yang melimpah ruah setelah diuji dengan musibah dahsyat seperti ini.